You are on page 1of 20

SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER MEI 2021

HBEC1203

PERKEMBANGAN KOGNITIF

NO. MATRIKULASI : 871230525122001

NO. KAD PENGENALAN : 871230-52-5122

NO. TELEFON : 019-4546229

E-MEL : safina87@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MANJUNG


ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN…………………………………………………………………….1

2.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET………………………..........3

3.0 IMPLIKASI TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

TERHADAP PEMBELAJARAN………………………………………………………….6

4.0 KESIMPULAN……………………………………………………..……………… 8

BAHAGIAN 2

1.0 PENGENALAN…………………………………………………………………….10

2.0 PERBINCANGAN MENGENAI TETAPAN, PERALATAN DAN SUSUN


ATUR DI PUSAT ASUHAN KANAK……………………………………………………11

3.0 PERSEKITARAN DALAMAN DAN LUARAN PUSAT ASUHAN KANAK-


KANAK YANG BOLEH MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN KANAK-
KANAK…………………………………………………………………………………….14

4.0 KESIMPULAN…………………………………………………………………….17

5.0 RUJUKAN…………………………………………………………………………18
BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN

Pengertian kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi iaitu aktiviti atau proses mem-
perolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Menurut Wong Kiet Wat et
al. (2013) menerusi bukunya yang bertajuk Perkembangan Kanak-kanak, perkembangan kog-
nitif ditakrifkan sebagai satu proses keupayaan berfikir dan menaakul yang berlaku seiringan
dengan perkembangan sosio emosi, fizikal dan penguasaan terhadap kemahiran berbahasa.
Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menerangkan maksud kognitif adalah
segala perkara yang berkaitan dengan proses pembelajaran, pemahaman dan pemerolehan
pengetahuan. Proses ini boleh dianggap satu proses yang tidak boleh dilihat secara langsung.
Dalam erti kata lain, psikologi kognitif adalah bidang yang menumpukan kepada proses men-
tal seperti persepsi, pembetukan konsep, penyelesaian masalah, kemahiran menaakul, keu-
payaan membuat keputusan, perkembangan bahasa dan memori. Perkembangan kogni-
tif turut melibatkan perkembangan proses manusia sejak lahir, sewaktu kanak-kanak dan re-
maja dan sehingga menjadi orang dewasa.
Menurut Raugbir Kaur Joginder Singh (2013) di dalam bukunya yang bertajuk Pand-
uan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi pula mentakrifkan perkembangan kognitif seba-
gai satu bentuk perkembangan yang dialami oleh akal dari aspek pemikiran. Perkembangan
kognitif dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan individu.
Perkembangan kognitif mempunyai hubungan dengan keupayaan seseorang individu itu
memerima maklumat dari persekitaran, menyimpan maklumat dan mengingati semula mak-
lumat untuk menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif merupakan aras pengetahuan
dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut bagi memahami dunia di
sekitar mereka. Perkembangan kognitif memfokuskan kepada cara kanak-kanak belajar dan
memproses maklumat iaitu proses memperkembang daya fikir atau membina pengetahuan
kanak-kanak. Mok Soon Sang (2009) menyatakan bahawa perkembangan kognitif dipelopori
oleh Jean Piaget dan Lev Vygotsky. Teori-teori perkembangan kognitif tersebut
memainkan peranan penting dalam membantu guru untuk memahami cara kanak-kanak
berfikir dan memainkan peranan dalam memperkembang kognitif kanak-kanak.
Objektif tugasan saya pada kali ini adalah untuk merungkai tentang Teori Perkem-
bangan Kognitif Piaget serta implikasi teori tersebut terhadap pembelajaran dan perkemban-
gan kanak-kanak. Jean Piaget (1896-1980) merupakan seorang ahli biologi terlatih yang be-

1
rasal dari Switzerland. Dalam menghuraikan perkembangan kognitif manusia, beliau telah
menggunakan model biologi. Jean Piaget berpendapat bahawa minda boleh berkembang,
berubah dan boleh mengadaptasi masalah yang berlaku apabila berinteraksi dengan perseki-
taran. Semasa remaja, Jean Piaget sangat berminat dalam bidang epistemologi dan biologi
iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak menyelidik tentang perkemban-
gan dan perolehan pengetahuan manusia. Kajian Piaget berfokus kepada pemerhatian kanak-
kanak di dalam persekitaran semula jadi mereka. Jean Piaget telah mengkaji perkembangan
tiga orang anaknya. Daripada kajian tersebut, Piaget telah menghasilkan empat konsep yang
penting iaitu Skema (Schema), Penyerapan (Assimilation), Pengubahsuaian (Accomodation)
dan Keseimbangan (Equilibrium).

