You are on page 1of 37

TUGASAN 1 ULASAN KRITIS

Konsep dan elemen asas Seni Dalam Pendidikan

Seni merupakan sesuatu yang bersifat subjektif untuk digambarkan oleh


pancaindera manusia. Seni bukan sahaja terdapat dalam bidang seni tari, seni
lakonan, seni nyanyian dan sebagainya. Tetapi, seni juga turut diterapkan dalam
pengajaran sehingga mewujudkan satu konteks yang baharu iaitu Seni Dalam
Pendidikan. Menurut Faridah Nazir, Nik Dzulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad,
Azulhaimi Ahmad, Noraini Mohd, Hartini Kana, dan Sunizah Ali (2015), Seni Dalam
Pendidikan ditakrifkan sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni dalam
pendidikan yang melibatkan tiga komponen seni, iaitu seni visual, seni muzik, dan
seni pergerakan yang telah diintegrasikan dalam pendidikan masa kini. Komponen
ini sangat penting dalam Seni Dalam Pendidikan bagi mengembangkan potensi dan
meningkatkan proses perkembangan dan pertumbuhan murid-murid melalui
pembelajaran secara optimum, menyeluruh dan menyeronokkan ketika berada di
alam persekolahan.

Sesungguhnya, Seni Dalam Pendidikan ini sangat penting untuk diaplikasikan


dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini bertujuan untuk
memastikan setiap murid mempunyai nilai-nilai estetika, berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif dalam pembelajaran. Melalui penerapan elemen seni visual, muzik, dan
pergerakan ini, maka murid-murid akan dapat meningkatkan perkembangan secara
menyeluruh dan seimbang dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial (Open
University Malaysia, 2007). Hal ini kerana elemen yang telah diintegrasikan dalam
Seni Dalam Pendidikan mampu melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak
kanan di samping mereka dapat belajar dalam suasana yang menyeronokkan dan
bermakna. Menurut Putri Zabariah, Bustam Kamri, dan Raja Hamizah (2008), guru
juga dapat merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
fitrah kanak-kanak yang gemar belajar melalui bermain. Secara tidak langsung,
kreativiti murid-murid akan dapat dirangsang secara semula jadi melalui aktiviti
pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Secara amnya, Seni Dalam Pendidikan ini telah menggabungjalinkan elemen


seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Seni yang telah diintegrasikan ini merupakan asas kepada

1
perkembangan individu dan boleh membantu merangsang kepekaan deria dalam
proses pembelajaran sekiranya diajar dengan baik. Hal ini kerana seseorang
individu dapat menggunakan deria mereka melalui eksplorasi, mengeksperimen
bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka yang tinggi. Justeru, penggunaan deria
dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting khususnya dalam Pendidikan
Seni Visual.

Teori pembelajaran Seni Dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan merupakan suatu subjek yang sangat penting dalam proses
perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh melalui peningkatan daya persepsi,
estetika, dan kreativiti dalam setiap aktiviti pembelajaran. Oleh itu, terdapat
beberapa pandangan teori pembelajaran yang dapat dikaitkan dengan subjek Seni
Dalam Pendidikan ini yang mana teori yang dikemukakan ini telah menyokong
kesepaduan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam pembelajaran
kanak-kanak. Antara teori pembelajaran tersebut ialah Teori Kecerdasan Pelbagai
oleh Gardner, Teori Konstruktivisme Vygotsky dan Teori Hoka Hoki oleh Ned
Hermann

Teori Kecerdasan Pelbagai

Menurut Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983) yang
telah mengetengahkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang boleh dijadikan
panduan kepada guru untuk mengetahui pelbagai tahap kecerdasan murid-murid
(Choong, 2012). Hal ini kerana setiap individu mempunyai kecerdasan yang
berbeza-beza dan tidak boleh diwarisi. Mok Soon Sang (2011) juga menyatakan
bahawa kecerdasan seseorang ini boleh dipengaruhi oleh faktor budaya,
pemakanan, persekitaran, pendidikan dan lain-lain. Namun, realitinya sistem
pendidikan di Malaysia lebih menekankan aspek kecerdasan linguistik dan
matematik logik sehingga mengabaikan keperluan kecerdasan yan lain (Faridah
Nazir, et al., 2015). Oleh itu, guru memainkan peranan yang penting dalam
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan
keperluan kecerdasan murid kerana Gardner sendiri yang mengatakan bahawa
kecerdasan manusia boleh ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan yang efektif
(Noriati Abd Rashid, Boon, & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2017).

