You are on page 1of 5

Kepentingan Warisan Kesenian

Tiga Kepentingan Warisan Kesenian


1) Perpaduan Kaum
- Di dalam bidang kesenian dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di
negara kita. Contohnya, setiap kaum mengambil bahagian dalam sesuatu persembahan
kesenian. Oleh itu, setiap kaum dapat mengenali dan memahami bidang seni kaum lain.
Mereka juga dapat berinteraksi mesra antara satu sama lain.
2) Peluang Kerjaya
- Bidang kesenian menawarkan pelbagai peluang pekerjaankepada masyarakat.
Contohnya sebagai ahli muzik, pelakon, pereka seni kraf, kareografer dan jurulatih seni
mempertahankan diri.
3) Industri Pelancongan
- Kepelbagaian dan keunikan warisan kesenian menarikpelancong tempatan dan luar
negara. Contohnya kesenian kraf seperti batil, ukiran kayu, labu sayong, anyaman dan
songket. Pelancong juga tertarik kesenian seperti makyung, wayang kulit, dikir barat
dan ulik mayang. Hasil jualan barangan seni kraf dan bayaran persembahan seni tari
memberikan pulangan pendapatan kepada para penggiat seni

Alat Muzik
Rebana Ubi
Ketika zaman kerajaan Melayu lama, bunyi paluan rebana ubi yang besar digunakan untuk
menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari amaran mengenai serangan musuh, hinggalah
pengumuman majlis perkahwinan. Kini, rebana ubi menjadi salah sebuah alat muzik yang
digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan

Kompang
Kompang boleh dikatakan alat muzik tradisional yang paling popular di Malaysia, dan
digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi,
serta
majlis perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi
disekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan
dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang
menarik.
Gambus
Gambus dibawa ke Malaysia oleh para pedagang dari Farsi serta Timur Tengah. Gambus
dimainkan dengan pelbagai gaya dalam muzik tradisional Melayu, terutama sekali sebagai
alat
muzik utama dalam muzik Ghazal. Alat muzik ini, yang direka halus menggunakan campuran
berbagai jenis kayu, menghasilkan bunyi seakan-akan alat muzik kecapi (harp).
Sape
Sape adalah sejenis gitar tradisional masyarakat Orang Ulu atau penduduk hulu sungai di
Sarawak. Alat muzik ini, yang dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang berwarna
warni,
diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk. Alat muzik ini, yang dahulunya dimainkan
seorang diri sebagai hiburan, kini telah menjadi sebuah alat muzik sosial. Lazimnya, sape
dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat dan Datun
Julud
Kepentingan Warisan Kesenian
Kepentingan warisan kesenian:-
1. Membolehkan generasi akan datang mengenali kesennian negara
2. Dapat memperkenalkan negara ke serata dunia
3. Membolehkan kita mengenali asal usul kesenian negara
4. Membantu mengetahui corak kehidupan terdahulu
Alat Muzik Tradisional

Alat muzik tradisional merupakan warisan budaya bagi setiap kaum di Malaysia. Pada
zaman dahulu, alat muzik tradisional memainkan peranan sebagai alat penyebaran maklumat,
alat ritual dan alat hiburan. Alat muzik tradisional boleh dibahagikan kepada lima kategori
iaitu, kordofon, membranofon, erofon, idiofon dan erofon bebas.

Alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi melalui getaran pada
tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik seperti rebab, sapeh, pipa, erhhu, tampura dan lain-lain
adalah tergolong dalam kategori ini.
Alat muzik membranofon ialah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit
atau membrane yang ditegang dan dipalu. Alat-alat muzik gendang dan rebana Melayu
adalah tergolong dalam kategori ini.

Erofon ialah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Contoh
alat muzik erofon ialah serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan sebagainya.

Idiofon ialah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindak balas pada
rangka badan yang bergema. Contoh alat muzik idiofon ialah kumpulan gong.

Erofon bebas ialah sesuatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang
udara dengan cara meniupnya. Alat muzik ini diperbuat daripada bahan yang bersifat
sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya.

Bagi kaum Melayu, alat-alat muzik yang dimainkan oleh mereka ialah gambus,
rehab, gong, kompang, rebana, maruás, nahara, seruling, serunai, nafiri, angklung, bonang,
caklempong, canang, gambang kayu, saron barong dan sebagainya. Kompang merupakan alat
muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Kompang biasanya
dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Kaum Cina pula memainkan alat-alat muzik tradisional seperti erh-hu, pipa,
yangqin, sheng dan seruling cina. Dalam masyarakat Cina, erh-hu dan pipa sentiasa
digunakan sebagai alat solo untuk hiburan dan juga digunakan dalam orkestra untuk
mengiringi opera cina atau mengiringi nyanyian.

Alat-alat muzik tradisional yang dimainkan oleh kaum India adalah seperti tempura,
sitar, dholak dan sebagainya. Dholak ialah sebuah alat muzik kasikal India Utara dan
biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem. Alat muzik ini juga
digunakan untuk mengiringi nyanyian dan tarian semasa majlis perkahwinan India
dilangsungkan.

Selain itu, Sabah dan Sarawak juga mempunyai latar belakang muzik tradisional
yang berbeza. Di Sabah, alat muzik tradisional dimainkan semasa majlis perkahwinan,
pertunangan, perayaan menuai, hari ulang tahun pertama kanak-kanak, upacara-upacara
keagamaan animisma dan upacara-upacara berkaitan yang penting bagi masyarakat tempatan.
Kebanyakan alat-alat muzik di Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli. Contohnya,
tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh.
Alat-alat muzik di Sabah dikelaskan kepada kordofon (tongkungon, gambus, sundatang atau
gagayan), erofon (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton, idofon (togunggak, gong,
kulintangan) dan membranofon (kompang, gendang atau tontog).
Di Sarawak pula, alat-alat muzik tradisional yang dimainkan oleh mereka ialah
lutang, sape, tawak dan sebagainya. Sape merupakan alat muzik yang amat popular di
kalangan kaum Kenyah dan Kelabit. Sape boleh dimainkan secara solo atau berduet untuk
menghasilkan kombinasi irama muzik yang lebih indah dan harmoni.

Usaha:

Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan alat


muzik tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan ini
tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak
berguna. Janganlah kita merindui alat muzik tradisional selepas permainan ini pupus
ditelan zaman. Oleh itu, langkah mempopularkannya seperti kempen dan
pertandingan orkestra alat muzik tradisional merupakan rencah maslahat untuk
mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat
pendedahan dan mempelajari alat muzik tradisional yang terdapat di Malaysia dalam
sepanjang kempen dan pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta.
Dengan langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan alat muzik
tradisional mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang. (A6)

Kesan:kepentingan
Realitinya, alat muzik tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang
keagungan bangsa dan negara tercinta ini.Tanpa melihat warna kulit mahupun
agama, permainan alat muzik tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang
dapat menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun
menjadikan permainan alat muzik tradisional sebagai platform untuk menarik
kedatangan pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing
berasa teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama
di sini hanya untuk mempelajari permainan alat muzik tradisional kerana pelancong
sedar akan peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana
pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin meningkat.
Kepentingan
Daripada persepsi cendekiawan, permainan alat muzik tradisional merupakan
sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya. Hal ini demikian kerana
kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan otak untuk berfikir
secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan alat muzik tradisional. Yang
indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan
rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negara daripada dijajah oleh anasir
jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa permainan alat muzik tradisional
dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat supaya
mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

You might also like