You are on page 1of 48

TOPIK 1 NOMBOR

Pengenalan

Kursus Mengajar Nombor, Pecahan, Perpuluhan dan Peratus ini memberi peluang kepada pelajar
menghayati dan mengembangkan amalan pengajaran yang baik dalam nombor, pecahan,
perpuluhan dan peratus. Perbincangan meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan
perkembangan konsep kanak-kanak, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pembinaan resos
pembelajaran. Pengalaman praktikal diperoleh melalui sesi pengajaran mikro/makro.

Modul ini dibina untuk membimbing pelajar- pelajar menjana ide dan menggilap kreativiti menjadi
guru matematik yang berkesan. Tiga aspek utama yang mesti diberi perhatian ialah:

i. Tahu tentang kemahiran-kemahiran matematik yang perlu murid kuasai pada akhir
persekolahannya.
ii. Ada kemahiran pedagogi untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran supaya murid
faham dan jelas.
iii. Tahap- tahap perkembangan dalam pembinaan sesuatu konsep matematik

Topik- topik dalam kursus ini ialah Nombor, diikuti dengan Pecahan, Perpuluhan dan Peratus.
Dalam tajuk 1, kita akan fokus kepada Nombor Bulat sahaja dan Empat Operasi Asas. Kita juga
akan bincangkan tentang Fakta Asas, Celik Operasi (Operation Sense) dan Pengiraaan serta Isu-
isu Utama dalam Pengajaran Nombor Bulat.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pembelajaran topik ini, pelajar- pelajar dapat:

i. Menerangkan tentang perkembangan awal nombor.


ii. Meningkatkan kemahiran-kemahiran pedagogi yang berkesan dalam pengajaran Nombor
Bulat.
iii. Merancang aktiviti- aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Nombor Bulat.
iv. Membincangkan isu- isu yang berkaitan dalam tajuk ini.

1.1 Nombor Bulat

Kemahiran - kemahiran matematik dalam tajuk Nombor Bulat yang perlu ada dan mesti
dikuasai murid- murid setelah tamat sekolah rendah ialah:

Menggunakan istilah seperti banyak, sedikit, sama banyak, tidak sama banyak atau lebih
besar daripada, lebih kecil daripada semasa membuat perbandingan.
Mengenal dan menamakan nombor bulat
Mengira, membaca dan menulis nombor bulat
Menentukan nilai tempat bagi digit dalam nombor bulat
Membanding beza nilai- nilai nombor bulat
Menyusun nombor bulat secara menaik atau menurun
Membundar nombor bulat kepada puluh, ratus, ribu dan puluh ribu yang hampir.

Kemahiran Pedagogi ialah satu aspek yang amat penting bagi guru untuk menyampaikan isi
kandungan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran pedagogi bermaksud guru
dapat menguasai kaedah, teknik dan strategi yang bersesuaian dalam pengajaran dengan tujuan
membantu murid memahami dan menguasai sesuatu konsep.Seorang guru matematik yang
efektif perlu arif tentang langkah- langkah perkembangan yang perlu diambil kira dalam
pembinaan sesuatu konsep khususnya bagi nombor bulat.
1.1.1 Tahap Perkembangan Nombor Bulat

Perkembangan suatu konsep matematik selalunya akan melalui beberapa langkah tertentu. Ia
berlaku secara berturutan dari konsep yang mudah ke konsep yang agak sukar dan seterusnya ke
tahap yang susah. Murid- murid perlu didedahkan mengikut pemeringkatan seperti dalam tajuk
nombor bulat iaitu:

Celik Nombor
Pra Nombor
Nombor Awal
Pengenalan Nilai Tempat
Pengukuhan tentang Nilai Tempat
Lanjutan tentang Nilai Tempat

1.1.2 Celik Nombor

Celik nombor merangkumi:

Pemahaman tentang konsep nombor dan operasi ke atas nombor.


Pembentukan strategi berguna bagi memahami nombor dan operasi ke atas nombor.
Kebolehan untuk mengira dengan tepat dan efisyen, boleh mengesan kesilapan.
Kebolehan dan kecenderungan untuk menggunakan kefahaman tentang nombor , dan
dalam pelbagai cara yang fleksibel apabila ingin membuat keputusan.
Mempunyai jangkaan bahawa nombor adalah berguna, dan bekerja dengan nombor
adalah bermakna dan boleh diterima akal (make sense).
cth: dapat tempat pertama dalam kelas

1.1.3 Pra Nombor

Pada peringkat ini, kanak- kanak perlu ada kemahiran pra syarat untuk mempelajari tentang
nombor. Kemahiran pra syarat ini termasuklah:

mengklafikasi /mengisih objek melalui sifat- sifat fizikal seperti warna, saiz
membandingkan kuantiti dua objek melalui padanan satu ke satu.
menentukan hubungan kuantiti antara dua set sebagai sama banyak, lebih banyak atau
kurang daripada.
Keabadian kuantiti

Konsep Pranombor adalah yang bukan berkaitan dengan nombor tetapi kemahiran ini penting
sebagai asas kepada konsep dan kemahiran nombor yang seterusnya.

1.1.4 Nombor Awal

Di sini, kanak- kanak akan menumpukan perhatian untuk mempelajari nombor 1 ke 10, juga sifar.
Mereka akan diajar membaca, menulis dan menyusun nombor berasaskan objek- objek konkrit
dahulu, diikuti dengan objek- objek dalam gambar dan akhirnya hanyalah simbol atau nombor
sahaja. Mereka juga perlu faham konsep sifar yang mewakili kuantiti kosong atau tiada.Guru
matematik perlu berhati- hati di sini kerana kanak- kanak biasanya menghadapi masalah untuk
memahami makna sifar.Oleh itu, adalah wajar untuk mengenalkan sifar hanya setelah kanak-
kanak kenal nombor sekurang- kurangnya sehingga nombor 3. Begitu juga dengan nombor 10
kerana ia melibatkan nombor dua digit dan nilai tempat.

Penerangan berkenaan nilai tempat akan dihuraikan kemudian.


Kemahiran/konsep penting yang perlu dikembangkan dalam peringkat awal nombor

Mengenal, menama, dan menentukan nilai nombor 1 hingga 10, dan 0


Membilang nombor 1 hingga 10
Menulis angka 1 hingga 10
Menyusun nombor 1 hingga 10 mengikut tertib menaik dan menurun.

1.1.5 Perkembangan Nombor (Number Development)

Mengajar awal nombor


Dengar, lihat, sebut dan tunjuk
Strategi Membilang
- Membilang secara menaik (Counting on)
- Membilang secara menurun (Counting back)
- Membilang secara lisan (Verbal counting)
- Membilang secara sentuhan (Touch counting)
- Membilang secara visual (Visual counting)
- Membilang secara melangkau (Skip counting)

Mengajar Menulis Angka


Teknik Biasa
Menulis di udara (write in the air)
Menulis di atas pasir (write on sand board)
Menekap angka putus-putus (trace dashed numerals)
Menulis di atas ruang kosong (write on empty space)

1.1.6 Pengiraan

Apabila kita mengira, kita sebenarnya mencari bilangan elemen dalam satu set objek. Ia
melibatkan nombor- nombor selain dari 1. Contohnya kita mengira wang, baki wang, mengira
dalam kiraan dua (2, 4, 6, 8, 10, 12, ...) atau dalam kiraan lima (5, 10, 15, 20, 25, ...).

Kita boleh mengira dalam pelbagai cara yang berbeza. Mengira secara lisan biasanya digunakan
bagi objek yang ada di depan mata. Menggunakan gundal atau tally marks, untuk mengira
dilakukan dengan mencatatkan satu tanda untuk mewakili satu kuantiti dan kemudian
menjumlahkan tanda yang dicatat . Ini adalah pengiraan menggunakan asas 1. Pengiraan biasa
ialah menggunakan asas 10

Selain dari itu kita juga boleh menjalankan pengiraan menggunakan jari (finger-counting)
terutamanya untuk mengira nombor kecil. Di sini kita menggunakan 1 jari = 1 unit dan terhad
kepada mengira 10 sahaja. Lain- lain simbol tangan juga digunakan seperti dalam Sistem Cina di
mana 1 tangan mewakili 10. Finger binary (base 2 counting) juga ialah satu cara mengira di mana
pengiraan sehingga 1023 = 210 1 boleh dilakukan.

Guru matematik sepatutnya mendedahkan teknik- teknik untuk mengira seperti teknik counting on
(0, 1,2,3,4,....), teknik counting back (10, 9,8,7,6,.....) dan juga skip counting (2, 4,6,8,....) . Kita
patut mula dengan nombor yang lebih kecil dahulu misalnya nombor 0 hingga 10. Apabila murid-
murid sudah mahir, barulah beralih ke nombor- nombor yang lebih besar.
Pelbagai alat dan kaedah boleh digunakan untuk membantu mengira seperti hand tally counters,
menggunakan pensel dan kertas, penganggaran, aritmetik mental, abakus, kalkulator dan
komputer. Kita sepatutnya dapat membuat pilihan yang bijak melalui pengalaman untuk memilih
yang mana satu yang lebih baik dan sesuai.

1.1.7 Peranan Algoritma dan Perwakilan Nombor

Algoritma ialah satu prosedur yang mengandungi langkah- langkah khusus untuk diikuti dalam
pengiraan. Menurut al-Khwrizm, algoritma merujuk kepada peraturan- peraturan dalam
menjalankan aritmetik menggunakan nombor-nombor Arab- Hindu. Kepentingan untuk memahami
dan menggunakan algoritma adalah perlu dalam mempelajari matematik. Terdapat pelbagai
algoritma dalam matematik dengan kegunaannya tersendiri.

