You are on page 1of 7

LAPORAN PEMERHATIAN DUA ORANG PELAJAR

Sebab–sebab Memilih Kanak-Kanak Tersebut

Dalam tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 ini, saya telah memilih
dua orang murid daripada Sekolah Kebangsaan Panji iaitu Rayyan Darwish Bin
Muhammad Farhan dan Ainul Farisya Binti Sallehuddin. Mereka masing-masing
merupakan murid tahun 2.

Antara sebab mengapa saya memilih kedua-dua orang murid ini ialah kerana
mereka menepati kriteria jantina yang dikehendaki dalam kajian ini iaitu seorang murid
perempuan dan seorang murid lelaki. Justeru, saya bertekad untuk memilih responden
yang berlainan jantina supaya kajian yang bakal dijalankan menepati hasil kajian atau
laporan yang bakal saya hasilkan.

Selain itu, Darwish dan Ainul bertepatan dengan kriteria umur yang dikehendaki.
Malah, saya memilih mereka selari dan bersesuaian dengan tahap perkembangan yang
saya uji dan laksanakan terhadap mereka. Pada awalnya saya agak keliru dengan
peserta responden yang harus saya pilih sama ada berumur 6, 7 atau 8 tahun, setelah
mendapatkan beberapa pandangan dan pendapat daripada guru-guru di sekolah
tersebut, akhirnya saya bersetuju untuk memilih Darwish dan Ainul.

Perkara menarik yang menyebabkan saya tertarik untuk memilih Darwish dan
Ainul sebagai peserta kajian saya ialah mereka mesra dan mematuhi arahan yang
diberikan. Malah, mereka merupakan peserta kajian yang dicadangkan sendiri oleh
Ustazah Husnainun yang merupakan guru Pendidikan Agama Islam di Sekolah
Kebangsaan Panji selaku guru kelas kepada Darwish dan Ainul. Hal ini menjadikan
segala pelaksanaan dan proses menjalankan kajian mudah dan berjalankan dengan
baik.
1.0 Aspek Fizikal

Berikut merupakan butiran peribadi dua orang pelajar yang saya pilih.

Nama Rayyan Darwish Bin Ainul Farisya Binti


Muhammad Farhan Sallehuddin
Umur 8 Tahun 8 Tahun
Berat 20 kg 24 kg
Tinggi 112cm 120cm
Jantina Lelaki Perempuan

Berdasarkan butiran peribadi dua orang pelajar tersebut, saya dapat membuat
kesimpulan secara perbezaan aspek fizikal iaitu Darwish mempunyai saiz badan, berat
badan, dan ketinggian yang lebih kurang berbanding Ainul. Jadi, walaupun usia mereka
sama, tetapi saya dapati perkembangan fizikal dari segi penampilan, Ainul lebih matang
berbanding Darwish.

Definisi perkembangan fizikal menurut (Woolfolk & Margetts, 2007). menurut


beliau perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan
bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia.
Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalamami perubahan dalam ketinggian,
berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang
lebih kompleks.

Menurut (Hurlock, 1978) pula perubahan-perubahan ini memperngaruhi tingkah


laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung. Secara langsung,
perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu,
misalnya keupayaan kanak-kanak bersaing dengan rakan sebaya. Secara tidak
langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan
orang lain.
Bagi perkembangan fizikal dua orang pelajar ini, saya tidak berkesempatan
untuk membuat kajian dari segi aspek jasmani secara langsung kekangan pada bulan
Ramadan, guru di sekolah tersebut tidak menggalakkan saya untuk melakukan aktyiviti
jasmani bersama pelajar-pelajar tersebut. Jadi, saya mengambil inisiatif lain dengan
mendapatkan maklumat kemahiran jasmani kanak-kanak tersebut melalui aktiviti temu
bual.

