You are on page 1of 55

PPG MT-MAJOR

TOPIK 1 Pengenalan

NOMBOR

Kursus Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratusan ini memberi peluang kepada pelajar menghayati dan mengembangkan amalan pengajaran yang baik dalam nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus. Perbincangan meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan perkembangan konsep kanak-kanak, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pembinaan resos pembelajaran. Pengalaman praktikal diperoleh melalui sesi pengajaran mikro/makro. Modul ini dibina untuk membimbing pelajar- pelajar menjana ide dan menggilap kreativiti menjadi guru matematik yang berkesan. Tiga aspek utama yang mesti diberi perhatian ialah: i. ii. iii. Tahu tentang kemahiran- kemahiran matematik yang perlu murid kuasai pada akhir persekolahannya. Ada kemahiran pedagogi untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran supaya murid faham dan jelas. Tahap- tahap perkembangan dalam pembinaan sesuatu konsep matematik

Topik- topik dalam kursus ini ialah Nombor, diikuti dengan Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Dalam tajuk 1, kita akan fokus kepada Nombor Bulat sahaja dan Empat Operasi Asas. Kita juga akan bincangkan tentang Fakta Asas, Celik Operasi (Operation Sense) dan Pengiraaan serta Isu- isu Utama dalam Pengajaran Nombor Bulat. Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran topik ini, pelajar- pelajar dapat: i. ii. iii. iv. 1.1 Menerangkan tentang perkembangan awal nombor. Meningkatkan kemahiran-kemahiran pedagogi yang berkesan dalam pengajaran Nombor Bulat. Merancang aktiviti- aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Nombor Bulat. Membincangkan isu- isu yang berkaitan dalam tajuk ini. Nombor Bulat

Kemahiran - kemahiran matematik dalam tajuk Nombor Bulat yang perlu ada dan mesti dikuasai murid- murid setelah tamat sekolah rendah ialah:

PPG MT-MAJOR

• • • • • • •

Menggunakan istilah seperti banyak, sedikit, sama banyak, tidak sama banyak atau lebih besar daripada, lebih kecil daripada semasa membuat perbandingan. Mengenal dan menamakan nombor bulat Mengira, membaca dan menulis nombor bulat Menentukan nilai tempat bagi digit dalam nombor bulat Membanding beza nilai- nilai nombor bulat Menyusun nombor bulat secara menaik atau menurun Membundar nombor bulat kepada puluh, ratus, ribu dan puluh ribu yang hampir.

Kemahiran Pedagogi ialah satu aspek yang amat penting bagi guru untuk menyampaikan isi kandungan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran pedagogi bermaksud guru dapat menguasai kaedah, teknik dan strategi yang bersesuaian dalam pengajaran dengan tujuan membantu murid memahami dan menguasai sesuatu konsep.Seorang guru matematik yang efektif perlu arif tentang langkah- langkah perkembangan yang perlu diambil kira dalam pembinaan sesuatu konsep khususnya bagi nombor bulat. 1.1.1 Tahap Perkembangan Nombor Bulat Perkembangan suatu konsep matematik selalunya akan melalui beberapa langkah- langkah tertentu. Ia berlaku secara berturutan dari konsep yang mudah ke konsep yang agak sukar dan seterusnya ke tahap yang susah. Murid- murid perlu didedahkan mengikut pemeringkatan seperti dalam tajuk nombor bulat iaitu: • • • • • • Celik Nombor Pra Nombor Nombor Awal Pengenalan Nilai Tempat Pengukuhan tentang Nilai Tempat Lanjutan tentang Nilai Tempat

1.1.2 Celik Nombor Celik nombor merangkumi: • • Pemahaman tentang konsep nombor dan operasi ke atas nombor. Pembentukan strategi berguna bagi memahami nombor dan operasi ke atas nombor.

PPG MT-MAJOR

• •

Kebolehan untuk mengira dengan tepat dan efisyen, boleh mengesan kesilapan. Kebolehan dan kecenderungan untuk menggunakan kefahaman tentang nombor , dan dalam pelbagai cara yang fleksibel apabila ingin membuat keputusan. Mempunyai jangkaan bahawa nombor adalah berguna, dan bekerja dengan nombor adalah bermakna dan boleh diterima akal (make sense). cth: dapat tempat pertama dalam kelas

1.1.3 Pra Nombor Pada peringkat ini, kanak- kanak perlu ada kemahiran pra syarat untuk mempelajari tentang nombor. Kemahiran pra syarat ini termasuklah: • mengklafikasi /mengisih objek melalui sifat- sifat fizikal seperti warna, saiz • membandingkan kuantiti dua objek melalui padanan satu ke satu. • menentukan hubungan kuantiti antara dua set sebagai sama banyak, lebih banyak atau kurang daripada. • Keabadian kuantiti Konsep Pranombor adalah yang bukan berkaitan dengan nombor tetapi kemahiran ini penting sebagai asas kepada konsep dan kemahiran nombor yang seterusnya.

1.1.4 Nombor Awal Di sini, kanak- kanak akan menumpukan perhatian untuk mempelajari nombor 1 ke 10, juga sifar. Mereka akan diajar membaca, menulis dan menyusun nombor berasaskan objekobjek konkrit dahulu, diikuti dengan objek- objek dalam gambar dan akhirnya hanyalah simbol atau nombor sahaja. Mereka juga perlu faham konsep sifar yang mewakili kuantiti kosong atau tiada.Guru matematik perlu berhati- hati di sini kerana kanakkanak biasanya menghadapi masalah untuk memahami makna sifar.Oleh itu, adalah wajar untuk mengenalkan sifar hanya setelah kanak- kanak kenal nombor sekurang- kurangnya sehingga nombor 3. Begitu juga dengan nombor 10 kerana ia melibatkan nombor dua digit dan nilai tempat. Penerangan berkenaan Nilai Tempat akan dihuraikan kemudian.

PPG MT-MAJOR

Kemahiran/konsep penting yang perlu dikembangkan dalam peringkat awal nombor •

Mengenal, menama, dan menentukan nilai nombor 1 hingga 10, dan 0
Membilang nombor 1 hingga 10

• •

Menulis angka 1 hingga 10 Menyusun nombor 1 hingga 10 mengikut tertib menaik dan menurun.

1.1.5 Perkembangan Nombor (Number Development) Mengajar awal nombor Dengar, lihat, sebut dan tunjuk Strategi Membilang • • • • • • Membilang secara menaik (Counting on) Membilang secara menurun (Counting back) Membilang secara lisan (Verbal counting) Membilang secara sentuhan (Touch counting) Membilang secara visual (Visual counting) Membilang secara melangkau (Skip counting)

• • • •

Mengajar Menulis Angka Teknik Biasa Menulis di udara (write in the air) Menulis di atas pasir (write on sand board) Menekap angka putus-putus (trace dashed numerals) Menulis di atas ruang kosong (write on empty space)

PPG MT-MAJOR

1.1.6 Pengiraan Apabila kita mengira, kita sebenarnya mencari bilangan elemen dalam satu set objek. Ia melibatkan nombor- nombor selain dari 1. Contohnya kita mengira wang, baki wang, mengira dalam kiraan dua (2, 4, 6, 8, 10, 12, ...) atau dalam kiraan lima (5, 10, 15, 20, 25, ...). Kita boleh mengira dalam pelbagai cara yang berbeza. Mengira secara lisan biasanya digunakan bagi objek yang ada di depan mata.Menggunakan gundal atau tally marks, untuk mengira dilakukan dengan mencatatkan satu tanda untuk mewakili satu kuantiti dan kemudian menjumlahkan tanda yang dicatat . Ini adalah pengiraan menggunakan asas 1. Pengiraan biasa ialah menggunakan asas 10 Selain dari itu kita juga boleh menjalankan pengiraan menggunakan jari (finger-counting) terutamanya untuk mengira nombor kecil. Di sini kita menggunakan 1 jari= 1 unit dan terhad kepada mengira 10 sahaja. Lain- lain simbol tangan juga digunakan seperti dalam Sistem Cina di mana 1 tangan mewakili 10. Finger binary (base 2 counting) juga ialah satu cara mengira di mana pengiraan sehingga 1023 = 210 – 1 boleh dilakukan. Guru matematik sepatutnya mendedahkan teknik- teknik untuk mengira seperti teknik counting on (0, 1,2,3,4,....), teknik counting back (10, 9,8,7,6,.....) dan juga skip counting (2, 4,6,8,....) . Kita patut mula dengan nombor yang lebih kecil dahulu misalnya nombor 0 hingga 10. Apabila murid- murid sudah mahir, barulah beralih ke nombor- nombor yang lebih besar. Pelbagai alat dan kaedah boleh digunakan untuk membantu mengira seperti hand tally counters, menggunakan pensel dan kertas, penganggaran, aritmetik mental, abakus, kalkulator dan komputer. Kita sepatutnya dapat membuat pilihan yang bijak melalui pengalaman untuk memilih yang mana satu yang lebih baik dan sesuai.

