You are on page 1of 18

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA / MPU3052


Sub Topik Pengenalan Ilmu
Ketamadunan
• Definisi dari pelbagai sarjana
• Ciri
• Prinsip
• Objektif
DEFINISI
 Istilah tamadun mempunyai pelbagai definisi
 Perkataan ‘tamadun’ berasal daripada bahasa Arab dengan kata
dasar ‘da-na’ yang bererti beragama.
 Daripada kata ‘da-na’ ini , muncul kata madanna serta tamaddana
yang kedua-duanya bererti mengasaskan dan membina kehidupan
perbandaran dan kehalusan budi pekerti. Seterusnya dari kata
tamaddana itulah lahirnya perkataan tamaddun
 Madani” adalah kata sifat yang bermaksud: Sesuatu yang berkaitan
dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti
yang terpuji.
.
Terminologi
 Dari sudut terminologi, pelbagai istilah digunakan untuk
menggambarkan tamadun itu sendiri. Antaranya adalah :
 Hadarah
 Umran
 Madaniyyah
 Peradaban
 Civilisation
 Civitas
 Thaqafah
 Culture
 Kemajuan / kemakmuran
Definisi mengikut Bahasa Arab
Hadarah merujuk kepada penempatan di bandar dan
perilaku kehidupan yang tinggi.
Umran merupakan kata terbitan dari perkataan ‘Amara yang bererti
‘kawasan tanah atau rumah yang didiami orang, tinggal menetap,
segolongan penduduk dalam suatu keadaan yang berkembang subur
lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa.
Taqafah-Berasal daripada perkataan thaqifa yang bererti kemajuan
intelektual ataupun peradaban yang tinggi pada sudut kebudayaan
dan perilaku.
Perkataan madani ataupun madaniyyah juga berasal daripada
perkataan madana yang bererti bandar atau kehidupan menetap di
bandar. Ia mula digunakan secara meluas setelah diperkenalkan oleh
Muhammad Farid Wajdi dan Muhammad Abduh.
Definisi mengikut Bahasa Inggeris

 Civilization “berasal daripada perkataan latin “Civitas” yang


bermaksud bandar atau kota.
 Civilization juga bermaksud penggabungan antara
ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan
 Urbanization- berasal daripada perkataan urban yang
bermaksud kehidupan ala bandar ataupun kehidupan
selepas proses urbanisasi.
 Culture -bererti kebudayaan yang seringkali digunakan dan
merujuk kepada kemajuan intelektual.
Peradaban pula merujuk kepada keadaan dan tingkat kemajuan
pada kehidupan jasmani dan rohani dalam sesebuah bangsa dan
masyarakat”
Tamadun – berasal daripada perkataan arab iaitu tamaddun bererti
keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan
pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran
yang tinggi.
Kemajuan - berasal daripada kata nama maju iaitu perihal maju taraf
hidup, sama ada kemajuan material ataupun rohaniah.
Kemakmuran - berasal daripada kata nama makmur iaitu perihal
makmur, mewah dan sejahtera.
DEFINISI DARI PELBAGAI SARJANA
 Ibnu Khaldun.
Istilah terawal yang digunakan untuk menghuraikan tamadun secara
ilmiah dipelopori oleh Ibn Khaldun iaitu pengasas ilmu ketamadunan
pada abad ke-14.
Beliau telah menggunakan dua istilah utama iaitu umran dan hadarah
yang bermaksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu
tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya
merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan
agama.
 E.B. Taylor
 Seterusnya pada abad ke-19 iaitu 500 tahun kemudian, baru ditemui
dalam bahasa Inggeris perkataan yang seerti dengan umran dan
hadarah iaitu civilisation.
 Perkataan civilisation merangkumi keseluruhan pencapaian manusia
termasuk pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat
dan keupayaan-keupayaan serta tabiat-tabiat lain yang diperolehi oleh
manusia sebagai anggota masyarakat.
Sambungan..
 Sayyid Qutb
 Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti
sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan
syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

 Collingwood
 Tamadun ialah satu proses bagi mencapai satu tahap kehidupan yang lebih
sempurna ataupun satu proses ke arah civil yang mana hasil daripada proses
tersebut akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat yang
mempunyai kehalusan budi.

