You are on page 1of 9

KONSEP ASAS

FALSAFAH
Definisi Falsafah
Pendekatan Falsafah
Cabang Falsafah
Kaedah Untuk Berfalsafah

Definisi Falsafah
Berasal daripada perkataan Yunani
Philosophia, bermaksud cinta
kepada ilmu pengetahuan atau
hikmah. Ahli falsafah ialah orang
yang cinta akan ilmu pengetahuan
dan berusaha mendapatkannya,
memusatkan perhatian kepadanya,
dan membentuk sikap positif

Russell meletakkan falsafah di


antara dua bidang ilmu, iaitu teologi
dengan sains. Berdasarkan kepada
pandangan Russell, ilmu
pengetahuan pasti ialah kepunyaan
sains dan semua dogma atau rukun
agama ialah kepunyaan teologi. Di
antara kedua-dua bidang ilmu ini
ialah falsafah.
3

Schofield menganggap falsafah sebagai


satu proses menyoal. Soalan falsafah
memerlukan seseorang itu mentaakul,
bertafakur dan berfikir untuk
mendapatkan jawapannya.

Falsafah bertujuan untuk mencari


pandangan menyeluruh tentang manusia
dan alam sekelilingnya dan melihat
kesemuanya sebagai satu keseluruhan
yang bersepadu dalam perhubungan yang
tertib dan sempurna.
4

Pendekatan Falsafah

Kneller membahagikan pendekatan


falsafah kepada tiga cara atau stail,
iaitu;
Falsafah spekulatif,
Falsafah preskriptif
Falsafah analitik.

Falsafah Spekulatif ;

Satu cara pemikiran yang sistematik tentang


semua perkara yang wujud. Falsafah ini cuba
memahami semua perkara yang berbeza, yang
telah ditemui bersama, membentuk menjadi satu
keseluruhan yang bermakna.

Falsafah Preskriptif ;

Falsafah ini cuba menetapkan standard untuk


mempertimbangkan nilai, kelakuan dan
menghargai seni. Falsafah ini mengkaji apa yang
dikatakan baik atau buruk, betul dan salah, cantik
dan hodoh dan sebagainya. Falsafah ini juga
berusaha mencari dan mengesyorkan prinsip
untuk menentukan tindakan dan kualiti yang
berfaedah dan mengapa ia harus begitu.
6

Falsafah Analitik ;

Falsafah ini memberi tumpuan kepada


perkataan dan maknanya. Falsafah ini
juga menganalisis kenyataan spekulatif
dan preskriptif dan mengkaji perkara
tersebut dalam usaha untuk
mempertimbangkan maknanya yang
berbeza dalam konteks yang berlainan.

Cabang Falsafah

Tiga cabang falsafah ;


Metafizik atau ontologi ; persoalan tentang
kewujudan ( alam , roh , dan kehidupan ) .
Epistemologi ; persoalan tentang pengetahuan
(wahyu, intuitif , empirikal , autoritatif ,
rasional) .
Aksiologi ; Persoalan tentang nilai ( baik atau
buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh, atau
perkara lain yang berkaitan nilai ). Aksiologi
boleh dibahagikan kepada etika dan estetika.
Etika memberi perhatian kepada kualiti moral
dan tingkah laku, manakala estetika menentukan
kriteria bagi kecantikan, pengalaman, alam
sekeliling dan kehidupan.

Kaedah Berfalsafah

Logik ialah kaedah yang


digunakan untuk berfalsafah.
Terdapat dua bentuk logik ;

Logik deduktif ;

Cara membuat kesimpulan daripada


pernyataan am kepada pernyataan khusus.

Logik induktif ;

Cara membuat kesimpulan daripada


pernyataan khusus kepada pernyataan am.
9

You might also like