You are on page 1of 46

Pembelajaran Koperatif

(Kumpulan 10)

Koh Kok An - P105198

Ngu Keh Hee - P105823

Viviana Irina Nawot - P105210


Pengenalan
Pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di mana
pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam
kumpulan kecil. (Effandi Zakaria, 1998)
Pembelajaran koperatif melibatkan murid bekerjasama dalam mencapai
satu-satu objektif pembelajaran. (Johnson & Johnson, 1985)
Pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan
mereka selain daripada pembelajaran mereka sendiri. (Slavin, 1990)
Konsep penting dalam pembentukan
pembelajaran koperatif
1. Pendekatan struktur dan kompleks

Pembelajaran Koperatif

Berstruktur Kompleks

Student Team
Jigsaw
Achievement Team Assisted
Tournament Individualization
(STAD) (TAI)
Konsep penting dalam pembentukan
pembelajaran koperatif
2. Prinsip asas dalam pembelajaran

● Saling Bergantungan secara Positif (Positive Interdependence)


● Akauntabiliti Individu (Individual Accountability)
● Interaksi Bersemuka
● Kemahiran Interpersonal dan kumpulan kecil (Interpersonal and Small
Groups Skills)
● Penilaian dan Refleksi
Konsep penting dalam pembentukan
pembelajaran koperatif
3. Pembentukan kelas
- Susunan meja kerusi, persekitaran kelas dan iklim kelas
4. Pembentukan Kumpulan
- Ahli kumpulan yang ideal - 4 orang dalam sekumpulan yang bersifat
heterogenous
5. Pengurusan kumpulan
- Penggunaan ‘isyarat senyap’
6. Kemahiran sosial
Elemen Pembelajaran Koperatif dalam
kumpulan
Pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri
berikut:

1. Ganjaran kumpulan

2. Tanggungjawab individu

3. Peluang yang sama untuk berjaya


(Slavin, 1990)
Ciri- ciri pembelajaran koperatif dalam
kumpulan
Lima ciri pembelajaran koperatif adalah berikut:

1. Matlamat Kumpulan
2. Peranan ahli
3. Interaksi Kumpulan
4. Kemahiran berkumpulan
5. Penilaian kumpulan.
(Johnson & Johnson, 1994)
Peraturan Kelas dalam Pembelajaran
Koperatif
Pembelajaran yang menggunakan konsep PK menggunakan peraturan
kelas bagi mewujudkan kumpulan yang berkesan.

K - Keep in the group (Sentiasa dalam kumpulan)


I - Include everyone (Melibatkan semua ahli)
S - Share ideas and feelings (Sedia berkongsi idea dan pendapat)
S - Stay on task (Sentiasa melakukan tugasan yang diberi)
E - Encourage others (Memberikan galakan kepada rakan)
S - Six Inch Voices (Perbincangan mesra dalam kumpulan)
Tokoh - KAGAN
Dilahirkan: 8 Mac 1944 (umur 77 tahun)

Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran


koperatif, aktiviti pembelajaran dikatakan wujud
apabila struktur koperatif yang disesuaikan
dengan isi kandungan seperti yang diwakili oleh
hubungan di bawah.

Struktur pembelajaran + Isi kandungan = Aktiviti


Konsep Utama Dalam Pembelajaran Koperatif

Terdapat enam konsep utama dalam proses pembelajaran koperatif.

1.Pasukan/ kumpulan – ada visi, berstruktur untuk perkembangan minda


positif

2.Kemahiran sosial

3.Pengurusan (termasuk isyarat senyap)

4.Prinsip PIES

5.Keazaman / kemahuan (willingness) untuk bekerjasama

6.Struktur-struktur (Kagan)
Prinsip PIES (salah satu konsep pembelajaran koperatif) ialah

P Pergantungan positif (Positif interdependence)

- kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan


bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama.

-Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri
sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

-Saling bergantungan secara positif yang kuat di dalam sesuatu kumpulan akan
menjadi motivasi kepada setiap ahli untuk berjaya.
Prinsip PIES (salah satu konsep pembelajaran koperatif) ialah

I Akauntabiliti individu (Individual accountabilitiy)

- Satu tugasan akan diberikan kepada kumpulan tersebut untuk menilai


akauntabiliti individu setiap ahli kumpulan,.

-Pencapaian kumpulan akan dinilai mengikut sumbangan setiap individu.

-Setiap ahli akan menerima markah mengikut sumbangan / idea mereka.