Untuk menjadi mahir dalam pengiraan, seorang mestilah mempunyai kaedah yang efisen dan
tepat untuk mengira, dan ada kemahiran celik nombor dan operasi. Kita perlu tahu dan faham
bagaimana sesuatu algoritma itu digunakan dan berfungsi. Ini dapat menyokong kita untuk terus
maju dalam matematik kerana algoritma itu bermakna untuk kita. Sekiranya kita mengamalkan
pembelajaran secara menghafal semasa menjalankan algoritma matematik, maka ini akan
menghalang perkembangan celik nombor kita. Pelajar yang dapat mencipta algoritma alternatif
selalunya lebih berjaya dalam matematik kerana ia dibina berasaskan pemikiran dan kefahaman
mereka.

Dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, latihan perlu diberi setelah mempelajari tajuk
matematik. Kadangkala latihtubi dan latihan tidak akan menjadi berkesan dan perlu sekiranya ia
tidak membawa apa-apa makna kepada pelajar. Jadi seharusnya pelajar perlu jelas dan faham
apa yang mereka buat. Kefahaman konseptual mesti dilengkapi dulu sebelum latihan dijalankan.
Konsep yang kukuh tentang ide- ide matematik akan memudahkan lagi menyelesaikan masalah
yang berkaitan.

Kelajuan dan kecekapan menggunakan algoritma matematik melibatkan nombor- nombor besar
bukan lagi merupakan satu isu kritikal kerana isu ini dapat diatasi menggunakan teknologi. Kita
memerlukan fasiliti kepada algoritma untuk pengiraan itu. Walaupun begitu, teknologi tidak boleh
menafikan keperluan untuk memahami dan menjalankan algoritma- algoritma asas.

1.1.8 Nilai Tempat


Dalam sistem Arab- Hindu , nilai tempat merupakan satu konsep utama.Nilai bagi sesuatu nombor
ditentukan melalui kedudukannya dalam nombor itu.

Sebagai contoh nombor 3578 dibaca sebagi tiga ribu lima ratus tujuh puluh lapan. Ribu, ratus,
puluh dan sa menunjukkan tempat bagi nilai.

3 5 7 8

8 sa
7 puluh, atau 70 sa
5 ratus, atau 500 sa
3 ribu, atau 3000 sa

Dalam bentuk kembangan (expanded form), 3578 boleh ditulis sebagai 3000 + 500 + 70 +8.

Guru perlu membimbing murid memahami nilai tempat asas sepuluh supaya mereka faham
sistem nombor Arab Hindu. Ini membolehkan mereka membina sebarang nombor menggunakan
10 digit itu dan menentukan nilai tempatnya. Konsep nilai tempat dapat dikukuhkan lagi melalui
pengalaman mencerakinkan nombor dalam bentuk kembangan.
Apabila tajuk nilai tempat diperkenalkan, murid- murid akan mula menggunakan nombor 11 hingga
20 . Ide tentang nilai tempat dikaitkan terus dengan konsep pengumpulan semula dalam nombor
asas 10 (10 sa = 1 puluh). Satu contoh bahan untuk menunjukkan nombor asas sepuluh ialah
dengan menggunakan straw. Kita katakan satu straw mewakili nilai 1 dan 1 ikatan yang
mengandungi 10 straw menunjukkan ide mengumpulkan 10 straw kepada satu kumpulan 10.

Lihat rajah di bawah.

sa
puluh

Ide nilai tempat diteruskan lagi kepada nombor 20 sehingga 100. Untuk membina kefahaman
dan pengalaman ini, kita mesti melalui proses mengumpulkan objek dalam kumpulan sepuluh-
sepuluh. Sekali lagi kita boleh gunakan straw untuk menunjukkan ide 1 ratus = 10 puluh = 100
sa. Di sini guru memainkan peranan penting untuk membimbing murid untuk belajar dan
memahami konsep nilai tempat dengan mudah melalui pengalaman konkrit.

Kini masanya untuk anda berfikir.

Aktiviti 1

Apakah bahan- bahan lain yang boleh anda gunakan sebagai objek asas
10 semasa mengajar konsep nilai tempat?
Bagaimana anda menggunakan bahan itu untuk menunjukkan nilai sa,
puluh dan ratus?
Catatkan di bawah.

Konsep nilai tempat dilanjutkan kepada nombor melebihi 100. Idea pengumpulan sepuluh-
sepuluh dilakukan untuk menunjukkan 10 puluh = 1 ratus; 10 ratus = 1 ribu dsb. Sehubungan
dengan itu, kefahaman murid tentang nilai tempat diperluaskan kepada ratus, ribu, puluh ribu,
ratus ribu dan juta. Murid perlu diingatkan tentang digit 0 dalam ide nilai tempat. Sifar di sini ada
makna tertentu. Guru perlu membimbing murid supaya faham. Contohnya dalam nombor 709,
sifar terletak pada tempat puluh dan tiada nilai puluh di sini.

Ada banyak cara yang baik yang boleh digunakan untuk mengajar konsep nombor. Sebagai
seorang guru matematik kita tahu, murid membina konsep melalui kefahamannya dan
pembelajaran akan berlaku daripada pengalaman belajar yang bermakna. Oleh itu, guru harus
merancang pengajaran yang menyediakan ruang untuk berfikir melalui aktivitiaktiviti yang
melibatkan penglibatan aktif , mencabar, praktikal dan relevan.

a) Contoh Aktiviti P&P - Mengira

Hasil Pembelajaran:
Mengira sekumpulan objek dari 1 hingga 10
Mengira ke belakang dari nombor 10 to 0.
Bahan :
10 pembilang
Kad Nombor 0 10

Prosedur:

1. Guru berkata: Lihat, saya ada banyak pembilang. Mari kita kira bilangan pembilang yang saya
ada.

2. Guru mengalihkan satu kaunter ke tepi dan berkata satu.

3. Guru mengalihkan satu lagi pembilang dan berkata dua.


4. Guru ulang untuk tiga, empat sehingga sepuluh.
5. Kerja berpasangan:
Secara bergilir lakukan seperti di atas- seorang alihkan pembilang sambil seorang lagi
menyebut bilangan yang dialih.
Beri pujian jika dapat mengira dengan betul.
6. Murid- murid bermain Permainan Mengira dalam kumpulan berlima mengikut peraturan
berikut:
Kocok kad (0 10) dan terbalikkannya.
Seorang pemain ambil kad teratas dan terbalikkan sambil menyebut nombornya ,
contoh : tujuh.
Pemain lain mengira ke belakang enam, lima , empat, tiga,....., sifar mengikut
giliran.
Pemain yang menyebut sifar akan mengambil kad seterusnya dan permainan
diteruskan seperti di atas.

b) Contoh Aktiviti P&P Nilai Tempat

Hasil Pembelajaran:
Menukar nombor 10 hingga 20 dalam puluh dan sa menggunakan jalur-puluh dan kepingan
sa.

Bahan:
Bahan Asas 10 : jalur-puluh dan kepingan sa
Kad nombor : 0 hingga 9
Kad Manila dengan dua poket.

Prosedur:

1. Guru bimbing murid untuk menukar 10 kepingan sa dengan satu jalur- puluh

jalur- puluh

kepingan sa
2. Murid diminta menyebut satu nombor antara 11 dan 20. Contohnya 15.
Guru bimbing murid tukar 15 sa dengan 1 jalur- puluh dan 5 sa

3. Guru bimbing murid pilih satu kad nombor untuk mewakili nombor di atas dan letakkan
dalam poket seperti di bawah:

Puluh Sa

1 5

4. Guru bimbing murid untuk menulis 15 = 1 puluh + 5 sa = 10 + 5


5. Murid kemudian menyebut nombor itu dalam dua cara iaitu :
satu puluh dan lima sa dan lima belas.
6. Ulang langkah- langkah di atas untuk nombor- nombor lain.

Ringkasan:

1. Nombor mewakili kuantiti sesuatu objek dan diterjemahkan dalam bentuk simbol digit.

2. Ide sifar diperkenalkan selepas murid- murid kenal sekurang-kurangnya tiga nombor pertama.

3. Ide pengumpulan bersepuluh penting untuk membina konsep nilai tempat.

4. Tiada satu cara terbaik yang tertentu untuk mengajar tajuk nombor bulat. Oleh itu, gunakan
kreativiti anda untuk menghasilkan pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menyokong
pengajaran.

1.2. Operasi Nombor dan Fakta Asas

1.2.1 Operasi Tambah dan Tolak

1.2.1.1 Pengenalan
Murid-murid sekolah rendah perlu mempunyai kemahiran asas mengira. Ada empat
operasi asas iaitu :
Penambahan TADIKA dan TAHUN 1
penolakan
pendaraban
Pembahagian

1.2.1.2 Peringkat Pembelajaran Bagi Penambahan Dan Penolakan


Ada 3 langkah asas dalam pembelajaran ini:
Tambah dan Tolak sehingga nombor 10 pengalaman mengira awal dan memahami
konsep dan makna penambahan dan penolakan
Tambah dan Tolak sehingga nombor 18 menekankan kemahiran mengingat fakta
asas bagi penambahan dan penolakan
Tambah dan Tolak bagi nombor lebih daripada 2 digit menekankan tentang algoritma
simbolik bagi penambahan dan penolakan.

1.2.1.3 Makna Penambahan Dan Penolakan


i) Penambahan - operasi yang mengumpulkan dua nombor (addends) untuk
menghasilkan nilai unik ketiga yang dikenali sebagai hasil tambah.
Dalam ayat matematik, ia ditulis sebagai
3 + 4 = 7, 3 dan 4 adalah addends, dan 7 adalah hasil tambah.

ii) Penolakan kita mula dengan hasil tambah dan menarik keluar satu daripada addends
untuk mencari satu lagi addend yang tinggal.
Hasil tambah sebenar adalah minuend; addend yang ditolak adalah
subtrahend; addend yang tertinggal adalah baki
o Dalam ayat matematik, ia ditulis sebagai 7 3 = 4,
7 adalah minuend, 3 adalah subtrahend, dan 4 merupakan baki.

Ada dua model asas untuk menggambarkan penambahan.


