You are on page 1of 73

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

TAJUKKAJIAN:

TEORITAKMILAHDALAMNOVEL
MAHABBAHKARYASHAHNONAHMAD.

NAMA PELAJAR : ZAINAH BINTI ASMAWI


NO/ MATRIK

: JM 11270/10

NO K/P

:790625085470

NAMA PENYELIA: DR. MEMBUNGA@SITI MERIAM

YAACOB

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

SENARAI ISI KANDUNGAN :


TAJUK

MUKA SURAT

BAB 1-Proposal
Tajuk: Teori Takmilah dalam novel Mahabbah karya Shahnon Ahmad.

1.1 Pengenalan

1-3

1.2 Permasalahan kajian

4-5

1.3 Objektif kajian

1.4 Skop kajian

7-10

1.5 Teori dan metodologi

11-14

1.6 Kajian Lepas

15-17

1.7 Organisasi Kajian

18-20

BAB 2
Tajuk: Prinsip Ketuhanan Yang Bersifat Kamal.
2.1 Pengenalan

21-22

2.2 Pengabdian diri kepada Allah

23-28

2.3 Pengakuan terhadap kebesaran Allah

29-35

2.4 Kesimpulan

36

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

BAB 3
Tajuk : Prinsip Ketuhanan Yang Berciri Estetik dan Bersifat Takmilah.
3.1 Pengenalan

37-38

3.2 Perlambangan dan simbol

39-46

3.3 Pemilihan diksi

47-50

3.4 Kesimpulan

51-52

BAB 4
Tajuk: Prinsip Khalayak Menuju Ke Arah Insan Kamil.
4.1 Pengenalan

53

4.2 Mengingati kematian

54-56

4.3 Anak sebagai amanah Allah

57-59

4.4 Sabar menghadapi ujian Allah

60-63

4.5 Kesimpulan

64

BAB 5
Tajuk: Penutup

65-68

BIBLIOGRAFI

69-70

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

BAB 1
1.1

PENGENALAN.

Nama Shahnon Ahmad cukup besar dalam sejarah kesusasteraan negara sama ada
sebagai seorang pengarang novel dan cerpen mahu pun sebagai sarjana dalam bidang
kesusasteraan. Ketokohan Shahnon Ahmad sering diingati melalui pemikiranpemikirannya yang tajam dalam mengupas isu-isu masyarakat dalam kepelbagaian
bidang. Shahnon amat mementingkan kesejahteraan bangsanya. Lanjutan itu,persepsi
Shahnon Ahmad

terhadap kepimpinan dan pergelutan kuasa politik Melayu begitu

terserlah

karya-karya

dalam

yang

dihasilkannya.

Selain

itu,

beliau

sering

memperjuangkan persoalan-persoalan kemanusiaan dan sebagai seorang Islam Shahnon


tegas

memperhebatkan

persoalan-persoalan

demi

pengembangan

syiar

Islam.

Pengalaman yang luas dan ilmu kesusasteraan yang tinggi yang dimiliki oleh beliau
menjadi aset yang sangat berharga kepada perkembangan Kesusasteraan Melayu di
Malaysia. Menurut Hashim Ismail (2010:408) Shahnon telah menghasilkan satu gagasan
penting iaitu Sastera Islam. Esei pertama yang mencetuskan gagasan sastera Islam ini
terkandung dalam sebuah esei yang bertajuk Sastera Islam: Sudut Pandangan yang
disiarkan

dalam Majalah Dewan Bahasa (Julai 1977). Menurut Shahnon Ahmad

(1991:388) beliau menjelaskan bahawa sastera Islam adalah sastera kerana Allah. Antara
lain beliau menjelaskan :
Bersastera mengikut Islam wajib dijalankan kerana Allah dan tidak yang
lain melainkan Allah, tetapi sama seperti beribadah yang pelbagai corak,
hikmahnya adalah untuk manusia.

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Gagasan sastera Islam yang dikemukakan oleh Shahnon telah berjaya menarik
perhatian ramai pengkaji atau pengkritik sastera temapatan dan ini telah menghasilkan
gelombang baru dalam dunia Kesusasteraan Melayu Moden. Berikutan itu tercetus satu
polemik antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad berkaitan dengan gagasan sastera
Islam. Menurut Hashim Ismail (2010:409) dalam polemik ini, Shahnon berpendapat
sastera Islam adalah sastera yang ditulis oleh penulis Islam. Namun bagi Kassim Ahmad,
sesiapa sahaja

boleh menulis sastera Islam asal kandungannya mengenai dunia Islam

dan tiada pertentangannya. Selepas itu gagasan sastera Islam terus diperkatakan dan
novel-novel Shahnon telah mendapat reaksi

daripada para pengkaji dan pengkritik

sastera tempatan.
Dalam karya-karyanya, Shahnon Ahmad sering mengajak pembaca merenung
kebesaran ciptaan Tuhan dalam makna yang luas, dan dalam masa yang sama
memberikan kritikan-kritikan yang keras membara kepada sesiapa yang cuba
menyanggah atau mengubah ketentuan-Nya. Konsep sastera Islam, menurut Shanon
Ahmad (Dewan Bahasa:1977 ) berbudaya, berseni atau bersastera bertonggakkan Islam,
sama saja seperti beribadah atau berbakti kepada Allah. Di sini beribadah membawa
pengertian yang luas mencakup sebarang perbuatan manusia demi kerana Allah sematamata, bukan sekadar bersembahyang, berpuasa, menunaikan fardhu Haji atau berzakat.
Dalam beribadat (seperti dalam proses penciptaan karya sastera) pokok pangkal wajib
bertolak dari Tauhid keyakinan seluruh jiwa raga tentang keesaan dan ketunggalan
Allah. Selaras dengan itu, bersastera mengikut Islam wajib dijalankan kerana Allah dan
tidak ada yang lain melainkan Allah, tetapi sama seperti beribadat yang berbagai corak,

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


dan hikmah di sebalik karya-karya itu ialah untuk membimbing dan memberi pengajaran
kepada manusia.
Beliau merupakan sasterawan negara yang benar-benar kuat dan gigih berkarya.
Beliau begitu berani dalam mengemukakan sesuatu idea dan pemikiran dalam bentuknya
tersendiri. Karyanya penuh dengan makna tersirat yang bercakap tentang nasib bangsa,
agama dan masyarakat. Antara novel-novel hebat beliau ialah Rentong (1965), Ranjau
Sepanjang Jalan (1966), Srengenge (1973), Tunggul-Tunggul Gerigis (1988) Tok Guru
(1988), Ummi dan Abang Syeikhul (1992), Lamunan Puitis (2003) dan banyak lagi.
Sebagai seorang elit intelek Melayu, beliau melihat semuanya itu dengan akal budi yang
halus.
Shahnon Ahmad melihat itulah masalah besar yang menjadi tema dan persoalan
yang sedang meracu dalam persekitaran budaya yang rumit dan perlu dijelaskan secara
terperinci dan serius. Hal ini dilanjutkan lagi dengan karyanya

berjudul

Mahabbah(DBP:2007) yang menjadi pilihan novel dalam kajian ini. Tumpuan kepada
Mahabbah adalah satu novel yang menarik untuk dimengertikan kerana penuh dengan
persoalan-persoalan yang berkaitan dengan prinsip-prinsip kesusasteraan Islam yang
memerlukan kajian mendalam bagi menyelami idea dan pemikiran beliau.

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


1.2

PERMASALAHAN KAJIAN
Novel Mahabbah hasil karya Sasterawan Negara (SN) Shahnon Ahmad, terbitan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2007 terpilih sebagai karya sastera kreatif terbaik
negara Malaysia dan menerima Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara
(MASTERA) Ke-6, 2010. Mahabbah, novel yang mengandungi 316 halaman dan 13 bab,
adalah satu bentuk kepengarangan yang bijaksana berbeza daripada kelaziman novel
Shahnon yang lain.
Novel Mahabbah merupakan satu bentuk penghasilan kreatif yang mempunyai
keistimewaan tersendiri dan dapat memupuk sebuah cerita dari perspektif Islam. Menurut
Jurnal Melayu (2009:18) sastera Islam adalah sastera untuk pengabdian. Seni untuk
pengabdian mempunyai dua tujuan penting iaitu pertama untuk menguatkan akidah dan
kedua untuk meninggikan akhlak. Penguatan akidah bererti karya sastera dapat
menunjukkan atau membimbing ke arah memperkuatkan iman dan kepercayaan terhadap
Allah. Justeru itu, novel Mahabbah dilihat mampu mengangkat hubungan manusia,
bukan sahaja berasaskan konsep hablumminannas tetapi lebih berkonsepkan penampilan
hubungan manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab terhadap dirinya, alam
persekitaran

dan

juga

sebagai

hamba

dengan

Penciptanya.

Selain itu, pengkaji mendapati Shahnon Ahmad sering berselindung di sebalik


kehalusan pengucapan unsur-unsur keindahan dalam karya sastera dan ini amat jelas
dapat diperhatikan dalam novel ini. Unsur perlambangan

mewarnai dan mendasari

pemikiran pengarang dalam novel ini sehingga membentuk citra yang jelas. Shahnon
Ahmad dalam novel ini dan juga novel-novelnya yang terdahulu masih mengekalkan
citra alam sebagai ikon kepengarangannya. Imej hujan, sungai, pohon, kemarau, hutan
7

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


dan burung merupakan imej yang mendominasi metafora pengarang. Kekuatan pemilihan
imej tersirat seperti ini menjadikan seluruh pemikiran Shahnon Ahmad seperti sebuah
lukisan yang penuh dengan wajah-wajah alam semula jadi .Oleh sebab itu, kajian ini akan
memberi fokus

terhadap aspek-aspek keindahan dalam novel Mahabbah yang

memperlihatkan prinsip sastera yang berciri estetik dan bersifat takmilah. Kekreatifan
penghasilan Mahabbah bukan sahaja menonjolkan keupayaan pengarang meneroka alam
metafizik dan kewujudan diri sebagai insan yang menuju husnulkhatimah, tetapi
kekreatifan pengarang mengolah naratif ini dengan bahasa yang bersifat estetik dan
melengkapkan sifat bahasa kesusasteraan yang indah .
Melihat keseluruhan pemikiran yang dipaparkan oleh Shahnon Ahmad dalam
novel ini, pembaca akan berhadapan dengan pelbagai tema dan persoalan yang
memaparkan makna-makna tersirat khususnya yang berkaitan dengan soal kehidupan
yang bertunjangkan Islam dan juga persoalan kematian yang pasti akan dilalui oleh
semua insan.

Menurut Jurnal Melayu (2009:26) pengarang dalam konteks ini

bertanggungjawab menghasilkan karya yang dapat membimbing pembaca ke jalan yang


diredhai oleh Allah. Oleh sebab itu, bagi memperlihatkan aspek tersebut kajian ini akan
menganalisis mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang menerusi novel
Mahabbah berdasarkan prinsip khalayak ke arah insan Kamil dalam Teori Takmilah.
Dengan demikian, berdasarkan alasan-alasan di atas pengkaji menganggap adalah penting
dan menarik untuk meneliti novel Mahabbah dari perspektif Islam dengan judul kajian :
Teori Takmilah Dalam Novel Mahabbah karya Shahnon Ahmad.

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


1.3 OBJEKTIF KAJIAN

a) Objektif pertama kajian ini ialah mengkaji prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal
dalam novel Mahabbah.

b) Objektif yang kedua ialah menganalisis aspek-aspek keindahan dan kehalusan makna
dalam novel Mahabbah bagi memperlihatkan prinsip sastera yang berciri estetik dan
bersifat Takmilah.

c) Objektif yang ketiga ialah mengupas mesej dan pengajaran yang terdapat dalam novel
Mahabbah berdasarkan prinsip khalayak menuju ke arah insan kamil.

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

1.4

SKOP KAJIAN
Novel Mahabbah karya sasterawan negara Shahnon Ahmad memperlihatkan

kelainan daripada novel-novelnya yang terdahulu. Ia tidak saja memaparkan cerita, malah
mengejutkan pembaca dengan beberapa kelainan sehingga sebahagian ciri penting yang
mengidentifikasikan dan memantapkan sesebuah novel telah dianggap tidak penting lagi
dan dirombak dalam Mahabbah. Membaca novel terbaharu Shahnon Ahmad iaitu
Mahabbah (DBP:2007) membawa pembaca ke alam sedar batiniah yang lain. Menurut
Shamsuddin Othman (DBP:2007) menyelak halaman demi halaman pembaca seperti
sedang berhadapan dengan ambang sakaratulmaut yang digugah iman oleh syaitan dan
iblis. Shahnon Ahmad mengajak pembaca merasai satu situasi bawah sedar tentang detikdetik terakhir kehidupan. Pengisahan kehidupan pada saat penghujung hayat itu diolah
dengan sebaiknya hingga bayangan dan igauan masa lalu dan masa berada di alam kubur
atau barzakh terasa benar-benar berlaku meski semuanya itu merupakan bayangan
kreativiti, imaginatif dan sensitiviti Shahnon Ahmad.

Kekreatifan pengarang mengolah naratif ini dapat dilihat dengan jelas dengan
bahasa yang bersifat estetik bagi melengkapkan sifat bahasa kesusasteraan yang indah.
Penggunaan bahasa yang sangat indah

diperlihatkan oleh Shahnon Ahmad dengan

adanya perlambangan, metafora, diksi dan lain-lain lagi dalam novel ini. Kekreatifan
penghasilan

Mahabbah

bukan

sahaja

menonjolkan

bagaimana

pengarang

mengikstikmalkan diri menerusi novel ini dengan meneroka alam metafizik dan
meletakkan diri sebagai insan yang menuju husnulkhatimah. Selain itu, novel ini begitu
istimewa kerana persoalan-persoalan yang di ketengahkan amat dekat dengan jiwa
10

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


pembaca. Pemikiran dan gerak hati yang disalurkan melalui penceritaan yang begitu teliti
dan kiasan yang bermakna menjadikan Mahabbah sebuah novel yang kuat membicarakan
isu besar yang berlaku dalam bangsa Melayu. Jelaslah bahawa Shahnon Ahmad berusaha
mendidik pembaca untuk menyelami mesej-mesej yang terkandung dalam novel ini.
Shahnon Ahmad ingin menyampaikan nasihatnya kepada generasi bangsa yang akan
ditinggalkan, supaya kembali bersatu atas nama ukhuwah seagama dan ikatan darah
bangsa yang sama. Tidak dinafikan, Shahnon Ahmad berjaya menghurai satu persatu
krisis bangsa, usaha yang mampu lakukan dan penyerahan segalanya kembali kepada
Allah Azzawajjalla.

Menurut Kamus Dewan (1996:840) mahabbah bermaksud kasih sayang atau


percintaan. Kelainan persembahan Mahabbah mempunyai hubungan yang erat dengan
pemusatan cerita tertumpu pada perjalanan minda ke atas watak Endar sahaja. Sebuah
novel monolog yang mengisahkan gelojak jiwa seorang tua (Endar) yang mengidap
sejenis penyakit Myasthenia Gravis (MG) yang menyebabkan beliau lumpuh dan tidak
boleh bergerak. Mulutnya terkunci, tangannya tidak boleh bergerak, tubuhnya kaku
dilantar di ranjang dan boleh dikatakan semua kenikmatan pancainderanya telah ditarik
oleh Yang Maha Esa. Namun degupan hati dan denyutan akal masih tetap segar dapat
menentukan arah perjalanannya. Dengan gerakan matanya, beliau berbicara dengan
isterinya Jawahir serta dua pembantunya yang dikirim oleh dua orang anaknya iaitu
Inong dan Ani. Namun setakat mana saja segala kehendak dan kemahuannya dapat
dipenuhi melalui gerakan mata yang sangat sukar dimengerti oleh siapapun jua.

