You are on page 1of 2

Miskonsepsi Kira Tolak Kanak-kanak yang berumur 7 ke 8 tahun sering mengalami miskonsepsi smaller -fromlarge.

Kanak-kanak dilihat menolak digit kecil dalam setiap lajur daripada digit yang lebih besar tanpa mengmbil kira kedudukan digit tersebut. Miskonsepsi ini timbul daripada kefahaman yang salah tentang operasi kira tolak iaituoperasi tolak hanya boleh berlaku dengan nombor besar ditolak dengan nombor yang lebih kecil. Contohnya :

Bagi mengatasi masalah ini, pengajaran yang disampaikan oleh guru hendaklah menggunakan bahan konkrit untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Apabila guru

menggunakan nombor murid tidak mengenalpasti berapa bilangan yang ada. Kemungkinan murid mengenali nombor tetapi tidak pasti berapa banyak objek yang ada. Tetapi dengan adanya objek yang digunakan untuk menunjuk cara murid akan mudah memahami dan menyelesaikan masalah penolakan nombor. Mula-mula guru memberi contoh penolakan nombor yang besar ditolak nombor yang kecil kemudian barulah memberi contoh penolakan nombor yang kecil kepada nombor yang besar. Seterusnya berikan penjelasan menggunakan contoh yang dikemukakan antaranya ialah jumlah objek yang sedikit tidak dapat ditolak kerana bilangannya tidak mencukupi.

Contoh 1

Nombor yang besar tolak nombor yang kecil


8 - 4 ____

Contoh 2

Nombor yang besar tolak nombor yang kecil


513 -2 8 7 _____

Seterusnya guru perlulah memberikan penekanan kepada enam kemahiran asas iaiti mengelas dan membanding, memadan satu dengan satu, membilang, merekodkan dengan perkataan dan simbol, menyusun nombor mengikut tertib dan memahami konsep nilai tempat. Di peringkat awal proses pembelajaran kanak-kanak perlu diberi penekanan

tentang kefahaman secara bermakna dan rasional tentang konsep-konsep asas matematik .

Kemahiran mengelas dan membanding merupakan konsep asas pranombor yang harus ditrekankan di peringkat awal pengajaran matematik. Pada peringkat murid diberikan benda maujud yang digunakan untuk membilang dan membanding secara intuitif dan mengenal pasti kumpulan yang banyak atau sedikit. Untuk menyelesaikan masalah

penolakan nombor murid telah memahami bahawa objek yang sedikit tidak boleh digunakan untuk menolak benda yang banyak. Di samping itu juga murid perlu diperkenalkan dengan kaedah pengumpulan semula untuk menyelesaikan masalah penolakan ini. Penerangan yang jelas daripada guru membolehkan murid memahami cara penyelesaian yang mudah.

You might also like