2
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), terdapat lapan kecerdasan
pelbagai yang telah diperkenalkan oleh Gardner iaitu kecerdasan linguistik, logik
matematik, visual-ruang, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Berikut
merupakan jadual yang menunjukkan domain kecerdasan pelbagai oleh Howard
Gardner:

Jadual 1: Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner

Domain kecerdasan Contoh Perlakuan


Gardner
Kecerdasan Linguistik Membina pernyataan yg berpengaruh sama ada
Keupayaan menggunakan secara lisan atau penulisan
bahasa dengan berkesan Berkarya dan berpuisi
Berupaya untuk memberikan makna perkataan
dgn jelas
Kecerdasan Logikal Menyelesaikan masalah matematik dengan
Matematik pantas
Keupayaan menyatakan alasan Membuktikan penyelesaian matematik
Memfomulakan & menguji hipotesis sesuatu
secara logik, terutama dalam
fenomena yang diperhatikan
sains dan matematik
Kecerdasan Ruang Visual Mempersembahkan sesuatu visual melalui objek
Keupayaan untuk Menerima dan menggambarkn visual alam sekitar

memperincikan sesuatu yang dgn tepat


Bijak menggunakan warna dan ruang
dilihat dan mengubahnya
Penuh imaginasi dan kreatif
dalam bentuk objek visual
Kecerdasan Muzik Dapat bermain alat muzik
Keupayaan mencipta, Mencipta lagu
Melantunkan nada dan bunyi dengan baik
menghayati dan menghargai
Menghayati lirik dan menyampaikannya dalam
muzik, peka terhadap melodi
nada yang penuh penghayatan
dan tone
Kecerdasan Kinestatik Menggunakan anggota tubuh untuk
Keupayaan menggunakan menyampaikan maksud
anggota tubuh dan mampu Cekap membaca
Mengenal pasti pergerakan tubuh
mengawal dan
Berupaya utk mengimbangi antara objek dengan
menyeimbangkan objek
mental
Kecerdasan Interpersonal Mudah bergaul dan berinteraksi dengan orang lain
Keupayaan memahami diri Mampu bekerjasama dengan orang lain

3
orang lain Mudah menyesuaikan diri
Disenangi dan disukai
Mampu mempengaruhi orang lain
Memahami kehendak orang
Kecerdasan Intrapersonal Mampu menilai kelemahan dan kekuatan diri
Keupayaan mengenal diri Mempunyai prinsip tersendiri
Suka bersendirian
sendiri
Gunakan pengetahuan diri untuk berhubung
dengan pihak lain
Kecerdasan Naturalis Sensitif terhadap alam sekitar
Keupayaan mengenal pasti Gemar aktiviti luar
Mampu mengenal perbezaan dan persamaan
bentuk, pola dan corak smeula
pelbagai sumber semula jadi
jadi
(Sumber: Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017).
Murid dan pembelajaran.)

Berdasarkan teori Kecerdasan Pelbagai yang telah dikemukakan oleh Howard


Gardner, guru dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar
dapat mengembangkan kecerdasan pelbagai dalam kalangan murid. Oleh itu, teori
ini sangat penting dalam Seni Dalam Pendidikan kerana melalui penggabungan
elemen seni visual, seni muzik dan seni pergerakan, maka murid-murid akan mudah
untuk menjana kecerdasan minda secara menyeluruh. Di samping itu, guru juga
dapat menggunakan pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis
kecerdasan bagi memudahkan penerimaan pengetahuan serta dapat membentuk
pemikiran murid dengan lebih kreatif.

Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Seni Dalam Pendidikan ini dapat dilihat
keberkesanannya terhadap aktiviti pembelajaran yang dilakukan bersama
pensyarah sewaktu interaksi kuliah. Sebagai contoh, kecerdasan muzik dalam diri
seseorang dapat dicungkil apabila seseorang individu dapat menunjukkan
kebolehan mencipta lagu lalu bermain dengan alat-alat muzik yang pelbagai.
Kecerdasan muzik dalam diri individu ini dapat dilihat semasa melaksanakan aktiviti
mencipta lagu yang baharu dengan menggunakan alat perkusi pada pembelajaran
sebelum ini. Terdapat beberapa kumpulan yang berhasil mencipta lirik lagu yang
sesuai dengan irama lagu sedia ada sambil berupaya mempersembahkan lagu
tersebut menggunakan alat perkusi. Malah, terdapat juga kumpulan yang kurang
sesuai dalam mengadaptasikan alat perkusi mereka dengan lagu yang telah mereka

4
cipta. Ini menunjukkan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan kecerdasan
muzik yang berbeza-beza.