1.1.7 Peranan Algoritma dan Perwakilan Nombor Algoritma ialah satu prosedur yang mengandungi langkahlangkah khusus untuk diikuti dalam pengiraan. Mengikut alKhwārizmī, algoritma merujuk kepada peraturan- peraturan dalam menjalankan aritmetik menggunakan nombor- nombor Arab- Hindu. Kepentingan untuk memahami dan menggunakan

Ribu. Pelajar yang dapat mencipta algoritma alternatif selalunya lebih berjaya dalam matematik kerana ia dibina berasaskan pemikiran dan kefahaman mereka. Kelajuan dan kecekapan menggunakan algoritma matematik melibatkan nombor. Sebagai contoh nombor 3578 dibaca sebagi tiga ribu lima ratus tujuh puluh lapan. ataqu 3000 sa . Kita perlu tahu dan faham bagaimana sesuatu algoritma itu digunakan dan berfungsi. latihan perlu diberi setelah mempelajari tajuk matematik.nombor besar bukan lagi merupakan satu isu kritikal kerana isu ini dapat diatasi menggunakan teknologi. atau 70 sa 5 ratus. Ini dapat menyokong kita untuk terus maju dalam matematik kerana algoritma itu bermakna untuk kita. Walaupun begitu. Kita memerlukan fasiliti kepada algoritma untuk pengiraan itu. seorang mestilah mempunyai kaedah yang efisen dan tepat untuk mengira. dan ada kemahiran celik nombor dan operasi. atau 500 sa 3 ribu. Sekiranya kita mengamalkan pembelajaran secara menghafal semasa menjalankan algoritma matematik. Kefahaman konseptual mesti dilengkapi dulu sebelum latihan dijalankan. 1. Terdapat pelbagai algoritma dalam matematik dengan kegunaannya tersendiri. Kadangkala latihtubi dan latihan tidak akan menjadi berkesan dan perlu sekiranya ia tidak membawa apa-apa makna kepada pelajar. teknologi tidak boleh menafikan keperluan untuk memahami dan menjalankan algoritma. Konsep yang kukuh tentang ide. nilai tempat merupakan satu konsep utama.Nilai bagi sesuatu nombor ditentukan melalui kedudukannya dalam nombor itu. puluh dan sa menunjukkan tempat bagi nilai. maka ini akan menghalang perkembangan celik nombor kita.8 Nilai Tempat Dalam sistem Arab.1.PPG MT-MAJOR algoritma adalah perlu dalam mempelajari matematik. ratus. Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Untuk menjadi mahir dalam pengiraan.algoritma asas. Jadi seharusnya pelajar perlu jelas dan faham apa yang mereka buat.ide matematik akan memudahkan lagi menyelesaikan masalah yang berkaitan.Hindu . 3 5 78 8 sa 7 puluh.

Ide tentang nilai tempat dikaitkan terus dengan konsep pengumpulan semula dalam nombor asas 10 (10 sa = 1 puluh). murid. kita mesti melalui proses mengumpulkan objek dalam kumpulan sepuluhsepuluh. Satu contoh bahan untuk menunjukkan nombor asas sepuluh ialah dengan menggunakan straw. Aktiviti 1 Apakah bahan.murid akan mula menggunakan nombor 11 hingga 20 . Untuk membina kefahaman dan pengalaman ini.PPG MT-MAJOR Dalam bentuk kembangan (expanded form). Lihat rajah di bawah. Kita katakan satu straw mewakili nilai 1 dan 1 ikatan yang mengandungi 10 straw menunjukkan ide mengumpulkan 10 straw kepada satu kumpulan 10. sa puluh Ide nilai tempat diteruskan lagi kepada nombor 20 sehingga 100. Apabila tajuk nilai tempat diperkenalkan. Di sini guru memainkan peranan penting untuk membimbing murid untuk belajar dan memahami konsep nilai tempat dengan mudah melalui pengalaman konkrit.bahan lain yang boleh anda gunakan sebagai objek asas 10 semasa mengajar konsep nilai tempat? Bagaimana anda menggunakan bahan itu untuk menunjukkan nilai sa. Kini masanya untuk anda berfikir. Ini membolehkan mereka membina sebarang nombor menggunakan 10 digit itu dan menentukan nilai tempatnya. puluh dan ratus? . Konsep nilai tempat dapat dikukuhkan lagi melalui pengalaman mencerakinkan nombor dalam bentuk expanded form. Guru perlu membimbing murid memahami nilai tempat asas sepuluh supaya mereka faham sistem nombor Arab Hindu. 3578 boleh ditulis sebagai 3000 + 500 + 70 +8. Sekali lagi kita boleh gunakan straw untuk menunjukkan ide 1 ratus = 10 puluh = 100 sa.

murid membina konsep melalui kefahamannya dan pembelajaran akan berlaku daripada pengalaman belajar yang bermakna. Guru mengalihkan satu lagi pembilang dan berkata “dua”. .” 2. Contohnya dalam nombor 709. Guru mengalihkan satu kaunter ke tepi dan berkata “satu”. ribu. Ada banyak cara yang baik yang boleh digunakan untuk mengajar konsep nombor. ratus ribu dan juta. mencabar. 10 ratus = 1 ribu dsb. Bahan : • 10 pembilang • Kad Nombor 0 – 10 Prosedur: 1.PPG MT-MAJOR Catatkan di bawah. Sehubungan dengan itu. saya ada banyak pembilang. sifar terletak pada tempat puluh dan tiada nilai puluh di sini. Konsep nilai tempat dilanjutkan kepada nombor melebihi 100. praktikal dan relevan. a) Contoh Aktiviti P&P . Oleh itu. puluh ribu. 3. Sifar di sini ada makna tertentu. guru harus merancang pengajaran yang menyediakan ruang untuk berfikir melalui aktiviti – aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif . Guru berkata: “Lihat.sepuluh dilakukan untuk menunjukkan 10 puluh = 1 ratus. Guru perlu membimbing murid supaya faham.Mengira Hasil Pembelajaran: • Mengira sekumpulan objek dari 1 hingga 10 • Mengira ke belakang dari nombor 10 to 0. Sebagai seorang guru matematik kita tahu. Mari kita kira bilangan pembilang yang saya ada. Murid perlu diingatkan tentang digit 0 dalam ide nilai tempat. kefahaman murid tentang nilai tempat diperluaskan kepada ratus. Idea pengumpulan sepuluh.

. 5. Beri pujian jika dapat mengira dengan betul. Prosedur: 1. Guru bimbing murid tukar 15 sa dengan 1 strip..puluh kepingan sa 2. • Pemain yang menyebut sifar akan mengambil kad seterusnya dan permainan diteruskan seperti di atas.murid bermain “Permainan Mengira” dalam kumpulan berlima mengikut peraturan berikut: • Kocok kad (0 – 10) dan terbalikkannya.puluh dan kepingan sa • Kad nombor : 0 hingga 9 • Kad Manila dengan dua poket. Kerja berpasangan: Secara bergilir lakukan seperti di atas. Guru bimbing murid untuk menukar 10 kepingan sa dengan satu strip. Contohnya 15. • Seorang pemain ambil kad teratas dan terbalikkan sambil menyebut nombornya .seorang alihkan pembilang sambil seorang lagi menyebut bilangan yang dialih... “empat” sehingga “sepuluh”. Murid diminta menyebut satu nombor antara 11 dan 20. 6.puluh dan 5 sa . tiga.. sifar” mengikut giliran. b) Contoh Aktiviti P&P – Nilai Tempat • Hasil Pembelajaran: Menukar nombor 10 hingga 20 dalam puluh dan sa menggunakan strip-puluh dan kepingan sa.. lima . • Pemain lain mengira ke belakang “enam.puluh strip.PPG MT-MAJOR 4. Murid. Bahan: • Bahan Asas 10 : strip. empat. Guru ulang untuk “tiga”. contoh : “tujuh”.

Murid kemudian menyebut nombor itu dalam dua cara iaitu : satu puluh dan lima sa dan lima belas. Ada empat operasi asas iaitu : • • • Penambahan penolakan pendaraban TADIKA dan TAHUN 1 . Nombor mewakili kuantiti sesuatu objek dan diterjemahkan dalam bentuk simbol digit. 6. gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menyokong pengajaran. Guru bimbing murid untuk menulis 15 = 1 puluh + 5 sa = 10 + 5 5. Operasi Nombor dan Fakta Asas Operasi Tambah dan Tolak 1.PPG MT-MAJOR 3. Ulang langkah. Tiada satu cara terbaik yang tertentu untuk mengajar tajuk nombor bulat.murid kenal sekurangkurangnya tiga nombor pertama. 4. 3. Ringkasan: 1. 2. Guru bimbing murid pilih satu kad nombor untuk mewakili nombor di atas dan letakkan dalam poket seperti di bawah: Puluh 1 Sa 5 4.nombor lain.2.1 Pengenalan Murid-murid sekolah rendah perlu mempunyai kemahiran asas mengira. Ide pengumpulan bersepuluh penting untuk membina konsep nilai tempat..2. Oleh itu. Ide sifar diperkenalkan selepas murid.langkah di atas untuk nombor. 1.

PPG MT-MAJOR • Pembahagian 1.2.2 Peringkat Pembelajaran Bagi Penambahan Dan Penolakan Ada 3 langkah asas dalam pembelajaran ini: • Tambah dan Tolak sehingga nombor 10 – pengalaman mengira awal dan memahami konsep dan makna penambahan dan penolakan • Tambah dan Tolak sehingga nombor 18 – menekankan kemahiran mengingat fakta asas bagi penambahan dan penolakan • Tambah dan Tolak bagi nombor lebih daripada 2 digit – menekankan tentang algoritma simbolik bagi penambahan dan penolakan. ia ditulis sebagai 3 + 4 = 7. • Hasil tambah sebenar adalah minuend. 1. • Dalam ayat matematik.3 Makna Penambahan Dan Penolakan • Penambahan .operasi yang mengumpulkan dua nombor (addends) untuk menghasilkan nilai unik ketiga yang dikenali sebagai hasil tambah. ia ditulis sebagai . addend yang tertinggal adalah baki 3 dan 4 adalah addends. addend yang ditolak adalah subtrahend.2. • Penolakan – kita mula dengan hasil tambah dan menarik keluar satu daripada addends untuk mencari satu lagi addend yang tinggal. tambah. dan 7 adalah hasil • Dalam ayat matematik.

Apakah bacaan suhu baru bagi air tersebut? Masalah 1 berkenaan penambahan dua biji bola.PPG MT-MAJOR o 7 – 3 = 4. Gambaran rajah adalah seperti berikut: MODEL SET Masalah 2 berkenaan kombinasi dua bacaan suhu. dan 4 merupakan baki. 7 adalah minuend. dua objek konkrit. kuantiti bukan konkrit. Selepas memanaskannya. 3 adalah subtrahend. dan (b) Model Garis Nombor : kombinasi kuantiti tidak konkrit Contoh :  Masalah 1: Abu mempunyai 3 biji bola berwarna merah dan 5 biji bola biru. (a) Model Set: kombinasi objek konkrit. Gambaran rajah adalah seperti berikut: MODEL GARIS NOMBOR . Ada dua model asas untuk menggambarkan penambahan. Berapa jumlah bola yang Abu punyai?  Masalah 2: Suhu air dalam sebuah bikar adalah 38 o C. suhu meningkat sebanyak 4 o C.

