You are on page 1of 1

PANDUAN DAN TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN

PUISI MODEN – SAJAK

1. Bentuk soalan:
(i) maksud baris / rangkap / kata atau rangkai kata
(ii) pendapat (KBAT)
(iii) aspek sastera

2. Teliti kehendak soalan. Jawab apa yang ditanya sahaja, bukan jawab apa
yang anda ketahui.
3. Jadikan markah di hujung soalan sebagai panduan menentukan panjang
pendeknya jawapan/banyak sedikitnya isi.
4. Soalan (i) maksud baris / rangkap / kata atau rangkai kata:
- cari kedudukan dalam sajak
- jawapan hendaklah menggunakan perkataan sendiri
- jangan gunakan/ulang perkataan yang diuji
- pelajar perlu berusaha untuk mencari maksud simbol atau perlambangan
dalam setiap frasa

5. Soalan (ii) pendapat (KBAT) :


- tulis jawapan dalam ayat yang lengkap iaitu dengan mengambil
sebahagian daripada perkataan dalam soalan dan sambungkan dengan
jawapan
- gunakan penanda wacana untuk menunjukkan kesinambungan isi
- jangan jawab sebahagian isi sahaja kerana markah akan terjejas.
- jangan menyalin bulat-bulat dan akan ditolak 50% markah.
- awasi ejaan/bahasa/ayat, sebarang kesalahan tatabahasa akan ditolak
½ markah bagi setiap jawapan
- berikan pendapat yang munasabah dan ada kaitannya dengan persoalan
- beri PERHATIAN kepada kata kunci soalan

6. Soalan (iii) aspek sastera berdasarkan sajak :


- aspek paling penting ialah pemahaman pelajar terhadap sajak yang
diberi

Kelemahan & cadangan:


 jawapan mesti lengkap/isi cukup dan ayat tidak tegantung. Banyakkan
latihan
 tulisan mudah untuk dibaca
 jangan tulis jawapan dalam bentuk poin/nombor kerana akan menjejaskan
markah
 pastikan setiap jawapan ditulis nombor soalan
 jawab ikut urutan khususnya bagi soalan-soalan pecahan supaya nampak
lebih sistematik

You might also like