You are on page 1of 23

Pemansuhan PPSMI Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan mulai 2012 di sekolah rendah dan sekolah menengah Malaysia. Tetapi Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa pengantar di peringkat universiti, matrikulasi dan tingkatan 6. Pemansuhkan itu diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah mendapat kecaman parti politik, ibu bapa cendekiawan, pakar bahasa dan sasterawan di Malaysia. Selain itu kajian bebas antarabangsa turut membuktikan tahap pencapaian negara merosot dengan teruknya di kalangan 59 negara. Hasil kajian kajian 2007, kajian penting antarabangsa mengenai pencapaian Matematik dan Sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) dilaksanakan membabitkan 59 negara oleh Trends in Internationnal Mathematics and Science Study.[1] Hasil kajian 2007 menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003. Di kalangan 59 negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS 2007, yang dilaksanakan Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College, Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat itu, ada negara yang skor purata pencapaian pelajarnya meningkat sedikit atau menurun sedikit. Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi Matematik dan 40 mata bagi Sains adalah signifikan, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu.[2] Berdasarkan pelbagai pertimbangan, pemansuhan itu diputuskan oleh kabinet Malaysia. Sebelum itu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mendapatkan pandangan daripada penggerak dasar tersebut, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau juga menemui pihak UNESCO di Paris untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak. Pemansuhan itu dibantah oleh pengagum bahasa Inggeris, mereka yang bertutur bahasa Inggeris di rumah, bersekolah di bandar dan lain-lain. [3] [4] Antaranya adalah Kelab Penyokong PPSMI yang menggelar kumpulan mereka PAGE (Parents Action Group for English) dan dipengerusi oleh Noor Azimah Abdul Rahim.[5][6] Peruntukan RM5 juta disediakan untuk memantapkan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.

1 Beberapa perubahan dasar

2 Faktor pemansuhan 3 Pihak mendesak pemansuhan PPSMI 4 Pandangan Tun Dr Mahathir 5 Persediaan 6 Bantahan 7 Lihat juga 8 Rujukan Beberapa perubahan dasar[sunting | sunting sumber]

Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.

Pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu dalam Bahasa Malaysia akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkat Empat di sekolah menengah yang bermula 2012.

Strategi memartabatkan bahasa Malaysia (MBM) Strategi memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan. Tingkatan Enam dan matrikulasi kekal dalam bahasa Inggeris. Sistem dwi-bahasa bagi pelajar yang masih belajar PPSMI sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.[7] Tambahan waktu dalam bahasa Inggeris dan pengenalan kesusasteraan Inggeris.

Faktor pemansuhan[sunting | sunting sumber]

Kajian terhadap 10,000 sekolah di seluruh negara terutama di luar bandar di mana bahasa Inggeris pada mereka sebagai bahasa kedua dan sebagai bahasa asing. Tahap pendidikan Malaysia menjunam ke ranking ke-20 berbanding 10 sebelum ini bagi bidang Matematik dan ranking ke-21 berbanding 20 dalam Sains. Kerajaan mengambil kira kepentingan majoriti dan ini tidak bermakna kepentingan minoriti ketepikan.[8] Hanya 8 % guru yakin untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sekolah berhadapan masalah kekurangan guru yang fasih bahasa Inggeris untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran itu.

Hanya 58 % masa yang diperuntukkan untuk PPSMI telah digunakan oleh guru dalam mata pelajaran sains dan matematik. Selebihnya guru tetap / terpaksa menggunakan bahasa Melayu. Guru masih berbahasa Melayu kerana murid sukar memahami dan tidak lagi berminat. Guru sendiri tidak fasih memberi penerangan dalam bahasa

Inggeris. Komputer dan LCD hanya menyusahkan dan sebenarnya tidak memudahkan pengajaran dan pembelajaran (P&P).Guru sains dan matematik cukup bimbang prestasi pelajar akan lebih merudum kerana gagal memahami apa yang diajarkan dalam bahasa Inggeris.

Sejarah menunjukkan ,dengan menggunakan bahasa Malaysia, mereka mampu menjadi doktor dan ahli profesional yang lain. Banyak doktor mendapat pendidikan dalam bahasa Malaysia sehingga ke peringkat universiti terutama bagi pelajar UKM.[9]

Kajian UNESCO (1958) jelas menunjukkan bahawa pendidikan dalam bahasa ibunda adalah lebih berkesan, dan penguasaan bahasa kedua boleh didapati sekiranya sekolah bermula dengan bahasa ibunda sebagai perantaraan pengajaran, berikutnya memperkenalkan bahasa kedua sebagai subjek dipelajari.[10]

Pihak mendesak pemansuhan PPSMI[sunting | sunting sumber]

Dasar PPSMI dianggap satu usaha tergesa-gesa tanpa kajian awal. Ia dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Mei 2002 dan dipersetujui oleh Mesyuarat Kabinet pada Julai 2002. Sesetengah pihak melihatnya sebagai satu tindakan yang menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. PPSMI dilihat tidak adil kepada pelajar sekolah luar bandar, mengetepikan martabat bahasa kebangsaan serta melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat pernah meminta Kementerian Pelajaran mendengar permintaan daripada golongan guru dan pelajar yang mahukan pengajaran Sains dan Matematik diajar semula dalam bahasa Melayu.