Hasil daripada temu bual bersama dua orang pelajar tersebut, saya dapati
kedua-duanya aktif dalam bersukan. Mereka berdua sentiasa menjadi wakil rumah
sukan dalam Sukan Tahunan sekolah. Tetapi, jika dibandingkan rekod masa larian
mereka berdua, Darwish lebih pantas berbanding Ainul. Mungkin kerana saiz badan
Darwish lebih kecil berbanding Ainul serta koordinasi otot pada badan Darwish lebih
kuat, darwish lebih pantas dan mudah untuk berlari.

Sesi temu bual bersama Ainul Sesi temu bual bersama Darwish
2.0 Aspek Kognitif

Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat,


memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing.
Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, menaakul, menyelesaikan masalah,
mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan
hidup seseorang individu.
Bagi aspek kognitif ini, saya menggunakan teori Jean Piaget sebagai panduan
kepada saya untuk membuat kajian kepada dua orang pelajar ini. Mengikut kesesuaian
umur Darwish dan Ainul, mereka berada di peringkat operasi konkrit. Sepatutnya,
kanak-kanak pada peringkat umur ini berkebolehan berfikir secara logik walaupun
pemikiran mereka masih terikat dengan situasi konkrit. Jadi, saya telah merancang
aktiviti yang terbaik untuk mereka iaitu saya menggunakan prinsip identiti.
Bagi aktiviti prinsip identiti, saya sediakan dua biji cawan yang berbeza saiz dan
bentuk. Gelas tersebut dilabel dengan A dan B. Gelas A lebih lebar manakala gelas B
lebih panjang dan tirus. Apabila kuantiti air yang sama dimasukkan ke dalam kedua
gelas tersebut, Ainul berjaya membuat kesimpulan bahawa kuantiti air dalam kedua-
dua gelas itu sama manakala berbeza pula dengan Darwish, dia tidak dapat
membezakan kuantiti air tersebut. Darwish membuat kesimpulan bahawa air di dalam
gelas B lebih banyak kerana air dalam gelas yang tirus dan panjang kelihatan lebih
tinggi berbanding di dalam gelas A yang lebar kelihatan cetek.
Menurut Salvin, 1997 dalam buku Perkembangan Kanak-Kanak (52:2011), Kanak-
kanak peringkat konkrit berubah secara beransur daripada pemikiran egosentrik kepada
pemikiran objektif. Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi dan
pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka. Mereka boleh mula
bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain atau membuat aktiviti
bersama.
Jadi, melalui aktiviti tersebut, saya mendapati Darwish masih belum menguasai
perkembangan kognitif pada peringkat operasi konkrit manakala Ainul telah
meunjukkan kematangan dari segi kemahiran berfikir dan menganalisis masalah dan
situasi yang diberikan.
3.0 Aspek Emosi

Menurut Heliza Hamzah dan Joy. N Samuel (89:2009) dalam buku Perkembangan
Kanak-Kanak, emosi boleh didefinisikan sebagai satu perasaan afektif yang dialami
oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya.
Emosi datang dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, marah, takut dan
sebagainya.
Daniel Goleman (1995) menyatakan 80% kejayaan seseorang bergantung kepada
kecerdasan emosi (EQ) manakala lebih kurang 20% sahaja kejayaan disebabkan oleh
kecerdasan mental (IQ). Menurut Meyer dan Salovey (1993), kepintaran emosi
membolehkan individu berfikir lebih kreatif dan dapat menggunakan emosi untuk
menyelesaikan masalah.
Setelah mempelajari dan memahami teori perkembangan sosio-emosi oleh Erik
Erikson, saya telah menjalankan satu aktiviti bersama dua orang pelajar tersebut untuk
membuat perbezaan dari segi emosi mereka dalam situasi yang sama. Saya telah
mengadakan satu kuiz menjawab soalan. Hasil daripada aktiviti tersebut, saya dapati
Darwish lebih beremosi berbanding Ainul. Sepanjang pemerhatian saya, Ainul
mempunyai emosi yang jauh berbeza dengan Darwish. Ainul menunjukkan sifat malu,
takut, sabar dan merendah diri. Manakala Darwish pula sangat aktif, berkeyakinan,
mudah mesra, banyak bercakap dan mudah marah.
Semasa sesi menjawab kuiz, saya perhatikan bahawa cara pemikiran Ainul lebih
kreatif tetapi kerana dia agak pemalu, dia lebih memberi peluang kepada Darwish untuk
menjawab soalan dahulu. Manakala, Darwish pula mudah melenting apabila Ainul ingin
menjawab soalan mendahuluinya. Jadi, saya dapat simpulkan bahawa Ainul lebih
pandai mengawal emosi dan mempunyai perangai yang lebih baik berbanding Darwish.
Tetapi, secara keseluruhannya kedua-dua orang pelajar ini sangat menghormati guru-
guru dan memberikan komitmen serta kerjasama yang baik sepanjang sesi aktiviti
dijalankan.
4.0 Aspek Tingkah Laku

