You are on page 1of 36

TUGASAN 1(SOALAN 1)

SEMESTER JANUARI 2015

KOD SUBJEK

MPU 3113

TAJUK SUBJEK

HUBUNGAN ETNIK

PERINGKAT

IJAZAH SARJANA MUDA

NAMA PELAJAR

RAZALI BIN UMIN

NOMBOR MATRIK

A30101150041

PROGRAM

BACHELOR OF EDUCATION (TEACHING ISLAMIC


STUDIES IN PRIMARY SCHOOL)

FASILITATOR AKADEMIK

USTAZ RAFIHI BIN DERIM@WASIHIM

PUSAT PEMBELAJARAN

PHM BORNEO EDUCATION SDN BHD

ARAHAN KEPADA PELAJAR


1) Tugasan ini mengandungi dua (2) soalan. Sila jawab kesemuanya.
2) Plagiat adalah dilarang sama sekali. Pelajar yang dibuktikan melakukan plagiat akan
diambil tindakan tata tertib.
3) Tugasan ini membawa 30% dari jumlah keseluruhan markah gred akhir.
4) Tugasan ini mesti dihantar SEBELUM atau PADA 14 APRIL 2015

KERTAS INI DICETAK DUA MUKA HALAMAN TERMASUK HALAMAN INI

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 1

ARAHAN : Jawab SEMUA soalan


Soalan 1:
Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai etnik yang tinggal di Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak. Terdapat lebih kurang 80 etnik ke semuanya. Setiap etnik
mempunyai adat resam, kepercayaan, pantang larang, budaya dan amalan tersendiri yang
diwarisi daripada nenek moyang. Etnik terbesar ialah Melayu, India dan Cina.
Anda diminta untuk memilih 3 etnik (2 daripadanya hendaklah daripada etnik di Sabah atau
Sarawak) untuk dibuat kajian perbandingan dari sudut latar belakang, fahaman agama, cara
hidup, adat resam, pantang larang, perayaan dan sebagainya. Lampiran seperti gambar
sangat digalakkan.
Hasil penulisan anda mestilah tidak kurang dari 400 patah perkataan.

(20 markah)

SOALAN TAMAT

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 2

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.
1.1 Suku Kaum Kadazan-Dusun
A. Latar Belakang.
B. Fahaman Agama.
C. Cara Hidup
i. Alat Muzik Tradisional
ii. Bahasa
iii. Makanan Tradisi
iv. Tarian Tradisional
v. Pakaian Tradisi
D. Adat Resam dan Pantang Larang
i. Asal usul makanan
ii. Perkahwinan
iii. Kelahiran
iv. Kematian
E. Perayaan
Pesta Kaamatan

1.2 Suku Kaum Iban


A. Latar Belakang
B. Cara Hidup
i. Sistem Ekonomi.
ii. Sistem sosial
iii. Politik(Pentadbiran dalam Rumah Panjang)
iv. Pakaian tradisi
v. Tarian dan Nyanyian
vi. Makanan Tradisi
C. Fahaman Agama
D. Adat Resam & Pantang Larang
i. Adat Perkahwinan
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 3

ii. Adat kematian


E. Perayaan

1.3 Baba Dan Nyonya


A. Latar Belakang
B. Cara Hidup
i. Bahasa baba dan Nyonya
ii. Masakan Baba Nyonya
iii. Sulaman Nyonya
iv. Pakaian
v. Permainan
C. Fahaman agama
D.Adat resam & pantang larang
i. Adat Perkahwinan
E. Perayaan

2.0 KESIMPULAN

3.0 LAMPIRAN
3.1 Suku Kaum Kadazan Dusun.
3.2 Suku Kaum Iban
3.3 Suku Kaum Baba dan Nyonya

4.0 RUJUKAN

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 4

1.0 PENGENALAN.
Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan
harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di
tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada kira-kira 80
kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya,
Kadazandusun dan Iban

1.1 Suku Kaum Kadazan-Dusun


A. Latar Belakang.
Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di
Sabah. Kaum ini juga dikenali sebagai "Momogun" atau "Mamasok" yang masing-masingnya
bermaksud "orang asal". Kaum etnik Kadazan-Dusun ini menggunakan pelbagai bahasa dan
dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di
dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud,
Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang
Sungai, Kuijau, Tambanuo dan sebagainya. Pada mulanya Tun Fuad Stephens, Huguan Siou
(Pemimpin Agung) pertama Kadazan, mencadangkan istilah Kadazan digunakan bagi
menyatukan 14 suku kaum yang berkongsi kumpulan bahasa bagi memberikan mereka suara
yang lebih besar. Hal ini dipersetujui oleh ramai, tetapi sesetengah orang Dusun mahukan
atonomi lebih besar dan akhirnya di panggil sebagai Kadazan-dusun.
Menurut sumber akademik, terdapat 2 teori mengenai asal usul kaum Kadazan dusun
di Sabah. Pertama, kaum Kadazan dusun dipercayai berasal dari rumpun Indo-Malayan dari
Selatan China ke negara-negara di Asia Tenggara. Dalam kajian mereka, saintis sosial dan
ahli sejarah mengambil kira aspek fizikal, bahasa pertuturan, kumpulan darah dan bahan
kesenian yang dicipta oleh masyarakat Kadazan-Dusun. Teori yang kedua, asal-usul
dikaitkan dengan penghijrahan orang Mongol, orang China atau orang Kanchin dan orang
Annam dari Myanmar. Menurut cerita lisan penduduk pula, masyarakat Kadazan dusun
merupakan keturunan dewa dewi, iaitu dari keturunan dewa Kinorohingan dan isterinya
Siminundu yang berasal dari Nunuk Ragang. Walaubagaimanapun, kebenaran mitos ini
hanya didukung oleh masyarakat Kadazan dusun tradisional sahaja. Ekoran daripada
kemasukan agama fahaman monotheisme khususnya Islam dan Kristian maka generasi
sekarang lebih bersifat logistik dan telah mengenepikan mitos tradisional mengenai asal usul
mereka yang bersifat metafizik.
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 5

B. Fahaman Agama.
Pada awalnya, Kaum Kadazan-dusun di Sabah mengamalkan kepercayaan animisme.
Kepercayaan ini diwarisi berasaskan fahaman dan adat "pagan"kaum. Bagi masyarakat
kadazan-dusun, Tuhan ialah "Kinorohingan" yang bersemayam di dunia lain. Kinorohingan
merupakan tuhan di mana mereka meminta sesuatu seperti keselamatan dan perlindungan
dari sebarang penyakit. Kinorohingan juga dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti
"Roogon" atau syaitan. Masyarakat kadazan-dusun mempercayai bahawa roh orang mati akan
pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka.
Setiap tahun selepas menuai padi, masyarakat kadazan-dusun mengadakan upacara
"Magavau" iaitu upacara kesyukuran bagi menghormati semangat padi. Upacara ini
dijalankan oleh "Bobohizan" atau ketua bomoh dengan membaca mentera. Namun demikian,
pada hari ini semakin ramai masyarakat kadazan-dusun yang telah memeluk agama Kristian
dan agama Islam.