Konvensyen UMNO Johor 2006 membantah PPSMI di sekolah-sekolah kerana dasar tersebut hanya menyebabkan bangsa Melayu kehilangan identiti dan jati diri. Kongres Permuafakatan Melayu mendesak kerajaan mengembalikan semula PPSMI diajar dalam bahasa Melayu.Ahlinya terdiri daripada pejuang bahasa, budaya dan sasterawan Melayu yang cukup dihormati.

Bapa menteri tidak bersetuju dengan langkah kerajaan meneruskan PPSMI kerana ia mendatangkan kerugian dalam usaha pembinaan negara bangsa. Antaranya ialah Datuk Seri Dr. Rais Yatim.Walaupun kanak-kanak Melayu belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, tetapi pelajaran yang sama tetap diajar dalam bahasa Mandarin di sekolah Cina.

PPSMI ditentang dalam semua seminar bahasa, sastera dan kebudayaan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk Dewan Bahasa dan Pustaka, Gapena, Persatuan Linguistik Malaysia, Persatuan Penterjemah Malaysia, Persatuan Sejarah Malaysia dan pelbagai pertubuhan bahasa dan sastera di Malaysia.PPSMI ternyata memecah belahkan orang Melayu dan digambarkan melalui tsunami politik 2008. Menteri pelajaran meremehkan pandangan cendekiawan

Melayu dan menganggap hal ini sebagai permainan politik dengan menuduh pembangkang sebagai dalang.

Pada 7 Jun 2009 , Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam meluluskan usul supaya kerajaan memansuhkan segera PPSMI.Kajian pertama keberkesanan PPSMI ketika Datuk SeriHishammuddin Tun Hussein dan kajian kedua PPSMI oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah satu pembaziran.[11]

Pada 10 Jun 2009, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) menggesa kerajaan Malaysia memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia akan menjejaskan kedaulatan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dalam sistem pendidikan negara . Setiausaha Agung Shura Mohd Azmi Abd Hamid menyatakan Memorandum Bantahan terhadap PPSMI kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah diserahkan pada 10 Jun 2009. Seterusnya menarik perhatian Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.[12] Syarat lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)hanya akan menyekat peluang pelajar di bandar dan luar bandar untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti. Pelajar yang tidak lulus Bahasa Inggeris tentu akan jadi mangsa sistem pendidikan. Kemerosotan pencapaian pelajar dalam bahasa Inggeris di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak patut dijadikan alasan untuk meneruskan PPSMI..

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (UM) dan pemegang Kursi Tun Abdul Ghafar Baba, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling berharap pemansuhan PPSMI akan menjadi penentu kepada kejayaan konsep 1Malaysia dengan kembali memartabatkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.PPSMI wajib dimansuhkan dan kembali kepada asal di mana pengajaran di semua peringkat adalah dalam bahasa Melayu.Rakyat kembali yakin terhadap kesungguhan kerajaan memartabatkan bahasa dan membina bangsa melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan yang tunggal.

Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein menyatakan bahawa PPSMI jika diteruskan akan menimbulkan masalah kepada golongan cendekiawan.PPSMI hanya memberi keselesaan kepada kelompok bandar manakala pelajar luar bandar akan terus tertekan sehingga mewujudkan ketidakseimbangan bagi bangsa Melayu itu sendiri.Kelompok di bandar yang sebenarnya minoriti akan menjadi majoriti dan menguasai segala-galanya.[13]

Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin menyatakan dasar PPSMI adalah satu kesilapan besar kerajaan kerana membuat keputusan tanpa menimbang pandangan rakyat terlebih dahulu. Kerajaan jangan meminggirkan rakyat dalam membuat keputusan berhubung sesuatu dasar pada masa hadapan. PPSMI mempunyai kaitan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Penerusan dasar PPSMI dalam tempoh tiga tahun lagi adalah sesuatu yang merugikan pelajar Melayu terutamanya di kawasan luar bandar.[14] Pilihan raya ke-13 akan diadakan pada 2012 dan mungkin menjejaskan terus peluang Barisan Nasional UMNO untuk menang.

PPSMI memberi kesan berganda kepada penggunaan dan pembangunan bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah direncatkan dan dibuang dalam semua kuliah di kebanyakan universiti dan kolej di [15] kecuali beberapa kuliah bahasa Melayu dan sastera. Hanya Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan Pengajian Melayu yang menggunakan bahasa Melayu. Semua universiti baik IPTA apatah lagi IPTS sudah menghapuskan pengajaran dalam bahasa Melayu. Status bahasa kebangsaan menjadi bahasa pasar sahaja. [16]