(a) Model Set: kombinasi objek konkrit; dan
(b) Model Garis Nombor : kombinasi kuantiti tidak konkrit

Contoh :
Masalah 1: Abu mempunyai 3 biji bola berwarna merah dan 5 biji bola biru. Berapa
jumlah bola yang Abu punyai?

Masalah 2: Suhu air dalam sebuah bikar adalah 38o C. Selepas memanaskannya,
suhu meningkat sebanyak 4o C. Apakah bacaan suhu baru bagi air tersebut?

Masalah 1 berkenaan penambahan dua biji bola, dua objek konkrit.


Gambar rajah adalah seperti berikut: MODEL SET
Masalah 2 berkenaan kombinasi dua bacaan suhu, kuantiti bukan konkrit.
Gambar rajah adalah seperti berikut: MODEL GARIS NOMBOR

4 0C
38 0C

42 0C

0 0C 10 0C 20 0C 30 0C 40 0C 50 0C

Ada empat model asas untuk menunjukkan makna Penolakan :


(a) Model Take-Away
(b) Model Perbandingan (Comparison)
(c) Model Missing-Addend
(d) Model Garis Nombor

a) MODEL TAKE AWAY


Masalah 1: Bibah mempunyai 5 ekor ayam. Semalam, 2 ekor daripada ayam-ayam tersebut
dicuri orang. Berapakah ekor ayam yang tinggal ?
(b) MODEL PERBANDINGAN (COMPARISON)
Masalah 2: Nina mempunyai 5 biji oren. Sari pula mempunyai 2 biji oren. Berapa biji oren
yang Nina punyai, melebihi oren yang dipunyai oleh Sari ?

(c) MODEL MISSING-ADDEND


Masalah 3: Bob bercadang memelihara 5 ekor arnab. Pakciknya memberi 2 ekor
arnab sebagai permulaan.Berapa ekor arnab lagi yang perlu Bob beli ?

(d) MODEL GARIS-NOMBOR


Masalah 4: Suzy mempunyai 5 liter jus oren. Dia memberi 2 liter kepada adiknya.
Berapa liter jus oren yang masih tinggal pada Suzy ?
5 liter
2 liter

0 1 2 3 4 5 6
3 liter

1.2.1.4 Hubungan Antara Penambahan Dan Penolakan


Penambahan dan penolakan adalah operasi songsang (inverse).

Contohnya:
disebabkan 3 + 4 = 7, maka 7 3 = 4 dan 7 4 = 3.

Aktiviti mengenai hubungan antara penambahan dan penolakan adalah


sangat penting pada tahap awal pembelajaran kanak-kanak.
Sebagai guru matematik, adalah sangat penting untuk membimbing mereka
memahami hubungan inverse ini melalui aktiviti yang dirancang dengan
teliti.

Contoh Mengenai Penolakan Merupakan Inverse Kepada Penambahan


Isi tempat yang kosong:
8 + 4 = 12
12 8 = _____ 12 4 = _____
5 + 9 = 14
14 5 = _____ 14 9 = _____

1.2.5 Sifat Penambahan


Identiti Penambahan(Additive identity)
Sifar adalah identiti bagi Penambahan sebab dengan menambah
sifar
kepada sebarang nombor, tetap akan menghasilkan nombor tersebut,
contohnya 4 + 0 = 4 (tekankan bahawa (a + 0) and (0 + a) adalah
sama.

Tukar tertib/Komutatif (Commutative property)


Menukar tertib kedudukan dua addend tidak mengubah hasil tambah,
contohnya: (4 + 3 = 3 + 4).
Ini memudahkan murid-murid jika yang telah mengetahui 5 + 7 = 12,
tidak perlu lagi menghafal (7 + 5).

Identiti Penambahan(Additive identity)


Sifar adalah identiti bagi penambahan sebab dengan menambah
sifar kepada sebarang nombor, tetap akan menghasilkan nombor
tersebut, contohnya 4 + 0 = 4 (tekankan bahawa (a + 0) and (0 + a)
adalah sama.

1.2.6 Fakta Asas Penambahan

1.2.7 Algoritma Bagi Penambahan Dan Penolakan


Untuk mengajar algoritma bagi penambahan dan penolakan, kita perlu
menggunakan bahan konkrit ( seperti bahan asas-10 dan carta nilai
tempat ).
Rajah berikut menunjukkan contoh bagi proses penambahan menggunakan
bahan konkrit asas-10 serta proses bagi penolakan.
Model Konkrit bagi (16 + 18).

PuSa76- 23

PuSa76- 233

PuSa76- 2353

Model Konkrit bagi (76 23).


Contoh Algoritma Penambahan

Contoh Algoritma Penolakan

Disamping algoritma tersebut di atas, terdapat lain-lain algoritma untuk mengira


penambahan dan penolakan.

1.3 Operasi Darab dan Bahagi

Pendaraban dan pembahagian adalah dua konsep penting yang digunakan dalam
semua topik Matematik. Pendaraban merupakan antara asas pengiraan yang
dianggap sukar selain membahagi. Oleh itu pelajar harus membina asas yang
kukuh tentang pendaraban dan pembahagian semasa di sekolah rendah sebelum
memasuki peringkat menengah.

1.3.1 Kemahiran Asas Matematik Pendaraban dan Pembahagian

Kanak kanak membina pengetahuan pendaraban dan pembahagian daripada


kefahaman tentang topik penambahan dan pendaraban. Kemahiran Asas
Matematik yang berkaitan dengan pendaraban dan pembahagian ialah:

Menulis ayat pendaraban dan pembahagian.


Menyatakan dengan cepat fakta asas pendaraban sehingga 9 x 9 dan fakta
asas pembahagian sehingga 81 9.
Menulis pendaraban dan pembahagian dalam bentuk algorithma piawai.
Mendarab sebarang dua nombor.
Membahagi sebarang nombor dengan nombor lain, dengan baki dan tanpa
baki.
Menyelesaikan masalah seharian yang melibatkan pendaraban dan
pembahagian.
1.3.2 Maksud Pendaraban dan Pembahagian

Pendaraban secara umumnya dikenali sebagai penambahan berulang nombor


yang sama. Di dalam ayat pendaraban 3 x 4 = 12, 12 dipanggil hasil darab bagi 3
dan 4 di mana 3 ialah multiplier dan 4 ialah multiplicand.

Sebaliknya. pembahagian dikenali sebagai suatu proses mengagihkan suatu


kuantiti kepada bahagian yang sama. Bagi pernyataan bahagi 305=6, 30 dipanggil
dividend, 5 ialah pembahagi (divisor ) dan 6 ialah hasil bahagi (quotient).
Walau bagaimanapun ada banyak lagi maksud pendaraban dan pembahagian.

Rajah 1 menggambarkan dua maksud umum pendaraban dan Rajah 2


menerangkan dua maksud umum pembahagian.

Terdapat 3 bungkusan buah Terdapat 3 baris buah tomato.


tomato. Setiap bungkusan ada 4 biji 4 biji tomato pada setiap baris.
tomato .Berapakah jumlah buah Berapakah jumlah buah tomato
tomato semuanya. kesemuanya. ?
How many tomatoes are there
altogether?

(3 X 4) bermaksud 4 + 4 + 4 (3 X 4) bermaksud 3 baris; 4 di


dalam setiap baris.
TAMBAH BERULANG SUSUNAN

Rajah1. Maksud Pendaraban.


Terdapat 12 biji tomato.Seorang Terdapat 12 biji tomato untuk dibahagi
kanak-kanak makan 3 biji kepada 3 orang kanak-kanak.
tomato. Berapakah orang Berapakan biji tomato untuk setiap
kanak-kanak yang dapat makan kanak-kanak tersebut?
semua tomato?

buah tomato?

tt?tomato.atoes?

12 3 = 4 bermaksud 3 boleh di tolak


daripada 12 sebanyak 4 kali; iaitu. 12 3 bermaksud 12 diagihkan
12 3 3 3 3 = 0 kepada 3 orang kanak-kanak;
Seorang kanak-kanak mendapat 4.
TOLAK BERTURUT-TURUT
AGIHAN SAMA

Rajah 2. Maksud Pembahagian.

Banding dan beza (3 x 4 = 12) dan (4 x 3 = 12). Bagaimanakah perbezaan


pendaraban ini mempengaruhi proses anda dalam pengajaran pendaraban?
Cikgu menyuruh Ahmad melukis gambar menunjukkan maksud 8 2 = 4. Ahmad
melukis gambar berikut:

Arif ,rakan Ahmad ,menyatakan gambar di atas tidak menunjukkan maksud


pembahagian yang betul. Kerana untuk pembahagian 8 2, Ahmad harus
melukis 8 objek yang dikongsi sama oleh 2 orang. Gambar yang betul
adalah seperti di bawah.:

Apakah respon anda tentang perbezaan pendapat antara Ahmad dan Arif ?
Kenapa anda fikir perbezaan pendapat ini timbul antara mereka ?
1.3.3 Hubungan antara Pendaraban dan Pembahagian

Pendaraban dan pembahagian adalah suatu operasi songsangan (inverse operation).


Sebagai contoh, oleh kerana 5 x 3 = 15, maka 15 3 = 5 dan
15 5 = 3. Kanak-kanak perlu diberi ruang yang luas untuk meneroka hubungan ini
secara aktif.

Model Konkrit bagi (76 23).

1.3.4 Sifat-Sifat Pendaraban

Pendaraban mempunyai beberapa ciri yang boleh digunakan untuk meringkaskan


prosedur pengiraan secara mental dan lazim. Dua ciri yang berguna ialah identiti
penambahan,ciri tukar tertib dan pendaraban dengan sifar.

i) Identiti Penambahan (Additive identity).

Satu ialah identiti penambahan kerana mendarabkan 1 dengan sebarang nombor akan
meghasilkan nombor itu sendiri.
(4 x 1 = 4).

ii) Tukar tertib/Komutatif (Commutative property).

Pendaraban adalah operasi komutatif kerana untuk sebarang nombor a dan b, (b x a)


akan memberi nilai yang sama seperti (a x b). Sebagai contoh, 2 x 3 = 3 x 2 = 6.

iii) Pendaraban dengan sifar.

