You are on page 1of 7

TOKOH KEMERDEKAAN Peranan Tokoh - Tokoh Kemerdekaan Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 telah diusahakan

oleh para pemimpin yang berwibawa. Sikap bekerjasama dan sentiasa mengutamakan perundingan dan kata sepakat telah menjadi pendekatan terbaik mereka dimana kemerdekaan negara yang dicapai tidak melibatkan pertumpahkan daranh. Antara tokoh-tokoh penting kemerdekaan negara termasuklah:

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau merupakan Presiden UMNO, Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri. melalui kebijaksanaannya mengendalikan pakatan murni antara kaum, kemerdekaan telah dapat dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang

Tun Abdul Razak Beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Tinbalan Perdana Menteri. Beliau telah memainkan peranan sebagai perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun1956 . Beliau juga menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956. Beliau itu juga menjadi perunding dalam menyiapkan perlembagaan Kemerdekaan 1957. Selain itu , beliau telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem pendidikan kebangsaan negara. Laporan itu dikenal sebagai Penyata Razak pada tahun 1957. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970.

Tun H. S. Lee Beliau merupakan tokoh MCA yang telah memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan . Parti ini telah bekerjasama dengan UMNO dan MIC bagi mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957. Bagaimanapun peranan Tan Cheng Lock sebagai Presiden MCA tidak kurang pentingnya sebagai penyokong Tunku Abdul Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan Negara.

Tun V. T. Sambathan Beliau merupakan presiden MIC yang telah bersama-sama Tunku Abdul Rahman mendapatkankemerdekaan negara. Beliau telah menyokong sepenuhnya dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara yang kukuh dan menyeru kaum India supaya m,emberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara ini.

REMAJA, HAYATI DAN HARGAILAH NILAI KEMERDEKAAN.

Malaysia telah banyak memperoleh kejayaan dan berada pada landasan yang tepat untuk mencipta kecemerlangan hasil kemerdekaan yang diraih sejak 1957. Kemerdekaan telah berjaya memberikan kita mutu kehidupan yang selesa dengan pelbagai peluang yang terbuka luas.

Negara kita telah mampu membina kedudukan yang kukuh dalam semua bidang, sama ada politik, ekonomi mahupun sosial agar generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik. Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara dan meneruskan kesinambungan usaha -usaha yang telah dijayakan oleh generasi terdahulu.

Kesemua pihak yang mempunyai kepentingan di negara ini, daripada pemimpin, tenaga kerja kerajaan, swasta, mahupun golongan profesional, buruh, petani dan belia, mempunyai tanggungjawab penting untuk mewarnakan dan mencorakkan masa depan Malaysia hasil kemerdekaan yang dikecapi.

Golongan muda khususnya, tidak sepatutnya lupa akan pengorbanan generasi terdahulu untuk memerdekakan negara ini selepas dijajah ratusan tahun lamanya. Menghayati sejarah perjuangan bangsa menjadi satu tugas penting manakala usaha memupuk semangat cinta akan negara perlu diteruskan. Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang yang berguna hingga boleh memberi khidmat dan sumbangan kepada negara.

Ilmu yang ditimba akan dapat dijanakan untuk membangunkan negara setanding dengan negaranegara yang maju . Kita mengimpikan hasrat agar negara ini sentiasa menjadi penanda aras kepada negara-negara lain dalam soal kemajuan hidup manusia secara menyeluruh. Komitmen ini juga perlu dizahirkan oleh para remaja dengan kesanggupan menyumbangkan tenaga kepada negara terutama pada bila-bila masa.

Penglibatan yang bersungguh-sungguh dalam berbagai-bagai aktiviti kemasyarakatan dengan memberi khidmat membantu golongan yang miskin, orang tua, anak-anak yatim, orang kurang upaya dan sebagainya juga perlu menjadi agenda remaja; golongan yang amat kita

harapkan menerajui negara pada masa depan. Remaja boleh memanfaatkan segala potensi yang ada dalam diri mereka untuk berusaha membangunkan masyarakat yang sihat, penyayang, dan cinta akan negara.