Pandangan Tun Dr Mahathir[sunting | sunting sumber] Ramai beranggapan jemaah menteri tidak berani memansuhkan 'dasar kontrovesi' ini selagi adanya Tun Dr Mahathir Mohamad. Tan Sri Muhyiddin Yassin memberanikan diri menemui beliau perbincangan dan musyawarah telah diadakan. Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah dimaklumkan pada bulan Jun 2009. Persediaan[sunting | sunting sumber] Masa 2 1/2 tahun (2009-2012) adalah tempoh membuat persediaan termasuk kelengkapan yang cukup, bahan yang digunakan, makmal bahasa yang baik serta guru-guru yang mahir. Bantahan[sunting | sunting sumber] Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) mendesak agar PPSMI dimansuhkan secepat mungkin dan secara menyeluruh termasuk di peringkat universiti. Perkara itu diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Respons: Pengajaran daripada pemansuhan dasar PPSMI Oleh Zainor Said zainor@bharian.com.my DASAR Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang menimbulkan kontroversi sehingga mencetuskan perdebatan hangat serta bantahan pelbagai pihak, sejak mula dilaksanakan pada 2003, akhirnya sampai ke penghujung jalan. Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan pemansuhan dasar itu, sekali gus pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek itu kembali kepada bahasa Melayu dan bahasa ibunda mengikut kaum masing-masing, mulai 2012. Walaupun ramai yang menarik nafas lega dengan keputusan itu, terutama mereka yang membantah keras pelaksanaannya, namun tidak kurang juga mereka yang kecewa terutama bagi yang sudah nampak kesan positif ke arah menggalakkan pelajar menguasai bahasa Inggeris serta dapat memahami ilmu sains dan teknologi di semua peringkat. Kita tidak menafikan, berdasarkan beberapa kajian yang didedahkan kepada umum, jelas menunjukkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan

Matematik memberi kesan negatif terhadap prestasi pelajar bagi kedua-dua subjek berkenaan, terutama di kalangan pelajar luar bandar dan yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. Bagaimanapun di sesetengah kawasan, sebahagian pelajar menunjukkan perkembangan yang cukup positif, baik dalam peperiksaan mahupun dari segi minat mereka mempelajari mata pelajaran berkenaan, sekali gus menunjukkan petanda positif menguasai bahasa Inggeris, jika usaha itu diteruskan. Dengan kata lain, adalah tidak wajar kita menidakkan terus kesan positif dasar PPSMI itu atau mendakwa dasar itu sepenuhnya gagal mencapai matlamat. Setidak-tidaknya tahap kemahiran bahasa Inggeris pelajar adalah lebih baik berbanding tahap sebelumnya. Walaupun dasar itu kini sudah dimansuhkan namun sejak diperkenalkan, dasar itu telah meningkatkan kesedaran dalam sesetengah masyarakat peri pentingnya bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu yang harus dikuasai pelajar, jika mereka ingin bersaing dengan pelajar pelbagai kaum di negara ini, apatah lagi di persada antarabangsa. Kerajaan mengambil masa agak lama sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya, setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk hasil kajian terperinci yang dijalankan oleh ahli akademik berwibawa. Walaupun cadangan hasil rumusan daripada tujuh rundingan meja bulat yang dibuat ketika Kementerian Pelajaran diterajui Datuk Seri Hishammuddin Hussien ditolak Kabinet, namun kita percaya rundingan yang disertai wakil pelbagai agensi kerajaan dan swasta itu tetap diguna pakai dan turut menjadi pertimbangan kementerian. Keputusan memansuhkan dasar PPSMI itu bukan suatu yang mudah untuk diputuskan kerajaan. Apatah lagi selepas enam tahun dilaksanakan setelah pelbagai persediaan dibuat dan banyak tenaga dicurahkan, termasuk menyediakan peruntukan yang bukan sedikit untuk menjayakannya. Begitupun, kita tidak harus beranggapan bahawa segala usaha dilakukan itu sebagai satu pembaziran, sebaliknya ia adalah pelaburan yang wajar dengan tujuan untuk mendidik anak bangsa. Jadikanlah kegagalan dasar PPSMI itu sebagai pengajaran serta cabaran kepada semua warga pendidikan khususnya guru untuk merangka strategi lebih berkesan selepas

ini, khususnya dalam pengajaran bahasa Inggeris. Pemansuhan dasar PPSMI membuktikan kerajaan sama sekali tidak pernah mengabaikan kepentingan mana-mana pihak, apatah lagi pelajar luar bandar yang dikatakan terjejas teruk dalam kedua-dua subjek berkenaan seperti yang didakwa sesetengah pihak. Langkah itu juga sekali gus menangkis dakwaan pihak tertentu bahawa kerajaan tidak sensitif dengan usaha memperjuangkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, jauh sekali membelakangkan kepentingan bangsa Melayu. Walaupun dasar PPSMI dihentikan, namun ini tidak bermakna usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar turut terbantut, sebaliknya kita harus membuktikan mampu melakukan usaha yang lebih berkesan dan lebih mantap berbanding PPSMI. Seperti diumumkan Muhyiddin, kementeriannya akan terus mempertingkatkan strategi dan melakukan pelbagai perubahan terutama dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris. Perubahan juga harus dilakukan dari segi latihan serta bilangan guru terlatih terutama di luar bandar bagi mengelak sesetengah sekolah bertindak menyerahkan tugas mengajar bahasa Inggeris kepada guru yang bukan bidangnya kerana masalah kekurangan guru bahasa Inggeris. Usaha itu harus dilakukan bersungguh-sungguh agar pelajar yang bakal lahir hasil daripada strategi baru kerajaan itu, bukan saja mampu menguasai bahasa Inggeris, malah mereka harus mampu memahami ilmu sains dan teknologi dengan baik, yang dikatakan banyak diterbitkan dalam bahasa Inggeris. Fokus kita sekarang haruslah diberikan kepada usaha memperkemaskan kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa Inggeris sebagai alternatif kepada pemansuhan dasar PPSMI. Sikap pelajar yang tidak mementingkan bahasa Inggeris juga harus diubah, jika tidak mereka akan menghadapi masalah di peringkat SPM yang bakal mewajibkan mereka lulus bahasa Inggeris tidak lama lagi. Berita Harian Online: 10 Julai 2009

