You are on page 1of 14

Bahan esaimen 1 en yazi

Menurut Rahman Shaari (2001:65), novel ialah karya fiksyen yang panjang. Di dalamnya
terdapat watak, latar, plot dan unsur-unsur fiksyen yang lain. Ceritanya mengandungi konflik
, percubaan menyelesaikan konflik, puncak dan peleraian. Selain itu , novel juga
merupakan karangan berbentuk fiksyen atau cereka, iaitu cerita rekaan. Nove; ialah cerita
panjang yang ditulis dan dikarang dalam bentuk prosa. Novel dikategorikan sebagai prosa
naratif yang sama seperti cerpen. Jumlah perkataan merupakan ukuran yang digunakan
bagi mengkategorikan prosa naratif. Misalnya, cerita yang mengandungi antara 20 000 – 50
000 patah perkataan dikategorikan sebagai ‘novella’, manakala cereka yang mengandungi
lebih daripada 50 000 patah perkataan dikategorikan sebagai novel.

Menurut Shanon Ahmad dalam buku Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz
(1999), mendifinisikan novel sebagai satu bentuk pentadsiran rencaman hidup manusia
yang terbina dalam bentuk sastera cereka. Ia merupakan satu rangkuman tiga faktor utama
yang bersaling kait antara satu sama lain, iaitu pengalaman peribadi, realiti rencaman hidup
dan imaginasi. Manakala menurut Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz
(1999), menyatakan novel umumnya merupakan karya panjang dan kompleks sifatnya
dengan unsur-unsur utamanya seperti plot, perwatakan, latar dan sudut pandangan. Lebih
terperinci lagi novel adalah sebuah roman yang singkat atau dikenali juga sebagai sebuah
prosa panjang yang di dalamnya termuat sebahagian daripada sebuah kehidupan.

Menurut Siti Hajar (2009), perkataan ‘novel’ berasal daripada bahasa Itali ‘novella’, daripada
bahasa Sepanyol ‘novela’ dan daripada bahasa Perancis ‘nouvelle’ yang bermaksud ‘
sebuah kisah’ atau ‘sepotong berita’. Terdapat konflik bagi genre kesusasteraan abad ke-
17, iaitu antara karya roman yang panjang dengan novel pendek untuk dibawa kepada
definisi novel pada hari ini. Namun demikian, novel lebih panjang dan lebih kompleks
berbanding dengan cerpen dan sekurang-kurangnya mengandungi 40 000 patah perkataan.
Novel bukanlah karangan berbentuk fakta. Penulis novel disebut novelis.

Selanjutnya lagi, sebuah novel menceritakan tentang watak dan perlakuan mereka dalam
kehidupan dengan menitikberatkan ciri naratif. Novel tidak terikat oleh sebarang bentuk
struktur atau format seperti drama dan sajak. Ada pendapat yang mengatakan novel
menceritakan kejadian yang luar biasa daripada kehidupan manusia. Konteks ini
menerangkan bahawa daripada kejadian tersebutlah lahir sesuatu konflik dan pertikaian. Ia
merupakan kisah yang dibukukan dan dianggap sebagai sebuah karya fiksyen yang di
dalamnya terkandung imaginasi pengarang. Sebuah novel ada kaitan erat dengan
masyarakat dan yang dapat dikatakan sebagai dokumentasi sosial. Isinya juga ialah isi
masyarakatnya yang menggambarkan perjuangan dalam kehidupan, pertentangan antara
keadilan dengan penindasan, konflik antara manusia, alam, ketuhanan dan perasaan
masyarakat yang bercampur baur dengan imaginasi dan lain-lain.

Akhir sekali, novel terdiri daripada tiga elemen utama, iaitu plot, perwatakan, latar dan gaya.
Pada umumnya, plot pula merujuk kepada ‘apa’, perwatakan merujuk kepada ‘siapa’ yang
terlibat, latar menerangkan ‘dimana’ dan ‘bila’, manakala gaya pula merujuk kepada
‘bagaimana’ cerita tersebut. Pandangan yang lain mengatakan novel perlu mempunyai
elemen tambahan, iaitu tema, konflik dan gaya. Novel yang baik dikatakan mengandungi
unsur penceritaan, sudut pandangan dan dialog.
SEJARAH PERKEMBANGAN NOVEL ( 1960-an )
Perkataan “novel” banyak maksud dan dapat dibahagikan kepada dua iaitu “novel kecil”
yang dikenali sebagi novella dan “novel besar” yang dipanggil novel. Semua cerita yang
panjangnya sederhana atau yang sangat panjang semuanya boleh terangkum dalam satu
dan dikenali sebagi novel. Kemuncunlan karya-karya sastera seperti novel-novel Melayu
sejak tahun-tahun 1920an hingga akhir-akhir tahun 1960an dengan membawakan isu,
pemikiran dan dan juga gaya bahasa dan teknik penceritaan tersendiri dan sesuai pada
kontek zamannya, sebenarnya telah menjadi dasar (model) dan kovensi kepada proses
penciptaan bentuk novel yang kukuh kepada pengarang-pengarang novel Melayu yang
mula brkarya pada dekad 40an hingga dekad 60an. Dalam aspek teknik penceritaan yang
terdapat pada novel-novel Melayu awal, memang tidak dapat dinafikan terdapatnya unsur-
unsur pembaharuan yang (reformasi) yang diungkapkan oleh pengarang novel Melayu
(kecuali Ishak Haji Muhammad) yang telah mula berkarya pada tahun-tahun 1950an dan
60an seperti A. Samad Said, Salmi Manja, Hamzah Hussien, Shahnon Ahmad, Ahmad
Boestaman (Ruhi Hayat), Azizi Haji Abdullah, S.Othman Kelantan, Hassan Ali, A. Samad
Ismail, Hamidah Hassan, Khadijah Hashim dan Hassan Ibrahim.