2
2.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET
Jean Piaget adalah seorang ahli psikologi yang berbangsa Swiss dan sangat terkenal
dalam bidang pendidikan. Pada umur 25 tahun, Jean Piaget telah memulakan penyelidikan
nya terhadap perkembangan kanak-kanak selepas berjaya memperolehi Ijazah Doktor
Falsafah (biologi). Menurut Nani Menon dan Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah (2004)
mengatakan di dalam buku mereka yang bertajuk “Panduan Kognitif Kanak-Kanak
Prasekolah” melalui kajian dan pemerhatian Piaget, beliau mendapati bahawa perkembangan
kognitif manusia berlaku dalam peringkat turutan yang ketara. Piaget juga berpendapat
bahawa pemikiran kanak-kanak akan berkembang melalui beberapa peringkat. Peringkat
tersebut merupakan peringkat perkembangan kognitif bergerak sehala yang terdiri daripada
empat peringkat iaitu Peringkat Sensori Motor (0 - 2 Tahun), Peringkat Pra Operasi (2 -7
Tahun) , Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 Tahun) dan Peringkat Operasi Formal (12 –
Dewasa).

a) Peringkat Sensori Motor (0 - 2 Tahun)

Di peringkat ini bermula perkembangan kognitif kanak-kanak. Pemahaman bayi pada


dunia adalah berasaskan dengan pergerakan spontan tanpa mempelajarinya. Pada tahap ini,
bayi dipengaruhi oleh kebolehan deria mereka seperti kebolehan memerhati dengan
menggunakan mata, menyentuh dengan tangan dan mendengar dengan telinga. Piaget
berpendapat bahawa bentuk pemikiran bayi adalah berdasarkan aktiviti sensori dan motor.
Pengalaman-pengalaman yang dikesan melalui lima deria merupakan aktiviti sensori.
Manakala aktiviti motor merupakan hasil tindak balas fizikal terhadap objek iaitu
pengalaman semasa bermain. Piaget juga mengatakan bahawa pengekalan objek berlaku
apabila pemerolehan proses kognitif yang nyata pada peringkat sensori motor. Bayi sudah
mempunyai pengekalan objek pada peringkat akhir sensori motor iaitu pada umur bayi 10
bulan. Misalnya, jika seseorang menunjukkan mainan kepada seorang bayi dan
menyembunyikan di belakang, bayi tersebut akan berusaha untuk bergerak mencari mainan
tersebut.

b) Peringkat Pra Operasi (2 -7 Tahun)

Di peringkat ini perkembangan kognitif kanak-kanak bermula apabila mereka


menggunakan skima berasaskan penggunaan bahasa dan bentuk-bentuk perwakilan simbol
yang lain serta mampu menyelesaikannya. Namun, Piaget berpendapat bahawa pemahaman

3
kanak-kanak pada ketika ini di tahap yang lemah dan tidak dapat menguasai konsep
kekekalan yang melibatkan nombor, isipadu dan jisim. Walaupun bentuk jasad itu berubah,
namun kuantiti sesuatu jasad itu masih kekal sama. Hal ini adalah kerana pemikiran mereka
dipengaruhi oleh apa yang mereka buat. Menurut Rohati Abdullah (2003) beliau mengatakan
peringkat intelektual pada peringkat ini lebih bersifat simbolik. Pada peringkat ini
kecenderungan mereka untuk berfikir dan berkomunikasi lebih kepada menggunakan
perkataan atau simbolik objek atau peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Contohnya
kanak-kanak dapat menggunakan perkataan “mama” untuk menggambarkan ibunya
walaupun ibunya tiada. Menurut Piaget juga, di peringkat pra operasi kanak-kanak adalah
bersifat egosentrik. Mereka bercakap sendirian dan tajuk percakapan mengenai diri mereka
sendiri. Dari sudut pemikiran, mereka lebih bergantung kepada logik dan persepsi. Sebagai
contoh, mereka dapat merasakan bulan sentiasa mengikuti ketika mereka sedang berjalan.

c) Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 Tahun)

Di peringkat ini walaupun pemikiran kanak-kanak masih terhad tetapi mereka


semakin fleksibel, logikal dan tersusun. Walaubagaimanapun pemikiran kanak-kanak masih
terikat dengan situasi yang konkrit namun, mereka sudah boleh berfikir secara logik. Mereka
juga turut mula menguasai proses pengelasan iaitu mampu mengklasifikasikan sesuatu objek
dalam sesuatu kumpulan dan mampu menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati
proses songsangan. Namun, pada ketika ini kanak-kanak masih tidak mempunyai kebolehan
untuk berfikir secara abstrak dan tidak dapat menyelesaikan masalah yang sukar. Justeru itu,
adalah penting bagi sekolah rendah untuk membekalkan objek atau yang melibatkan
pengalaman langsung. Oleh yang demikian, mereka akan menggunakan cara pembelajaran
hafalan untuk menyelesaikan masalah dan bukannya secara penaakulan atau pemikiran logik.
Kanak-kanak mula memahami konsep pengekalan objek iaitu ruang, bilangan objek tidak
berubah walaupun diubah bentuk, susunan atau seperti aktiviti kekekalan yang dijalankan
oleh Piaget untuk mengukur pemikiran mereka.

d) Peringkat Operasi Formal (12 – Dewasa)

Di peringkat operasi formal, remaja sudah dapat berimaginasi tinggi dan berfikiran
jauh. Pendapat ini disokong oleh Fatimah Ibda (2015) yang mengatakan bahawa di peringkat
ini mereka berkemampuan untuk berfikir secara abstrak, saintifik dan logikal dengan
menggunakan prinsip tertentu untuk menyelesaikan semua masalah. Mereka juga membuat
andaian berdasarkan fakta dan sudah boleh melakukan proses mental. Remaja telah berfikir

4
secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh
berfikir secara induktif atau deduktif. Di peringkat ini remaja juga boleh menggunakan
simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu
konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.
Selain tu, apabila mereka mula tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri,
egosentrik mereka yang akan muncul. Disebabkan itu, mereka susah untuk menerima
pandangan orang lain.

5
3.0 IMPLIKASI TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET TERHADAP
PEMBELAJARAN

Teori yang diperkenalkan oleh Jean Piaget di dalam perkembangan kognitif telah
banyak memberikan implikasi terhadap pembelajaran. Salah satu aspek teori perkembangan
kognitif yang diaplikasi oleh guru dalam melaksanakan dan merancang proses pengajaran
dan pembelajaran ialah guru menggalakkan murid memahami konsep tertentu yang diajarkan
oleh guru untuk menyelesaikan masalah. Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh, 2012 men-
gatakan kaedah penyelesaian masalah memerlukan murid membuat aplikasi  menggunakan
kemahiran, prinsip atau teori yang telah dipelajari untuk membina konsep.  Teori perkemban-
gan kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1980) menyatakan bahawa guru seharus-
nya menyediakan peluang untuk murid-murid membuat penerokaan dan penemuan konsep
yang dipelajari dengan menggunakan daya pemikiran dan mengelakkan diri daripada berper-
anan sebagai penyampai maklumat. Oleh itu, kaedah penyelesaian masalah merupakan satu
proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusat kepada pelajar. Guru hanya berfungsi se-
bagai pemudah cara dengan menyediakan bahan-bahan untuk murid melalui penglibatan aktif
agar dapat berfikir secara logik tentang permasalahan yang dihadapi oleh murid tersebut.
Implikasi seterusnya adalah teori perkembangan kognitif Piaget tersebut telah diap-
likasikan oleh guru dalam memilih bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap
perkembangan kognitif murid. Menurut Mok Soon Sang (2009) beliau menyatakan bahawa
bahan pengajaran harus sesuai dengan keupayaan murid dalam menaakul dan memahami isi
pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru. Jeanne Ellis (2007) pula mengatakan proses
pengajaran dan pembelajaran sepatutnya bermula dengan bahan konkrit dan barulah kepada
abstrak. Berdasarkan pernyataan tersebut, guru menggunakan bahan bantu mengajar konkrit
untuk mengajar murid-murid pada peringkat operasi konkrit. Menurut Wong Kiet Wah et al
(2013) pula, murid-murid pada peringkat operasi konkrit masih belum bersedia menyele-
saikan masalah-masalah secara abstrak atau pembelajaran yang dilaksanakan dalam bentuk
hipotesis. Kebanyakan guru di sekolah rendah menggunaan bahan bantu mengajar konkrit un-
tuk meningkatkan kefahaman murid terhadap topik pelajaran yang diajarkan oleh guru. Oleh