Pemansuhan PPSMI Apa Lagi yang Mahu Dipertikaikan? Oleh Muhammad Rafiq Abdul Rahman Walaupun banyak pihak yang memperakui kedudukan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, masih ada segelintir individu yang semakin berani mempersoalkan kredibiliti perundangan tertinggi negara yang tersimpul rapi itu.

Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan digunakan dalam semua urusan rasmi. Oleh itu, dalam sistem pelajaran kebangsaan yang jelas merupakan salah satu urusan rasmi kerajaan, maka bahasa pengantar utama ialah bahasa Melayu. Yang paling menarik perhatian adalah tentang kedudukan bahasa lain, selain bahasa Melayu dalam Perlembagaan tersebut. Perkara 152 menyatakan, selain maksud rasmi, tiada seseorang boleh dihalang mengajar atau belajar bahasa lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa semua bahasa selain bahasa Melayu,sentiasa diberikan perhatian yang sewajarnya selagi fungsinya tidak mengambil alih kedudukan bahasaMelayu sebagai bahasa pengantar dalam semua urusan rasmi. Malangnya bermula 2003, seperti ingin membawa angin perubahan, kerajaan menukar sistem pembelajaran dan pengajaran apabila mengangkat bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di semua peringkat. Mujurlah setelah bangkangan demi bangkangan dibuat dan mengambil kira fakta yang menunjukkan peratusan kegagalan sistem baharu tersebut, akhirnya kerajaan memutuskan PPSMI dimansuhkan secara berperingkat dan bahasa Melayu kembali memainkan fungsinya sebagai bahasa pengantar utama dalam mata pelajaran Sains dan Matematik bermula pada 2012.

Pengenalan

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dihasil bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4,Tun Dr Mahathir Bin Mohamad pada 19 Julai 2002. PPSMI telah dilaksanakan secara berperingkat dari peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah. Pelaksanaan PPSMI adalah untuk membangunkan sumber tenaga manusia bagi mencapai taraf negara maju yang dapat bersaing dalam era globalisasi. Posted by siewying at 11:32 PTG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Disedia oleh: KHO ZHEN WEI (206865) Objektif PPSMI Objektif pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan supaya dapat bersaing dalam era globalisasi. Penguasaan bahasa Inggeris adalah amat penting dalam menghadapi cabaran globalisasi dan ledakan maklumat masa kini. Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa ilmu dan komunikasi yang amat penting bagi memudahkan kita berdaya saing di peringkat antarabangsa. Matematik dan sains adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dapat memudahkan perolehan ilmu kerana kebanyakan asas istilah-istilah sains dan matematik adalah berasal dari Bahasa Inggeris. Di samping itu, pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris. Posted by siewying at 11:30 PTG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Disedia oleh: NG SIEW YING (126728) Sejarah pelaksanaan PPSMI Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah untuk melaksanakan PPSMI dengan peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM dalam dwibahasa dari tahun 2003 hingga 2007. Apabila keputusan dasar kerajaan ini diumumkan, terdapat pelbagai reaksi termasuk daripada pemimpin masyarakat, guru dan ibu bapa. Terdapat golongan yang menyokong dan ada juga yang kurang senang dengan keputusan kerajaan. Salah faham timbul tentang matlamat kerajaan melaksanakan dasar ini, serta rasional kerajaan memilih mata pelajaran sains dan matematik yang lebih mudah difahami jika diajar dalam bahasa ibunda. Terdapat juga kebimbangan di kalangan hampir setiap lapisan masyarakat tentang kesediaan guru dan pelajar mengikuti perubahan ini. Akhirnya, dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009 setelah melakukan kajian mendalam. Posted by siewying at 11:29 PTG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Disedia oleh: LONG MUN JIE (206908) Langkah-langkah dalam PPSMI 1) Mengadakan kelas tambahan (secara percuma)

Pihak sekolah boleh mengadakan kelas tambahan untuk subjek Matamatik dan Sains yang diajar dalam Bahasa Inggeris secara percuma. kelas tambahan ini boleh meningkatkan kefahaman dan ilmu pelajar dalam Sains dan Matamatik dan juga boleh memantapkan lagi Bahasa Inggeris mereka. 2) Latihan guru