C. Cara Hidup
i. Jenis Alat Muzik Tradisional
Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai
contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat
daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit
kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang
bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di
Sabah, dikelaskan kepada ;
Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan)
Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon (kompang,gendang atau tontog)
.
ii. Bahasa
Bahasa merupakan pengenalan dan asas perpaduan bagi semua kaum. Demikian juga
dengan kaum Kadazan-dusun yang mempunyai bahasanya sendiri iaitu bahasa Kadazandusun. Bahasa ini adalah identiti bagi sukukaum Kadazandusun. Sekiranya lenyap bahasa
maka sesuatu kaum itu juga akan pupus. Oleh itu, Bahasa Kadazan-dusun ini haruslah
dikembangkan dan dipelihara supaya tidak lenyap. Bagi mengembangkan dan memelihara
bahasa ibunda kaum Kadazandusun ini daripada lenyap maka beberapa usaha telah diambil.
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 6

Contohnya, Bahasa Kadazan-dusun ini telah mula diajar di beberapa buah sekolah rendah
terpilih untuk projek perintis pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun.

iii. Makanan Tradisi


Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan
Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi
yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah:

Hinava-Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan ( Ikan
Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia,
bawang merah , limau kapas dan garam.

Noonsom-juga dikenali sebagai jeruk bahasa melayu. Terdapat beberapa jenis


Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun iaitu Noonsom Sada
(jeruk Ikan), Noonsom Bambangan (jeruk dari buah bambangan) dan Noonsom
Tuhau

Pinaasakan

Sup Manuk Lihing.

iv. Tarian Tradisional


Tarian Sabah mempunyai 32jenis etnik, 55 bahasa dan kira-kira seratus dialek. Setiap
etnik mempunyai kebudayaan, tradisi dan adat resamnya yang tersendiri. Mereka
menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan tarian. Antara jenis tarian suku kaum
Kadazandusun di Sabah adalah sepeti berikut;
Liliput- merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. ditarikan semasa upacara
menghalau roh jahat daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya.
Menangkuk -dipersembahkan oleh kaum Kadazandusun Kota Marudu di utara negeri
Sabah. Ia biasanya ditarikan semasa perkahwinan dan upacara-upacara lain. Penari akan
mempersembahkan tarian ini dengan menggunakan piring yang diletakkan di atas telapak
tangan.
Mogunatip-tarian yang dipersembahkan oleh kaum asli dari pedalaman Sabah termasuk
kaum Kadazandusun dari Tambunan, Kwijau Dusun dari Keningau dan beberapa kumpulan
daripada suku kaum Murut.
Mongigol Sumundai- tarian daripada daerah kudat dan Pitas yang dipersembahkan oleh
suku kaum Rungus . Dipersembahkan semasa perayaan dan upacara pemujaan semangat.
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 7

Paina-tarian suku kaum Kadazandusun dari daerah Membakut. Ianya dipersembahkan


semasa upacara kesyukuran terhadap semangat padi.
Sumayau ( Mongigol Tuaran )-Tarian ini merupakan tarian pemujaan semangat oleh suku
kaum Dusun Lotud di daerah Tuaran. Ia biasanya dipersembahkan semasa Upacara ' Rumaha
' ( Upacara memuja tengkorak kepala ),
Sumazau-adalah tarian tradisional suku kaum Kadazandusun. Tarian ini biasanya
dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat padi ( Bambaazon ).
Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari lelaki dan
perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahan mengikut paluan gong.
Titikas-tarian tradisional suku orang sungai di kawasan Kinabatangan, Sandakan. Tarian ini
biasanya ditarikan untuk menyambut ketibaan tetamu kehormat dan juga semasa perayaan.

v. Pakaian Tradisi
Pakaian tradisi suku kaum Kadazan-dusun kaya dengan keunikannya. Hal ini adalah
kerana, ianya berlainan diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam
kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya. Biasanya
pakaian tradisi ini dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga upacara
khas seperti perkahwinan. Selalunya para gadis dari kaum Kadazandusun ini akan
memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya Pertandingan Unduk Ngadau
Kaamatan di Peringkat Negeri Sabah.

D. Adat Resam dan Pantang Larang


i. Asal usul makanan
Menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal daripada isi manusia
yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita anak kepada Kinoingan.
Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum Kadazandusun. Kinoringan
telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah kebuluran di dunia.
Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan makanan yang utama berasal dari
pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari isinya yang putih melepak; darahnya yang
merah telah bertukar menjadi lada; halia pula adalah jari jemari Huminodun; bawang 'tagaas'
berasal dari rambut Huminodun; giginya bertukar menjadi jagung; kepalanya pula menjadi
kelapa dan sebagainya. Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 8

dan Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti
Momohizan dan Humabot.

ii.Perkahwinan
Merisik-Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk
cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki. Sebelum peminangan
dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki
berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu
pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi
merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika
ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada. Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama
ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan.
Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau
perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu
ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan
terdahulu itu.
Meminang-Apabila

ibu

bapa

perempuan

mendapati

risikan

itu

boleh

dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa
cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'.
Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi. Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima
cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan
atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu
bapa perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada dalam keadaan 'bersih', iaitu
tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya
sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir
serupa dan adakalanya benar-benar serupa. Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan.
Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan.
Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. Hal ini bererti,
proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sogit
kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.
Bertunang-Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil
pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin
yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, wakil lelaki diberitahu
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 9

sama ada boleh bertunang dengan membayar sogit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk
boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk. Jika mimpi baik, proses
pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan
hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan
kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak
boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh
hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di
depan pengadilan adat.
Majlis Perkahwinan- Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis
makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang
hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat
pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin
pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada
canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu.
Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau
dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan
kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. Hal
ini kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah
pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti
dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum
beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Walaupun perkahwinan
pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum
boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada
malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu
berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu
diadakan. Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan
pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara
ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali
hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.

iii.Kelahiran
Sewaktu Mengandung-Bidan merupakan orang yang bertanggungjawab tentang
kelahiran seorang anak. Bidan terdiri daripada kaum perempuan yang lanjut usia dan
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 10

mengetahui tentang selok-belok perubatan masyarakat Kadazan dusun secara menyeluruh.