11

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Akibat keadaan begitulah menyebabkan Endar sering bermonolog tentang
kehidupannya. Beliau mengibaratkan kehidupannya satu perjalanan laksana sungai yang
mengalir. Kehidupan lampaunya menjadi titik tolak menjadi benih yang subur dalam
konflik perjalanan kehidupan. Endar adalah seorang pendidik yang berwibawa, bermula
sebagai guru sekolah rendah, kemudian menjadi guru sekolah menengah dan seterusnya
sebagai pensyarah di institut pengajian tinggi. Endar juga seorang aktivis masyarakat
yang disegani. Endar pernah menceburi dalam bidang politik. Endar menjadi pemerhati,
pengkritis dan analitis yang dihormati dan digeruni terutama dalam bidang sosial,
kesenian, pendidikan, ekonomi dan juga pengurusan.

Namun, segala-galanya berubah setelah Endar diserang penyakit Myasthenia


Gravis yang menyebabkan setiap otot yang asasnya bertenaga untuk berperanan
bertindak, tidak bermaya lagi untuk bertindak malah semakin lemah. Semakin tidak
bermaya dan akhirnya semua otot terus kaku, kejang, dan renggeh. Endar mengalami
kepayahan untuk bercakap, menelan, mengunyah, menggerakkan bibir dan sebagainya.
Dengan hati dan akalnya yang lemah itulah dia ingin mencegah segala kemungkaran dan
kemaksiatan yang bergolak dalam masyarakat bangsanya yang membawa penyakit
perpecahan dan persengketaan. Endar cuba menyatupadukan bangsanya yang
bersengketa dan berpecah itu. Walaupun terkedang kaku, Endar masih lagi berupaya dan
berusaha untuk menyatupadukan dua batang sungai yang berlainan saf dengan degupan
hati dan denyutan akalnya; selaras dengan hadis Nabi yang menjadi permulaan cerita
bahawa dia mampu melakukannya dan penyerahan segalanya kembali kepada Allah
Azzawajjalla. Endar hanya memiliki seketul hati untuk menentang kemungkaran anakanaknya, sosial dan politik yang berlaku di dalam fikirannya. Hidup tanpa dipedulikan
12

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


oleh dua orang anaknya Abdul Rahman dan Abdul Rahim menambahkan lagi gelora
hatinya. Kedua-dua anaknya ini pula berhadapan dengan kecelaruan kepimpinan yang
tidak memungkinkan sehati sejiwa. Kehidupan anak-anaknya yang tiada persefahaman
digambarkan oleh Endar sebagai dua batang sungai yang tidak searus dan sentiasa
mengalir deras.

Endar turut bertungkus lumus berperang dengan bisikan-bisikan yang datang


supaya dia dapat mengekalkan mahabbahnya dengan Mahabbah-Nya. Keinginan
meninggal dunia dalam makam husnulkhatimah menyebabkan fikirannya berada dalam
kecelaruan dihambat peristiwa masa lalu dan masa depan yang berjungkir balik.
Bayangan atau igauan daripada bisikan syaitan dan iblis serta keinginan melawan bisikan
itu dengan iman zikirullah menyebabkan detik-detik terakhir kehidupannya itu benarbenar derita. Begitu pun, Endar sentiasa berharap agar kehidupannya yang uzur itu akan
berakhir dengan kebahagiaan. Persoalan yang ditimbulkan pada peringkat awal iaitu
sesungguhnya segala itu adalah perjalanan akhirnya terjawab dengan satu jawapan
bahawa manusia yang telah melalui kehidupan pasti menemui kematian. Cuma, kematian
yang bagaimana menjadi pilihan, sama ada yang husnulkhatimah atau suulkhatimah?

13

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

1.5 TEORI DAN METODOLOGI

a) Teori
Menurut Kamariah Kamarudin (2011:74)Teori Takmilah diperkenalkan oleh
Dr.Shafie Abu Bakar, pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu (JPM) Universiti
Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993. Teori ini dianggap satu-satunya Teori Sastera
Islam di Malaysia yang memberi penekanan analisis dan kritikan bersandarkan secara
langsung kepada konsep tauhid. Kemunculan teori ini telah membuka jalan alternatif
kepada para sarjana dan pengkritik untuk melakukan kajian, analisis, ulasan dan kritikan
berasaskan prinsip-prinsip keislaman. Takmilah boleh dianggap satu teori yang bersifat
universal yang merangkumkan semua aspek kepengarangan ke dalam acuan Islam.
Takmilah menuntut semua pihak yang berada dalam lingkungan sastera menyedari
bahawa, sastera itu sebagaimana juga bidang lain dalam Islam, mempunyai fungsi
pelengkap yang akan melengkapkan jati diri keislaman pada diri seseorang pengarang
Islam dan karya yang dihasilkannya. Dengan kata lain, Takmilah menyempurnakan sifat
keislaman menerusi sastera.
Takmilah bertitik tolak daripada asas yang meyakini bahawa semua manusia
(temasuk pengkarya/penulis) itu mempunyai tanggungjawab terhadap Allah dan RasulNya serta tidak akan sempurna sifat kepengkaryaan seseorang pengkarya itu, melainkan
berusaha untuk membawa karyanya ke tahap yang boleh diterima Allah sebagai ibadah.
14

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

Oleh itu, sandaran pengkaryaan mengikut teori Takmilah ialah Tauhid. Yakni
menanggapi bahawa pengarang, karya dan khalayak tidak boleh memisahkan diri dari
lingkungan

syariat

Allah

S.W.T

dan

Rasul-Nya.

Teori ini juga bersifat menyeluruh kerana prinsip-prinsipnya melibatkan pelbagai


aspek iaitu ketuhanan yang bersifat kamal, kerasulan sebagai insan kamil, keislaman
yang bersifat akmal, ilmu dengan sastera yang bersifat takamul, sastera yang berciri
estetik dan bersifat takmilah, pengkarya yang mengistikmalkan diri dan khalayak kamil.
Menerusi novel ini, pengkaji akan mengaplikasikan 3 daripada 7 prinsip-prinsip yang
terkandung dalam Teori Takmilah.
Prinsip yang pertama dalam kajian ini iaitu prinsip ketuhanan yang bersifat kamal.
Karya sastera berfungsi dalam melahirkan rasa keagungan terhadap Pencipta (Allah).
Dalam kehidupan ini manusia sentiasa mencari kewujudan Allah. Menurut Sakinah Abu
Bakar (2010:47) prinsip ini amat berkait rapat dengan konsep tauhid dan hubungannya
dengan sifat Kamal Allah. Tauhid menyentuh persoalan tentang kewujudan insan yang
menjadi pegangan manusia dalam mengenali diri dan mengetahui matlamat hidup di
dunia dan akhirat. Menurut Shafie Abu Bakar (1996:28) sastera Islam berfalsafahkan
tauhid iaitu sebagai ciri pembeza antara yang Islam dan bukan Islam. Berdasarkan prinsip
ini, sastera dilihat bukan sebagai satu aspek yang terasing daripada Islam malahan ia
mencerminkan ketauhidan kepada Allah yang bersifat Kamal (sempurna). Hal ini bererti
sastera turut menjadi alat pendidikan yang penting dalam menanamkan rasa keinsanan
dan keislaman melalui pembacaan. Tegasnya, melalui sastera Islam, seseorang dapat
mendekatkan diri ke arah lebih sempurna khususnya mengesakan Allah yang Kamal.
15

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Merujuk prinsip yang kedua dalam kajian ini , prinsip sastera sendiri yang berciri
estetik dan bersifat takmilah. Menurut Shafie (1996:29-30) prinsip ini dilihat dari dua
aspek keindahan iaitu keindahan lahiriah dan keindahan maknawi. Aspek keindahan
lahiriah menyentuh soal teknik, bentuk, struktur, dan stilistik yang dilihat secara luaran.
Keindahan maknawi pula merujuk kepada mesej, pemikiran, sudut pandangan dan
penggunaan unsur-unsur seperti alegori dan simbol-simbol tertentu. Prinsip ini menjurus
kepada proses penciptaan dan pembinaan karya secara kreatif, indah dan sempurna.
Tegasnya, prinsip ini menjurus kepada proses penciptaan dan pembinaan karya sastera
secara kreatif, indah dan sempurna baik dari aspek dalaman mahupun luaran.
Prinsip ketiga yang akan dikaji ialah prinsip khalayak yang bertujuan memupuk
mereka ke arah insan Kamil. Menerusi Teori Takmilah karya yang terhasil perlu sampai
kepada khalayak dan sesuai dengan kepentingan Islam. Matlamat yang hendak dicapai
ialah memupuk khalayak pembaca ke arah pembentukan insan Kamil yang mencontohi
peribadi terpuji dan akhlak mulia Rasulullah s.a.w. Menurut Shafie Abu Bakar (1996:
28), teori ini juga mempunyai pertalian dengan Nabi Muhammad s.a.w sebagai insan
Kamil dan sebagai kekasih Allah. Prinsip ini berperanan untuk meningkatkan kualiti
keinsanan baik dari segi kekhalifahan mahupun kerabbanian yang menjadi ciri-ciri
Takmilah.

Karya sastera dalam Islam bukan sahaja berbentuk hiburan tetapi boleh

menyampaikan mesej pendidikan kepada pembaca dan yang pentingnya ia bukanlah


sesuatu yang dibaca semasa senggang tetapi boleh mendidik serta mengingatkan
kebesaran Allah S.W.T .

16

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


b) Metodologi
Dalam metodologi kajian, kaedah yang dijalankan ialah melalui pembacaan dan
rujukan . Pembacaan dan rujukan telah dilakukan di Perpustakaan Hamzah Sendut
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan juga di Perpustakaan Sekolah Kebangsaan
Rantau Panjang, Klang Selangor. Selain itu, maklumat mengenai kajian turut diperoleh
menerusi laman sesawang dan pencarian google.

17

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


1.6

KAJIAN LEPAS
Teori

Takmilah

merupakan

cetusan

idea

Shafei

Abu

Bakar

dalam

memperkenalkan sebuah teori yang bertunjangkan Islam. Sehubungan dengan itu, tokohtokoh sarjana telah mengaplikasikan teori ini dalam teks-teks sastera moden sebagai
pendekatan dalam kajian dalam sastera berunsur Islam.
Antaranya ialah kajian Zailani b. Zawawi (2011). Novel The Missing PieceAnalisis Dari Perspektif Teori Takmilah dalam Tesis Sarjana Fakulti Bahasa dan
Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris . Kajian ini dilakukan untuk melihat dan
meneliti kesesuaian aplikasi prinsip pertama Teori Takmilah iaitu Prinsip Ketuhanan
yang bersifat Kamal ke atas novel The Missing Piece (2005) karya Fatimah Busu. Kajian
turut mengenalpasti imej dan kesedaran Islam yang menepati kehendak dan maksud
prinsip pertama teori ini.
Selain itu. Maharam Mamat (2012:125-138) Tarbiah dalam Novel
Papa(akhirnya kau tewas jua) dalam MALIM-SEA Journal of General Studies telah
melakukan kajian dengan menganalisis

nilai tarbiah yang terdapat dalam novel

Papa(akhirnya kau tewas jua)(2009) tersebut dengan menggunakan unsur-unsur


tarbiah berdasarkan Teori Takmilah. Kesimpulan kajian ini mendapati novel yang
dianalisis berupaya memupuk insan yang kamil selaras dengan prinsip ketujuh dalam
Teori Takmilah. Kesemua prinsip-prinsip yang diadun dalam novel ini juga saling
melengkapi dalam menghasilkan insan yang sempurna sebagaimana yang diharapkan
dalam Teori Takmilah.

18

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Kamariah Kamarudin Takmilah dalam Novel Melayu (2011) adalah buku yang
terhasil daripada tesis Ijazah doktor Falsafah. Kandungan buku ini meliputi konsep
sastera Islam dan fenomena Sastera Islam di Malaysia, Teori Takmilah, pemikiran dalam
karya dan teknik keindahan dalam karya. Sehubungan dengan itu, hasil perbincangan ke
atas 16 buah novel dalam buku ini , beliau merumuskan hanya beberapa buah novel
sahaja yang benar-benar menepati ciri-ciri Kesusasteraan Islam . Antara novel-novel
tersebut ialah Halangan dan Rintangan(1999), Mereka yang Tertewas (1996), Seorang
Guru Tua (1987) dan Fajar Di Hujung Malam(1997).
Selain itu, Shafie Abu Bakar (1994, 14 September) telah mengetengahkan Teori
Takmilah dalam kertas kerja bertajuk Kumpulan Puisi Kau dan Aku oleh Aziz
Deraman. Analisis secara takmilah mendapati bahawa kumpulan puisi Kau dan Aku
bertepatan dengan tunjang tauhid, memperlihatkan nilai dan etika keislaman.
Kesimpulannya analisis ini mendapati teks puisi ini dapat mentakmilahkan pendidikan
secara formal.
Karya-karya yang dihasilkan oleh Shahnon Ahmad turut menjadi pilihan para
pengkaji atau penggiat sastera. Novel Mahabbah telah mendapat perhatian Shamsuddin
Othman ,13-14 November 2007 dalam kertas kerja yang bertajuk Mahabbah: Rasa
Insaniah Dalam Takah Gelora Husnulkhatimah dalam Seminar Sasterawan Negara
Shahnon Ahmad anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Menerusi kertas kerja ini,
Shamsuddin Othman memperlihatkan keseluruhan pemikiran yang

dipaparkan oleh

Shahnon Ahmad dalam novel ini di samping cuba mengungkap makna-makna yang
tersirat dengan perkaitan sosiobudaya Melayu .

19

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Walau bagaimanapun, belum ada kajian yang dilakukan terhadap novel ini
dengan menggunakan pendekatan Teori Takmilah. Justeru itu, kajian ini akan
mengaplikasikan

daripada

prinsip-prinsip

dalam

Teori

Takmilah

bagi

memperjelaskan lagi falsafah dan prinsip-prinsip keislaman yang terkandung dalam novel
Mahabbah dengan tajuk Teori Takmilah Dalam Novel Mahabbah karya Shahnon
Ahmad.

20

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


1.7

ORGANISASI KAJIAN

Kajian ini terdiri daripada 5 bab.


Bab pertama merupakan bab pendahuluan. Dalam bahagian ini termuat latar
belakang belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, skop kajian, teori dan
metodologi, kajian lepas, dan organisasi kajian.
Bab kedua mengkaji konsep tauhid dan hubungannya dengan keagungan Allah
berdasarkan Prinsip Ketuhanan Yang Bersifat Kamal. Bab ini akan menyentuh tentang
konsep tauhid dalam Islam. Tauhid telah membawa pengabdian kepada Allah SWT di
dalam novel ini apabila pengarang memaparkan keagungan Allah menerusi tema dan
persoalan yang berkaitan dengan persediaan menghadapi saat kematian dan juga
kehidupan yang bakal dilalui di alam barzakh .