Latihan guru haruslah dilaksanakan secara berterusan melalui usaha-usaha yang lebih

teratur dan bersistematik untuk meningkatkan kualiti guru. Bagi meningkatkan kemahiran guru dalam Bahasa Inggeris, penggunaan pelbagai strategi dan pendekatan yang sesuai dan terbaik serta penggunaan kemudahan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) haruslah dipergiatkan. 3) Bahan Pembelajaran

Membekalkan kepada setiap sekolah dengan bahan pembelajaran untuk digunakan

sebagai bahan bantu pembelajaran dan rujukan guru serta untuk ulangkaji pelajar. Bahan-bahan tersebut adalah perisian interaktif, rancangan TV Pendidikan dan buku bacaan tambahan 4) Perisian pengajaran Perisian pengajaran ini adalah perisian multimedia dalam bentuk cakera padat (CD) yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dengan sepenuhnya serta dengan berkesan dalam bilik darjah Perisian pengajaran ini juga mengandungi pelajaran yang lengkap untuk mata pelajaran yang berkenaan serta mengikut sukatan pelajaran sepenuhnya Posted by siewying at 11:28 PTG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Disedia oleh: HANSEN TAN KWANG SUN (206860) Reaksi-reaksi terhadap PPSMI

Dasar PPSMI telah menimbulkan berbagai-bagai reaksi daripada masyarakat termasuklah; 1. ahli politik 2. akademik 3. ibu bapa Ada yang menyokong dan terdapat pula yang menentang. Kebanyakan ibu bapa berpendapat langkah kerajaan untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik wajar diteruskan. Mereka berpendapat bahawa ini boleh membantu anak-anak mereka untuk mendalami bahasa Inggeris dengan lebih mudah dan boleh bersedia untuk menghadapi cabaran pada masa depan yang cenderung kepada era globalisasi. Di kalangan guru, mereka berpendapat bahawa dasar ini akan membebankan pelajar dan guru dan seterusnya akan merosotkan keputusan pelajar dalam Sains dan Matematik terutamanya pelajar dari luar bandar. Golongan ahli politik juga telah memberi reaksi menentang yang kuat tehadap dasar ini. Antara yang paling jelas ialah tindakan daripada Gerakan Mansuh PPSMI (GMP). Pada pendapat mereka, pelaksanaan PPSMI akan menghilangkan identity bangsa, kepatriotan dan kebudayaan negara kita.

Mereka berkata Bahasa Melayu adalah bahasa utama di Malaysia dan masyarakat seharusnya diangkat sebagai bahasa ilmu dan menjadi salah satu Bahasa Antarabangsa melalui peluasan penggunaannya. Posted by siewying at 11:26 PTG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Disedia oleh: TAN BOON PING (126903) Kesan positif PPSMI PPSMI diperkenalkan bagi menyenangkan pemahaman dan mengelakkan salah faham dalam kebanyakan istilah sains dan matematik yang telah dimelayukan. Membangunkan generasi pelajar yang mampu menguasai bidang sains dan teknologi di tahap tinggi, seterusnya berupaya pula menjana ilmu dan teknologi baru dalam bidang-bidang tersebut pada masa yang datang, dan sekaligus menyumbang kepada himpunan harta intelektual negara dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan ini. Pendedahan yang awal kepada sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris akan membolehkan pelajar mengakses maklumat dan menerokai maklumat dengan mudah. Posted by siewying at 11:23 PTG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Disedia oleh: AZMARIA AZMAN ( 203902) Kesan negatif PPSMI Bahasa pertuturan setempat iaitu bahasa ibunda adalah lebih sesuai untuk menjadi bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik kerana Bahasa Melayu lebih mudah difahami. Dasar lebih memihak kepada murid di bandar yang mempunyai lebih banyak kemudahan untuk belajar. Mewujudkan perbezaan prestasi antara murid yang sosio-ekonomi ibu bapa mereka yang berpendapatan rendah sama ada di luar bandar dan di bandar. Hal ini kerana pelajar yang kurang mampu tidak berpeluang untuk belajar dengan lebih baik kerana ibu bapa mereka tidak mampu untuk menghantar mereka ke kelas tambahan. Pencapaian negatif pelajar terutama di kawasan luar bandar, pendalaman dan FELDA kerana kemudahan pembelajaran yang terhad. Pelajar tidak dapat memahami dan mengikuti pembelajaran serta penguasaan istilah atau konsep yang diajar oleh guru-guru dengan baik disebabkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka yang lemah. Posted by siewying at 11:21 PTG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Disedia oleh: NURUL SHAHAMAH BINTI ABDUL RAZAK(203933)

