You are on page 1of 2

NAMA PERTANDINGAN : TATING LAWI

Bilangan Pemain

3 orang satu pasukan

Sistem / Cara Permainan

1. Setiap pasukan akan bermain secara serentak.

2. Pemain-pemain pasukan akan menimbang sebanyak 3 kali jatuhan.


Mereka boleh menimbang tanpa had bagi setiap giliran. Semua anggota
badan kecuali tangan boleh digunakan untuk membuat tatingan lawi
ayam.

3. Selesai 3 kali jatuhan (3 pusingan), pasukan yang paling banyak


membuat tatingan akan dikira pemenang

4. 6 pasukan dengan markah tertinggi akan mara ke pusingan kedua.

5. 4 pasukan dengan markah tertinggi dalam pusingan kedua akan


bertanding untuk pusingan penentuan kedudukan tertinggi.

Peraturan Permainan

1. Undian dilakukan untuk menentukan pasukan yang akan memulakan


tatingan. Cara undian secara lambungan duit syiling. Muka duit syiling
yang menghadap ke atas ialah pemenang undian. Lambungan dibuat
sekali sahaja.

2. Had masa tatingan setiap pusingan bergantung kepada jumlah tatingan


yang dilakukan oleh pemain-pemain.Setiap pasukan diberi peluang
membuat tatingan sebanyak 3 kali jatuhan atau 3 pusingan. Selepas itu
giliran membuat tatingan diberikan pula kepada pasukan lawan.

3. Mata pasukan dikira setiap kali tatingan dibuat. Mata hanya dikira pada
tatingan yang melebihi paras pusat pemain-pemain .Jumlah mata
keseluruhan dikira setelah dicampur jumlah tatingan setiap pusingan .
4. Semua anggota badan boleh digunakan ketika membuat tatingan kecuali
tangan pemain.Pasukan yang melakukan kesalahan dikira hilang ”satu
sepak mula”.

5. Permainan ditamatkan setelah tamat 3 pusingan (3 sepak mula atau 3


kali jatuhan ) dilakukan oleh kedua dua pasukan .

Cara Menentu Kemenangan

Pemenang dikira berdasarkan pasukan atau pemain yang paling


banyak membuat tatingan. Jumlah tatingan pasukan dikumpulkan daripada
jumlah tatingan bagi setiap pusingan.

Jika seri, setiap pasukan atau pemain diberi peluang melakukan sekali
lagi “sepak mula” secara serentak Pasukan yang menjatuhkan tatingan
terlebih dahulu dianggap kalah dan kemenangan akan diberi kepada pihak
sebelah.

BARANG DAN PERALATAN YANG DIPERLUKAN

Tating Lawi

You might also like