You are on page 1of 22

KEBUDAYAAN DAN

ADAT RESAM ETNIK


DI SABAH
Kadazan Dusun
Nama: Jethro Chin Hao En
Nombor: 17
Tingkatan 3

Mr Sylvester Fernandez
Sabah Tshung Tsin Secondary School

____________________________
Perkara Halaman
1 Objektif Kajian
2 Kawasan Kajian
3 Hasil Kajian
4 Rumusan
5 Rujukan
1.Objektif Kajian
• Mengkaji kebudayaan dan adat resam etnik di Sabah
• Memahami sejarah dan latar belakang kewujudan budaya dan adat resam.
• Menunjukkan taburan etnik terlibat pada peta Sabah
• Menerangkan kepentingan kebudayaan dan adat resam yang diamalkan
• Menerapkan dan mengekalkan kebudayaan dan adat resam dalam
kalangan generasi muda
2.1
KaumPengenalan
Kadazandusun merupakan sebuah etnik peribumi 原住民 yang menetapkan 定居
di pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun
sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ namun
disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum ‘Kadazan’ dengan kaum
‘Dusun’ satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu
‘Kadazan-Dusun’.
Kaum Kadazan-Dusun membentuk etnik terbesar di Sabah.
Etnik Kadazan-Dusun telah diiktiraf sebagai etnik masyarakat orang asal Borneo Utara
(Sabah) dengan warisan dan budaya yang didokumenkan oleh United Nations
Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) sejak tahun 2004

Perbezaan antara Kadazan dan Dusun


Kadazan Dusun
Menduduki di kawasan tanah rendah dengan Menduduki di kawasan bukit dengan kepadatan
kepadatan hutan yang rendah hutan yang tinggi

Kemahiran yang tinggi dalam menanam dan Kemahiran yang tinggi dalam berburu dan
menghasilkan jumlah padi pertanian lereng bukit

menggunakan konsonan V, Z dan L dalam menggunakan konsonan W, Y dan R dalam


Bahasa
• Bahasa Kadazandusun merupakan bahasa Malayo-
Polinesia yang dituturkan di Sabah. Pada dasarnya,
bahasa Kadazan (dulunya juga dikenali sebagai
Tanga'ara) adalah bahagian daripada bahasa di
dalam Bahasa Kadazan-DusunPerbezaannya hanya
terletak pada sebutan dan penggunaan konsonan
serta vokal pada sesetengah perkataan.
• Kaum Kadazan kerap menggunakan konsonan V, Z
dan L dalam pertuturan seharian.
• Kaum Dusun yang lain seperti Liwan dan Bundu pula
lebih kerap menggunakan konsonan W, Y dan R
dalam pertuturan seharian; contohnya
"naawi"(Dusun) dan "naavi"(Kadazan) yang
bermaksud "habis", "tagayo"(Dusun) dan
"tagazo"(Kadazan) yang bermaksud "besar", dan juga
"karaja"(Dusun) dan "kalaja"(Kadazan) yang
bermaksud "kerja".[23] Berikut merupakan contoh
beberapa ayat dan sebutan nombor dalam bahasa
Kadazan dan Dusun yang diterjemah daripada
bahasa Melayu.
Suku kaum yang membentuk Kadazandusun
Adat Kadazan Dusun
Kaum Kadazandusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di pantai
barat sabah. Kebanyakan Kaum Kadazandusun mendiami kawasan Penampang,
Papar, Tuaran, Tambunan dan Ranau
Budaya dan masyarakat
Perayaan 庆典
• Pesta Kaamatan juga dikenali sebagai
Tadau Kaamatan diraikan selama
sebulan sejak 1 Mei lalu, dengan
kemuncaknya diraikan selama dua hari
bermula pada 30 dan 31 Mei. Perayaan
ini diraikan oleh penduduk
Kadazandusun dan Murut. Perayaan ini
merupakan symbol kesyurukan untuk
meraikan semangat padi.
Makanan dan minuman
• Makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah
Hinava, Noonsom, Pinaasakan, Bosou, Tuhau, Sup Kinoring Bakas
(tidak halal) dan Sup Manuk Lihing.
• Minuman tradisi kaum Kadazan-Dusun pula ialah tapai dan lihing.
Makanan dan minuman ini dapat disediakan dengan pelbagai cara
mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun.