Berapa biji oren yang Nina punyai. Berapa ekor ayam yang tinggal ? (MODEL TAKE AWAY) (b) MODEL PERBANDINGAN (COMPARISON)  Masalah 2: Nina mempunyai 5 biji oren.PPG MT-MAJOR 38 0C 4 0C 42 0C 0 0C Ada empat model asas untuk menunjukkan makna Penolakan : (a) Model Take-Away (b) Model Perbandingan (Comparison) (c) Model Missing-Addend (d) Model Garis Nombor Contoh :  10 0C 20 0C 30 0C 40 0C 50 0C Masalah 1: Bibah mempunyai 5 ekor ayam. melebihi oren yang dipunyai oleh Sari ? . Semalam. Sari pula mempunyai 2 biji oren. 2 daripada ayam-ayam tersebut dicuri orang.

Dia memberi 2 liter kepada adiknya.PPG MT-MAJOR (c) MODEL MISSING-ADDEND  Masalah 3: Bob bercadang memelihara 5 ekor arnab. Pakciknya memberi 2 ekor arnab sebagai permulaan. Berapa liter jus oren yang masih tinggal pada Suzy ? 5 liter 2 liter 0 1 3 liter 2 3 4 5 6 3 litres 1.Berapa ekor arnab lagi yang perlu Bob beli ? (d) MODEL GARIS-NOMBOR)  Masalah 4: Suzy mempunyai 5 liter jus oren.4 Hubungan Antara Penambahan Dan Penolakan .2.

14 – 9 = _____ 12 – 4 = _____ . contohnya: (4 + 3 = 3 + 4). adalah sangat penting untuk membimbing mereka memahami hubungan ‘inverse’ ini melalui aktiviti yang dirancang dengan teliti. Tukar tertib/Komutatif (Commutative property)  Menukar tertib kedudukan dua addend tidak mengubah hasil tambah.5 Sifat Penambahan Identiti Penambahan(Additive identity)  Sifar adalah identiti bagi Penambahan sebab dengan menambah sifar  kepada sebarang nombor. tetap akan menghasilkan nombor tersebut.PPG MT-MAJOR • Penambahan dan penolakan adalah operasi (inverse). • Sebagai guru matematik. Contoh Mengenai Penolakan Merupakan ‘Inverse’ Kepada Penambahan Isi tempat yang kosong: 8 + 4 = 12 12 – 8 = _____ 5 + 9 = 14 14 – 5 = _____ 1.2. Contohnya: songsang • • disebabkan 3 + 4 = 7. contohnya 4 + 0 = 4 (tekankan bahawa (a + 0) and (0 + a) adalah sama. Aktiviti mengenai hubungan antara penambahan dan penolakan adalah sangat penting pada tahap awal pembelajaran kanakkanak. maka 7 – 3 = 4 dan 7 – 4 = 3.

Identiti Penambahan(Additive identity)  Sifar adalah identiti bagi penambahan sebab dengan menambah sifar kepada sebarang nombor. kita perlu menggunakan bahan konkrit ( seperti bahan asas-10 dan carta nilai tempat ). contohnya 4 + 0 = 4 (tekankan bahawa (a + 0) and (0 + a) adalah sama. .PPG MT-MAJOR Ini memudahkan murid-murid jika yang telah mengetahui 5 + 7 = 12.2. tidak perlu lagi menghafal (7 + 5).6 Fakta Asas Penambahan + 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 2 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 3 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 4 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 5 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 6 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 7 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 8 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 9 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 1. tetap akan menghasilkan nombor tersebut. 1.  Rajah berikut menunjukkan contoh bagi proses penambahan menggunakan bahan konkrit asas-10 serta proses bagi penolakan.7 Algoritma Bagi Penambahan Dan Penolakan  Untuk mengajar algoritma bagi penambahan dan penolakan.2.

.PPG MT-MAJOR Model Konkrit bagi (16 + 18).

7 = 8 10 - 8 6 1 5 7 8 - 8 6 1 5 7 8 (10 – 7) + 5 = 8 Disamping algoritma tersebut di atas. terdapat lain-lain algoritma untuk mengira penambahan dan penolakan.23 PuSa76.233 PuSa76. Contoh Algoritma Penambahan Algoritma 1 1 1 Algoritma 2 8 8 6 + 3 9 1 2 3 7 5 1 2 0 3 8 8 6 0 0 6 + 1 3 9 3 7 5 3 1 1 Contoh Algoritma Penolakan Algoritma 1 7 15 Algoritma 2 7 15 . .PPG MT-MAJOR PuSa76.2353 Model Konkrit bagi (76 – 23).

.3 Operasi Darab dan Bahagi Pendaraban dan pembahagian adalah dua konsep penting yang digunakan dalam semua topik Matematik. Bagi pernyataan bahagi 30÷5=6. Mendarab sebarang dua nombor.PPG MT-MAJOR 1.3.3. 1. Oleh itu pelajar harus membina asas yang kukuh tentang pendaraban dan pembahagian semasa di sekolah rendah sebelum memasuki peringkat menengah. 5 ialah pembahagi (divisor ) dan 6 ialah hasil bahagi (quotient). Membahagi sebarang nombor dengan nombor lain. Menulis pendaraban dan pembahagian dalam bentuk algorithma piawai.2 Maksud Pendaraban dan Pembahagian Pendaraban secara umumnya dikenali sebagai penambahan berulang nombor yang sama. Pendaraban merupakan antara asas pengiraan yang dianggap sukar selain membahagi.1 Kemahiran Asas Matematik – Pendaraban dan Pembahagian Kanak kanak membina pengetahuan pendaraban dan pembahagian daripada kefahaman tentang topik penambahan dan pendaraban. Walau bagaimanapun ada banyak lagi maksud pendaraban dan pembahagian. pembahagian dikenali sebagai suatu proses mengagihkan suatu kuantiti kepada bahagian yang sama. 30 dipanggil dividend. dengan baki dan tanpa baki. Menyatakan dengan cepat fakta asas pendaraban sehingga 9 x 9 dan fakta asas pembahagian sehingga 81 ÷ 9. 12 dipanggil hasil darab bagi 3 dan 4 di mana 3 ialah multiplier dan 4 ialah multiplicand. Menyelesaikan masalah seharian yang melibatkan pendaraban dan pembahagian. 1. Sebaliknya. Di dalam ayat pendaraban 3 x 4 = 12. Kemahiran Asas Matematik yang berkaitan dengan pendaraban dan pembahagian ialah: • • • • • • Menulis ayat pendaraban dan pembahagian.

Berapakah jumlah buah tomato kesemuanya. Maksud Pendaraban.PPG MT-MAJOR Rajah 1 menggambarkan dua maksud umum pendaraban dan Rajah 2 menerangkan dua maksud umum pembahagian. 12 – 3 – 3 – 3 – 3 = 0 12 ÷ 3 bermaksud 12 diagihkan kepada 3 orang kanak-kanak.Berapakah jumlah buah tomato semuanya. SUSUNAN Terdapat 12 biji tomato. Berapakan biji tomato untuk setiap kanak-kanak tersebut? 12 ÷ 3 = 4 bermaksud 3 boleh di tolak daripada 12 sebanyak 4 kali. Berapakah orang kanak-kanak yang dapat makan semua tomato? buah tomato? tt?tomato.atoes? Terdapat 12 biji tomato untuk dibahagi kepada 3 orang kanak-kanak. Terdapat 3 bungkusan buah tomato. Seorang kanak-kanak mendapat 4. How many tomatoes are there altogether? Terdapat 3 baris buah tomato. 4 biji tomato pada setiap baris. TAMBAH BERULANG Rajah1. ? (3 X 4) bermaksud 4 + 4 + 4 (3 X 4) bermaksud 3 baris. Maksud Pembahagian. iaitu. . 4 di dalam setiap baris.Seorang kanak-kanak makan 3 biji tomato. TOLAK BERTURUT-TURUT AGIHAN SAMA Rajah 2. Setiap bungkusan ada 4 biji tomato .

: Apakah respon anda tentang perbezaan pendapat antara Ahmad dan Arif ? Kenapa anda fikir perbezaan pendapat ini timbul antara mereka ? . Bagaimanakah perbezaan pendaraban ini mempengaruhi proses anda dalam pengajaran pendaraban? Cikgu menyuruh Ahmad melukis gambar menunjukkan maksud 8 ÷ 2 = 4. Kerana untuk pembahagian 8 ÷ 2.menyatakan gambar di atas tidak menunjukkan maksud pembahagian yang betul.rakan Ahmad . Ahmad harus melukis 8 objek yang dikongsi sama oleh 2 orang.PPG MT-MAJOR Banding dan beza (3 x 4 = 12) dan (4 x 3 = 12). Ahmad melukis gambar berikut: Arif . Gambar yang betul adalah seperti di bawah.

maka 15 ÷ 3 = 5 dan 15 ÷ 5 = 3. Sebagai contoh. oleh kerana 5 x 3 = 15. Dua ciri yang berguna ialah identiti penambahan. Kanak-kanak perlu diberi ruang yang luas untuk meneroka hubungan ini secara aktif. Bagaimanakah ciri-ciri pendaraban ini dapat membantu pelajar meringkaskan tugasan mereka dalam menghafal fakta asas pendaraban? . 1. 2 x 3 = 3 x 2 = 6. Satu ialah identiti penambahan kerana mendarabkan 1 dengan sebarang nombor akan meghasilkan nombor itu sendiri. Pendaraban adalah operasi komutatif kerana untuk sebarang nombor a dan b. i) Identiti Penambahan (Additive identity).PPG MT-MAJOR 1.ciri tukar tertib dan pendaraban dengan sifar. Sebarang nombor yang didarabkan dengan sifar akan memberi nilai sifar. ii) Tukar tertib/Komutatif (Commutative property). iii) Pendaraban dengan sifar.4 Sifat-Sifat Pendaraban Pendaraban mempunyai beberapa ciri yang boleh digunakan untuk meringkaskan prosedur pengiraan secara mental dan lazim. Model Konkrit bagi (76 – 23). (b x a) akan memberi nilai yang sama seperti ( a x b).3. Sebagai contoh. (4 x 1 = 4).3.3 Hubungan antara Pendaraban dan Pembahagian Pendaraban dan pembahagian adalah suatu operasi songsangan (inverse operation).

