You are on page 1of 2

FUNGSI KEBUDAYAAN MELAYU

Kebudayaan merupakan merupakan tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi. Kebudayaan


bersifat dinamik dan mempunyai ciri ciri menerima dan menolak. ianya juga dapat ditakrifkan sebagai cara
hidup kumpulan manusia atau masyarakat melayu. Kebudayaan Melayu berfungsi sebagai teras kebudayaan
kebangsaan yang berfungsi sebagai suatu bentuk kebudayaan yang agak liberal. Perubahan dalam
kebudayaan dapat membuka ruang kepada unsur unsur kebudayaan sukuan dan kaum yang lain.
Antara fungsi kebudayaan Melayu ialah merapatkan jurang perbezaan antara kaum. Hal ini adalah
bertujuan supaya rakyat dapat bersatu padu di bawah satu payung kebudayaan yang dimiliki bersama dan
menghormati lambang kebangsaan. Contohnya, semasa sambutan hari kemerdekaan Negara, rakyat
Malaysia yang pelbagai kaum bersatu padu mempersembahkan variasi tarian yang terdapat di Malaysia
seperti zapin, ngajat, inang, dan tarian kipas.
Seterusnya kebudayaaan juga berfungsi bagi mewujudkan satu kesatuan kebudayaan dan
keselarasan dalam menghasilkan satu kebudayaan yang melambangkan identiti bagi budaya Malaysia.
Sebagai contoh, masyarakat Malaysia sering ditekankan untuk mengamalkan budaya ketekunan, tolongmenolong, mengotakan janji, memegang amanah, jujur, menghormati ibu bapa dan juga kepimpinan. Dapat
dilihat di sini bahawa walaupun masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mengamalkan
adat yang berbeza, tetapi mereka masih menerapkan ciri-ciri kebudayan yang sama di mana ia telah menjadi
identiti masyarakat Malaysia.
Selain itu, kebudayaan turut menjadi landasan bagi menanam nilai-nilai kebangsaan dan menolak
nilai-nilai yang hanya mementingkan sesuatu kaum sahaja. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di Malaysia iaitu
walaupun Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang meraikan perayaan yang berbeza,
setiap perayaan diraikan dengan meriah oleh seluruh rakyat malah cuti umum turut diberikan bagi memberi
peluang kepada rakyat untuk meraikan perayaan tersebut. Banyak majlis rumah terbuka diadakan malah
terdapat juga majlis yang diadakan di dewan untuk memberi peluang kepada masyarakat yang tidak meraikan
perayaan tersebut untuk turut merasai kemeriahan sesuatu perayaan. Sebagi contoh, perayaan hari raya
aidilfitri turut diraikan oleh masyarakat bukan Islam.
Akhir sekali, kebudayaan Melayu juga merupakan amalan pada peringkat rasmi dan tertinggi seperti
sistem protokol, adat istiadat pengurniaan, pelantikan, pertabalan dan sebagainya. Hal ini adalah seperti yang
masih dilaksanakan di dalam istana di mana ianya merupakan kebudayaan daripada yang wujud sejak zaman
berzaman. jika dilihat amalan budaya ini masih berkekalan sehingga hari ini, malah sesiapa sahaja yang
memasuki istana harus mengikuti segala adat dan protokol istana tidak kira sama ada mereka berbangsa
Melayu mahupun bangsa-bangsa yang lain.

FUNGSI KESENIAN MELAYU


Kesenian Melayu dapat diertikan sebagai bentuk-bentuk yang menyenangkan, indah dan ada kesan
serta kepuasan keindahan dalam proses penghayatan seni itu. Antara jenis kesenian Melayu ialah seni tari,
seni suara, seni kraf tangan dan juga seni muzik.
Kesenian Melayu mempunyai fungsi yang tersendiri kepada masyarakat. Antara fungsi utama
kesenian Melayu ialah sebagai medium hiburan kepada masyarakat. Umum mengetahui bahawa pada zaman
dahulu, tidak ada kemudahan hiburan seperti radio dan televiyen seperti hari ini, maka wujudnya beberapa
hiburan seperti tarian dan juga muzik bagi mengelakkan masyarakat pada zaman dahulu berasa bosan.
Persembahan tarian yang mengasyikkan dan juga dendangan muzik dapat menghiburkan masyarakat. Pada
masa kini, kesenian ini biasanya dipersembahkan sebagai satu persembahan kebudayaan di dalam sesuatu
majlis, walaupun persembahan kesenian tidak serancak seperti dahulu kala, namun ianya masih memegang
fungsi sebagai medium hiburan.
Selain itu, kesenian Melayu turut berfungsi sebagai media untuk pendidikan. Jika dilihat kesenian yang
ada di Malaysia, kebanyakkannya mempunyai maksud tersirat disebalik setiap perkataan mahupun perbuatan
yang dipersembahkan. Sebagai contoh, marhabban dan ghasidah jika diteliti, ianya bukan sekadar nyanyian
biasa kerana ianya lebih kepada puji-pujian kepada Allah S.W.T. Di sini dapat dilihat bahawa, kesenian bukan
sahaja untuk berhibur malah dapat mendidik peserta dan juga penonton marhabban atu ghasidah tersebut.
Sementara di sekolah pula, wujud kelab dan juga persatuan kebudayaan yang mana membuka peluang buat
pelajar mempelajari seni tarian,seni suara,seni kraf tangan dan sebagainya sekaligus dapat mencungkil bakat
terpendam mereka. Ini juga dapat mendidik pelajar untuk mencintai kesenian dan berusaha memeliharanya.
Seterusnya, kesenian juga diperlukan dalam upacara ritual dan keagamaan. Hal ini dapat dilihat
dengan jelas di dalam tarian ulek mayang. Umum mengetahui tarian tersebut sering dikaitkan dengan upacara
pemujaan semangat air. Tarian ini akan dipersembahkan di pantai bagi memuja semangat air supaya muncul
dan membantu menghalau semangat air yang mengganggu nelayan.
Di samping itu, kesenian turut berfungsi sebagai lambang identiti bangsa. Ini kerana melalui sesuatu
kesenian itu, mereka yang menyaksikan persembahan tersebut mampu mengetahui pemilik asal kesenian
tersebut malah adab dan budaya sesuatu bangsa turut diselitkan di dalam kesenian tesebut. Bangsa Cina
contohnya, terkenal dengan tarian singa yang dikaitkan dengan sambutan Tahun Baru Cina. Jika disebut
wayang kulit maka negeri Kelantan akan terbayang diminda penonton. Keadaan yang sama berlaku sekiranya
kita menyaksikan persembahan tarian ngajat dan sebagainya yang menjadi identity utama masyarakat
Borneo.

You might also like