You are on page 1of 14

1.

PENGENALAN Penguasaan matematik awal oleh murid prasekolah adalah amat penting kerana ia

merupakan asas untuk membantu murid memahami konsep matematik yang lebih tinggi. Pembelajaran matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid untuk mempelajari matematik. Ini adalah selaras dengan konsep pendidikan prasekolah iaitu satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun sebagai persediaan ke pendidikan formal. Ia juga bermatlamat bagi menyuburkan potensi kanak-kanak tersebut dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan ke sekolah rendah. Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering).Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. Oleh itu dalam memperkenalkan matematik awal kepada kanak-kanak, konsep pra nombor perlulah dipelajari terlebih dahulu sebelum mereka boleh menggunakan konsep nombor keseluruhannya dengan betul. Konsep ini adalah amat penting untuk membolehkan kanak-kanak memperoleh sebahagian gambaran yang jelas dan berkesan tentang nombor keseluruhannya. Apa yang penting dalam memperkenalkan pra nombor kepada kanak-kanak ini adalah kerana ia akan mencungkil kebolehan mereka dalam mengelaskan objek atau benda mengikut warna, bentuk dan saiz. Pra nombor juga akan membolehkan kanak-kanak mengenal kuantiti

Awanis Muhammad 730626035364001

melalui perbandingan sama ada banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang sesuatu benda itu. 2.0 PERANAN TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Dalam memperkenalkan konsep pra nombor ini kepada kanak-kanak, teori pembelajaran kognitif adalah satu teori yang amat tepat untuk diguna pakai. Teori Pembelajaran Kognitif adalah ditumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Tokoh pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif yang juga dikenali sebagai teori Gestalt adalah bertumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Mengikut teori Gestalt yang bermaksud bentuk, pola atau tatarajah, manusia mempunyai struktur kognitif dan dalam proses pembelajaran, otaknya akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya. Bagi tokoh-tokoh ini, pembelajaran bukanlah satu percubaan secara membabi buta tetapi mempunyai motif atau objektif tertentu. Ia bukan sahaja perhubungan stimuli-tindak balas tetapi juga kefahaman terhadap keadaan dan perkara pokoknya, demi melakukan proses pembelajaran. Dengan perkataan lain, sekiranya dia tidak dapat mengenalpasti perhubungan perkara dan ertinya yang dipelajari, walaupun melalui latihan berkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku. Oleh itu, penguasaan asas kemahiran kognitif ini adalah penting untuk memahami sesuatu konsep dalam semua komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan terutama dalam bahasa, agama dan moral serta kreativiti dan estetika. Kemahiran kognitif ini terdiri daripada pengelasan, konsep ruang, konsep nombor, proses sains dan penyelesaian masalah. Pengelasan adalah merupakan kemahiran paling asas untuk perkembangan kognitif, iaitu kemampuan untuk mengenal pasti sesuatu ciri-ciri objek dan mengumpulkan objek tersebut mengikut ciri yang dikenal pasti. Ini diikuti dengan kemampuan murid untuk menyusun sesuatu objek mengikut dimensi dan urutan. Ini kerana menurut Kamarudin Hj. Husin (1993), terdapat beberapa ciri-ciri penting yang dapat dikutip daripada setiap mazhab untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah terutamanya dalam memperkenalkan pra nombor ini, antaranya ialah : 1) Pembelajaran merupakan satu proses mental

