You are on page 1of 12

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN

Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat


keputusan (professional judgement) tentang produk sesuatu
program pendidikan (prestasi murid).

Satu proses
mendapatkan
maklumat
Tentang apa
yang murid:
tahu
boleh buat
Guru membuat boleh
keputusan tentang amalkan
prestasi murid
Kaedah Pentaksiran
Guru membuat keputusan berdasarkan maklumat yang
dikumpulkan melalui pelbagai teknik dan bentuk pentaksiran.

Kurang formal Lebih formal

Tidak Kurang Berstruktur


berstruktur Sangat
berstruktur
berstruktur
Ujian dalam
Perjumpaan/ Soal selidik kelas
pertemuan Pemerhatian Senarai semak Peperiksaan
tidak rasmi
Pentaksiran Tugasan Ujian setara
Perbualan kendiri praktikal Ujian aptitud
Projek
Kajian kes
Alat Pentaksiran / Instrumen
Instrumen : Alat, kaedah, pendekatan
atau mekanisme yang digunakan untuk
menguji penguasaan atau pencapaian
murid bagi sesuatu domain.

Pelbagai instrumen pentaksiran yang


bersesuaian dengan konstruk yang ditaksir
dalam sesuatu mata pelajaran boleh
digunakan dalam mentaksir bagi sesuatu
pelajaran mengikut kesesuaian dan
kebolehlaksanaan.
Konstruk atau APA (perkara) yang
hendak ditaksir.
Perkara yang cuba nak dibangunkan dan
diperkembangkan dalam diri pelajar hasil dari
pembelajaran sesuatu mata pelajaran.
Konstruk dikenal pasti dari Sukatan Pelajaran
(SP) atau Huraian Sukatan Pelajaran (HP)
Berbentuk:
Konkrit - (Contoh) : tinggi dan berat.
Abstrak - (Contoh): pengetahuan, pemahaman,
kemahiran dan nilai.
Antara instrumen yang boleh digunakan:
1. Pemerhatian
Instrumen yang memerlukan murid melaksanakan
tugasan dengan cara melihat atau mengawasi
sesuatu perkara secara berkala atau berjadual
tentang apa yang dihasratkan.
2. Soal Jawab
- Alat pentaksiran di mana eviden diperoleh dengan
mentaksir kemampuan pelajar menyoal dan
menjawab.
- Merupakan satu aktiviti yang melibatkan komunikasi
dua hala yang terancang, melibatkan dua pihak iaitu
yang bertanya dan yang menjawab.
- Pelajar dapat memberikan pandangan, pendapat
dan komen dengan menggunakan bahasa yang
sesuai.
3. Pensil dan kertas / Ujian Bertulis
Instrumen yang menggunakan item objektif atau
subjektif.
4. Amali
Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan
apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.
5. Portfolio
- Alat pentaksiran di mana eviden autentik diperoleh
dengan mentaksir kemampuan membuat himpunan
atau koleksi hasil kerja.
- Instrumen ini berbentuk dokumen yang berstruktur dan
memerlukan perancangan, pelaksanaan dan
penilaian yang teliti.
Contoh : Hasil lukisan, hasil penulisan seperti puisi,
tulisan, hasil seni, pita video dan hasil ukiran.
6. Produk
Tugasan memerlukan murid melaksanakan atau
membuat atau menghasilkan satu produk
berdasarkan tugasan yang diberikan.
7. Projek
- Alat pentaksiran di mana eviden diperoleh dengan
mentaksir kemampuan pelajar mengumpul dan analisis
maklumat, penghasilan produk serta penyediaan
laporan.
- Mampu mentaksir pelbagai konstruk dan kreativiti
untuk menyelesaikan masalah.
8. Temu bual
- Alat pentaksiran di mana eviden diperoleh dengan
mentaksir kemampuan pelajar menjawab soalan yang
dikemukakan dalam situasi formal.
- Biasa digunakan dalam lisan tetapi boleh juga
dalam bentuk penulisan.
9. Persembahan
Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan
tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai
situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen
praktikal sesuatu mata pelajaran dengan
menentukan bagaimana murid menggabungkan teori
dan amali.
10. Tugasan Bertulis/Karya Penulisan.
Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan
laporan/dokumen/karya kreatif dalam bentuk
penulisan mengikut spesifikasi atau format yang
ditetapkan berpandukan tugasan yang diberikan.
11. Perbincangan
- Alat pentaksiran di mana eviden diperoleh dengan
mentaksir kemampuan pelajar melibatkan diri secara
interaksi berbentuk lisan atau penulisan.
- Instrumen yang merupakan satu aktiviti yang
membolehkan individu berinteraksi antara satu sama
lain serta berkongsi maklumat mengenai sesuatu topik
atau masalah.
- Mentaksir kemampuan pelajar berinteraksi bagi
mencari penyelesaian.
12. Ujian Lisan
- Alat pentaksiran di mana eviden diperoleh dengan
mentaksir kemampuan pelajar mengemukakan
pendapat dan mempertahankan hujah serta
kebolehan dari segi sebutan dan kelancaran bertutur.
- Pelajar perlu mengengar item yang dikemukakan
dengan teliti, kemudian memproses apa yang
didengar, seterusnya menyampaikan maklumat, idea
dan perasaan dengan jelas secara verbal.
- Lazimnya item lisan menggunakan stimulus seperti
gambar, petikan atau perbualan.
13. Lembaran Kerja
14. Kuiz
16. Senarai Semak
16. Home Work/Tugasan Rumah.

You might also like