Dengan terbitnya novel Rumah Itu Dunia Aku (1951), Musafir (1959), dan Salina (1961)
hingga kini telah menimbulkan beberapa pandangan dan pendapat yang berbeza, sama ada
dari segi kriteria penilaian mahupun dari segi isu yang menjadi pemikiran (merangkumi isu
akhlak dan moral) serta teknik penceritaan yang diterapkan oleh pengarangnya. Contohnya
novel Salina yang telah diangkat oleh Panel Penilai (1958) sebagai pemenang hadiah
penghargaan saja itu jauh lebih berhasil sama ada dalam aspek tema dan persoalan yang
diolah mahupun dalam aspek struktur penceritaan berbanding dengan novel Musafir yang
diangkat sebagai pemenang kedua.

Perkembangan Novel Tahun 1960-an

Perkembangan novel-novel malaysia dikatakan mengalami zaman kegemilangannya dalam


tahun-tahun 1960-an. Ini dianggap sebagai benar, kerana wujudnya alasan-alasan yang
jelas dan kuat. Alasan-alasan tersebut paling banyak, terlihat dalam latar belakang corak
perkembangannya yang demikian bertumpukan hampir keseluruhannya hampir kepada
perubahan besar yang berlaku dalam aspek-aspek politik, sosial, dan ekonomi negara.
Perubahan ini turut mempengaruhi perkembangan dan kemajuan kegiatan penulisa novel
tahap itu ,maksudnya perubahan ini, telah menimbulkan sebab dan alasan besar yang
memberikan dorongan-dorongan yang lebih mantap dan segar kepada kegiatan
penghasilan jenis sastera novel.

Antara sebab –sebab yang utama dapat disebutkan sebagai berikut. Pertama ialah
pendaulatan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan; kedua ,tertubuhnya berbagai-
bagai institusi kesusasteraan; ketiga adanya peningkatan dan pendidikan pengarang;
keempat bertambahnya jumlah penaung kesusasteraan; dan kelima, lahirnya gejala-gejala
baharu dalam masyarakat dan negara yang baru merdeka.

Tahun-tahun 1960-an ialah tahun-tahun gerakan mengisikan kemerdekaan negara. Salah


satu pengisian tersebut, yang dianggap sebagai penting dan segera dilaksanakan, adalah
langkah mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Kerana maksud inilah
maka tertubuhnya Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam tahun 1956 dan bergerak cergas
dalam tahun–tahun 1960an untuk memenuhi matlamat dan fungsinya sebagai institusi
pembina serta pengembangan utama bahasa dan kesusasteraan negara. Dalam
pelaksanaan memantapkan fungsinya itu, Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengadakan
berbagai-bagai penyelidikan dan penerbitan tentang bahasa dan kesusateraan. Penciptaan
hasil-hasil kesusasteraan dipertingkatkan bukan sahaja dari segi kuantitinya. Ekoran
daripada tujuan ini maka tiga peraduan mengarang novel telah dilaksanakan semenjak awal
dekad 1960an, iaitu dalam tahun 1958, 1962, dan 1967.

Dalam pada itu juga, peraduan mengarang yang dianjurkan pada masa itu telah
memberikan kesan yang baik terhadap kehidupan penulisan novel sepanjang dekad
tersebut. Hasilnya ialah lahirnya beberapa buah novel yang baik dan tinggi nlainya seperti
Salina,. Lingkaran, Merpati Putih Terbang Tinggi, Pulanglah Perantau dan Interlok. Ini
seterusnya menjadi sebab munculnya ramai pengarang baru yang gigih dan berbakat besar.

Pada tahun 1960an, pengarang-pengarang novel lebih menumpukan novel-novel berunsur


politik. Hal ini dianggap menarik sesuatu yang menarik dan merupakan sesuatu
pembaharuan jika dibandingkan dengan isu-isu dan pemikiran yang diungkapkan dalam
novel-novel yang berunsur politik sebelumnya seperti novel Anak Mat Lela Gila dan Putra
Gunung Tahan. Secara kasar dalam novel-novel sebelum tahun-tahun 1960an iaitu sebelum
Tanah Melayu Mencapai Kemerdekaan isu-isu dan pemikiran yang berunsur politik itu lebih
merupakan suara hati nurani pengarangnya yang berjiwa nasionalis (kebangsaan) untuk
menuntut kemerdekaan tanahair dan mendapatkan hak-hak dan keadilan dalam aspek-
aspek tertentu sama ada dari segi sosioekonomi dan, sosiopolitik, dan sosiobudaya
daripada pihak penjajah Inggeris dalam bentuk wacana yang simbolik sifatnya, supaya tidak
dapat dikesan maknanya dengan mudah oleh penjajah, namun diharapkan dapat
dimengertikan oleh pembaca sealiran perjuangan dengan pengarang.

Namun dalam novel-novel berunsur politik pada dekad 60an itu, pada keseluruhannya isu-
isu dan pemikiran yang dimunculkan tidak lagi ditumpukan kepada suara-suara menuntuk
kemerdekaan daripada penjajah Inggeris kerana negara memeng sudah merdeka (31 Ogos
1957) dan ancaman daripada pihak komunis terhadap kerajaan dan rakyat jelata pun telah
semakin lenyap. Justeru, sebagai altenatif pengarang-pengarang novel tersebut
mengarahkan pula daya kepengarangan dan kreativitinya kepada isu-isu semasa yang
berlaku dalam masyarakatnya pada waktu itu, di samping isu-isu masa lalu yang masih
segar dalam ingatan (lantaran dialami) atau yang telah menjadi bahan sejarah yang ada
mengandungi dan dibayangi unsur-unsur politik itu.

