You are on page 1of 16

DIPLOMA IN MANAGEMENT

SEPTEMBER / 2021

MPU2212

BAHASA KEBANGSAAN A

NO. MATRIKULASI : 011201050455001


NO. KAD PENGENALAN : 011201050455
NO. TELEFON : 01123334375
E-MEL : Vinothsiva14@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : NEGERI SEMBILAN LEARNING CENTRE


PENGENALAN

Memartabatkan bahasa Melayu (bahasa Malaysia) bermaksud meletakkan bahasa


Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa
kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia.
Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan
Akta Pendidikan 1996 (Buku Kecil MBMMBI, Unit Komunikasi Korporat,
Kementerian Pelajaran Malaysia; 6). Tujuan utama memartabatkan bahasa Melayu
adalah kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat
perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara
bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Bahasa Melayu kini telah mencapai
kedudukan yang tinggi sebagai bahasa moden, iaitu sebagai bahasa ilmiah, bahasa
kebudayaan, dan bahasa kesusasteraan yang bermutu tinggi. Mengenai kedudukannya
yang tinggi ini, kita tidak perlu bertanya ke kiri dan ke kanan, apalagi kepada pakar-
pakar Barat. Tentu saja pakar-pakar Barat akan mengatakan bahawa bahasa Melayu
belum lagi mencapai kedudukan yang tinggi. Sedangkan bahasa Perancis dan bahasa
Inggeris dianggap oleh sebilangan besar orang Jerman sebagai bahasa yang tidak
bermutu, apalagi bahasa Melayu. Sampai akhir zaman, mereka tidak akan mengakui
kedudukan bahasa Melayu yang tinggi. Bahasa Melayu telah menduduki tempat yang
tinggi sebagai bahasa moden, kerana telah memenuhi semua syarat seperti berikut,
bahasa rasmi atau bahasa nasional (kebangsaan); bahasa pengantar pendidikan
bermula dari tadika hingga ke universiti; bahasa perdagangan (terutama di Indonesia);
bahasa agama; bahasa kebudayaan dan kesusasteraan; bahasa militer; lingua franca di
negara-negara yang memakainya; bahasa Parlimen dan bahasa mahkamah (bahasa
undang-undang). Daripada semua bahasa negara-negara dunia ketiga yang merupakan
tanah jajahan, hanya bahasa Melayu sahaja yang memenuhi syarat yang lapan ini.
Mengikut kajian pada tahun 1992, jika dilihat bilangan penutur di dunia, bahasa
Melayu menduduki tempat keenam, iaitu kira-kira 200 juta penutur. Ternyata bahawa
daripada segi jumlah penuturnya, bahasa Melayu cukup kuat. Jumlah negara Institut
Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia 209 yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi atau nasional, telah diguna pakai oleh empat buah negara, iaitu
Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Daripada sudut tatabahasa
terutamanya sintaksis, bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang paling mudah
dipelajari. Urutan kata-kata dalam sintaksis bahasa Melayu sangat lentur, dan hal
tersebut membuat bahasa ini dapat menyesuaikan diri untuk mengekspresikan
pemikiran yang rumit. Bahasa Melayu tidak mempunyai infleksi; deklensi dan
konjugasi tidak terjadi sehingga bahasa ini sangat sederhana tetapi kuat dalam
menunaikan tugasnya. Bahasa yang tidak mempunyai infleksi sering menjadi bahasa
tona, namun bahasa Melayu bukan bahasa tona tetapi bahasa intonasi yang
membuatnya mudah dipelajari. Daripada sudut sintaksis, pengucapan, ejaan dan
semantik, bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang sangat sederhana dan mudah
dipelajari. Namun, daripada segi kemampuannya menyampaikan buah fikiran dan
perasaan, bahasa Melayu sama kuatnya dengan bahasa mana pun di dunia ini. Kerana
itu, bahasa Melayu telah mencapai kedudukan yang tinggi sebagai bahasa ilmu dan
bahasa kesusasteraan.

1a)Huraian tentang peranan utama yang dimainkan oleh DBP dan ITNM dalam
memartabatkan bahasa Melayu di Malaysia.

Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk


sains dan teknologi
Seperti mana yang diketahui umum bahawa dalam bidang sains dan teknologi, hanya
perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang digunakan untuk membina atau
menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan yang baru khususnya dalam bidang
perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha
dan memainkan peranan yang sangat penting bagi memperkaya bahasa kebangsaan
kita iaitu Bahasa Melayu supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu
dihasilkan di dalam bidang-bidang yang pesat berkembang sperti bidang sains dan
teknologi

Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan


Menurut Berita Harian, DBP menggiatkan program dari semasa ke semasa iaitu
Minggu Penulis Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda.
Program ini juga bertujuan melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan.
Dalam usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan
kaedah penganugerahan bagi menggalakkan sasterawan-sasterawan menceburi bidang
ini. Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah begitu penting sehingga ia
diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta Parlimen pada
tahun 1959 dalam memantapkan lagi pengembangan bahasa sastera. Begitu juga
dengan pengaturan rancangan memupuk bahasa sastera dengan baik.

Mencetak / menerbitkan / membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-


buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan
Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam industri
percetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta pelbagai
bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah organisasi penerbitan yang
terbesar di Malaysia. Pihak DBP telah banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku
untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan yang merupakan bahan
ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun sekolah
menengah. DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan buku-buku kesusasteraan
Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini bermakna peranan yang
dimainkan oleh DBP adalah sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik
dalam bidang kesusasteraan, pendidikan dan juga industri percetakan Negara.
Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia, Dato’ Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990:1)
bahawa Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP) sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan
tidak kurang daripada 50 judul buku undang-undang Bahasa Melayu. Ini
menunjukkan DBP juga bertindak sebagai medium penterjemahaan karya-karya
asing.
Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan
perbendaharaannya. Dalam masa yang sama DBP juga memerlukan penglibatan para
sarjana, pengkritik dan pemantau bahasa, agar buku-buku terbitan DBP dapat
dianalisa dan diberi ulasan-ulasan fragmentasi atau resensi buku, agar orang ramai
akan dapat menikmati dan memahami intipati buku-buku yang diterbitkan oleh DBP.

Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai


dalam bahasa kebangsaan
Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
di sekolah rendah, menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi menggerakkan
kegiatan peristilahan yang didukung oleh DBP. Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI)
telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam untuk
mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu dalam bidang
sains asas dan sains gunaan. Perubahan ini menyaksikan perancangan korpus bahasa
Melayu berkembang dengan cepat sekali.
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul
Seperti mana yang sedia maklum, tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada
rakyat Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Majoriti daripada
mereka menggunakan Bahasa Melayu yang tidak betul. Sebagai contoh yang paling
ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar sebagai bahasa percakapan
harian mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan harian, malah notis-notis
ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan kebanyakannya tidak menggunakan
Bahasa Melayu yang betul seperti risalah-risalah ataupun poster-poster untuk konsert
dan promosi kompleks-kompleks beli-belah. Oleh hal yang demikian, pihak DBP
perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk mengatasi masalah yang telah
berleluasa hingga ke hari ini seperti mewujudkan buku-buku dan risalah-risalah dan
akhbar-akhbar yang menggunakan dan memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu
yang tidak betul di kalangan rakyat Malaysia. Walaupun DBP menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan namun setelah masa beredar melangkaui peredaran
zaman kini banyak pecampuran bahasa seperti bahasa rojak yang sedang menular
dalam masyarakat masa kini. Oleh itu, dengan adanya DBP masalah penyalahgunaan
bahasa ini dapat dibendung. Disamping itu, keaslian bahasa kebangsaan ini tidak
dicemar. Begitu juga dengan penggunaan bahasa singkatan. Contohnya, singkatan
bagi sungai, bukit, jalan dan sebagainya. Penggunaan singkatan ini memudahkan
penulis surat bagi alamat dan kawasan.

Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan


secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang
berkuat kuasa
Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai
program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,
pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan
melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi
mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara
Malaysia.  Di sinilah peranan yang dimainkan oleh DBP sangat penting ke arah
memasyarakatkan secara meluas penggunaan bahasa Melayu dengan pendekatan dan
kaedah yang menarik dan selaras dengan perkembangan teknologi info-
telekomunikasi. Daripada kaedah biasa dan stereotaip yang sering digunakan, DBP
perlu meneroka pendekatan baru melalui industri kreatif, media sosial dan elektronik
mengadakan program pembelajaran bahasa Melayu dan menghasilkan promo, iklan,
drama dan sitkom televisyen serta radio yang bersangkutan dengan bahasa Melayu.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan


berkesan dalam semua bidang
Bidang yang dimaksudkan ialah bidang pentadbiran negara, bidang pengajian tinggi,
dan dalam kegiatan yang maju serta kompleks seperti kegiatan intelektual, kegiatan
kebudayaan, ekonomi dan perdagangan. Masalah yang timbul ialah terdapat golongan
yang berpandangan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan
bersifat saintifik. Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa Melayu pernah menjadi
bahasa lingua franca suatu ketika dahulu yang dituturkan dan digunakan sebagai
bahasa komunikasi oleh golongan pedagang, golongan agama dan golongan pemodal
di nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah dituturkan oleh masyarakat di negara ini
sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dan sebagainya.

1b)Huraian tentang perancangan yang boleh dilaksanakan oleh DBP dan ITNM
dalam memajukan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam konteks
pembangunan sosial, pendidikan, ekonomi dan pentadbiran Malaysia.

Perancangan dan pembangunan dalam konteks Pendidikan

Pertamanya kita melihat perancangan serta pembangunan dari segi pendidikan. Sejak
dari selepas merdeka lagi bahasa Melayu mula bangkit dari bidang pendidikan. Pihak
Kerajaan pada masa itu merancang untuk memertabatkan bahasa melayu supaya ianya
dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah mahu pun menengah.
Perancangan ini Berjaya dilakukan kerana bahasa Melayu telah menjadi bahasa
pengantar bagi mengantikan bahasa Inggeris yang telah ditinggalkan oleh penjajah.
Pembangunan telah berlaku kepada bahasa Melayu dengan apa yang kita dapat lihat
sekarang ini penggunaan bahasa melayu semakin berkembang sebagai bahasa
pengantar dalam sistem pendidikan. Melalui dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh
kerajaan dalam memertabatkan bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang mudah untuk
dipelajari sehinggakan ianya menjadi bahasa pengantar di institut-institut mahupun di
universiti-universiti. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa akademik menjadikan
bahasa melayu  bertambah kukuh sehinggakan dapat digunakan di peringkat ijazah
kedoktoran. Para cendekiawan bahasa Melayu telah berusaha bagi menulis serta
mengeluarkan pelbagai buku ilmiah walaupun pada hakikatnya pengeluarannya masih
lagi berkurangan. Pada masa yang sama telah banyak hasil kerja para penulis
termasuklah penulisan tesis diperingkat sarjana kedoktoran yang dihasilkan di dalam
bahasa Melayu. Setelah menjelang abad yang ke-21 bahasa Melayu menjadi lebih
berkembang dengan penggunaan teknologi dan komunikasi melalui penggunaan
computer, computer riba dan internet menyebabkan penyebaran bahasa Melayu ini
berkembang tanpa sempadan ke seluruh dunia. Sebagai contoh penggunaan bahasa
Melayu dalam dunia blog dan laman sosial seperti facebook menjadikan bahasa
Melayu boleh diterima oleh masyarakat dunia seterusnya diterima di peringkat
antarabangsa.  