E Penglibatan seimbang/sama (Equal participation)

- Penglibatan yang sama rata di antara ahli kumpulan boleh dicapai melalui
pembahagian/urutan tugasan.

-Dengan cara ini, setiap pelajar diberi peluang untuk mengambil bahagian dan
memberi idea. Cara ini menjadikan setiap pelajar bertanggungjawab dan
menglibatkan mereka secara sama rata.

Mengikut Kagan, tidak semua aktiviti berkumpulan boleh digolongkan sebagai


pembelajaran koperatif melainkan struktur yang digunakan memenuhi
keempat-empat prinsip yang tersebut di atas (PIES).
S Interaksi serentak (Simultaneous interaction)
- Terdapat banyak struktur dalam model Kagan (rujuk ppt)
dimana setiap satunya mempunyai kegunaan dan kepentingan
masing-masing.

-Pengetahuan mengenai struktur-struktur ini dan cara


pelaksanaanya memerlukan pemahaman dan latihan yang
berulang-ulangan.
Struktur-struktur Pembelajaran Koperatif
Setiap prinsip dalam pembelajaran koperatif model Kagan boleh dicapai menerusi
salah satu dari kemahiran-kemahiran di bawah:
1. Think-Pair-Share
2. Round Robin
3. Persemukaan (Trade a Problem)
4. Pembahagian tugas (Assigning Roles)

http://shukerihamzah.blogspot.com/2012/07/pembelajaran-kooperatif.html
Konsep dan Prinsip dalam Pembelajaran Koperatif
Pengintegrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat dilakukan melalui proses
a. Perancangan -
-Memilih struktur yang disesuaikan dengan isi kandungan/ matlamat pembelajaran.
-Menentukan kriteria untuk membentuk pasukan pelajar. (secara rawak mengikut pelbagai
kebolehan)
-Menyediakan bahan (kad arahan, kerta dll)
-Merancang penggunaan optima masa dan ruang (aktiviti)/ ruang susunan tempat.
Konsep dan Prinsip dalam Pembelajaran Koperatif
Pengintegrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat dilakukan melalui proses
b. Pengendalian -
-Menjelas matlamat pembelajaran.
-Memberi maklumat asas untuk membantu proses pdpc.
-Penubuhan pasukan/ kumpulan.
-Menentukan langkah penyelarasan aktiviti ( bahasa isyarat, sistem ganjaran dll).
Konsep dan Prinsip dalam Pembelajaran Koperatif
Pengintegrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat dilakukan melalui proses
c. Pengurusan -
-Membentuk semangat pasukan/ kerjasama.
-Menjelaskan kemahiran sosial ( berkongsi, penglibatan sama rata).
-Melakukan brain Breaks (aktiviti untuk mengekalkan dan meningkatkan motivasi).
Konsep dan Prinsip dalam Pembelajaran Koperatif
Pengintegrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran
dapat dilakukan melalui proses
d. Penilaian merujuk kepada -
-Masteri (taksonomi Bloom) - penilaian yang melihat tahap penguasaan pelajar.
-Kemahiran berfikir.
-Perkongsian maklumat( antara ahli kumpulan atau antara pasukan).
-Kemahiran berkomunikasi.
Tokoh - Roger dan David Johnson (David W Johnson and Roger T Johnson )
2.Roger dan David Johnson - Membuat
perbandingkan daya persaingan antara siswa
pembelajaran koperatif dan siswa
pembelajaran individual.
Model Johnson & Johnson menggariskan 4 prinsip pembelajaran koperatif:

1. Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)

Pelajar seharusnya beranjak dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan
seterusnya ke tahap saling kebergantungan.

-Saling kebergantungan wujud apabila pelajar menganggap bahawa ia


memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.

-Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih


tinggi cuma boleh dicapai melalui usaha, input dan sinergi orang lain.
Model Johnson & Johnson menggariskan 4 prinsip pembelajaran koperatif:

2. Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)

Walaupun setiap pelajar dikehendaki bekerjasama dalam sesuatu tugasan, ia


adalah bertanggungjawab atas pencapaiannya sendiri.

-Penilaian boleh dibuat secara individu.

3. Group Interaction (Interaksi Kumpulan)

Pelajar-pelajar memajukan pembelajaran pelajar lain dengan membantu, perkongsian


dan menggalakkan usaha pembelajaran.

