You are on page 1of 8

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

BAHAGIAN KESUSASTERAAN

SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2019/2020

HKN209/3: TRADISI DAN MODENITI DALAM FIKSYEN NUSANTARA

ULASAN BUKU BAHAGIAN A

SOALAN:
Drama Intan yang Tercanai (2010) karya Sasterawan Negara Noordin Hassan berakhir dengan
frasa, “Jika mustahil apa tersurat, carilah pula apa tersirat. Subhanallah!” (hlm.71). Merujuk
kepada pengakhiran drama dan keperibadian watak utama drama tersebut, berikan ulasan kritis
beserta contoh-contoh peristiwa untuk menjelaskan pengertian tersurat dan tersirat.

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: NOR SHUAIBA BT ZAKARIA

NO. MATRIK: 136425

NO. KAD PENGENALAN: 970526-03-5084

NAMA PENSYARAH:
DR. WAN HASMAH BINTI WAN TEH

TARIKH HANTAR:
17 JUN 2020
1.0 PENDAHULUAN
1.1 LATAR BELAKANG BUKU
Tajuk: Intan Yang Tercanai
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur
Tahun Terbitan: 2009
Jumlah Halaman: 65-71 halaman
Nama Penulis: Noordin Hassan
1.2 BIODATA NOORDIN HASSAN
Noordin Hassan dilahirkan pada 18 Januari 1929 di Jalan Hatin, Pulau Pinang.
Beliau merupakan sasterawan ke 7 Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di
Sekolah Menengah Perak Road, Pulau Pinang. Selepas itu, beliau melanjutkan
pelajaran di Sekolah Inggeris Francis Light, Pulau Pinang. Setelah kekalahan
Jepun, beliau menyambung pelajarannya di Penang Free School. Pada tahun 1952,
Noordin Hassan telah dihantar ke Kirkby College, Liverpool sebagai persiapan
menjadi guru terlatih. Di Kirkby, beliau telah mendalami Kesusasteraan Inggeris
dan Barat, terutamanya melalui karya Shakespeare, Sheridan, Goldsmith dan
Moliere. Pada tahun 1962, beliau melanjutkan pengajian di Universiti London
dalam bidang Pengajian Bahasa dan Sastera Inggeris. Beliau mengikuti kursus
Drama dan Pembelajaran di Universiti of Newcastle pada akhir tahun 1976.
Menulis merupakan cara Noordin untuk menegakkan maruah, suatu
pengabdian kepada bangsa serta mendapatkan keredhaan Allah. Beliau telah
mewarisi darah seni pentas daripada ibu dan bapanya. Selama penglibatan beliau
dalam penulisan dan pengarah drama sejak tahun 1953, beliau telah berjaya
menghasilkan lebih 30 buah drama dan koreografi tari. Penglibatan beliau dalam
bidang kesusasteraan lebih tertumpu dalam bidang drama dan teater. Terdapat
banyak perubahan yang telah dilakukan oleh beliau, antaranya adalah beliau telah
mengetengahkan konsep teater fitrah serta selalu membuat eksperiman dengan
bentuk drama baru berlandaskan tradisi budaya Melayu. Noordin Hassan
merupakan seorang penulis drama yang menggunakan pemikiran intelektualnya.
Karya-karya beliau telah mencuit minda pembaca dan penonton serta
melepaskan mereka disitu untuk mencari jawapan seterusnya. Antara karya-karya
Noordin Hassan yang ternama ialah, Jangan Bunuh Rama-rama, Cindai, Bukan
Lalang Ditiup Angin, Perang, 1400 Sirih Bertepuk Pinang Menari, Demi Zaiton
dan Sarah dan Intan Yang Tercanai. Kebanyakan teater Noordin Hassan ini telah
dipentaskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang penulisan dan pengarah telah
banyak anugerah yang terlah diterimanya. Antara anugerah yang pernah diterima
oleh Noordin Hassan ialah Hadiah Sastera 1972 dengan drama Bukan Lalang
Ditiup Angin, bintang Ahli Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong pada
tahun 1979, manakala pada tahun 1994 Noordin Hassan dianugerahkan Pingat
Darjat Setia Pangkuan Negeri (DSPN) daripada kerajaan Pulau Pinang yang
membawa beliau gelaran Datuk. Selain itu, beliau juga pernah menggondol
Anugerah Penulis S.E.A pada tahun 1987 dan Anugerah Sasterawan Negara pada
tahun 1993.
2.0 HASIL KAJIAN
Drama Intan yang Tercanai karya Noordin Hassan telah mengangkat keperibadian
seorang wanita unggul yang bernama Ungku Intan Anis. Ungku Anis bersahabat dengan
Danial Sundaram sejak zaman sekolah lagi dan menjadi akrab semasa di luar negara.
Danial merupakan seorang pelajar yang belajar tentang perbandingan dan psikologi
agama di universiti sedang dalam proses pencarian agama yang diyakini. Ungku Anis
mempunyai keperibadian yang luar biasa kerana sanggup datang bersama-sama dengan
kawan-kawannya pada hari Danial menanggung kavadi serta terlibat dengan kerja-kerja
sosial, seperti membantu orang miskin di kampung hingga ke Guatemala dan negara-
negara Afrika telah menyentuh dan mengharukan hati Danial. Dalam usia muda, Ungku
Anis telah ke Mekah untuk menunaikan haji untuk dirinya dan Mak Cik Yong Sutinah
(ibu tirinya). Walau bagaimanapun, semasa mengerjakan haji Ungku Anis telah hilang
dalam peristiwa Terowong Al-Mu’aysam yang mengorbankan 1426 jemaah haji.
Kehilangannya telah mendorong Danial untuk ke Mekah demi mencari sahabat yang
dikasihi itu. Danial telah bertemu seorang lelaki yang bernama Haji Fadzil semasa di
Mekah dan lelaki itu mengatakan bahawa dia pernah membantu Ungku Anis semasa