Sebagai contoh. Oleh itu.6 Fakta Asas Pembahagian Sekiranya pelajar anda telah mengetahui fakta asas pendaraban. Fakta asas pendaraban boleh di terjemahkan dalam bentuk jadual.3. Rajah 3 di bawah menunjukkan empat jenis algoritma yang berbeza untuk pendaraban dan Rajah 4 menunjukkan 2 jenis algoritma untuk pembahagian. mereka boleh mengaitkan dengan fakta asas pembahagian. 1.3. jika mereka tahu bahawa 6 x 5 = 30. Bincangkan dengan rakan anda di sekolah. 1.3. Apakah aktiviti pembelajaran yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak tentang hubungan songsangan antara pendaraban dan pembahagian? Senaraikan semua idea utama anda. Algoritma 1 3 X 1 6 8 9 4 4 2 2 4 8 2 4 1 4 6 4 Algoritma 2 3 X 1 8 8 4 6 6 4 0 2 2 2 2 1 4 6 4 X 1 8 Algoritma 3 3 2 2 2 2 0 8 0 0 4 6 4 0 0 0 0 0       6 X4 6X 20 6X 300 20 X4 20 X 20 20 X 300 . Sebaliknya guru perlu menekankan tentang hubungan songsang antara pendaraban dan pembahagian.5 Fakta Asas Pendaraban Fakta asas pendaraban adalah pendaraban daripada sebarang dua nombor 1 digit. Terdapat 100 fakta asas bagi pendaraban.7 Algoritma bagi pendaraban dan Pembahagian Terdapat berbagai jenis algoritma untuk melakukan operasi pendaraban dan pembahagian. maka tidaklah sukar untuk mengaitkan bahawa 30 ÷ 5 = 6 dan 30 ÷ 6 = 5.PPG MT-MAJOR 1. tidak perlu untuk mempelajari fakta asas pembahagian secara berasingan.

Algoritma Pendaraban Algoritma 1 1 9 7 2 2 3 4 4 1 3 2 4 1 Algoritma 2 1 9 7 2 2 3 0 4 0 4 1 3 2 4 0 0 1 0 1 0 1 8 3 134 tolak 100 x 7 tolak 30 x 7 tolak 4 x 7 baki 7 7 1 8 3 baki Rajah 4. Algoritma yang manakah yang anda pilih untuk mengajar pelajar anda? Mengapa? Bagaimanakah anda menggunakan bahan konkrik untuk menunjukkan proses pendaraban dan pembahagian algoritma? . Algoritma Pembahagian Maksud pendaraban dan pembahagian yang manakah setiap algoritma di atas di asaskan? Terangkan sebab anda.PPG MT-MAJOR 8 4 2 4 8 4 2 4 Algoritma 4 X 20 6 300 6000 1800 20 400 120 4 80 24 324 x 26 = 6000 + 400 + 80 + 1800 + 120 + 24 = 8424 Rajah 3.

Bahan: • Pinggan kertas • Pembilang Langkah perlaksanaan: 1. guru memperkenalkan pendaraban sebagai penambahan berulang dan ayat matematik yang berkaitan seperti 3 x 2 = 2 + 2 + 2. Sediakan jadual untuk menunjukkan fakta asas pendaraban. 2. Contoh menunjukkan 3 x 2 = 2 + 2 + 2.PPG MT-MAJOR 1.Apakah pola yang dapat dilihat dalam jadual ini?Bagaimanakah anda menggunakan pola ini untuk mengalakkan pelajar anda mengingat fakta asas dengan mudah? Rajah 5.3. Di dalam kumpulan 4 orang. Hasil Pembelajaran: • • Menerangkan bahawa pendaraban adalah penambahan berulang. Guru bercerita tentang penambahan berulang. Sebagai guru matematik. 3. anda seharusnya mencari peluang untuk mengumpulkan aktiviti p-p yang baik untuk pengajaran anda. Setelah membuat model cerita yang lain. anda secara semulajadi akan mendapat idea yang banyak semasa merancang pengajaran anda. Jika anda mempunyai koleksi aktiviti yang pelbagai.Contoh cerita ditunjukkan dalam Rajah 5. Dengan membaca contoh aktiviti di bawah diharap akan dapat memberi gambaran dan idea untuk memulakan koleksi anda.8 Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran. Menulis ayat pendaraban. Aktiviti 1: Pendaraban sebagai Penambahan Berulang .murid melakonkan setiap cerita menggunakan pembilang dan pinggan kertas. setiap murid bergilir-gilir melakukan main peranan bagi situasi di bawah: .

Bahan : • Pembilang • Jalur Kertas Langkah perlaksanaan : 1. : Hasil Pembelajaran: • • Menerangkan bahawa pendaraban adalah suatu susunan. Dalam kumpulan 4 orang. Berapakah     bilangan telur semuanya? Rajah 6. 2 biji telur dalam  setiap    pinggan. 2 pembilang setiap satu.     3 pinggan. 3. Guru membincangkan masalah susunan mudah dengan murid dan menggunakan jalur kertas dan pembilang untuk menyelesaikan masalah. Murid B: Letakkan sebarang bilangan pembilang (tidak lebih dari 9) atas setiap pinggan. Murid C: Mulakan bercerita “3 pinggan.setiap murid bergilir-gilir melakukan main peranan bagi situasi di bawah: Murid A: Ambil beberapa bilangan jalur kertas(tidak lebih daripada 9 jalur) dan susun dalam baris ditengah-tengah setiap kumpulan. guru memperkenalkan pendaraban sebagai susunan baris dan lajur. Menulis ayat pendaraban. Selepas menyelesaikan masalah yang sama. 2. Contoh untuk menunjukkan 3 x 4 sebagai 3 baris dengan 4 objek dalam setiap baris. Aktiviti 2: Pendaraban sebagai Suatu Susunan. . 6 pembilang semuanya” Murid D: Tuliskan ayat penambahan berulang dan ayat pendaraban yang berkaitan. Contoh masalah adalah seperti dalam Rajah 6.PPG MT-MAJOR Murid A: Ambil sebarang bilangan pinggan(tidak lebih dari 9) dan letakkan ditengah setiap kumpulan.

Bahan. 4 murid dalam setiap baris. guru memperkenalkan maksud pembahagian sebagai pengagihan sama rata dan menulis ayat matematik yang berkaitan iaitu 8 ÷ 2 = 4. 6 pembilang semuanya” Murid D: Tuliskan ayat matematik tentang pendaraban. Murid menggunakan pembilang dan pinggan kertas untuk melakonkan cerita guru. • Menulis ayat metematik mengenai pembahagian. Setelah menggunakan model cerita yang lain. 2. Murid C: Ceritakan situasi”3 baris.PPG MT-MAJOR Murid B: Letakkan sebarang bilangan pembilang (tidak lebih daripada 9 ) di atas setiap jalur kertas.2 pembilang dalam setiap baris. Dalam kumpulan 4 orang. Hasil Pembelajaran: • Menerangkan pembahagian sebagai pengagihan sama rata. Aktiviti 3: Pembahagian sebagai Pengagihan Sama Rata. 3 baris. Contoh ditunjukkan dalam Rajah 7. Guru menceritakan tentang pengagihan sama rata. 3. • • Pinggan kertas Pembilang Langkah Perlaksanaan: 1. Contoh menunjukkan pembahagian 8 ÷ 2 sebagai pengagihan sama rata. setiap murid bergilir-gilir memain peranan bagi situasi di bawah: Murid A: Ambil sebarang bilangan pembilang dan letakkan di tengah kumpulan. . berapakah bilangan murid semuanya? Rajah 7.

letakkan di atas 4 pinggan.Berapa banyakkah kupu-kupu pada setiap bunga? Rajah 8. 2. guru memperkenalkan pembahagian sebagai penolakan berulang dan ayat matematik yang berkaitan seperti 12 ÷ 3 = 4. setiap murid bergilir-gilir melakonkan peranan bagi situasi di bawah: Murid A: Ambil sebarang bilangan pembilang dan letakkan ditengah kumpulan. Terdapat 8 ekor kupu-kupu berehat di atas 2 kuntum bunga . Menulis ayat matematik pembahagian. . Aktiviti 4: Pembahagian sebagai Penolakan Berulang Hasil Pembelajaran: • • Menerangkan pembahagian sebagai penolakan berulang.” Murid D: Tulis ayat pembahagian. Murid B: Letakkan sebarang bilangan pembilang atas pinggan( tidak lebih daripada 9 pembilang). 3. Guru memperkenalkan masalah penolakan berulang. Contoh untuk menunjukkan 12 ÷ 3 sebagai penolakan berulang.” atau “ 9 pembilang. Bahan: • • Pinggan kertas Pembilang Langkah Perlaksanaan: 1. Selepas beberapa kali bercerita. Dalam kumpulan 4 orang. Murid C: Mulakan bercerita “6 pembilang.letakkan sama banyak di atas 3 pinggan. 2 pembilang diatas setiap pinggan dengan 1 baki.PPG MT-MAJOR Murid B: Ambil sebarang bilangan pinggan (tidak lebih daripada 9) dan letakkan bilangan pembilang yang sama di atas setiap pinggan tadi. Murid menggunakan model bagi setiap masalah dengan pinggan kertas dan pembilang. 2 pembilang pada setiap pinggan.Contoh cerita ditunjukkan dalam Rajah 8. dan setiap bunga mempunyai bilangan kupu-kupu yang sama.