Pengabdian ini

dilihat menerusi

pembentukan mahabbah terhadap Allah dan tawakal serta ketakwaan. Tauhid juga telah
membawa kepada pengakuan terhadap kebesaran Allah yang membawa kepada kupasan
terhadap renungan manusia terhadap alam dan zikir sebagai santapan jiwa.
Bab ketiga

ialah menganalisis aspek-aspek keindahan dan kehalusan makna

dalam novel Mahabbah bagi memperlihatkan estetik atau keindahan dalam prinsip
sastera yang berciri estetik dan bersifat takmilah. Aspek sastera amat berkait rapat dengan
unsur-unsur bahasa dalam sastera. Dalam bab ini , analisis dilakukan terhadap pelbagai
unsur bahasa dan contoh-contoh yang digunakan oleh pengarang bagi menimbulkan rasa
keindahan kepada pembaca. Kehalusan makna yang cuba dibicarakan oleh pengkarya
menerusi novel ini akan diteliti bagi menyelami perasaan dan jiwa pengarang. Sejajar
dengan itu kajian akan membincangkan perlambangan dan simbol serta pemilihan diksi
21

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


dalam Mahabbah bagi merungkai prinsip sastera yang berciri estetik dan bersifat
takmilah.
Bab keempat akan mengupas mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan oleh
pengarang menerusi novel Mahabbah dalam prinsip khalayak ke arah insan Kamil.
Karya, dari sudut Takmilah semestinya sebuah karya yang berjaya menjalinkan satu
rangkaian hubungan iman di antara pengkarya dan khalayak kepada Allah. Khalayak pula
semestinya mampu meningkatkan imannya atau menghasilkan kritikan yang mampu
menyedarkan khalayak lain tentang keimanan kepada Allah. Pengkarya pula semestinya
berusaha untuk menghasilkan karya yang dapat menimbulkan kesedaran khalayak
terhadap Allah atau mencerakinkan hubungan khalayak dengan Allah. Ketiga-tiga pihak
ini bergerak dalam lingkungan tauhid, sebagai sempadan yang akan memperlihatkan sifat
kesempurnaannya. Pemilihan

novel ini dibuat kerana tema dan persoalan yang

diketengahkan oleh pengkarya amat relevan dengan kehidupan umat Islam. Dalam kajian
ini kupasan mesej akan memfokuskan tentang mengingati kematian, mencegah
kemungkaran dan anak sebagai amanah Allah.
Bab kelima adalah penutup bagi kajian ini. Berdasarkan kajian ini dapat
dirumuskan bahawa teori takmilah dapatlah dikatakan bersifat holistik yang melibatkan
ketuhanan, kenabian, keislaman, keilmuan, karya, pengkarya dan khalayak. Teori ini
mempunyai jaringan yang diperkukuhkan dari berbagai-bagai prinsip keislaman. Teori ini
dilihat berkesan dalam mengajak khalayak agar mentauhidkan pencipta, mendidik
pembaca untuk menjadi insan terbaik, menuju ke arah kesempurnaan, berupaya
menzahirkan kesyumulan Islam dalam mendekatkan individu, masyarakat dan umat
menerusi karya. Sastera juga berperanan dari segi takamul iaitu mempertingkatkan
22

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


peranan akal dan hati, pembinaan karya secara kreatif, indah dan sempurna serta dikira
mampu menyempurnakan sastera itu sendiri. Dari sudut pengkarya , novel Mahabbah
dilihat berjaya membuktikan kekuatan yang tersendiri. Shahnon merupakan seorang
tokoh novelis yang banyak membawa kesedaran jati diri dalam karyanya dengan tema
bangsa, masyarakat dan agama.

23

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


BAB 2
PRINSIP KETUHANAN YANG BERSIFAT KAMAL .
2.1 Pengenalan
Karya sastera berfungsi dalam melahirkan rasa keagungan terhadap Pencipta
(Allah). Dalam kehidupan ini manusia sentiasa mencari kewujudan Allah. Menurut
Sakinah Abu Bakar (2010:47) prinsip ini amat berkait rapat dengan konsep tauhid dan
hubungannya dengan sifat Kamal Allah. Tauhid menyentuh persoalan tentang kewujudan
insan yang menjadi pegangan manusia dalam mengenali diri dan mengetahui matlamat
hidup di dunia dan akhirat. Dalam kehidupan ini manusia sentiasa mencari kewujudan
Allah. Penciptaan alam yang begitu lengkap dengan fungsi tersendiri sebenarnya
mengajak manusia yang berfikir agar mengagungkan kekuasaan-Nya. Pendidikan tauhid
yang mantap akan membawa pengabdian manusia sebagai makhluk yang lemah, ini
selaras dengan terjemahan al-Quran :
Dan mereka tiadalah disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta
mengikhlaskan agama bagi-Nya (beribadah mengharapkan keredaan-Nya)
sambil cenderung kepada Tauhid.
(Surah al-Bayyinah: 6)

Oleh itu , manusia wajib beriman kepada Allah SWT dengan zat, sifat dan Esa
penciptaannya, seterusnya kepada malaikat, kitab, hari akhirat dan qadha dan qadar-Nya.
Jelaslah bahawa peranan manusia adalah lebih besar dan penting berbanding makhlukmakhluk ciptaan Allah yang lain. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran
bermaksud:

24

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Dan Aku tidak akan menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku.

(Surah Ad-Dzariyat: 56)


Oleh sebab itu, matlamat hidup manusia yang lurus adalah berlangsung atas
ketetapan matlamat yang ditentukan oleh Allah. Matlamat tersebut ialah menghambakan
diri kepada Allah sebagai Tuhan dan Pencipta seluruh alam. Untuk melaksanakan
matlamat tersebut,

Allah mengutuskan para nabi dan rasul-Nya sebagai penyampai

risalah tauhid. Dalam hal ini, Mahabbah adalah novel yang banyak mengutarakan prinsip
ketuhanan. Prinsip tersebut dapat dilihat menerusi watak Endar. Sehubungan dengan itu,
kajian ini akan menelurusi prinsip ini kepada pengabdian diri kepada Allah dan
pengakuan terhadap kebesaran Allah seperti yang terkandung di dalam novel.

2.2 Pengabdian diri kepada Allah.

Pengabdian kepada Allah boleh ditakrifkan sebagai pelakuan yang terlalu


merendah diri sehingga timbul perasaan takut kepada Pencipta . Oleh itu, dalam konteks
pengabdian ini, manusia tidak mempunyai perasaan taksub akan kebendaan duniawi
kerana kesenangan duniawi akan mengundang kehancuran. Golongan manusia yang
dikategorikan sebagai insaniah ini ialah manusia yang yakin bahawa tempat paling ideal
ialah selepas kiamat ialah syurga. Ini dijelaskan dalam Al-Quran;

Kehidupan dunia ini tidak lari dari permainan dan senda gurau sahaja dan akhirat
itulah sebenarnya lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu
mengerti?.

25

(Surah al-Anam ayat 32)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Berdasarkan petunjuk Allah seperti mana yang termaktub dalam ayat di atas,
setiap manusia yang akur dengan konsep pengabdian itu pasti jiwa mereka mempunyai
perasaan yang takut kepada Allah dan perasaan yang bersifat insaniah itu antaranya
seperti rasa takut, rasa takwa, rasa cinta atau rasa zuhud, rasa taubat, rasa rindu, dan rasa
kasih sayang. Rasa ini terjelma secara sendiri setelah manusia itu berada dalam satu
darjat insaniah kerana mereka tidak terpedaya dalam kehidupan dunia yang bersifat
sementara ini. Dalam Islam semua ibadah itu disyariatkan hanya kerana Allah.
Oleh itu, penulisan karya dalam bidang kesusasteraan semestinya bertali arus dan
berkait secara berangkai dengan Allah. Teori Takmilah bertitik tolak daripada konsep
tauhid yang meyakini bahawa semua manusia (temasuk pengkarya/penulis) itu
mempunyai tanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya serta tidak akan sempurna
sifat kepengkaryaan seseorang pengkarya itu, melainkan berusaha untuk membawa
karyanya ke tahap yang boleh diterima Allah sebagai ibadah. Yakni menanggapi bahawa
pengarang, karya dan khalayak tidak boleh memisahkan diri dari lingkungan syariat
Allah SWT dan rasul-Nya. Ini selaras dengan prinsip-prinsip teori Takmilah yang amat
relevan dengan kehendak Allah serta mendorong supaya semua manusia memilih Islam
sebagai satu cara hidup yang akan diterima oleh-Nya. Barang siapa mencari agama lain
selain Islam maka tidak akan diterima agama itu dan sia-sia di sisi Allah. Firman Allah
bermaksud;

Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka tidaklah akan diterima
(agama itu) daripadanya dan di akhirat kelak termasuk ke dalam golongan orangorang yang rugi- (Surah al-Imran, Ayat 85.)

Oleh itu, sastera yang hadir dalam masyarakat semestinya sastera yang menjurus
26

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


kepada Allah. Segala aktiviti kepengarangan semestinya tidak terkeluar dari landasan
Islam, maka dengan itu hasilnya akan menemukan hakikat kesempurnaan yang akan
melengkapkan sebahagian daripada tuntutan iman pada diri pengarang, teks dan khalayak
di sisi Allah SWT.
Pengabdian diri terhadap Allah membentuk mahabbah dalam diri. Menurut
Kamus Dewan(2005:974) mahabbah bermaksud kasih sayang dan percintaan. Makna
dan hubungan Islami ini jika diperhalusi lagi akan membawa pengertian terhadap
kesempurnaan kasih sayang, cinta dan rindu kepada Allah SWT. Jika semua sebab kasih
sayang itu ditekadkan kepada Allah, maka pastinya kasih kepada Allah itu lebih daripada
segala-galanya. Ini bermakna tiada yang lebih dikasihi melainkan Allah SWT kerana
keindahan-Nya, kesempurnaan-Nya serta afal-Nya (sifat-sifat-Nya). Kesempurnaan
Allah mengatasi segala yang sempurna. Oleh itu, wajiblah Allah itu dikasihi dengan
seluruh perasaan yang ada di dalam diri manusia. Mahabah dengan wacana proses kreatif
seperti yang dilakukan oleh Shahnon Ahmad ini adalah pernyataan cenderung hati
makhluk kepada kesempurnaan sifat Allah. Perasaan itu lahir dari keikhlasan hati
hambanya sehingga menerbitkan rasa kasih sayang, kerinduan, rasa membesarkan
kejadian Allah hingga membawa kepada mengutamakan keredaan Allah dengan perasaan
sabar, bertawakal dan ikhlas.
Menerusi novel ini, Shahnon Ahmad menciptakan satu watak kebal iaitu Endar
lelaki tua, bekas guru yang hidup terlantar di atas ranjang dan sedang berlawan dengan
bisikan syaitan dan iblis. Keadaan dirinya yang uzur dan kaku akibat penyakit lemah
sendi dan otot atau MG (Myasthenia Gravis) dihidupkan dengan kekuatan jiwa dan
semangat kental.
27

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Tanda kasih kepada Allah apabila diturunkan bala, penyakit, dugaan, ujian dan
kesusahan hidup ialah seseorang itu tidak berdukacita atau kasihnya tidak berubah. Inilah
Endar yang digambarkan dalam novel. Semakin banyak dugaan atau cubaan yang
melanda semakin kuat rasa cinta dan kasihnya kepada Allah. Jika kasihnya berubah itu
tandanya mahabbahnya kepada Allah hanya dusta semata-mata. Manusia yang reda
dengan ujian dan keperitan hidup seperti menderita sakit dan menganggap itu semua
sebagai satu kelazatan dan keseronokan hidup merupakan manusia yang telah mencapai
tahap pengabdian yang tinggi. Kasih yang dirasai daripada kemudaratan itu akan
dianggap sebagai pemberian yang bermanfaat. Malah mahabbah itu timbul disebabkan
rasa kesempurnaan zat, sifat, kesucian, kebesaran, kemuliaan, dan bersih daripada segala
kekurangan dan kecacatan. Oleh hal yang demikian, Endar dalam Mahabbah adalah
seorang manusia yang sedang melalui tahap mahabbahnya kepada Allah.

Selain itu, pengarang memperlihatkan watak Endar melakukan pengabdian yang


tinggi dan ini tidak pernah dikesali berlaku ke atas dirinya. Endar menerima semua
ketentuan itu dengan lapang dada dan menganggap penyakit yang dideritai itu adalah
nikmat. Tahap merasai nikmat dalam derita ini menjadi kayu ukur dalam penilaian rasa
takwa dan rasa tawakal kepada Allah. Puncak kepada rasa takwa yang tinggi kepada
Allah ialah manusia itu akan menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada qada dan
qadar Allah. Hal beginilah yang berlaku dalam kehidupan Endar. Endar yang kehilangan
upaya akhirnya bertawakal kepada Allah dengan seluruh rasa takwa. Allah berfirman;

Dan kepada Allah hendaklah kamu bertawakal jika kamu benar-benar orang
mukmin yang bertakwa.
(Surah al-Maaidah :Ayat 23)
28

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Shahnon Ahmad telah memperlihatkan sifat ketakwaan yang wujud dalam diri Endar
dengan gambaran pilu tetapi menyentuh seperti ini;

Segala penderitaan pun kini adalah nikmat-nikmat daripada-Nya, termasuk


keadaan keuzurannya yang melumpuhkan hampir kesemua anggotanya ini. Endar
menerima segala ujian itu sebagai nikmat-nikmat daripada-Nya. Dan, degupan
hati dan denyutan mindanya sekarang ini tidak pernah renggang daripada bisikan
zikrullah dan juga sikrulmaut, seiring dengan usahanya untuk berzuhud,
berqanaah, beristiqamah dan berpasrah keseluruhannya kepada-Nya.

(hlm: 150)

Begitulah gambaran penerimaan watak Endar terhadap penderitaan yang dihadapinya.


Endar menganggap derita itu sebagai satu hikmah yang mendekatkan dirinya kepada
maha Pencipta. Pengarang menyedari sudah menjadi hukum alam bahawa manusia pasti
akan mengalami kesusahan dan kesenangan. Itulah fitrah alam. Penderitaan akan
menyingkap tabir kelemahan manusia dan mendorong seorang yang berakal untuk datang
ke pintu Allah. Dalam hal ini, Endar ditonjolkan sebagai watak yang mengambil iktibar
daripada derita yang dilalui dengan melihatnya melalui akal fikiran yang bertunjangkan
Islam dan keimanan kepada Allah.

Di samping itu juga, tawakal merupakan satu perkara mulia yang dituntut oleh
Islam. Malah Nabi Muhammad sendiri merupakan insan yang menjadikan tawakal
sebagai amalan hidupnya. Tawakal yang merujuk kepada makna yakin akan takdir qada
dan qadar Allah dilihat menjadi teras pemikiran Shahnon Ahmad dalam menghasilkan
penceritaan novel ini. Pengarang berupaya membongkar rasa tawakal Endar dengan
sebaik-baiknya tanpa meninggalkan sedikitpun kecurigaan. Endar yang melihat bahawa
dalam keadaan dirinya begitu, dia wajar menjadi manusia yang menerima semuanya itu
dengan rasa syukur bukan merintih dan menyesali ketentuan nasib dirinya. Endar

29

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


merupakan watak yang mewakili rasa tawakal manusia yang berjuang meneruskan
kehidupan. Pengarang memberitahu kepada pembaca bahawa Allah telah menciptakan
manusia daripada satu jiwa dan roh. Allah juga mengutuskan isteri dan anak-anak supaya
manusia dapat meningkatkan tahap ketakwaan dalam hubungan sebuah keluarga bahagia.
Lantaran itu, pengarang memperkenalkan watak Jawahir sebagai isteri dan watak Abdul
Rahman dan Abdul Rahim sebagai anak-anak kepada Endar. Sesungguhnya, Shahnon
turut menjelaskan bahawa Allah juga merupakan sebaik-baik pencipta.

Mahabbah adalah cerminan manusia yang bertawakal yang diam dalam reda dan
teguh dalam dugaan Allah. Tawakal menuntut rasa keyakinan yang tinggi tanpa rasa was
was atau berbelah bahagi. Penyatuan diri antara yakin dengan ikhlas akan melahirkan
sifat taslim (melengkapkan diri dengan ilmu Allah) seterusnya sifat tafwidh (manusia
yang menerima semua ketentuan sebagai hikmah Allah). Hal ini diperjelaskan dengan
baik oleh Shahnon Ahmad, seperti berikut:

Endar menyerah segalanya kepada-Nya kerana Dia lebih tahu dan lebih bijak
daripada segala-galanya. Dengan mahabbahnya kepada-Nya, Endar akan diiringi
dengan permintaan yang ikhlas daripada hatinya yang berdegup ini kerana Endar
sedar dia tidak ada lagi yang lain yang boleh memadu dan menyatukan sungaisungai itu. Tangan dan kakinya tidak berupaya lagi bertindak kerana tangan dan
akinya serta seluruh anggotanya telah kaku lumpuh dimamah MG. Malah,
lidahnya yang dulunya petah itu pun turut sama dimamah oleh MG. Dan, dengan
MG itulah segala tenaga ototnya habis musnah. Pada mulanya Endar memang
bersedih pilu, tetapi kini segala bala bencana yang menimpanya itu bukan saja
merupakan nikmat, tetapi juga memperteguh mahabbahnya kepada-Nya. Dan,
dengan tindakan yang berupaya dilakukan oleh hatinya dan mindanya itulah
mahabbah-Nya kepadanya begitu terasa dan begitu berseni sekali sekarang.