Sebarang nombor yang didarabkan dengan sifar akan memberi nilai sifar.

Bagaimanakah ciri-ciri pendaraban ini dapat membantu pelajar meringkaskan


tugasan mereka dalam menghafal fakta asas pendaraban?
1.3.5 Fakta Asas Pendaraban

Fakta asas pendaraban adalah pendaraban daripada sebarang dua nombor 1 digit.
Terdapat 100 fakta asas bagi pendaraban. Fakta asas pendaraban boleh di terjemahkan
dalam bentuk jadual.

Bincangkan dengan rakan anda di sekolah. Apakah aktiviti pembelajaran yang


digunakan untuk mengajar kanak-kanak tentang hubungan songsangan antara
pendaraban dan pembahagian? Senaraikan semua idea utama anda.

1.3.6 Fakta Asas Pembahagian

Sekiranya pelajar anda telah mengetahui fakta asas pendaraban, mereka boleh
mengaitkan dengan fakta asas pembahagian. Sebagai contoh, jika mereka tahu bahawa 6
x 5 = 30, maka tidaklah sukar untuk mengaitkan bahawa 30 5 = 6 dan 30 6 = 5. Oleh
itu, tidak perlu untuk mempelajari fakta asas pembahagian secara berasingan. Sebaliknya
guru perlu menekankan tentang hubungan songsang antara pendaraban dan
pembahagian.

1.3.7 Algoritma bagi pendaraban dan Pembahagian

Terdapat berbagai jenis algoritma untuk melakukan operasi pendaraban dan


pembahagian. Rajah 3 di bawah menunjukkan empat jenis algoritma yang berbeza untuk
pendaraban dan Rajah 4 menunjukkan 2 jenis algoritma untuk pembahagian.

Algoritma 1 Algoritma 2 Algoritma 3

3 2 4 3 2 4 3 2 4
X 2 6 X 2 6 X 2 6
1 9 4 4 2 4 2 4 6
X4
6 4 8 1 2 1 2 0 6X
20
8 4 2 4 1 8 1 8 0 0 6X
300
8 8 0 20
X4
4 4 0 0 20 X
20
6 6 0 0 0 20 X
300
8 4 2 4 8 4 2 4
Algoritma 4
X 300 20 4

20 6000 400 80

6 1800 120 24

324 x 26 = 6000 + 400 + 80 + 1800 +


120 + 24
= 8424

Rajah 3. Algoritma Pendaraban

Algoritma 1 Algoritma 2
4
3 0 134
1 3 4 1 0 0
7 9 4 1 7 9 4 1
7 7 0 0 tolak 100 x 7
2 4 2 4 1
2 1 2 1 0 tolak 30 x 7
3 1 3 1
2 8 2 8 tolak 4 x 7
3 baki 3 baki

Rajah 4. Algoritma Pembahagian

Maksud pendaraban dan pembahagian yang manakah setiap


algoritma di atas di asaskan? Terangkan sebab anda.

Algoritma yang manakah yang anda pilih untuk mengajar pelajar


anda? Mengapa?

Bagaimanakah anda menggunakan bahan konkrik untuk


menunjukkan proses pendaraban dan pembahagian algoritma?
1.3.8 Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.

Sebagai guru matematik, anda seharusnya mencari peluang untuk mengumpulkan aktiviti
p-p yang baik untuk pengajaran anda. Jika anda mempunyai koleksi aktiviti yang pelbagai,
anda secara semulajadi akan mendapat idea yang banyak semasa merancang
pengajaran anda. Dengan membaca contoh aktiviti di bawah diharap akan dapat memberi
gambaran dan idea untuk memulakan koleksi anda.

Aktiviti 1: Pendaraban sebagai Penambahan Berulang.

Hasil Pembelajaran:

Menerangkan bahawa pendaraban adalah penambahan berulang.


Menulis ayat pendaraban.

Bahan:
Pinggan kertas
Pembilang

Langkah perlaksanaan:

1. Guru bercerita tentang penambahan berulang;murid melakonkan setiap cerita


menggunakan pembilang dan pinggan kertas.Contoh cerita ditunjukkan dalam Rajah
5.

Sediakan jadual untuk menunjukkan fakta asas pendaraban.Apakah pola yang


dapat dilihat dalam jadual ini?Bagaimanakah anda menggunakan pola ini untuk
mengalakkan pelajar anda mengingat fakta asas dengan mudah?

Rajah 5. Contoh menunjukkan 3 x 2 = 2 + 2 + 2.

2. Setelah membuat model cerita yang lain, guru memperkenalkan pendaraban sebagai
penambahan berulang dan ayat matematik yang berkaitan seperti
3 x 2 = 2 + 2 + 2.

3. Di dalam kumpulan 4 orang, setiap murid bergilir-gilir melakukan main peranan bagi
situasi di bawah:

Murid A: Ambil sebarang bilangan pinggan(tidak lebih dari 9) dan letakkan


ditengah setiap kumpulan.
Murid B: Letakkan sebarang bilangan pembilang (tidak lebih dari 9) atas setiap
pinggan.
Murid C: Mulakan bercerita 3 pinggan; 2 pembilang setiap satu; 6 pembilang
semuanya
Murid D: Tuliskan ayat penambahan berulang dan ayat pendaraban yang berkaitan.

Aktiviti 2: Pendaraban sebagai Suatu Susunan.

:
Hasil Pembelajaran:

Menerangkan bahawa pendaraban adalah suatu susunan.


Menulis ayat pendaraban.

Bahan :
Pembilang
Jalur Kertas

Langkah perlaksanaan :

1. Guru membincangkan masalah susunan mudah dengan murid dan menggunakan jalur
kertas dan pembilang untuk menyelesaikan masalah. Contoh masalah adalah seperti
dalam Rajah 6.

3 pinggan. 2
biji telur dalam
setiap

pinggan.
Berapakah

bilangan telur
semuanya?

Rajah 6. Contoh untuk menunjukkan 3 x 4 sebagai 3 baris dengan 4 objek dalam setiap
baris.

2. Selepas menyelesaikan masalah yang sama, guru memperkenalkan pendaraban


sebagai susunan baris dan lajur.

3. Dalam kumpulan 4 orang,setiap murid bergilir-gilir melakukan main peranan bagi


situasi di bawah:

Murid A: Ambil beberapa bilangan jalur kertas(tidak lebih daripada 9 jalur) dan
susun dalam baris ditengah-tengah setiap kumpulan.
Murid B: Letakkan sebarang bilangan pembilang (tidak lebih daripada 9 ) di atas
setiap jalur kertas.
Murid C: Ceritakan situasi3 baris;2 pembilang dalam setiap baris; 6 pembilang
semuanya
Murid D: Tuliskan ayat matematik tentang pendaraban.
Aktiviti 3: Pembahagian sebagai Pengagihan Sama Rata.

Hasil Pembelajaran:

Menerangkan pembahagian sebagai pengagihan sama rata.


Menulis ayat metematik mengenai pembahagian.
Bahan;

Pinggan kertas
Pembilang

Langkah Perlaksanaan:

1. Guru menceritakan tentang pengagihan sama rata. Murid menggunakan pembilang


dan pinggan kertas untuk melakonkan cerita guru. Contoh ditunjukkan dalam Rajah 7.

3 baris; 4 murid dalam setiap baris; berapakah bilangan murid semuanya?

Rajah 7. Contoh menunjukkan pembahagian 8 2 sebagai pengagihan sama rata.

2. Setelah menggunakan model cerita yang lain, guru memperkenalkan maksud


pembahagian sebagai pengagihan sama rata dan menulis ayat matematik yang
berkaitan iaitu 8 2 = 4.

3. Dalam kumpulan 4 orang, setiap murid bergilir-gilir memain peranan bagi situasi di
bawah:

Murid A: Ambil sebarang bilangan pembilang dan letakkan di tengah kumpulan.


Murid B: Ambil sebarang bilangan pinggan (tidak lebih daripada 9) dan letakkan
bilangan pembilang yang sama di atas setiap pinggan tadi.
Murid C: Mulakan bercerita 6 pembilang;letakkan sama banyak di atas 3 pinggan; 2
pembilang pada setiap pinggan. atau 9 pembilang; letakkan di atas 4 pinggan; 2
pembilang diatas setiap pinggan dengan 1 baki.
Murid D: Tulis ayat pembahagian.
Aktiviti 4: Pembahagian sebagai Penolakan Berulang

Hasil Pembelajaran:

Menerangkan pembahagian sebagai penolakan berulang.


Menulis ayat matematik pembahagian.

Bahan:

Pinggan kertas
Pembilang

Langkah Perlaksanaan:

1. Guru memperkenalkan masalah penolakan berulang; Murid menggunakan model bagi


setiap masalah dengan pinggan kertas dan pembilang.Contoh cerita ditunjukkan
dalam Rajah 8.

Terdapat 8 ekor kupu-kupu berehat di atas 2 kuntum bunga , dan setiap bunga mempunyai
bilangan kupu-kupu yang sama.Berapa banyakkah kupu-kupu pada setiap bunga?

Rajah 8. Contoh untuk menunjukkan 12 3 sebagai penolakan berulang.

2. Selepas beberapa kali bercerita, guru memperkenalkan pembahagian sebagai


penolakan berulang dan ayat matematik yang berkaitan seperti
12 3 = 4.

3. Dalam kumpulan 4 orang, setiap murid bergilir-gilir melakonkan peranan bagi situasi
di bawah:

Murid A: Ambil sebarang bilangan pembilang dan letakkan ditengah kumpulan.


Murid B: Letakkan sebarang bilangan pembilang atas pinggan( tidak lebih daripada 9
pembilang).
Murid C: Ikut bilangan nombor yang dipilih oleh murid B dan letakkan baki pembilang
ke atas pinggan dan bercerita seperti 24 pembilang; 3 pembilang pada
setiap pinggan; 8 pinggan mempunyai pembilang. atau 9 pembilang; letak 2
pembilang pada satu pinggan; 4 pinggan mempunyai pembilang dengan baki
1
Murid D: Tuliskan ayat matematik tentang pembahagian.
Aktiviti 5: Pencarian Fakta Pendaraban.