Perhubungan dan Komunikasi

Walaubagaimanapun, dari segi perhubungan dan komunikasi di antara rakyat


Malaysia yang terkenal dengan rakyatnya berbilang bangsa dan agama tetapi masih
dapat hidup secara aman dan harmoni.  Jelas di sini bahawa pihak Kerajaan telah
melakukan satu perkara yang betul dan tepat dengan manjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan Malaysia. Rakyat Malaysia seluruhnya akur dan
mempersetujuinya menerima keputusan ini dengan bijaksana kerana sememangnya
semua rakyat Malaysia sangat pandai berbahasa Melayu termasuklah pendatang-
pendatang dari luar. Komunikasi ataupun perhubungan di antara manusia dengan
manusia sangat memerlukan bahasa sebagai alat perhubungan antara organisasi
dengan organisasi. Bahasa Melayu adalah sangat sesuai dijadikan bahasa rasmi
kerajaan kerana bahasa Melayu itu sendiri yang mempunyai nilai-nilai perpaduan.
Sebagai contoh kalau dilihat pada masa kini hampir semua rakyat Malaysia dapat
berkomunikasi dengan baik dengan menggunakan bahasa Kebangsaan. Bahasa
Melayu digunakan secara meluas terutamanya dalam sektor awam dan bahasa Melayu
juga bolah dijadikan diantara bahasa antarabangsa kerana penggunaannya melibatkan
beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Komunikasi
boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Pada zaman yang serba
canggih ini bentuk komunikasi pun sudah berbeza seperti filem bagi sesebuah cerita
dapat menyampaikan mesej-mesej yang tertentu kepada yang menonton dengan
berkesan sehingga dapat menimbulkan pelbagai perasaan. Sekiranya penggunaan
bahasa melayu disampaikan dengan baiik maka sudah pasti perpaduan masyarakat
yang harmoni akan terjamin. Selain dari itu, bentuk perhubungan di antara rakyat
Malaysia kini semakin maju dengan menggunakan peralatan telekomunikasi seperti
telefon bimbit, perbualan terus melalui computer dan sebagainya. Apa jua cara
perhubungan yang dilakukan pasti akan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu
bahasa kebangsaan. Sememangnya bahasa melayu merupakan alat perantaraan di
antara rakyat Malaysia yang menjamin keamanan dan kesejahteraan bersama.

Perancangan dan pembangunan dalam konteks ekonomi

Perdagangan Bidang ekonomi adalah merupakan satu faktor yang sangat penting
dalam proses pembangunan bagi sesebuah negara kerana dari perancangan ekonomi
yang kukuh akan menjadikan sesebuah negara itu maju dan berdaya saing. Malaysia
adalah sebuah negara yang membangun maka sudah pasti bidang perdagangan yang
dijalankan mesti kukuh dan lancar seperti yang dikehendaki. Bahasa melayu
memainkan peranan penting dalam urusan perdagangan terutama apabila perdagangan
itu melibatkan negara-negara jiran atau negara di Asia Tenggara. Pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka dahulu kebanyakkan pendatang atau pedagang dari
negara-negara jiran pandai bertutur dalam bahasa Melayu kerana ingin memudahkan
urusan perniagaan. Memang tidak dinafikan bahawa penggunaan bahasa Inggeris
adalah lebih menjadi pilihan kepada pedagang-pedagang dunia namun bahasa Melayu
tidak akan menjadi bahasa perantaraan dalam kalangan ahli-ahli perniagaan sekiranya
negara yang menggunakan bahasa melayu sendiri tidak cenderung dalam bidang
perniagaan. Kecenderungan dalam bidang perdagangan memerlukan komunikasi yang
baik apabila berinteraksi di antara negara-negara pedagang. Sekiranya sesebuah
negara ingin menjalankan hubungan perdagangan dengan sesebuah negara yang lain
perkara yang penting ialah bentuk komunikasi yang digunakan dan ianya sangat
berkaitan dengan bahasa yang digunakan. Sekiranya Malaysia mempunyai hubungan
yang baik dengan semua negara di dunia ini maka secara tidak langsung akan
memudahkan proses perdagangan dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara
yangmembangun dan maju. Sekiranya perdagangan itu melibatkan negara Asia
Tenggara sepatutnya Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar demi memertabatkan bahasa melayu itu sendiri.

Pengiklanan

Berdasarkan dari sudut yang lain seperti pengiklanan yang menjadi faktor penting
dalam mempromosi barangan atau perkhidmatan masing-masing. Kalau dilihat pada
masa sekarang banyak terdapat pengiklanan yang telah menjadi satu cetusan idea
sangat penting untuk membuat pemasaran pengiklanan. Apa yang penting di sini ialah
kebanyakkan pengiklanan yang disiarkan di Malaysia ini adalah dalam bahasa
melayu. Secara tidak langsung perkembangan bahasa Melayu adalah sentiasa
berkembang mengikut peredaran zaman dengan pelbagai cetusan idea-idea yang baru
yang bertujuan untuk memertabatkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa
kebangsaan kita. Penghasilan kerja yang kreatif dan berkesan akan menjadikan
Malaysia sebuah negara yang maju lagi harmoni. Perkembangan ini melibatkan
penggunaan bahasa yang sentiasa terkini bagi pengiklanan sesebuah iklan.
Sememangnya bahasa Melayu adalah merupakan bahasa yang digunakan secara tidak
langsung melibatkan perkembangan ekonomi negara Malaysia. Melalui media massa
dan media elektronik pengiklanan menjadi satu medan yang penting dalam memancu
perkembangan ekonomi negara bersandarkan penggunaan bahasa Melayu Zaman
yang menuju ke arah kecanggihan ini tidak lari dari sektor pengiklanan yang boleh
dilakukan di alam maya tanpa menggunakan modal yang besar sedangkan hasilnya
adalah menyeluruh. Penggunaan bahasa melayu dalam pengiklanan internet tanpa
sempadan akan mempromosikan kepenggunaan bahasa melayu yang luas.