Awanis Muhammad 730626035364001

Melalui prinsip ini, pembelajaran adalah dianggap sebagai satu proses pemikiran. Dalam proses pembelajaran, kanak-kanak sering berfikir, menyelesaikan masalah dan menggunakan akal fikiran mereka melalui kaedah peninjauan secara terperinci. Prinsip ini menekankan kepentingan berfikir. Dalam hal ini, pembelajaran di bilik bilik darjah harus dipergiat untuk membolehkan kanak-kanak berfikir dengan sempurna. Mereka harus disogokkan dengan pengalaman atau keadaan-keadaan tertentu untuk menghasilkan gerak balas tertentu juga. Mereka perlu diberi berfikir, menganalisis serta menilai data-data atau rangsangan-rangsangan yang diperoleh daripada dunia luar sebelum mereka mampu berinteraksi terhadapnya. Prinsip ini member perhatian berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi, ingatan, sensasi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental. Ini amat tepat dalam memperkenalkan pra nombor kepada kanak menerusi sub t 2) Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat. Prinsip ini menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat. Peringkat yang lebih awal adalah lebih mustahak dan utama. Peringkat awal ini menjadi asas kepada perkembangan kognitif yang selanjutnya. Dalam hal pembelajaran, guru harus menyedari hakikat bahawa perkembangan diri kanak-kanak sebenarnya tidak serupa. Oleh yang demikian, kanak-kanak harus dilayan mengikut keperluan psikologi mereka yang sebenar. Semua perancangan yang melibatkan aktiviti, kandungan, pemilihan bahan, strategi pengajaran dan sebagainya harus sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak ketika itu. Guru harus memikirkan tentang tahap kemampuan berfikir, pembinaan konsep-konsep, keperluan mewujudkan suasana konkrit daya ingatan dan sebagainya yang sebenarnya sentiasa terlibat dalam proses pembelajaran. Menurut prinsip ini, mengajarkan seseorang kanak-kanak tentang sesuatu yang belum sampai masanya akan memakan masa yang panjang daripada mengajar seseoarang kanak-kanak tentang sesuatu yang bersesuain dengan kemampuannnya. Ini bermaksud bahawa faktor kemampuan dan kematangan dalam pembelajaran adalah penting. Biasanya kanak-kanak tersebut mempunyai motivasi yang lebih tinggi untuk belajar. Pembelajaran harus berasakan minat, umur, kecenderungan, keupayaan mental, emosi dan sosial murid. Kandungan perlu diperingkat-peringkatkan, disusunatur dan 3

Awanis Muhammad 730626035364001

disampaikan mengikut keperluan. Keadaan ini perlu mengambil kira prinsip-prinsip pembelajaran yang lain melibatkan pergerakan daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks, daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman, daripada yang dekat kepada yang jauh, daripada yang konkrit kepada yang abstark dan sebagainya. 3) Pembelajaran adalah satu keseluruhan. Hal ini sebenarnya, melibatkan persepsi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian yang menjadikannya. Ini kerana daripada keseluruhan, kita dapat melihat makna sebenar dan pertalian atau hubungan antara bahagian-bahagiannya. Prinsip ini cuba mengetengahkan proses pengamatan dan pembinaan konsep yang bererti yang hanya dapat dilakukan melalui keseluruhan yang bermakna. Menurut prinsip ini, keseluruhan adalah penting untuk mendapatkan makna atau fungsi yang tepat. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, seandainya kita hanya berpeluang melihat bahagianbahagiannya, dan tidak keseluruhannya maka kita tidak dapat menghasilkan satu makna yang menyeluruh. Ini akan menyebabkan pembelajaran dianggap tidak bererti dan tidak sempurna. Dalam hal ini, hukum-hukum pembelajaran yang disarankan oleh mazhab kognitif seperti Hukum Kedekatan, Hukum Keserupaan, Hukum Kesinambungan dan Hukum Tutupan adalah mustahak diberi perhatian untuk membolehkan murid-murid membina konsep-konsep secara berkesan dan menjalani pembelajaran yang lebih bermakna. 4) Pembelajaran adalah proses cuba jaya. Dalam kehidupan kita, sering kali kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Dalam hal ini, kita cuba menyelesaikannya melalui pelbagai cara yang kita fikirkan terbaik. Biasanya, tiada masalah yang dapat diselesaikan tanpa percubaan-percubaan mengatasinya terlebih dahulu. Dalam hal pembelajaran, proses ini kerap berlaku dan diamalkan di bilik-bilik darjah, malah ia merupakan cara yang paling digemari oleh murid-murid. Melaluinya, murid-murid berpeluang mengetengahkan pendapat dan menggunakan idea sendiri untuk mengatasi sebarang masalah. Dalam kesukaran menyelesaikan masalah itu, tiba-tiba celik akal akan terhasil. Pengalamanpengalaman itulah yang merupakan pembelajaran bagi mereka. 4