Hasil Pembelajaran:

Untuk mengingat semula fakta asas pendaraban dengan pantas.

Bahan:

Carta mencari fakta ( Rajah 9) terdiri daripada fakta asas pendaraban dan kad L
bagi setiap pasangan murid.

X 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
1 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9
2 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18
3 0 3 6 9 12 15 18 21 24 27
4 0 4 8 12 16 20 24 28 32 36
5 0 5 10 15 20 25 30 35 40 45
6 0 6 12 18 24 30 36 42 48 54
7 0 7 14 21 28 35 42 47 56 63
8 0 8 16 24 32 40 48 56 64 72
9 0 9 18 27 36 45 54 63 72 81

Rajah 9. Carta pendaraban mencari fakta menunjukkan 3 x 6 = 18.

Langkah Perlaksanaan:

1. Secara berpasangan, murid membina carta pendaraban masing-masing.


2. Secara berpasangan, murid bergilir-gilir melakukan main peranan berikut:

Murid A : Gunakan fakta mencari pendaraban untuk mencari fakta; kemudian tanya soalan
pendaraban seperti berapakah 5 x 8 ?. Kemudian semak jawapan yang diberi
oleh murid B.
Murid B : Ingat semula fakta pendaraban.
1.4 Abakus dan Kalkulator

1.4.1 Bahagian-bahagian Abakus

Jari hantu menaik dan


menurunkan manik atas

Jari telunjuk menurunkan manik


bawah menjauhi palang pemisah

Ibu jari menaikkan manik bawah


mendekati palang pemisah
1.4.2 Perwakilan Nombor

1 2 3

4 5 6

7 8 9
1.4.3 Menentukan Nilai Tempat

Tuliskan nilai-nilai di bawah :

1.4.4 Penambahan dan Penolakan


OPERASI TAMBAH

KAWAN KECIL (LITTLE FRIEND)/ KAWAN BESAR (BIG FRIEND)/


KOMBINASI 5 KOMBINASI 10
+ 1 = naik 5 turun 4 +1 = turun 9 naik 10
(+5 4) (-9 +10)
+ 2 = naik 5 turun 3 + 2 = turun 8 naik 10
(+5 3) (-8 + 10)
+ 3 = naik 5 turun 2 + 3 = turun 7 naik 10
(+5 2) (-7 + 10)
+ 4 = naik 5 turun 1 + 4 = turun 6 naik 10
(+5 1) (-6 + 10)
+ 5 = turun 5 naik 10
(-5 + 10)
+ 6 = turun 4 naik 10
(-4 + 10)
+ 7 = turun 3 naik 10
(-3 + 10)
+ 8 = turun 2 naik 10
(-2 + 10)
+ 9 = turun 1 naik 10
(-1 + 10)

OPERASI TOLAK

KAWAN KECIL (LITTLE FRIEND)/ KAWAN BESAR (BIG FRIEND)/


KOMBINASI 5 KOMBINASI 10
- 1 = naik 4 turun 5 -1 = turun 10 naik 9
(+5 4) (-10 +9)
- 2 = naik 3 turun 5 - 2 = turun 10 naik 8
(+3 5) (-10 + 8)
- 3 = naik 2 turun 5 - 3 = turun 10 naik 7
(+2 5) (-10 + 7)
- 4 = naik 1 turun 5 - 4 = turun 10 naik 6
(+1 5) (-10 + 6)
- 5 = turun 10 naik 5
(-10 + 5)
- 6 = turun 10 naik 4
(-10 + 4)
- 7 = turun 10 naik 3
(-10 + 3)
- 8 = turun 10 naik 2
(-10 + 2)
- 9 = turun 10 naik 1
(-10 + 1)

1.5 Kalkulator

Kalkulator merupakan bahan bantu belajar berasaskan teknologi yang boleh menarik dan
memotivasikan pelajar. Harganya juga murah dan hanya memerlukan beberapa kemahiran asas
untuk menggunakannya. Penggunaannya semakin penting untuk peringkat persekolahan yang
lebih tinggi. Malah dengan menekan beberapa butang kalkulator sahaja akan dapat mengira
dengan menghasilkan jawapan yang tepat dengan pantas. Kalkulator juga mempunyai pelbagai
peranan dan boleh digunakan untuk sebilangan besar topik dalam matematik. Melalui
penggunaan kalkulator pelajar berpeluang membuat penerokaan dan mengaplikasikannya secara
lebih mendalam tentang konsep dan kemahiran matematik untuk topik-topik yang berkaitan.
Masalah matematik harus diterjemahkan kepada sebutan dan bahasa matematik sebelum ianya
diselesaikan. Langkah terjemahkan seperti ini memerlukan fahaman yang lengkap terhadap
struktur konsep yang terkandung dalam masalah tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan
kesukaran pembelajaran di kalangan setengah-setengah pelajar. Masalah dan kesukaran ini boleh
diatasi melalui penggunaan kalkulator mahu pun komputer.

Kalkulator dicipta oleh Colmur pada tahun 1820 dan pada tahun 1875, Boldwin dari
Amerika Syarikat telah menambah baik penggunaan kalkulator dengan melibatkan
permasalahan operasi-operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Sejak itu, beberapa
model baru muncul dan tidak terhad kepada pengiraan permasalahan empat operasi
tetapi juga untuk mendapatkan nilai tepat punca kuasa, gandaan, fungsi trigonometri,
logaritma dan aplikasi statistik.

Penggunaan kalkulator ke atas sistem pendidikan di Malaysia mahupun di negara-negara


maju belumlah dikatakan menyeluruh, tetapi penggunaan kalkulator menjadikan murid
lebih bermotivasi dan menunjukkan pencapaian yang lebih baik dan memberangsangkan
daripada mereka yang tidak menggunakannya. Terdapat kajian yang menunjukkan pelajar
takut terhadap matematik ekoran daripada penggunaan algoritma kertas-pensel yang
panjang lebar dan memerlukan banyak langkah, proses dan peraturan yang harus diikuti,
terutama dalam operasi pendaraban dan pembahagian. Telah banyak kajian yang
menunjukkan bahawa penggunaan kalkulator akan menukar sikap pelajar terhadap
matematik dan juga meningkatkan keyakinan diri mereka serta minat terhadap matematik.

kalkulator dan komputer alatan penting dalam penyelesaian masalah matematik. Alat ini
membekalkan imej visual bagi idea-idea matematik , selain mempermudahkan jalan kerja
untuk mengatur dan menganalisis data serta menjalankan pengiraan dengan cekap dan
tepat. Justeru, murid ;akan lebih bermotivasi, menumpu perhatian ke atas aktiviti-aktiviti
membuat keputusan atau kesimpulan , merenung atau membuat refleksi, menaakul dan
menyelesaikan masalah dan dapat memupuk pemahaman konsep matematik disamping
menyemak semula jawapan baik.

Bagaimana kalkulator dapat membina kemahiran menganggar dan


membuat penghampiran seterusnya mampu memperkembangkan minda
pelajar. Bincangkan.
Kalkulator penting dalam kehidupan seharian. Kepentingan kalkulator adalah seperti
berikut:

i) memberi motivasi terhadap pembelajaran matematik

ii) membantu menyelesaian masalah dengan lebih mudah dan berkesan

iii) membantu menyelesaikan masalah untuk soalan yang lebih mencabar

iv) memberi peluang dan membuat penerokaan yang lebih mendalam tentang
topik-topik yang berkaitan

v) membolehkan murid mensintesis jawapan melalui ramalan berdasarkan pola-


pola yang diperhatikan

vi) menguasai nilai nombor sama ada besar atau kecil

v) merasa yakin bahawa kalkulator dapat membantu memperbaiki kebolehan


untuk menyelesaikan masalah matematik mereka.
vi) membina sikap yang positif dalam matematik. Murid akan merasa seronok
dengan matematik seeing the beauty and enjoying the fun of mathematics.
vii) membina keyakinan diri dan matematik mempunyai sikap yang lebih positif
terhadap dirinya dalam menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.

viii) akses kendiri dan murid berdikari.

ix) mengukuhkan kemahiran jangkaan dan menganggar

x) menyemak jawapan tanpa perlu bantuan guru.

Apakah masalah yang dihadapi oleh murid sekolah rendah apabila


menyelesaikan masalah algoritma operasi matematik? Adakah kalkulator
diperlukan untuk membantu mereka menyelesaikan masalah tersebut?
Bincangkan.

1.6 Pengiraan Mental dan Penganggaran

Pengiraan mental dan teknik menganggar adalah elemen- elemen penting dalam
melakukan pengiraan dan menggunakan matematik. Untuk menguasai kemahiran
pengiraan mental dan membuat penganggaran kita mestilah mempunyai asas yang
mantap tentang nombor bulat dan nilai tempat. Faktor lain yang dapat meningkatkan
kemahiran pengiraan mental dan penganggaran ialah pemahaman dan penguasaan
tentang fakta- fakta asas dalam matematik. Orang yang dapat membuat perkaitan dan
menganalisis pola atau trenda juga akan lebih mudah menjalankan pengiraan mental dan
penganggaran.

1.6.1 Pengiraan mental

Pengiraan mental merupakan satu proses mengira untuk mencari jawapan tanpa
menggunakan pensil dan kertas, kalkulator atau apa-apa alat bantuan pengiraan.
Kekuatan minda akan memudahkan pengiraan mental dan penganggaran dilakukan.
Kebanyakan kanak- kanak mampu mencongak sebelum mereka mempelajari
pengiraan secara formal disekolah.