peristiwa Terowong Al-Mu’aysam. Haji Fadzil telah membawa Danial ke Gua Hira‘untuk
menemui Ungku Anis. Sama ada Danial mampu berjumpa dengan Ungku Anis atau tidak,
penulis tidak menyatakan dalam drama ini. Drama ini berakhir dengan frasa berikut:
“Jika mustahil apa tersurat, carilah pula apa tersirat. Subhanallah!”
Berikut merupakan frasa terakhir dalam drama Intan yang Tercanai, pengakhiran
drama ini dengan frasa berikut membuat pembaca tertanya-tanya dan mencari sendiri
apakah yang tersurat dan apakah yang tersirat yang ingin disampaikan oleh Noordin
Hassan melalui watak utama yang diketengahkan oleh beliau iaitu Ungku Intan Anis dan
Danial.
Noordin Hassan telah mengemukan beberapa mesej atau konsep yang tersurat dan
yang tersirat di dalam drama Intan yang Tercanai. Antara konsep yang tersurat dan
tersirat ialah konsep qardan hasanah, aslama dan juga din. Konsep qardan hasanan ialah
anjuran untuk berbuat baik, aslama ialah penyerahan diri dan jiwa secara mutlak kepada
Allah swt dan yang terakhir ialah din iaitu ketetapan semulajadi manusia untuk menyerah
dan menyembah Allah SWT yang kemudian membentuk kebiasaan, budaya, dan
peraturan yang berasaskan wahyu-Nya.
Konsep qardan hasanan ini dapat kita lihat dibawa oleh watak utama iaitu Ungku
Intan Anis dan juga Danial. Watak Ungku Intan Anis yang ikhlas melakukan ibadah haji,
dia bukan sahaja melaksanakan ibadat haji untuk dirinya sahaja namun dia juga
melaksankan ibadah haji untuk ibu tirinya iaitu Mak Cik Yong Sutinah. Disini dapat kita
lihat bahawa Ungku Anis mengerjakan haji bukan kerana mengharapkan syurga jika
meninggal di Mekah namun dia membawa satu niat yang suci dimana dia ingin
mengerjakan haji untuk dirinya dan ibu tirinya. Hal ini demikian kerana, dengan
mengerjakan haji untuk ibu tirinya merupakan satu usaha untuk Ungku Anis memohon
maaf kepada Mak Cik Yong Sutinah kerana dia tidak sempat memohon ampun kepada
ibu tirinya kerana semasa Ungku Anis melawat Mak Cik Yong Sutinah ketika itu dia
sedang nazak. Hal ini digambarkan dalam petikan dialog berikut:
Sandha: Danial, Ungku Anis pernah beritahu aku; dia hendak pergi Mekah kerana,
yang pertama hendak mengerjakan haji untuk Mak Cik yong Sutinah, walaupun ada
yang berpendapat, hajinya tidak akan sampai. Ibu tiri pula. Aku percaya ada sebab-
sebab lain lagi yang berkaitan dengan Mak Cik Yong Sutinah. Ungku Anis ada sebut,
dia tak sempat memohon ampun. Apabila dia sampai, Mak Cik Yong Sutinah sudah
pun nazak. Tidak sedar. Sudah tentu tidak boleh dengar. (halaman 70)
Petikan dialog diatas menjelaskan bahawa Ungku Anis menunaikan haji untuk ibu
tirinya kerana dia tidak sempat memohon ampun kepada ibu tirinya atas kesalahan yang
telah dilakukannya. Ungku Anis telah menolak dua permintaan Mak Cik Yong Sutinah
iaitu permintaan ibu tirinya untuk berkahwin dengan anak raja dan juga tawaran berlakon
yang diberikan oleh ibu tirinya. Permintaan Mak Cik Yong Sutinah untuk mengahwini
Ungku Anis dengan raja telah ditolak oleh Ungku Anis dengan kata-kata yang kurang
sopan. Ini dapat digambarkan dalam petikan dialog berikut:
... Tiba-tiba Ungku Anis terkeluar kata: Anis tak mahu jadi seperti mak cik.
(halaman 70)
Setelah mngunjarkan kata-kata tersebut Ungku Anis sedar akan kesalahannya lantas
memohon ampun daripada Mak Cik Yong Sutinah. Walau bagaimanapun, Mak Cik Yong
Sutinah tidak mahu memaafkan Ungku Anis dan menolak tangan Ungku Anis.
Kemarahan Mak Cik Yong Sutinah berlarutan sehingga Ungku Anis mahu pulang ke
asrama dimana Mak Cik Yong Sutinah tidak mahu berjumpa dengannya.
Dalam hal ini, konsep yang tersirat dapat kita lihat ialah konsep aslama iaitu
keikhlasan Ungku Anis dalam mengerjakan ibadat merupakan satu pengabdian dia
terhadap Allah swt. Hal ini demikian kerana Ungku Anis telah melaksanakan haji tersebut
tanpa sebarang paksaan dan ini bermakna bahawa Ungku Anis sedar akan perbuatannya
itu. Niat ikhlas Ungku Anis ini merupakan satu cara untuk dia mendekatkan dirinya
kepada Allah SWT.
Selain itu, konsep qardan hasanan yang ingin disampaikan oleh Noordin Hassan dapat
kita lihat melalui watak Ungku Anis yang memberi ruang kepada Danial untuk mengenali
islam melalui perlakuannya sendiri. Ungku Anis sanggup datang ke Pulau Pinang untuk
mengiringi Danial menanggung kavadi dan dipersembahkan kepada dewa Murugan yang
bersemadi di atas bukit, berates anak tangga tingginya di Air Terjun , Pulau Pinang. Sifat
Ungku Anis ini merupakan satu dakwah baginya menyampaikan bahawa agama islam
ialah satu agama yang harmoni. Umat islam diwajibkan untuk menghormati penganut
agama lain. Ini dinyatakan dalam surah Al-An’aam ayat 108 sebagaimana terjemahan
berikut:
“Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana
mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan.
Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal
perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia
menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.” (Surah Al-An’aam:
ayat 108)