Perkembangan tingkah laku kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan


yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang
boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya melibatkan proses sosialisasi
yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan
penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan
ini dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan
dan identifikasi, aktiviti bermain, perkembangan kongnisi sosial, persahabatan,dan
perhubungan dengan rakan sebaya.
Bagi mengkaji aspek tingkah laku ini, saya memilih untuk membuat aktiviti soal
selidik bersama pelajar-pelajar tersebut. Saya sediakan beberapa soalan untuk mereka
jawab pada sesi tersebut. Hasil daripada jawapan soal selidik yang pelajar tersebut,
saya dapat membuat kesimpulan bahawa begitu banyak perbezaan antara dua pelajar.
Saya dapati Ainul lebih gemar meluangkan masa dengan membaca buku manakala
Darwish meluangkan masa lapangnya dengan bermain. Apabila ditanya, setiap petang
dia akan bermain bola bersama rakan-rakan di kawasan rumah. Di sini, saya dapat lihat
perbezaan pergaulan sosial antara dua orang pelajar ini.Darwish lebih pandai suka
bergaul dan berkawan manakala Ainul lebih suka bersendirian dan membaca.
Robert Havinghurst merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang sangat terkenal
dengan teori antropologi dan sosio budayanya. Robert berpendapat bahawa
perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitarannya. Justeru personaliti
seseorang juga akan dipengaruhi oleh persekitaran yang dari aspek nilai-nilai, norma-
norma dan budaya masyarakat dan persekitaran sekelilingnya. Bahkan, robert juga
menyatakan bahawa perkembangan seseorang turut dipengaruhi oleh faktor biologi,
sosial dan psikologi.
Dari aspek tingkah laku ini, saya dapati bahawa ajaran ibu bapa sangat penting. Ibu
bapa memainkan peranan besar dalam mendidik dan memupuk minat anak-anak dalam
membaca. Ibu bapa Ainul menggalakkan anak-anaknya untuk membaca sejak kecil
lagi. Oleh itu, akan timbul minat tersebut dalam diri anak-anak sehingga mereka
dewasa jika persekitarannya mendidik diri anak-anak ke arah aktiviti tersebut.
Selain itu, dari aspek pergaulan dengan rakan, saya dapati Ainul lebih kerap
bergaduh dengan rakan berbanding Darwish. Apabila ditanya rakan-rakannya, ramai
yang mengatakan bahawa Ainul sangat pendiam dan agak kedekut. Jadi, perangai
kedekut Ainul membuatkan timbul rasa ketidakselesaan rakannya. Berbeza pula
dengan Darwish yang amat mesra, periang dan mudah berkawan. Rakan-rakannya
juga menyatakan pendapat bahawa mereka suka berkawan dengan Darwish.
Maka kesimpulannya, dari aspek sosial, pergaulan dan interaksi dengan rakan-
rakan, Darwish lebih pandai bersosial jika dibandingkan dengan Ainul. Namun begitu,
hal ini tidak menjadi masalah besar bagi kanak-kanak yang masih berumur 6-8 tahun
kerana kemahiran bersosial ini boleh dididik.

Sesi menjawab soalan soal selidik bersama Ainul dan Darwish

You might also like