6
yang demikian, guru mengamalkan beberapa contoh dan perbandingan untuk memudahkan
pemahaman murid-murid pada peringkat operasi konkrit terhadap sesuatu mata pelajaran.
Selain itu, implikasi teori perkembangan kognitif terhadap pembelajaran yang
seterusnya ialah teori tersebut berkesan di dalam proses pembelajaran murid-murid dengan
merangsang ingatan kanak-kanak semula. Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada
menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh itu,
pembelajaran kognitif mampu merangsang ingatan kanak-kanak semula. Misalnya, ketika
kanak-kanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang
memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada seperti kemahiran 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan yang ada ketika kanak-kanak di
prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan lagi pemahaman dan proses
penerimaan bagi kanak-kanak tersebut.

7
4.0 KESIMPULAN

Di dalam teori perkembangan kognitif Jean Piaget, beliau memandang perkembangan


kognitif sebagai suatu proses di mana anak secara aktif membangun sistem makna dan
pemahaman realiti melalui pengalaman-pengalaman dan interaksi-interaksi mereka. Menurut
Asmawati Desa, 2004 mengatakan teori-teori kognitif cuba menerangkan tentang
peningkatan intelek dari segi kualiti dan kuantiti yang berlaku semasa perkembangan. Teori
ini turut menjelaskan perkembangan proses kognitif mengikut tahap umur manusia secara ter-
perinci. Setiap perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor penting yang mempen-
garuhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak. Dalam Teori Perkembangan
Kognitif Kanak-kanak yang telah dibincangkan, Piaget menekankan pengubahsuaian
diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan kognitif individu.
Beliau turut berpendapat di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembela-
jaran sebenarnya telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada proses in-
teraksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat dalam alam sekitar.
   Secara konklusinya, teori perkembangan kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget
(1896-1934) memainkan peranan sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran
murid-murid di dalam bilik darjah. Teori ini turut dipersetujui oleh Ismail, 1999 juga men-
gatakan proses pengajaran dan pembelajaran dipengaruhi oleh teori perkembangan kognitif.
Teori tersebut menekankan proses kognitif untuk menghasilkan perubahan tingkah laku
dalam pembelajaran. Teori perkembangan kognitif tersebut juga menekankan faktor pengala-
man sedia ada untuk memikirkan masalah yang dihadapi. Teori perkembangan kognitif terse-
but menegaskan bahawa pengalaman sedia ada murid akan membantu mereka dalam menye-
lesaikan masalah serta dapat memberikan impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah.
Pengaplikasian teori perkembangan kognitif adalah penting dalam memastikan murid
dapat mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan oleh guru agar mereka dapat
meningkatkan daya kognitif mereka. Perancangan dan pelaksanaan proses pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan teori perkembangan kognitif tersebut juga dapat membantu guru
untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut dilaksanakan dengan lebih
efektif. Teori perkembangan kognitif tersebut adalah penting untuk diaplikasikan oleh guru
ketika melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk

8
meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep yang diajarkan oleh guru.  Guru mengap-
likasikan teori perkembangan kognitif tersebut dalam konteks merancang dan melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan perkembangan kognitif murid
berkembang secara sistematik.

