You are on page 1of 7

HURAIKAN SECARA TERPERINCI BAGAIMANA BIDANG SENI KREATIF IAITU LUKISAN DAPAT MENYUMBANG KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN

KANAKKANAK SERTA MENINGKATKAN KESEDARAN TERHADAP KEPELBAGAIAN BUDAYA DI MALAYSIA

1.0

PENGENALAN

Kanak-kanak yang pintar cerdas kebanyakannya mempunyai potensi yang tinggi dalam perkembangan dan pertumbuhan jika dibandingkan dengan seseorang yang normal. Pintar cerdas seringkali dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai Intellectual Quotient (IQ) yang tinggi iaitu berada pada tahap IQ 130 dan ke atas. Kamus Dewan edisi keempat telah mengistilahkan pintar sebagai cekap, pandai, banyak akal, cerdik, licin serta mahir dalam membuat sesuatu pekerjaan. Cerdas pula membawa bermaksud sempurna akal, cerdik, pandai serta pintar. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, berbakat bermaksud mempunyai kebolehan semulajadi. Ini bermaksud kanak-kanak yang mempunyai bakat merupakan seseorang yang mempunyai kebolehan yang ada secara semulajadi. Maryland telah mendefinisikan pelajar seni kreatif dan berbakat sebagai pelajar pertengahan atau pelajar sekolah menengah yang telah dikenalpasti secara sah mempunyai bakat dalam bidang seperti kebolehan intelektual umum, bakat spesifik dalam akademik ataupun kreatif, seni visual dan seni tari (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke, 2006). Dalam Kamus Dewan edisi keempat , kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari. Sternberg dan Kaufman mendifinisikan pintar cerdas sebagai satu kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi, membentuk dan memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat. Individu yang pintar cerdas boleh mengenalpasti kelemahan dan kelebihan mereka sendiri malah mereka menentukan cara yang sesuai menggunakan kelebihan mereka serta meminimumkan kelemahan mereka.

Howard Gardner pula mendifinisikan kecerdasan sebagai satu cara memproses maklumat dan juga cara berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa kecerdasan merupakan hasil atau produk daripada interaksi antara genetik dan persekitaran yang perlu berada bersama bagi memberi hasil sebenar kepada kecerdasan. Beliau menakrif seseorang itu sebagai seorang yang pintar cerdas apabila mematuhi lapan kriteria khusus berikut: 1. Potensi pengasingan oleh kerosakan otak 2. Kewujudan golongan individu luar biasa 3. Operasi teras yang boleh dikenalpasti 4. Sejarah perkembangan yang khusus bersama dengan prestasi yang menggalakkan 5. Sejarah evolusi dan evolusi yang boleh diterima akal 6. Disokong dari kajian psikologi 7. Disokong oleh penemuan psikometrik 8. Kerentanan untuk mengekod sistem simbol. Beliau turut berpendapat bahawa kecerdasan seseorang itu tidak sama seperti cara berfikir yang cenderung untuk kekal konsisten dan tidak berkaitan dengan jenis maklumat yang akan diproses (Sousa D.A. , 2003). Jika mengikut pandangan kajian Jane Piirto (1999), ramai orang yang telah ditanya sebagai responden setuju bahawa terdapat tiga aspek berkaitan pintar cerdas. Aspek yang pertama ialah kebolehan menyelesaikan masalah yang praktikal yang mana mereka akan melihat masalah itu dari pelbagai sudut, memberi sebab-sebab yang logik dan dengan fikiran yang terbuka. Aspek yang kedua pula ialah kebolehan lisan (boleh menangani sesuatu topik perbualan dengan baik, membaca dengan kerap dan baik). Pintar cerdas juga boleh dilihat dari aspek sosial (memahami konsep sosial, mengakui kesalahan yang telah dilakukan, mempunyai minat yang umum kepada dunia). Walaubagaimanapun, di dalam penulisan Margaret Sutherland (2008) ada mengulas bahawa pelabelan seseorang kanak-kanak sebagai pintar cerdas sememangnya sesuatu yang baik. Walaupun begitu, menjadi kanak-kanak yang pintar cerdas yang memiliki kecerdasan bermaksud kanak-kanak itu perlu mahir dalam sesuatu perkara yang juga membawa maksud mereka itu sentiasa berkebolehan melakukan semua perkara yang dilakukannya.

Menurut Moira Thomson (2006) pula, di New Zealand mendefinisikan pintar cerdas dalam terma bersifat pembelajaran yang menunjukkan kebolehan yang luar biasa dalam mencapai prestasi yang menyerlah. Tiada definisi yang spesifik dan khusus yang dapat dinyatakan terhadap kecerdasan tetapi banyak buku panduan telah diterbitkan, dan kebanyakan sekolah membina definisi mereka sendiri berdasarkan kepada prinsip yang dinyatakan di kebanyakan buku yang diterbitkan. Kebanyakan guru juga bersetuju bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas adalah individu yang memerlukan perancangan aktiviti yang memerlukan tahap penguasaan pembelajaran yang tinggi dan diberi peluang yang luas dalam kokurikulum bagi mengembangkan lagi kebolehan mereka. Pemikiran kreatif kanak-kanak dalam aktiviti seni merupakan satu pemikiran yang berupaya untuk merangsang kanak-kanak menghasilkan idea baru serta menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang proses aktiviti seni secara kreatif. Proses ini akan membantu kanak-kanak berfikir, menghasilkan karya seni yang unik dan mencungkil bakat seni seseorang kanak-kanak. Empat ciri utama pemikiran kreatif meliputi (i) imaginatif, (ii) keberanian, (iii) perkembangan idea dan (iv) mereka cipta. Imaginatif meliputi imaginasi yang mencapah berdasarkan pengalaman dan kemahiran sintesis cantuman idea-idea sedia ada. Keberanian boleh diertikan sebagai seseorang yang sanggup menerima risiko dan kritikan serta bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat. Perkembangan idea meliputi perluasan idea dan mensintesis idea yang ada. Mereka cipta meliputi penghasilan idea baru dan reka cipta berdasarkan alternatif (Poh, 1996).

