You are on page 1of 4

1.

0 Pengenalan

Seni Dalam Pendidikan (SDP) merupakan salah satu learning tool yang
membolehkan pelajar menguasai pelbagai konsep dengan mudah walaupun pelajar
mempunyai kekuatan kecerdasan yang berbeza. Menurut Faridah Nazir et. al (2015),
SDP ditakrifkan sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni yang melibatkan tiga
komponen seni iaitu seni visual, seni muzik, dan seni pergerakan. Melalui tiga aspek ini,
ia dapat membantu untuk meningkatkan perkembangan insan dan minda murid secara
holistik. Terdapat tiga teori pembelajaran yang menyokong SDP iaitu Teori Kecerdasan
Pelbagai, Teori Konstruktivisme, dan Teori Hoka Hoki.

1.1 Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori kecerdasan pelbagai merupakan salah satu teori yang penting bagi proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan SDP. Teori Kecerdasan pelbagai
telah diperkenalkan oleh Howard Gardner. Menurut Zulkifli Yaakob dan Mohd Jamel
Ismail (2008), Teori ini mendasari dua prinsip asas. Prinsip yang pertama ialah manusia
mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan prinsip yang kedua pula ialah semua
manusia dapat mengembangkan kecerdasan mereka sehingga ke tahap yang
sempurna. Kecerdasan merupakan satu elemen yang tidak boleh diwarisi tetapi ia
dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, dan suasana
pembelajaran.

Menurut Suppiah Nachiappan et. al (2008), kecerdasan yang baik dapat diukur
melalui potensi seseorang memproses maklumat dan menyelesaikan masalah serta
dapat membentuk produk yang boleh dinilai oleh suatu budaya. Berdasarkan teori
kecerdasan pelbagai terdapat sembilan kecerdasan yang berbeza yang boleh
digunakan untuk memproses maklumat. Teori kecerdasan pelbagai yang pertama ialah
logikal matematik. Kecerdasan logikal matematik mendifinisikan murid yang mahir
memanipulasi nombor dan pengiraan. Kecerdasan ini jelas mempunyai kaitan dengan
logik, abstrak, penaakulan, dan nombor. Murid yang mempunyai kecerdasan logikal
matematik yang tinggi mampu menyelesaikan masalah matematik dengan cepat malah
mereka melakukan eksperimen terhadap perkara yang tidak diketahui kerana sukakan
kepada pembuktian.

Teori kecerdasan pelbagai yang kedua ialah visual dan ruang. Kecerdasan ini
merujuk kepada kebolehan murid untuk mencipta gambaran mental dan mengamati
dunia visual. Murid mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap warna, garis, bentuk
dan ruang serta melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Tambahan pula, murid
yang mempunyai kecerdasan visual dan ruang yang tinggi merupakan seorang yang

1
kreatif malah suka berimaginasi. Mereka mempunyai keupayaan berfikir secara tiga
dimensi dalam bentuk gambaran dan bayangan. Minat mereka lebih menjurus kepada
penghasilan peta minda, carta, dan lukisan.

Teori kecerdasan pelbagai yang ketiga ialah linguistik. Kecerdasan linguistik


merujuk kepada murid yang mampu memproses maklumat melalui pembacaan,
pertuturan, dan menulis. Mereka berkebolehan menggunakan bahasa secara lisan
ataupun menerusi tulisan. Murid yang mempunyai kecerdasan linguistik yang tinggi
dapat dikesan melalui kebolehan mencipta puisi dan mengarang cerita. Malah mereka
mempunyai minat yang mendalam terhadap kesusasteraan, falsafah, dan ilmu sosial.
Murid juga mempunyai ingatan yang kuat dan berkebolehan untuk mempelajari bahasa
asing dengan mudah.

Teori kecerdasan pelbagai yang keempat ialah kinestetik. Kecerdasan kinestetik


merupakan satu bentuk kecerdasan yang berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran
fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Seseorang individu
akan menggunakan anggota badan mereka untuk meluahkan idea dan perasaan.
Malah mereka juga lebih cenderung membuat tugasan secara hands-on kerana mereka
akan mengingati apa yang dilakukan oleh gerak tubuh badan mereka.

Teori kecerdasan pelbagai yang kelima ialah muzikal. Kecerdasan muzikal merujuk
kepada kemampuan seseorang dalam meluahkan perasaan melalui muzik. Ini kerena
kecerdasan muzik yang terdapat dalam diri seseorang membolehkan ia mengesan
muzik serta irama yang terdapat pada persekitarannya. Individu ini sangat sensitif
terhadap bunyi-bunyian yang wujud di persekitaran mereka. Individu yang cenderung
ke arah kecerdasan muzik yang tinggi mampu mengubah kata-kata menjadi lagu
kerana mereka berpotensi dalam menggubah rentak dan tempo sesuatu muzik.