Berpengetahuan baik dalam fakta asas nombor adalah satu keperluan bagi melakukan
pengiraan mental dengan cekap dan ini mengurangkan kebergantungan terhadap ingatan
sementara. Kebolehan menggunakan teknik mencerakinkan nombor dapat membantu
dalam pengiraan mental.

1.6.1.1 Aplikasi Fakta Asas Matematik dalam pengiraan mental bagi operasi
tambah dan tolak
1 Tukar tertib Susunan nombor boleh 3+4 =4+3
bertukar tempat

2 Tambah 1 Tambah 1 kepada suatu 5+1=6


nombor ialah nombor 6+1=7
berikutnya dalam urutan 7+1=8
menaik
3 Tambah 0 Identiti sifar (nombor 5+0=5
yang ditambah 0 tidak 7+0=7
berubah) 9+0=9

4 Tambah nombor Gandaduakan 4+4=8


gandaan dua nombor 8+8=16

5 Tambah nombor Untuk nombor yang 7+8=


hampir dengan satu lebih atau satu Fikirkan 7+7=14
gandaan dua kurang daripada nombor 14+1=15
gandaan dua

6 Kombinasi 10 9 pasangan 1+9 2+8 3+7 4+6


5+5
6+4 7+3 8+2 9+1
7 Tambah menjadi Cerakinkan satu nombor 8+5=
10 dan yang besar 8+2 +3=10+3
selanjutnya Buat kombinasi 10 =13
Tambahkan

8 Membilang Ambil nombor lebih besar 2+7=


mengikut tertib Sambung membilang Bilang 7... 8, 9
menaik secara menaik

9 Kurangkan satu Tolak satu daripada suatu 8-1=7


nombor ialah nombor 7-1=6
berikutnya dalam urutan 6-1=5
menurun
10 Gandaan 16-8=8
Fikirkan 8+8=16
songsang 16-8=8

11 Membilang 9-3=6
secara tertib 9 ... 8, 7, 6
menurun Bilang 3 kali tertib
menurun dan dapat
jawapan 6
12 Membilang secara 8-6=2
menaik 6 ... 7, 8
Bilang 2 kali tertib menaik
untuk dapat 8
1.6.1.2 Pengiraan Mental Secara Kreatif Bagi Pendaraban

Bil Cara Huraian cara Contoh Contoh

1 Doubling Gandaduakan 4x12=48 2x9=18


(Gandaan Dua) faktor pertama 4x24=96 4x9=36
atau faktor kedua 4x48=192 8x9=72
Hasil darab juga
digandaduakan 32 x 125=4000
16x250=4000
8x500=4000
4x1000=4000

2 Halving(separuh) Apabila 4x12=48 26x3=78


diseparuhkan 4x6=24 13x3=39
faktor pertama 4x3=12
atau faktor kedua,
maka hasil darab
juga diseparuhkan
Sesuai untuk
nombor genap
sahaja

3 Darab /bahagi Nombor didarab 24x10=240 36010=36


dengan gandaan dengan gandaan 24x100=2400 3600100=36
10 10, maka hasil 24x1000=24000 3600010=3600
darab digandakan
pada kadar yang
sama
Nombor asal
ditambahkan
bilangan sifar
mengikut gandaan
10(pendaraban)
Nombor asal
dikurangkan
bilangan sifar
mengikut gandaan
10(pembahagian)

4 Nombor serasi Bentukkan 99x5=? 254x98=?


(compatible nombor
numbers) serasi(compatible 100x5=500 254x100=25400
number) kepada 1x5=5 254x2=508
10, 100 500-5=495 1000-508=492
Cari hasil 24400+492=24892
darab dengan
gandaan 10
Tolak /tambah
hasil darab

5 Bundarkan Bundarkan 68x12=?


nombor kepada nombor
gandaan 10 pertama /kedua 70x12=840
Tambah/tolak hasil 2x12=24
darab 840-24=816

6 Taburkan faktor Taburkan nombor 24x12=288 15x36=540


kepada nombor pertama kepada
yang mudah nombor kecil yang 20x12=240 15x10=150
mudah dikendali 4x12=48 15x10=150
Darab dengan 240+48=288 15x10=150
faktor kedua 15x3=45
Tambahkan hasil 15x3=45
1.6.1.3 Teknik Mendarab dalam pengiraan mental

Bil Cara Huraian cara Contoh

1 Mendarab dengan Darabkan dengan 2, darab 58 x 4 = (58 x 2) + (58 x 2)


4 dengan 2 = (116) + (116)
Tambahkan hasil darab = 232

2 Mendarab dengan Ambil nombor asal (52) dan 52x11=


11 bayangkan terdapat ruang 5 (5+2) 2 572
di antara 2 digit
Tambah kedua-dua digit
dan letak pada ruang
kosong 99x11=
Jika hasil tambah kedua- 9 (9+9) 9 (9+1) 89
dua digit lebih daripada 10, =1089
tambahkan digit pertama
kepada digit pertama pada
nombor asal

3 Darab dengan 5 Darab dengan 10


Bahagi dengan 2
4 Darab dengan 6 Darab dengan 3
kemudian darab dengan 2
5 Darab dengan 9 Darab nombor dengan 10
Tolak nombor asal
6 Daran dengan 12 Darab dengan 10
Tambah nombor asal
sebanyak 2 kali
7 Darab dengan 13 Darab dengan 3
Tambah 10 kali nombor
asal
8 Darab dengan 14 Darab 4
Tambah 10 kali nombor
asal
9 Darab dengan 15 Darab dengan 10
Darab dengan 5
Tambahkan kesemua hasil
darab
10 Darab dengan 16 Darab dengan 8, kemudian
darab dengan 2

11 Darab dengan 17 Darab dengan 7


Tambah 10 kali nombor
asal
12 Darab dengan 18 Darab dengan 20
Tolak nombor asal
sebanyak 2 kali
13 Darab dengan 19 Darab dengan 20 4x19=
Tolak nombor asal 4x20=80
sebanyak satu kali 80-4=76

14 Darab dengan 24 Darab 8 dan darab 3

1.6.1.4 Prinsip umum dalam pengiraan mental

Kebanyakan kanak- kanak akan melakukan pengiraan minda sebelum mereka diajar
mengira secara bertulis. Dalam pengajaran kelas biasanya pelajar akan mereka dan
menggunakan cara sendiri dalam mengira. Kita sepatutnya sedar mengajar tatacara
mengira secara formal akan mengakibatkan mereka tidak menggunakan daya berfikir
bahkan sangat bergantung kepada kaedah yang diajar. Kamii and Dominick (1997)
menyatakan yang apabila kita mengajar pelajar membuat hubungan antara nombor
(pengetahuan matematik logik) dengan mengajar algoritma kepada mereka (pengetahuan
bersosial ), kita secara tak langsung menarik perhatian mereka dari cuba menggunakan
kepekaan terhadap nombor kepada mengingati prosedur pengiraan. Pengajaran
algorithma secara bertulis perlu bagi mendorong pelajar mengembangkan kefahaman
mereka kepada hubungan nombor saja.

Apabila guru matematik mengajar kemahiran pengiraan mental , penekanan hanya perlu
diberi kepada bagaimana jawapan diperolehi tanpa menekankan speed maupun
ketepatan jawapannya. Untuk membina keyakinan pelajar, guru tidak perlu fokus
kepada speed pelajar mendapatkan jawapan.

Pengajaran pengiraan mental yang baik haruslah pelbagai. Guru perlu tahu bagaimana
menerangkan kepada pelajar. Penekanan dibuat kepada kepekaan nombor dan
kefahaman terhadap nilai tempat. Sowder (1990, p.19) menekankan yang pengiraan
minda tidak boleh dilengahkan sehingga pelajar menguasai menulis algorithma secara
formal. Perbincangan secara kelas adalah penting bagi berkongsi kaedah minda diantara
pelajar. Sesetengah strategi boleh diajar melalui perbincangan kelas, penerangan dan
latihan.

Secara umumnya, guru perlu menekankan penggunaan pengiraan mental dan


penganggaran bagi pengiraan mudah dan sederhana dan hanya menggunakan kalkulator
bagi pengiraan yang sukar sahaja.
1.6.2 Penganggaran dalam pengiraan matematik

The NCTM Principle and Standards of School Mathematics (2000) mendefinisikan


kecekapan pengiraan sebagai mempunyai kecekapan, kebolehlenturan dan kaedah tepat
bagi mengira. Apa yang perlu diberi penekanan semasa guru mengajar matematik ialah
membina kemahiran mengira tanpa kertas dan pensil. Pelajar perlu cekap mencongak
iaitu mengira secara mental di samping boleh menggunakan kertas dan pensil dan alat
teknologi seperti kalkulator dalam pengiraan.

Pada kebiasaannya pengajaran matematik di sekolah lebih menekankan algoritma


(tatacara pengiraan) bagi pengiraan aritmetik. Walau bagaimana pun congak dan
anggaran juga sama penting dalam kehidupan harian bagi meningkatkan pembelajaran
matematik. Dalam kehidupan harian adalah sangat biasa memberi jawapan hampir
kepada masalah arithmatik yang diperlukan berbanding jawapan yang tepat. Ini berlaku
terutamanya apabila jawapan diperlukan dengan cepat tanpa penggunaan alatan seperti
kertas dan pensil, kalkulator atau mesin kira.

Apabila jawapan tepat diperlukan, biasanya penggunaan kalkulator dan mesin kira akan
digunakan. Namun pelajar perlu juga diajar kepentingan menganggar dalam
mendapatkan jawapan. Biasanya pelajar yang selalu menggunakan strategi
penganggaran dan congak atau mental dalam pengiraan lebih memahami secara
mendalam tentang hubungan nombor. Ini akan mendorong mereka menjadi lebih cekap
dalam matematik.

