You are on page 1of 5

PENGENALAN

Ibnu Sina merupakan seorang pakar perubatan islam yang terkenal, dan
tokoh ilmuan islam yang begitu banyak menyumbangkan pemikirannya
dalam tamadun Islam. Pemikiran beliau masih lagi digunakan dan dijadikan
bahan rujukan terutamanya dalam bidang perubatan. Beliau juga
merupakan pakar dalam ilmu falsafah dan beliau telah menyatakan
beberapa pandangannya tentang jiwa manusia, logik dan sebagainya. Ibnu
Sina adalah seorang karyawan yang berjaya menghasilkan beberapa buah
buku. Antara kitab yang telah merungkai pelbagai jenis penyakit adalah
Kitab Qanun At-Tib. Kitab ini juga telah diterjemahkan kepada beberapa
Bahasa dan dijadikan rujukan kepada semua pelajar perubatan. Ibnu Sina
amat mahir dalam bidang ilmu matematik, agama, fizik dan lain-lain.
Sumbangan beliau amat besar kerana segala pemikirannya, falsafah dan
teorinya masih lagi digunakan sehingga ke zaman moden. Beliau juga
telah memberi sumangan kepada kemajuan dunia dalam bidang
pendidikan dan perubatan.

RIWAYAT HIDUP IBNU SINA


Ibnu sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan 980 Masihi di
Afsyanah, Bukhara, Turkistan. Nama sebenar beliau ialah Al-Husain bin
Abdullah bin Al-Hasan bin Ali bin Sina. Beliau lebih dikenali di Barat
dengan nama Avicenna. Bapa beliau merupakan seorang yang berbangsa
Parsi dan merupakan seorang gabenor pada masa kerajaan samaniyah
(819M – 1005M). Selepas bapanya meninggal pada tahun 390 Hijrah
bersamaan dengan 1000 Masihi, Ibnu Sina berpindah ke Khawarizm,
Jurjan, Rai dan Hamadan.
Pendidikan awal ibnu Sina pada masa Kanak-kanaknya ialah al-quran dan
sastera yang dipelajarinya secara persendirian. Ketika usia beliau 5 tahun,
beliau mula mempelajari al-quran dan mula menghafaz al-quran pada usia
10 tahun. Beliau menuntut dengan Abu Abdullah an-Natli yang
mengajarnya al-quran, fikah, mantik, ilmu hisab, sains, fizik, dan kaji
binatang. Beliau telah menelaah falsafah, politik dan logik, matematik, fizik,
kedoktoran hingga beliau berusia 16 tahun. Ibnu Sina sangan meminati
ilmu kedoktoran dan metafizik. Beliau telah dikenali sebagai ahli falsafah
dan doktor di Bukhara sewaktu beliau berusia sekitar satu hingga lima
tahun.
Beliau mula menjadi doctor ketika berusia 18 tahun. Beliau mula dikenali
ramai setelah berjaya menyembuhkan Nuh bin Mansur iaitu pemerintah
kerajaan samaniyah dan semenjak itu beliau dilantik menjadi doktor istana.
Dalam perlantikan tersebut beliau tidak melepaskan peluangnya dengan
membaca, merujuk dan menghafal buku-buku penting di perpustakaan.
Ibnu Sina digelar Al-Syeikh al-Ra’is iaitu guru para raja. Dalam bidang
kedoktoran, beliau digelar “pangeran para doctor” dan “raja ubat”.
Dalam dunia islam, beliau dianggap sebagai puncak ilmu kedoktoran. Ibnu
Sina pernah dilantik menjadi meneri sebanyak dia kali, kerana beliau
terlibat dalam persoalan politik dan pernah dipenjarakan dan dipecat
daripada kedudukannya sebagai menteri. Dalam tempoh beliau dipenjara,
beliau sempat menulis 3 buah buku. Ibnu Sina banyak meninggalkan karya
yang dituis beliau, semuanya tidak kurang daripada 200 buah dan
kebanyakannya berbahasa arab dan parsi.
Kewafatan beliau pada umur 58 tahun, iaitu pada tanggal 1 Ramadhan 428
Hijrah, di kota Hamedan, Iran Barat. Dalam memperingati 1000 tahun hari
kelahirannya di Tehran pada tahun 1955 M, beliau telah dinobatkan
sebagai “Father of Doctor”. Makam beliau di Hamdan itu kemudiannya
telah dikelilingi oleh makam-makam doctor muslim lain yang disemadikan
di kawasan tersebut.

