You are on page 1of 11

KONSEP dan GAYA PENGAJARAN MOSSTON AND ASHWORTH

Pengenalan
Tiada definisi khusus mengenai Kaedah Pengajaran yang diterima pakai, akan tetapi secara meluasnya ia dirujuk sebagai satu set kaedah pengajaran (Galton, 1980) atau format pengajaran (Siedentop, 1991). Di dalam istilah Pendidikan Jasmani, definisinya adalah sebagai kaedah am yang diwujudkan melalui strategi-strategi yang tertentu . Gaya Pengajaran Spektrum Pengajaran adalah satu rangka kerja model pendidikan berdasarkan guru dan murid (Mosston & Ashworth, 1994) Spektrum ini dirangka berdaasarkan dua keadaan iaitu a) Gaya A : Guru sebagai pembuat keputusan utama b) Gaya K : Murid sebagai pembuat keputusan utama. Di antara tambahan sembilan keadaan gaya pengajaran setiap satunya dijelaskan berdasarkan siapakah yang membuat keputusan. Mosston dan Asworth (1994) menyatakan bahawa keputusan transaksi guru dan murid boleh dikategorikan tiga kategori iaitu: Sebelum pengajaran keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran; persediaan dan pemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian. Semasa pengajaran Keputusan semasa berhubung kait dengan transaksi bersemuka antara guru dan murid dalam persekitaran belajar. Mosston & Asworth menggambarkan kesan semasa fasa membuat keputusan sebagai meletakkan perancangan (keputusan kesan awal) kepada tindakan. Terdapat 3 komponen dalam set keputusan semasa pengajaran: a) Jangkaan peranan guru dan murid. b) Demontrasi tugasan yang akan dilakukan atau pembentangan penyelesaian masalah. c) Penerangan prosedur penggunaan alatan (kehendak tugasan, masa

keputusan, postur, kuantiti , jarak waktu, pakaian dan lokasi) perlu dipatuhi semasa melakukan tugasan atau menyelesaikan masalah. Selepas pengajaran Penilaian dan maklumbalas daripada pelajar. Spektrum menggabungkan 10 kaedah umum di mana guru dan pelajar masingmasing memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap tingkah laku yang disengajakan ialah hasil daripada keputusan yang telah dibuat sebelumnya. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu : Gaya Pengajaran

Berpusatkan Guru Arahan Latihan Timbal balik Semak kendiri Inklusif

Berpusatkan murid Pembelajaran kendiri Daya usaha Perlaksanaan individu Penghasilan mencapah Penemuan terbimbing

Gaya A: Arahan

Gaya ini merupakan gaya tradisional di mana guru mengawal sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran. Guru menjadi tumpuan dari mula hingga akhir. Guru akan membuat keputusan terhadap perjalanan PdP di dalam kelas. Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti itu dijalankan. OBJEKTIF Guru mengawal keseluruhan kelas Guru membuat semua keputusan dalam P&P Guru memberi arahan satu persatu Guru melakukan demonstrasi Guru memberi komen / ulasan tentang prestasi pelajar Pelajar perlu beri perhatian kepada arahan guru Pelajar melakukan perlakuan guru IMPLIKASI Sesuai untuk aktiviti aras tinggi dan mengutamakan keselamatan Sesuai untuk masa P&P yang terhad Sesuai untuk pembelajaran peringkat awal Tanggungjawab berpusat kepada guru Masa latihan pelajar adalah terhad. Terjun Papan Anjal: Melakukan aksi pusingan hadapan menggunakan papan anjal. CONTOH Fizikal- Kemahiran Motor

Gaya B: Latihan

Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya pengajaran arahan di mana guru bertanggungjawab dalam semua keputusan dalam PdP. Dalam PdP guru memberi tunjuk ajar kepada murid dan murid berpeluang melakukan latihan secara melakukan latihan secara ansur maju dan berperingkat.