9
BAHAGIAN 2

1.0 PENGENALAN

Persekitaran pertumbuhan kanak-kanak dalam bermain memainkan peranan yang san-


gat penting untuk perkembangan mereka. Dalam persekitaran ini, minat, kejayaan, masalah
dan prihatin muncul dan berkembang. Menurut Jackman (2005) persekitaran merangkumi se-
mua pengaruh yang membuat impak dan mempunyai kesan kepada kanak-kanak semasa awal
dan pembentukan umur mereka. Kajian telah mendokumenkan kesan persekitaran kepada
kanak-kanak (Bronfrenbrenner, 1994:Harms & Clifford,1993; Burchinal et al.2000).
Persekitaran untuk kanak-kanak termasuk semua syarat yang memberi kesan kepada
persekitaran dan juga orang di situ. Kualiti fizikal dan kemanusiaan ini bersama mewujudkan
ruang untuk kanak-kanak dan orang dewasa bekerja dan bermain. Persekitaran yang baik
ialah kunci kepada profesionalisme kanak-kanak. Dalam beberapa tahun awal usia kanak-
kanak, kehidupan mereka sangat penting dan itu menjadi asas untuk masa depan. Oleh itu,
perancangan yang teliti dari segi persekitaran dan program yang termasuk bermain serta pel-
bagai peluang pembelajaran adalah sangat penting pada awal usia.
Objektif tugasan kedua saya adalah untuk membincangkan mengenai persekitaran
pusat asuhan kanak-kanak yang dapat mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak. Dalam kon-
teks persekolahan, persekitaran lebih tertumpu kepada persekitaran pembelajaran yang meli-
batkan persekitaran fizikal. Menurut Izul Natrah, 2013 mengatakan bahawa bilik darjah pula
secara amnya boleh diklasifikasikan sebagai tempat atau ruang yang perlu ada di sebuah
sekolah untuk berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran serta merupakan tempat
medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru. Menurut Nur Jannah (2015) pula, bilik dar-
jah adalah infrastruktur yang penting dan perlu dijaga agar ia mampu memberikan impak
yang positif kepada murid-murid terutama kanak-kanak seperti melancarkan proses pembela-
jaran dan pengajaran.

10
2.0 PERBINCANGAN MENGENAI TETAPAN, PERALATAN DAN SUSUN
ATUR DI PUSAT ASUHAN KANAK

Di dalam link video yang telah saya tonton, saya telah melihat video Bilik Pameran
ETC Montessori yang sangat lengkap dengan alat bahan bantu mengajar. Di Malaysia, tadika
yang mengaplikasikan Pendidikan ini berbeza dengan tadika biasa. Hal ini kerana, dari segi
pelajaran mereka lebih fleksibel dan anjal kerana lebih memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk meneroka dengan sepenuhnya tanpa bergantung kepada jadual waktu dan peraturan
tadika. Kaedah dalam pendidikan Montessori ini lebih mendedahkan kanak-kanak kepada
persekitaran yang menyeronokkan dengan bantuan alat-alat autentik dan semulajadi.
Pendekatan kaedah pembelajaran mereka lebih kepada konsep kemahiran hidup. Di sini saya
akan menyentuh kepada 3 faktor yang terdapat di dalam pusat asuhan kanak-kanak tersebut
iaitu faktor tetapan, peralatan dan susun atur di pusat asuhan kanak-kanak tersebut.

a) Tetapan
Daripada pemerhatian saya melalui video di dalam Bilik Pameran ETC Montessori,
ruang pembelajaran di kawasan tersebut telah dibahagikan kepada beberapa sudut-sudut yang
mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri. Diantara sudut-sudut tersebut adalah sudut
matematik, sudut bahasa, sudut sains, sudut kreatif, sudut bacaan, sudut rumah dan sudut
komputer. Metodologi Maria Montessori menyokong penggunaan sudut di dalam kelas. Mat-
lamat ruang ini adalah untuk mewujudkan suasana yang merangsang di mana kanak-kanak
dapat mengambangkan kemahiran motor dan kemampuan psikologi mereka. Sebagai contoh
adalah sudut bahasa. Ruang ini penuh dengan tikar dan kusyen, ini akan memupuk ucapan
pelajar. Kawasan ini penting untuk diletakkan rak buku yang boleh dipilih sendiri oleh kanak-
kanak dalam memilih bahan bacaan. Sudut kreatif juga terdapat di dalam kelas tersebut di-
mana kawasan warna, suara, sentuhan dan koordinasi. Ruang ini dapat dihiasi dengan alat
muzik, kad warna, bahan dengan tekstur yang berbeza dan mainan yang berbeza. Semua
rangsangan ini meningkatkan perhatian dan kepekaan terhadap pembelajaran di sesuatu bilik
kelas tersebut. Secara kesimpulannya, tetapan susunan setiap sudut di dalam kelas tersebut
sangat bersesuaian dengan keluasan kelas tersebut.