Tugas bidan meluas iaitu sejak bayi di dalam kandungan sehinggalah selamat dilahirkan.
Sejak di dalam kandungan lagi bidan memastikan keadaan bayi berada di dalam keadaan
sihat. Kandungan akan dijaga dengan baik dan bidan memberi beberapa pantang larang
kepada ibu mengandung. Ini penting supaya kandungan berada di dalam keadaaan sihat.
Apabila sahaja bayi dilahirkan, tugas bidan lebih berat. Bidan perlu memastikan bayi dalam
keadaan sihat terutama jika seseorang itu beranak sulung.
Bersalin-Biasanya ibu yang bersalin dikenakan pantang. Bagaimanapun bilangan hari
berpantang bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan tempoh berpantang ialah
tujuh hari. Bagi orang yang berdarjat, tempoh pantangnya ialah 21 hari. Manakala bagi yang
berdarjat lebih tinggi, tempohnya ialah 44 hari. Sepanjang tempoh berpantang, si suami tidak
dibenarkan berada jauh dari rumah. Sejak hari kelahiran hingga tamat tempoh berpantang, ibu
dan anak yang baru lahir diberi kawalan secara mistik oleh bidan agar tidak diganggu oleh
makhluk halus. Biasanya jampi mantera digunakan untuk mengusir makhluk halus di sekitar
tanah. Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun
limau. Antara pantang yang mesti diikuti oleh ibu yang bersalin ialah dia tidak boleh makan
ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air seperti bubur.
Manakala bagi bayi yang baru lahir terutamanya dari hari pertama hingga hari ke tujuh, bayi
tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah, umpamanya ke halaman rumah. Ini untuk
mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat yang dinamakan Rogon Gaiyah.
Bidan juga akan memastikan ahli keluarga yang lain supaya pintu rumah kediaman mereka
diikat dengan sejenis daun yang dipanggil wongkong. Daun itu menunjukkan rumah tersebut
telah menerima ahli baru. Justeru itu sahabat-handai yang tinggal di kawasan itu tidak boleh
berkunjung melainkan saudara-mara yang terdekat.
Selain mengurus tentang kelahiran anak, bidan ini juga bertanggungjawab tentang
ubat-ubatan yang terdiri daripada akar-akar kayu, herba dan sebagainya. Pada masa yang
sama beberapa urutan akan dilakukan ke atas ibu yang baru bersalin untuk memulihkan
tenaga yang hilang semasa bersalin dahulu. Bidan juga perlu tahu meramu pelbagai jenis
bahan untuk dijadikan ubat-ubatan. Bidan yang tahu tentang kegunaan sesuatu jenis herba
untuk setiap penyakit merupakan satu kelebihan. Biasanya akar-akar kayu atau herba
dibentuk menjadi ubat yang mujarab dan boleh mengubati pelbagai penyakit. Antara herba
yang paling banyak digunakan dalam masyarakat Kadazan ialah cekur, akar kacip fatimah,

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 11

halia dan pelbagai jenis lagi. Kebanyakan tumbuhan herba ini diperoleh di kawasan
persekitaran.
Selepas Lahir-Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan
hari. Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama sementara dan nama sebenar.
Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau terlalai memberi nama sementara
seberapa segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama
dan atas sebab itu, dia berhak menuntut anak tersebut. Upacara rasmi memberi nama sebenar
dibuat pada hari kelapan di beranda rumah. Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar
rumah buat pertama kalinya. Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh kampung
dijemput hadir untuk berbincang dan menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut
Madsapi atau Modsopik, lengkap dengan mentera dan tatacaranya. Nama-nama yang
dicadangkan itu dikumpul dan dipilih. Pemilihan nama dibuat berdasarkan segala macam
peristiwa yang berlaku ketika anak itu dilahirkan. Kadangkala nama itu diambil daripada
nama salah seorang ahli keluarga mereka.
Setelah anak itu berusia kira-kira satu bulan, upacara turun tanah atau disebut
Mintuhun atau Minuhun dilakukan. Anak itu dibawa oleh ibunya sendiri. Beberapa barangan
dibawa bersama iaitu sebuah berait atau bakul yang dianyam daripada rotan, bertutup dan
bertali untuk disondong, serangkai Komburongoh dan sebuah siud iaitu tangguk yang
diperbuat daripada jaring. Sebelum memijak tanah, tapak anak tersebut diconteng dengan
arang kuali dengan satu garis lurus hingga ke atas dahinya. Setelah selesai, barulah kaki anak
itu dipijakkan ke tanah. Ketika anak itu dibawa semula ke dalam rumah, ibunya akan
membawa bersama sedikit rumput-rampai dari halaman rumah yang sudah dipijak oleh
anaknya. Kemudian rumput itu dicampurkan ke dalam air mandian tersebut.

iv. Kematian
Memberi Tahu-Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal
dunia, semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Hal ini penting
kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh
keluarga si mati. Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa
pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat
dilarang. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga
pekerjaan tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu
kemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula. Namun pantang larang itu hanya
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 12

dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja, manakala
masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.
Berjaga-Jaga-Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan
dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi.
Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke
dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada
bibirnya buat seketika.
Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh
hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga
dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam.
Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan bangun
dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.
Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung
besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat.
Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling
mayat.

Burung

itu

akan

menyangka

pakaian

tersebut

adalah

tubuh

rnanusia.

Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar
atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran, yakni dipalu
perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali
dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam.
Moginupus-Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si
mati. Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai
menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau
apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap iblis atau jin yang
telah menyebabkan kematian. Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih
pada hari pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang telah
dimasak dimakan bersama oleh semua orang yang hadir pada hari itu. Tanduk kerbau atau
lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati nanti.
Pengebumian-Pada umumnya masyarakat Kadazan dusun akan mengusung mayat
dengan menggunakan keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke
dalam kain yang dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai
mengangkat mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan gong,
gendang, letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan secara terus-menerus
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 13

sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah lebih baik sekiranya bunyi itu berterusan untuk
menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh mayat.
Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu
di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk mengelakkan semangat
orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang tersebut. Kemudian mayat diletakkan
di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu
barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui adakah si
mati ingat pada keluarganya atau tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada
keluarganya tetapi jika tidak, si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.
Selepas Kematian-Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis
ini mempunyai beberapa tahap iaitu:
- Makan Tiga dan Tujuh Hari
- Makan Empat Puluh Hari
- Makan Seratus Hari
- Makan TigaTahun

E. Perayaan
Pesta Kaamatan
Pesta Kaamatan atau dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' disambut oleh kaum
Kadazan Dusun sebagai meraikan tuaian yang terbaik. Pesta ini biasanya disambut sepanjang
bulan Mei. Kemuncak Perayaan Keaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi dan
upacara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan. Magavau adalah upacara kesyukuran
yang penting dan dijalankan di sawah padi pada hari pertama malam bulan mengambang
selepas menuai padi. Bobohizan akan membaca mantera dan seorang pahlawan dengan
pakaian tradisi berjalan menghayun pedang untuk menghalau roh jahat. Makanan seperti
tapai dan nasi akan disajikan sebagai jamuan kepada roh. Menurut kepercayaan orang
kadazan, semangat padi merupakan sebahagian daripada kinoingan yang disembah sebagai
pencipta dan amat berkuasa kepada sumber kehidupan dan kewujudan.
Mereka berpendapat bahawa padi adalah sumber kehidupan. Ketika Pesta Keaamatan,
penduduk akan mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman
tapai 'arak beras' dihidangkan sebagai minuman istimewa dan para penduduk akan menyapa
sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' yang bermaksud 'Selamat Hari
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 14

Menuai,Tetapi,pada hari ini Pesta Kaamatan disambut adalah sebagai memperingati perayaan
pesta yabg telah dirayakan sejak turun-temurun.