Sesuatu hal yang menarik dalam penyuaraan unsur-unsur berbau politik ini ialah tentang
“keberanian” pengarang-pengarang tersebut yang mengutarakan unsur-unsur yang
memang belum pernah disuarakan sebelumnya, umpamanya unsur-unsur rasuah, kejatuhan
dan kehancuran tokoh-tokoh dalam sesebuah parti, penyelewengan, kecurangan, perebutan
kuasa, penipuan dan tohmah demi kepentingan diri dan sebagainya seperti yang
diungkapkan oleh Alias Ali dalam novel Krisis, Arena Wati dalam novel Lingkaran dan novel
Jalan Malam ke Ibu Kota, Shahnon Ahmad dalam novel Menteri dan Perdana, Hassan
Ibrahim dalam novel Tikus Rahmat dan Ruhi Hayat dalam novel Garis Hitam Membelah
Langit.

Jumlah Dan Ciri-Ciri Novel Tahun 1960an

Jumlah buku yang dihasilkan adalah sebanyak 238 buah iaitu dihasilkan oleh pengarang-
pengarang sama ada yang sudah bergiat sebelumnya dan terus bergiat disepanjang dekad
tersebut. Mahu pun mereka yang memang sudah menceburkan diri pada tahun 1960an itu.

Jumlah yang agak besar ini, kita dapat meletakkan dua kategori utama. Pertama, kategori
novel peraduan. Kedua, kategori novel bukan peraduan. Daripada kedua-dua kategori ini,
terdapat berbagai corak-corak novel yang terhasil; antaranya yang terpenting ialah corak
novel kemasyarakatan, politik, perang (darurat) dan sejarah .

Ditinjau dari segi mutunya, ternyata bahawa novel-novel dekad 1960an memperlihatkan
kemajuan, baik pada temanya mahupun pada teknik penulisnya. Kita dapat melihat
perkembangannya dari segi temanya lebih beragam, besar dan bermakna; ia menyentuh
kehidupan masyarakat juga individu, baik pada peringkat lahir mahupun batin. Dengan
penerokaan pada tema-tema kehidupan batin manusia, maka novel-novel tahun 1960an
dapat dikatakan sudah mula memberikan perhatian untuk memasukan unsur-unsur psikologi
yang berkesan. Pendedahan dan pelukisan watak menjadi semakin baik dan hidup dengan
kemasukan unsu tersebut. Shanon Ahmad, umpamanya dapat memanfaatkan unsur ini
dengan amat berkesan dalam novel-novelnya yang bertajuk Terdedah (1965), Ranjau
Sepanjang Jalan (1966), Protes (1967), dan Menteri (1967). Demikian juga yang terlibat
pada A.Samad Said melalui dua buah novelnya yang terkenal, iaitu Salina(1961), dan
Sungai Mengalir Lesu ( 1957 ). Anas K.Hadimaja bersama-sama S. Othman Kelantan pula
mengunakan unsur ini untuk dihubungkan dengan soal-soal kepercayaan dan keagamaan
seperti yang dilihat dalam novel Jalan Pulang (1966) dan Pernentangan ( 1967 ).

Pemakaian gaya bahasa dilihat mengalami perubahan yang besar dalam novel-novel dekad
1960-an ini. Gaya bahasanya lebih mantap, segar dan berkesan.Masing-masing mampu
untuk memperlihatkan gaya bahasanya, lebih mantap, segar dan berkesan. Masing-masing
mampu untuk memperlihatkan gaya bahasanya yang tersendiri, yang berbeza dengan
pengarang-pengarang lain.Pemakaiannya tidak dilakukan secara sembarangan, kecuali
nutuk disesuaikan dengan corak tema dan watak yang dikemukakan. Bahasa kiasan banyak
dicipta, dan ciptaan itu hampir keseluruhan bersifat asli, sesuai dan menarik. Shanon Ahmad
merupakan novelis yang paling berjaya dan banyak menimbulkan bahasa kiasan.Bahasa
kiasan ini dapat memberi sumbangan yang besar dalam memperjelas dan menghidupkan
gambaran, di samping peranannya untuk memperkayakan gaya bahasa penulisan novel.

Selain itu, kemajuan juga turut dilihat pada teknik penulisannya. Kebanyakan pengarang
tidak lagi menggunakan teknik lama, atau meniru daripada gaya penulis-penulis lain,
khususnya dalam aspek pengolahan cerita dan pendedahan watak. Masing-Masing
pengarang cuba membawakan teknik-teknik baru yang diperoleh daripada pengalaman dan
pembacaan kesusasteraan Barat. Demikianlah maka terlihat teknik-teknik baru seperti aliran
kesedaran (stream of consciousness ), monolog dalaman (interior monologue), imbas
kembali dan imbas muka, digunakan dengan meluasnya dalam novel-novel ciptaan tahun
1960an.

Pengarang-Pengarang Novel 1960an

Antara pengarang-pengarang yang benar-benar menempatkan namanya dan jalur


perkembangan kesusasteraan Melayu bukan sahaja pada tahun-tahun 1960an, malah
seterusnya hingga dekad 70an hanyalah beberapa orang sahaja seperti Shanon Ahmad, A.
Samad Said, Arena Wati, S. Othman Kelantan, dan Abdullah Hussain. Di samping itu,
terdapat juga pengarang-pegarang yang berpotensi dalam pengolahan tema dan penerapan
teknik penceritaan tersebut yang hanya menciptakan sebuah novel lantas mengundurkan
dirinya umpamanya Ali Ahmad (Alis Murni) yang menghasilkan novel Letusan (1963),
Hassan Ibrahim yang menghasilkan novel Tikus Rahmat (1963), Hamidah Hassan yang
menciptakan novel Meniti Pelangi (1964) dan juga Abdul Wahab Ali yang hanya
menghasilkan dua buah novel iaitu Pemburu (1968) dan Angin Hitam (1968).