Tapai

Hinava Noonsom
Tarian tradisional
• Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi
suku kaum Kadazandusun yang terkenal di
seluruh Malaysia.
• Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi
seperti mengucap kesyukuran yang
berkaitan dengan kegiatan menanam dan
menuai padi dan untuk menolak bala,
menyemah semangat, dan mengubati
penyakit. Juga melaluinya
ibu-bapa/keluarga dapat menonton dan
memilih bakal menantu yang berpotensi.
Pakaian tradisional
Pakaian lelaki Pakaian perempuan
'Gaung' ( baju lengan panjang), souva 1) 'Sinuangga' - baju blaus pendek
( seluar panjang hitam dengan ikat dan leher berbentuk U dipakai oleh
pinggang berwarna biru indigo, wanita muda.
kaking atau toogot (bengkung
pinggang hitam), siga (penetup 2) 'Sinompukung' - blaus dengan
kepala), dan tupi' sinikat. lengan 3/4 dan tidak mempunyai
sulaman dipakai oleh wanita
pertengahan umur.

3)'Kihongon' - blaus dengan lengan


panjang, dipakai oleh wanita tua dan
spesialis ritual.
Kraf Tangan
Kaum Kadazan-dusun
menggunakan bahan asli dalam
menghasilkan kraftangan,
termasuklah bambu, rotan, lias, wakid
Pinakol
labu air dan kayu. Antara hasil
kraftangan yang sinonim dengan
etnik kadazandusun ialah wakid,
barait, sompoton, pinakol, topi Gayang
siung, parang dan gayang.
Peralatan muzik
Muzik tradisi yang ditonjolkan 凸出 dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat
dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan
ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik
tradisi yang popular ialah sompoton, kulintangan, togunggu, bungkau.

Sompoton Kulintangan Togunggu Bungkau


Adat perkahwinan 结婚习俗
1. Merisik 派人去说亲
• Pemberian sebentuk cincin. Cincin ini merupakan tanda peminangan daripada pihak lelaki.
• Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki
berkenaan.
• Segala urusan meminang hendaklah dbuat pada waktu pagi. Waktu petang dan waktu malam tidak dibenarkan sama sekali.
• Wakil lelaki pergi merisik kepada pihak ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa perempuan
itu sudah tiada.
• Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang
dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan itu diberhentikan dengan serta merta. Kalau
perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga
keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu.
• Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan itu terus dibatalkan. Tetapi jika sebaliknya, risikan
yang kemudiannya diteruskan.
• Proses ini boleh berulangkali sehingga mengambil masa berbulan-bulan. Ini kerana bnayaka perkara yang perlu diketahui
dengan jelas oleh ibu bapa perempuan tentang keluarga yang merisik anak perempuannya. Antaranya, susunan keluarga,
kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.
2. Meminang 说亲
• Jika risikan diterima, mereka akan menentukan hari bagi pihak lelaki untuk membawa cincin pusaka yang
diperbuat daripada tembaga. Cincin itu digelar ‘cincin menanti mimpi’. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.
• Apabila ibubapa perempuan itu menerima cincin itu, mereka harus membersihkan diri mereka pada hari itu juga.
• Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu
bapa perempuan itu. Pada malam itu mereka mesti dalam keadaan yang bersih, iaitu tidak mabuk. Pada malam
itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu mesti mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi,
adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.
• Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti risikan itu boleh diteruskan kepada
proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu boeh dibaiki atau diperbetulkan. Ini bererti
proses pertunangan boleh diteruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada
orang yang bermimpi itu.
• Contoh mimpi buruk: Barang-barang yang pecah seperti pinggan mangkuk atau periuk. Kemudiannya barang-
barang itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga , mimpi buruk. Contohnya, bermimpi akan periuk belanga, kuali,
pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan harian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan
itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.
• Hari berikutnya, pihak lelaki dan pihak perempuan akan bermesyuarat tentang mimpi mereka.
3. Bertunang 订婚

• Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan akan memulangkan cincin menanti mimpi itu dan memberitahu sama ada pihak
lelaki perlu membayar sugit kepanasan mimpi atau tidak boleh bertunag keran mimpi buruk yang dialami.
• Jika mimpi baik, proses pertunangan akan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dan ibu bapa perempuan akan berkisar pada syarat-
syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu.
• Pertunangan yang telah ditetapkan tidak bolhe diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar perlu membayar seluruh atau separuh hantaran
yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat.
• Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat.
• Ianya dikenai sebagai tasor. Tasor dikenali sebagai tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri
oleh pengantin pada hari perkahwinan.
• Alat untuk istiadat pula dikenali sebagai tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong, dan tajau(tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang
yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya
bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang itu diberikan kepada pihak perempaun dua atau tiga hari sebelum
berlangsungnya hari perkahwinan. Ini kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin
perempuan itu nanti.
• Sebuah tajau yang berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi
arak. Ianya diminum beramai-ramai dalam pesta pengantin perempuan. Selain daripada 4 hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan,
terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkapkan dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah
kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.
• - Serendah mana pun darjat, adat, pemujaan agama, pesta bersuka ria mesti dilakukan dalam majlis perkahwinan tersebut.
4. Majlis perkahwinan
• Pesta perkahwinan wajib dilakukan walaupun sesingkat dua hingga tiga hari. Bagi mereka yang
berkemampuan pula, majlis dibuat selama tujuh hari hingga empat belas hari.
• Walaupun perkahwina suami isteri sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh
bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka bersatu adalah pada mlaam kedua, malah
ada yang mengambil masa seminggu atau dua minggu berikutnya. Ini bergantung kepada berapa lama
majlis diadakan.
• Pasangan pengantin dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama untuk membolehkan
mereka bersatu. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak
boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.
• Majlis perkahwina berlangsung selama tiga hari. Perkara yang paling penting ialah miohon pinisi iaitu
upacara menukar gumpalan nasi. Sebelum upacara ini, pasangan pengantin akan duduk berhadapan di
tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian hitam.
• Di hadapan mereka terletak satu periuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan
periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudiannya, pasangan pengantin akan
bertukar-tukar gumpalan nasi itu lalu dimakan.
• Upaca miohon pinisi ini merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini
dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Majlis ini diikuti
dengan pertunjukan tarian sumazau.
Pantang Larang 各种禁忌
1. Ibu mengandung 怀孕
• Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu
• Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu
• Suami tidak boleh memotong rambut kerana ditakuti rambut anak akan menjadi panjang.
• Tidak boleh makan buah yang mengandungi air
• Tidak oleh mencucuk hidung kerbau atau lembu. Dipercayai ianya akan menyebabkan bibir anak akan menjadi
sumbing.
• Tidak boleh siat telinga binatang. Ini akan menyebabkan telinga anak akan menjadi panjang.

2. Sewaktu bersalin 分娩(妇女生孩子)


• Suami tidak boleh jauh dari rumah kerana ditakuti gangguan jin atau syaitan
• Tidak boleh makan ikan bertulang keras, ikan berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air.
• Bayi tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah seperti halaman rumah kerana ditakuti diganggu oleh roh jahat sperti
rogon gaiyah
• Sahabat handai tidak boleh melawat bayi sebelum upacara memberi nama.
3. Hubungan lelaki dan perempuan
• Sekiranya ditangkap berkhalwat atau diketahui, pihak lelaki hendaklah membayar denda kepada pihak gadis.
• Jika perempuan didapati mengandung daripada perbuatan khalwat, pihak lelaki dipaksa untuk megahwini perempuan
tersebut.
• Bagi magadau atau bersekedudukan, pasangan perlu membayar kepanasan atau sugit kepada masyarakat dan pihak lelaki
perlu membayar kemalu kepada perempuan
4. Kematian
• Unggun api dibuat di sekeliling rumah untuk memagar rumah daripada roh jahat.
• Tanduk kerbau dibayar untuk halau hantu
• mihad atau menangisi mayat
• Dua lelaki menunggang kuda atau kerbau mengelilingi kampong
• Menerima sejemput beras atau garam
• Memberi sedekah sprit kain belacu sebagai kain bendera kubur
• Tidak boleh tidur selagi mayat masih ada didalam rumah
• menanam mayat bersama dengan barang-barangnya
• Hidung, mata, telinga dan ekor haiwan ternakan dibuat sajian bagi si mati
• Membuat papakan iaitu sajian si mati dalam gelap
• Mamupus iaitu keluarga si mati memberi amaran supaya roh tidak kembali.
Sumber Rujukan
Internet
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan#Budaya_dan_masyarakat
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Kadazan-Dusun#Tarian_tradisional
• http://
bukuskrapbudaya.blogspot.com/2012/03/kebudayaan-kaum-kadazan-dusun.html
• https://www.mstar.com.my/travel/destinasi/2022/06/03/pesta-kaamatan-hari-gawai-j
adi-inspirasi-semangat-perpaduan-aset-penting-budaya-negara#:~:text=Pesta%20Kaa
matan%20juga%20dikenali%20sebagai,'Bambarayon'%20iaitu%20semangat%20padi
.
• https://anyflip.com/bpzvp/ofaf/basic

Buku
• Buku Teks Tingkatan 2 (Bab 10)

You might also like