Setiap daripada kita, ada peranan yang perlu dilaksanakan untuk membangunkan masyarakat dan negara ini. Tugas murni yang dilaksanakan ini seharusnya digalas dengan penuh kecekapan dan berintegriti. Kesedaran dan kefahaman terhadap peranan menjayakan misi dan program pembangunan negara merupakan semangat yang perlu terus bersemarak dalam kalangan remaja walaupun negara telah mencapai kemerdekaan sekian lama.

Kepesatan pembangunan dan keutuhan perpaduan yang dicapai sejak merdeka amat membanggakan kita. Kita yakin bahawa kita mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Sebagai warganegara, kita boleh berkongsi idea dan pandangan agar bersama-sama mencorakkan negara ini menjadi Malaysia yang kita impikan.

Kemerdekaan yang dipertahankan ini amat besar ertinya dan segala -galanya bermula dengan golongan muda yang akan terus mewarnainya. Kemerdekaan adalah lambang kebebasan, kedaulatan, kekuatan, dan kejayaan kepada setiap daripada kita , warganegara yang bernaung di bawahnya.

SEMARAKKAN ERTI KEMERDEKAAN, KEBEBASAN NEGARA KEMERDEKAAN sewajarnya menyedarkan rakyat mengenai erti kebebasan dan kemakmuran negara. Rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana melalui kemerdekaan, kita mencapai kegemilangan dalam semua aspek kehidupan. Sambutan ulang tahun ke-52 kemerdekaan mempunyai makna mendalam dan hanya mereka yang mengerti dan mempunyai rasa cinta kepada tanah air dapat mentafsirkan maksudnya dengan tepat. Generasi muda hari ini perlu menghayati semangat kemerdekaan. Pengetahuan sejarah melalui pembelajaran di sekolah amat penting bagi mendalami semangat dan erti kemerdekaan. Tarikh 31 Ogos perlu disambut dengan kesyukuran dan semangat patriotik. Ini kerana kemerdekaan itu adalah kemegahan dan kebanggaan semua rakyat yang perlu dikongsi dan dihayati bersama. Kedatangan tarikh keramat itu diharap dapat memantap dan memperkukuhkan lagi semangat patriotisme dan perpaduan di kalangan rakyat. Perpaduan negara sangat penting dan ia menjadi kunci kejayaan Malaysia. Sama ada Malaysia akan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 bergantung kepada beberapa faktor yang penting, terutama sekali perpaduan negara. Perpaduan hendaklah menjadi asas kepada semua aktiviti dan rancangan dari semua sektor dan masyarakat di negara ini. Sikap perkauman dan apa juga bentuk polarisasi yang lain merupakan halangan terbesar kepada perpaduan negara. Maka semua pihak mesti berazam untuk memerangi polarisasi kaum sama seperti kita mengisytiharkan perang terhadap ancaman dadah dan jenayah. Bagi membolehkan proses itu terhindar daripada rintangan, pembuat dasar dan mereka yang melaksanakannya hendaklah selalu tertakluk kepada tujuan-tujuan dan nilai-nilai Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan. Segala rancangan pembangunan, perindustrian dan sebagainya bagi mencapai imbangan sosial dan mewujudkan keadilan hanya akan memberi makna jika rakyat berbilang kaum memperkukuhkan perpaduan. Usaha saling bekerjasama rakyat Malaysia hendaklah berterusan bagi tujuan memelihara dan menguatkan semangat cinta dan setia kepada negara. Semua rakyat perlu berbangga menjadi warga Malaysia.

