You are on page 1of 6

1.

3 HALA TUJU PROGRAM TS25

TOOLKIT 1.3.1

TAJUK : PERKAITAN HALA TUJU PROGRAM TS25 & HALA TUJU KPM

Sila baca Visi dan Misi KPM, Hasrat akhir PPPM, Hala Tuju KPM
dan Fokus dan Gerak Kerja KPM.

VISI DAN MISI KPM

Visi KPM
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Misi KPM
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangun Potensi Individu bagi
Memenuhi Aspirasi Negara

HASRAT AKHIR PPPM


HALA TUJU KPM

FOKUS DAN GERAK KERJA KPM

Sila baca Hala Tuju Program TS25.


LATAR BELAKANG PROGRAM TS25

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah
Transformasi (PST) KPM, manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil.14/2017 bertarikh
27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program
Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah


meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan
amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Program TS25 bermula pada bulan Jun 2015 dengan kohort 1 sebanyak 99
buah sekolah. Seterusnya pada tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk
kohort 2 dan tahun 2018 sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk kohort 3,
menjadikan jumlah keseluruhan yang terlibat adalah 600 buah sekolah. Pada tahun
2019 pula sebanyak 500 buah sekolah telah dilibatkan dalam program ini.

Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan


Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT) yang terdiri daripada
232 personel dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri
(JPN) dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Pada tahun 2017
hingga 2019, terdapat penambahan Rakan ELIT dalam kalangan Pensyarah IAB,
Pensyarah IPG, SIPartners+ dan SISC+ berjumlah 1886 orang.

Menjelang tahun 2021 pelaksanaan Program TS25 akan diurus tadbir


sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-
Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

MATLAMAT PROGRAM TS25

Matlamat Program TS25 adalah untuk:


2.1. Kepimpinan;
Memantapkan kepimpinan sekolah.

2.2. Kualiti pengajaran dan pembelajaran;


Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran
dan pembelajaran (PdP).

2.3. Pelibatan Komuniti;


Mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi
kejayaan murid.

OBJEKTIF PROGRAM TS25

Objektif utama Program TS25 adalah untuk:

3.1. Mengaplikasi konsep dan amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran


(PdP);

3.2. Membangunkan kepakaran dalaman KPM melalui latihan yang komprehensif


dan berstruktur kepada pembimbing kepimpinan dan pedagogi dalam kalangan
pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM), pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pegawai Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD), Pengetua dan Guru Besar (PGB) serta Guru Penolong Kanan
(GPK), School Improvement Partners Plus (SIPartners+) dan School Improvement
Specialist Coaches Plus (SISC+); dan

3.3. Membangunkan persekitaran pembelajaran yang lebih bermakna dengan


menyediakan suasana bilik darjah dan sekolah yang kondusif dan fleksibel, teknik
PdP yang kreatif dan berkesan, pengurusan sekolah yang cekap dengan
mengutamakan kemenjadian murid.

KONSEP PROGRAM TS25


Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) adalah satu usaha ke arah
melahirkan modal insan unggul melalui:
a. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan;
b. Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna;
c. Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan;
d. Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi; dan
e. Komitmen komuniti yang padu.

Elemen Kemenjadian Murid:


Pendidikan di sekolah melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berkemahiran
berfikir, berkemahiran memimpin, berkemahiran dwibahasa, beretika dan
kerohanian dan mempunyai identiti nasional sejajar dengan hasrat 6 aspirasi
murid dalam PPPM 2013-2025.

Elemen Sekolah Berkualiti :


Sekolah berkualiti mempunyai perancangan akademik, kokurikulum, hal ehwal
murid dan keceriaan sekolah yang kondusif untuk melahirkan persekitaran kerja
yang positif dan disokong oleh kepimpinan berkesan, guru yang berkualiti serta
sokongan PIBG dan komuniti.
Catatkan perkaitan antara Hala Tuju Program TS25 dan Hala Tuju KPM. Sila bawa hasil aktiviti kendiri
ini semasa sesi e-tutorial yang akan dimaklumkan oleh pihak JPN.

HALA TUJU HALA TUJU


BIL. PERKAITAN
PROGRAM TS25 KPM
1 Pemimpin Berkesan: Kepimpinan yang Anjakan 5: Memastikan kepimpinan Memastikan pemimpin SLT dan MLT diberi
berkualiti / berwawasan. berprestasi tinggi ditempatkan di latihan dan perkongsian pintar bagi
setiap sekolah. meningkatkan kompetensi .

2 Persekitaran pembelajaran yang Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi Membangunkan persekitaran pembelajaran
menyeronokkan. meningkatkan kualiti pembelajaran di yang lebih bermakna bagi memastikan murid
Malaysia. mendapat pembelajaran yang berkualiti dan
menyeronokkan.

3 Sokongan PIBG dan komuniti Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu Memaksimumkan jalinan dan jaringan dengan
bapa, komuniti dan sektor swasta PIBG, KSIB, PIBK, dan sektor swasta untuk
secara meluas. kemajuan sekolah.

4 Penglibatan pembelajaran murid yang Anjakan 10: Memaksimumkan Memastikan aspek kemenjadian murid dicapai
aktif lagi bermakna. keberhasilan murid bagi setiap ringgit semaksimum mungkin.

You might also like