1.6.2.1 Hubungan antara penganggaran dalam pengiraan dan penggunaan


kalkulator
Pelajar seharusnya di ajar membuat penganggaran pada permulaan bagi menjawab
soalan sebelum menggunakan kalkulator , kemudian barulah menyemak prosedur
pengiraan. Sowder (1990) menyatakan kefahaman kepada nombor adalah asas
menguasai penggunaan kalkulator dan ianya mengembangkan penekanan kepada
pengiraan mental bagi semua nombor yang membantu mengembangkan kepekaan
nombor bagi memahami aritmetik, membuat anggaran dan berurusan dengan tekhnologi
1.6.2.3 Kepentingan Penganggaran dalam kehidupan seharian

Penganggaran dalam pengiraan didefinisikan sebagai mencari jawapan terdekat kepada


masalah aritmetik tanpa mengira jawapan itu tepat atau sebaliknya. Ia merupakan
komponen penting bagi kognitif matematik, dimana ia menyediakan maklumat terhadap
kefahaman orang secara umum tentang konsep matematik, hubungan dan strategi dan
perkembangan kognitif pelajar dalam domain matematik.

Selain itu kemahiran penganggaran adalah berguna dalam kehidupan harian di mana ia
lebih realistik dan digunakan secara menyeluruh dalam setiap akiviti kita.

1.6.2.4 Teknik dalam mengira menggunakan penganggaran


Penganggaran selalu digunakan dalam situasi berikut:
1. Anggaran Kuantiti (mencari bilangan pelajar, hari, kelas dsb)
2. Anggaran Ukuran ( mencari panjang , luas , isipadu, masa dsb)
3. Anggaran Jawapan( mencari jumlah, perbezaan dsb )

1.6.3 Pembundaran
Tetapkan digit bagi nilai tempat yang hendak dibundarkan. Ianya sebagai digit
kekunci.Kenalpasti digit dalam nilai tempat dalam kedudukan kanan dari digit
kekunci.
Sekiranya digit tersebut kurang dari 5, bundarkan ke bawah, dengan mengekalkan digit
kekunci dan ganti semua digit di kanannya dengan sifar.
Sekiranya digit tersebut lebih besar dari 5, bundarka ke atas, dengan menambah 1
kepada digit kekunci dan menggantikan semua digit di kanannya dengan sifar.

Contoh: menganggarkan 589 + 217 , kita membundarkan 589 kepada 600 dan 217
kepada 200 dan mengira secara minda dengan 600 + 200 bagi memperolehi
anggaran 800.

500 550 589 600


20017 250 300

1.6.4 Penukargantian nombor yang serasi


Digunakan apabila nombor hampir kepada nombor asal pengiraan menjadi mudah untuk
dianggarkan secara minda
-Kenalpasti nombor dalam pengiraan asal yang boleh diganti dengan lain nombor bagi
menghasilkan anggaran yang mudah dengan minda.
-Kirakan dengan nombor baru bagi mendapatkan anggaran.

Contohnya : anggarkan nilai 524 x 33 dengan gantian nombor serasi. Jelaskan


dan 10 cara berfikir
Mendarabkan 100 dan 10 adalah senang digunakan , satu cara menggantikan
nombor serasi ialah 500 x 30 = 15000. Hasilnya 15000.

1.6.5 Anggaran depan ke hujung


Cara paling ringkas yang melibatkan pengiraan paling kiri , atau depan ke hujung, digit
setiap nombor seperti jika digit yang baki semuanya sifar.
Digunakan bila menganggar diperlukan secara pantas dan anggaran kasar saja.
- Anggapkan semua digit kecuali permulaan atau digit depan ke hujung dalam nombor
yang dikira adalah 0
- Buat pengiraan dengan nombor baru
- Sekiranya memerlukan anggaran lebih hampir,laraskan anggaran pertama dengan
menggunakan digit lain atau nombor bagi anggapan menjadi 0 dan anggar semula.
Contohnya: anggarkan nilai 569 + 375 dengan menggunakan anggaran depan
ke hujung yang dilaraskan. Jelaskan cara berfikir.
Tambahkan digit depan ke hujung, kita akan dapat 500 + 300 adalah
800.nombor yang tinggal adalah 69 + 75 atau lebih kurang 150. Jadi 569 + 375
adalah hampir 950.

1.6.6 Pengelompokan
Digunakan bagi menganggar jumlah apabila addends pada pengiraan kelompok sekitar
nombor yang sama.
-Kenalpasti nombor yang setiap addends adalah hampir dan senang untuk mencongak
secara minda dengan senang
-Gantikan setiap addends dengan nombor yag sama.
-Guna pendaraban untuk menganggar jumlah campuran asal pengiraan tambah.

Contoh Penyelesaian Masalah : Penderma Darah

Bilangan penderma darah di sebuah hospital adalah hampir sama bagi empat bulan
terawal pada tahun tersebut :

Bulan Bilangan Penderma Darah


Januari 145
Februari 154
Mac 148
April 153

Jika corak bilangan tersebut berterusan, anggarkan bilangan penderma darah yang
dijangkakan pada tahun tersebut.

Penyelesaian

Setiap nombor adalah hampir kepada 150. Kita mahu menganggarkan jumlah untuk 12
bulan, maka kita berfikir 12 x 150 adalah lebih kurang 10 darab 150, atau 1500. Bilangan
penderma berkemungkinan hampir 1500 pada tahun tersebut.

[ Giliran Anda ]
Latihan : Anggarkan bilangan penderma unutk masa lain adalah seperti berikut.
Gunakan kelompok untuk menganggar jumlah yang dinyatakan.

a. Penderma untuk jangka masa empat bulan adalah


September, 97 Oktober, 120
November, 89 Disember, 106
Berapakah bilangan penderma yang menderma darah dalam masa tersebut ?
b. Bilangan penderma bagi enam bulan pertama pada suatu tahun adalah 126,
124, 125, 127, 129, dan 123. Berapakah bilangan anggaran penderma darah
untuk jangka masa enam bulan tersebut?

Refleksi : Adakah pengelompokan sentiasa memberi anda anggaran yang sama


dengan membundar ? Gunakan contoh dan bahagian (a) di dalam latihan, dengan
nombor yang dibundarkan dengan puluh yang terdekat, untuk menguji konklusi
anda.

Mengelompok juga boleh digunakan untuk menganggar hasil darab. Contohnya,


untuk menganggar hasil darab 9 x 13 x 8 x 12, kita melihat bahawa nombor
tersebut berkelompok dengan kelompok 10. Kita mencari hasil darab secara
mental daripada 10 x 10 x 10 x 10, atau 10,000, untuk mencapai anggaran.

1.7 ISU-ISU UTAMA DALAM PENGAJARAN NOMBOR BULAT


1.7.1 Pendahuluan

Dari segi sejarah nombor menjadi asas keseluruhan kurikulum matematik. Semua isi
kandungan matematik yang digariskan untuk murid daripada peringkat pra persekolahan
sehingga ke sekolah rendah adalah berasaskan nombor. Standard Nombor dan Operasi
menggambarkan keperluan bagi kefahaman yang mendalam serta kelancaran bagi
kemahiran mengira, nombor dan aritmetik.Memahami nombor dan operasi,
membangunkan number sense, dan memperoleh kemahiran dalam pengiraaan aritmetik
membentuk pendidikan asas matematik di peringkat sekolah rendah.

Semasa melalui pembelajaran di peringkat ini, murid seharusnya menguasai kefahaman


yang baik tentang nombor apakah itu nombor, bagaimana ianya diwakilkan dengan
objek, angka, atau atas garis nombor; bagaimana mereka ini berkait antara satu sama
lain; bagaimana nombor-nombor termaktub dalam sistem yang mempunyai struktur dan
ciri-ciri; dan bagaimana menggunakan nombor dan operasi bagi menyelesaikan masalah
matematk.

Konsep dan algoritma bagi aritmetik peringkat rendah juga adalah sebahagian daripada
nombor dan operasi. Keutamaan dalam Standard ini ialah pembangunan number sense
antaranya ialah kemampuan untuk meleraikan nombor menggunakan nombor tertentu
misalnya 100 atau sebagai rujukan, menggunakan perkaitan antara operasi aritmetik
untuk menyelesaikan masalah, memahami sistem asas-sepuluh, memahami nilai nombor
serta menganggar (Sowder 1992).

Kajian juga telah menunjukkan bahawa pembelajaran tentang nombor dan operasi adalah
satu proses yang kompleks untuk kanak-kanak (contohnya,Fuson(1992)).Adalah penting
bagi murid mengetahui kombinasi nombor asas (basic number combinations -
penambahan satu digit dan pasangan pendaraban juga untuk penolakan dan
pembahagian. Murid juga harus menguasai kelancaran pengiraan-mempunyai dan
menggunakan kaedah yang efisen dan tepat untuk pengiraan.

Kelancaran boleh dilihat dengan jelas menerusi kombinasi penggunaan strategi mental
dan catatan atas kertas, juga menggunakan algoritma dengan pensil dan kertas
terutamanya apabila nobor semakin besar untuk enghasilkan jawapan yang tepat dengan
cepat. Apa pun kaedah yang digunakan murid, mereka harus boleh menerangkan kaedah
yang digunakan, memahami bahawa terdapat pelbagai kaedah yang ada, dan boleh
melihat kebergunaan mana-mana kaedah yang efisen, tepat dan umum.

Murid juga harus mampu membuat anggaran dan menilai kemunasabahan jawapan
mereka. Kelancaran pengiraan seharusnya dibangunkan selari dengan kefahaman murid
terhadap peranan dan makna operasi aritmetik dalam sistem nombor. Justeru dalam
melaksanakan pengajaran, isu yang sering dibincangkan melibatkan pengetahuan guru,
murid dan juga tentang pedagogi.

1.7.2 Pengetahuan Guru

Ma (1999) melaporkan bahawa guru yang hanya memiliki pengetahuan prosedural


mempunyai kecenderungan untuk mengajar muridnya secara algoritma sahaja serta
gagal membuat perkaitan antara topik matematik. Contohnya walau pun guru ini
mengetahui bagaimana untuk menolak dan mendarab tetapi tidak dapat mempamerkan
kefahaman matematik melebihi daripada tindakan yang diperlukan dalam melaksanakan
operasi tersebut. Ini bertentangan dengan mereka yang mempunyai kefahaman
konseptual. Guru sebegini mampu membuat perkaitan antara konsep matematik, operasi
dan perkaitan untuk memberikan kefahaman yang mendalam tentang sesuatu topik
matematik.