Perancangan dam pembangunan dari konteks pentadbiran Parlimen

Dewan Parlimen juga adalah merupakan tempat di mana penggunaan bahasa Melayu
wajib digunaka sebagai bahasa rasmi perbahasan. Perlembagaan Malaysia perkara
152 menyatakan bahawa sepanjang Dewan bersidang kesemua Yang Berhormat mesti
mangutamakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan Malaysia. Ternyata sebahagian besar ahli parlimen sangat menghormati
Dewan yang mulia malah kedaulatan bahasa Melayu juga digunakan dengan sebaik
mungkin walau kadang-kadang sebutan sangat susah untuk dituturkan dengan lancar
oleh ahli-ahli parlimen yang bukan melayu. Dewan Parlimen serta ahli-ahli parlimen
Berjaya mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu di Parlimen dan ianya tidaklah
mustahil sekiranya mereka juga akan terus memertabatkan bahasa Melayu ketika di
luar Parlimen melalui perlaksanaan program-pogram dan lain-lain lagi.

Perundangan

Penggunaan bahasa Melayu telah digunakan di dalam bidang perundangan dan


kehakiman mahupun kedudukan bahas Inggeris merupakan salah satu bahasa
perundangan di negara ini. Walau bagaimanapun kepenggunaan bahasa Melayu yang
meluas dalam bidang perundangan akan memantapkan lagi bahasa melayu itu sendiri
melalui sumber-sumber utama ataupun sumber sekunder. Sesungguhnya usaha-usaha
untuk memartabat dan melestarikan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang
perundangan dan kehakiman ini perlu diteruskan sepanjang masa kerana ruang untuk
memperbaikinya sentiasa terbuka. Disamping itu kita juga perlu menerima hakikat
bahawa bahasa Inggeris masih perlu digunakan dalam sistem perundangan kita tetapi
tidaklah sampai boleh menjejaskan kedudukan dan martabat bahasa Melayu sebagai
bahasa perundangan yang terunggul di negara ini.

Pentadbiran Kerajaan

Malaysia adalah merupakan negara yang membangun dari segi ekonomi dan juga
pentadbiran sehingga kalau dilihat pada masa sekarang Malaysia bukan satu nama
yang asing pada dunia. Kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada macam
mana sesebuah negara itu ditakbir dan secara tidak langsung berkaitan dengan
pentadbiran negara. Perkembanagn bahasa Melayu yang telah berlaku dalam
pentadbiran ialah bahasa Melayu adalah merupakan bahasa pengantar rasmi yang
wajib digunakan dalam sektor awam. Penggunaan bahasa Melayu meliputi segala
tindakan yang terdapat di dalam sesuatu pentadbiran seperti bermesyuarat, surat-surat
rasmi, domuken-dokumen dan lain-lain lagi. Memang sangat sesuai digunakan bahasa
Melayu kerana bahasa Melayu adalah merupakan bahasa rasmi bagi negara kita
Malaysia. Semakin hari semakin banyak usaha bagi memertabatkan penggunaan
bahasa Melayu terutama bahasa Melayu baku dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.
Penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam adalah sangat bertepatan dengan
peranan bahasa Melayu itu sendiri yang terkenal dengan bahasa perpaduan yang boleh
diterima oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Perancangan dan pembangunan
bahasa Melayu dalam konteks pentadbiran merujuk kepada pentadbiran kerajaan
Malaysia. Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi yang telah diberikan status sebagai
bahasa kebangsaan dengan sah oleh Kerajaan Malaysia. Bahasa rasmi ini merupakan
bahasa yang digunakan di dalam setiap apa urusan yang berkaintan dengan urusan
pentadbiran kerajaan terutamanya ketika upacara rasmi dan termasuklah
mendokumenkan segala yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan. Malaysia
merupakan sebuah negara yang membangun dan bahasa Melayu sebagai wahana
pembinaan negara dalam semua urusan yang melibatkan pentadbiran kerajaan. Bahasa
Melayu dipilih dijadikan sebagai bahasa seharian negara dan fungsinya meliputi
segala kegiatan yang berperingkat negara Malaysia sperti penggunaan sebagai bahasa
lisan di dalam tugas-tugas rasmi, segala urusan surat-menyurat di antara jabatan,
dokumen-dokumen dan rekod kerajaan dan segala borang rasmi kerajaan. Selaras
dengan perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahasa rasmi
digunakan untuk semua urusan rasmi diperingkat kerajaan persekutuan, kerajaan
negeri dan badan-badan berkanun. Berdasarkan kepada semangat menghormati
perlembagaan setiap perlaksanaan dasar kerajaan wajib menggunakan bahasa Melayu
dalam semua kerja yang lain seperti minit mesyuarat. Memorandum,surat-surat dan
lain-lain lagi. Ini merupakan idealisme yang tersirat di sebalik pendaulatan bahasa
melayu sebagai bahasa rasmi.