Semangat patriotisme haruslah sentiasa dipupuk dan dipelihara. Keharmonian kaum dan toleransi beragama di setiap peringkat harus terus diperkukuhkan. Tidak dinafikan bahawa hari ulang tahun kemerdekaan memang meninggalkan kesan mendalam pada kita semua, terutama di kalangan generasi yang pernah berjuang untuk mencapainya. Nilai murni menjadi asas penting kepada masyarakat Malaysia terutama dalam usaha pencapaian taraf sebuah negara maju. Ini penting kerana konsep Wawasan 2020 itu sendiri telah menyebut dengan jelas hasrat negara untuk mencari titik keseimbangan antara pembangunan kebendaan dan kerohanian. Apa yang perlu ditekan sekarang ialah kita harus memperseimbangkan pencapaian ekonomi dengan pembangunan kerohanian dan akhlak, di samping berusaha mencapai integrasi kaum dan perpaduan negara dalam Satu Malaysia.

PERPADUAN 1 MALAYSIA TANGGAL 31 Ogos 2009 nanti, genaplah selama 52 tahun Malaysia mengecap kemerdekaan. Sejarah pembinaan sebuah negara Malaysia yang aman dan makmur yang kita nikmati hari ini telah meniti ranjau dan duri yang sangat hebat. Biarpun lakaran sejarah itu telah mencatat bahawa kemerdekaan yang kita peroleh daripada penjajah Barat bukan bermandikan darah atau dengan mengangkat senjata, tetapi implikasi serta halangannya sangat besar. Kita telah berperang dan berjuang dalam usaha membentuk kesepakatan dan perpaduan antara kaum. Perjuangan ini sangat sukar kerana rakyat kita masih belum sebati acuannya ketika itu sehinggakan rasa kurang percaya masih bertapak di dalam diri. Pengaruh komunis dan dakyah penjajah yang ditinggalkan, kemudian dimarakkan lagi dengan isu perkauman begitu sukar dileraikan dalam diri rakyat yang akhirnya mencetuskan detik hitam 13 Mei 1969. Namun begitu, titik hitam itu semakin hari semakin terpadam kerana rakyat negara ini semakin bertamadun dan sofistikated. Tahu menilai baik buruk dan implikasi yang akan ditanggung jika mengabaikan dasar ini.

Asas-asas perpaduan demi menjaga kepentingan negara dan rakyat sebenarnya telah pun diusahakan dan dijayakan oleh Tunku Abdul Rahman yang memimpin barisan perpaduan ketika itu. Usaha-usaha itu diteruskan pula oleh Perdana Menteri atau pemimpin-pemimpin seterusnya hingga ke hari ini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Jika dahulu kita disajikan dengan konsep perpaduan kaum atau integrasi nasional, tetapi hari ini Satu Malaysia adalah pengukuhan kepada dasar-dasar yang relevan yang dibentuk dan diamalkan selama 52 tahun itu. Pengalaman menikmati kemerdekaan sehingga hari ini yang diasaskan berpandukan prinsip perbincangan atau musyawarah yang dipupuk bersama nilai kesefahaman dan kesepaduan antara kaum atau ras negara ini yang berbeza budaya, agama dan asal usul sedikit demi sedikit mula memperlihatkan hasilnya. Prinsip toleransi dan perpaduan merupakan acuan yang terbaik sehingga negara ini telah diiktiraf sebagai role model kepada negara-negara membangun seluruh dunia. Pemupukan perpaduan kaum akan terus menjadi agenda dalam pembangunan negara dan matlamat terakhir kerana masyarakat yang bersatu padu penting untuk memantapkan lagi kestabilan negara dari aspek sosio-politik di samping mengekalkan pembangunan ekonomi. Dasar-dasar pembangunan yang dirangka oleh kerajaan telah menetapkan satu paradigma ke arah membolehkan negara mencapai taraf sebuah negara maju. Sebagaimana terkandung dalam Wawasan 2020 daripada semua sudut keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kemajuan sains dan teknologi, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi. Rakyat Malaysia pada hari ini seharusnya membuang jauh-jauh perasaan prasangka sebaliknya menganggap bahawa diri mereka adalah bangsa Malaysia. Sudah tiba masanya rakyat menunjukkan komitmen dan semangat Satu Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap tugas serta tanggungjawab dengan penuh iltizam, keazaman, keyakinan dan bertekad demi kepentingan pembangunan dan kemajuan negara.

You might also like