2.0

PENDIDIKAN

SENI

LUKIS

DALAM

MEMBENTUK

PERKEMBANGAN

DAN

PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Pendidikan seni lukisan di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan tidak kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahan diri dan seni fotografi. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman,

penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat subjek ini pada perspektif yang lebih luas sama ada dari aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, pelajar akan dapat membuat pemahaman mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa. Seni lukis jika diberi perhatian boleh memperkembangkan kebolehan kreativiti semulajadi kanak-kanak kerana proses penghasilan lukisan misalannya dapat menggabung jalinkan emosi, sosial dan nilai estetika. Secara ringkasnya, lukisan merupakan satu perlambangan grafik awal bagi kanak-kanak terhadap apa yang mereka perhatikan dalam kehidupan seharian. Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat, iaitu proses penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi. Manakala unsur seni lukis atau seni visual yang biasa diperhati dalam lukisan kanak-kanak (apabila guru menilai karya mereka) meliputi garisan, warna, bentuk, jisim atau isipadu, rekaan atau gubahan, corak, ruang, imbangan dan tekstur (Noor, 2012).

Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar (Zulkifli & Mohd 2010). Banyak kajian yang dijalankan bagi mengenal pasti kebolehan kanak-kanak. Aktiviti melukis dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan oleh saintis, pendidik dan ibu

bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. Aktiviti melukis merupakan aktiviti yang membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses melukis yang menjurus ke arah pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan meningkatkan daya persepsi mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran kepada kanakkanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik. 2.1 ASAS-ASAS SENI LUKIS

Melukis boleh ditakrifkan sebagai satu teknik menggambar dengan menggunakan media kering atau warna yang paling minimum. Anda boleh merancang aktiviti melukis dengan menggunakan media kasar, halus, lembut, keras dan tajam. Bahan media tulis tersebut meninggalkan kesankesan garisan di permukaan. Apabila kanak-kanak mula melukis, anda perlu perhatikan supaya kesan-kesan garisan yang dipengaruhi oleh pilihan bahan dan tekanan pada permukaan yang digunakan dapat menghasilkan gambaran yang hamper tepat dengan objek sebenar. Melalui latihan dan bimbingan, kanak-kanak pasti dapat melukis dengan baik.

2.1.1

Garisan

Garisan sebenarnya merupakan cantuman satu siri titik dan garisan boleh digunakan bagi menunjukkan arah, pergerakan atau bentuk. Menggunakan garisan juga, kanak-kanak boleh menulis abjad, perkataan, nombor, simbol dan sebagainya. Garisan boleh digunakan dalam pelbagai cara mengikut kreativiti masing-masing kerana garisan mempunyai dimensi tersendiri termasuk saiz (besar dan kecil), arah (kanan dan kiri), ukuran (panjang dan pendek), ketebalan, ketinggian dan berat. Pada sesi pembelajaran/hari pertama, beri setiap kanak-kanak sehelai kertas, minta mereka lukis sebuah rumah, sebuah kereta, sebatang pokok, sepasu bunga dan seekor burung i. Garisan merupakan cantuman satu siri titik

ii. iii. iv.

Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi. Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar Melalu garisan kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk.

Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti; 2.1.2 Teknik koyakan Teknik tampalan Teknik kolaj Teknik gosokan Teknik cetakan Teknik capan Warna

Warna terdiri daripada; a. Warna asas b. Warna sekunder c. Warna tertier Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning. Warna ini tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain tetapi boleh menghasilkan warna sekunder apabila ia dicampurkan antara satu sama lain. Apabila warna kuning dicampur biru, ia membentuk warna sekunder hijau. Merah dicampur dengan biru membentuk warna sekunder ungu dan apabila kuning dicampur dengan warna merah ia membentuk sekunder oren atau jingga. Warna asas dan warna sekunder apabila dicampurkan akan membentuk warna tertier. Secara mudahnya warna asas adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenai warna ini memudahkan pelajar untuk kerja-kerja mewarna kepada subjek yang dihasilkan. 2.1.3 Teknik pensel

Lukisan teknik pensel boleh dilaksanakan dengan menggunakan teknik gosokan dan teknik garisan selari. 2.1.4 Teknik pensel warna

Lukisan menggunakan teknik pensel warna boleh dilaksanakan menggunakan teknik garisan kontur dan teknik garisan menyilang tidak menentu. 2.1.5 Teknik oil pastel

Teknik oil pastel merupakan teknik campuran.

You might also like