Teori kecerdasan pelbagai yang keenam ialah interpersonal. Kecerdasan


interpersonal merupakan kemampuan seseorang individu untuk berinteraksi dengan
orang lain. Kecerdasan interpersonal yang tinggi dalam diri seseorang individu akan
membolehkan ia memahami perasaan, motivasi, tabiat, dan hasrat orang lain.
Tambahan pula, individu tersebut dapat berinteraksi dengan mudah dan suka
bekerjasama dengan individu lain untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Oleh
itu, murid-murid yang mempunyai kecerdasan interpersonal selalunya mudah untuk
belajar secara berkesan melalui pembelajaran secara berkumpulan.

Teori kecerdasan pelbagai yang ketujuh ialah intrapersonal. Menurut Ragbir Kaur
Joginder Singh (2013), kecerdasan intrapersonal merujuk kepada kemampuan
seseorang individu dalam mengenali diri sendiri secara mendalam serta mengetahui

2
kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Individu yang mempunyai kecerdasan
intrapersonal yang tinggi mampu menentukan hala tuju kehidupan. Murid yang
mempunyai sifat intrapersonal biasanya suka belajar secara bersendirian dan gemar
melakukan renungan yang mendalam di persekitaran yang sangat sepi.

Teori kecerdasan pelbagai yang kelapan ialah naturalis. Individu yang mempunyai
kecerdasan naturalistik merupakan seorang yang mencintai alam sekitar. Mereka lebih
gemar menghabiskan masa di luar dan mendengar bunyi-bunyian alam sekitar. Jika
seseorang pelajar mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi, kaedah
pembelajaran yang berkesan ialah dengan mengadakan aktiviti di luar kelas yang
membolehkan mereka berinteraksi dengan alam.

Teori kecerdasan pelbagai yang kesembilan ialah eksistensialisme. Individu yang


mempunyai kecerdasan eksistensialisme cenderung untuk bertanya mengenai segala
kejadian kewujudan. Oleh itu, mereka lebih suka menelaah sesuatu bahan bacaan
dengan lebih mendalam bagi membolehkan mereka mendapat jawapan kepada
persoalan.

1.2 Kepentingan Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori kecerdasan pelbagai penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran


kerana ia membolehkan pelajar yang mempunyai pelbagai tahap kecerdasan
menguasai sesuatu ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi.
Menurut Ab. Rahman Ab. Rashid (1993), setiap pelajar tidak mempunyai tahap
kecerdasan yang sama. Oleh itu, ia harus belajar menggunakan konsep yang sesuai
dengan tahap kecerdasan yang dia miliki supaya mereka boleh mengeksploitasi
kekuatan kecerdasan yang sedia ada untuk pembelajaran yang lebih berkesan. Elemen
SDP merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan oleh guru ketika dalam
proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Peratus untuk pelajar tidak
memahami apa yang diajar oleh guru juga akan berkurang kerana mereka akan diajar
menggunakan pelbagai teknik.

Selain itu, teori kecerdasan pelbagai penting untuk meningkatkan profesionalisme


guru serta menggalakkan inovasi penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Mat Nor Hussin dan Ab. Rahman Ab. Rashid (1988), guru harus menggunakan
dan mencari bahan serta mod yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembelajaran
di mana ia sepadan dengan profil kecerdasan pelajarnya. Jika seorang murid
menghadapi masalah dalam membaca dan tidak boleh menguasai huruf, guru harus
mengambil pendekatan dengan mencuba teknik sentuhan kinestetik kerana
berkemungkinan besar pelajar tersebut mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi.

3
Jika tidak berhasil, guru boleh mencuba untuk menggunakan cara lain seperti
menyusun huruf-huruf dalam bentuk lagu kerana individu yang sensitif terhadap muzik
merupakan seorang yang mempunyai kecerdasan muzikal yang tinggi.

Seterusnya, teori kecerdasan pelbagai ini sangat fleksibel kerana ia boleh


diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk semua mata pelajaran yang
terdapat di sekolah. Teori ini tidak terhad atau memfokuskan kepada satu subjek sahaja
contohnya teori ini hanya boleh digunapakai dalam subjek matematik. Pengaplikasian
teori kecerdasan pelbagai ini dalam suatu subjek membolehkan guru untuk merancang
pengajaran dengan baik kerana guru megetahui kelebihan dan kelemahan seseorang
murid tersebut. Elemen-elemen seni dalam proses pembelajaran dan pengajaran juga
boleh diterapkan supaya murid tidak bosan sewaktu belajar. Pelajar juga akan
bertambah minat terhadap suatu subjek tersebut kerana pendekatan yang digunakan
adalah selari dengan kecerdasan mereka malah merasakan subjek tersebut bukan lagi
bebanan untuk mereka fahami.

1.3 Penutup

Natijahnya, teori kecerdasan pelbagai ini sangat adil dan sesuai digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia tidak hanya memfokuskan kepada satu
kecerdasan sahaja. Pelajar tidak akan ketinggalan malah mereka akan bergerak selari
dengan rakan-rakan yang lain kerana mereka mempunyai kekuatan dan cara
pendekatan belajar yang berbeza. Oleh itu, tiada lagi istilah pelajar yang kurang pandai
kerana setiap kelemahan tersebut dapat diatasi menggunakan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang betul.

You might also like