1.2 Suku Kaum Iban


A. Latar Belakang
Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah sebanyak 876,000
iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang
terbesar di Sarawak ,mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah
Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk Iban adalah di
bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan
kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaannya terletak di tebing sungai
dan di tepi jalan raya ini adalah bagi memudahkan aktiviti kerja , berhubung dan
berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan
hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (toleransi), dan berteraskan perhubungan
persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kaum Iban juga adalah kaum yang
mengamalkan banyak budaya yang menarik. Setiap rumah panjang diketuai oleh ketua
kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima
agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai
adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.
B. Cara Hidup
Cara hidup masyarakat Iban adalah dapat dilihat dari segi kehidupan masyarakat Iban
yang teguh dengan kemasyarakatannya iaitu hidup dalam satu rumah panjang. Struktur
organisasi dalam rumah panjang itu diterajui oleh Tuai Rumah kemudian beberapa orang
yang akan membantu beliau dalam mengendalikan hal-hal pentadbiran dalam rumahnya. Tuai
Rumah akan berperanan dalam undang-undang rumah panjang dan juga mengendalikan adatadat dalam rumah panjang tersebut.
i. Sistem Ekonomi.
Sementara dari segi ekonomi pula, masyarakat Iban di Sarawak masih teguh dengan
tradisi masyarakat mereka yang bergantung kepada aktiviti pertanian secara sara diri. Tradisi
ini masih kekal sehingga ke zaman ini. Tanaman padi ini akan diusahakan setiap setahun
sekali iaitu selepas penghujung bulan Jun atau bulan 1 bagi masyarakat Iban, yang
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 15

menganggap bulan Jun sebagai bulan permulaan dalam takwim mereka. Padi akan selesai
dituai pada bulan Februari. Pada 1 Jun, sambutan Hari Gawai Dayak akan diadakan sebagai
meraikan semangat padi yang telah memberikan rezeki kepada mereka. Padi yang diusahakan
pula ialah padi bukit, dan secara keseluruhan aktiviti adalah masih menggunakan peralatan
tradisional, seperti kapak, parang, dan peralatan tradisional yang lain. Oleh itu, masyarakat
Iban gemar menjalankan aktiviti dengan bergotong-royong kerana percaya bahawa aktiviti itu
akan lebih cepat dan mudah.
Selain daripada mengusahakan tanaman padi, masyarakat Iban di Sarawak juga turut
menanam lada. Lada ditanam sebagai sumber pendapatan bagi menyara hidup keluarga dan
anak-anak mereka. Biasanya lada ditanam juga dengan menggunakan kaedah tradisional.
Walaupun harga lada di pasaran tidak tetap, tetapi masyarakat Iban tidak ada pilihan lain
memandangkan struktur muka bumi di Sarawak lebih banyak yang bertanah tinggi. Selain
daripada menanam lada yang pada asalnya dibawa oleh orang asing yang datang ke Sarawak
iaitu sekitar abad ke- 18 lagi, masyarakat Iban di Sarawak juga masih teguh mengusahakan
tanaman getah dan juga tanaman sampingan yang lain. Di samping itu juga, masyarakat Iban
di Sarawak juga turut menyara hidup mereka dengan aktiviti berburu dan menangkap ikan.
Mereka akan memburu binatang-binatang yang boleh dimakan seperti rusa, kijang, pelanduk
dan banyak lagi.
ii. Sistem sosial
Dari aspek sosial pula, masyarakat Iban terkenal dengan amalan dalam sesebuah
rumah panjang. Pada zaman sekarang, amalan hidup dalam komuniti rumah panjang masih
lagi ada. Di rumah panjang saya sendiri ada lima puluh empat buah rumah yang sama besar
dan juga sama struktur binaannya. Masyarakat Iban dalam rumah panjang begitu
mementingkan semangat kerjasama. Dalam apa juga kerja, masyarakat Iban lebih memilih
untuk bergotong royong daripada melakukan kerja itu secara sendiri. Amalan bergotongroyong atau beduruk ini kerap diamalkan apabila musim menanam dan juga menuai padi.
Di samping itu juga dalam pergaulan seharian, amalan masyarakat Iban antara lelaki
dan perempuan adalah tidak disekat ataupun dibenarkan mengikut adat ngayap. Ngayap ini
merupakan satu amalan masyarakat Iban pada zaman dahulu, yang dilakukan oleh si teruna
untuk memikat si dara serta berkenalan dan meluahkan perasaan masing-masing. Walaupun
amalan ngayap ini dibenarkan namun ia haruslah dilakukan dengan adab dan juga sopan
santun yang berlandaskan adat dan juga pegangan hidup masyarakat kaum Iban itu sendiri.

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 16

Mengikut adat, si teruna boleh mengunjungi si dara tidak melebihi tiga malam berturutturut. Jika kunjungan berterusan, ibu-bapa si gadis mempunyai hak untuk menentukan dan
bertanya sama ada si teruna serius di dalam usahanya untuk memikat si gadis. Sekiranya
antara mereka serius, mereka akan dikahwinkan. Pada masa kini, tradisi dan amalan ngayap
ini tidak lagi diamalkan. Teruna dan dara hanya berjumpa dalam majlis keramaian,
perjumpaan semasa perayaan, dan sebagainya yang tidak berlebih-lebihan dan bersopan
santun. Oleh itu, sekiranya terdapat perlanggaran adab dan campur tangan kaum lain ,maka
tindakan undang-undang akan diambil seperti yang termaktub dalam seksyen 132 Adat
Iban,1993.
Dari aspek menyambut keramaian pula, masyarakat Iban adalah amat menitikberatkan
kepuasan dan juga hubungan persaudaraan juga silaturrahim antara mereka. Mereka juga
seperti kaum lain yang memberi makan setiap tetamu yang datang ke rumah mereka. Tetamu
yang datang juga mungkin dihantar pulang sekiranya perlu. Di samping itu juga, tetamu yang
hendak pulang juga akan dibekalkan dengan buah tangan dan juga cenderamata yang
menunjukkan tuan rumah senang menerima kehadiran mereka.
iii. Politik(Pentadbiran dalam Rumah Panjang)
Dalam aspek politik pula, cara hidup masyarakat Iban amatlah mementingkan
ketaatan kepada Tuai rumah atau ketua kampung dalam sesuatu organisasi dalam sesebuah
rumah panjang. Dalam hal ini, ketua rumah dalam sesebuah rumah panjang akan melantik
beberapa orang ahli jawatankuasa di bawahnya. Peranan ketua rumah panjang bukan sahaja
dalam birokrasi mahupun pentadbiran sahaja, bahkan ketua rumah panjang juga berperanan
dalam mengendalikan urusan adat dan juga undang-undang rumah panjang tersebut.
Ahli jawatankuasa yang membantu ketua rumah akan bertungkus lumus terutamanya
dalam urusan rumah panjang, misalnya

bendahari, setiausaha, komiti dan sebagainya.