11
b) Peralatan

Perabot/Rak
Daripada pemerhatian saya, pemilihan warna perabot di dalam kelas tersebut menggu-
nakan warna yang semulajadi seperti warna-warna kayu dan putih. Palet warna yang dipilih
tenang dan tidak menganggu perhatian kanak-kanak dari aktiviti tersebut. Apabila dilihat
kembali di setiap sudut perabot-perabot yang dipilih sangat berkonsepkan alam semulajadi.
permaidani anyaman dan bakul anyaman yang diperbuat dari bahan semulajadi turut digu-
nakan di dalam kelas tersebut. Ini sebenarnya memainkan elemen yang penting di dalam
persekitaran kelas kanak-kanak. Semua perabot dan peralatan persekitaran dipilih dengan ke-
sesuaian umur, ketinggian dan perkadaran bayi. Kanak-kanak mesti menghadapai keperluan
untuk menyusun semula perabot. Implikasi sebegitu mengikut Montessori akan membina
kemahiran motor dengan sempurna. Selain itu juga, rak yang digunakan di dalam kelas
Moentessori ini juga bersifat terbuka tanpa adanya pintu iaitu mesra kanak-kanak.

Bahan
Melalui pemerhatian saya juga, bahan-bahan yang digunakan di dalam bilik kelas
tersebut kebanyakan berasaskan kayu dan plastik. Daripada alat-alat bantu megajar yang dili-
hat disusun di rak-rak tersebut, ini akan memudahkan untuk mengaplikasikan Pendidikan
sensori kerana akan banyak menggunakan set bahan bagi membuat aktiviti seriasi, klasifikasi
dan pemuliharaan melalui pelbagai media. Menurut Mc Nicholas (1992) menyebut bahawa
bahan ini dibahagikan mengikut tahap kesusahan dengan objektif utama adalah mengawalnya
jika berlaku kesalahan. Bahan sensori ini dibina daripada bahan-bahan semulajadi seperti
kayu yang telah divarnish termasuk set silindir, yang pelbagai dimensi dan ketinggian,
menara kiub, tangga yang lebar, rod yang panjang, tablet yang berwarna warni, kiub trinomi-
nal dan bentuk segi tiga yang konstruktif. Namun begitu, bahan-bahan seperti bahan-bahan
kaca juga digunakan di dalam kelas namun di dalam kadar yang minimum. Montessori ini
bertujuan untuk mengajar kanak-kanak untuk lebih berhati-hati dengan peralatan yang mem-
punyai material kaca seperti itu.

12
c) Susun Atur

Apabila saya menonton video tersebut, saya mendapati susun atur dari permulaan pintu
masuk sangat sistematik kerana setiap sudut kelas telah disusun atur dengan objektif yang
tersendiri mengikut keluasan persekitaran kelas tersebut. Sebagai contoh rak-rak kayu dis-
usun mengikut ruang yang telah dikhaskan mengikut kategori sudut tersebut. Pemilihan meja
dan kerusi yang mengikut saiz kanak-kanak juga sangat bersesuaian dan disusun di tengah-
tengah rak dan sekeliling bahan pengajaran. Namun, bagi pendapat saya, saya akan men-
jarakkan setiap sudut susun atur sudut-sudut tersebut agar tidak terlalu rapat agar menam-
pakkan lagi penjarakan setiap sudut di dalam kelas tersebut supaya tidak telalu kelihatan pa-
dat dan sempit. Ini akan menambahkan lagi keselesaan pelajar untuk bergerak dari satu sudut
ke sudut yang lain.