Hasil Pembelajaran: • Untuk mengingat semula fakta asas pendaraban dengan pantas. 8 pinggan mempunyai pembilang. Secara berpasangan. Murid B : Ingat semula fakta pendaraban. 4 pinggan mempunyai pembilang dengan baki 1” Murid D: Tuliskan ayat matematik tentang pembahagian. 3 pembilang pada setiap pinggan.PPG MT-MAJOR Murid C: Ikut bilangan nombor yang dipilih oleh murid B dan letakkan baki pembilang ke atas pinggan dan bercerita seperti “ 24 pembilang. murid bergilir-gilir melakukan main peranan berikut: Murid A : Gunakan fakta mencari pendaraban untuk mencari fakta. Langkah Perlaksanaan: 1. Kemudian semak jawapan yang diberi oleh murid B. Carta pendaraban mencari fakta menunjukkan 3 x 6 = 18. . letak 2 pembilang pada satu pinggan. X 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 2 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 3 0 3 6 9 12 15 18 21 24 27 4 0 4 8 12 16 20 24 28 32 36 5 0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 6 0 6 12 18 24 30 36 42 48 54 7 0 7 14 21 28 35 42 47 56 63 8 0 8 16 24 32 40 48 56 64 72 9 0 9 18 27 36 45 54 63 72 81 Rajah 9. kemudian tanya soalan pendaraban seperti “berapakah 5 x 8 ?”. 2. Bahan: • Carta mencari fakta ( Rajah 9) terdiri daripada fakta asas pendaraban dan kad L bagi setiap pasangan murid. Secara berpasangan. Aktiviti 5: Pencarian Fakta Pendaraban. murid membina carta pendaraban masing-masing. atau “9 pembilang.

4 1.1 Abakus dan Kalkulator Bahagian-bahagian Abakus Jari hantu – menaik dan menurunkan manik atas Jari telunjuk – menurunkan manik bawah menjauhi palang pemisah Ibu jari – menaikkan manik bawah mendekati palang pemisah .PPG MT-MAJOR 1.4.

PPG MT-MAJOR 1.4.2 Perwakilan Nombor z 1 2 3 4 5 6 7 8 9 .

4.PPG MT-MAJOR 1.4 Penambahan dan Penolakan .4.3 Menentukan Nilai Tempat Tuliskan nilai-nilai di bawah : 1.

PPG MT-MAJOR OPERASI TAMBAH KAWAN KECIL (LITTLE FRIEND)/ KOMBINASI 5 + 1 = naik 5 turun 4 (+5 – 4) + 2 = naik 5 turun 3 (+5 – 3) + 3 = naik 5 turun 2 (+5 – 2) + 4 = naik 5 turun 1 (+5 – 1) KAWAN BESAR (BIG FRIEND)/ KOMBINASI 10 +1 = turun 9 naik 10 (-9 +10) + 2 = turun 8 naik 10 (-8 + 10) + 3 = turun 7 naik 10 (-7 + 10) + 4 = turun 6 naik 10 (-6 + 10) + 5 = turun 5 naik 10 (-5 + 10) + 6 = turun 4 naik 10 (-4 + 10) + 7 = turun 3 naik 10 .

3 = turun 10 naik 7 (-10 + 7) . Melalui penggunaan kalkulator pelajar berpeluang membuat penerokaan dan mengaplikasikannya secara lebih mendalam tentang konsep dan kemahiran matematik untuk topik-topik yang berkaitan. Kalkulator juga mempunyai pelbagai peranan dan boleh digunakan untuk sebilangan besar topik dalam matematik. .5 Kalkulator Kalkulator merupakan bahan bantu belajar berasaskan teknologi yang boleh menarik dan memotivasikan pelajar.4 = naik 1 turun 5 (+1 – 5) KAWAN BESAR (BIG FRIEND)/ KOMBINASI 10 -1 = turun 10 naik 9 (-10 +9) .4 = turun 10 naik 6 (-10 + 6) .5 = turun 10 naik 5 (-10 + 5) .PPG MT-MAJOR (-3 + 10) + 8 = turun 2 naik 10 (-2 + 10) + 9 = turun 1 naik 10 (-1 + 10) OPERASI TOLAK KAWAN KECIL (LITTLE FRIEND)/ KOMBINASI 5 .9 = turun 10 naik 1 (-10 + 1) 1.2 = turun 10 naik 8 (-10 + 8) .2 = naik 3 turun 5 (+3 – 5) .8 = turun 10 naik 2 (-10 + 2) . Harganya juga murah dan hanya memerlukan beberapa kemahiran asas untuk menggunakannya.1 = naik 4 turun 5 (+5 – 4) .6 = turun 10 naik 4 (-10 + 4) . Penggunaannya semakin penting untuk peringkat persekolahan yang lebih tinggi. Malah dengan menekan beberapa butang kalkulator sahaja akan dapat mengira dengan menghasilkan jawapan yang tepat dengan pantas.7 = turun 10 naik 3 (-10 + 3) .3 = naik 2 turun 5 (+2 – 5) .

Telah banyak kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator akan menukar sikap pelajar terhadap matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap matematik. terutama dalam operasi pendaraban dan pembahagian. tetapi penggunaan kalkulator menjadikan murid lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian yang lebih baik dan memberangsangkan daripada mereka yang tidak menggunakannya. proses dan peraturan yang harus diikuti. fungsi trigonometri. Justeru. murid . Boldwin dari Amerika Syarikat telah menambah baik penggunaan kalkulator dengan melibatkan permasalahan operasi-operasi tambah.akan lebih bermotivasi. gandaan. darab dan bahagi. menumpu perhatian ke atas aktiviti-aktiviti membuat keputusan atau kesimpulan . beberapa model baru muncul dan tidak terhad kepada pengiraan permasalahan empat operasi tetapi juga untuk mendapatkan nilai tepat punca kuasa. menaakul dan . Sejak itu. kalkulator dan komputer alatan penting dalam penyelesaian masalah matematik. Penggunaan kalkulator ke atas sistem pendidikan di Malaysia mahupun di negara-negara maju belumlah dikatakan menyeluruh.PPG MT-MAJOR Masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya diselesaikan. Masalah dan kesukaran ini boleh diatasi melalui penggunaan kalkulator mahu pun komputer. Kalkulator dicipta oleh Colmur pada tahun 1820 dan pada tahun 1875. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran pembelajaran di kalangan setengahsetengah pelajar. Terdapat kajian yang menunjukkan pelajar takut terhadap matematik ekoran daripada penggunaan algoritma kertas-pensel yang panjang lebar dan memerlukan banyak langkah. Alat ini membekalkan imej visual bagi idea-idea matematik . logaritma dan aplikasi statistik. merenung atau membuat refleksi. selain mempermudahkan jalan kerja untuk mengatur dan menganalisis data serta menjalankan pengiraan dengan cekap dan tepat. Langkah terjemahkan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. tolak.

membina sikap yang positif dalam matematik. Bagaimana kalkulator dapat membina kemahiran menganggar dan membuat penghampiran seterusnya mampu memperkembangkan minda pelajar. Kalkulator penting dalam kehidupan seharian.PPG MT-MAJOR menyelesaikan masalah dan dapat memupuk pemahaman konsep matematik disamping menyemak semula jawapan baik. Murid akan merasa seronok dengan matematik “seeing the beauty and enjoying the fun of mathematics”. Bincangkan. . Kepentingan kalkulator adalah seperti berikut: i) memberi motivasi terhadap pembelajaran matematik ii) membantu menyelesaian masalah dengan lebih mudah dan berkesan iii) membantu menyelesaikan masalah untuk soalan yang lebih mencabar iv) memberi peluang dan membuat penerokaan yang lebih mendalam tentang topik-topik yang berkaitan v) membolehkan murid mensintesis jawapan berdasarkan pola-pola yang diperhatikan melalui ramalan vi) v) vi) menguasai nilai nombor sama ada besar atau kecil merasa yakin bahawa kalkulator dapat membantu memperbaiki kebolehan untuk menyelesaikan masalah matematik mereka.

viii) akses kendiri dan murid berdikari.fakta asas dalam matematik.PPG MT-MAJOR vii) membina keyakinan diri dan matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya dalam menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. ix) mengukuhkan kemahiran jangkaan dan menganggar x) menyemak jawapan tanpa perlu bantuan guru. Untuk menguasai kemahiran pengiraan mental dan membuat penganggaran kita mestilah mempunyai asas yang mantap tentang nombor bulat dan nilai tempat. . Faktor lain yang dapat meningkatkan kemahiran pengiraan mental dan penganggaran ialah pemahaman dan penguasaan tentang fakta. 1. Apakah masalah yang dihadapi oleh murid sekolah rendah apabila menyelesaikan masalah algoritma operasi matematik? Adakah kalkulator diperlukan untuk membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut? Bincangkan.6 Pengiraan Mental dan Penganggaran Pengiraan mental dan teknik menganggar adalah elemen.elemen penting dalam melakukan pengiraan dan menggunakan matematik. Orang yang dapat membuat perkaitan dan menganalisis pola atau trenda juga akan lebih mudah menjalankan pengiraan mental dan penganggaran.