kemunculan novel Salina kemudian diikuti oleh Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri (1966)
dan Sungai Mengalir Lesu (1967) telah melonjakan nama A.Samad Said dalam arena novel
Melayu pada dekad 60an itu, begitu juga dengan Rentung (1965), Terdedah (1965), Protes
(1967), Menteri (1967), Perdana (1969), Ranjau Sepanjang Jalan (1966), dan novel
Pengertian (1966), Penentangan (1967), dan Angin Timur Laut (1969), telah menaikan imej
Shanon Ahmad dan S.Othman Kelantan. Perbezaannya ialah A.Samad Said muncul
sebagai pengarang novel melalui Sayembara (peraduan) mengarang , kemudian disokong
pula dengan pandangan beberapa orang sarjana dan Pengkritik, sedangkan Shanon Ahmad
dan S.Othman Kelantan tidak pernah diangkat oleh sesuatu peraduan dan sayembara,
nama mereka berdua secara langsung ditonjolkan oleh pengkaji-pengkaji dan pengkritik-
pengkritik novel dari dalam mahu pun dari luar negara pada waktu itu. Novel-novel Shanon
Ahmad dan S.Othman Kelantan yang diterbitkan pada dekad 60an itu paling kerap
mendapat tanggapan dan kritikan sama ada bersifat positif mahu pun negatif.

Keadaan ini terjadi munkin disebabkan pemikiran dan persoalan-persoalan serta latar dan
suasana kemsyarakatan yang diungkapkan oleh kedua-dua pengarang ini berbeza dengan
pemikiran dan persoalan-persoalan serta latar dan suasananya yang diungkapkan oleh
pengarang-pengarang lain sebelumnya. Kedua-dua pengarang yang berlainan daerah
asalnya ini, Shanon dari Utara Semananjung Tanah Melayu dan S.Othman Kelantan dari
Timur Semenanjung Tanah Melayu dengan penuh rasa kesedaran dan tanggungjawab
moral mencitrakan tentang kehidupan masyarakat tani dan nelayan yang berlatarkan desa
yang jauh daripada menikmati kemudahan-kemudahan asas yang seharusnya dinikmati
bersama seperti kemudahan perhubungan awam, perkhidmatan kesihatan dan sebagainya.
Sebagimana yang digambarkan oleh Shanon Ahmad dalam Ranjau Sepanjang Jalan dan
S.Othman Kelantan dalam Angin Timur Laut.

Tema dan Persoalan

Pada tahun 1960an, dari segi pengungkapan tema dan persoalan-persoalan yang
berhubung dengan sosioekonomi dan sosiobudaya, beberapa orang pengarang novel pada
dekad 60an, mereka dengan berani menanggapi, mencerna dan mengungkapkan
persoalan-persoalan yang menyentuh tentang senario sosiopolitik di tanah air dalam
pengertian yang luas dan sama ada yang bersifat semasa mahu pun yang telah menjadi
bahan sejarah.

Antara pengarang-pengarang itu ialah Shahnon Ahmad, Ruhi Hayat, A.Samad Ismail, Arena
Wati, Alias Ali, dan Hassan Ibrahim. Sehinggakan novel-novel yang mereka hasilkan dapat
dilabelkan dalam ketegori novel-novel politik. Antaranya ialah Perdana, dan Menteri karya
Shahnon Ahmad, Garis Hitam Membelah Langit (1966), Sorong Makan Tarik Makan (1967),
Api dan Air Mata (1968), Api Itu Masih Membara (1968) dan Merangkaklah Senja Menutup
Pandangan (1964) karya Ruhi Hayat.

NOVEL KEMASYARAKATAN

Novel-novel bercorak kemasyarakatan banyak ditulis pada dekad 1960-an. Persoalan yang
dibawa adalah berkaitan dengan kehidupan masyarakat antaranya kemiskinan, kehilangan
pimpinan, krisis moral dalam kalangan pemimpin dan anak muda, kehidupan rumah tangga
dan pelacuran.antara pengarang yang yang melibatkan diri dalam menggarap persoalan ini
adalah seperti Shahnon Ahmad, Ruhi Hayat, Abdullah Hussain, Yahya Samah, Salmi Manja,
dan Khadijah Hashim.

Shahnon Ahmad merupakan salah seorang pengarang novel yang terkuat pada dekad
1960-an. Beliau telah menghasilkan enam buah novel antaranya ialah Rentong(1965),
Terdedah(1965), Ranjau Sepanjang Jalan(1966), Protes (1967), Menteri(1967), dan
Perdana (1969). Novel yang paling berjaya ialah Ranjau Sepanjang Jalan.
Novel Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan kehidupan miskin masyarakat tani di kedah,
yang di gambarkan melalui sebuah keluarga di sebuah kampung. Kekuatan novel ini terletak
pada dua perkara utama iaitu jalinan plot yang cerita yang kemas dan pemakaian
bahasanya yang hidup dan segar. Novel ini adanya pemeliharaan pada kesatuan jalan cerita
yang diperoleh daripada pemilihan dan penyusunan peristiwa-peristiwa yang sesuai dan
berkesan. Moral ceritanya dapat ditonjolkan dengan berkesan.keistimewaan pada gaya
bahasanya pula adalah kerana beberapa hal. Pertama, terlihat pada pembentukan ayat-
ayatnya yang pendek tetapi padat dan bertenaga.kedua bahasa kiasan banyak ditimbulkan
dalam bentuk yang asli. ketiga perulangan juga agak kerap digunakan untuk tujuan-tujuan
penegasan dan keberkesanan, contohnya petikan cerita yang menunjukkan penggunaan
bahasa sedemikian:

“Lahuma mengancingkan giginya atas bawah. Duri dalam daging mendesak-desak


menghiris daging reput.berdenyut-denyut bisanya hinggakan Lahuma mengalah juga. Dan
perasaan kekalahan itu diiringi dengan keluhan memanjang. Dia menunduk dan mengurut
manja pada cabuknya. Dia merebahkan badan di atas lantai. Dia beralih ke kanan.Dia
membongkok-bongkokkan kaki sakitnya. Dia meronta-ronta kesakitan. Dia bingkas
duduk.dia tidur. Bingkas duduk lagi.tidur lagi.Dan kesakitan itu mengamuk juga tanpa
sebarang simpati.”
(Shahnon Ahmad,1972:70)

Keempat dan terakhir, dialog yang ditimbulkan kebanyakan dapat menggambarkan


berbagai-bagai perasaan watak. Dengan memiliki keistimewaan beginilah maka Ranjau
Sepanjang Jalan menjadi salah sebuah novel yang terkuat dan teristimewa pada dekad
1960-an.