-Interaksi kumpulan termasuk tindakan pelajar untuk menerangkan, membincang dan


mengajar apa yang diketahui kepada orang lain.
Model Johnson & Johnson menggariskan 4 prinsip pembelajaran koperatif:

4. Social Skills (Kemahiran Sosial)

-Agar pembelajaran koperatif berkesan, guru mesti mengajar kemahiran sosial


kepada pelajar.

-Kemahiran-kemahiran tersebut merangkumi kepimpinan, membuat


keputusan, membina kepercayaan, komunikasi dan pengurusan konflik.
Tokoh - ROBERT SLAVIN
Dilahirkan: 17 September 1950 (umur 71 tahun)

- Ahli psikologi terkenal

- Menulis lebih dari 200 artikel dan 20 buku, termasuk buku Psikologi
Pendidikan.

- Mengemukakan bahawa pembelajaran kooperatif adalah salah satu


bentuk pembelajaran yang berdasarkan faham konstruktivis.

-Tujuan dari pembelajaran kooperatif adalah menciptakan situasi di


mana keberhasilan individu ditentukan atau dipengaruhi oleh
keberhasilan kelompoknya (Slavin, 1994).

-
Tokoh - Effandi Zakaria
Former Associate Professor, Universiti Kebangsaan Malaysia

Pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di


mana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama
lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat
bersama dan pembelajaran koperatif juga merupakan
pembahagian pelajar ke dalam kumpulan kecil memudahkan
guru-guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Tokoh - Effandi Zakaria (PhD)
Bab 1; Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Matematik

Bab 2; Pembelajaran koperatif : Beberapa teori berkaitan

Bab 3; Model-model pembelajaran koperatif

Bab 4; Unsur-unsur keberkesanan dalam pembelajaran


koperatif -

Bab 5; Membentuk kumpulan koperatif -

Bab 6; Pembelajaran koperatif dalam matematik -

Bab 7; Melaksanakan pembelajaran koperatif : Model


modifikasi jigsaw --

Bab 8; Implikasi daripada pembelajaran koperatif.


Aktiviti Pembelajaran Koperatif
Kumpulan koperatif formal Kumpulan koperatif informal
-boleh digunakan untuk mengajar isi -untuk memastikan proses kognitif yang
kandungan tertentu atau kemahiran aktif berlaku semasa kaedah kuliah
penyelesaian masalah dijalankan

Dalam kumpulan korperatif, pelajar bekerja bersama-sama untuk mencapai objektif yang
dikongsi bersama. Mereka mempunyai dua tanggungjawab utama iaitu:
i) untuk memaksimumkan pembelajaran mereka sendiri
ii) untuk memaksimumkan pembelajaran kesemua ahli kumpulan.
Aktiviti Koperatif Formal
Prosedur umum langkah-langkah pembelajaran berikut boleh digunakan dalam aplikasi
pembelajaran koperatif.
i. Agihkan kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.
ii. Pilih strategi pembelajaran koperatif yang akan digunakan untuk menjalankan tugasan.
iii. Berikan tugasan yang perlu diselesaikan dengan pastikan objektif dan kaedah penilaian
dijelaskan.
iv. Berikan bantuan jika diperlukan.
v. Sediakan senarai semak penilaian untuk mengenal pasti kemajuan yang dicapai oleh
kumpulan.
vi. Sediakan peluang berkongsi hasil kerja kumpulan antara kumpulan.
Aktiviti Koperatif Formal

Antara contoh teknik kooperatif kumpulan formal ialah


- teknik STAD,
- JIGSAW
- teknik-teknik pengajaran berasaskan kumpulan kecil.
Langkah-langkah dalam Jigsaw ialah:

Langkah 1: Bentuk kumpulan. Setiap ahli kumpulan diberi bahan yang berbeza (Contoh:
Jika ada empat ahli, beri bahan A,B,C dan D kepada ahli).

Langkah 2: Pelajar yang mendapat bahan yang sama dari kumpulan berbeza membentuk
kumpulan pakar untuk mempelajari bahan tersebut (Contoh: Pelajar A dari semua
kumpulan membentuk kumpulan A dan seterusnya. Kumpulan ini dipanggil kumpulan pakar).

Langkah 3: Ahli kumpulan bailk ke kumpulan asal dan mengajar ahli kumpulan mereka
bahan yang dipelajari dalam kumpulan pakar.