Kebanyakan kanak.PPG MT-MAJOR 1.1.6. 1.1 Aplikasi Fakta Asas Matematik dalam pengiraan mental bagi operasi tambah dan tolak 1 Tukar tertib • Susunan nombor boleh bertukar tempat • Tambah 1 kepada suatu nombor ialah nombor berikutnya dalam urutan menaik • Identiti sifar (nombor yang ditambah 0 tidak berubah) • Gandaduakan nombor • Untuk nombor yang satu lebih atau satu kurang daripada nombor gandaan dua 3+4 =4+3 2 Tambah 1 5+1=6 6+1=7 7+1=8 5+0=5 7+0=7 9+0=9 4+4=8 8+8=16 7+8= Fikirkan 7+7=14 14+1=15 3 Tambah 0 4 5 Tambah nombor gandaan dua Tambah nombor hampir dengan gandaan dua . Berpengetahuan baik dalam fakta asas nombor adalah satu keperluan bagi melakukan pengiraan mental dengan cekap dan ini mengurangkan kebergantungan terhadap ingatan sementara.6. Kebolehan menggunakan teknik mencerakinkan nombor dapat membantu dalam pengiraan mental. Kekuatan minda akan memudahkan pengiraan mental dan penganggaran dilakukan. kalkulator atau apa-apa alat bantuan pengiraan.kanak mampu mencongak sebelum mereka mempelajari pengiraan secara formal disekolah.1 Pengiraan mental Pengiraan mental merupakan satu proses mengira untuk mencari jawapan tanpa menggunakan pensil dan kertas.

6.. 6 Bilang 3 kali tertib menurun dan dapat jawapan 6 8-6=2 6 .2 Bil Cara 1 Pengiraan Mental Secara Kreatif Bagi Pendaraban Huraian cara • Gandaduakan faktor pertama atau faktor kedua • Hasil darab juga digandaduakan Contoh 4x12=48 4x24=96 4x48=192 32 x 125=4000 16x250=4000 8x500=4000 4x1000=4000 4x12=48 26x3=78 Contoh 2x9=18 4x9=36 8x9=72 Doubling (Gandaan Dua) 2 Halving(separuh) • Apabila ... 9 9 10 Gandaan • Tolak satu daripada suatu 8-1=7 7-1=6 nombor ialah nombor 6-1=5 berikutnya dalam urutan menurun 16-8=8 Fikirkan 8+8=16 songsang 16-8=8 9-3=6 9 .1... 7.PPG MT-MAJOR 6 7 Kombinasi 10 Tambah menjadi 10 dan selanjutnya • 9 pasangan • Cerakinkan satu nombor yang besar • Buat kombinasi 10 • Tambahkan • Ambil nombor lebih besar • Sambung membilang secara menaik 1+9 2+8 3+7 5+5 6+4 7+3 8+2 8+5= 8+2 +3=10+3 =13 4+6 9+1 8 Membilang mengikut tertib menaik Kurangkan satu 2+7= Bilang 7. 8.. 7. 8. 8 Bilang 2 kali tertib menaik untuk dapat 8 11 Membilang secara tertib menurun Membilang secara menaik 12 1.

100 • Cari hasil darab dengan gandaan 10 • Tolak /tambah hasil darab • Bundarkan nombor pertama /kedua • Tambah/tolak hasil darab • Taburkan nombor pertama kepada nombor kecil yang mudah dikendali • Darab dengan 4x6=24 4x3=12 13x3=39 24x10=240 360÷10=36 24x100=2400 3600÷100=36 24x1000=24000 36000÷10=3600 4 Nombor serasi (compatible numbers) 99x5=? 100x5=500 1x5=5 500-5=495 254x98=? 254x100=25400 254x2=508 1000-508=492 24400+492=24892 5 Bundarkan nombor kepada gandaan 10 68x12=? 70x12=840 2x12=24 840-24=816 24x12=288 20x12=240 4x12=48 240+48=288 15x36=540 15x10=150 15x10=150 15x10=150 15x3=45 6 Taburkan faktor kepada nombor yang mudah . maka hasil darab juga diseparuhkan • Sesuai untuk nombor genap sahaja 3 Darab /bahagi dengan gandaan 10 • Nombor didarab dengan gandaan 10. maka hasil darab digandakan pada kadar yang sama • Nombor asal ditambahkan bilangan sifar mengikut gandaan 10(pendaraban) • Nombor asal dikurangkan bilangan sifar mengikut gandaan 10(pembahagian) • Bentukkan nombor serasi(compatible number) kepada 10.PPG MT-MAJOR diseparuhkan faktor pertama atau faktor kedua.

6. kemudian darab dengan 2 Contoh 58 x 4 = (58 x 2) + (58 x 2) = (116) + (116) = 232 52x11= 5 (5+2) 2 Mendarab dengan 4 2 Mendarab dengan 11 572 99x11= 9 (9+9) 9 =1089 (9+1) 89 3 4 5 6 Darab dengan 5 Darab dengan 6 Darab dengan 9 Daran dengan 12 7 Darab dengan 13 8 Darab dengan 14 9 Darab dengan 15 10 Darab dengan 16 .3 Bil 1 Teknik Mendarab dalam pengiraan mental Cara Huraian cara • Darabkan dengan 2.1. tambahkan digit pertama kepada digit pertama pada nombor asal • • • • • • • • • • • • • • • • Darab dengan 10 Bahagi dengan 2 Darab dengan 3 kemudian darab dengan 2 Darab nombor dengan 10 Tolak nombor asal Darab dengan 10 Tambah nombor asal sebanyak 2 kali Darab dengan 3 Tambah 10 kali nombor asal Darab 4 Tambah 10 kali nombor asal Darab dengan 10 Darab dengan 5 Tambahkan kesemua hasil darab Darab dengan 8.PPG MT-MAJOR faktor kedua • Tambahkan hasil 15x3=45 1. darab dengan 2 • Tambahkan hasil darab • Ambil nombor asal (52) dan bayangkan terdapat ruang di antara 2 digit • Tambah kedua-dua digit dan letak pada ruang kosong • Jika hasil tambah keduadua digit lebih daripada 10.

6.PPG MT-MAJOR 11 Darab dengan 17 12 Darab dengan 18 13 Darab dengan 19 • Darab dengan 7 • Tambah 10 kali nombor asal • Darab dengan 20 • Tolak nombor asal sebanyak 2 kali • Darab dengan 20 • Tolak nombor asal sebanyak satu kali • Darab 8 dan darab 3 4x19= 4x20=80 80-4=76 14 Darab dengan 24 1. Apabila guru matematik mengajar kemahiran pengiraan mental . Pengajaran algorithma secara bertulis perlu bagi mendorong pelajar mengembangkan kefahaman mereka kepada hubungan nombor saja. . kita secara tak langsung menarik perhatian mereka dari cuba menggunakan kepekaan terhadap nombor kepada mengingati prosedur pengiraan. Untuk membina keyakinan pelajar.kanak akan melakukan pengiraan minda sebelum mereka diajar mengira secara bertulis. Kita sepatutnya sedar mengajar tatacara mengira secara formal akan mengakibatkan mereka tidak menggunakan daya berfikir bahkan sangat bergantung kepada kaedah yang diajar. guru tidak perlu fokus kepada speed pelajar mendapatkan jawapan. penekanan hanya perlu diberi kepada bagaimana jawapan diperolehi tanpa menekankan speed maupun ketepatan jawapannya.1. Kamii and Dominick (1997) menyatakan yang “apabila kita mengajar pelajar membuat hubungan antara nombor (pengetahuan matematik logik) dengan mengajar algoritma kepada mereka (pengetahuan bersosial ). Dalam pengajaran kelas biasanya pelajar akan mereka dan menggunakan cara sendiri dalam mengira.4 Prinsip umum dalam pengiraan mental Kebanyakan kanak.

kalkulator atau mesin kira. guru perlu menekankan penggunaan pengiraan mental dan penganggaran bagi pengiraan mudah dan sederhana dan hanya menggunakan kalkulator bagi pengiraan yang sukar sahaja. Walau bagaimana pun congak dan anggaran juga sama penting dalam kehidupan harian bagi meningkatkan pembelajaran matematik. Apa yang perlu diberi penekanan semasa guru mengajar matematik ialah membina kemahiran mengira tanpa kertas dan pensil. Sesetengah strategi boleh diajar melalui perbincangan kelas.2 Penganggaran dalam pengiraan matematik The NCTM Principle and Standards of School Mathematics (2000) mendefinisikan kecekapan pengiraan sebagai mempunyai kecekapan.6. 1. kebolehlenturan dan kaedah tepat bagi mengira. Sowder (1990.19) menekankan yang pengiraan minda tidak boleh dilengahkan sehingga pelajar menguasai menulis algorithma secara formal. Secara umumnya. Pada kebiasaannya pengajaran matematik di sekolah lebih menekankan algoritma (tatacara pengiraan) bagi pengiraan aritmetik. Pelajar perlu cekap mencongak iaitu mengira secara mental di samping boleh menggunakan kertas dan pensil dan alat teknologi seperti kalkulator dalam pengiraan. Penekanan dibuat kepada kepekaan nombor dan kefahaman terhadap nilai tempat. Guru perlu tahu bagaimana menerangkan kepada pelajar. .PPG MT-MAJOR Pengajaran pengiraan mental yang baik haruslah pelbagai. p. Dalam kehidupan harian adalah sangat biasa memberi jawapan hampir kepada masalah arithmatik yang diperlukan berbanding jawapan yang tepat. Perbincangan secara kelas adalah penting bagi berkongsi kaedah minda diantara pelajar. Ini berlaku terutamanya apabila jawapan diperlukan dengan cepat tanpa penggunaan alatan seperti kertas dan pensil. penerangan dan latihan.