1c)Huraian tentang usaha yang perlu dijalankan oleh DBP dan ITNM bagi
menggalakkan penulisan dalam bahasa Melayu dan penterjemahan ilmu dalam
bahasa Melayu.

Dalam usaha memartabatkan bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka


merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam
memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di
Malaysia. Melalui peranan dan usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka, bahasa Malaysia telah digunakan dalam pelbagai bidang, termasuklah
undang-undang, kejuruteraan, sains dan teknologi, ekonomi, perbankan, insurans dan
sebagainya. Usaha ini terbukti dengan terbitnya buku-buku pengistilahan dan glosari
dalam bahasa Malaysia yang mencakupi pelbagai bidang tersebut. Sebelum ini,
kebanyakan istilah yang digunakan diambil daripada bahasa Inggeris. Usaha ini
merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Hal ini sekali gus dapat membantu
program pendidikan di pusat pengajian tinggi.

Di samping itu, seluruh pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka mesti menggunakan
bahasa kebangsaan dengan betul dalam semua ucapan rasmi seperti ucapan dalam
majlis perasmian, mesyuarat atau perhimpunan. Dewan Bahasa dan Pustaka
hendaklah juga menjadi monitor dan menggerakkan semua aktiviti pembinaan dan
pemantapan bahasa kebangsaan di seluruh negara, contohnya dalam projek Sukan
Komanwel dan Koridor Raya Multimedia. Dalam konteks ini, Dewan Bahasa dan
Pustaka hendaklah sentiasa menasihat, menegur, dan membimbing pemimpin
kerajaan, swasta, media cetak, atau media elektronik supaya menggunakan bahasa
Malaysia yang betul dalam semua urusan rasmi.

Selain itu, peranan media massa juga tidak harus diperkecil. Media massa mempunyai
tanggungjawab sosial untuk memartabatkan dan mendaulatkan bahasa Malaysia.
Pujian dan sanjungan haruslah diberikan kepada stesen penyiaran TV3 kerana masih
terus menggunakan bahasa Malaysia dalam kebanyakan siaran. TV3 merupakan
stesen penyiaran yang mula-mula menggunakan bahasa baku walaupun kini tidak lagi
dan begitu juga harapan kita kepada RTM. Walaupun pihak RTM telah memulakan
penyebutan baku bagi istilah asing, namun usaha itu masih belum boleh dibanggakan.
Oleh itu, diharapkan kebanjiran stesen-stesen baharu ini dapat bersama-sama
memartabatkan bahasa Malaysia di negara kita.

