You are on page 1of 13

MPU11012 : PENGAJIAN MALAYSIA 1

TOPIK 2
KERJA LAPANGAN 1 : ADAT & BUDAYA KAUM CINA
Hairul Syahmi Bin Sharil P03SKE21F028
Azizah Binti Mohd Zaidi P03SKE21F022
Ahmad Widad Izzat Bin Dahlan Tabah P03SKE21F021

PENSYARAH : NIK MOHD NOOR FAIZAL BIN MD SAAD


1.0 ADAT PERKAHWINAN
• Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik
tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan
mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi
keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat
diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.

• Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka


iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu
bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu
perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi
kebebasan untukmemilih pasangan masing-masing.

• Adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi


peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis
perkahwinan.
 Merisik
• Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati.
• Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah
laku si gadis.
• Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan
menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis.
• Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran
dengan disertai saudara mara lain.

 Meminang
• Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara
berkaitan perkahwinan.
• Ibu pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas
kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai , pihak lelaki
tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah.
 Bertunang

• Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang
kelahiran kedua pasangan.
• Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu
Toong-Su.
• Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan , cincin disarung di jari manis kiri oleh
kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan.
• gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur
dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan
mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberikepada tukang tilik bersama-sama
maklumat yang sama tentang dirinya.Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan
kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor.
• Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan,
sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin
perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan.
 Majlis Perkahwinan
• Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui
oleh kedua belah pihak.
• Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin,
perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari , adalah tidak manis
mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan.
• Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan
disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori , Baju pengantin sebaik-
baiknya bewarna putih, merah atau kuning , adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana
dipercayaiwarna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.
• Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan , dalam upacara ini
pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki , walau
bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina
hari ini.
• Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan
makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran.
• Sebagai bukti perkahwinan,pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu
Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.
2.0 PERAYAAN
 Tahun Baru Cina
• Sambutan perayaan kaum Cina yang paling popular di
Malaysia. Setiap tahun, perayaan ini disambut meriah
oleh mereka berbangsa Cina selama 15 hari bagi meraikan
kedatangan tahun baru menurut kalendar mereka.
• Pada malam Tahun Baru, semua ahli keluarga akan
berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama
keluarga.
• Sambutan Tahun Baru Cina ni memang sinonim dengan
makanan seperti yee sang, kuih bulan dan limau
mandarin.
• Wang angpau akan dimasukkan ke dalam sampul merah
untuk diberikan kepada kanak-kanak, remaja, mahupun
yang belum berkahwin.
3.0 MUZIK TRADISIONAL

pi pa

• Warisan muzik masyarakat cina yang paling dikenali ialah


muzik Guangdong. Muzik Guangdong sebenarnya berasal
dan bermula dari Selatan China pada abad ke 20. Pada
peringkat awal, muzik Guangdong dimainkan sebagai
iringan muzik dalam Opera Yue. Kemudian, secara
beransur-ansur muzik Guangdong telah menjadi popular
bukan sahaja di seluruh China bahkan juga sangat diminati
oleh para perantau China di seberang laut.
• alat-alat muzik tradisional masyarakat cina yang digunakan
juga sangat menarik sehinggakan dimainkan dalam okestra.
Antara alat muzik tradisional masyarakat cina ialah pipa,
yangqin, guzheng,erh hu dan seruling cina (zhudi).
• Warisan seni tari masyarakat cina pula ditonjolkan terutamanya semasa sambutan tahun
baru cina. Tarian yang sering dipersembahkan ialah tarian singa dan tarian naga. Malah
terdapat satu lagi seni tari yang popular yang asalnya ditarikan oleh 2 lelaki dan 7 orang
wanita. Namun, setelah beberapa ketika tarian ini banyak ditarikan oleh golongan wanita
sahaja dalam majlis-majlis perayaan. Tarian-tarian tradisional ini juga semakin popular
sehingga dipertandingkan sehingga peringkat antarabangsa.
4.0 SENI MEMPERTAHANAN DIRI

 Tai Chi
• Istilah Tai Chi telah diperkenalkan sejak
pertengahan abad ke-18 oleh seorang ahli seni
mempertahankan diri China bernama Yang
Luchan
• Tai Chi ialah ilmu mempertahankan diri China
yang memfokuskan pada keseimbangan Energi
Chi dalam tubuh manusia. Selain dikenali sebagi
ilmu mempertahankan diri yang unik kerana
gerakannya yang lambat, tidak menunjukkan
kekuatan, dan menyerupai senaman
• Tai Chi juga dikenali sebagai ilmu
mempertahankan diri yang memiliki pengaruh
terapi atau penyembuhan dalam latihan-
latihannya.
5.0 MAKANAN
 Yee sang
• Yee Sang atau juga dikenali dengan nama Yusheng adalah
makanan yang terdiri dari aneka salad dan ikan. Campuran
kesemua bahan ini menjadikan hidangan ini berwarna-
warni dan sangat menarik.
• Hidangan ini biasanya dihidangkan menjelang sambutan
Tahun Baru Cina. Ia adalah lambing kemakmuran,
kemewahan dan juga kekayaan.
• Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan adalah
pembawa rezeki dan hidangan yee sang telah wujud sejak
Dinasti Song lagi. Ia merupakan masakan yang akan
dihidangkan sempena upacara keagamaan.
• yee sang akan digaulkan dengan mengangkatnya tinggi
menggunakan kayu penyepit sambil melaungkan ‘Lo Hei’
beramai-ramai. Semakin tinggi melambungkannya, ia
membawa maksud rezeki mereka akan semakin mewah.
 Kuih bulan
• Kuih bulan biasanya boleh
didapati menjelang musim
perayaan pertengahan musim
luruh atau Tahun Baru Cina. Ia
mempunyai rasa yang manis
serta boleh dimakan begitu
sahaja.
• Kuih ini berbentuk bulat dan
juga segi empat yang terdiri dari
kuning telur itik (masin) serta
bahan – bahan lain. Selain itu,
kuih bulan mempunyai inti yang
pelbagai di sebelah dalamnya.
• Intinya terdiri dari pes biji
teratai, kacang merah, walnut,
bijan, badam, benih labu dan biji
tembikai.
 Tang Yuan
• Tang Yuan merupakan hidangan
pencuci mulu tradisional
masyarakat Cina yang diperbuat
daripada tepung beras. Secara
tradisinya ia dimakan semasa
Yuanxiao atau Festival Tanglung.
Namun, ia juga sering menjad
pencuci mulut semasa majlis
perkahwinan.
• Kuih ini jika dilihat seakan kuih
puteri mandi. Namun, ianya
mempunyai sedikit perbezaan.
Tang Yuan berbentuk bebola
kecil yang dihidangkan dalam
mangkuk dan dimakan bersama
sirap manis.
SEKIAN ,TERIMA KASIH

You might also like