Seorang pengarang wanita yang turut menghasilkan novel kemasyarakatan ialah Khadijah
Hashim. Selama dekad 1960-an, beliau telah menghasilkan dua buah novel iaitu Badai
semalam(1968), dan Jalan Ke Kubur(1969). Daripada dua buah novel tersebut, Novel Badai
Semalam dapat dianggap sebagai paling berjaya. Badai Semalam memaparkan kisah
perjuangan wanita yang bercita-cita besar untuk mendapatkan pendidikan tinggi sehingga
peringkat universiti.

Kekuatan novel ini terletak pada kemampuan pengarang untuk mengemukakan teknik yang
dapat menimbulkan minat pembaca secara berterusan. Pembaca dapat dibawa untuk serta
merasakan perasaan dan fikiran watak melalui gambaran dialog luaran dan dalaman yang
hidup. Watak utama utama berjaya didedahkan sebagai watak pusat yang merangkai segala
peristiwa yang berlaku dalam diri dan di luar persekitarannya. Ini berpadanan pula dengan
corak plotnya yang penuh dengan peristiwa-peristiwa yang cemas dalam hubungannya
dengan penghambatan hidup yang duka dengan pemenuhan cita-cita yang murni.
Tambahan pula bahasanya lancar, indah dan sesuai dengan corak persoalan yang ingin
disampaikan.

Novel Perang

Bersama-sama dengan penulis novel kemasyarakatan, muncul pula novel-novel yang


bertemakan perang. Novel perang ini lebih mendedahkan persoalan daripada kesan perang
dunia kedua yang dirasai oleh masyarakat. Pada dekad 1960-an ini, novel perang banyak
dihasilkan oleh A.Samad Said. A.samad Said menjadi pengarang novel yang paling berjaya
apabila terbitnya novel Salina pada tahun 1961, yang sesungguhnya ditulis untuk “peraduan
mengarang novel” anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka pada tahun 1958. Beliau juga ada
menghasilkan dua buah novel lagi iaitu Bulan tak bermadu di Fatehpur Sikri(1967) dan
sungai mengalir lesu (1967).

Keistimewaan novel salina sebagai sebuah novel melayu yang yang paling berhasil tidak
dapat disangkal lagi. Profesor A.Teeuw, seorang pengkaji sastera Indonesia dan Melayu
dari Belanda yang terkenal, pernah menyebut bahawa salina memiliki mutu penciptaan
novel yang bertaraf antarabangsa. Novel ini mengisahkan kehidupan sebahagian daripada
mangsa-mangsa Perang Dunia Kedua di sebuah perkampungan kecil di Singapura bernama
kampung kambing. Antara mangsanya ialah Siti Salina yang berasal daripada keluarga
saudagar intan berlian tetapi terkorban dalam peperangan. Kerana desakan hidup siti salina
yang memang berwajah jelita terpaksa menjadi pelacur biarpun dirinya berpelajaran.

Kekuatan novel salina terletak pada kemampuan pengarangnya memberikan pelukisan yang
terperinci dan hidup terhadap watak yang terlibat dengan peristiwa serta suasana yang
melingkunginya. Ini berjaya dilakukan oleh adanya penggunaan teknik yang berkesan dalam
aspek-aspek dialog, lintasan kembalidan imbas muka. Dialog diadakan untuk berfungsi
dalam pelbagai hal, iaitu untuk membina plot, membentuk fikiran dan sikap watak serta
menonjolkan tema.

Peristiwa-peristiwa pula terbina dan tersusun dalam cara yang penuh dengan daya
ketegangan melalui penggunaan teknik-teknik lintasan kembali dan imbas muka yang silih
berganti. Dalam monolog dalaman yang turut diturutkan, terdedah dengan adanya peribadi
dan konflik watak di samping membina peristiwa-peristiwa tertentu yang dialami watak.
Demikianlah maka novel Salina dikatakan sebagi telah memberikan arah terbaru dalam
perkembangan yang pelbagai dalam teknik-teknik moden; ia berhasil memperlihatkan
sesuatu perubahan dan penyimpangan yang radikal terhadap struktur penciptaan novel-
novel Melayu.

Novel Politik

Novel yang bertemakan politik pula diertikan sebagai novel yang membicarakan persoalan
tentang corak politik tanah air dan tokoh-tokoh politik yang terlibat dengan pergerakan parti-
parti politik. Novel politik ditulis oleh Arena Wati dan Alias Ali.

Novel-novel politik pula dihasilkan oleh pengarang daripada kalangan wartawan seperti
A.Samad Ismail dan Alias Ali. Dua buah novel politik yang berjaya ditulis dengan agak baik
oleh dua pengarang tersebut ialah Kail Panjang Sejengkal (1967) dan krisis (1966). Antara
kedua-dua novel ini ternyata novel krisis lebih berhasil.