13
3.0 PERBINCANGAN MENGENAI PERSEKITARAN DALAMAN DAN
LUARAN PUSAT ASUHAN KANAK-KANAK YANG BOLEH MEMPENGARUHI
PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Menjaga kanak-kanak merangkumi mewujudkan persekitaran yang baik untuk mereka


membesar dan berkembang. Ini bermaksud persekitaran yang selamat dan bersih yang mem-
punyai peralatan dan aktiviti yang sesuai serta menepati keperluan kanak-kanak. Ciri-ciri ke-
selamatan dititikberatkan pada semua usia dalam suasana yang selesa dan aman. Faktor yang
mempengaruhi pembelajaran kanak-kanak boleh dikategorikan kepada persekitaran luaran
dan persekitaran dalaman.

Faktor Persekitaran Dalaman

a) Ruang Yang Menarik

Mengenal pasti ruang yang menarik untuk ditambah dalam kemudahan dan jenis ru-
ang yang diperlukan. Lukis pelan lantai yang asas dan kenal pasti posisi bagi ruang yang
menarik itu. Semasa menyediakan persekitaran untuk bayi dan kanak-kanak bertatih, ruang
yang sesuai perlu disediakan untuk menukar lampin dan tidur serta ruang untuk permaidani
bagi merangkak dan bermain di atasnya. Beberapa contoh ruang yang menarik adalah seperti
seni lukis, blok, tempat melakonkan drama atau sudut permainan pondok, perpustakaan atau
pusat literasi, permainan manipulatif atau meja permainan, penerokaan sains, pasir dan air,
muzik dan pergerakan serta komputer.

b) Bilik Mandi

Bilik mandi perlu diletakkan bersebelahan ruang bermain dan tidur supaya senang un-
tuk kanak-kanak gunakan. Sebaik-baiknya disediakan mangkuk tandas dan singki bersaiz
kanak-kanak. Walaubagaimanapun, jika ia tidak dapat dilakukan, pastikan terdapat tangga
atau platform supaya kanak-kanak dapat menggunakan kemudahan ini. Kebanyakan perseki-
taran awal kanak-kanak menyediakan bilik mandi tanpa pintu supaya guru boleh memantau
atau memberi pertolongan jika diperlukan. Bilik air dan tandas mesti cukup pencahayaan,
pengudaraan, menarik dan besar untuk ramai kanak-kanak pada satu masa. Lebih baik lagi
jika dapat disediakan kipas ekzos (exhaust fan), manakala tisu tandas perlu sentiasa ada dan

14
diletakkan di tempat yang senang dicapai oleh kanak-kanak dan berdekatan dengan bakul
sampah.

c) Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas boleh mendapat faedah daripada program perkem-


bangan yang disediakan di bilik darjah biasa. Penyertaan masyarakat secara sambilan dapat
memberi faedah kepada kanak-kanak ini walauapun ibu bapa yang bekerja memerlukan pen-
jagaan sepenuh hari. Program yang berkualiti boleh meyediakan aktiviti yang memenuhi
keperluan kanak-kanak ini untuk perkembangan yang optimum. Malahan, ibu bapa akan
mencari pertolongan dan sokongan untuk tugas yang susah bagi menjaga anak mereka. Apa-
bila persetujuan telah dibuat untuk menerima bayi atau kanak-kanak bertatih ini, pengarah
perlu mencari sumber daripada masyarakat dan pakar perunding sebelum membuat perancan-
gan persekitaran atau program. Keperluan asas semua kanak-kanak untuk tahun pertama dan
kedua mereka, terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas adalah penting aagar mereka da-
pat mengawal diri mereka sendiri dan persekitaran.

d) Bahan dan peralatan

Pemilihan bahan berasaskan beberapa ciri. Bahan yang terpilih perlu sesuai untuk
bermain dan digunakan oleh kanak-kanak. Ia perlu mengikut peringkat umur dan dapat
memenuhi perkembangan kemahiran kanak-kanak secara meluas kerana kanak-kanak dalam
peringkat umur yang sama berkembang dalam kadar yang berlainan. Memilih peralatan dan
permainan yang betul untuk menyokong perkembangan adalah penting kerana kanak-kanak
kecil biasanya ingin mencuba untuk bermain dengan semua benda yang berada dalam persek-
itaran mereka. Permainan dan bahan perlu mencerminkan kepelbagaian asal usul keluarga
dan masyarakat bagi kanak-kanak itu. Dari perspektif perkembangan, bahan perlu menarik
bagi individu dan pelbagai minat kanak-kanak serta mempamerkan budaya dan kekuatan bu-
daya mereka. Bahan dan budaya artifak membantu kanak-kanak berasa bahawa persekitaran
mereka adalah biasa dan selesa.

