You are on page 1of 44

TEORI PEMBELAJARAN

SOSIAL DAN TEORI


KOGNITIF SOSIAL
Apakah faktor-faktor sosial yang
mempengaruhi pembelajaran di
sekolah?
• Ingat semula ketika anda di sekolah – siapakah
rakan- rakan anda?
– Kumpulan popular?
– Kumpulan “pandai”?
– Kumpulan “biasa”
– Kumpulan “???”
• Bagaimanakah rakan-rakan anda
mempengaruhi anda?
• Bagaimana dengan guru? Ibubapa?
Pemerhatian dan modelling

• Peranan pemerhatian dan modelling dalam


pengaruh rakan sebaya
• Albert Bandura (1960) menunjukkan bahawa
manusia boleh belajar melalui pemerhatian dan
juga konsekuens yang diterima oleh orang lain
• Bandura terkenal dengan teori pembelajaran
sosial pada awalnya dan teorinya dikembangkan
kepada teori kognitif sosial
Rangka kuliah
• Pengenalan
• Teori pembelajaran sosial dan teori
kognitif sosial
• Aplikasi dalam proses PnP
Pengenalan
DEFINISI PEMBELAJARAN:
• Perubahan yang tekal dalam tingkah laku
atau pengetahuan
• Pembelajaran merupakan hasil
pengalaman bukan hasil kematangan atau
keadaan sementara (demam/sakit)
Pengenalan

• Bandura mendakwa teori


tingkah laku betul tetapi
tidak lengkap dan hanya
memberi penerangan
tentang sebahagian daripada
proses pembelajaran
• Kerana … gagal memberi
perhatian kepada pengaruh
sosial terhadap pembelajaran
Teori pembelajaran sosial

• Diperingkat awal, kerja-kerja


Bandura berfokus kepada
tingkahlaku sosial
• dan teorinya dikenali sebagai teori
pembelajaran sosial
• Bandura membezakan antara
pemerolehan pengetahuan
dengan prestasi yang boleh
diperhatikan hasil daripada
pengetahuan tersebut
Eksperimen “Bobo Doll”
• Dalam eksperimen lain yang dijalankan, Bandura
menunjukkan bahawa kanak-kanak (3 – 6 thn)
mengubah tingkah laku mereka hanya melalui
pemerhatian mereka ke atas orang lain
• 3 kumpulan kanak-kanak:
• Satu kumpulan nampak kanak-kanak dipuji
kerana bertindak agresif
Eksperimen “Bobo Doll”
• Dalam eksperimen "Bobo doll", Bandura
menunjukkan bahawa kanak-kanak (3 – 6 thn)
mengubah tingkah laku mereka hanya melalui
pemerhatian mereka ke atas orang lain
• 3 kumpulan kanak-kanak:
• Satu kumpulan lagi nampak kanak-kanak yang
bertindak agresif diminta duduk di penjuru dan
tidak dibenarkan bermain dengan alat
permainan.
Eksperimen “Bobo Doll”
• Dalam eksperimen "Bobo doll", Bandura
menunjukkan bahawa kanak-kanak (3 – 6 thn)
mengubah tingkah laku mereka hanya melalui
pemerhatian mereka ke atas orang lain
• 3 kumpulan kanak-kanak:
• Kumpulan ketiga ditunjukkan filem kanak-kanak
keluar daripada bilik tanpa sebarang
konsekuen selepas bertindak agresif
• Bandura dan rakan-rakan juga menunjukkan
bahawa menonton karton yang bertingkah laku
agresif menghasilkan tingkah laku yang lebih
agresif berbanding menonton filem orang
dewasa atau melihat orang dewasa sebenar
melakukan keganasan
• Mereka juga menunjukkan bahawa memberikan
kanak-kanak menonton tingkah laku prososial
dapat mengurangkan tingkah laku agresif.
Teori pembelajaran sosial
• Rumusannya – teori pembelajaran sosial
memperkembangkan teori tingkah laku
mengenai peneguhan dan dendaan
• Dalam teori ini, melihat tingkah laku model atau
orang lain yang menerima peneguhan atau
dendaan juga boleh memberikan kesan kepada
individu yang melihat
Teori kognitif sosial
• Kerja-kerja awal Bandura mengenai pembelajaran sosial
menjadi asas kepada teori kognitif sosial
• Teori beliau dikenali sebagai teori kognitif sosial di mana
Bandura memberi perhatian kepada faktor kogntiif
seperti kepercayaan, persepsi kendiri, dan ekspektasi
dalam proses pembelajaran
• Teori kognitif sosial membezakan antara pembelajaran
enaktif dan pembelajaran vikarious
Teori kognitif sosial
• Pembelajaran enaktif merujuk kepada pembelajaran melalui
membuat dan pengalaman ke atas konsekuen daripada
tindakan.
– Dalam konteks ini konsekuen bertindak sebagai
penyediaan maklumat
• Pembelajaran vikarious ialah pembelajaran melalui
pemerhatian ke atas pengalaman orang lain
– Dalam konteks ini, jika manusia boleh belajar melalui
pemerhatian, mereka mesti memberikan perhatian,
mengingat, menganalisa dan membuat keputusan yang
mempengaruhi pembelajaran
Pembelajaran pemerhatian
• Melalui pemerhatian, kita bukan sahaja belajar cara
melakukan sesuatu tetapi juga konsekuen kepada
tingkah laku tersebut dalam situasi tertentu
• Pemerhatian boleh menjadi satu kaedah pembelajaran
yang efektif
Aktiviti 1
• Beri contoh contoh situasi anda belajar melalui
pemerhatian
Teori Pembelajaran pemerhatian
Bandura
• Bandura (1968) menyenaraikan empat elemen dalam
pembelajaran pemerhatian:
– Perhatian(Attention) – untuk belajar , kita perlu
memberikan perhatian
– Pengekalan (Retention)- untuk meniru, perlu
mengingat apa yang dilihat
– Pengeluaran (Production)-setelah tahu dan ingat, perlu
berlatih, mendapatkan maklumbalas dan bimbingan untuk
hasilkan tingkahlaku yang betul
– Motivasi dan Peneguhan- Kita mungkin
telah mendapat pengetahuan tetapi tidak
menunjukkannya jika tiada motivasi atau
peneguhan
Teori Pembelajaran pemerhatian
Bandura
• Bandura mengenalpasti tiga bentuk peneguhan yang
menggalakkan pembelajaran pemerhatian:
– Peneguhan secara langsung – tingkahlaku yang
ditunjukkan hasil pemerhatian dipuji
– Peneguhan tidak langsung (vicarious) – iaitu melihat
peneguhan yang diterima oleh orang lain
– Peneguhan kendiri – penting supaya tidak
memerlukan ganjaran dari luar
Kesan modelling ke atas tingkah
laku (performance effect)
• Kesan penghalang (Inhibitory Effect) – bila lihat
model menerima konsekuen yang tidak disukai
• Kesan menggalakkan (Disinhibitory Effect) –
melakukan t/laku yang dulunya tidak dilakukan
bila melihat model melakukannya
• Penggalakkan respon (Response Facilitation) –
t/laku model bertindak sebagai tanda saran
kepada pelajar supaya melakukan tingkah laku
yang sama
Faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran pemerhatian