 Arnold Toynbee
 Tamadun merupakan suatu kehidupan yang unggul yang dipandukan oleh sistem
perundangan, agama, politik dan pentadbiran yang menjamin kemajuan dan
keselamatan masyarakat.
 Edward L. Farmer
 Tamadun sebagai unit budaya besar yang mengandungi unsur-unsur sosial, tradisi
dan institut yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi yang
lain.
 Jurji Zaidan
 Tamadun ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termasuk bandarbandar
Islam serta terdapat susun lapis masyarakat. Selain itu pencapaian yang meliputi
bidang sains, ilmu pengetahuan, seni bina dan seni muzik serta nyanyian.
 Ismail al-Faruqi (1921 – 1986)
 Tamadun adalah diasaskan atas tauhid iaitu pengiktirafan kepada dua realiti
yang menciptakan iaitu Allah s.w.t. dan realiti yang dicipta iaitu makhluk. Tauhid
ialah identiti tamadun Islam yang mengaitkan segala unsurnya lalu mewujudkan
satu wadah yang kukuh yang bergelar tamadun.
Syed Muhammad Naquib al-Attas
 Tamadun merujuk kepada keadaan kehidupan insan yang telah
mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi
seluruh masyarakat. Malah istilah tamadun sendiri berasal dari istilah din
yang bermaksud satu cara hidup atau kehidupan beragama.

 J.K Fiebleman
 Tamadun ialah kepandaian mengekploitasi material oleh masyarakat
iaitu proses masyarakat terhadap material dengan sendiri menjadikan
barang baru bagi keperluan tertentu.
CIRI-CIRI TAMADUN
CIRI-CIRI TAMADU
CIRI-CIRI TAMADUN
• Penempatan kekal: Aspek penting dalam kewujudan sesebuah tamadun kerana
manusia memerlukan tempat yang kekal bagi menjalankan kegiatan ekonomi dan
kemasyarakatan.

• Revolusi pertanian: Ciri ketamadunan sesebuah masyarakat adalah berdasarkan


kekayaan yang diperolehi dalam proses mengeksploitasi alam. Penciptaan alatan,
pengkhususan perkerjaan yang membawa kepada kemajuan.

• Sistem politik dan pemerintahan yang teratur: Kelompok manusia memerlukan


pemerintah bagi mencapai kemajuan dalam ekonomi, pentadbiran dan politik.
• Stratifikasi dan organisasi sosial: Pengelasan masyarakat berdasarkan status. Oleh
itu, terdapat peraturan adat yang membezakan antara golongan atasan dengan
bawahan. Maka, orang bahawan berusaha mencapai kemajuan diri dabn mengubah
status mereka. Usaha ini membentuk suatu masyarakat yang maju.
CIRI-CIRI TAMADUN
• Urbanisasi: Proses oembentukan pembandaran atau dikenali sebagai
bandar yang merupakan pusat kegiatan ekonomi, keagamaan,
kemasyarakatan dan sebagainya. Kewujudan bandar telah meningkatkan
sesebuah tamadun itu.

• Perkembangan sains dan teknologi: Kemajuan yang selaras dengan


perkembangan pengetahuan dan pemikiran sesebuah masyarakat.

• Sistem tulisan: Sebagai penghantar maklumat yang membolehkan cacatan


perkara yang penting. Seterusnya, catatan ini tersebar luas ke dunia. Selain
itu, ilmu juga dapat dicatatkan dan diwarisi oleh generasi baru. Contohnya,
karya-karya, ilmu sains dan sebagainya.

• Sistem agama dan kepercayaan: Pemikiran yang mengkehendakkan


manusia supaya beradab sopan dan mengamalkan nilai-nilai yang baik. Ini
telah meningkatkan ketamadunan sesebuah tamadun itu.

OBJEKTIF
• Mengkaji potensi yang terdapat di dalam tamadun Asia dan
Islam yang boleh menyumbang dalam pembinaan tamadun
Malaysia.
• Mengenalpasti tentang nilai-nilai murni dalam tamadun ke arah
pembinaan tamadun kontemporari
OBJEKTIF
OBJEKTIF

You might also like