15
Faktor Persekitaran Luaran

Ruang luaran yang dirancang dengan baik dapat memberikan banyak kemungkinan
dan faedah. Kanak-kanak secara semulajadi tertarik untuk bermain di luar kerana mereka
boleh bermain dengan puas, bersuara lantang, melepaskan tenaga yang berlebihan dan terlibat
dalam projek yang besar dan kotor. Menurut Greenman, 1991 mengatakan persekitaran lu-
aran akan membolehkan kanak-kanak melihat alam semula jadi yang boleh didapati dalam
ruang yang terbuka, hidupan liar dan perbezaan keadaan alam seperti bukit, lubang, sungai,
dan lopak berlumpur. Di sini mereka boleh berlari dan melompat, menguji dan menguatkan
kemahiran fizikal mereka dan terlibat dengan kegiatan sosial, kognitif dan kreatif.

16
4.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara yang perlu


diberi perhatian. Pendidikan awal iaitu peringkat awal kanak-kanak merupakan persediaan
kanak-kanak sebelum melangkah ke Pendidikan formal iaitu peringkat sekolah rendah dan
menengah. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengajaran dan pembelajaran yang
bermakna agar mereka dapat membina kekuatan, keyakinan dan hidup bersosialasi.

Melalui Model Kurikulum Montessori, kami dapati banyak faedah yang diperolehi
oleh kanak-kanak iaitu dalam membantu perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan emosi
mereka. Aktiviti-aktiviti yang direka khas untuk kanak-kanak di dalam kelas dapat membantu
mereka memperkembangkan diri, menyusun, meluas dan menghalusi persepsi deria dari segi
penglihatan, pendengaran bau dan rasa. Model Montessori juga mewujudkan suasana
pembelajaran yang lebih teratur dan lebih menyeronokkan serta dapat melatih kanak-kanak
agar lebih berdikari, bertanggungjawab dan fokus dalam melakukan setiap tugasan mereka.

Oleh itu, dalam memastikan perkembangan kanak-kanak mencapai tahap optimum


melalui Model Kurikulum Montessori, guru-guru berperanan penting dalam memastikan
kanak-kanak berada dalam keadaan lebih bersedia dan sentiasa memerhati tingkah laku
mereka ketika menjalankan sesuatu aktiviti bagi menilai kebolehan mereka. Suasana persek-
itaran dan kemudahan pembelajaran yang disediakan yang berkesan dan efektif dapat
melahirkan kanak-kanak yang lebih positif dan berkeyakinan tinggi. Secara keseluruhannya,
Pendidikan Montessori sangat efektif dalam membentuk Pendidikan awal kanak-kanak yang
lebih berkualiti.

(3622 Patah Perkataan)

17
5.0 RUJUKAN

Raugbir Kaur Joginder Singh (2013) Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi

Mak Soon Sang (2008), Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran Selangor,
Arah Pendidikan

Open University Malaysia, Edisi Pertama Ogos 2016, Pengenalan Kepada Pendidikan Awal
Kanak-Kanak, Dr Mastura Badzis, Prof Madya Hazidi Abdul Hamid dan Mahani Abdul
Malik

Aizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk Identity Remaja, Pahang Professional
Publisihing.

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007), Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, Selangor: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Wong, K.W, Khairuddin Mohamad, Maridah Hj. Alias, Rashinat Abd Rashid dan Azlina Ah-
mad (2013), Perkembangan Kanak-Kanak, Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Barnes, P. (1995).Personal, social and emotional development of children. USA: ThreeCambridge


Center.

Cowie, H & Peter, K.H. (1991). Understanding children’s development. USA: Three Cambridge Cen-


ter.

Lew Moi Mooi, Norliza Jaafar & Norulazilah Md. Nordin. (2015).Perkembangan kanak-kanak.Selangor,
Malaysia: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.

Noresah Baharom et al. (Ed). (2013). Kamus Dewan (edisi ke-4). Kuala Lumpur: DewanBahasa dan
Pustaka.

18

You might also like