Pemansuhan PPSMI

Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara rasminya telah diumumkan pemansuhannya berkuatkuasa pada 2012. Pemansuhan tersebut diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Menteri Malaysia juga Menteri Pelajaran Malaysia di Putrajaya pada 8 Julai 2009. Hal ini disebabkan oleh desakan pihak tertentu seperti NGO meminta supaya PPSMI dimansuhkan. Bantahan tersebut turut dilakukan melalui laman-laman sosial seperti facebook. Mereka beranggapan bahawa PPSMI sepatutnya sudah lama dimansuhkan. Pemansuhan ini dikatakan dapat menjimatkan RM40juta setahun yang diperolehi daripada kos perbelanjaan elaun, bayaran tuisyen Bahasa Inggeris guru-guru dan sebagainya. Selepas

pemansuhan ini, kerajaan telah merangka satu rancangan iaitu dengan menambah waktu pembelajaran Bahasa Inggeris seratus peratus di semua peringkat sekolah. Manakala pembelajaran Bahasa Melayu akan dimartabatkan. Namun begitu terdapat segelintir pihak yang tidak menyokong pemansuhan PPSMI. Hal ini dapat dibuktikan apabila ada pihak telah menubuhkan satu laman melaui facebook bertujuan mengumpul masyarakat yang menyokong dasar ini. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jelas tidak gembira dengan keputusan tersebut menyifatkannya sebagai tindakan yang akan menyukarkan anak-anak untuk mempelajari dan mengetahui perkembangan dunia sains pada masa depan. Posted by siewying at 11:19 PTG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Disedia oleh: NURUL ASYIQIN BINTI ABLAH (203932) Rentetan pelaksanaan PPSMI Pada tahun 2002 Pada bulan julai Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan mesyuarat khas jemaah menteri untk menjalankan dasar (PPSMI).

Pada tahun 2003-2006 Dasar ini diperkenalkan pada sekolah rendah dan sekolah menengah Pada tahun 2007 Pada bulan januari, pelaksanaan (PPSMI) secara keseluruhannya dijalankan untuk peringkat sekolah menengah. Pada tahun 2008 Pada bulan januari, pelaksanaan (PPSMI) secara keseluruhannya dijalankan untuk peringkat sekolah rendah. Pada tahun 2009 Pada bulan mac, demonstrasi berlaku yang bertujuan untuk membantah pelaksanaan (PPSMI). Gerakan ini diketuai oleh Datuk A. Samad Said dan Datuk Dr. Hassan. Pada bulan mei, kebanyakan sasterawan negara tidak setuju dengan dasar ini. Dasar ini juga tidak dipersetujui oleh tokoh-tokoh politik di negara kita. Pada bulan julai 2009 - Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran telah mengumumkan untuk memansuhkan dasar PPSMI secara keseluruhannya pada tahun 2012

Posted by siewying at 11:12 PTG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Disedia oleh: MOHD HASIF BIN MOHD GHAUSE (205118) Khamis, 26 Ogos 2010 Kesimpulan Kesimpulannya, pelaksanaan PPSMI telah membawa kebaikan dan keburukan kepada masyarakat. Pelajar boleh belajar Bahasa Inggeris melalui PPSMI dari peringkat awal persekolahan supaya dapat bersaing dalam era globalisasi ini. Namun, terdapat sesetengah masyarakat yang membantah pelaksanaan PPSMI kerana menganggap ia membawa kesan yang negatif di peringkat sekolah rendah seperti keciciran dalam mata pelajaran terbabit yang disebabkan oleh kelemahan dalam menguasai bahasa Inggeris. Akhirnya, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah kajian mendalam dilakukan. Sehubungan dengan itu, beliau memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) sebagai ganti PPSMI yang memberi tumpuan kepada peningkatan pembelajaran mata pelajaran bahasa-bahasa. Posted by siewying at 8:06 PTG Tiada ulasan: E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Disedia oleh: TAN CHAI CHII (206981) Rasional Pemansuhan Dasar PPSMI

Berikut merupakan fakta dan rasional pemansuhan Dasar PPSMI yang ternyata amat tepat. Keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik

dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2011, akan memberikan sinar baru buat muridmurid kita di sekolah. Dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, dan bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran ini. Strategi ini mengambil kira fakta yang disokong oleh kajian-kajian saintifik bahawa peningkatan kefahaman pelajar mengenai konsepkonsep sains dan matematik adalah berkait rapat dengan penggunaan bahasa pengantar yang mudah difahami oleh mereka. Pada masa yang sama, kita percaya bahawa peningkatan penguasaan bahasa Inggeris boleh dicapai melalui penambahbaikan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.. Pada kesempatan ini saya ingin mengemukakan data-data emprikal yang menjadi asas kepada keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI. Pertama, data-data rasmi menunjukkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik merosot semasa pelaksanaan PPSMI. Dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2008, hanya 79.7 peratus pelajar luar bandar lulus mata pelajaran Sains berbanding 83.2 peratus pada tahun 2007. Bagi pelajar bandar pula, peratusan lulus telah merosot daripada 85.1 peratus pada tahun 2007 kepada 82.5 peratus pada tahun 2008.

Bagi mata pelajaran Matematik pula, pencapaian lulus murid di bandar telah merosot daripada 84.8 peratus pada tahun 2007 kepada 80.9 peratus pada tahun 2008. Pencapaian murid di luar bandar juga merosot daripada 80.9 peratus pada tahun 2007 kepada 77 peratus pada tahun 2008. Ini bermakna hampir 170,000 orang pelajar gagal bagi kedua-dua mata pelajaran Matematik dan Sains di peringkat UPSR semasa PPSMI dilaksanakan.