Langkah 4: Semua ahli kumpulan menggabungkan kepakaran untuk melaksanakan tugasan


yang diberi atau mengambil ujian/penilaian.
Teknik Student Team Achievement Division (STAD)

-Student Teams Achievement Divisions (STAD) merujuk kepada sebuah kaedah pembelajaran
koperatif yang sesuai diaplikasikan terhadap sekumpulan kecil murid semasa pembelajaran
sesuatu kemahiran Matematik.

-Pelaksanaan kaedah STAD ini bermula daripada aktiviti perbincangan secara berkumpulan
menggunakan kaedah Jigsaw II. Selepas itu, kuiz bertulis secara individu akan diberikan bagi
menguji pemahaman murid terhadap kemahiran tersebut.

-Melalui pentaksiran tersebut, setiap murid dapat melihat kemajuan sendiri dalam
pembelajaran.
Langkah-langkah dalam STAD meliputi:

Langkah 1: Guru menyampaikan pengajaran.

Langkah 2: Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk mempelajari bahan yang diberikan dalam
kelas.

Langkah 3: Pelajar mengambil kuiz secara individu.

Langkah 4: Kumpulan menerima pengiktirafan berdasarkan skor individu dalam kuiz yang
mengambil kira skor yang diperolehi dalam skor kuiz yang lepas (contohnya peratusan
penambahan skor) untuk menangani masalah perbezaan kebolehan antara ahli kumpulan).
Teknik-teknik pengajaran berasaskan kumpulan kecil
-Penggunaan prinsip pembelajaran kooperatif dalam strategi berasaskan
kumpulan.

-Teknik/strategi pembelajaran berasaskan kumpulan seperti pembelajaran


berasaskan masalah,

-Pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran inkuiri boleh menggunakan


prinsip pembelajaran kooperatif untuk meningkatkan keberkesanan kerja
berpasukan yang diperlukan dalam melaksanakan tugasan tersebut.
Aktiviti Pembelajaran Koperatif Informal
-Kumpulan koperatif informal adalah kumpulan sementara yang dibentuk untuk satu aktiviti
perbincangan kumpulan kecil dalam kumpulan besar.

-Tujuannya ialah untuk menarik fokus pelajar supaya mempelajari bahan yang dibincangkan
dalam kelas. Ia boleh digunakan bila-bila masa terutamanya dalam kaedah kuliah untuk
mendapatkan penglibatan aktif pelajar secara intelektual.

-Membahagikan kuliah dengan aktiviti pemprosesan maklumat secara koperatif yang pendek
dapat meningkatkan apa yang dipelajari dan membina hubungan sosial antara pelajar.
Aktiviti Pembelajaran Koperatif Informal
Think-Pair-Share
Pelajar akan diberi satu soalan dan diberi masa untuk memikirkan jawapannya secara
bersendirian untuk jangka masa tertentu. Kemudian, secara berpasangan, mereka akan
membandingkan jawapan-jawapan mereka dan mempersembahkannya di dalam kelas.

Round Robin Brainstorming


Di dalam struktur ini, setiap murid memberikan idea setiap kali sampai giliran mereka.
-Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil (4-6 orang) dengan seorang dilantik sebagai
pencatat.
-Soalan yang memerlukan pelbagai jawapan dikemukakan dan pelajar diberikan masa untuk
memikirkan jawapannya. Selepas masa berfikir diberikan, ahli-ahli bergilir-gilir memberikan
respon jawapan. Pencatat mencatat semua jawapan ahli.
Aktiviti Pembelajaran Koperatif Informal
Persemukaan (Trade a Problem)
Di dalam struktur ini, setiap pasukan memerlukan satu set soalan yang ditulis pada kad.
Sebelah depan kad yang mengandungi soalan dilabelkan sebagai “S” dan bahagian belakang
kad yang mengandungi jawapan dilabelkan sebagai “J”. Ahli kumpulan A akan menayangkan
“J” apabila tiada jawapan tepat yang diterima dari kumpulan B.

Pembahagian tugas (Assigning Roles)


Di dalam struktur ini, setiap ahli diberikan peranan masing-masing, contohnya, pencatat
idea, memanjangkan idea kumpulan kepada kumpulan lain dan sebagainya.
Aktiviti Pembelajaran Koperatif Informal
Three Step Interview
Setiap ahli kumpulan memilih ahli lain sebagai pasangan. Dalam langkah pertama, pelajar
pertama meminta pasangannya dengan bertanya soalan untuk mendapatkan penjelasan. Pada
pusiangan kedua, pasangan bertukar peranan dan pada langkah akhir, ahli-ahli berkongsi
hasil kerja berpasangan dengan kumpulan.