Namun pada masa sekarang, masyarakat Iban hidup dalam rumah panjang yang agak mewah
seiring dengan arus pemodenan. Bukan lagi seperti dahulu yang hanya beratapkan rumbia,
berdinding buluh dan sebagainya. Bahkan kira-kira 60% daripada rumah orang Iban adalah
rumah batu dan moden struktur binaannya.
Oleh itu, pada zaman sekarang struktur pentadbiran pun telah berubah. Bahkan
seorang ketua dalam rumah panjang itu juga seharusnya seorang yang pernah menerima
pendidikan bukanlah mereka yang buta huruf seperti sebelumnya. Hal ini kerana, ketua
berperanan dan berurusan dengan kerajaan untuk meminta sebarang kemudahan daripada

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 17

kerajaan dan diberikan kepada rumah panjang di bawahnya. Oleh itu perlunya sikap
kepimpinan ada dalam apa jua keadaan sekalipun.
iv. Pakaian tradisi
Masyarakat Iban terkenal dengan cara berpakaian atau disebut juga ngepan Iban. Cara
berpakaian masyarakat Iban adalah sangat unik dan masih lagi diamalkan pada masa
sekarang terutamanya pada musim keramaian, majlis-majlis tertentu, dan juga pada musim
perayaan iaitu Hari Gawai. Pada zaman dahulu, pakaian lelaki dan wanita dalam masyarakat
Iban adalah jauh berbeza. Namun demikian ia lebih banyak diperbuat daripada kain tenunan
yang memaparkan corak tenunan yang sangat cantik. Sementara untuk perhiasan pula,
masyarakat Iban menggunakan perhiasan yang pelbagai, seperti marik empang, sugu tinggi,
rawai dan sebagainya. Perhiasan ini diperbuat daripada bahan logam seperti timah dan juga
perak dengan buatan yang sungguh cantik.
Pakaian Lelaki-Lelaki masyarakat Iban terkenal dengan lanjang atau topi yang
dihiasi dengan bulu burung iaitu burung merak atau ruai. Lelaki juga sinonim dengan kain
dandong atau kain selendang. Panjang dandong adalah tidak tetap kerana kain dandong ini
digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu.
Pakaian lelaki yang dijadikan sebagai baju pula dikenali sebagai baju burung. Baju burung
adalah merupakan sejenis kain tenunan yang mempunyai corak yang bermotifkan burung dan
coraknya sangat cantik. Cara pemakaian baju burung adalah dipakai seperti baju biasa hanya
ia tidak bertutup dan mendedahkan dada.
Pakaian Wanita-Pakaian wanita Iban dapat dilihat daripada bahagian kepala
sehinggalah ke bahagian kaki. Bahagian kepala akan dihiasi dengan sugu tinggi, yang
merupakan hiasan yang diperbuat daripada logam timah. Bahagian bahu pula akan dihiasi
dengan marik empang, yang diperbuat daripada manik-manik yang disusun mengikut corak.
Bahagian pinggang pula akan dililit dengan ngepan yang diperbuat daripada timah dan
kelihatannya seperti syiling yang disusun berjuntai-juntai. Kaki juga mempunyai perhiasan
yang cantik dan setiap gelang kaki akan diletakkan gerunung yang mengeluarkan bunyibunyian yang menarik perhatian sesiapa yang mendengarnya. Begitulah halnya dengan
pakaian wanita. Pakaian dijadikan baju adalah dinamakan selayah(bedong) yang merupakan
sejenis kain tenunan yang sangat panjang dan dililit di bahagian dada. sementara kain sarung
yang dipakai separas lutut. Kain sarung ini ditenun dengan corak jalur yang berwarna-warni.
Malah ada di antaranya juga dihiasi dengan corak bermotif tradisional dan di songketkan
dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 18

v.Tarian dan Nyanyian


Antara tarian Iban yang popular ialah tarian ngajat. Tarian ini terbahagi kepada
beberapa jenis tetapi dilakukan pada masa dan waktu yang sama iaitu pada musim perayaan
Gawai, di mana masyarakat Iban akan berpesta dengan pelbagai tarian bagi menyambut
semangat padi, apabila selesai sahaja musim menuai. Antara jenis tarian yang diamalkan
ialah tarian ngajat lesong, ngajat bebunoh, ngajat pua kumbu, ngajat indu dan banyak lagi.
Semasa tarian ini ditarikan, gendang akan dibunyikan dan penari akan menarikan tarian
mengikut paluan gendang.

Sementara nyanyian atau leka main pula begitu unik dan mempunyai pelbagai fungsi.
Antara leka main yang masih relevan lagi pada zaman sekarang ialah pantun, ramban,
renong, ganu, pengap, sampi, timang, bebiau, naku antu pala, geliga dan banyak lagi. Rasa
kerinduan, menyindir dengan cara yang halus, menyampaikan rintihan dan keluhan, hiburan
kanak-kanak dan juga sebagai pembakar semangat atau motivasi.
vi. Makanan Tradisi
Hinava- Hinava atau nama lainnya iaitu Hinava Ginapan merupakan salah satu makanan
kaum Iban di Sarawak.Makanan ini selalunya disajikan semasa Hari Gawai.
Ayam Pansuh-Salah satu dari makanan tradisional kaum Iban setiap kali perayaan Krismas
dan Hari Gawai. Ayam di masak dalam buluh.
Cakar Ayam-Makanan tradisional kaum Iban yang pasti ada di rumah panjang setiap kali
perayaan Gawai .
Pekasam Ensabi-Jeruk atau pekasam ensabi, makanan tradisional kegemaran orang Iban
merupakan sejenis sayur sawi jeruk yang begitu popular di rumah panjang. Rasanya yang
masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas, dan sehingga
kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang terus digemari.
Kasam-Kasam ikan atau "Pekasam" sangat dikenali bagi suku kaum masyarakat Iban.
Selalunya, ikannya diperam selama sebulan sebelum di makan, semakin lama diperam
semakin sedap rasa isinya. selain itu, pelbagai jenis ikan boleh digunakan untuk di jadikan
pekasam seperti ikan semah, baong, lampam jawa, tengadak, sepat dan keli. selain daripada
itu juga, ramai masyarakat tidak dapat menerima makanan ini kerana baunya yang tersangat
busuk dan bagi sesetengah orang yang biasa sahaja dengan pekasam dapat menerima
makanan ini.

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 19

Tuak Beras-Tuak (beras) ialah sejenis minuman masyarakat kaum Iban pada masa dahulu.
Biasanya Tuak diperbuat daripada sejenis beras dipanggil BerasPulut. Beras tersebut akan
direndam bersama air di dalam tempayan atau dikenali sebagai Tajau. Proses tersebut akan
mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ia boleh diminum dan beras
tersebut juga akan menjadi sejenis makanan dipanggil Nasi Tapai. Namun pada masa kini
proses pembuatan tuak berlainan sedikit iaitu selain dibuat menggunakan beras pulut, ia juga
dicampur dengan gula pasir supaya rasanya manis. Biasanya Tuak akan dihidangkan pada
perayaan tertentu seperti perayaan gawai dayak, gawai hantu, gawai burung dan sebagainya.
Selain daripada mayarakat Iban, terdapat juga masyarakat lain seperti Bidayuh, Orang Ulu
juga membuat tuak dengan cara mereka sendiri. Tuak juga boleh membawa kesan yang
mudarat seperti mabuk, khayal, muntah sekiranya diminum berlebihan.