Kegagalan menguasai Matematik dan Sains di peringkat rendah sudah tentu akan menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar ini dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut di peringkat menengah, dan sekali gus menjejaskan hasrat kita untuk menjana modal insan yang memiliki ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi, sebagai wahana penting untuk melonjakkan kemajuan negara ke tahap yang lebih tinggi.

Kedua, kajian dan pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dan juga para penyelidik bebas mendapati bahawa pelajar yang memiliki tahap penguasaan bahasa Inggeris yang sederhana dan lemah menghadapi kesukaran untuk memahami mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Dalam peperiksaan UPSR 2008, 30.6 peratus pelajar luar bandar gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris mereka masih berada di tahap yang lemah. Ini menyebabkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Hasil pemantauan Kementerian Pelajaran juga menunjukkan bahawa guru-guru menghadapi masalah untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Hanya 8.6 peratus guru menggunakan lebih 90 peratus masa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris adalah jauh lebih rendah bagi sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman. Ini disebabkan oleh tahap penguasaan bahasa Inggeris yang

amat rendah di kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Keadaan ini memaksa guruguru untuk menggunakan dwi-bahasa, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, dalam pengajaran Sains dan Matematik. Soalan peperiksaan juga terpaksa dibuat dalam dwibahasa kerana masalah penguasaan bahasa Inggeris yang rendah di kalangan pelajar. Justeru, apa yang dilaksanakan sejak enam tahun yang lalu bukanlah PPSMI, tetapi PPSMI/BM. Guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Hanya segelintir pelajar yang dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dengan baik, dan mereka ini ialah pelajar-pelajar yang telah menguasai bahasa Inggeris dengan cemerlang. Berdasarkan pemantauan Kementerian Pelajaran, kelompok pelajar ini tidak lebih 8 peratus daripada keseluruhan jumlah pelajar di negara ini.

Berdasarkan realiti ini, Kerajaan berpandangan bahawa sekiranya dasar PPSMI diteruskan, majoriti pelajar yang sederhana dan lemah dalam menguasai bahasa Inggeris akan mengalami 'double jeopardy'. Kajian saintifik menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris mereka tidak meningkat, dan pada masa yang sama mereka juga gagal menguasai konsep-konsep asas Sains dan Matematik. Sekiranya keadaan ini berterusan, dikhuatiri akan berlaku situasi knowledge deficit di kalangan pelajar, di mana pelajar-pelajar yang gagal menguasai konsep-konsep asas sains dan matematik oleh kerana halangan bahasa, akan menghadapi masalah untuk menguasai ilmu Sains dan Matematik di peringkat yang lebih tinggi. Keadaan ini tentunya akan mendatangkan kesan negatif kepada pembangunan modal insan di negara kita dalam jangkamasa panjang.

Ketiga, kajian di peringkat antarabangsa, termasuk oleh UNESCO, yang memperakukan bahawa bahasa yang mudah difahami oleh pelajar, seperti bahasa ibunda, adalah bahasa terbaik untuk dijadikan bahasa pengantar, terutamanya di peringkat rendah. Laporan Education for All Global Monitoring Report 2009 yang dikelolakan oleh UNESCO memperakukan kepentingan menyediakan pendidikan dalam bahasa ibunda sebagai kunci kepada kejayaan pendidikan. Laporan ini memetik satu kajian yang melibatkan 22 buah negara dan 160 kumpulan linguistik yang mendapati bahawa kehadiran murid ke sekolah meningkat sebanyak 10 peratus bagi sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar, khususnya di peringkat pendidikan rendah.

Dapatan ini adalah selari dengan dapatan yang diperolehi oleh kumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang lemah dan sederhana dalam menguasai bahasa Inggeris, terutamanya di kawasan luar bandar, tidak menunjukkan minat untuk mempelajari Matematik dan Sains ketika dasar PPSMI dilaksanakan.

Selain daripada itu, laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 (TIMMS) juga mendapati bahawa negara-negara yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding negara-negara yang tidak menggunakan bahasa ibunda. Lebih daripada itu, UNESCO juga memperakukan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda adalah faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian matlamat Education for All, iaitu matlamat untuk menyediakan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan kepada semua tanpa mengira perbezaan bahasa, lokaliti, taraf sosio-ekonomi dan gender.

Berdasarkan dapatan-dapatan ini, Kerajaan yakin bahawa keputusan memansuhkan PPSMI adalah satu keputusan yang tepat dan merupakan satu langkah ke hadapan dalam menambahbaik kualiti pendidikan di negara ini. Keputusan ini sesungguhnya mengambilkira kepentingan pelajar serta matlamat membangunkan modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi demi kepentingan negara pada masa depan. Keputusan ini juga adalah selaras dengan amalan pendidikan terbaik di peringkat antarabangsa.