Novel Krisis membentangkan kisah konflik tokoh-tokoh pemimpin parti politik semasa
menghadapi pilihan raya di pekan baru, Terengganu pada tahun 1959. Parti yang terkuat di
pekan tersebut ialah Parti Srikala dengan ketuanya Syed Kidam yang menjadi ahli yang
terhormat. ketua itu mendapat tentangan daripada Jabar, ahli jawatan kuasa parti tersebut.
Lalu Syed kidam memecat Jabar kerana risau pengaruh Jabar yang kuat. Pada pilihan Raya
seterusnya Jabar yang memasuki parti Ikhwan telah bertanding menentang Syed kidam.
Semasa berkempen, kedua-dua mereka menggunakan cara kotor. Akhirnya kemenangan
berpihak kepada Jabar atas bantuan Lebai Ismail yang menimbulkan isu-isu agama semasa
berkempen.

Novel ini menarik kerana ia berhasil memperlihatkan suatu cara perlaksanaan demokrasi di
sebuah daerah perkampungan kecil yang kebanyakan rakyatnya tidak memahami
sepenuhnya erti demokrasi. Novel ini mengutamakan urutan plot yang sederhana dengan
susunan peristiwa-peristiwa yang berbentuk kronologi; peristiwa-peristiwa adalah menarik
sehingga dapat menjadikan ketegangan yang memanjang sehingga kepada pengakhiran
cerita. Ini diperkuat pula dengan keberhasilan pengarang menggunakan sudut pandangan
objektifnya. Pengarang dalam cerita ini hanya bertindak sebagai pemerhati dengan
peranannya dibataskan untuk melukiskan hanya apa yang dapat diperhatikan sahaja.
Dengan cara sedemikian, pengarang berjaya menimbulkan unsur saranan dalam setiap
pelukisan yang dikemukakan, yang memberikan sifat keistimewaan sesungguhnya pada
novel Krisis ini.

NOVEL SEJARAH

Novel yang berkaitan dengan novel politik yang turut tertulis dalam dekad 1960-an ialah
novel sejarah. Novel corak ini banyak di hasilkan oleh pengarang veteran Harun
Aminurrashid. Beliau telah menghasilkan enam buah novel, empat daripadanya adalah
novel sejarah. karya-karyanya ialah Anak panglima Awang(1969), Nur Dan Ros(1962),Tun
Mandak(1963), Gugur Di lembah Kinabalu(1965), Simpang Perinang(1966),dan Wan
Derus(1966). Daripada jumlah ini, Gugur di lembah kinabalu dapat dianggap sebagai novel
sejarah Harun Aminurrashid yang paling berjaya dalam dekad 1960-an.

Novel Gugur di lembah Kinabalu melukiskan perjuangan sebilangan perwira bumiputera


negeri Sabah, yang diketuai oleh orang kaya Mat Salleh, menentang penjajah inggeris.
Dalam pelukisan perjuangan inilah disingkapkan kembali sejarah permulaan kekuasaan
perjuangan inggeris di Sabah dan di Negara-negara Asia tenggara yang lain termasuk
Brunei, Sarawak, dan Labuan. Malah di dalamnya turut diperkaitkan Kesultanan Sulu yang
menguasai Sabah pada zaman dahulu.

Keistimewaan novel ini adalah kejayaan pengarang menyerlahkan semula perjuangan anak
negeri sabah terhadap kekuasaan penjajah inggeris. Persoalan-persoalan tentang
kehidupan dan kebudayaan penduduk-penduduk bumiputera sabah turut dipaparkan
dengan penulisan yang menarik. Semuanya terpancar melalui jalinan plot yang mudah
diikuti, tetapi penuh daya tegangan dan daya bahasa yang lancar dan bertenaga.

Sumbangan dan Peranan Badan Penerbitan

Sumbangan dan peranan yang tidak putus-putus yang diberikan oleh institusi-institusi atau
badan penerbit awam dan swasta pada tahun 1960an sangat mendorong pengarang-
pengarang menghasilkan karya mereka. Antara badan-badan penerbit itu ialah The Sentosa
Store, Segamat Press, Annies Printing Works, Dewan Bahasa dan Pustaka, Pustaka
Nasional, H.C Muhammad Abdul Rahman, Pustaka Gunung Tahan, Penerbitan Utusan
Melayu, Geliga Ltd, Timur Press, Penerbitan Pena sdn. Bhd, Penerbitan Pustaka Antara,
Saudara Sinaran Bhd, dan lain-lain.

Badan penerbit lain ialah Oxford University Press, Federal Publications dan penerbit kecil
seperti Pustaka Murni Kelantan, Penerbitan Menara, dan BI-Karya di Kuala Lumpur, yang
tidak mahu ketinggalan untuk menerbitkan karya-karya novel. Penglibatan penerbit-penrbit
ini, yang bersedia menerbitkan karya-karya tersebut, memberikan dorongan yang besar
kepada pengarang-pengaran novel untuk terus menghasilkan karya mereka. Karya-karya
yang dihasilkan dapat dirasakan sebagi telah memperoleh jaminan untuk diterbitkan, penat
lelah dan pemikiran mereka mendapat perhatian serta pengharapan, malah diberi imbuhan
sejumlah royalti yang agak menyenangkan. Semua ini berpadu untuk menghidupkan inisiatif
pengarang dalam penghasilan yang segera lagi banyak novel.

Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya – yang mula tertubuh pada tahun 1953 di
Universiti Malaya Singapura, dan kemudian pada tahun 1959 di Universiti Malaya, Kuala
Lumpur memberikan sumbangan ke arah ini dengan menyediakan pengarang dan pengkritik
novel yang berwibawa seperti Mohd. Taib Osman, Ismail Hussien, Syed Husin Ali, Hassan
Ibrahim, Ali Haji Ahmad, Abu Bakar Hamid dan Kassim Ahmad.

Persatuan dan pertubuhan penulis yang mekar tumbuh dalam dekad ini juga memainkan
peranan yang bukan sedikit terhadap penggalakan penulisan novel ini. Badan yang paling
aktif ialah PENA; iaitu telah mengadakan berbagai-bagai kegiatan sastera seperti ceramah,
forum, kelab kritik dan bengkel-bengkel penulisan. Malah sebuah jurnal kesusasteraan
berjudul Penulis turut diterbitkan untuk memutkan tulisan-tulisan kajian dan kritikan tentang
novel bersama-sama bentuk sastera lainnya.

