You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MINYAK

14000 BUKIT MERTAJAM


SEBERANG PERAI TENGAH
Tel : 04-5078057 Fax : 04-5080239
Email : pba0022@jpnpp.edu.my

Ruj Kami : SKBM (HEM) 700 – 20/(2)


Tarikh : 20 Ogos 2019

Pn Nor Aisyah Bnt Nasaruddin ,


Sekolah Kebangsaan Bukit Minyak
Jalan Bukit Minyak,
14000 Bukit Mertajam.

Kepada,
Pihak Taman Rama-Rama
Cameron Highlands

Tuan/Puan,

Permohonan Pengurangan Harga untuk Lawatan Sekolah

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa Unit Lawatan Sekolah , S.K. Bukit Minyak
akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Rama-Rama pada hari Jumaat, 23
Ogos 2019.

3. Saya seperti nama diatas ingin memohon pengurangan harga untuk lawatan ini.
Butir-butir maklumat adalah seperti berikut :

Tarikh Lawatan : 23 Ogos 2019


Bil Murid : 34 orang.
Bil Guru : 5 orang.
Jumlah semua : 39 orang

4. Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya hargai.

Sekian. Terima kasih.

Yang benar,

………………………………..
(Pn. Nor Aisyah Bnt Nasaruddin)
Ketua Unit Lawatan Sekolah,
S.K Bukit Minyak,
Bukit Mertajam.

You might also like