Walau bagaimanapun, Danial membawa kavadi dalam hal ini bukanlah bertujuan
kerana menyempurnakan agama yang dianuti tetapi untuk membayar nazar untuk ibunya
malah Danial sendiri ketika ini tidak mempunyai agama. Atas dasar kesanggupan Ungku
Anis menemani Danial membayar nazar untuk ibunya itu telah membuka ruang kepada
Danial untuk mengenali Islam. Ungku Anis sebenarnya telah membuka peluang kepada
Danial tentang keharmonian beragama dan perpaduan dalam Islam. Tambahan pula, Ungku
Anis dalam masa yang sama mengajar Danial untuk hormat dan patuh kepada ibu
kandungnya walaupun ibu Danial berlainan agama dengan Danial sendiri. Danial berasa
sebak dengan sifat yang ditunjukkan oleh Ungku Anis dan hal ini sedikit sebanyak
membuatkan Danial membuka hatinya untuk mengenali islam denganlebih mendalam.
Sebenarnya Danial sendiri masih tercari-cari agama yang boleh diyakini setulus hati.
Perbuatan Ungku Anis ini sebenarnya, merupakan satu dakwah baginya yang sedang
mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Selain itu, konsep qardan hasanan yang tersurat disini kita dapat lihat melalui
keperibadian watak Danial. Dia merupakan seorang remaja yang sedang mencari-cari agama
yang diyakininya adalah benar. Danial berusaha untuk mengenali agama islam dengan
mengambil kursus Agama Perbandingan, Psikologi Agama dan Antropologi Kebudayaan. Di
samping itu juga, Danial berusaha untuk mengenali Allah SWT dengan lebih jelas melalui
pertolongan Ungku Anis. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan dialog berikut:

Danial ialah seorang sahabat yang akrab. Masa di Universiti, dia mengambil kursus
Agama Perbandingan, Psikologi Agama dan Antropologi Kebudayaan. Di sinilah
kami menjadi rapat. Banyak berbincang tentang agama. Juga menghayati berbagai-
bagai keindahan kehidupan. (halaman 68)

Aku harap dapat mengenali Allah dengan lebih jelas dan mendalam dengan
pertolongan Ungku Anis. (halaman 69)

Dialog diatas jelas dapat kita lihat bahawa Danial sedang berusaha untuk mencari
agama yang jelas dan diyakininya benar. Dengan usaha tersebut Danial telah menzahirkan
konsep aslama secara tersirat iaitu pengabdian kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana,
Danial merupakan individu yang bukan dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga bukan
islam, namun Danial menggunakan akalnya yang awaras untuk mencari siapakah Tuhan yang
menciptanya. Konsep din terzahir apabila akhirnya Danial berjaya memeluk agama Islam.

Akhir sekali kita dapat konsep qardan hasanan yang tersirat melalui watak Danial
yang menjaga hati ibunya melalui tindakannya. Dia telah bersetuju untuk membawa kavadi
demi membayar nazar ibunya. Dalam hal ini, Danial membawa kavadi tersebut bukan untuk
menyempurnakan agama tetapi lebih kepada menjaga perasaan ibunya. Disini dapat kita lihat
Noordin Hasaan ingin menunjukkan bahawa Danial merupakan seorang anak yang baik dan
taat kepada ibunya walhal pada masa itu Danial sendiri tidak mempunyai agama dan dalam
proses mencari-cari agama yang diyakininya benar. Danial berbuat baik kepada ibunya selari
dengan perintah Allah SWT, dalam surah Al- Isra ayat 23 Allah SWT berfirman:

“Dan Tuhan Mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan


kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika
salah seorang dari keduanya atau kedua-dua sekali sampai kepada umur tua dalam
jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang
perkataan kasar sekalipun perkataan “Ah” dan janganlah engkau menengking atau
menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang baik dan mulia
(bersopan santun)”.
Persoalan mentaati ibu bapa adalah salah satu mesej yang ingin disampaikan oleh
Noordin Hassan dalam drama ini. Persoalan ini adalah sesuatu yang sangat rapat dengan
persoalan tauhid kerana sesiapa yang mengaku beriman kepada Allah sedangkan dia
mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu bapanya maka dia bukanlah dalam kalangan
orang yang beriman. Di sinilah konsep aslama dan din dapat dizahirkan oleh Noordin Hassan
secara tersurat dan tersirat melalui watak Danial dalam drama Intan yang Tercanai.

3.0 KESIMPULAN
Drama Intan yang Tercanai karya Noordin Hassan berakhir dengan frasa “Jika
mustahil apa tersurat, carilah pula apa tersirat. Subhanallah!”. Frasa ini telah membuat
pembaca terfikir-fikir apakah mesej yang tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan
oleh beliau. Berdasarkan pemahaman saya drama ini telah menzahirkan konsep qardan
hasanan, aslama dan din secara tersurat dan tersirat melalui watak utama iaitu Ungku
Anis dan juga Danial. Ungku Intan Anis dilihat mempamerkan sifat ikhlas dan dakwah
kepada orang bukan Islam manakala Danial Sundaram menunjukkan usaha untuk
mengenali agama yang benar serta taat kepada ibu.
Akhir sekali, drama ini juga mengupas isu kemanusiaan secara halus dengan lapisan
makna yang perlu ditafsir sendiri oleh pembaca. Drama ini telah mengangkat nilai dan
sifat kemanusiaan ketika musibah menguji mereka. Hal ini dapat kita lihat dalam
peristiwa Terowong Al-Mu’aysam yang mengorbankan 1426 jemaah haji.
Dalam hal ini, konsep qardan hasanan adalah anjuran untuk berbuat baik, konsep
aslama bermaksud pengabdian kepada Allah SWT dan konsep din merujuk kepada
keadaan semula jadi maujud (natural state of being) yang disebut sebagai fitrah.

You might also like