Di samping itu, mahasiswa institusi pengajian tinggi perlu memainkan peranan yang
proaktif untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana mahasiswa
perlu bergerak bersama-sama bagi mengukuhkan bahasa Malaysia dalam semua
bidang ilmu. Menurut Datuk Mahadzir Mohd Khir, Menteri Pelajaran Malaysia,
beliau mengatakan bahawa langkah-langkah yang dijalankan oleh mahasiswa dengan
menganjurkan Minggu Bahasa Malaysia di institusi pengajian tinggi dalam kegiatan
kebahasaan akan menarik minat dan memupuk kecintaan orang ramai terhadap bahasa
Malaysia. Pembabitan mahasiswa yang peka terhadap keperluan dan perubahan
semasa selaras dengan peranan mahasiswa sebagai penggerak pembangunan
masyarakat patut diberikan pujian. Minggu Bahasa Malaysia yang dianjurkan oleh
mahasiswa dapat mendaulatkan bahasa ibunda di samping memupuk kecintaan
terhadap bahasa Malaysia dalam kalangan generasi masa ini.

Warga pendidik di negara ini juga turut memainkan peranan yang penting untuk
memartabatkan bahasa Malaysia serta meningkatkan mutu pendidikan bahasa
Malaysia. Golongan pendidik hari ini telah dipertanggungjawabkan melaksanakan
konsep bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat. Peranan pendidik bahasa adalah
penting kerana mereka juga bertanggungjawab membimbing guru mata pelajaran lain.
Peranan para pendidik lebih penting dalam memartabatkan bahasa Malaysia kerana
dalam kurikulum pendidikan bahasa, matlamat utama adalah untuk melahirkan pelajar
yang berupaya menggunakan bahasa Malaysia yang baik dan membanggakan. Selain
itu, dalam konteks sikap yang lebih luas, nilai-nilai masyarakat yang positif perlu
di¬terapkan melalui pendidikan bahasa.

Sehubungan dengan itu, peranan sektor swasta dalam memartabatkan bahasa


Malaysia amatlah dialu-alukan. Sektor swasta haruslah peka dan menganjurkan lebih
banyak kegiatan bahasa di luar negara seiring dengan promosi perniagaan atau produk
masing-masing. Kegiatan promosi dan pasaran secara terancang akan memberikan
pulangan yang merangsangkan perkembangan bahasa Malaysia sebagai bahasa
ekonomi, sains, dan teknologi. Papan-papan tanda dan iklan yang mempromosikan
sesuatu produk haruslah menggunakan kata-kata bahasa Malaysia yang betul dalam
semua urusan rasmi. Dengan cara ini, kita akan dapat mendaulatkan dan
memartabatkan bahasa Malaysia bukan sahaja di negara kita malah di pentas dunia.

Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, orang Malaysia sendiri mesti membetulkan


kelakuan, sikap, tanggapan, dan semangat mereka terhadap bahasa Malaysia. Jika
tidak siapakah lagi yang akan bertanggungjawab memperjuangkan dan mendaulatkan
bahasa Malaysia yang menjadi bahasa kebangsaan? Beliau juga mengesyorkan satu
pertemuan raksasa antara orang-orang Malaysia yang terdiri daripada pemimpin
politik, cendekiawan, ahli perniagaan, dan sebagainya perlu diadakan untuk
membincangkan segala masalah yang mengancam bahasa Malaysia hari ini.
Sebenarnya, isu bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan samalah seperti nasib
sosial dan budaya kebanyakan orang Malaysia. Oleh hal yang demikian, orang-orang
Malaysia haruslah bangun menjadi penegak bahasa Malaysia; bahasa yang menjadi
tonggak bangsa.

Kesimpulannya, daripada perbincangan di atas, langkah-langkah yang konkrit dan


pragmatik perlulah diambil untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Hal ini dikatakan
demikian kerana bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan kita. Hakikat ini perlu
disedari dan diakui oleh seluruh rakyat Malaysia. Kepentingan bahasa ini tidak dapat
dipertikaikan lagi, sebaliknya setiap individu haruslah memanfaatkan masa mereka
untuk mempelajari dan menguasai bahasa Malaysia dengan baik. Cara itulah yang
terbaik untuk memartabatkan bahasa Malaysia yang ternyata memberikan faedah
yang besar kepada perpaduan rakyat dan teknologi Malaysia. Jika tidak, generasi yang
akan datang akan ketinggalan dan dijajah oleh kuasa-kuasa Barat yang menggunakan
bahasa asing. Sesungguhnya, bahasa jiwa bangsa.