Pengetahuan guru-guru yang mengajar nombor bulat juga menjadi sebahagian daripada
masalah dalam pengajaran nombor bulat. Masih terdapat guru yang tidak menguasai
secara keseluruhannya dengan mendalam tentang nombor bulat dan nilai tempatnya. Ma
(1999) juga mendapati bahawa ramai guru sekolah rendah kekurangan pengetahuan
tentang konsep dan operasi nombor bulat. Ini sekaligus menjejaskan kemahiran pedagogi
apabila mengajar di dalam kelas.

Aktiviti 2
Dapatkan maklumat dan bincangkan apakah konsep yang
terlibat dalam pengajaran isi kandungan matematik tentang
nombor bulat.
Apakah idea penting yang seharusnya disampaikan
tentang topik nombor bulat?

1.7.3 Cara Pengajaran Guru Matematik

Sebagai guru matematik kita perlu tahu beberapa perkara. Antaranya kita perlu tahu di
mana kita berada sekarang (dari segi pengetahuan murid-murid di dalam kelas kita di
mana atas pengetahuan sedia ada inilah yang perlu kita bina pengetahuan matematik
selanjutnya). Kita juga perlu tahu di mana kita mahu pergi (dari segi pengetahuan kita
harus tahu apa yang kita inginkan semua murid di dalam kelas untuk peroleh dan kuasai
sepanjang tahun persekolahan mereka).
Akhirnya, kita perlu tahu apakah cara terbaik untuk sampai kepada matlamat tersebut
(sebagai guru kita akan menyediakan peluang pembelajaran yang membolehkan semua
murid di dalam kelas untuk mencapai objektif pembelajaran mereka). Adalah perlu bagi
guru untuk merekabentuk pengajaran matematik yang berkesan.

Seterusnya apabila kita bercakap mengenai reformasi dalam pendidikan matematik,


adalah penting untuk menyedari bahawa penguasaan fakta asas tetap merupakan
sesuatu yang amat penting dalam pengajaran matematik terutamanya di peringkat awal
pembelajaran matematik dalam kalangan murid.Justeru, antara isu dalam pengajaran
guru ialah mengenal perbezaan di antara membantu murid menguasai fakta asas dan
membantu mereka tentang makna operasi.

1.7.4 Mengetahui Fakta Asas


Fakta asas bagi empat operasi asas adalah sangat penting dan menjadi asas dalam
pembelajaran matematik. Kebanyakan murid berfikir bahawa nombor yang besar adalah
yang mempunyai nilai yang besar. Namun jika mereka diajar tentang fakta asas nombor,
nombor yang paling besar ialah 9 manakala cara penyelesaian untuk nombor lain hanya
melibatkan konsep.

Contoh:
8888 (murid mengandaikan sebagai satu nombor besar)

Bagi murid yang mengetahui fakta asas, soalan ini hanya melibatkan sifir 8. Masalah
yang sering terjadi ialah guru tidak mengajarkan fakta asas secara keseluruhannya. Di
sekolah, biasanya hanya fakta asas pendaraban sahaja diajarkan manakala fakta asas
untuk 3 operasi yang lain diabaikan begitu sahaja. Keadaan ini menyebabkan ramai
murid terus ketinggalan dan tidak menguasai penambahan dan penolakan yang
sebenarnya lebih mudah daripada pendaraban.

Sekalipun mudah bagi guru, namun fakta asas ini perlu disampaikan secara terperinci
kepada murid untuk membantu mereka memahami fakta sebenar dalam matematik. Murid
yang tidak dapat menguasai fakta asas memerlukan bantuan lebih daripada sekadar latih
tubi. Antara cadangan bagi membantu murid yang belum menguasai fakta asas ialah
dengan mengenal pasti fakta asas yang dikuasai dan yang tidak dikuasai murid juga
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid. Sebelum sesuatu strategi fakta asas
menjadi automatik, murid harus membangunkan habit mental menggunakan strategi yang
sesuai bagi sesuatu fakta yang muncul dalam situasi bukan berbentuk latih tubi. Adalah
sangat penting untuk menyedari bahawa pengetahuan murid yang terhad tentang fakta
asas seharusnya tidak mengecualikan mereka daripada mengalami pengalaman
matematik yang sebenar.

Aktiviti 3
Dapatkan maklumat tentang fakta asas bagi empat operasi dalam
matematik dan bincangkan strategi bagi penguasaan fakta asas bagi
setiap operasi berkenaan.

Contoh :
a) strategi bagi fakta asas untuk operasi tambah : zero facts,
doubles, near doubles
b) strategi bagi fakta asas untuk operasi tolak : think addition atau think missing part
c) strategi bagi fakta asas untuk operasi darab : fakta doubles, fives, nines

1.7.5 Pengajaran Nilai Tempat


Mengetahui nilai tempat adalah sangat penting sebelum murid dapat membaca dan
mengenali nombor yang lebih besar. Nilai tempat ini sebenarnya tidak dapat diajarkan
dengan mudah dalam tempoh yang singkat. Murid dapat memahami tentang nilai tempat
dengan sempurna hanya apabila mereka telah mempelajari dan memahami tentang
operasi.

Istilah nilai tempat bermaksud kedudukan atau nama tempat bagi sesuatu digit. Bagi
murid untuk memahami nilai tempat, mereka perlu terlebih dahulu menamakan nombor-
nombor kecil, melaksanakan penambahan dan penolakan bagi nombor-nombor kecil serta
memahami tentang kumpulan dalam pengiraan group in counting atau skip counting.
Mereka juga perlu boleh membuat pengiraan ke atas atau ke bawah dalam nilai dua-dua,
tiga-tiga, lima-lima, sepuluh-sepuluh atau seratus-seratus. mereka perlu diterangkan
bahawa apabila nilai semakin besar, cara yang lebih efisen ialah mengira dalam
kumpulan bukannya secara individu.

Yang paling penting dalam nilai tempat ialah lajur tertentu mewakili saiz kumpulan tertentu
iaitu sa, puluh, ratus dan sebagainya. Digit dalam lajur berkenaan memberikan maklumat
tentang berapa banyak kumpulan dalam saiz berkenaan. Kesukaran murid antaranya
ialah untuk memahami bahawa setiap lajur berkenaan adalah saling berkaitan dan ini
mungkin abstrak bagi mereka. Masalah yang sering terjadi ialah, guru mulai mengabaikan
pengajaran tentang nilai tempat apabila mengajar operasi kerana memikirkan bahawa
pengajaran nilai tempat telah dilakukan sebelum itu.

Aktiviti 4
Melalui pengalaman anda, senaraikan kesukaran, kekeliruan serta
kesilapan murid dalam mempelajari dan memahami
tentang nilai tempat.
ii. Bincangkan dalam kumpulan anda bagaimana untuk
mengatasi kesukaran dan kesilapan yang telah dikenal
pasti.

1.7.6 Perkembangan konsep nombor bulat dan operasi dalam kalangan murid
Perkembangan dan pembangunan pengetahuan murid tentang nombor dan pengiraan
adalah penting dalam kefahaman asas matematik murid-murid. Penerokaan awal
biasanya diklasifikasikan dalam bentuk intuitif, secara terus dan menerusi pengalaman
konkrit (Kilpatrick et al. 2001).Baroody (1987) pula mendapati bahawa kanak-kanak
menggunakan kedua-dua strategi pengiraan konkrit dan juga strategi pengiraan mental.

Strategi pengiraan konkrit digunakan apabila objek dikira bagi setiap nombor yang
ditambah sebelum semua dikira sebagai satu jumlah. Manakala strategi pengiraan mental
merupakan strategi untuk menjejaki sejauh mana seseorang perlu kira daripada nombor
kardinal bagi nombor pertama yang ditambah. Strategi ini seterusnya berkembang kepada
strategi operasi penambahan dan penolakan termasuk pengiraan ke belakang, skip
counting dan pengiraaan sepuluh-sepuluh (Fosnot & Dolk, 2001).

Apabila berhadapan dengan pengiraan, murid-murid menggunakan pelbagai kaedah


untuk menyelesaikan masalah termasuklah menggunakan bahan-bahan manipulatif untuk
memodelkan situasi, mencipta prosedur bertulis, melukis gambar, melaksanakan
pengiraan mental, mengunakan pensil dan kertas(Carroll & Porter, 1998). Bass (2003)
menyarankan penggunaan satu penyelesaian generik yang munasabah untuk
menyelesaikan masalah matematik yang kerap ditemui. penggunaan algoritma
bertulisatau prosedur yang boleh dilaksanakan dengan cara yang sama dan melibatkan
nombor yang berbeza adalah perlu (Kilpatrick, et al. 2001, p.7).

Oleh kerana pengiraan menjadi semakin sukar untuk dilaksanakan apabila nombor
menjadi semakin besar, adalah penting untuk menjejaki (keep track) pengiraan dan
algoritma menggunakan pensil dan kertas yang masih merupakan satu kaedah yang
penting.

Aktiviti 5
Beberapa persoalan yang harus digunakan guru dalam mengajar
sebarang topik matematik dan pengajaran nombor bulat khususnya
ialah:

i) Apakah masalah ataupun kesukaran dalam pengajaran konsep


nombor bulat?
ii) Apakah kesilapan biasa ataupun kekeliruan yang selalu
dihadapi oleh murid dalam topik ini?

Bincang dalam kumpulan untuk menjawab persoalan-persoalan


di atas. Laksanakan pembentangan kumpulan untuk berkongsi
hasil perbincangan anda. Buat rumusan terhadap tindakan yang
dicadangkan bagi mengatasi kesukaran dan kesilapan murid
berkenaan, seterusnya memperoleh pengajaran yang lebih
efektif.

You might also like