Ciri-ciri Ciri-ciri Tingkah laku yang


Model pelajar dimodel
Berkuasa Status Kompleksiti
perkembangan

Ada ‘Prestige’ Matlamat ‘Unfamiliarity’

Cekap Efikasi kendiri ‘Functional Value’

Kesamaan Hasil yang


diharapkan
Pembelajaran pemerhatian dalam PnP

• Terdapat lima hasil yang mungkin dariapda


pembelajaran pemerhatian
– Mengarahkan perhatian
– Memperkukuh tingkah laku yang telah
dipelajari
– Memperkukuh atau melemahkan sesuatu
tingkah laku
– Mengajar tingkah laku baru
– Membangkitkan emosi
Reciprocal Determinism
• Bandura memperkenalkan konsep “reciprocal
determinism” untuk menjelaskan tingkah laku manusia
• Reciprocal determinism:
– Sistem yang saling melengkapi dan interaktif yang
dibina antara manusia dan persekitarannya
– Melihat tingkah laku sebagai hasil daripada interaksi
resiprokal antara pengaruh dalaman (kepercayaan,
ekspektasi, sikap, pengetahuan), pengaruh luaran
(kaedah pengajaran, setting fizikal), dan tingkah laku
(perbuatan/tindakan)
• Dalam teori ini, kedua-dua faktor dalaman dan luaran
adalah penting.
“Reciprocal determinism”

INDIVIDU

TINGKAH
LAKU PERSEKITARA
N
“Reciprocal determinism”
Interaksi antara
Interaksi antara individu dan
individu dan Faktor persekitaran
tingkahlaku INDIVID dipengaruhi oleh
mereka kepercayaan dan
dipengaruhi oleh
U kompetensi kognitif
pemikiran dan yang terbina
tindakan melalui pengaruh
sosial

Faktor Faktor
TINGKAHLAK PERSEKITARA
U N
Interaksi antara persekitaran
dan tingkah laku ditentukan
oleh persekiatran yang
kemudiannya memberi kesan
kepada tingkahlakunya
Contoh Reciprocal Determinism
• Ana seorang pelajar yang pemalu (komponen kognitif individu).
• Beliau masuk ke kelas pada hari pertama dan dapati semua
pelajar telah ada (persekitaran)
• Dalam kebanyakan masa, Ana masuk dengan senyak dan duduk
di belakang kelas (Komponen tingkah laku)
• Pada satu hari, seorang pelajar lain didepan memanggil ana
duduk disebelahnya
• Dalam konteks ini, persekitaran telah memperkenalkan satu
rangsangan baru kepada Ana (pelajar yang peramah) dan telah
menyebabkan Anan menukar rutinnya. Hasilnya: Ana telah
menukar tingkah lakunya
Aktiviti 2