Dipetik dan diubahsuai dari ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin di Perjumpaan Khas Bersama Warga Pendidik pada 21 Julai 2009, jam 9.00 pagi bertempat di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Kesan-Kesan Pemansuhan PPSMI Dari Segi Individu. Ratings: 0|Views: 65|Likes: 1 Published by shalini arivalagan See More Kesan-kesanPemansuhanPPSMI Dari Segi Individu. Bahasa mendefinisasikan seseorang dalam pelbagai cara. Oleh itu, Bahasa Dunia iaituBahasa Inggeris boleh membantu dalam akademik, pembangunan sains pasaran kerja, hubunganantarabangsa, sains dan perjalanan. Dalam aspek akademik, terutamanya di universiti, BahasaInggeris adalah teramat penting. Sebahagian besar buku rujukan ataupun sumber informasi diinternet adalah dalam Bahasa Inggeris. Aktiviti berinovasi dan penerbitan dalam jurnalantarabangsa juga dilakukan dalam Bahasa Inggeris. Termasuk juga pembentangan dalam persidangan antarabangsa, permohonan geran penyelidikan, laporan penyelidikan dan penulisansecara akademik di internet. Penulisan tugasan dan penerbitan di Universiti juga harus dilakukandalam Bahasa Inggeris bagi pengiktirafan antarabangsa. Oleh itu, penguasan matematik dan sainsdalam bahasa inggeris adalah penting. Ia dapat membantu pelajar yang ingin melanjutkan pelajarandi universiti. Ia akan menjejaskan prestasi pelajar jika mereka tidak mampu untuk mengenaliterminologi-terminologi yang diperkenalkan di universiti. Sememangnya keputusanmengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan juga merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuh dan memartabatkankedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dalam system pendidikan negara, tetapidalam jangka masa yang panjang, akan berlaku kekeliruan bagi pelajar apabila merekamelanjutkan pelajaran sama ada di dalam atau di luar negara. Mungkin berlaku kekeliruan apabilamereka hendak menyebut dua perkataan yang hampir sama dalam Bahasa Inngeris. Contohnya,product dan produk akan mencetus kekeliruan untuk pelajar. pelajar juga akan menghadapikesuakran menterjemah perkataan seperti inertia dan gravitional potential. Oleh itu, faktor yang mendorong pelajar mempelajari Bahasa Inggeris adalah untuk keperluan peribadi danakademik mereka sendiri sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Dalam pasaran kerja, jika seseorang itu boleh bertutur secara fasih dalam Bahasa Inggeris,kemungkinan besar dia akan dipilih untuk berkerja. Jika kita meneliti iklan-iklan kerja yangdisiarkan, kebanyankannya mermerlukan perkerja itu fasih dalam bahasa Inggeris dan sebahagiankerjaya memerlukan pergunaan mutlak dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh, dalam industri penerbangan, juruterbang latih akan diajar seratus peratus dalam bahasa Ingerris dan pelajar yangtidak fasih dalam bahasa itu akan mengalami banyak masalah untuk memahami konsepkonsepyang diterangkan, termasuk juga dalam bidang perubatan dan undang-undang. Oleh itu, keupayaanuntuk berkomunikasi adalah kunci bagi seseorang untuk memajukan kerjayanya. Seorang pekerjayang tidak mampu menyatakan dirinya hanya akan mewujudkan salah faham dan kekeliruan. Dankemungkinan dia tidak dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan cekap. Juga, kajian telahmenunkukan bahawa apabila seorang pekerja tidak mahir dalam bahasa Inggeris, dia akan kurangyakin dirinya. Majikan memerlukan seorang yang bukan sahaja tahu kerja mereka, tetapi boleh berkomunikasi dengan berkesan di semua peringkat kepada rakan-rakan dan pelanggan. Walaupunseseorang itu mempunyai tahap pencapaian yang tinggi, jika tahap keyakinannya rendah keranatidak dapat menguasai bahasa Inggeris, akan menjejaskan prestasi mereka di tempat kerja.Kehilangan produktiviti syarikat bermakna pekerja yang tidak fasih dalam bahasa Inggeris adalahyang kurang bernasib baik. Oleh itu, jika pencari kerja tidak mahu kehilangan peluang, mereka perlu meningkatkan taraf bahasa Inggeris mereka.Dalam aspek hubungan antarabangsa, kebanyakannya dilakukan dalam bahasa Inggeris.Untuk memohon pekerjaan, kita perlu menulis surat dan memaparkan resume dalam bahasaInggeris. Apabila membuat perjalanan, sebagai contoh ke Mekah untuk menunaikan umrah atauhaji, tanda-tanda tidak terhad kepada Bahasa Arab sahaja, mereka juga ada dalam bahasa Inggerisdan Perancis, tetapi tidak dalam bahasa Malaysia. Oleh itu, untuk mencapai medan peringkat

antarabangsa, kita tidak perlu melucutkan pembelajaran bahasa Inggeris. Dengan pemansuhanPPSMI, peluang kita untuk diterima di peringkat global akan berkurang. Contohnya, mencari pekerjaan di luar Malaysia akan menjadi sukar dan mungkin tidak diterima. Kekurangan otak pemikiran intelektual dalam bahasa Inggeris akan melambatkan keupayaan kita untuk berkembangdan bersaing dengan intelektual antarabangsa

You might also like