1d)Huraian tentang langkah-langkah terbaik yang boleh dilakukan oleh pihak


DBP dan ITNM melalui kerjasama dengan pihak IPT di Malaysia bagi
memastikan penggunaan bahasa Melayu yang standard dalam kalangan pelajar.

Pelajar-pelajar harus digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang


berhubung dengan bahasa melayu yang betul dan baik susunan bahasanya. Bahan-
bahan ini mungkin sedikit bilangannya, namun benda yang sedikit kalau
dimanfaatkan tentu akan memberikan makna yang besar kepada kita semua.

Perkara yang paling penting dalam soal pemantapan bahasa si sekolah ialah peranan
guru itu sendiri. Guru sering dianggap sebagai satu contoh terbaik yang menjadi
ikutan pelajar. Oleh itu, guru-guru bahasa harus peka terhadap penggunaan bahasa
melayu standard. Sebolehnya elakkan menggunakan bahasa dialek, bahasa campuran,
dan bahasa basahan ketika berhadapan dengan pelajar-pelajar. Seandainya guru
sendiri tidak peka terhadap penggunaan bahasa melayu, pelajar apatah lagi.

Bahasa Melayu dalam pendidikan tinggi di Malaysia. Nilai Bahasa Melayu menjadi
tinggi kerana kebanyakkan kerja yang pesat berkembang di sektor awam mewajibkan
pemohonnya lulus sekurang kurangnya dengan kredit dalam bahasa melayu pada
peringkat SPM. Semua urusan dengan kerajaan perlu menggunakan bahasa melayu.
Generasi muda daripada pelbagai keturunan yang cekap dan fasih dalam bahasa
melayu telah menerima bahasa tersebut sebagai bahasa mereka. Pensyarah di IPTA
daripada pelbagai ilmu mempelajari dan menguasai Bahasa Melayu untuk
menyampaikan kuliah. Mereka menguasai istilah dan konsep dalam Bahasa Melayu
dan menterjemahkannya bahan-bahan pengajaran daripada Bahasa Inggeris ke dalam
Bahasa Melayu.

Para pelajar di institusi pengajian tinggi sememangnya mempunyai peranan dan


tanggungjawab yang besar untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Golongan pelajar
ini juga adalah merupakan golongan cerdik pandai yang sering melibatkan diri dalam
aktiviti-aktiviti ilmu seperti seminar, pembentangan kertas kerja, pidato, forum,
simposium dan pelbagai aktiviti yang melibatkan perbincangan, soal jawab ,
penerangan dan taklimat. Mereka seharusnya melibatkan diri dengan aktif agar boleh
menggunakan bahasa dengan berhujah, memberi pandangan, ulasan dan apa sahaja
yang membawa kepada pemantapan bahasa.

Selain itu, mereka juga boleh melibatkan diri dalam bidang penulisan ilmiah atau
menghasilkan buku-buku yang boleh dijadikan panduan kepada golongan yang ingin
mencari ilmu dan meluaskan pembacaan. Penggunaan Bahasa Melayu yang baik dan
betul merupakan langkah yang mesti diamalkan oleh para pelajar agar bahasa  yang
dibentuk dapat membina jati diri  bangsa. Pelajar IPTA boleh menjawab soalan
peperiksaan dalam bahasa melayu. Disertai sarjana dan doktor falsafah juga boleh
ditulis dalam Bahasa Melayu. Semua ini membawa perkembangan dan pengayaan
yang besar terhadap Bahasa Melayu di Malaysia.

Penutup

Secara tuntas, pelbagai langkah yang boleh digarap untuk meningkatkan martabat
Bahasa Malaysia. Jelas bahawa semua pihak perlu memanifestasikan fikiran dan
sinergi untuk mencari inisiatif terbaik dalam meningkatkan darjat Bahasa Malaysia
bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi di persada dunia. Pembangunan
negara yang hakiki dan bersepadu hanya tercapai apabila semua bidang yang penting
diberi perhatian yang sama beratnya, termasuklah bidang bahasa dan budaya Kita
seharusnya mengelak daripada menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai
pemodenan dengan mementingkan bahasa asing dan menidakkan kebolehan bahasa
kebangsaan kita laitu Bahasa Malaysia Bak kata pepatah Melayu yang kurik itu kendi
yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa

You might also like