C. Fahaman Agama
Secara mejoriti masyarakat iban sekarang menganuti agama kristian. walaubagaimana pun
terdapat juga masyarakat iban yang menganuti agama lain seperti menganuti agama islam.
Biarpun suku kaum iban menganuti agama kristian dan lain-lain agama namun mereka masih
mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka. Dalam kepercayaan Iban, mereka
berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan beasr kemungkinan ditulis di dalam
'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Paramount Chief" dengan berpandukan nasihat
'Manang' dan 'Lemambang'. Orang Iban percaya kepada kwujudan seorang Tuhan yang
agung (Bunsu Petara) yang mencipta dunia ini dan alam semesta. Orang Iban mempercayai
tuhan agung mempunyai tujuh orang dewa yang sentiasa dihitung sebelum memulakan
jampi-jampi dengan nama-nama berikutnya:

Sengalang Burong sebagai dewa Peperangan

Biku Imam Bunsu Petara sebagai dewa keagamaan

Menjaya sebagai dewa perubatan

Selempandai/Selempetoh/Selempeta sebagai dewa pembuatan

Sempulang Gana/Semerugah sebagai dewa pertanian dan tanah

Ini Inee/Andan sebagai pemyembuh semulajadi dan dewa keadilan

Anda Mara/Gangga Ganggong sebagai dewa kekayaan.

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 20

Orang Iban percaya bahawa semua binatang yang hidup, tumbuhan dan barangan fizikal
seperti bukit, gunung, sungai, air, ribut dan sebagainya mempunyai semangat atau roh
masing-masing. Mereka juga percaya kepada orang Panggau Libau dan Gelong seperti
Keling dan Laja, Kumang dan Lulong. Orang Iban juga menyembah roh-roh nenek moyang
yang telah meninggal untuk meminta pertolongan semasa Gawai Antu.

D. Adat Resam & Pantang Larang


i.Adat Perkahwinan
Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat Iban adalah perkahwinan yang
mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat perkahwinan akan didenda
sama ada dihukum mengikut adat perkahwinan yang telah ditetapkan . Terdapat beberapa
peringkat perkahwinan dalam masyarakat Iban. Peringkatnya adalah seperti di bawah ini.

Merisik-Adat merisik ini adalah adat yang mesti dan wajib dalam masyarakat Iban.
Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanya ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya
seorang teruna telah berkenan kepada seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang
ke rumah gadis untuk merisik. Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai
berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan
ditentukan termasuklah berian dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar
rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan itu menggalakkan. Syarat perkahwinan
ditentukan kemudian oleh kedua-dua pihak.
Bertunang-Setelah perundingan selesai dibuat, barulah ikatan pertunangan itu
dijalankan. Keluarga pengantin akan datang untuk menguruskan ikatan pertunangan itu.
Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki akan menanggalkan lapit atau ikat
pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Mulai dari hari itu, lelaki dan
perempuan akan di tanda dengan ikatan pertunangan yang sah. Selepas ikatan pertunangan itu
diikat, perempuan yang telah ditunangkan tidak dibenarkan menerima kunjungan lelaki lain
selain daripada tunang dan ahli keluarganya sahaja. Jika tidak, perempuan itu akan dianggap
mencemari ikatan pertunangan yang baru diikat itu. Sebentuk cincin di jari masing-masing
adalah sebagai tanda ikatan pertunangan dan tanda bahawa masing-masing sudah dimiliki.
Tempoh pertunangan kemudian ditetapkan. Tarikh perkahwinan juga turut ditetapkan. Dua
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 21

atau tiga hari kemudian, wakil dari pihak lelaki akan memaklumkan kepada saudara-mara
dan jiran tetangga tentang pertunangan itu. Semasa pertunangan itu, bakal pengantin lelaki
dan pengantin perempuan haruslah sentiasa memakai cincin pertunangan sebagai tanda
mereka sudah ada yang memiliki.
Sekiranya pertunangan itu putus kerana salah seorang yang melakukan kecurangan,
maka sesiapa yang melakukan kecurangan itu akan dikenakan denda sebagai menebus malu
keluarga pihak yang dicurangi itu. Tetapi, sekiranya pertunangan itu terputus kerana
kematian dan sebab-sebab lain, maka hubungan di antara pihak lelaki dan perempuan masih
berjalan dengan baik.
Majlis Perkahwinan atau Melah Pinang-Majlis perkahwinan dimulakan oleh pihak
lelaki. Pihak lelaki akan menyediakan barang-barang atau hantaran yang akan diberikan
kepada pihak perempuan seperti kain, raga, pedang, hasil kraf tangan dan mungkin juga
barang kemas. Keluarga perempuan juga turut membuat persiapan termasuklah memburu
binatang untuk dijadikan lauk kepada tetamu yang akan datang. Selain itu, kedua belah pihak
juga turut menetapkan perbelanjaan dan juga pemberian yang sesuai untuk pasangan masingmasing.
Pengantin lelaki memakai pakaian tradisional Iban dan disediakan tempat duduk. Paluan
gong akan mengiringi rombongan dan perarakan tersebut. Sebaik sahaja sampai di rumah
pengantin perempuan, akan dilepaskan satu tembakan sebagai tanda tetamu sudah tiba.
Penduduk di rumah panjang pengantin perempuan akan bersiap sedia untuk menyambut
kedatangan rombongan pengantin lelaki. Rombongan pengantin perempuan akan turun ke
sungai untuk mandi bersama-sama dengan pengantin lelaki sebagai tanda permulaan
silaturahim antara pengantin rombongan pengantin lelaki dan pengantin perempuan.

Semasa perkahwinan itu hendak bermula, mereka akan mengadakan perbincangan di ruai
dan air tuak dihidangkan sekali lagi sebagai air peransang kepada tetamu. Setelah mengetahui
hubungan kekeluargaan, pengantin perempuan akan meminta berian. Tetapi nilainya adalah
mengikut yang telah ditetapkan oleh masyarakat di situ sendiri. Pihak pengantin perempuan
pula akan meminta bayaran pemecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaran pembuka
pintu iaitu sebatang lembing, bayaran pembuka kelambu iaitu sebilah pedang dan
bayaran-bayaran yang lain.
Upacara membelah pinang adalah upacara menentukan tempoh jodoh antara
pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Setelah dibelah, pinang itu akan diagihkan kepada
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 22

tetamu yang datang. Upacara perkahwinan telah dianggap tamat dan menunggu masa untuk
bersanding di sebelah malam sahaja. Sekiranya ada kesalahan atau kesilapan semasa majlis
perkahwinan itu, pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Mereka juga
diminta untuk memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan mereka
akan hilang bagi setiap individu. Sementara menunggu majlis persandingan yang akan
berlangsung pada sebelah malamnya, akan diadakan sedikit perbincangan antara keluarga
sebelah pengantin lelaki dan perempuan. Perbincangan ini adalah tentang tempoh yang sesuai
bagi pengantin perempuan tinggal di rumah pengantin lelaki sebelum dibenarkan melawat
keluarganya.

ii. Adat kematian


Kaum Iban juga mempunyai adat semasa kematian. Berikut ialah cara- cara mereka semasa
berhadapan dengan kematian.

Keluarga mengelilingi mayat dan meratap 190 minit.

Lesung/penumbuk diletakkan di laluan (tempuan) untuk menghalau hantu.

Mayat dibersihkan dan 3 tanda kunyit di dahi.