OBJEKTIF Guru memberi penerangan aktiviti atau melakukan demonstrasi Guru menetukan setiap apa yang ingin diajar Guru melakukan pemerhatian terhadap pelajar semasa P&P dan memberi maklumbalas, tunjuk ajar dan soal jawab. Pelajar melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru.

IMPLIKASI Sesuai untuk masa P&P yang terhad Sesuai untuk pembelajaran peringkat awal Pelajar mempunyai lebih masa untuk latihan.

CONTOH Fizikal-Pembentukan Kemahiran Motor: Hoki: Melakukan kemahiran menggelecek menggunakan skitel.

Gaya C: Timbal balik atau bergandingan

Gaya pengajaran ini menghendaki murid melakukan latihan secara berpasangan namun demikian secara kaedah ini masih menetapkan guru menentukan apa yang akan dipelajari dan memberi penerangan terhadap aktiviti yang akan diajarkan kepada murid. Guru akan melakukan demontrasi lanjutan untuk menguji perlakuan murid. Dalam pengajaran aktiviti dilakukan secara berpasangan. Seorang murid akan menjadi pemerhati dan seorang lagi akan melakukan sesuatu aktiviti.

OBJEKTIF Guru menentukan apa yang akan dipelajari Guru memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti Guru melakukan demonstrasi lanjut untuk menguji perlakuan pelajar Guru memerhati dan fokus kepada pelajar melalui pemerhatian Aktiviti dilakukan secara berpasangan oleh pelajar Seorang pelajar menjadi pemerhati dan seorang lagi akan melakukan aktiviti. Pelajar dinilai berdasarkan kriteria perlakuan yang telah disediakan

IMPLIKASI Guru bertanggungjawab pada awal P&P Aktiviti dilakukan secara berpasangan Pelajar menilai sendiri perlakuan yang telah dipelajari Guru menyediakan senarai semak dan lampiran gambar kepada pelajar Fokus kepada perhubungan sosial di samping mempelajari aktiviti.

CONTOH Sosial- Kerjasama Kognitif Pemerhatian, menganalisis Bola sepak: Melakukan kemahiran menanduk bola ke arah gol secara berpasangan.

Gaya D: Semak kendiri

Gaya ini sesuai bagi perlakuan yang mudah. Apabila perlakuan yang mudah dilakukan oleh murid, maka akan mudah bagi murid tersebut mengenal pasti seterusnya menilai sendiri akan kesilapan pelakuan yang dilakukannya.

OBJEKTIF Guru menentukan apa yang akan dipelajari Guru menentukan kriteria pembelajaran Guru memberi penerangan sebelum memulakan P&P Pelajar bertanggungjawab dalam menilai perlakuan diri

IMPLIKASI Sesuai bagi perlakuan yang mudah dikenalpasti Pelajar bertanggungjawab di atas pembelajaran Menghadkan perhubungan sosial di antara guru dengan pelajar

CONTOH Sosial- Menilai kemampuan kendiri. Bola tampar: Melakukan kemahiran menyangga yang betul berdasarkan kad bergambar.

Gaya E: Inklusif

Satu-satunya pengajaran yang berpusatkan guru yang memberi peluang kepada murid satu keistimewaan untuk memilih tahap pembelajaran mereka mengikut kemampuan mereka. Murid akan memilih sendiri tahap dalam prestasi mereka sebelum melakukan aktiviti. Aktiviti masih ditentukan oleh guru kriteria pembelajarannya.

OBJEKTIF Guru menentukan apa yang akan dipelajari Guru menentukan kriteria pembelajaran Guru memberi peluang kepada pelajar untuk memilih tahap pembelajaran mengikut kemampuan diri Pelajar memilih sendiri tahap prestasi sebelum melakukan aktiviti Pelajar membuat keputusan untuk melakukan aktiviti pada tahap tinggi.

IMPLIKASI Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai kejayaan Semua pelajar berupaya melakukan aktiviti walaupun berbeza kebolehan diri Pelajar boleh membuat keputusan sendiri.