SUMBANGAN DAN KITAB


i. SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG PERUBATAN
Karya dalam perubatan:
Beliau telah banyak menghasilkan karya dalam perubatan seperti Al-
Qanun Fi Al-Tib, Al-Adwiyah Al-Qalbiyyah, dan Al-Alfiyyah Al-Tibbiyyah.
Karya beliau telah diterjemahkan dalam pelbagai Bahasa seperti
Inggeris,Hebrew dan Latin.
Kitab beliau Al-Qanun Git-Tibb (Peraturan Perubatan) yang terdiri daripada
14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan.
Ilmu perubatan moden telah banyak dipelajari daripada Ibnu Sina, dari segi
pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan. Karya beliau Al-Qanun Fil
Tabib telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum di terjemahkan ke
dalam Bahasa Inggeris dengan judul Canon of Medicine. Pada abad ke 12
M Gerard Cermona telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke Bahasa latin.
Buku ini telah menjadi rujukan utama di universiti-universiti Eropah
hingga1500 M. Buku tersebut juga telah dicetak semula sebanyak 16 kali
dan mempunyai 15 edisi dalam Bahasa Latin dan sebuah edisi dalam
Bahasa Yahudi (Hebrew). Buku tersebut juga diterjemahkan ke dalam
Bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Itali, dan pada 16M buku ini
dicetak sebanyak 21 kali.
Kitab Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di
pelbagai universiti di Perancis seperti di Sekolah Tinggi Kedoktoran
Montpellier dan Louvin yang menggunakannya seagai bahan rujukan pada
abad ke 17 M. Selain itu, Prof.Phillip K. Hitpi telah menganggap buku
tersebut sebagai ensklopedia kedoktoran. Buku ini telah dicetak dalam 15
buah Bahasa dan telah siap dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun.
Pada abad ke-17, buku ini telah menjadi rujukan asas di unibersiti-universiti
di Itali dan Perancis. Buku tersebut masih di cetak sehingga abad ke-19
dan digunakan oleh para pelajar perubatan dan dijadikan rujukan
utamadalam bidang perubatan di seluruh pusat pengajian termasuklah di
Frankfurt Universiti Germany, Universiti of Paris,dan Oxford Universiti.
Kitab Al-Qanun Fit-Tibb juga turut menceritakan tentang perbincangan
mengenai penyakit saraf. Buku ini telah mengajar mengenai cara-cara
pembedahan dan menekankan keperluan pembersihan luka. Ibnu Sina
telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The
Heartyang mengandungi sajak-sajak berkenaan dengan perubatan. Beliau
telah menceritakan dan menghuraikan berkaitan 760 jenis penyakit dan
cara untuk mengubatinya.

PENCAPAIAN DALAM BIDANG PERUBATAN


Penemuan penyakit baru dan puncanya seperti pengaruh kuman dalam
penyakit jangkitan virus seperti TB Penyakit Rubella, allergy (alahan),
cacar (smallpox) dan sebagainya.
Penemuan dalam bidang farmasi iaitu menghasilkan ubat yang mujarab
untuk pelbagai penyakit menghasilkan ubat bius membangunkan teknologi
perubatan mencipta benang yang khusus untuk menjhit luka pembedahan
mencipta picagari.
Kesan peninggalan Ibnu Sina dalam perubatan ialah memperkenalkan
metode pemerhatian (observation) dan analisis.

ii. SUMBANGAN IBNU SINA DALAM BIDANG ILMU DAN PEMIKIRAN


Ibnu Sinaa merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal dan beliau telah
menulis sebuah buku berjudul Al-Najah yang membicarakan persoalan
falsafah. Ketika beliau berusia 21 tahun, beliau mula menulis karyanya
yang pertama iaitu berjudul Al-Majmu yang mengandungi pelbagai ilmu
pengetahuan yang lengkap.
Ibnu Sina telah menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang seperti
mantik, matematik, astronomi, falsafah, sains politik, kimia, biologi dan fizik.
Domonican Institute For Orental Studies di kaherah, Mesir telah
menghimpun karya-karya tersebut. Pada tahun 1950 Masihi karya tersebut
diterjemahkan ke dalam Bahasa arab dan di namakan sebagai Muallafat
Ibnu Sina (Karya-karya Ibnu Sina). Nama Ibnu Sina di agunakan oleh
sebuah universiti iaitu Avicenna College (Kolej Ibnu Sina) sempena
menghargai jasa beliau.

PENEMUAN-PENEMUAN BARU
Ibnu Sina juga dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan
sumbangan dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan barunya. Terdapat
beberapa penemuan baru antaranya dalam bidang geografi, geologi dan
kimia.

Bidang Geografi
Ibnu sina juga merupakan seorang ahli geografi yang mampu
menerangkan bagaimana sungai-sungai berhunung yang berasal dari
gunung-gunung dan lembah-lembah. Beliau juga telah membuktikan
kemampuannya dalam mengemukakan suatu hipotesis atau teori yang
pada ketika itu ahli Yunani dan Romani gagal melakukannya sejak dari
Aristotles.

Bidang Geologi, Kimia.


Menurut A.M.A Shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu
pertambangan (mineral) telah menjadi sumber geologi di Eropah. Beliau
juga telah meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanfaat dalam
bidang kimia. Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa
benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan lain. Hal ini
kerana setiap logam terdiri dari pelbagai jenis. Penerangan itu telah
memperkembangkan lagi ilmu kimia yang dirintis sebelumnya oleh Jabbir
Ibnu Hayyan Bapa Kimia Muslim.

Kesimpulan.
Kesimpulannya, Ibnu Sina telah banyak memberikan sumbangan dalam
tamadun Islam terutamanya dalam bidang perubatan. Beliau juga seorang
yang tidak mengenal putus ada dalam mempelajari sesuatu ilmu dan
menyelesaikan suatu masalah. Beliau juga seorang yang berinovatif
kerana banyak menghasilkan kerya dalam pelbagai bidang ilmu terutama
dalam bidang perubatan. Beliau juga seorang yang taat pada agama
kerana sering ke masjid untuk meminta petunjuk dan berdoa kepada Allah
SWT apabila menghadapi kebutuhan dalam menyelesaikan suatu
masalah. beliau juga memiliki akal yang cerdas dan sangat tekun dalam
mempelajari sesuatu. Ketiadaan Ibnu Sina telah dianggap sebagai
kehilangan yang besar kepada dunia kerana beliau merupakan seorang
yang berpengetahuan dan berpengalaman. Beliau bukan sahaja masyhur
dalam bidang perubatan, malah beliau juga hebat dalam bidang falsafah
yang dapat mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (Al-
Farabi).

You might also like