Three-Minute Review
Anda boleh berhenti sekejap semasa memberi kuliah dan beri masa tiga minit kepada
kumpulan untuk meneliti semula apa yang telah dikuliahkan atau dibincangkan, tanyakan
soalan klarifikasi atau apa-apa soalan yang sesuai untuk mendapatkan respon pelajar.
IMPLIKASI PEMBELAJARAN KOPERATIF
- Kelebihan Pembelajaran Koperatif
1. Meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar.
➢ Setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk menguasai sesuatu subtopik serta
berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang lain.
2. Memperbaiki kemahiran sosial pelajar.
➢ Pelajar yang aktif boleh membantu pelajar yang pasif untuk lebih terlibat dalam proses
pembelajaran
➢ Pelajar yang bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan difahami oleh
ahli kumpulan lain.
➢ Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan tidak
hancur dan gerak kerja berjalan lancar.
IMPLIKASI PEMBELAJARAN KOPERATIF
- Kelebihan Pembelajaran Koperatif
3. Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan mampu menarik minat pelajar
➢ Pembelajaran koperatif adalah pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Pelajar perlu
terlibat secara langsung untuk memastikan pembelajaran berjalan dengan lancar.
4. Dapat mewujudkan komuniti pelajar yang dapat bersaing secara sihat.
➢ Pelajar dibimbing untuk berusaha menjadi yang terbaik dan bertanggungjawab
5. Kepelbagaian aktiviti yang dapat dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
➢ Aktiviti yang pelbagai juga akan dapat membantu guru melaksanakan pentaksiran
dengan lebih baik berdasarkan pemerhatian dan hasil aktiviti.
Kritikan kepada pembelajaran koperatif
1. Kemahiran guru
- Pelaksanaan Pembelajaran Koperatif (PK) memerlukan guru untuk mahir
dan faham sebaiknya mengenai konsep asas dan prinsip-prinsip dalam
PK. Guru perlu mahir dalam melaksanakan PK secara berkesan.
2. Sikap pelajar
- Pelajar yang lemah akan terdorong untuk mengikut pendapat dan
keputusan pelajar yang cerdas.
- Pelajar yang cerdas pula akan mendominasi aktiviti kumpulan
- Kewujudan pelajar yang pasif dan hanya bergantung kepada kebolehan
pelajar lain untuk menyelesaikan tugasan
Kritikan kepada pembelajaran koperatif
3. Pengurusan dan masa pelaksanaan
- Pelaksanaan pembelajaran koperatif memerlukan masa yang
mencukupi, penerangan daripada guru dan juga masa untuk pelajar
melaksanakan tugasan yang diberi.

4. Pengurusan kelas
- Sekiranya pelajar tidak memahami prinsip asas dalam pembelajaran
koperatif, mereka akan mudah menyerong daripada tugasan sebenar
dan bertukar menjadi kumpulan pelajar yang bising sahaja
Kritikan kepada pembelajaran koperatif
5. Tahap kesukaran
- Guru sukar mencari pendekatan yang mudah. Pengagihan tugas atau
arahan yang diberi menjadi terlalu banyak dan sukar untuk difahami
oleh pelajar.

6. Kumpulan tidak berfungsi


- Pengagihan ahli dalam kumpulan menentukan cara kumpulan berfungsi.
Sekiranya ahli terdiri daripada pelajar pasif sahaja, kemungkinan
kolaborasi dan perbincangan tidak akan berlaku.
- Sekiranya kumpulan terdiri daripada pelajar yang cemerlang sahaja,
kerjasama sukar untuk dipupuk.
APLIKASI PEMBELAJARAN KOPERATIF
DALAM ARTIKEL PENYELIDIKAN
APLIKASI PEMBELAJARAN KOPERATIF
DALAM ARTIKEL PENYELIDIKAN
Aktiviti (Gallery Walk atas talian)
1. Guru membahagikan pelajar dalam beberapa kumpulan.
2. Pelajar akan menyelesaikan sebuah masalah Matematik secara
berkumpulan & tunjukkan pada Jamboard. (Masa 5 minit)
3. Selepas 5 minit, guru dan rakan akan melihat dan mendengar
pembentangan setiap kumpulan mengenai cara penyelesaian
masalah mereka.
4. Dalam proses ini, ahli kumpulan lain bebas untuk meninggalkan
soalan/ komen di sebelah ruangan hasil kumpulan lain.

You might also like