(hlm:216-217)
Menerusi petikan ini, dapat dilihat bagaimana watak Endar menerima takdir yang
menimpa ke atas dirinya sebagai suatu nikmat yang telah memperteguhkan hubungannya

30

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


dengan Allah SWT. Penyakit yang dideritainya telah membenihkan kecintaan yang
mendalam terhadap Allah. Endar insaf malah bersyukur kerana masih punya waktu untuk
kembali mengenal dan mencintai Allah. Ini sejajar dengan maksud dalam Surah Ali
Imran yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan


katakanlah perkataan yang benar,nescaya Allah memperbaiki bagimu amalanamalan dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah
dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.
(Surah Ali Imran:102)

Di samping itu, Shahnon turut menerapkan pemikiran luhur dalam Mahabbah


yang ditonjolkan melalui watak Endar di mana orang tua ini seringkali bermunajab untuk
mendapatkan singgahsana ingliyun. Dia mahu menamatkan perjalanannya dengan
husnuqatimah. Contohnya;

Di kala itu, hatinya akan dipimpin oleh-Nya untuk menyempurnakan segala dan
akan banyaklah istidraj-istidraj yang akan dihidangkan oleh-Nya, yang tidak
termampu dibayangkan oleh sesiapa
(hlm;53)

Ini menunjukkan wujudnya hubungan kasih sayang antara manusia dengan


Tuhan. Sebagai manusia yang benar-benar beriman dengan agamanya, Endar tetap
percaya bahawa kuasa tertinggi yang tiada bandingan ialah kuasa-Nya. Dialah Maha
Berkuasa, Maha Pencipta, Maha Tahu, Maha Pengampun dan begitu banyak Maha lagi.
Hubungan manusia dengan Tuhan tidak dapat diputuskan. Besar atau kecil darjat
seseorang, sama sahaja di sisi-Nya melainkan yang bertakwa dan beramal soleh. Jelaslah
bahawa Shahnon berjaya mengaplikasikan prinsip ketuhanan yang bersifat kamal dalam
Mahabbah.

31

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


2.3 Pengakuan terhadap kebesaran Allah.
Orang yang cinta kepada Allah SWT akan kagum terhadap kebesaran dan
kekuasaan-Nya, kerana ia akan selalu memuji-Nya dalam berbagai kesempatan
sebagaimana yang tercermin pada firman Allah SWT : Segala puji bagi Allah, Tuhan
semesta alam. Di samping cinta kepada Allah, umat Islam harus meningkatkan
pengharapan kepada-Nya. Suatu pengharapan yang mampu menyalakan hati yang padam
kerana sesungguhnya tiada kehilangan sesuatu apa pun sesiapa yang menemukan Allah.
Begitulah Endar dalam Mahabbah, menghadapi saat-saat dirinya terlantar derita kerana
penyakit yang dialaminya. Endar seringkali berdoa kepada Allah agar dirinya terus kuat
dan tabah menghadapi sisa-sisa kehidupannya di usia senja. Renungannya terhadap alam
ciptaan Allah banyak menginsafkan dirinya. Endar selalu membayangkan kebesaran dan
keagungan-Nya dan merasa takut dari tindakan dan seksa-Nya. Salah satu sikap yang
harus dimiliki sebagai tanda cinta kepada Allah SWT adalah rasa takut kepada-Nya.Rasa
takut kepada Allah SWT, membuatkan manusia yang beriman tidak berani melanggar
segala ketentuan-Nya. Inilah asas kukuh yang menusuk ke dalam hati seorang mukmin,
untuk memanifestasikan keyakinannya bahawa ia meyakini tiada Tuhan selain Allah.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Mereka yang apabila disebut nama Allah ( dan sifat-sifat-Nya)gementarlah hati
mereka..
(Surah al-Anfal 8:2)

Berdasarkan novel ini, renungan Shahnon pada unsur-unsur alam jelas terbukti
menerbitkan seribu keinsafan kepada pembaca. Alam mendidik manusia untuk

32

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


menginsafi kejadian alam, bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan mengakui
keagungan dan kebesaran Allah. Firman Allah:
Dan Dia (Allah) menjadikan kemudahan bagi kamu apa juga yang di langit dan
di bumi ( sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya. Sesungguhnya semuanya itu
mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya
bagi kaum yang mahu berfikir.

(Surah al-Jathiyah 45:13)


Melalui Mahabbah , jelas dapat dilihat bagaimana pengarang menggunakan alam
untuk mendekatkan diri kepada Allah. Endar seringkali bertafakur setelah merenung
kejadian-kejadian alam yang disaksikannya. Hal ni dapat diperhatikan pada petikan
berikut:
Biar saja mereka bertafakur dan merenungi segala keajaiban ini sedalamdalamnya kerana melalui itu sajalah landasan mahabbah mereka terhadap-Nya
akan tertonggak dan terus terteguh. Dan, bumi dengan segala khazanahnya dan
ruang yang maha luas antara langit dengan bumi dengan segala khazanahnya itu
akan memperlihatkan lagi keajaiban-keajaiban-Nya bahawa itulah pun segala
nikmat dan segala ketenangan yang diberikan-Nya kepada semua ciptaan-Nya
kerana tidak lain sebabnya selain mahabbah-Nya kepada semua.
(hlm:268)

Sehubungan dengan petikan tersebut, Endar digambarkan sebagai watak yang sering
berfikir tentang kejadian-kejadian alam. Alam dicipta dengan pelbagai bentuk dan setiap
ciptaan itu mengandungi pelbagai manfaat terhadap semua makhluk di muka bumi.
Sebagai contoh pengarang menggunakan sungai sebagai simbol ciptaan Allah yang
dicipta untuk kegunaan semua jenis makhluk di muka bumi ini. Inilah tanda kasih Allah
terhadap makhluk ciptaan-Nya.

33

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Justeru itu, Shahnon turut menampilkan soal cinta dan kasih sayang terhadap
alam. Alam yang terbentang luas ini mencukupi segala keperluan makhluk di dalamnya.
Shahnon mendedahkan manusia yang tidak menghargai pemberian nikmat sungai. Ada
sesetengahnya yang sewenang-wenangnya membuang kotoran ke dalam sungai yang
mengakibatkan sungai tersumbat dengan pelbagai kotoran.

semuanya menyesal mati-matian dan lantas bersumpah tidak lagi hendak


mencemarkannya dan memperbodoh dengan timbunan sampah sarap, longgokan
bangkai, tindihan-tindihan sisa-sisa yang busuk lagi basi (hlm: 262)

Aliran kekotoran menyebabkan sumber air tidak dapat menampung keperluan


penduduk seluruhnya. Hujan lebat yang menimpa pula akan menyebabkan berlakunya
banjir

dahsyat

kerana

aliran

yang

tersumbat.

Apabila

kemarau

pula

yang

mengeringkontangkan, keadaan bau hanyir dan busuk menyelinap segenap anggota


rumpun.

Secara tersirat, pengarang mahu menyedarkan manusia sebagai khalifah di bumi,


yang bertanggungjawab memegang amanah, harus mentadbir dan mengurus dunia
dengan sebaik-baiknya. Sebagai khalifah di bumi, manusia adalah pemimpin segala
makhluk yang wujud di bumi, sama ada makhluk yang nampak atau makhluk yang tidak
nampak, harus mentadbir dengan baik dan teratur, dengan penuh amanah dan
tanggungjawab. Persoalan tentang khalifah di bumi jelas dalam firman Allah yang
maksudnya:
... dan ingatlah ketika Tuhanmu telah berkata kepada para malaikat,
sesungguhnya Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi...
(Al-Baqarah: 30)

Khalifah di muka bumi itu ialah manusia kerana manusia dijadikan untuk memikul
tanggungjawab itu. Sebagai memenuhi tanggungjawab, manusia dikehendaki memegang
34

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


amanah Allah iaitu jangan berlaku zalim dan jangan bertindak bodoh, sebagaimana
firman Allah, yang maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit,bumi dan
gunung-ganang maka semuanya enggan untuk memikulamanat itu dari mereka
khuatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh manusia.
Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh.
(Surah Al-Ahzab: 72)

Amanat

sebagai khalifah amat berat tanggungjawabnya, tetapi manusia yang

mengingkari tanggungjawab itu, maka akan menerima akibatnya. Justeru itu, Endar
menerusi Mahabbah

menyedari tanggungjawabnya sebagai khalifah belum berakhir

biarpun dia sendiri menderita penyakit lumpuh. Endar merasakan banyak perkara yang
perlu diselesaikan dan persoalan-persoalan tentang anak-anak yang akan ditinggalkan,
masyarakat yang kian terjerumus ke kancah maksiat dan lalai dengan segala kemewahan
dan hiburan dunia. Hal ini dapat dilihat melalui petikan berikut:
Pada mulanya Endar ingin menyingkirkan segala-galanya itu supaya hanya
tinggal mahabbahnya kepada-Nya saja tetapi kepekaan dan sensitivitinya kepada
masyarakat dan bangsanya begitu menebal dan masih juga menyentuh hati dan
akalnya.Persoalan perpecahan, persengketaan, permusuhan dan kedengkian
antara anggota masyarakat bangsanya bukan saja masih mewabak, tetapi wabakwabak itu terus meruncing dan menjalar dengan hebatnya membawa pula
beraneka penyakit yang parah dan kronik.

(hlm:292)

Endar menyedari bahawa setiap kejadian yang berlaku di dunia ini mempunyai
perjalanan cerita masing-masing. Dalam karya ini, pengarang sangat menekankan husnul
khatimah hinggakan perkataan itu seringkali diulangi. Husnul khatimah mempunyai
maksud pengakhiran. Setiap manusia yang Allah ciptakan di dunia ini akan menempuh
alam barzakh dengan melalui satu perjalanan menuju ke akhirat iaitu kematian. Dalam
lain perkataan, setiap manusia akan mati bila sampai masanya;

35

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak
juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki
Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya
tiba, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun dan tidak dapat mereka
menyegerakannya.

(Surah Yunus, ayat : 49)

Sebelum menuju kepada kematian, manusia akan menempuh alam kehidupan.


Pilihan adalah di tangan manusia itu sendiri sama ada memilih laluan hidup pada jalan
yang benar atau salah. Allah SWT telahpun menyediakan panduan mengikut syariatnya.
Al-Quran dan Sunnah ditinggalkan untuk hamba-Nya. Semua persoalan dan jawapan
terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah yang akan menjadi penyelamat semasa hambaNya menghadapi sakaratul maut. Biarlah manusia pergi menemui Ilahi dalam redha-Nya.
Biarlah pada saat nyawa hendak diambil, manusia mampu melafazkan dua kalimah
syahadah. Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT semoga

tidak

tergolong antara

manusia yang berisiko dimatikan dalam Suul Khatimah, jahil dalam ilmu tauhid, tidak
mensyukuri nikmat Iman dan Islam, derhaka kepada kedua ibubapa, zalim kepada sesama
manusia ataupun haiwan dan sebagainya. Oleh sebab itu, sekiranya terlupa dan terleka
dengan dunia, ingatlah kematian. Kerana dengan mengingati mati manusia akan kembali
ke jalan-Nya. Begitulah Endar digambarkan dalam Mahabbah. Endar sedar masanya
akan tiba . Sebuah kenyataan yang pasti akan dihadapi pada waktu yang telah ditetapkan.
Kematian akan menjemputnya pada bila-bila masa.
Lantaran itu dalam keadaan menderita sakit yang menyekat kemampuan
fizikalnya Endar sentiasa berdzikir mengingati kebesaran dan kekuasaan Allah. Di sisi
lain, Endar memahami bahawa dunia ini adalah rumah persinggahan. Dia mendesak
dirinya untuk berusaha sekuatnya biarpun di hujung usianya untuk persediaan akhirat. Ini
dijelmakan oleh Shahnon dalam petikan berikut:
36

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Hasrat Endar hanya untuk mengukuhkan mahabbahnya kepada-Nya saja; tidak
kepada yang lain. Dan, dengan mahabbahnya kepada-Nya itu akan tercurahlah
pula mahabbah-Nya kepada Endar. Dan, tersimpullah satu ikatan yang tidak
terungkai lagi dengan buhulan yang kukuh dan teguh antaranya dengan Dia Yang
Maha Esa.

(hlm:105)
Selain itu, dalam novel ini Shahnon telah menciptakan Endar sebagai manusia
yang mempunyai tahap kecintaan yang tinggi terhadap Allah. Walaupun Endar terkejang
kaku kerana penyakit yang dideritainya dia masih berupaya mengingati Allah dengan
berdzikir. Untuk menggambarkan betapa penting dzikir bagi seorang muslim, Rasulullah
SAW mengumpamakan antara orang yang hidup dengan orang yang mati, ini bererti
dzikir itu akan menghidupkan jiwa seorang muslim. Ini dapat dikesan pada petikan
berikut :
Tidak ada apa-apa lagi yang dibuat oleh Endar di atas ranjangnya itu selain terus
bertafakur, berzuhud, bertaubah, bersolat dan berzikrullah dan berzikrulmaut
dengan gerakan hatinya. Terus lagi Endar bertasamuh, berqanaah, berkhusyuk,
bertilawah, berkhauf dengan-Nya, bertahajud dengan
degupan hatinya,
membasahi pipinya dengan air matanya yang mengalir, bermalu dengan-Nya,
bereda dengan-Nya, berlapar kerana-Nya.
(hlm :296)

Pada saat-saat berada di hujung hayatnya, dia berhadapan dengan pengalaman


masa lalu, dihambat kegagalan memberikan pendidikan selengkapnya kepada anak-anak,
dicelarukan oleh persekitaran sosial bangsanya dan peperangan dengan diri sendiri.
Persoalan yang menjadi igauan hidupnya menjadikan dia sentiasa bersedia mengadapi
kematian dengan zikirullah seperti gambaran berikut:
Hasrat Endar hanya untuk mengukuhkan mahabbahnya kepada-Nya saja: tidak
kepada yang lain. Dan, dengan mahabbbahnya kepada-Nya itu akan tercurahlah
pula mahabbah-Nya kepada Endar. Dan, tersimpullah satu ikatan yang terungkai
lagi dengan buhulan yang kukuh dan teguh antaranya dengan Dia Yang Maha
Esa. Dengan buhulan itulah saja Endar dengan penuh ketenteraman
mengharapkan berupaya boleh meneruskan perjalanan bersisanya menuju
keabadian dengan tamatan husnulkhatimah.
(hlm:105)
37

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Shahnon Ahmad telah mengetengahkan watak Endar menjadi manusia yang reda
dengan apa-apa yang bakal terjadi kepada dirinya. Meskipun pengabdian Endar sebagai
seorang yang telah hilang keupayaan tulang empat kerat, percakapan dan bergerak tetapi
seketul hatinya masih kuat mengingati Allah SWT. Bibirnya yang sentiasa bergetar meski
tidak difahami adalah lambang ingatannya masih waras dan tidak lekang daripada
berzikir atau bertahmid kepada Allah. Begitu juga ketika ingatannya terkenangkan hal
kedua-dua orang anaknya dan harapan untuk melihat anak-anaknya bersatu itu
dijelmakan seperti berikut:

Namun, Endar masih juga menunggu kedua-dua orang anaknya yang berlainan
menguruskan saf masing-masing itu serentak pulang supaya kedua-dua belah
keluarga mereka boleh bersama bermesra dan kembali menjalinkan ukhuwah dan
kembali menyatukan wehdah. Endar akan menyampaikan lagi isi hatinya yang
terpendam itu melalui degupan hatinya dan denyutan mindanya. Dengan hasrat
yang akan tercapai itulah Endar merasakan bahawa dia dapat meneruskan
perjalanan bersisanya dengan aman tanpa secalit berantakan lagi; malah dengan
itulah dia harapkan perjalanannya itu akan tamat dengan dukungan
husnulkhatimah akhirnya.
(hlm :101)

Abdul Rahman dan Abdul Rahim yang tidak sehaluan. Endar menganggap
bahawa itu adalah ketentuan yang perlu diterima kerana kesilapannya dan dia terus
berdoa agar Allah menyatukan mereka berdua kembali . Endar benar-benar berhasrat
agar dia dapat meneruskan baki perjalanannya dengan penuh ketenangan dan berakhir
dengan kebahgiaan.