Awanis Muhammad 730626035364001

5) Pembelajaran adalah juga satu penyiasatan. Pembelajaran mengikut pendapat mazhab ini bukan sahaja melibatkan proses cuba jaya tetapi juga pada peringkat yang lebih tinggi melibatkan kajian-kajian, penyiasatan dan penerokaan. Dalam hal ini murid-murid biasanya meneliti, memerhati, menganalisis, membuat perbandingan, mengesan dan sebagainya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai cara boleh digunakan untuk membolehkan penyiasatan dilakukan. Guru boleh menggunakan teknik penemuan, inkuiri, teknik menyelesaikan masalah, teknik lawatan dan sebagainya. Murid-murid boleh juga mengadakan sesi-sesi perbincangan, membentangkan laporan dan lainlain yang difikirkan perlu. Situasi ini member mereka peluang bertukar-tukar pandangan, mengetangahkan penemuan, menilai kerja-kerja sendiri dan sebagainya. 6) Pembelajaran mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar. Menurut prinsip ini, semua pembelajaran harus mengambil kira pengalaman dan pengetahuan sedia ada dan kesediaan belajar murid-murid. Biasanya, pembelajaran yang bertitik tolak daripada kedua-dua elemen ini memudahkan guru-guru merancang, iaitu menyediakan bahan dan milih strategi pengajaran yang sesuai. Di samping itu, murid-murid juga berpeluang mengikuti pembelajaran yang lebih bermakna yang telah disediakan mengikut tahap kemampuan intektual dan pengalaman mereka. 3.0 3.0.1 KONSEP PRA NOMBOR YANG DIKENAL PASTI Pra Nombor : Pengelasan Pengelasan adalah pengumpulan objek dalam kelas atau subkelas berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpulkan objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Ketika menjalani aktiviti ini seseorang kanak-kanak iut perlulah mempunyai kebolehan memerhati benda yang ada kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek boleh dilakukan berdasarkan: Satu ciri (contoh: warna atau bentuk atau saiz) Dua ciri (contoh: warna dan bentuk atau warna dan saiz) 5

Awanis Muhammad 730626035364001

Tiga ciri (contoh: warna, bentuk dan saiz) Negatif (contoh: objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu)

Kanak-kanak akan diperkenalkan dengan cara menyusun mengikut susunan mudah dan mengumpulkan mengikut bentuk, saiz, warna, corak, dan fungsi. Aktiviti yang boleh dijalankan adalah dengan mencampurkan semua barang-barang bersama. Kanak-kanak perlu mengasingkan barang-barang tersebut dalam kumpulan atau set yang berbeza. Aktiviti pengelasan adalah proses penting untuk membentuk konsep nombor. Proses pengelasan perlu melalui beberapa tahap; Memilih dan membanding, Mengumpul, Memilih semula, Mengasingkan kumpulan, dan Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep. Sokongan Teori Konsep pengelasan ini amat bertepatan dan bersesuaian dengan Teori Pembelajaran Kognitif Bruner. Ini kerana mengikut Bruner, seseorang murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang dipelajari. Oleh yang demikian, Bruner berpendapat kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Selain itu, pengajaran adalah berdasarkan rangsangan murid tersebut terhadap pengetahuan sedia ada mereka. Beliau turut mengatakan bahawa pembelajaran Matematik akan menjadi lebih mudah dengan penggunaan symbol untuk mewakili konsep-konsep yang berbentuk abstrak.

Awanis Muhammad 730626035364001

Cadangan Pengajaran dan Pembelajaran : Pengelasan Kandungan ( Pengelasan) Hasil Pembelajaran Mengelas objek mengikut satu ciri Mengumpulkan beberapa butang yang berwarna tetapi saiz dan bentuknya Warna berbeza ke dalam satu kumpulan dan Manik beberapa butang yang berlainan warna biji saga dan saiz ke dalam kumpulan yang lain. Aktiviti ini boleh diulangi dengan menggunakan objek yang lain Mengumpulkan beberapa bongkah yang bersaiz sama (20cm misalnya) tetapi berlainan Saiz warna ke dalam satu kumpulan, dan beberapa bongkah yang bersaiz lebih besar ( 40cm) ke dalam satu kumpulan yang lain. Buleh diulangi aktiviti ini menggunakan objek yang lain. Mengumpulkan beberapa bentuk yang sama tetapi berlainan warna dan saiznya ke dalam satu kumpulan dan Bentuk seterusnya mengumpul beberapa bentuk yang berlainan saiz tetapi mempunyai warna yang sama ke dalam satu kumpulan yang lain. Bongkah Manik Bongkah permainan bunga Cadangan Aktiviti Bahan/Alatan

Awanis Muhammad 730626035364001

Cadangan yang diberikan ini adalah untuk mengelaskan berdasarkan satu ciri iaitu mengelas mengikut warna, bentuk dan saiz . Guru-guru boleh meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan beberapa ciri yang lain iaitu : Dua Ciri dalam warna dan bentuk

Dua Ciri dalam saiz dan warna

Dua Ciri dalam bentuk dan saiz.