CONTOH SosialMemaksimumkan kemahiran kendiri Lompat tinggi: Melakukan aksi lompatan pada jarak ketinggian yang berbezabeza.

Gaya F: Pembelajaran Kendiri

OBJEKTIF Guru sebagai pemerhati kepada pelajar Pelajar menetapkan apa yang akan dipelajari Pelajar menetapkan pendekatan sendiri

IMPLIKASI Semua perkara berkaitan dengan pembelajaran ditetapkan sendiri oleh pelajar Pelajar boleh membuat keputusan sendiri. Tiada bantuan guru

CONTOH KognitifPemahaman Hoki: Melakukan kemahiran menolak dalam pelbagai posisi badan.

Gaya G: Penghasilan Mencapah/ penemuan bercapah

OBJEKTIF Guru menetapkan tugasan yang mempunyai pelbagai jawapan Guru mendorong pelajar untuk menilai setiap jawapan dan membuat perbandingan Pelajar cuba mencari perbandingan jawapan Pelajar menilai jawapan untuk menetapkan keberkesanannya.

IMPLIKASI Tugasan disediakan oleh guru Tugasan mempunyai banyak cara penyelesaian Sesuai untuk aktiviti pembangunan pasukan Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif Memupuk sikap kerjasama di antara pelajar

CONTOH KognitifKemahiran berfikir SosialKeyakinan Gimnastik: Melakukan aksi guling dari titik A ke titik B tanpa menggunakan kaki.

Gaya H: Pembelajaran Individu

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,untuk memahami masalah dan berfikir secara logik dan sistematik. Pelajar menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikan tugasan mengikut kebolehan individu. OBJEKTIF Guru hanya membantu pelajar sebagai penasihat Guru memantau proses pembelajaran Pelajar merancang program atau aktiviti pembelajaran Pelajar menetapkan tugasan serta penyelesaian Gimrama: Merancang satu rutin tarian dalam persembahan menggunakan belantan. IMPLIKASI Tugasan dan masalah ditetapkan oleh pelajar CONTOH KognitifMerancang

Gaya I: Penemuan terbimbing

Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah limitassi. Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah membenarkan penglihatan yang lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri. OBJEKTIF Guru menetapkan tugasan dan mempunyai pelbagai soalan yang hanya menjurus pada satu jawapan sahaja Guru memberi ruang masa kepada pelajar untuk berfikir dan bertindak Guru mengubah soalan jika pelajar gagal mencari jawapan Pelajar melakukan tugasan berdasarkan soalan yang diberkan guru. Pelajar memberi jawapan. IMPLIKASI Guru merancang P&P dan guru menyediakan tugasan. Kajian: Membuat perbincangan dengan guru tentang kajian yang dijalankan. CONTOH Kognitif- pelbagai konsep

Gaya J: Daya usaha

OBJEKTIF Guru memantau proses pembelajaran Pelajar merancang program atau aktiviti pembelajaran Pelajar berusaha sendiri untuk menetapkan tugasan Pelajar memilih gaya pembelajaran kendiri

IMPLIKASI Tugasan ditetapkan sendiri oleh pelajar Gaya pembelajaran ditetapkan oleh individu

CONTOH Kognitif- Aplikasi SosialBertanggungjawab Mengajar: Mengaplikasikan kemahiran mengajar PJ di sekolah.

Kesimpulan
Kesimpulannya gaya A-E berpusatkan guru manakala F- K adalah berpusatkan murid. Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawab dalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuan dan kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja Mosston, guru akan dapat mewujudkan suasana kerja yang optima dan mengekalkan disiplin serta menetapkan satu tahap pencapaian yang tinggi. Melalui kaedah ini juga, guru dapat memudahkan pemikiran pelajar dan akan berjaya mencapai pelbagai objektif pembelajaran dalam pendidikan jasmani.

You might also like