38

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


2.4

Kesimpulan
Menurut Mohd. Yusof Hassan (1990:128) dalam bulan Oktober 1982, Shahnon

telah membuat ucapan penting bertajuk Cinta dalam Majlis Anugerah Sastera Negara
oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong di Bangunan Parlimen:
Para sasterawan kita telah faham bahawa objek penyampaian dalam karya-karya
mereka adalah keperihalan pengalaman badani, perasaan, indera-indera tetapi
juga aspek-aspek akaliah, rohaniah dalam konteks hubungan manusia dengan
Allah.

Ucapan tersebut amat bertepatan dengan tema dan persoalan-persoalan yang di


ketengahkan oleh beliau dalam Mahabbah. Sesungguhnya novel ini menepati hasrat
Shahnon Ahmad untuk membawa makna gagasan sastera Islam yang berfungsi kerana
Allah dan untuk manusia. Novel ini terbukti menimbulkan rasa cinta dan keinsanan
yang tinggi hingga terbit keinsafan yang penuh keimanan dan ketakwaan sebagai insan
kerdil di sisi Allah berdasarkan watak Endar. Ini adalah selaras dengan prinsip ketuhanan
yang bersifat kamal dalam Teori Takmilah yang menjurus ke arah kehidupan yang lebih
sempurna dalam konteks agama Islam. Khalayak pembaca diketengahkan dengan sikap
Endar yang meletakkan dirinya begitu kerdil di sisi Allah SWT. Endar semasa usia dan
pergerakan fizikal yang aktif adalah seorang yang berilmu, bertugas sebagai seorang
pendidik dan percakapannya sering didengari oleh masyarakat. Hakikatnya, Endar kini
menginsafi bahawa Allah SWT adalah pemilik segala ketinggian ilmu. Justeru itu,
kesempatan masa yang berbaki itu digunakan sepenuhnya oleh Endar untuk mendekatkan
dirinya dengan Allah.

39

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


BAB 3
PRINSIP SASTERA YANG BERCIRI ESTETIK DAN BERSIFAT TAKMILAH
3.1 Pengenalan
Dalam kesusasteraan, bahasa menjadi alat yang sangat penting untuk menyatakan
emosi yang berbagai-bagai peringkat. Pengarang yang kreatif akan cuba menggunakan
bahasa seluas mungkin meliputi pemilihan sintaksis, diksi, ungkapan-ungkapan yang
khusus dan meluaskan penggunaan bahasa-bahasa kiasan bagi menyampaikan maksud
dengan berkesan. Aspek estetik atau keindahan merupakan unsur dasar dalam bidang
kesusasteraan. Menurut Mana Sikana (2009:12) estetik ialah rasa keindahan,
keseronokan, kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta
penikmatan yang mempesonakan atau penglihatan yang memukau, yang cepat menawan
perasaan dan terpahat dalam pemikiran. Dalam seni sastera keindahan berkait rapat
dengan kesan daripada bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam karya yang
dihasilkan. Selaras dengan itu, Kamariah Kamarudin (2011:15) turut memperakui konsep
keindahan dalam kesusasteraan Islam sebagaimana yang dihujahkan iaitu:
Dari perspektif Islam, nilai keindahan sangat dihargai. Keindahan bentuk(form)
dan isi (content), keindahan bahasa, keindahan perasaan, keindahan gaya dan
keindahan mesej, semuanya dianggap penting dalam menilai sesuatu penghasilan
dan pengucapan seni. Tetapi setiap aspek keindahan estetika tertakluk kepada
tujuan moral dan kerohanian Islam.

Indah dan bermakna itu dilihat dalam konteks hakikat insan dan hakikat ilmu
serta amal: indah bermaksud dicipta berasaskan cara dan teknik yang khusus,
menggunakan segala aspek bahasa dan teknik tertentu sesuai dengan genre yang dibentuk

40

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


atau dipilih (dipakai); bermakna ertinya memberikan pengertian yang benar dan
mendalam tentang manusia, tentang hakikat keinsanannya, dan sesuai dengan pandangan
hidup tauhid. Justeru itu, setiap karya memiliki keindahannya tersendiri Dari segi
pandangan Islam (Teori Takmilah), bahawa keindahan yang menjadi sumber estetika
adalah sifat Allah yang manifestasinya terpancar pada kewujudan yang mencerminkan.
kesempurnaan Allah. Sasterawan yang lebih tajam tanggapan dalam menanggapi elemenelemen estetika mudah terpesona dengan keindahan ciptaan Allah . Malahan ciri estetik
dalam konteks Islam memperlihatkan tahap keprihatinan manusia meneliti alam dan
kehidupan ini untuk diterapkan dalam karya. Menurut Kamariah Kamaruddin (2011:87)
karya diperhatikan melalui kandungannya yang bercirikan lahiriah, iaitu mengandungi
teknik penciptaan sesebuah karya seperti bentuk, struktur, plot, watak, bahasa, diksi,
nada, ritma dan sebagainya manakala yang bercirikan maknawi, iaitu yang mengandungi
isi, tema, idea, mesej, sudut pandangan, nilai, simbol, metafora, alegori, simile,
personafikasi dan citra yang diadun dengan baik oleh pengkarya. Kesemua elemenelemen tersebut akan melengkapkan proses pembinaan sesebuah karya secara kreatif,
indah dan berseni dan merupakan takmilah dalam karya sastera. Justeru itu, kajian ini
akan

membincangkan prinsip tersebut dalam aspek perlambangan dan simbol dan

pemilihan diksi.

41

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

3.2 Perlambangan dan simbol

Kehalusan makna pula merujuk kepada unsur perlambangan yang mewarnai dan
mendasari pemikiran pengarang. Seorang pengarang yang hebat seperti Shahnon Ahmad
bermain dengan lambang atau imej sehingga membentuk citra yang jelas. Pemilihan imej
yang terkawal akan membawa makna tersirat yang lain. Keutuhan pemilihan imej,
kesesuaian lambang dan ketekalannya digambarkan di dalam karya untuk menentukan
darjah kehalusan makna pemikiran pengarang. Menurut Mohd. Yusof Hasan(1990:133)
dalam proses kreativiti, pengarang bukan hanya melontarkan fakta, malah menggunakan
daya apresiasi dan imaginasinya dengan kekuatan gaya bahasa. Shahnon Ahmad dalam
novel ini dilihat masih mengekalkan citra alam sebagai ikon kepengarangannya. Imej
hujan, sungai, pohon, kemarau, hutan dan burung merupakan imej yang mendominasi
metafora pengarang. Penggunaan unsur alam bertujuan untuk membangkitkan suasana
yang sesuai dengan peristiwa yang digambarkan. Shahnon memulakan kehalusan
maknanya dengan begitu jelas dalam Mahabbah:

Demikian rentetan peristiwa demi peristiwa berlaku dalam perjalanan demi


perjalanan semenjak diwujudkan-Nya sarwajagat raya ini dengan segala isinya
yang terangkul antara langit dengan bumi, termasuk lautan yang maha luas yang
sering bergelora dan angkasa yang maha sayup berhening cipta yang sering pula
berbadai dan bertaufan di luar jangka.
(hlm: 2)

Kekuatan pemilihan imej tersirat seperti ini menjadikan seluruh pemikiran


Shahnon Ahmad seperti sebuah lukisan yang penuh dengan wajah-wajah alam semula
jadi. Ini semua akan membawa hubungan makna kepada kembalinya kejadian makhluk

42

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


yang akan menuju kematian. Pada saat-saat genting menunggu kematian, bisikan iblis
dan syaitan, gambar-gambar keindahan alam, bencana alam, wajah-wajah manusia yang
pernah ditemui semuanya menerawang dalam fikiran. Gambaran ini merupakan
gangguan yang menentukan kuatnya iman atau pengakhiran yang husnulkhatimah.

Shahnon juga menggunakan simbol sebagai gambaran persoalan yang


diketengahkan dalam karya ini. Definisi yang paling umum dikemukakan oleh Needham
(1954: 3) yang mengatakan bahawa simbol adalah sesuatu yang mewakili sesuatu. Imej
sungai yang menjadi sindiran kepada nasib anak-anaknya Abdul Rahman dan Abdul
Rahim yang tidak sehaluan dan menanti musnahnya hubungan kekeluargaan itu
dijelaskan seperti berikut:

Endar sendiri tidak mampu berbaut apa-apa lagi. Dia hanya terkedang di atas
ranjang, cuba melintasi renungan dan tafakurnya pada dua batang sungai yang
sudah terkeluar dari landasan jangkaannya. Dia sedar bahawa sungai-sungai itu
akan terus mengalir juga dengan kesombongan masing-masing dan akhirnya
akan tercetuslah banjir yang bakal bukan sahaja menenggelami diri sendiri, tetapi
pasti sekali gus akan melimpah naik tebing dan terus menenggelami sama
sendiri. Dan, di kala itu segala kesopanan terhakis, diganti dengan landaan yang
ganas dan liar tanpa mempedulikan lagi sebaran rasa. Zuriat dan titik-titik asalusul yang satu yang membentuk jati diri yang dibanggakan hilang dan luput
daripada sebarang ingatan. Dan, di sepanjang perjalanan itu para syaitan ketawa
melihat telatah dan perangai dua batang sungai yang biadab dan sombong
bagaikan gelombang dan arus merekalah yang terunggul di mana-mana pun.
(hlm: 138-139)

Pemilihan imej pokok pula digambarkan kepada watak Endar yang menyedari
bahawa dirinya tidak berupaya melakukan apa-apa. Shahnon Ahmad menulis dalam
kesedaran rasa insaf seorang manusia yang kehilangan upaya. Nada rayuan rasa keinsafan
itu dapat diperhatikan dengan penuh pilu. Shahnon Ahmad menggambarkan keadaan itu
dengan kesyahduan hatinya:

43

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Juga Endar amat memahami dan menerima hakikatnya sama seperti pokok yang
sudah mulai kecabutan akar dan kereputan tunjang dan kerenggehan dahan,
kerapuhan ranting, dan keguguran daun-daun. Tetapi, apabila renungan jauh
mendalam, Endar pantang pula hendak diselarikan dirinya dengan sungai yang
menyerah kalah kepada sebarang makhluk, selain kepada-Nya. Endar bukan
pohon yang mudah menyerah kalah kepada sesiapa,selain kepada-Nya. Biar
sungai dan pokok luput dan terhakis jati diri mereka dan tidak mampu bangun
semula untuk meneruskan perjalanan itu, tetapi Endar sendiri akan meneruskan
perjalanan dengan tenaga dalamannya yang dia yakin masih utuh dan padu.

(hlm: 27)
Gambaran pokok itu cukup sinonim dengan kehidupan manusia. Pokok pada awal
tumbesaran memberi banyak manfaat dan kegunaan kepada semua makhluk di muka
bumi ini. Walaubagaimanapun pokok yang hampir mati tidak lagi berguna. Begitulah
Endar pada usia tua tidak lagi berguna kepada sesiapa.

Di samping itu, konsep kehidupan yang digarapkan oleh Shahnon Ahmad adalah
laksana sungai yang mengalir. Menurut Rosely Mustapha dalam esei Simbolika dan
kasih sayang dalam Mahabbah dalam blognya menyatakan sungai adalah simbolika
kehidupan manusia yang dilambangkan mengikut peringkat muda, dewasa dan tua.
Bermula dari satu titik kemudian mengalir terus ke laut. Menurut Jacqueline Dineen
(1993:14) aliran sungai terbahagi kepada 3 peringkat iaitu hulu, tengah dan hilir. Dalam
aliran itu, sungai terpaksa menempuhi suka duka aliran. Sungai pada peringkat hulu
mempunyai aliran air yang deras, sungai akan mengaut apa saja sampah sarap, dedaun
tumbuhan, bangkai binatang dan boleh dikatakan apa saja kekotoran. Apa saja. Itulah
yang sering digambarkan oleh Shahnon Ahmad. Sungai peringkat ini boleh disimbolkan
sebagai manusia semasa remajanya. Perjalanan kehidupan remaja semasa ini sukar
diduga. Kehidupan peringkat ini memerlukan penjagaan yang rapi kerana peringkat

44

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


pramatang inilah yang akan mewarnai kehidupan akan datang. Pada peringkat ini
pelbagai dugaan dan cabaran kehidupan menanti.

Sememangnya, sungai pun satu perjalanan yang bermula daripada satu titik air di
tanah tinggi dan mengalir ke tanah rendah menuju muara sebelum bersebati
dengan lautan yang bergelora. Titik-titiknya menyelinap masuk melalui rekahrekah bumi dan terus menjadi tasik dan gelung-gelung. Dan, apabila mentari
bersinar, ia menguap ke udara menjadi embun dan awan. Dan, awan pun berarak
dan bermega dan turun lagi sebagai hujan untuk mencurahi diri ke dalam sungai
mengalir, dan berbanjir dari hulu ke muara.
(hlm. 8)

Sungai pada peringkat tengah, keaktifannya kurang sedikit. Tetapi kegiatan-kegiatan


tertentu boleh mengubah rupa bumi yang lain pula. Misalnya, melalui hakisan terbentuknya
likuan sungai, hakisan tebing, tasik ladam dan sebagainya dan terdedah dengan gangguangangguan alam, maka sungai peringkat ini memerlukan ketahanan fizikal. Hal ini dapat dilihat
melalui petikan berikut:

Adakalanya menjadi penuh dan padat sehingga kebanjiran dengan segala


gelombang dan olengannya sukar dibendung lagi; malah langsung menjadi
bagaikan pengganas dan pembunuh yang maha dahsyat, yang sukar dimaknakan.
Banyak yang ditumbangkannya dengan kebanjiran itu, memperlihatkan
kebengisan dan keberangannya pada satu-satu ketika. Tetapi, apabila kemarau
menjenguk dan kemudian bermaharajalela di luar batasan, lain pula akibatnya.
Segala-galanya menjadi kering, gersang, tandus, dan mati kojol begitu saja.
(hlm. 8)

Begitulah gambaran perjalanan kehidupan manusia pada peringkat dewasa yang


diutarakan oleh pengarang di mana kadangkala terpaksa menghadapi pelbagai keadaan.
Adakalanya manusia diberi kehebatan, kekayaan, kebahagian oleh Yang Maha Esa,
malah kehebatan, kekayaan dan kebahagian yang dikecapi boleh bertukar menjadi
sebaliknya begitu juga situasi kemiskinan, kesedihan, kedaifan. Mengikut Shahnon
Ahmad dalam novel ini, semua yang berlaku adalah kehendak Yang Maha Esa.
45

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Kemudiannya, sungai peringkat hilir adalah gambaran manusia di peringkat tua.
Pada peringkat ini sungai tidak aktif lagi. Ini dapat dilihat dalam petikan;

Airnya tidak mengalir lagi dan sungai lemas dalam kesesakan nafasnya sendiri.
Segala-galanya terhenti. Komunikasinya dengan makhluk-makhluk yang lain
terputus; baik dengan matahari, angina, langit, hutan belantara, dan awan
berarak. Dirinya bukan lagi saluran air yang deras mengalir menyuburkan segala
tanaman dan menjernihkan segala pandangan, tetapi telah menjadi beku dan mati
tidak bermaya. Di situlah dijadikannya tempat terhimpunnya sampah sarap,
bangkai-bangkai yang busuk, sisa-sisa makanan yang basi, timbunan-timbunan
keladak, dan liatan-liatan lemak yang hanyir lagi lagi meloyakan.
(hlm. 10)

Kehidupan manusia pada peringkat tua juga sama seperti perjalanan sungai pada
peringkat hilir. Inilah yang berlaku terhadap watak Endar, Endar yang telah tua ditambah
pula dengan penyakit lumpuh. Hampir keseluruhan kurniaan nikmat pancainderanya telah
diambil semula oleh Pencipta. Endar hanya berupaya mengimbas kembali kesilapankesilapan didikan yang telah diberikan terhadap anak-anaknya.

Ironinya novel ini mempunyai maksud simbolika yang seakan-akan perjalanan


sebenar novelis ini. Perjalanan kehidupan digarap begitu rupa di mana novelis adalah
orang ketiga yang serba tahu perjalanan kehidupan watak dalam Mahabbah. Perjalanan
kehidupan Endar seolah-olah perjalanan sebatang sungai yang mengalir dari titik
permulaan hingga ke laut. Laut adalah satu tempat penyatuan semua sungai-sungai yang
mengalir dalam dunia ini. Laut juga adalah satu tempat penghabisan aliran sungai-sungai
yang terdapat di dunia ini. Dalam perjalanan menuju laut itulah novelis telah
menimbulkan gangguan-gangguan perjalanan seperti juga manusia dalam meniti
perjalanan hidup terpaksa menempuhi pelbagai cabaran hidup. Di samping itu juga,
melalui perjalanan sungai inilah pengarang turut menyentuh soal-soal perjalanan
pentadbiran dan pemerintahan dalam sesebuah negara.