Tiga Ciri seperti dalam warna, bentuk dan saiz

Selain daripada mengelas mengikut objek seperti yang dinyatakan di atas, pengelasan juga boleh dilakukan menggunakan elemen-elemen yang lain seperti : Mengelas objek mengikut rasa Mengelas objek mengikut bau Mengelas objek mengikut kesamaan

Awanis Muhammad 730626035364001

3.0.2

Pra Nombor : Seriasi Menurut Charlesworth (1978), seriasi atau urutan bermakna menyusun set objek

mengikut arah atau susunan atau gambaran tertentu, contohnya daripada terkecil kepada terbesar. Ia melibatkan perbandingan dan lebih daripada dua objek atau set dan disusun daripada pertama hingga akhir. Ini bermakna kebolehan seriasi ini adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan. Pada umumnya, kebolehan seriasi ini belum dapat dilaksanakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun kerana mereka belum mempunyai kebolehan dalam aktiviti formal bagi mengenal perkaitan antara sama, lebih kurang, mula dan akhir. Namun, bagi kanak-kanak pra sekolah yang sudah konsep lebih, kurang, mula dan akhir, seriasi ini boleh dikuasai dengan mudah. Dalam pada itu juga, selain daripada dapat menguasai kebolehan seriasi ini, kanak-kanak juga dapat menguasai dan menambahkan lagi perbendaharaan kata mereka seperti pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Ini dapat dinyatakan seperti contoh di bawah :-

Pertama

Kedua

Ketiga

Terakhir

Sokongan Teori Penggunaan konsep seriasi ini sebenarnya amat bertepatan dengan Teori Pemprosesan Maklumat Gagne dalam Teori Pembelajaran Kognitif. Melalui teori ini, Gagne menyatakan bahawa proses pembelajaran adalah dikenali sebagai proses input-proses-output. Organisma menerima pelbagai jenis rangsangan daripada persekitarannya secara sedar dan tak sedar. Setiap individu menilai input dari persekitarannya, merekodkannya dan memindahkannya kepada tindak balas tertentu. Rangsangan diproses oleh sistem saraf untuk dikenali dan diletakkan dalam bahagian otak ingatan jangka pendek. Setelah dikodkan, maklumat yang penting dihantar kepada ingatan jangka panjang. Ingatan jangka panjang ialah bahagian otak di mana pengalaman tertentu disimpan untuk dikaitkan dengan pengalaman lama untuk memudahkan proses 9

Awanis Muhammad 730626035364001

pembelajaran. Jika kod adalah betul maka tindak balas juga adalah tepat dan begitu juga sebaliknya. Hasilnya kanak-kanak tersebut akan dapat menyusun sesuatu objek itu mengikut susunan yang betul sebagaimana yang dikehendaki (seperti gambar rajah di atas). Cadangan Aktiviti Pengajaran Seriasi Aktiviti 1 : Tema Pengajaran Tajuk Pengajaran Hasil Pembelajaran Aktiviti : Kenderaan : Besar ke kecil : Seriasi Menyusun objek mengikut seriasi : Guru mengedarkan keratan gambar beberapa jenis kenderaan

sebagaimana berikut dan meminta murid agar menyusun dari kenderaan yang paling besar kepada yang paling kecil.