Pua kumbu (gebar) dijadikan tabir untuk menghalang penyakit.

Beras dihamburkan paya beras keluarga tidak dibawa sama ke dunia lain (sebayan).

Api kecil dekat kaki si mati.

Tetamu bawa hadiah beras pulut, duit dan ayam.

Berkabung selama 3 bulan.

6 petang - nyanyian ratapan kematian.

5 pagi - wanita tua beri makan supaya tidak lapar dalam perjalanan.

Semasa dimasukkan dalam keranda, orang2 perempuan menangis sekuat2nya.

Darah ayam direnjiskan ke tanah sebelum digali.

Keranda ditanam bersama barang si mati (baiya) supaya dapat digunakan dalam dunia

lain (memoa sebayan).

dalam pantang larang pula, kaum Iban pantang larang yang unik dan ini membezakan
dengan kaum lain. Antara pantang larang tersebut ialah jika mimpi buruk, aktiviti besok
ditangguhkan dan miring akan dilakukan. Miring ialah jampi serapah dengan darah ayam
atau babi direnjis di sekeliling mereka. Selain itu, dalam tempoh tujuh bulan sewaktu

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 23

mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti
berikut;

Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja.

Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana di bimbangi
akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak

Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana
dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.

suami isteri tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar.

suami isteri tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi
akan lumpuh.

suami isteri tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat
di dalam rahim semasa dilahirkan.

Di samping itu, pantang larang lain yang dipercayai masyarakat Iban ialah jika
terserempak binatang atas dahan itu ialah hantu rembia (roh menjaga pokok) dan tidak
boleh membunuhnya kerana perkara tidak baik akan berlaku.

E. Perayaan
Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk
meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak.
Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap
tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan
persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak
telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis
makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi
khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum
merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah
dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai. Setelah upacara
persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat
berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di
serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan
minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 24

menjamu hidangan bersama air tuak. Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai
adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung
menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

1.3 Baba Dan Nyonya


A. Latar Belakang
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya
di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian
Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan
mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka
adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka
mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak
membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk.

Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan
mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh
kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya
di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di
antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi
seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba".

B. Cara Hidup
Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah
daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan
mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai
orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada
juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain.

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura
berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua
negeri ini, terutamanya Singapura. Generasi Nyonya (Baba perempuan) yang terdahulu masih

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 25

memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana yang dipakai oleh orang-orang
Melayu.

Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih
bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China.
Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan
agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian
kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai
adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian
resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang
lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua
pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina
tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding
dengan Melayu.

i. Bahasa baba dan Nyonya


Bahasa Baba ialah sejenis dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang-orang
Baba di Malaysia, khususnya di Melaka dan Pulau Pinang. Walaupun bahasa ini berasal dari
Melaka, bahasa Baba yang dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan bahasa Baba Melaka
dalam beberapa aspek. Pada dasarnya, bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa
Hokkien dengan bahasa Melayu. Walaupun kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada
bahasa Melayu, bahasa Baba berbeza daripada bahasa Melayu dalam kebanyakan aspek yang
utama dan oleh itu, merupakan satu bahasa yang berasingan. Antara perbezaan ini adalah:
Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina umpamanya lai untuk 'datang', dan
banyak lagi kecenderungan ke arah sintaksis Hokkien, khususnya bagi idea-idea yang
abstrak, yang tidak difahami oleh orang-orang Melayu.Orang-orang Baba tidak tahu akan
kebanyakan perkataan dan sintaksis bahasa Melayu.Orang-orang Baba menggunakan
peribahasa Cina dengan lebih meluas, berbanding peribahasa Melayu.Bentuk ayat bahasa
Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu. Umpamanya, "Ibu bapanya sedang
makan di meja" disebut "Dia punya mak-bapa ada dudok makan do sblah punya mejah".
Selain itu, mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama, iaitu berbeza
dengan bahasa Melayu.

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 26

Contoh lain penggunaan perkataan yang digunakan dalam etnik baba dan nyonya
saya = goa
anda = lu
dia = i
kita = wa lang

Hasil kajian telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya bukan sahaja
menggabungkan warisan budaya Melayu dalam warisan budaya mereka sendiri, malah
mereka mengambil inisiatif menggabungkan dua budaya menjadi satu budaya yang unik.
Sudah jelas, sejak dahulu lagi masyarakat Baba dan Nyonya memang terkenal dengan muzik
dan lagu-lagu yang juga digunakan oleh masyaralat Melayu. Pengaruh puisi tradisional
Melayu, iaitu pantun begitu popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya.Contoh
pantun Baba dan nyonya seperti berikut:
Naday bugis tolak blayar,

Pisang mas bawak blayer,

Tengah laot patah kemudi-nya;

Jerok mari dalam kendi;

Hutang budi dapat di bayer,

Hutang budi balas di dunia,

Hutang hati apa ganti-nya.

Hutang hati mengikat diri.

Tengah laot patah kemudi,

Pisang mas bawak blayer,

Layar koyak di pukol angin;

Masak sa-bijik di-atas peti;

Hutang hati membawak mati,

Hutang mas boleh di bayer,

Sebagi bola di pukol angin.

Hutang budi menanggong hati

ii .masakan Baba Nyonya


Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah
menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga
orang-orang Melayu. Menikmati masakan masyarakat Baba dan Nyonya pastinya terasa
keunikan kerana resipinya menampilkan budaya campuran cita rasa kaum Cina dan Melayu.
Antara masakan mereka terkenal ialah ayam pong teh, asam pedas ikan, ikan stim Nyonya,
udang lemak nanas dan sambal sotong campur petai

iii.Sulaman Nyonya
Sulaman nyonya adalah antara pengisian keharmonian budaya Malaysia. Sorotan
sejarah menyatakan bahawa masyarakat baba nyonya telah berada di bumi ini sejak zaman

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 27

Kesultanan Melaka lagi. Melaka yang ketika itu yang menjadi pusat perdagangan telah
menggamit pelbagai bangsa untuk bertapak di situ termasuklah golongan baba nyonya.

Kebolehan mereka menyerap dan menyesuaikan diri dengan budaya setempat


menjadikan mereka unik. Keunikan hasil gabungan budaya setempat dan budaya negara asal
mereka. Kini masyarakat baba nyonya berada di seluruh malaysia terutama di Pulau Pinang
dan Melaka. Kehadiran mereka bersama kemahiran bersulam telah memperkayakan lagi
khazanah seni kraf negara.Kekayaan seni kraf ini dapat dilihat melalui kebaya sulaman
nyonya. Baju kebaya sulaman nyonya masih mendapat tempat di kalangan masyarakat
Malaysia. Keindahan sulam adalah mercu kepada kehalusan kerja tangan. corak-corak
sulamannya juga menjadi sumber status dan menyerlahkan pemakainya.

iv.Pakaian
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek
moyang mereka. manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak
persamaan dengan keturunan Cina. baju Kebaya dipercayai telah wujud pada kurun ke-19
dan pertama kali dipakai oleh Nyonya Serani berbangsa Belanda dalam bentuk kebaya renda
(kebaya yang dihiasi dengan renda).

Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan
kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang
dijahit pada kain terpal. Pada mulanya, manik-manik yang diperlukan untuk menghiasi kasut
manek. Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan
warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut
manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.

v. Permainan
Antara permainan yang biasa dimainkan oleh kanak-kanak masyarakat Baba dan
Nyonya, seperti layang-layang, batu seremban, tintin, permainan getah, dan congkak. Hal ini
kerana kebanyakan mereka tinggal di perkampungan Melayu.Oleh itulah anak-anak mereka
berkawan dan bermain permainan Melayu. Malah bukan itu sahaja, mereka juga dihantar oleh
keluarga mereka ke sekolah kebangsaan. Dari situlah mereka mengenali permainan tradisi
Melayu dan bermain bersama-sama dengan kawan-kawan Melayu.
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 28

C. fahaman agama
Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun
Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah
barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam
budaya Peranakan. Kebanyakan masyarakat Baba dan Nyonya adalah penganut agama
Buddha. Mereka memilih untuk membakar mendiang. Cara upacara membakar mendiang
tidak terpengaruh sama sekali dengan cara agama Islam mengebumikan jenazah. Bagi
masyarakat Baba dan Nyonya yang menganut agama Islam, mereka akan diuruskan dengan
cara Islam. Jenazah dimandikan,dikafankan, disembahyangkan, dan akhirnya dikebumikan

D. adat resam & pantang larang


i. adat Perkahwinan
Seperti kaum lain kam Baba Nyonya juga turut mempunyai adat resamnya tersendiri.
Perkahwinan kaum ini banyak mengikut cara perkahwinan seperti masyarakat Cina.Pelbagai
persiapan harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu. Bagi pasangan yang akan
melangsungkan perkahwinan, situasi begini bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil.Namun
begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di
dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya merupakan antara masyarakat Malaysia yang
unik. Keistimewaan Baba dan Nyonya masih lagi diperkatakan oleh masyarakat Malaysia
yang lain dan ia boleh dilihat melalui adat perkahwinan mereka.

Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan di mulakan dengan
melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang
bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan
saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara
perkahwinan.

Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan
jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul
nyoya iaitu bakul Siah. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk
memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain
dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 29

Persiapan bilik pengantin jua perlu dan ia diletakkan langsir, cadar baru yang kaya
dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan
'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan
'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali
sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu hari
pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Hari tersebut juga adalah di
buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan.
Ini disusuli oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis
antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak'
pada hari kedua belas upacara perkahwinan.

Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu.
Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari
pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah
putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah
hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang
sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.

Tepak sireh- Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh di dapati di dalam
perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan
berkahwin itu. Adat lain termasuk mas kahwin diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana
kesucian gadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga
rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan
pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya
manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.
Chia N Lang- Kheh merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan.
Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai akan menghiburkan
hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang Kheh Umm'
atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan berjalan,
berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak Chindek'
iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan.

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 30

Chiu Thau- merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di tempat
pemujaan. Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang
mewakili syurga, bumi dan manusia.
Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih dahulu. Walau
bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalani adat atau
upacara 'Chim Pang'.
Chim Pang- merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan pengantin
perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh keduadua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan,
mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain.
Choon Tok- ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami isteri.
Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah hormat
kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.
Chian Sia-Upacara ini ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak
pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain
sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas.
Pada hari ini lah juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan
dengan lawak jenaka, pujian dan ransangan.
Dua Belas Hari-Hari ini merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan dengan nasi
lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di
kukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak
nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil
menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih.
Chian Ching Kay, Che Umm-Ia merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si
mertua pengantin perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di
antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan
kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Walau bagaimanapun di dalam setiap perkahwinan
semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam
masyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan
dari terjadinya sesuatu yang tidak baik.

Selain itu juga, Baba dan nyonya mempunyai pantang larang yang tersendiri yang di
amalkan secara turun-temurun. Antara pantang larang yang di amalkan adalah seperti berikut:
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 31

Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh. Tujuan
mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau
atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.

Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Mereka percaya bahawa
darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan
langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa
barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu.

Masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam
perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau Chicken
Pox, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk
mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi

E. Perayaan
Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun
Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah
barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam
budaya masyarakat Baba dan nyonya. Pada masa sekarang kebiasaannya masyarakat Baba
dan nyonya merayakan perayaan mengikut anutan agama masing-masing. Bagi mereka yang
beragama islam mereka menyambut perayaan islam seperti hari raya aidilfitri dan hari raya
Korban. Begitu juga masyarakat baba dan nyonya yang beragama lain. mereka menyambut
perayaan mengikut fahaman agama masing-masing.

2.0 KESIMPULAN
Malaysia mempunyai terdiri dari pelbagai etnik yang mempunyai kepercayaan dan
adat resam yang berbeza-beza. Walaupun setiap etnik mempunyai fahaman yang berbeza
namun, masyarakat malaysia hidup dengan aman-damai. keunikan ini perlu di pelihara agar
ia dapat di warisi dan di amalkan oleh generasi akan datang. setiap pihak perlu mengambil
pernanan masing-masing agar keunikan budaya dan cara hidup setiap etnik akan sentiasa
terpelihara.

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 32

3.0 LAMPIRAN
3.1 Suku Kaum Kadazan Dusun.

-Sompoton

-Togunggak

-Bungkau
Pakaian Tradisional Suku Kaum Kadazan Dusun

-Sup Manuk Lihing

-Gong

Alat Muzik Tradisional Suku Kaum Kadazan


Dusun.

-Hinava

-Noonsom Bambangan

Bambangan/noonsom bambangan

Bambangan/noonsom bambangan
-Noonsom Sada

-Butod(ulat Rumbia

-Noonsom Tuhau

Bambangan/noonsom bambangan
Bambangan/noonsom
bambangan
Makanan
Tradisional Suku Kaum Kadazan Dusun
TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 33

3.2 Suku Kaum Iban

Pakaian tradisional Suku Kaum Iban

-Ayam Pansuh

-Pekasam Ensabi

-Cakar Ayam

Makanan tradisional Suku Kaum Iban

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 34

3.3 Suku Kaum Baba dan Nyonya

Pakaian Tradisional Suku Kaum Baba dan Nyonya

Sulaman Suku Kaum Baba dan Nyonya

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Masakan Tradisi Baba dan Nyonya(Ayam pong teh)

Muka 35

4.0 RUJUKAN

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/7481-etnik-sabah-dalamkepelbagaian-kebudayaan.html

http://myvoiceeheart.blogspot.com/2010/03/asal-usul-suku-kaum-dusun-disabah.html

http://chillgideon.blogspot.com/2010/08/adat-dan-kepercayaan.html

http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/pengenalan.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Iban

http://bmpengurusan2010.blogspot.com/2010/09/kaum-iban.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Gawai

https://www.scribd.com/doc/168251835/Masyarakat-Baba-Dan-Nyonya-Di-Melaka

https://www.academia.edu/8526027/Asal_Usul_Baba_Dan_Nyonya

TUGASAN 1 : HUBUNGAN ETNIK

Muka 36

You might also like