46

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Selain itu, dalam garapannya batang pisang dalam novelnya adalah simbol yang
digunakan bagi memberikan gambaran bahawa Endar yang sudah tidak bertenaga dan
hanya sekadar terbujur kaku. Secara fizikal batang pisang adalah suatu benda yang tidak
bergerak dengan sendiri melainkan digerakkan oleh orang lain. Ini dapat dilihat dalam
petikan berikut:

Dia mulai terasa kepayahan untuk bercakap, kepayahan untuk menelan,


kepayahan untuk mengunyah, menggerakkan bibir, dan sebagainya sehingga
pada satu peringkat, otot-ototnya lumpuh dan dia langsung tidak bertenaga dan
terkulai, kaku dan lumpuh dan hanya boleh berkejang atas ranjang laksana batang
pisang yang tersadai dalam belukar saja.
(hlm: 289)

Petikan ini memperlihatkan di hujung usianya , Endar tidak lagi mempunyai


kudrat yang kuat. Dia di ceritakan tidak lagi mampu untuk makan dan minum sendiri
melainkan dibantu oleh isterinya Jawahir dan 2 orang pembantu rumahnya. Tenaga tua
dan penyakitnya membataskan segala perbuatannya.

Shahnon

juga

berjaya

menonjolkan

sikap

keegoan

seseorang

dengan

menampilkan simbol seketul batu. Seketul batu adalah sesuatu yang keras dan sukar
untuk dipecahnya. Begitulah juga ibaratnya seseorang yang sukar untuk dibentuk kerana
masing-masing membina tembok batu yang sangat keras. Untuk menyatukan hati-hati
manusia bukannya senang. Mereka mempunyai keegoan tersendiri. Inilah yang
digambarkan oleh pengarang dalam petikan berikut:

gelombang dan olengannya yang serba bermakna itu akhirnya tiba di


persimpangan yang kini masih tertegak seketul batu yang sedang dipijaki oleh
Endar inilah. Batu seketul inilah menjadi pembahagi dan sekali gus mencantas
arus (hlm: 174)

47

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Itulah gambaran sebenar sikap anaknya Abdul Rahman dan Abdul Rahim. Kerap
kali bertikam lidah, berlainan pendapat dalam banyak perkara. Kedegilan inilah yang
seringkali membimbangkan Endar. Sebagai seorang ayah Endar sentiasa berdoa agar
anak-anaknya itu kembali berbaik-baik semula.

Seterusnya, dalam novel ini penulis menggunakan simbol burung sebagai


lambang kebebasan setelah Endar menghadapi penderitaan akibat daripada penyakit yang
dideritai. Dalam peristiwa ini Endar sebenarnya berimaginasi bahawa dia akan bebas dan
hidup dalam situasi yang membahagiakan setelah kematian mengakhiri hidupnya. Ini
adalah imaginasi penulis tentang kehidupan di syurga. Ini dapat dilihat berdasarkan
petikan berikut;

Dia akan menjadi seekor burung yang terbang meninggalkan bumi untuk menuju
titik cahaya di langit tinggi. Dia akan terus terbang kian ke mari dan kemudian
singgah di dahan-dahan kerdil yang berderetan di kiri kanan taman yang serba
indah dan nyaman. Rohnya akan berpisah, tetapi perpisahan itu hanya yang
berpindah daerah sahaja. Dia umpama keluar dari sangkar dan terus
membebaskan diri daripada belenggu. Dia akan terbang di taman-taman penuh
bunga-bungaan, semerbak dengan bau-bauan yang wangi dalam suasana yang
harum semerbak. Dia tidak lagi berdekatan dan berdamping dengan sebarang
kegelapan kerana kini dia terbang dalam cahaya dan menuju cahaya yang lebih
terang-benderang yang menjamin ketenangan dan kesejahteraan yang
berkekalan.

(hlm:236)

Jelaslah di sini bahawa dari renungan terhadap alam pengarang menemui makna
kewujudan dan makna kehidupan. Renungan terhadap alam menepati kehendak ayat AlQuran yang bermaksud;
Katakanlah wahai Muhammad, perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit
dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan
keesaan Allah dan kekuasaanNya).

48

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


(Surah Yunus: 101)
Penegasan dalam ayat tersebut membuktikan bahawa setiap kejadian alam ini
mempunyai rahsia tentang keesaan dan kekuasaan Allah. Kesimpulannya, elemen alam
sekitar dalam tulisan kreatif memang tidak dapat dinafikan kehadirannya. Ini bagi
memantapkan makna, memaparkan unsur-unsur perlambangan di samping mewarnai plot
penceritaan. Shahnon berjaya mengharmonikan kesemua elemen alam sekitar dalam
novel ini yang berfungsi sebagai pelengkap dan bukannya sekadar tempelan untuk
menyedapkan cerita.

Menurut Kamariah Kamarudin(2011:459) penelitian terhadap

sistem perlambangan ini turut berkait rapat dengan takah hubungan manusia dengan
Tuhan yang memperlihatkan pertalian manusia mengagungkan kebesaran-Nya.

49

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


3.3 Pemilihan diksi
Pemilihan kata-kata dan istilah-istilah tertentu amat dititikberatkan bagi
menentukan mutu sesebuah karya sastera. Menurut Kamariah Kamarudin (2011:93)
kebiasaannya pemilihan kata-kata itu diselaraskan dengan nada dan suasana cerita, serta
watak-watak dalam cerita itu sendiri. Shahnon Ahmad dalam Mahabbah jelas dan dengan
penuh kesedaran mengaplikasikan prinsip

sastera yang berciri estetika dan bersifat

takmilah dalam novel ini. Shahnon Ahmad melihat bahawa pemilihan bahasa yang baik,
tepat dan tidak berbaur erotis akan menjadikan pemikiran Islami itu mengalir seperti arus
sungai yang jernih menuju muara. Kehebatan Shahnon Ahmad memanipulasi rasa takwa,
rasa ikhlas, rasa taubat, rasa kasih sayang, rasa rindu dan rasa tawakal kepada Allah
dengan pengucapan yang halus menjadikan novel ini indah dan menarik. Sebagai sebuah
novel yang mempunyai hubungan hidup dan mati juga alam barzakh, Shahnon Ahmad
amat berhati-hati memilih perkataan/ istilah. Pemilihan dan penggunaan istilah ArabIslam

hadir dalam setiap halaman setebal 316. Halaman-halaman itu bertujuan

menjelaskan kepada pembaca betapa pentingnya memahami makna-makna yang bersifat


kesufian seterusnya membawa pengertian tentang mauduk iman, itikad, dan pernyataan
muraqabah (takut dan malu akan ketentuan Allah).
Justeru, bagi menggambarkan pengucapan Shahnon Ahmad bersifat akhlak-Islami
maka pemilihan diksi yang berbaur rasa taubat itu menjadi pilihan utama. Shahnon tidak
menggunakan istilah Bahasa Melayu dalam hal-hal agama kerana baginya, istilah itu
tidak mencapai tahap keseluruhan tingkat iman dan rasa insaniah Melayu-Islam.
Pemilihan perkataan seperti bahimiyahan, lazzah, hayyatan, thoyibaah, yastabsyir, sulhu,
as-salaam, aflaha, qanaah, hubbuddunya, laghwun, masyaqqah, fahisyah, ghibah,
50

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


illiyyuun, kun fayakun, uruf, istihzak, sakinah, ghobra, yastabsyir, zikrulmaut,
husnulkhatimah dan lain-lainnya itu adalah pengucapan yang menjurus kepada makna
Islam yang syumul. Kesedaran ini dilakukan oleh Shahnon Ahmad kerana penggunaan
istilah Bahasa Melayu tidak akan membawa gambaran akhlak seorang muslim-Melayu
yang sebenarnya.
Begitupun perkara yang lebih utama dalam hal pengucapan yang mengutamakan
akhlak ialah penggunaan diksi Islami yang berleluasa di dalam novel ini. Diksi-diksi
tersebut merupakan gambaran pengabdian kepada Allah. Shahnon Ahmad melihat
penggunaan istilah Arab-Islami itu menjadi penyatuan makna zahir dan batin seorang
Endar yang bakal menemui Allah selepas kematian. Sehubungan dengan itu, bagi
menggambarkan rasa takut kepada Allah, Shahnon Ahmad telah melakukan
penyimpangan gaya bahasa yang besar jika dibandingkan dengan novel-novelnya
sebelum ini. Pada suatu ketika Shahnon Ahmad pernah dikritik hebat oleh para pengkritik
tanahair kerana novel yang dihasilkan mengandungi unsur-unsur seks dan berbaur lucah.
Perkataan barzakh memperlihatkan perlambangan atau simbol kepada tempat
persemadian

kematian

atau

pengakhiran

hidup

makhluk

yang

bernyawa.

Ia

memperlihatkan keindahan dari sudut rasa keinsafan manusia kepada kematian dan
kehebatan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Agung. Ini menggambarkan sehebat mana
pun manusia di atas muka bumi ini, akhirnya akan menempuhi alam kematian; hanya
amal dan iman sahaja yang dapat membantu manusia di alam barzakh. Keindahan yang
dikemukakan oleh pengarang dari sudut Teori Takmilah dapat membimbing khalayak
kepada keimanan dan ketakwaan dalam mencari keredhaan Allah bagi mencapai tahap
Insan Kamil.
51

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Menerusi novel Mahabbah, Shahnon Ahmad telah memulakan lembaran teksnya
dengan potongan ayat yang diambil dari al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran menarik naluri
keindahan manusia ke arahnya dan mengajarkan kepada manusia tentang keindahan
penciptaan. Dengan cara yang indah pula, Al-Quran mengenalkan tentang Allah dan
kekuasaan-Nya kepada manusia. Al-Quran juga mengajarkan tentang keimanan,
kehendak, dan tanggungjawab manusia. Al-Quran adalah manifestasi dari wahyu yang
mengandung keindahan seni yang hakiki dan sangat mengagumkan. Seni Al-Quran
adalah seni untuk mengungkapkan suatu masalah atau topik dengan cara yang sangat
indah, sehingga mampu mempengaruhi fikiran dan perasaan para pembacanya. Menurut
Kamariah Kamarudin (2011:159) isi kandungan Al-Quran meliputi dan menyeluruh
tentang dasar-dasar hidayah petunjuk Allah SWT untuk umat manusia. Ia mengandungi
panduan dan sebagai pedoman yang menjamin kebahgiaan umat manusia di dunia dan
akhirat. Ini jelas diungkapkan dalam lembaran permulaan novel;
Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara; kerana itu damaikanlah
antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat
rahmat.

(Surah al-Hujurat 49:10)


Potongan

ayat dipermulaan muka surat Mahabbah ini sebenarnya telah

mengutarakan salah satu tema yang cuba digarap oleh pengarang. Pengutaraan ayat suci
Al-Quran yang dipaparkan dalam novel ini meningkatkan pemahaman pembaca tentang
hukum-hakam berkenaan dengan perhubungan antara seorang mukmin dengan mukmin
yang lain. Lantaran itu gambaran sikap anaknya Abdul Rahman dan Abdul Rahim yang
tidak sefahaman dan sering bertelagah dijelmakan oleh pengarang. Dalam makna yang
tersirat, gambaran sikap anak-anaknya itu juga adalah satu cermin realiti terhadap politik
52

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


di negara ini. Shahnon menyedari bahawa politik di Malaysia belum mencapai kata
persepakatan dalam membentuk perpaduan maka itu lahirlah pelbagai pegangan parti
politik yang kononnya cuba memperjuangkan nasib bangsa. Ini jelas diketengahkan
menerusi watak Endar yang sering bermonolog bagi melahirkan kebimbangannya
terhadap bangsanya yang berpecah dan bertelagah. Oleh itu, setiap Muslim seharusnya
mengakui kebenaran al-Quran dengan membaca dan memahaminya untuk dijadikan
iktibar dalam kehidupan. Khalayak turut disulami dengan nilai khutbah di sepanjang bab
novel ini. Pengarang cuba berdakwah dengan cara keindahan bahasa

secara halus

dengan mengajak pembaca mengikuti bab demi bab dengan rantaian kata Sesungguhnya
segala-galanya adalah perjalanan. Begitu juga,petikan daripada Riwayat Imam Muslim
di awal sebelum permulaan bab 1 novel ini :
Barang siapa melihat kemungkaran hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Jika dia
tidak ada kuasa hendak mencegah dengan tangannya, maka hendaklah dia mencegah
dengan lidahnya. Dan sekiranya juga dia tidak ada kuasa dengan lidahnya, maka
hendaklah dia mencegah dengan hatinya. Dan yang demikian ini adalah selemah-lemah
iman.

Pemilihan riwayat

daripada Imam Muslim ini jelas memperlihatkan hasrat

pengarang yang cuba mengetengahkan persoalan-persoalan tentang kerosakan nilai-nilai


kemasyarakatan yang

berlaku dalam masyarakat yang dijelmakan melalui monolog

watak Endar. Pengarang cuba memberi suntikan keinsafan kepada khalayak dengan
menyerlahkan keindahan dalam petikan tersebut. Hal ini demikian kerana Al-Quran dan
hadis menjadi pegangan manusia sebagai sumber hukum dan juga penjelasan terhadap
penyelesaian masalah dalam kehidupan. Dengan kata lain, dari sudut Takmilah,
keindahan yang dipaparkan oleh pengarang ini menyuntik rasa kekaguman kepada
kebenaran dan kebaikan yang membawa kepada keindahan hakiki.

53

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


3.4

Kesimpulan
Berdasarkan kupasan-kupasan tersebut, jelaslah prinsip sastera yang berciri

estetik dan bersifat Takmilah terkandung dalam Mahabbah. Ini selaras dengan kajian
Shahnon Ahmad,1981. Penulisan Kreatif-Persoalan Nilai Dalam Penghasilan dalam
kertas kerja Seminar Penulis di Institut Teknologi Mara. Menurut beliau:
Allah menganugerahkan bakat mengarang kepada kita dengan harapan bakat ini
dipergunakan untuk meningkat kemanusiaan agar bertambah takwa kepada
Allah. Setiap pengarang Muslim yang tidak menjalankan tugasnya ini ternyatalah
penilaiannya negatif kerana sanggup mensia-siakan anugerah gaya yang
diberikan oleh Allah.

(Mohd. Yusof Hassan:126)


Menerusi pernyataan tersebut, Shahnon membuktikannya menerusi novel ini
bahawa beliau menggunakan anugerah Allah kepadanya melalui media dan penulisan
kreatif. Melalui penguasaan bahasa beliau mensyukuri nikmat Allah untuk mendapatkan
kehidupan yang diredhai Allah. Oleh yang demikian, Shahnon Ahmad

telah

memperlihatkan penggunaan bahasa secara estetik dan penggunaan teknik-teknik tertentu


menurut kesesuaiannya bagi memperlihatkan kesan keinsanan yang bertunjangkan Islam
dalam karyanya. Kajian ini mendapati pemilihan diksi dalam Mahabbah telah
memperlihatkan perubahan gaya penulisan kreatif Shahnon Ahmad. Mahabbah tidak
disulami dengan perkataan-perkataan yang berunsur seks, membuai perasaan ghairah dan
menjijikkan. Ini selaras dengan prinsip sastera yang berciri estetik dan bersifat Takmilah
dalam Teori Takmilah yang mengkehendaki pemusatan terhadap nilai-nilai Islam.
Pemilihan kata yang cukup teliti oleh pengarang adalah untuk menggambarkan nilai
keindahan dari sudut keinsafan. Dari sudut Takmilah, keindahan yang dipaparkan oleh
pengarang ini dapat menyampaikan mesej pendidikan dan keilmuan yang bersifat
54

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


ketuhanan kepada khalayak. Keindahan yang diutarakan oleh pengarang juga dapat
memupuk khalayak dengan rasa kemanusiaan dan kehalusan jiwa tentang hubungan
manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Allah SWT.