Bagaimanapun lantaran sebab-sebab tertentu seperti pengurusan dan kewangan serta


kerugian yang ditanggung lantaran pulangan yang tidak memuskan berbanding dengan kos
penerbitan, tambahan pula sebagaimana yang kita sedia maklum pemasaran terhadap
sesebuah novel yang baru diterbitkan pada waktu itu agak lembap, ini menyebabkan
kebanyakan penerbit terutamanaya kepunyaan individu (swasta) di atas sudah tidak
beroperasi lagi. Kecuali penerbit yang benar-benar kukuh pengurusan dan kewangannya
yang bertahan dan terus berperanan selepas dekad 60an itu, mlalah ada yang hingga dekad
90an seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan Penerbitan Utusan Melayu.

Sebagai sebuah institusi penerbitan kerajaan tentu sahaja Dewan Bahasa dan Pustaka tidak
menghadapi hambatan yang besar dari segi kewangan dalam pembiayaan penerbitan
sesebuah novel itu sejak mula ditubuhkan hinggalah sekarang. Tanpa peranan dan
sumbangan besar yang diberikan oleh badan-badan penerbit itu tentu saja skrip-skrip novel
yang dihasilkan dengan jumlah yang relatif banyak itu sama ada hasil daripada sesuatu
peraduan mengarang seperti yang telah dibincanagan mahu pun yang bukan sudah pastilah
khalayak pembaca dan pengkaji kesusasteraan melayu khususnya novel tidak mungkin
membaca dan membincangkan tentang perubahan-perubahan dan penyimpangan-
penyimpangan yang dilakukan oleh pengarang-pengarangnya, baik dalam aspek pemikiran
(tama dan persoalan-persoalan) mahu pun teknik penceritaan dengan novel-novel yang
diterbitkan sebelum tahun-tahun 1940an itu.

Demikian kita dapati bahawa novel-novel yang tertulis pada dekad 1960an banyak
membawa kemajuan dan perubahan. Pertama, ini jelas pada aspek tema dan persoalan
yang semakin luas dan dalam ruang lingkupnya, pendedahannya tidak lagi terbatas hanya
kepada perkara-perkara yang berlaku di luar diri manusia, yang ternyata memiliki
permasalahan yang lebih benar dan menarik. Kedua, penggunaan teknik baru pula adalah
lebih berkesan dan sesuai. Kepelbagaian teknik baru penulisan cereka cuba digunakan
dengan sepenuhnya oleh pengarang-pengarang berjiwa baru yang datang daripada
pelbagai latar belakang pekerjaan dan pendidikan. Ketiga dan terakhir, novel-novel dekad
1960an telah berjaya mengubah arah aliran penulisan novel Melayu kepada suatu tahap
pencapaian yang lebih bermakna, iaitu pencapaian antarabangsa.

Perkembangan genre novel dalam sejarah perkembanganan novel 1960an dilihat cukup
memberansangkan, terutamanya dengan munculnya bebrapa orang pengarang novel yang
menampakkan potensi besar dalam aspek pemilihan dan pengolahan sesuatu isu yang
terjadi di dalam dan di luar lingkungan masyrakatnya (sama ada masyarakat desa mahu pun
kota), terutama yang berhubung dengan sosioekonomi, sosiopolitik, dan sosiobudaya
mereka, juga dalam aspek teknik dan gaya penceritaan seperti yang telah dihuraikan.
Pengarang novel yang muncul pada dekad 60an, mempunyai daya kreativiti dan
sensitivitinya yang tersendiri yang boleh mengangkat maruah dan kejatian mereka sebagai
pengarang novel.

Natijahnya, pada tahun 1960an istilah pengaruh dipandang sedikit negatif dalam proses
penghasilan sesebuah karya sastera. Terdapat pengaruhan unsur-unsur interfeks dalam
aspek isu dan pemikiran yang menjadi tema dan persoalan-persoalan mahu pun dalam
aspek teknik penceritaan yang diterapkan dalam novel-novel mereka. Dalam aspek isu yang
menjadi pemikiran kepada pengarang tahun 1960an memang tidak dapat dinafikan
terdapatnya teks-teks pemikiran pengarang –pengarang sebelumnya sama ada secara
sedar mahu pun tidak. Hal inilah yang menyebabkan isu-isu yang berhubung dengan
kemasyarakatan itu sentiasa muncul pada bila-bila masa sahaja dan sejagat sifatnya, Cuma
dalam bentuk, keadaan dan suasana yang berbeza. Segala dilema dan fenomena ini
ditanggapi dan diolah oleh pengarang-pengarang dari perspektif dan vision yang berbeza.

SEJARAH PERKEMBANGAN NOVEL MELAYU SEBELUM PERANG


PERKEMBANGAN PERINGKAT AWAL NOVEL 1920-an
HIKAYAT FARIDAH HANUM

· Novel pertama lahir dalam Kesusasteraan Melayu.

· Novel terjemahan oleh Syed Syeikh al-Hadi.

· Terbit dalam dua jilid pada tahun 1925 dan 1926

· Watak dan latar belakang terdiri daripada golongan bangsawan Arab (Mesir)

· Menceritakan tentang pergelutan hidup manusia.