• Bincangkan satu contoh yang menunjukkan


konsep reciprocal determinism
Ciri-ciri personal pelajar

• Bandura mengenal pasti ciri-ciri


personal pelajar bagi
menerangkan proses p-p iaitu:
1. Kebolehan membuat perwakilan
pengalaman secara simbolik
2. Kebolehan belajar secara
vikarious
3. Kebolehan membuat regulasi
kendiri
Perwakilan simbolik

• Proses menterjemah
pengalaman dalam bentuk
model mental yang dapat
memandu tingkah laku
– Perwakilan dalam
bentuk imej mental
– Perwakilan verbal
Pembelajaran vikarious

• Belajar daripada
pemerhatian ke
atas pengalaman
orang lain
Kebolehan mengawal diri
(Self-Control)
• Kebolehan bertindak dengan
niat – boleh merancang
• Kebolehan membuat
wawasan
– orientasi masa depan
• Kebolehan untuk ‘Self-
Reactiveness’ – merancang,
menilai dan meregulasi
• Kebolehan untuk ‘Self-
Reflectiveness”
Efikasi kendiri

“Self-efficacy is the
belief in one’s
capabilities to organize
and execute the
sources of action
required to manage
prospective situations.”
(Bandura, 1986)
Sumber Efikasi kendiri

• Pengalaman lepas -
‘Direct experiences of
success and failure’
• Pengalaman
vikarious
• Pujukan verbal
• Reaksi fiisiologikal
(emosi)
Kebolehan Regulasi Kendiri
• Faktor individu yang
penting ialah kebolehan
untuk meregulasi kendiri
• Sesetengah orang baik
dalam hal ini , setengah
pula tidak
• Regulasi kendiri mungkin
domain specific (ingat
komponen persekitaran dalam
model reciprocal
determinism)
– Can regulate some things,
but not others
Tingkah laku regulasi kendiri
• Melibatkan:
– Self-observation: menyedari
tingkah lakunya
– Self-judgement: menilai tingkah
lakunya ke arah pencapaian
matlamat
– Self-administered consequence:
hukuman dan peneguhan ke
atas diri sendiri
• Pemantauan kendiri (self-
monitoring)
– Memerhati dan merekod tingkah
laku sendiri secara sistematik
Pembelajaran regulasi kendiri

Pelajar meregulasi kendiri melalui 3


aktiviti:
1. Menetapkan matlamat (intention
and forethought)
2. Melaksanakan strategi (intention
and forethought)
3. Melaksanakan strategi regulasi
kendiri – pemerhatian kendiri,
penghakiman kendiri, dan
menguruskan sistem peneguhan
kendiri untuk memotivasi
pembelajaran (self-reactiveness &
self-reflectiveness)
Prinsip pembelajaran kognitif sosial
• Pelajar memperoleh
pengetahuan, tingkah laku dan
kecenderungan melalui
pendedahan kepada models
• Sistem kepercayaan pelajar
memandu tingkah laku
dan pembelajaran mereka
• Pelajar mempunyai potensi
untuk pembelajaran regulasi
kendiri
Rumusan
• Kita memperoleh, mengekalkan dan mengubahsuai
tingkahlaku yang kita perhatikan dilakukan oleh
orang lain
• Kita membuat keputusan tingkah laku mana dan
bila nak dilakukan dan menggunakan:
– Pemikiran simbolik(“what are my long term goals?”)
– emosi (“damn that Bobo doll!!!”)
– Regulasi kendiri (“I really want to stab my prof, but I
need an A, so…”)
• Teori kognitif sosial menekankan saling interaksi
antara faktor-faktor individu, persekitaran dan
tingkah laku
Implikasi kepada PnP
Pembelajaran pemerhatian/Modelling
• Pelajar perlu didedahkan dengan model kepada pengetahuan, kemahiran dan
tingkahlaku yang diharapkan
• Pengajaran menggunakan kaedah pemerhatian perlu mengaplikasi 4 subproses:
perhatian, Pengekalan, Pengeluaran dan Motivasi
Hasil yang diharapkan
• Pengajaran perlu membantu pelajar mengenalpasti hasil yang diharapkan dan
bermakna
Perceived Self-Efficacy.
• Pelajar akan lebih aktif, berusaha dan efektif jika mereka yakin dengan
lebolehan mereka
Penetapan matlamat
• Pengajaran patut membantu pelajar menetapkan matlamat yang jelas, spesifik dan
mencabar
Regulasi kendiri
• Pelajar perlu dibimbing menjadi pelajar yang mempunyai kebolehan regulasi kendiri
– Pelajar perlu dibantu supaya mempunyai kemahiran membuat pemerhatian kendiri,
penilaian kendiri dan mengawal diri
Terima kasih…

Thank you…

You might also like