55

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


BAB 4
PRINSIP KHALAYAK MENUJU KE ARAH INSAN KAMIL.
4.1 Pengenalan
Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan hasil sastera mengajak manusia ke
arah kebaikan. Namun, menerusi Teori Takmilah harapan yang digantungkan terhadap
karya ialah setiap penciptaan karya itu perlu sampai kepada khalayak dan ia benar-benar
serasi dengan kehendak dan kepentingan Islam. Matlamat yang hendak dicapai ialah
memupuk khalayak pembaca ke arah pembentukan insan Kamil iaitu mencontohi
peribadi terpuji dan akhlak mulia Rasululullah SAW walaupun tidak secara seratus
peratus. Shahnon Ahmad(1981:1-3) mendefinisikan kesusasteraan Islam sebagai karya
kesusasteraan umat Islam yang diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.
Maksudnya berkarya untuk mendapat keredhaan Allah ialah karya yang mengandungi
sebuah ajaran aqidah, syarak dan akhlak yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah
yang dapat membimbing manusia ke arah keimanan, ketakwaan dan amal salih.
Berhikmah untuk manusia pula bermaksud karya kesusasteraan itu dapat memberi
manfaat kepada manusia sejagat. Karya bukan sahaja dapat menghibur dan
menyenangkan hati manusia, tetapi yang lebih utama menyelamatkan manusia daripada
kesesatan dan membimbing mereka mencapai kejayaan dan kebahgiaan hidup sama ada
di dunia dan di akhirat. Bagi mengupas objektif kajian dalam bab ini penelitian akan
memberi fokus

terhadap mesej mengingati kematian, anak sebagai amanah Allah dan

sabar menghadapi ujian Allah .

56

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


4.2 Mengingati kematian
Shahnon Ahmad sebagai seorang pengarang yang versetail telah berjaya
membongkar detik-detik terakhir kehidupan manusia menjelang kematian. Hal ini
demikian kerana penampilan novel ini berkisar kepada detik-detik kematian sebagai idea
pokok pengkisahannya. Detik yang dikatakan menjadi penentu husnulkhatimah kepada
setiap orang yang beragama Islam itu dilihat jika tidak diikat dengan asas Islam yang kuat
akan membawa kepada kematian yang sia-sia. Pengarang cuba menyedarkan pembaca
agar sentiasa mengingati kematian. Mengingati kematian dapat melebur dosa dan
berzuhud. Ini turut dijelaskan dalam beberapa hadis menurut Mohd . Hassan
Ismail(2000:2-3);
Perbanyakkanlah mengingat kematian, sebab yang sedemikian itu akan
menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia.

(Diriwayatkan oleh Ibny Abiddunya)

Selain itu juga,

kematian adalah penasihat kepada semua manusia. Dengan

mengingati kematian manusia akan insaf dengan nikmat dunia yang bersifat sementara
dan lebih

bersedia

menghadapi kedatangannya. Mohd.Hassan Ismail(2000:3)

menyatakan bahawa orang yang tercerdik ialah orang yang terbanyak mengingat kepada
kematian:
Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta
yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah
orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka
dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Abiddunnya)

57

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Menurut Zuraida Mamat (2010:127) dalam satu hadis Rasulullah SAW telah
menyatakan pentingnya berfikir tentang kematian: Banyaklah mengingat kematian kerana
ia membersihkan seseorang dari dunia dan membebaskannya dari dosa. Kematian
bukanlah akhir kehidupan sebaliknya kematian adalah awal dari kehidupan sebenarnya
dan merupakan transisi menuju dunia yang sebenarnya. Shahnon menerusi Mahabbah
menggambarkan Endar mahu melalui kehidupan yang tenang dan bahagia selepas
kematian menjemputnya . Dia mahu menghabiskan kehidupan abadinya di syurga. Ini
dijelaskan dalam petikan berikut :
Di sana, Endar meneruskan juga perjalanannya dengan penuh ketenangan tanpa sebarang
gangguan lagi. Semua dalam jagaan-Nya. Semua berada dalam keilmuan-Nya. Dan ,
dalam perjalanan di sana itu, sering pula Endar dinikmati dan dinikmati oleh perasaan
yang sama tenang dan sama mahabbahnya kerana Endar cukup sedar bahawa apabila
segala berada dalam mahabbah-Nya, baik mahabbah-Nya di sana mahupun mahabbahNya di sini, tidak ada lain yang diperolehnya selain ketenangan dan kesejahteraan.
(hlm:312-313)

Mesej ini pastinya menyedarkan pembaca secara hakikatnya, kehidupan di dunia


secara keseluruhannya merupakan masa yang singkat. Jika masa lalu dikenang, ia seolaholah

baru

semalam

ditinggalkan.

Tahun

demi

tahun

hadir

tanpa

henti

Walaubagaimanapun, Allah SWT masih memberi pinjaman masa untuk hamba-Nya yang
dikehendaki agar kembali berada di landasan yang boleh membawa mereka bertemu-Nya
di syurga Firdaus. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Masa
berbaki adalah anugerah Allah. Hakikatnya, ajal maut dalam masa usia yang berbaki juga
tidak dapat ditelah dengan tepat walaupun ia benar-benar hampir. Inilah yang sedang
dilalui oleh Endar. Endar menghadapi detik-detik akhir dalam keadaan yang terlantar

58

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


dipembaringan dan berdukacita dengan masa yang telah berlalu dan berkeluh- kesah
dengan masa kini serta detik-detik kematian yang bakal tiba.
Harus diinsafi bahawa Allah telah memberi sekurang-kurangnya dua nikmat yang
berbeza iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa. Lalu nikmat masa, walaupun
ditinggalkan sedikit sahaja, namun masih terdapat manusia yang tidak mahu berfikir dan
menggunakannya dengan bermanfaat. Bayangan kematian tiada di minda. Ia masih jauh
dan ada yang berfikir seoalah-olah ia tidak akan muncul. Lantaran itu pengarang
memaparkan pegangan watak Endar yang akan menamatkan perjalanan duniawi sebagai
mesej yang diharapkan dapat menginsafkan khalayak pembaca. Gambaran-gambaran
dalam novel jelas mencitrakan bagaimana Endar yang kian nazak sering diganggu oleh
syaitan dan iblis. Bisikan-bisikan syaitan dan iblis kadangkala menyebabkan Endar resah
dan gelisah agar Endar lalai mengingati Allah. Khalayak pembaca seharusnya mengambil
iktibar daripada watak Endar yang cuba menoktahkan perjalanan hidupnya dalam
pengakhiran yang baik. Endar menyedari bahawa sehebat mana manusia di atas muka
bumi ini akhirnya akan menempuhi alam kematian.; hanya amal dan iman sahaja yang
dapat membantu manusia di alam barzakh.

59

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


4.3 Anak sebagai amanah Allah.
Shahnon Ahmad juga mengingatkan kita tentang anak-anak dan harta ini adalah
pinjaman dan ujian sahaja. Endar mempunyai 2 orang anak. Masing-masing dengan
haluan masing-masing. Sebagai seorang ayah Endar mengambil tahu dan mahu menegur
tetapi apakan daya Endar kini uzur, lumpuh dan lemah. Maka Endar menyerahkan semua
itu kepada Allah . Endar menyedari bahawa anak-anaknya hanya pinjaman daripada
Allah. Walau bagaimanapun, Islam menuntut ibu bapa mendidik anak-anak dengan
bekalan pengetahuan agama yang mencukupi untuk mencapai kebahgiaan di dunia dan
akhirat. Anak-anak menjadi penyambung warisan pusaka bangsa yang akan ditinggalkan.
Seorang ayah akan memastikan warisan pusaka bangsa yang akan ditinggalkan berada
dalam keadaan yang terjamin. Pada saat-saat perjalanan Endar, beliau sentiasa terlintas
bayangan-bayangan anak-anaknya;

Anak-anak tidak ubah macam harta benda saja. Endar ulangi renungannya; malah
seperti permainan dan senda gurau duniawi saja. Cinta kepada mereka bukan
yang berkekalan. Segalanya adalah sementara... (hlm:60)

Selain itu, secara tersiratnya novel ini sebenarnya mahu menyedarkan pembaca
agar anak-anak yang lahir diberi didikan agama yang mencukupi agar menjadi anak-anak
yang soleh dan berbakti untuk kedua ibu bapanya. Menurut

Ustaz Yazid Jaafar

(1989:10) bahawa anak-anak yang soleh itu ialah anak yang suka mendoakan kedua
ibubapanya dan tidak menderhakai kedua orang tuanya. Oleh itu, didiklah anak-anak
supaya menjadi anak yang baik dan soleh. Sabda Rasulullah SAW:
Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalnya kecuali tiga
perkara;sedekah jaryah(sedekah yang berkekalan), ilmu yang dapat memberi
manfaat dan anak soleh yang mendoakan dia.

(Riwayat Abu Dawud, Muslim dan Ahmad)


60

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Selain itu, Shahnon Ahmad cuba menyampaikan mesej bahawa seorang anak
harus sentiasa menghormati dan mengingati segala pengorbanan ibu bapa. Shahnon
berjaya menampilkan anak-anak yang mempunyai nilai kasih sayang kepada orang tua
walaupun keadaan kehidupan mereka juga bercelaru. Tugas dan tanggungjawab seorang
anak tidak pernah dilupakan. Walaupun kedua anak Endar iaitu Abdul Rahman dan
Abdul Rahim tidak dapat bersama-sama dalam perjalanan ayahnya, namun mereka masih
mampu mengirimkan Inong dan Ani sebagai pembantu kepada Jawa dalam tugas-tugas
merawat Endar. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa petikan berikut:

Kedua-dua orang pembantu rumahnya yang sudah pun fasih tentang penyakit
yang dideritai Endar selama bertahun-tahun ini. Inong diambil oleh Rahman;
dibiayai oleh Rahman dan Ani pula dibiayai oleh Rahim. Bukan Endar tidak
sedar tentang kesibukan kedua-dua orang anak yang agak terpengaruh ini.
Cukuplah kalau mereka menyediakan dua orang pembantu rumah ini.

(hlm:35)
Anak sebagai amanat Allah perlu dipelihara dengan baik. Kewajipan ibubapa
mencakupi seluruh aspek kehidupan. Justeru itu, Endar berdoa agar dia diberi peluang
untuk memperbetulkan perjalanan hidup anak-anaknya yang mewakili bangsanya sendiri
sebelum dia kembali ke alam barzakh. Sesungguhnya anak mempunyai pengertian yang
besar bagi seorang muslim. Oleh sebab itu, Endar merasakan masih ada ruang untuknya
memperbetulkan lorong hidup anak-anaknya. Endar telah pun melihat kejayaan anakanaknya. Namun, Endar menghadapi konflik kejiwaan apabila anak-anaknya seakan-akan
menyisihkan diri daripadanya. Tambahan pula, hubungan antara kedua-dua anaknya
sering berantakan kerana mereka tidak sependapat dalam politik. Ini menimbulkan
kesedihan yang mendalam dalam diri Endar. Begitulah Endar digambarkan oleh
pengarang novel ini. Endar menganggap bahawa itu adalah ketentuan yang perlu
61

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


diterimanya dan dia terus berdoa agar Allah menyatukan Abdul Rahman dan Abdul
Rahim dengan apa cara sekalipun. Harapan Endar dijelmakan seperti halaman berikut :
Namun, Endar masih juga menunggu kedua-dua orang anaknya yang berlainan
menguruskan saf masing-masing itu serentak pulang supaya kedua-dua belah
keluarga mereka boleh bermesra dan kembali menjalinkan ukhuwah dan kembali
menyatukan wehdah. Endar akan menyampaikan lagi isi hatinya yang terpendam
itu melalui degupan hatinya dan denyutan mindanya. Dengan hasrat yang akan
tercapai itulah Endar merasakan bahawa dia dapat meneruskan perjalanan
bersisanya dengan aman tanpa secalit berantakan lagi; malah dengan itulah dia
harapkan perjalanannya itu akan tamat dengan dukungan husnulkhatimah
akhirnya.

(hlm:101)
Menerusi Mahabbah, Shahnon Ahmad cuba menyedarkan pembaca bahawa
permulaan sesebuah negara itu bermula dari institusi kekeluargaan. Oleh sebab itu,
ketegangan yang berlaku antara Abdul Rahman dan Abdul Rahim amat membimbangkan
Endar. Dalam soal ini, pengarang cuba mengutarakan nilai perpaduan. Anak-anak Endar
adalah simbolik yang mewakili nasib anak bangsa. Persoalannya di sini, bagaimanakah
pemimpin hendak mengubah dan memperjuangkan nasib bangsanya sedangkan
pemimpin sendiri bertelagah untuk mencapai impian masing-masing. Bagi Endar anak
adalah penyambung cita-citanya. Endar mahu melihat bangsanya yang kini berpecah dan
bertelagah kembali bersatu. Dari sudut Teori Takmilah, gagasan dalam prinsip yang
ketujuh ini ternyata

jelas dalam Mahabbah kerana novel ini sarat dengan mesej

pendidikan dan nilai keilmuan yang bersifat ketuhanan untuk memimpin khalayak
menjadi insan yang kamil.

62

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


4.4 Sabar menghadapi ujian Allah.
Di samping itu juga, Mahabbah menjelaskan kepentingan nilai sabar kepada
pembaca. Menurut Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz (1990:70) sabar ertinya berperasaan
reda dalam menerima ujian daripada Allah sama ada yang berbentuk penderitaan atau
sesuatu yang tidak menyenangkan. Manusia sesungguhnya tidak dapat mengelakkan diri
daripada ujian yang dikenakan oleh Allah. Apabila manusia sedar bahawa segala ujian
dan musibah yang menimpanya merupakan ujian daripada Allah, maka seharusnya dia
bersabar. Jika sekiranya dia tidak dapat bersabar atau tidak sanggup menanggung ujian
Allah itu, maka ujian itu akan dirasakan lebih berat dan lebih seksa sebaliknya bagi
orang-orang yang sabar, ujian akan membuatkan dia berasa tenang dan cekal hati. Sabar
itu separuh daripada iman. Sabar memandu seseorang supaya menempuh ujian dan
dugaan dengan tabah, sekaligus menjaga iman daripada terdorong melakukan sesuatu
yang bertentangan dengan perintah Allah.
Begitulah Endar digambarkan dalam novel ini. Sabar dan reda dengan ketentuan
Allah terhadapnya. Biarpun diduga dengan penyakit Myasthenia Gravis sehingga
melumpuhkan anggota badannya dan terlantar diperbaringan. Endar menganggapnya itu
adalah ujian kecil daripada Allah. Situasi ini dapat dilihat dalam petikan berikut:
Dialah yang berhak
menentukan segalanya. Dialah yang hanya boleh
menghalang atau meneruskan perjalanan ini kalau demikian yang dikehendakiNya.Hanya Dia saja yang boleh melumpuhkan dan mematikan degupan dan
denyutan ini, kalau demikian yang dikehendaki;Nya
(hlm:228)

63

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Petikan ini menjelaskan bahawa Endar sabar dalam menerima takdir Allah dengan
hati yang tunduk kepada-Nya. Dalam kesabaran inilah datangnya kekuatan dari dalam
jiwa Endar. Endar sebenarnya telah menjadi manusia yang reda dengan apa-apa yang
bakal terjadi kepada dirinya. Meskipun pengabdian Endar sebagai seorang yang telah
hilang keupayaan tulang empat kerat, percakapan dan pergerakan tetapi seketul hatinya
masih kuat mengingati Allah. Pada zahirnya, bibirnya akan kelihatan bergetar tanpa
difahami bait bicaranya namun menerusi monolog watak ini, pembaca akan dapat
memahami bahawa ingatan Endar masih waras dan tidak lekang sentiasa berzikir atau
bertahmid kepada Allah.
Setelah Endar diserang penyakit Myasthenia Gravis setiap ototnya tidak bermaya
lagi untuk bertindak malah semakin hari semakin lemah. Endar semakin tidak bermaya
dan akhirnya semua otot terus kaku dan kejang. Endar sukar untuk bercakap, menelan
dan mengunyah. Segala-galanya terbatas. Namun, dengan hati dan akal yang lemah itulah
Endar ingin mencegah segala kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku dalam
masyarakat bangsanya. Dalam keadaan Endar yang sebegitu emosi khalayak pastinya
tersentuh. Malah dengan cita-cita yang tinggi Endar cuba menyatupadukan bangsanya
yang bersengketa dan berpecah. Di sinilah pengarang cuba

menyedarkan pembaca

khususnya golongan pemimpin masyarakat yang mudah terpesong arah tuju agar tidak
tergoda dengan bisikan syaitan, iblis dan manusia. Justeru itu, Shahnon Ahmad
mengetengahkan kejadian rogol, sodomi dan penzinaan yang menjadi persoalan dalam
pemikiran Endar dalam detik-detik akhir hidupnya agar khalayak mengambil iktibar
daripada kejadian yang berlaku.