KAWAN BENAR

· Pengarang : Ahmad bin Muhammad Rasyid Talu

· Novel Melayu asli yang pertama

· Terbit pada tahun 1927

· Watak dan latar di Tanah Melayu

· Menggunakan dialek Pulau Pinang

PENGARANG & NOVEL 1920-an

SYED SYEIKH AL-HADI


Hikayat Faridah Hanum (1925/26)
Hikayat Anak Dara Ghasan (1928-1929)
Hikayat Puteri Nurul ‘Ain (1929)
Hikayat Cermin Kehidupan (1929)
AHMAD RASYID TALU
Kawan Benar (1927)
Ia Kah Salmah (1928)
Dua Belas Kali Sengsara(1928)
3. AHMAD KOTOT

a. Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan (1927)

ZULKARNAIN YAACOB
Hikayat Khalik dan Malik (1927)
Hikayat Perjumpaan Asyik (1927)
5. MUHAMMAD YUSUF AHMAD
Mencari Isteri (1929)
A.HAMID HAJI AHMAD
Penjodohan Yang Setia

SIFAT-SIFAT NOVEL 1920-an

TEMA DAN PERSOALAN

a. Pertembungan Timur dan Barat

• Soal moral dan akhlak (Berjudi/minum arak/berfoya-foya)

• Ibu bapa yang manjakan anak

• Kongkongan adat

• Contoh novel : Kawan Benar

b. Kahwin Paksa

• Soal cinta muda-mudi

• Ingin menentukan pasangan hidup

• Contoh novel : Hikayat Faridah Hanum

c. ImansipasiWanita

• Berkaitan dengan anak perempuan

• Bebas menentukan masa depan sendiri

• Peluang menuntut ilmu

• Contoh novel : Ia Kah Salmah

TEKNIK PENULISAN / NARATIF

a. Plot Cerita

• Bahagian awal : pengenalan

• Bahagian pertengahan : konflik yang timbul menyebabkan cerita berkembang

• Bahagian akhir : kesudahan /peleraian. Biasanya berakhir dengan ‘happy ending’

• Contoh novel : Hikayat Faridah Hanum


Watak dan Perwatakan
• Terdiri daripada kalangan bangsawan

• Digambarkan secara hitam putih

• Perlukisan watak secara fizikal (tradisi) dan batiniah (pergolakan jiwa)

• Contoh novel : Ia Kah Salmah

Latar (Setting)
• Meliputi zaman sebelum perang, khasnya tahun-tahun 1920-an

• Novel terjemahan - latar Mesir

• Novel asli - latar tempatan

• Masyarakat bandar/desa

• Hikayat Percintaan Kasih : latar desa

• Ia Kah Salmah : PP, Kedah & Singapura

• Hikayat Faridah Hanum : bandar-bandar besar di Mesir

PENGARANG & NOVEL 1930-an

HARUN MUHAMMAD AMIN


Melur Kuala Lumpur (1930)
AHMAD RASHID TALU
Siapa Jahat / Datuk Chencano(1930)
Pengakap Hitam (1931)
Ramlah bt. Abdullah (1934)
RAJA MANSUR
Kembang Kenanga dari Kinta (1935)
Tujuh Kali Beristeri (1935)
Bidadari Tanah Melayu (1935)
Satu Kali Cium Tiga Kali Tempeleng (1937)
4. ABDUL SAMAD AHMAD

Cinta Itu Bahaya (1936)


Setia Itu Jaya (1937)
SHAMSUDDIN SALLEH
Hidup Yang Durhaka (1936)
Siasat Yang Dahsyat (1936)
Bingkisan Rahsia (1937)
Pertandingan Sukma (1939)
6. ISHAK HAJI MUHAMMAD
Putera Gunung Tahan (1937)
Budak Beca (1937)
ABDULLAH SIDEK
Cinta Yang Tak Berfaedah (1931)
Siapakah Pembunuhnya (1937)
Duri Perkahwinan (1938)
Iblis Rumah Tangga (1939)
Pertemuan Yang Bahagia (1939)

SIFAT-SIFAT NOVEL 1930-an

TEMA DAN PERSOALAN


Cinta, kahwin paksa dan rumahtangga
Contoh novel : Melur Kuala Lumpur, Bidadari Tanah Melayu, Iblis Rumah Tangga.

b. Nasionalisme

Contoh novel : Putera Gunung Tahan, Pertandingan sukma

c. Sosial - Pertembungan Timur Barat

Contoh novel : Iblis Rumah Tangga

d. Ekonomi - orang Melayu

Contoh novel : Mari Kita Berjuang

e. Penyiasatan

Contoh novel : Siapakah Pembunuhnya?

TEKNIK PENULISAN / NARATIF


Plot Cerita
• Sederhana dan mendatar

• Masih terbahagi kepada 3 bahagian

• Masih mendekati cerita penglipurlara

Watak dan Perwatakan


• Secara hitam putih

• Bangsawan

• Kaum asing : Cina

c. Gaya bahasa
• Masih berbentuk khutbah

• Gaya bahasa lama terutama ketika menggambarkan watak

• Pantun dan syair sering diselitkan

• Gaya pengarang tidak seragam,berdasarkan latar pendidikan

RUJUKAN

Zainon S.Ahmad, Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden dan Kritikan Sastera,Ilmu Media
Trade, 2005.

Kesusasteraan merupakan salah satu bentuk karya seni yang disampaikan melaluibahasa.
Perkataan kesusasteraan dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud hasil seniyg
diwujudkan dlm bentuk karangan bebas atau dlm bentuk puisi. Ciptaan sastera
berbezadengan ciptaan-ciptaan seni yang lain kerana ciptaan sastera menggunakan bahasa
puitissebagai alat penyampaiannya. Kesusasteraan wujud dalam masyarakat manusia
melaluibentuk tulisan dan juga dalam bentuk lisan. Muhammad Hj Salleh (1995)
menyatakanbahawa kesusasteraan merujuk kepada karya-karya lisan serta juga tulisan
yang membawaunsur-unsur cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai
perkataan.Manakala Hashim Awang (1988) berpendapat bahawa makna kesusasteraan
dapat dirujuksebagai ciptaan yang disampaikan melalui bahasa. Hal ini dapat dirumuskan
bahawaciptaan sastera disampaikan melalui bahasa. 2.0 sejarah perkembangan
kesusasteraan melayu

You might also like