Sowder (1990) menyatakan kefahaman kepada nombor adalah asas menguasai penggunaan kalkulator dan ianya mengembangkan penekanan kepada pengiraan mental bagi semua nombor yang membantu mengembangkan kepekaan nombor bagi memahami aritmetik. 1.PPG MT-MAJOR Apabila jawapan tepat diperlukan.6. Anggaran Kuantiti (mencari bilangan pelajar. hari. dimana ia menyediakan maklumat terhadap kefahaman orang secara umum tentang konsep matematik.6. 1. Biasanya pelajar yang selalu menggunakan strategi penganggaran dan congak atau mental dalam pengiraan lebih memahami secara mendalam tentang hubungan nombor. Ini akan mendorong mereka menjadi lebih cekap dalam matematik.3 Kepentingan Penganggaran dalam kehidupan seharian Penganggaran dalam pengiraan didefinisikan sebagai mencari jawapan terdekat kepada masalah aritmetik tanpa mengira jawapan itu tepat atau sebaliknya.2. membuat anggaran dan berurusan dengan tekhnologi 1.4 Teknik dalam mengira menggunakan penganggaran Penganggaran selalu digunakan dalam situasi berikut: 1. Ia merupakan komponen penting bagi kognitif matematik. Namun pelajar perlu juga diajar kepentingan menganggar dalam mendapatkan jawapan.2. kemudian barulah menyemak prosedur pengiraan.2.6.1 Hubungan antara penganggaran dalam pengiraan dan penggunaan kalkulator Pelajar seharusnya di ajar membuat penganggaran pada permulaan bagi menjawab soalan sebelum menggunakan kalkulator . kelas dsb) . hubungan dan strategi dan perkembangan kognitif pelajar dalam domain matematik. Selain itu kemahiran penganggaran adalah berguna dalam kehidupan harian di mana ia lebih realistik dan digunakan secara menyeluruh dalam setiap akiviti kita. biasanya penggunaan kalkulator dan mesin kira akan digunakan.

3 Pembundaran Tetapkan digit bagi nilai tempat yang hendak dibundarkan. dengan mengekalkan digit kekunci dan ganti semua digit di kanannya dengan sifar. Anggaran Jawapan( mencari jumlah. dengan menambah 1 kepada digit kekunci dan menggantikan semua digit di kanannya dengan sifar. perbezaan dsb ) 1. isipadu. -Kirakan dengan nombor baru bagi mendapatkan anggaran.6.Kenalpasti digit dalam nilai tempat dalam kedudukan kanan dari digit kekunci. bundarkan ke bawah. Ianya sebagai digit kekunci. luas .PPG MT-MAJOR 2.6. Sekiranya digit tersebut kurang dari 5. . masa dsb) 3. Sekiranya digit tersebut lebih besar dari 5. Contoh: menganggarkan 589 + 217 . bundarka ke atas. 500 550 589 600 20017 250 300 1. Anggaran Ukuran ( mencari panjang .4 Penukargantian nombor yang serasi Digunakan apabila nombor hampir kepada nombor asal pengiraan menjadi mudah untuk dianggarkan secara minda -Kenalpasti nombor dalam pengiraan asal yang boleh diganti dengan lain nombor bagi menghasilkan anggaran yang mudah dengan minda. kita membundarkan 589 kepada 600 dan 217 kepada 200 dan mengira secara minda dengan 600 + 200 bagi memperolehi anggaran 800.

1. . Jelaskan dan 10 cara berfikir Mendarabkan 100 dan 10 adalah senang digunakan . Contohnya: anggarkan nilai 569 + 375 dengan menggunakan anggaran depan ke hujung yang dilaraskan. Tambahkan digit depan ke hujung. Digunakan bila menganggar diperlukan secara pantas dan anggaran kasar saja.laraskan anggaran pertama dengan menggunakan digit lain atau nombor bagi anggapan menjadi 0 dan anggar semula.nombor yang tinggal adalah 69 + 75 atau lebih kurang 150. 1.PPG MT-MAJOR Contohnya : anggarkan nilai 524 x 33 dengan gantian nombor serasi. Anggapkan semua digit kecuali permulaan atau digit depan ke hujung dalam nombor yang dikira adalah 0 Buat pengiraan dengan nombor baru Sekiranya memerlukan anggaran lebih hampir.6.6.6 Pengelompokan Digunakan bagi menganggar jumlah apabila addends pada pengiraan kelompok sekitar nombor yang sama. digit setiap nombor seperti jika digit yang baki semuanya sifar.5 Anggaran depan ke hujung Cara paling ringkas yang melibatkan pengiraan paling kiri . satu cara menggantikan nombor serasi ialah 500 x 30 = 15000. -Guna pendaraban untuk menganggar jumlah campuran asal pengiraan tambah. -Kenalpasti nombor yang setiap addends adalah hampir dan senang untuk mencongak secara minda dengan senang -Gantikan setiap addends dengan nombor yag sama. atau depan ke hujung. Jadi 569 + 375 adalah hampir 950. Jelaskan cara berfikir. kita akan dapat 500 + 300 adalah 800. Hasilnya 15000.

• Penyelesaian Setiap nombor adalah hampir kepada 150. 120 Disember. atau 1500. a. Penderma untuk jangka masa empat bulan adalah September. maka kita berfikir 12 x 150 adalah lebih kurang 10 darab 150.PPG MT-MAJOR Contoh Penyelesaian Masalah : Penderma Darah Bilangan penderma darah di sebuah hospital adalah hampir sama bagi empat bulan terawal pada tahun tersebut : Bulan Januari Februari Mac April Bilangan Penderma Darah 145 154 148 153 Jika corak bilangan tersebut berterusan. 89 Oktober. anggarkan bilangan penderma darah yang dijangkakan pada tahun tersebut. 106 Berapakah bilangan penderma yang menderma darah dalam masa tersebut ? . Gunakan kelompok untuk menganggar jumlah yang dinyatakan. [ Giliran Anda ] Latihan : Anggarkan bilangan penderma unutk masa lain adalah seperti berikut. Kita mahu menganggarkan jumlah untuk 12 bulan. 97 November. Bilangan penderma berkemungkinan hampir 1500 pada tahun tersebut.

Mengelompok juga boleh digunakan untuk menganggar hasil darab. dengan nombor yang dibundarkan dengan puluh yang terdekat. bagaimana ianya diwakilkan dengan objek. untuk menguji konklusi anda. dan memperoleh kemahiran dalam pengiraaan aritmetik membentuk pendidikan asas matematik di peringkat sekolah rendah.000. kita melihat bahawa nombor tersebut berkelompok dengan kelompok 10. 125. Semua isi kandungan matematik yang digariskan untuk murid daripada peringkat pra persekolahan sehingga ke sekolah rendah adalah berasaskan nombor.7 ISU-ISU UTAMA DALAM PENGAJARAN NOMBOR BULAT 1. nombor dan aritmetik. dan bagaimana menggunakan nombor dan operasi bagi menyelesaikan masalah matematk. atau atas garis nombor. Semasa melalui pembelajaran di peringkat ini.PPG MT-MAJOR b. membangunkan ‘number sense’.Memahami nombor dan operasi. angka. dan 123. Berapakah bilangan anggaran penderma darah untuk jangka masa enam bulan tersebut? Refleksi : Adakah pengelompokan sentiasa memberi anda anggaran yang sama dengan membundar ? Gunakan contoh dan bahagian (a) di dalam latihan. bagaimana nombor-nombor termaktub dalam sistem yang mempunyai struktur dan ciri-ciri.1 Pendahuluan Dari segi sejarah nombor menjadi asas keseluruhan kurikulum matematik. 10. 127. untuk menganggar hasil darab 9 x 13 x 8 x 12. Contohnya.7. untuk mencapai anggaran. Standard Nombor dan Operasi menggambarkan keperluan bagi kefahaman yang mendalam serta kelancaran bagi kemahiran mengira. . 124. atau 1. murid seharusnya menguasai kefahaman yang baik tentang nombor – apakah itu nombor. Bilangan penderma bagi enam bulan pertama pada suatu tahun adalah 126. 129. bagaimana mereka ini berkait antara satu sama lain. Kita mencari hasil darab secara mental daripada 10 x 10 x 10 x 10.

isu yang sering dibincangkan melibatkan pengetahuan guru. dan boleh melihat kebergunaan mana-mana kaedah yang efisen. juga menggunakan algoritma dengan pensil dan kertas terutamanya apabila nobor semakin besar untuk enghasilkan jawapan yang tepat dengan cepat. menggunakan perkaitan antara operasi aritmetik untuk menyelesaikan masalah. Kelancaran pengiraan seharusnya dibangunkan selari dengan kefahaman murid terhadap peranan dan makna operasi aritmetik dalam sistem nombor. memahami bahawa terdapat pelbagai kaedah yang ada. Justeru dalam melaksanakan pengajaran.Adalah penting bagi murid mengetahui kombinasi nombor asas (basic number combinations . Apa pun kaedah yang digunakan murid. memahami sistem asas-sepuluh. mereka harus boleh menerangkan kaedah yang digunakan.7. Kajian juga telah menunjukkan bahawa pembelajaran tentang nombor dan operasi adalah satu proses yang kompleks untuk kanak-kanak (contohnya.Fuson(1992)). Murid juga harus menguasai kelancaran pengiraan-mempunyai dan menggunakan kaedah yang efisen dan tepat untuk pengiraan. Keutamaan dalam Standard ini ialah pembangunan ‘number sense’ – antaranya ialah kemampuan untuk meleraikan nombor menggunakan nombor tertentu misalnya 100 atau ½ sebagai rujukan. murid dan juga tentang pedagogi. 1. tepat dan umum.PPG MT-MAJOR Konsep dan algoritma bagi aritmetik peringkat rendah juga adalah sebahagian daripada nombor dan operasi. Murid juga harus mampu membuat anggaran dan menilai kemunasabahan jawapan mereka. Kelancaran boleh dilihat dengan jelas menerusi kombinasi penggunaan strategi mental dan catatan atas kertas.penambahan satu digit dan pasangan pendaraban juga untuk penolakan dan pembahagian.2 Pengetahuan Guru . memahami nilai nombor serta menganggar (Sowder 1992).