64

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Menghayati perjalanan hidup Endar yang mempunyai kesabaran yang tinggi
adalah satu unsur yang dapat menjadi pendorong dan pembantu dalam menanam rasa
sabar dalam jwa khalayak. Biarpun keperitan yang dialami Endar tidaklah sehebat mana
jika dibandingkan betapa besar dan hebat ujian serta keperitan yang dilalui oleh para
nabi namun perjalanan hidup Endar wajar menjadi teladan dan pengajaran untuk generasi
seterusnya. Sesungguhnya mempercayai qadar Allah telah membentuk perasaan Endar
bagi meringankam keperitan dan kesedihan yang dihadapi. Menurut Yusuf Al-Qaradhawi
(2013:149) Nabi Ayyub a.s adalah nama yang paling masyhur apabila dikaitkan dengan
sifat sabar. Bukti kesabaran Nabi Ayyub a.s adalah baginda bersabar terhadap penyakit
yang menimpa tubuhnya dan kehilangan ahli keluarganya. Allah SWT menjelaskan
dalam surah Al-Anbiya yang bermaksud:
Dan Nabi Ayyub, ketika berdoa kepada Tuhannya, Sesungguhnya aku ditimpa
penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang di antara semua
penyayang. Maka kami perkenankan doa, lalu Kami lenyapkan penyakit yang
menimpanya dan Kami kembalikan keluarganya, dan Kami lipat gandakan
bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan bagi menjadi
peringatan kepada orang yang taat kepada Kami. Demikianlah juga Ismail, Idris
dan Zulkifli, semuanya tergolong dalam orang-orang yang sabar.

(Surah Al-Anbiya:83-85)

Sehubungan dengan itu, pengarang mengajak khalayak menyedari bahawa apabila


takdir Allah berlaku, maka setiap insan perlu teguh bersabar semasa diuji. Ujian adalah
sesuatu yang perlu dilalui oleh orang yang beriman kerana di sebalik dugaan itu
terkandung

pelbagai

hikmah.

Watak

Endar

dibentuk

oleh

pengarang

untuk

menyampaikan mesej ini dengan begitu berkesan oleh Shahnon Ahmad. Mahabbah telah
membuktikan bagaimana watak Endar yang telah menerima ujian daripada Allah
65

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


menganggap ia adalah suatu nikmat yang tidak ternilai kerana Endar semakin mendekati
dan mengenal Allah. Dalam detik-detik akhir perjalanan hidupnya Endar masih
berpeluang untuk bermuhasabah tentang perjalanan hidup yang telah dilalui. Endar
merasakan dirinya begitu kerdil di hadapan Allah. Malah Endar sering bermohon kepada
Allah supaya mengurniakan rasa sabar yang berterusan dalam mentaati-Nya, dalam
menjauhi segala larangan-Nya dan dalam mengharungi ketentuan-Nya. Situasi ini telah
mencetuskan idea kepada

pengarang untuk menggambarkan bagaimana Endar

mengharapkan Husnul khatimah iaitu akhir kehidupan yang baik sehingga menuju
pertemuannya dengan Allah di akhirat sebagai tema novel.

66

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

4.9 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, pengarang telah mengutarakan nilai-nilai keislaman
dalam proses membentuk khalayak menjadi insan kamil menerusi Mahabbah
sebagaimana yang digagaskan menerusi prinsip ketujuh dalam Teori Takmilah. Dalam
konteks Teori Takmilah, insan kamil ialah usaha untuk mengangkat keimanan dan
ketakwaan manusia yang memegang amanah sebagai Insan Khalifah dan Insan
Rabbani ke arah menjadi insan kamil. Khalayak dalam konteks Teori Takmilah
merupakan sambutan pembaca atau pengkaji terhadap sesebuah karya sastera yang
dikemukakan oleh seseorang penulis dengan nilai-nilai kebaikan yang mengarahkan
kepada keinsafan. Sehubungan dengan itu, Mahabbah dilihat mampu untuk membentuk
khalayak menjadi Insan Kamil sebagaimana yang digagaskan dalam prinsip ketujuh
dalam Teori Takmilah. Pengarang bukan sahaja berjaya mengutarakan sebuah karya
yang sarat dengan makna-makna yang tersurat tetapi juga merangkumi makna yang
tersirat agar khalayak dapat menyelami nilai-nilai kebaikan sebagai teladan dan iktibar
dalam kehidupan mereka. Justeru itu, kepekaan pengarang melontarkan ideanya dilihat
sebagai kesedaran yang menyucikan dirinya sebagai seorang mukmin untuk menjadi
Insan Kamil agar karya ini benar-benar dapat mendidik khalayak. Ini selaras dengan
fokus pengarang yang bersandarkan Al-Quran dan hadis dalam membentuk watak Endar.
Oleh yang demikian, takmilah bagi sastera dan khalayak nyata mempunyai hubungan
dengan individu dan masyarakat.

67

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

BAB 5
PENUTUP
Gagasan Teori Takmilah menetapkan ciri-ciri tertentu bagi mengukur kedudukan
sesebuah teori sastera Islam. Mengikut Shafie (1988:50-51) antara ciri-cirinya ialah
berada dalam ruang lingkup falsafah tauhid, teks tidak terpisah daripada nilai yang
berasaskan keislaman dan adanya unsur-unsur yang menganjur ke

arah kebaikan,

dakwah, takwa, kemurniaan hidup dan kecintaan kepada Illahi. Sesuai dengan pengisian
novel ini, Mahabbah dinilai dan dianalisis berdasarkan kepada pencitraan Endar sebagai
hamba Allah yang tunduk dan menyerah kepada-Nya. Endar adalah pancaran orang yang
muqarrabin dengan Allah secara rohaniah dan lahiriah. Endar dalam deritanya berusaha
melakukan pengabdian dan penyerahan diri kepada Allah . Mahabbah memusatkan
tekstualitinya kepada Endar sebagai watak yang melakukan pengasingan diri yang terus
menerus

kerana

Mysathenia

Gravis.

Dalam

banyak

perkara

Mahabbah

menggambarkan hubungan manusia dengan Tuhannya dan hubungan manusia sesama


manusia. Novel ini memenuhi keperluan sebagai sebuah sastera Islam yang sarat dengan
nilai-nilai keislaman. Ini jelas memperlihatkan Shahnon Ahmad sebagai pengarang yang
mempunyai pengetahuan tentang Islam itu sendiri. Semuanya tergambar jelas dalam
Mahabbah yang memperlihatkan falsafah kepengarangan Shahnon Ahmad yang cuba
meletakkan karya supaya mencapai tahap keunggulan dan menepati ciri-ciri karya yang
berunsur Islam.
Subjektivitinya, teks ini dihadirkan oleh perjalanan watak Endar untuk menemui
Tuhannya. Mahabbah kaya dengan kedalaman dan kesuburan pencitraan keislamannya

68

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


di samping memperlihatkan kelainan daripada novel-novel Shahnon Ahmad yang
terdahulu. Karya ini membawa pesan bagi menguatkan akidah dan meninggikan akhlak
insaniah. Kekuatan akidah Endar dilihat bertalian dengan pegangan syariahnya. Watak ini
dilihat sanggup menghadapi segala penderitaan, menyedarkan khalayak tentang
keampuhan iman dan erti ketakwaan. Endar menemui peristiwa tragisnya yang kian
lemah aspek fizikalnya. Dalam persepsinya, dia adalah seorang insan yang kehilangan
kudrat. Namun, pengarang memaparkan kecintaan Endar terhadap bangsanya. Kedua-dua
anaknya Abdul Rahman dan Abdul Rahim mengalami konflik persaudaraan sebagai
sebuah analogi terhadap tokoh-tokoh politik tanahair.
Keunggulan Mahabbah , tidak sahaja terletak pada sifat sufinya, tetapi juga pada
keindahan aspek simbolik tentang pencitraan dua buah sungai yang mencipta sejarahnya
masing-masing. Kekotoran sungai adalah gambaran kekotoran hati manusia. Itulah yang
cuba diungkapkan oleh pengarang. Novel ini mengekalkan konsep akidah secara
berterusan dan ini diperlihatkan melalui watak Endar sebagai asas dalam menyampaikan
kepercayaan, keimanan dan keyakinan khalayak terhadap keagungan dan kebesaran
Allah. Sehubungan dengan itu, jelas bahawa Mahabbah sesuai dilabelkan sebagai sebuah
karya berunsur Islam kerana gagasan yang terkandung dalam kerangka Teori Takmilah
amat mendasari tema dan persoalan-persoalan yang di utarakan oleh pengarang. Hasil
daripada kajian ini, didapati bahawa apa yang dikatakan karya-karya berunsur Islam
yang mencirikan kesusasteraan Islam berdasarkan prinsip-prinsip Teori Takmilah di
terapkan dengan begitu indah dan kreatif oleh Shahnon Ahmad. Dengan penumpuan
yang teliti terhadap mesej-mesej yang sangat berguna kepada khalayak telah membawa
pelbagai erti dan nilai keinsafan terhadap kebesaran Allah SWT. Justeru itu, khalayak
69

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


sewajarnya mendalami dan melihat apa yang cuba dipaparkan oleh pengarang dengan
mata hati. Menurut Kamariah Kamarudin,( 2011:100) Pengutaraan kesan yang baik dan
murni ini bukan sekadar menampilkan karya dengan makna yang tersurat tetapi
merangkumi makna yang tersirat agar khalayak benar-benar menikmati nilai kebaikan
dan kemurnian sebagai teladan atau iktibar dalam kehidupan mereka.
Penampilan novel ini yang berkisar

detik-detik kematian sebagai jalan

penceritaannya amat dekat dengan perjalanan hidup semua insan. Kematian adalah
kepastian

yang perlu diterima oleh sesiapapun. Pengarang turut mengetengahkan

persoalan-persoalan yang berkaitan dengan persediaan sebelum dan sesudah kematian


dalam plot penceritaannya. Dengan kata lain, pengarang menggunakan pengamatan,
pengalaman dan kekreatifannya bagi mengajak khalayak menikmati karyanya dengan
berkesan dan meninggalkan mesej yang menyentuh emosi serta berkeupayaan
merangsang pemikiran pembaca. Sastera itu menghargai hidup, mengajak manusia
menilai diri dan fungsinya mengarah kepada kebaikan dan memancarkan sikap serta
nilai-nilai Islam. Sastera harus menentang apa jua bentuk kezaliman, meletakkan yang
hak ditempatnya dan menghormati manusia sesama manusia. Pengarang cuba
menghasilkan sebuah karya sebagai satu cara beribadat dengan hasrat mendapatkan
keredhaan Allah SWT. Ini selaras dengan gagasan dalam prinsip Teori Takmilah yang
mengarahkan kesempurnaan dalam berkarya dan memperlihatkan falsafah Islam dalam
Mahabbah yang jelas mempunyai pertalian tauhid dalam mencapai kesempurnaan hidup.
Oleh itu, sandaran pengkaryaan mengikut teori Takmilah iaitu Tauhid jelas dapat
diteliti dalam novel ini dan ini sejajar dengan rumusan dalam Teori Takmilah bahawa
pengarang, karya dan khalayak tidak boleh memisahkan diri dari lingkungan syariat

70

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Allah SWT dan Rasul-Nya. Novel ini telah menyentuh persoalan tentang kewujudan
insan yang menjadi pegangan manusia dalam mengenali diri dan mengetahui matlamat
hidup di dunia dan akhirat menerusi watak Endar. Dalam pada itu juga, Mahabbah turut
mencerminkan unsur-unsur keindahan dalam plot penceritaannya yang menjadikan
manusia dan alam sebagai fokus . Ini selaras dengan Teori Takmilah, bahawa keindahan
yang menjadi sumber estetika adalah sifat Allah yang manifestasinya terpancar pada
kewujudan-kewujudan segala makhluk yang mencerminkan kesempurnaan Allah.
Menerusi Teori Takmilah juga karya yang terhasil perlu sampai kepada khalayak
dan sesuai dengan kepentingan Islam. Matlamat yang hendak dicapai ialah memupuk
khalayak pembaca ke arah pembentukan insan Kamil yang mencontohi peribadi terpuji
dan akhlak mulia Rasulullah SAW. Menurut Shafie Abu Bakar (1996: 28), teori ini juga
mempunyai pertalian dengan Nabi Muhammad SAW sebagai insan Kamil dan sebagai
kekasih Allah. Berdasarkan penelitian kajian ini Mahabbah memenuhi prinsip Teori
Takmilah yang berperanan untuk meningkatkan kualiti keinsanan baik dari segi
kekhalifahan mahupun kerabbanian yang menjadi ciri-ciri Takmilah. Sehubungan itu,
secara keseluruhannya, novel ini memenuhi kriteria kesusasteraan Islam dan karyakarya berunsur Islam . Ia seterusnya meletakkan novel ini sebagai sebuah karya yang
memenuhi gagasan Teori Takmilah berdasarkan tiga objektif yang digariskan dalam
kajian ini.

71

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


BIBLIOGRAFI.

D. Jacqueline.1993.Sungai dan Tasik.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Hajah Noresah Baharom. 2010. Kamus Dewan: edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Kamariah Kamarudin.2011.Takmilah Dalam Novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Maharam Mamat.2012. Tarbiah dalam novel Papa(Akhirnya Kau Tewas Jua dlm MALIMSEA Journal of General Studies,hlm.125-138.
Mana Sikana.2009.Estetika di Sebalik Tabir Teori Sastera Melayu Islam.Jurnal Melayu(4)
Mohd. Yusof Hasan.1990.Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka
Needham, Joseph .1954. Science and Civization in China. Jld. 1.Cambridge: Cambridge
University Press.
Sakinah Abu Bakar.2010. Teori Kesusasteraan Mutakhir : Perspektif Perbandingan.modul.
Universiti Sains Malaysia : Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh.
Shafei Abu Bakar.1996. Takmilah : Teori, Falsafah dan Prinsip. Kertas Kerja SeminarPasca
Sarjana Anjuran Jabatan Persuratan Melayu UKM pada 7-9 Jun 1996 di Hotel Malaysia, Port
Dickson, Negeri Sembilan.
______________.1994. Kumpulan Puisi Kau dan Aku oleh Aziz Deraman,14 September.
Shahnon Ahmad.1991.Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
_____________.1992.Kesasterawanan:Kepolitikan,Kealaman,Kedirian,Kemanusiaan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
_____________. 2007.Mahabbah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsuddin Othman,2007. Mahabbah: Rasa Insaniah Dalam Takah Gelora


Husnulkhatimahdlm.kertas kerja Seminar Sasterawan Negara Shahnon Ahmad anjuran Dewan
Bahasa dan Pustaka13-14 November 2007.
72

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014


Syahminan Zaini.1982.Arti Anak Bagi Seorang Muslim.Indonesia:Al-Ikhlas.
Yusuf Al-Qaradhawi.2013.Mukjizat Sabar Dalam Al Quran.Selangor:PTS Darul Furqan
Sdn.Bhd.
Zailani b. Zawawi.2011. Novel The Missing Piece- Analisis Dari Perspektif Teori
TakmilahTesis.Universiti Pendidikan Sultan Idris.
teorisastera.blogspot.com/2009/11/teori-takmilah.html diakses pada 4 Disember 2013.
tokohcerpen.webs.com/shahnonahmad.htm diakses pada 11 November 2013

73

You might also like