You are on page 1of 2

KERTAS KERJATRANSFORMASI SEKOLAH TS25 SJKC SENTUL PASAR

BENGKEL PEMBELAJARAN PAK -21

1.0 PENDAHULUAN
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik dalam
pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP)
selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –
2025. TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
b. Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
c. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi
d. Komitmen komuniti yang padu

2.0 RASIONAL
Meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

3.0 MATLAMAT
Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal
insan unggul yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
b. Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
c. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
d. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
e. Komitmen komuniti yang padu.

4.0 OBJEKTIF
Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
a. Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
b. Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada
pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
c. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian
murid.

5.0 KUMPULAN SASARAN


.Murid dan guru SJKC SENTUL PASAR

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : Pn. LIM PEE HUN ( GURU BESAR )
Naib Pengerusi : CIK. LEE FOONG YEE ( GPK PENTADBIRAN )
Pn. KEW SUIK YEE ( GPK HEM)
En. LOW ENG KEAN ( GPK KOKURIKULUM 0

Setiausaha : Cik . Tan Yue Ying


AJK : Pn. Mimie Aishah Heak Gaik Fung (KP Bahasa Melayu)
En. Boon Jit Kang (KP Bahasa Inggeris)
Pn. Tan Poh Ling (KP Matematik)
Pn. Bong chye sia (KP Sains)
7.0 PROGRAM TS25
Program TS25 yang dianjurkan pihak sekolah ialah ;
Bengkel Pembelajaran PAK 21 - 9 Mei 2023 dan 10 Mei 2023

8.0 PERUNTUKAN PERBELANJAAN


Perbelanjaan yang diperuntukkan untuk Bengkel Pembelajaran PAK -21 adalah seperti :

Bil Perihal barang Kuantiti Anggaran Harga


1 Stensil Peta I Think 1 Set ( 100 keping) RM 150
2 Kit Nombor Matematik 1 Kit ( 4 Set ) RM 188
Tensation Number Game Set

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat dan objektif yang
dirancang. Dengan adanya program ini, maka akan lahirlah generasi warga sekolah yang
bertransformasi ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Disediakan oleh; Diluluskan oleh,

……………………….. ………………………................
( TAN YUE YING ) ( LIM PEE HUN )
Setiausaha Guru Besar
TS25 SJKC SENTUL PASAR SJKC SENTUL PASAR

You might also like