Aktiviti 2 Dapatkan maklumat dan bincangkan apakah konsep yang terlibat dalam pengajaran isi kandungan matematik tentang nombor bulat. Ini bertentangan dengan mereka yang mempunyai kefahaman konseptual. Apakah idea penting yang seharusnya disampaikan tentang topik nombor bulat? 1. Guru sebegini mampu membuat perkaitan antara konsep matematik.PPG MT-MAJOR Ma (1999) melaporkan bahawa guru yang hanya memiliki pengetahuan prosedural mempunyai kecenderungan untuk mengajar muridnya secara algoritma sahaja serta gagal membuat perkaitan antara topik matematik. Contohnya walau pun guru ini mengetahui bagaimana untuk menolak dan mendarab tetapi tidak dapat mempamerkan kefahaman matematik melebihi daripada tindakan yang diperlukan dalam melaksanakan operasi tersebut. Ini sekaligus menjejaskan kemahiran pedagogi apabila mengajar di dalam kelas.7. Antaranya kita perlu tahu di mana kita berada sekarang (dari segi pengetahuan murid-murid di dalam kelas kita di mana atas pengetahuan sedia ada inilah yang perlu kita bina pengetahuan matematik selanjutnya). operasi dan perkaitan untuk memberikan kefahaman yang mendalam tentang sesuatu topik matematik. Pengetahuan guru-guru yang mengajar nombor bulat juga menjadi sebahagian daripada masalah dalam pengajaran nombor bulat. . Masih terdapat guru yang tidak menguasai secara keseluruhannya dengan mendalam tentang nombor bulat dan nilai tempatnya.3 Cara Pengajaran Guru Matematik Sebagai guru matematik kita perlu tahu beberapa perkara. Ma (1999) juga mendapati bahawa ramai guru sekolah rendah kekurangan pengetahuan tentang konsep dan operasi nombor bulat. Kita juga perlu tahu di mana kita mahu pergi (dari segi pengetahuan kita harus tahu apa yang kita inginkan semua murid di dalam kelas untuk peroleh dan kuasai sepanjang tahun persekolahan mereka).

soalan ini hanya melibatkan sifir 8. Kebanyakan murid berfikir bahawa nombor yang besar adalah yang mempunyai nilai yang besar. 1. antara isu dalam pengajaran guru ialah mengenal perbezaan di antara membantu murid menguasai fakta asas dan membantu mereka tentang makna operasi.Justeru. adalah penting untuk menyedari bahawa penguasaan fakta asas tetap merupakan sesuatu yang amat penting dalam pengajaran matematik terutamanya di peringkat awal pembelajaran matematik dalam kalangan murid. namun fakta asas ini perlu disampaikan secara terperinci kepada murid untuk membantu mereka memahami fakta sebenar . Sekalipun mudah bagi guru. Keadaan ini menyebabkan ramai murid terus ketinggalan dan tidak menguasai penambahan dan penolakan yang sebenarnya lebih mudah daripada pendaraban. Contoh: 888÷8 (murid mengandaikan sebagai satu nombor besar) Bagi murid yang mengetahui fakta asas. nombor yang paling besar ialah 9 manakala cara penyelesaian untuk nombor lain hanya melibatkan konsep. kita perlu tahu apakah cara terbaik untuk sampai kepada matlamat tersebut (sebagai guru kita akan menyediakan peluang pembelajaran yang membolehkan semua murid di dalam kelas pengajaran matematik yang berkesan. Seterusnya apabila kita bercakap mengenai reformasi dalam pendidikan untuk mencapai objektif pembelajaran mereka). Namun jika mereka diajar tentang fakta asas nombor.7. Di sekolah.PPG MT-MAJOR Akhirnya.4 Mengetahui Fakta Asas Fakta asas bagi empat operasi asas adalah sangat penting dan menjadi asas dalam pembelajaran matematik. biasanya hanya fakta asas pendaraban sahaja diajarkan manakala fakta asas untuk 3 operasi yang lain diabaikan begitu sahaja. Masalah yang sering terjadi ialah guru tidak mengajarkan fakta asas secara keseluruhannya. Adalah perlu bagi guru untuk merekabentuk matematik.

Murid yang tidak dapat menguasai fakta asas memerlukan bantuan lebih daripada sekadar latih tubi.5 Pengajaran Nilai Tempat Mengetahui nilai tempat adalah sangat penting sebelum murid dapat membaca dan mengenali nombor yang lebih besar. Contoh : a) strategi bagi fakta asas untuk operasi tambah : ‘zero facts’. ‘fives’. Bagi murid untuk memahami nilai tempat. Nilai tempat ini sebenarnya tidak dapat diajarkan dengan mudah dalam tempoh yang singkat. Adalah sangat penting untuk menyedari bahawa pengetahuan murid yang terhad tentang fakta asas seharusnya tidak mengecualikan mereka daripada mengalami pengalaman matematik yang sebenar. Murid dapat memahami tentang nilai tempat dengan sempurna hanya apabila mereka telah mempelajari dan memahami tentang operasi. Aktiviti 3 Dapatkan maklumat tentang fakta asas bagi empat operasi dalam matematik dan bincangkan strategi bagi penguasaan fakta asas bagi setiap operasi berkenaan. Sebelum sesuatu strategi fakta asas menjadi automatik. murid harus membangunkan habit mental menggunakan strategi yang sesuai bagi sesuatu fakta yang muncul dalam situasi bukan berbentuk latih tubi. Antara cadangan bagi membantu murid yang belum menguasai fakta asas ialah dengan mengenal pasti fakta asas yang dikuasai dan yang tidak dikuasai murid juga mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. ‘doubles’. ‘ nines’ 1. mereka perlu terlebih dahulu . Istilah nilai tempat bermaksud kedudukan atau nama tempat bagi sesuatu digit.PPG MT-MAJOR dalam matematik.7. ‘near doubles’ b) strategi bagi fakta asas untuk operasi tolak : ‘think addition’ atau ‘think missing part’ c) strategi bagi fakta asas untuk operasi darab : fakta ‘doubles’.

6 Perkembangan konsep nombor bulat dan operasi dalam kalangan murid Perkembangan dan pembangunan pengetahuan murid tentang nombor dan pengiraan adalah penting dalam kefahaman asas matematik murid-murid. lima-lima.PPG MT-MAJOR menamakan nombor-nombor kecil. Aktiviti 4 Melalui pengalaman anda. melaksanakan penambahan dan penolakan bagi nombor-nombor kecil serta memahami tentang kumpulan dalam pengiraan ‘group in counting’ atau ‘skip counting’. 1. cara yang lebih efisen ialah mengira dalam kumpulan bukannya secara individu. Bincangkan dalam kumpulan anda bagaimana untuk mengatasi kesukaran dan kesilapan yang telah dikenal pasti. Masalah yang sering terjadi ialah. senaraikan kesukaran. Kesukaran murid antaranya ialah untuk memahami bahawa setiap lajur berkenaan adalah saling berkaitan dan ini mungkin abstrak bagi mereka. mereka perlu diterangkan bahawa apabila nilai semakin besar. puluh. Yang paling penting dalam nilai tempat ialah lajur tertentu mewakili saiz kumpulan tertentu iaitu sa. Digit dalam lajur berkenaan memberikan maklumat tentang berapa banyak kumpulan dalam saiz berkenaan. Penerokaan awal biasanya diklasifikasikan dalam bentuk intuitif. secara terus dan menerusi pengalaman konkrit (Kilpatrick et al. ii. kekeliruan serta kesilapan murid dalam mempelajari dan memahami tentang nilai tempat.Baroody (1987) pula mendapati bahawa kanak-kanak menggunakan kedua-dua strategi pengiraan konkrit dan juga strategi pengiraan mental. Mereka juga perlu boleh membuat pengiraan ke atas atau ke bawah dalam nilai dua-dua. tigatiga. . sepuluh-sepuluh atau seratus-seratus. guru mulai mengabaikan pengajaran tentang nilai tempat apabila mengajar operasi kerana memikirkan bahawa pengajaran nilai tempat telah dilakukan sebelum itu.7. 2001). ratus dan sebagainya.

adalah penting untuk menjejaki (keep track) pengiraan dan algoritma menggunakan pensil dan kertas yang masih merupakan satu kaedah yang penting. melaksanakan pengiraan mental. Strategi ini seterusnya berkembang kepada strategi operasi penambahan dan penolakan termasuk pengiraan ke belakang. Apabila berhadapan dengan pengiraan. 2001). p. Laksanakan pembentangan kumpulan untuk berkongsi hasil perbincangan anda. mengunakan pensil dan kertas(Carroll & Porter.7). et al. 2001. ‘skip counting’ dan pengiraaan sepuluh-sepuluh (Fosnot & Dolk. penggunaan algoritma bertulisatau prosedur yang boleh dilaksanakan dengan cara yang sama dan melibatkan nombor yang berbeza adalah perlu (Kilpatrick. mencipta prosedur bertulis. melukis gambar. murid-murid menggunakan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah termasuklah menggunakan bahanbahan manipulatif untuk memodelkan situasi. Aktiviti 5 Beberapa persoalan yang harus digunakan guru dalam mengajar sebarang topik matematik dan pengajaran nombor bulat khususnya ialah: i) Apakah masalah ataupun kesukaran dalam pengajaran konsep nombor bulat? ii) Apakah kesilapan biasa ataupun kekeliruan yang selalu dihadapi oleh murid dalam topik ini? Bincang dalam kumpulan untuk menjawab persoalan-persoalan di atas. Bass (2003) menyarankan penggunaan satu penyelesaian generik yang munasabah untuk menyelesaikan masalah matematik yang kerap ditemui. Buat rumusan terhadap tindakan yang dicadangkan bagi mengatasi kesukaran dan kesilapan murid . Manakala strategi pengiraan mental merupakan strategi untuk menjejaki sejauh mana seseorang perlu kira daripada nombor kardinal bagi nombor pertama yang ditambah. 1998).PPG MT-MAJOR Strategi pengiraan konkrit digunakan apabila objek dikira bagi setiap nombor yang ditambah sebelum semua dikira sebagai satu jumlah. Oleh kerana pengiraan menjadi semakin sukar untuk dilaksanakan apabila nombor menjadi semakin besar.

seterusnya memperoleh pengajaran yang lebih efektif.PPG MT-MAJOR berkenaan. .