10

Awanis Muhammad 730626035364001

Aktiviti 2 : Tema Pengajaran Tajuk Pengajaran Hasil Pembelajaran Aktiviti : Kelas Pra saya : Siapa tinggi, siapa rendah : Seriasi Meneka siapa lebih tinggi mengikut seriasi : Guru memanggil beberapa orang murid ke hadapan dan meminta di antara mereka menyusun rakan-rakannya mengikut tinggi ke rendah. Seterusnya guru mengemukakan soalan : Siapa yang paling tinggi ? Siapa yang paling rendah ? Siapa lebih tinggi daripada

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran menggunakan seriasi sedang dijalankan oleh Pn. Norai Salleh, guru Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 2, Kota Bharu, Kelantan. 11

Awanis Muhammad 730626035364001

4.0

KAJIAN LITERATUR Mengikut tokoh-tokoh ahli kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausubel, mereka

berpendapat bahawa pembelajaran adalah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran, dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka menumpukan kajian pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. Tokoh-tokoh kognitif ini menekankan proses kognitif yang juga dikenali sebagai teori Gestalt adalah bertumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Mengikut teori Gestalt yang bermaksud bentuk, pola atau tatarajah, manusia mempunyai struktur kognitif dan dalam proses pembelajaran, otaknya akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya. Ini bertepatan dengan kajian dan pemerhatian/penelitian yang dibuat pada kanak-kanak pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 2 yang kesemuanya berjumlah 25 orang. Sememangnya selepas penelitian dibuat, didapati ramai murid-murid pra sekolah ini menjalani pembelajaran dengan cara pemerhatian dan menggunakan pengalaman yang lampau sebagai rangsangan kepada pencapaian objektif pembelajaran. Namun begitu ada juga murid yang terpinga-pinga dengan aktiviti yang diberikan. Selepas sedikit temu bual diadakan dengan guru mereka iaitu Pn. Norai Salleh, didapati murid yang terpinga-pinga itu merupakan murid yang hanya duduk di rumah sahaja tanpa ada pendedahan pengalaman daripada keluarga. Antara kelebihan pada teori kognitif ini adalah ianya lebih menekankan kepada praktikal di mana seseorang murid itu mestilah mengalami sendiri pengalaman pembelajaran demi menjamin kualiti intelek mereka. Ini dapat dilihat semasa pemerhatian cara pengajaran yang dilakukan oleh Pn. Norai Salleh, di mana beliau akan memastikan setiap orang murid membuat kerja yang diberikan secara individu, dengan kata lain kerja itu mestilah dibuat sendiri. Oleh itu penglibatan murid adalah secara aktif. Namun begitu, oleh sebab kaedah teori ini lebih menekankan penglibatan murid secara individu dan aktif, didapati kaedah ini memakan masa yang agak lama dalam menyelesaikan

12

Awanis Muhammad 730626035364001

satu-satu tajuk pelajaran. Dengan itu, guru mestilah memilih dan membuat semakan secara menyeluruh terlebih dahulu sebelum menggunakan teori kognitif ini.

5.0

PENUTUP Pada dasarnya, kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk

memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanakkanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep. Sebagai fasilitator semasa proses pengajaran dan pembelajaran pula , mereka perlu menyusun maklumat yang ingin disampaikan supaya murid dapat mengaitkan konsep baru dengan pengetahuan yang sedia ada. Aktiviti dan alatan yang sesuai perlu dibekalkan kepada murid-murid mengikut tahap kebolehan mereka. Selain itu, guru perlu mengenalpasti muridmurid yang berada pada mod pembelajaran berbeza sama ada enaktif, ikonik atau simbolik. Ini adalah kerana pembelajaran kognitif ini adalah lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanakkanak tersebut berada di alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.

13

Awanis Muhammad 730626035364001

RUJUKAN Dr Shahizan Hasan, Ahmad Shahabudin Che Noh. (2006). Siri Prasekolah : Panduan Merancang Prasekolah. Percetakan Zafar Sdn.Bhd. Kuala Lumpur. Nani Menon, Prof.Madya Dr. Rohani Abdullah. (2006). Panduan Kognitif Kanak-kanak Prasekolah. Percetakan Zafar Sdn.Bhd. Kuala Lumpur. Laman Blogspot. (2011). http://wadiyahwawa.blogspot.com/2011/12/pra-nombor.html (akses 30 Jun 2012 12.30am) Pusat Perkembangan Kurikulum.(2007). Huraian Kurikulum Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Dawama Sdn. Bhd. Selangor Kebangsaan.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2008). Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Jld 1. Kementerian Pelajaran Malaysia. Shaw, J. & Blake, S. (1998). Mathematics for young chidren, New Jersey: Prentice Hall, Inc.

14

You might also like