Selain itu, kecerdasan ruang visual juga dapat diperhatikan dalam diri
seseorang individu apabila mereka berupaya untuk mempersembahkan sesuatu
visual melalui bahan yang telah disediakan. Kecerdasan ini dapat dilihat semasa
menjalankan aktiviti membina mobail secara berkumpulan mengikut tema dan
tunjang yang dipilih. Dengan menggunakan bahan yang sedia ada seperti tali,
gunting, botol dan sebagainya, sebuah mobail perlu dihasilkan dan dipersembahkan
kepada pensyarah dan rakan-rakan. Oleh itu, kecerdasan ruang dapat dilihat
apabila setiap kumpulan berjaya menghasilkan seni visual iaitu mobail dan
berkebolehan dalam mentaksir ruang bagi menghasilkan mobail yang seimbang.
Justeru, kecerdasan ruang dalam diri pelajar dapat dicungkil melalui aktiviti
pembelajaran seni visual.

Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Teori pembelajaran yang seterusnya pula ialah Teori Konstruktivisme sosial yang
dipelopori oleh Lev Vygotsky (1890 1935). Menurut Berk (2009), teori
perkembangan kognitif anjuran Vygotsky merupakan asas kepada teori
kontruktivisme sosial. Menurut Vygotsky dalam Lew, Norliza dan Norulazilah (2015),
kanak-kanak berkembang secara sistematik, logikal dan rasional melalui bantuan
dan bimbingan daripada orang lain. Justeru, melalui pembelajaran dalam konteks
sosial, maka individu dapat berkongsi dan saling membina pengetahuan baharu
berdasarkan pengetahuan sedia ada. Hal ini berlaku sekiranya individu diberi
peluang untuk meningkatkan pengetahuan diri dan berkongsi pemahaman dan
pemikiran dengan orang lain.

Sesungguhnya, pembelajaran melalui interaksi sosial sangat digalakkan


dalam Teori Konstruktivisme kerana melalui pembelajaran dalam persekitaran yang
selamat dan kondusif, kanak-kanak akan dapat melibatkan diri dalam pembelajaran
secara aktif. Malah, objektif pembelajaran juga dapat dicapai melalui aktiviti
penerokaan dan eksperimen kerana mereka berupaya untuk mengolahnya menjadi
sesuatu yang bahan baharu (Isabel & Raines, 2003). Hal ini kerana kanak-kanak
tidak beroleh pengetahuan secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan

5
secara aktif dengan persekitaran. Oleh itu, kolaborasi dan interaksi antara guru,
bahan dan murid-murid sangat penting dalam memastikan pembelajaran berlaku
dengan efektif.

Teori konstruktivisme ini juga telah digunakan dalam pengajaran dan


pembelajaran Seni Dalam Pendidikan. Melalui integrasi antara seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan dalam pembelajaran kanak-kanak, maka kanak-kanak
akan dapat memperkembangkan kreativiti mereka dalam persekitaran yang
merangsang minda mereka. Malah, dengan berlakunya proses pembelajaran yang
melibatkan aktiviti meneroka, mengeksperimen, dan mengolah sesuatu objek atau
bahan, maka kanak-kanak akan dapat merangsang pemikiran kreatif dan
berpeluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (Putri Zabariah, Bustam Kamri, & Raja Hamizah, 2008).

Selain itu, teori ini juga penting dalam Seni Dalam Pendidikan kerana kanak-
kanak akan dapat berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah, berupaya
menghasilkan sesuatu karya berasaskan alat dan bahan yang sedia ada serta dapat
memahami sesuatu konsep dan idea dengan lebih mendalam (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 2001). Sebagai contoh, aktiviti yang menerapkan teori konstruktivisme
dalam Seni Dalam Pendidikan ini ialah mencipta lirik lagu, menyanyi, penggunaan
alat perkusi, pergerakan kreatif, membuat binaan seperti model dan aktiviti visual
yang lain-lain. Justeru, teori konstruktivisme ini sangat penting dalam subjek Seni
Dalam Pendidikan agar murid dapat mengaplikasikan pengetahuan baharu dalam
kehidupan serta situasi baharu.

Teori Hoka Hoki

Seni Dalam Pendidikan juga turut menerapkan teori otak kiri dan otak kanan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Herman
(1991) dalam Faridah Nazir et al. (2015), otak dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu hemisfera kanan (hoka) dan juga hemisfera kiri (hoki). Bahagian-bahagian otak
ini mempunyai fungsi yang berlainan yang dapat membentuk gaya pemikiran
individu yang berbeza.

Menurut Rajendran (2011), hemisfera kanan berfungsi untuk mengawal


bahagian anggota badan kiri serta mengawal aktiviti kreatif, irama, muzik, visual,
warna dan gambar. Otak kanan adalah lebih kepada pembelajaran yang bersifat

6
holistik, subjektif, estetik, kreatif dan intuitif. Gaya pemikiran otak kanan adalah
seperti bersifat lebih rawak, intuitif, holistik, kreatif, imaginatif dan mempunyai
kekuatan dalam seni visual dan seni muzik. Ciri-ciri individu yang cenderung kepada
otak kanan dapat dilihat pada seorang ahli ahli muzik, pelukis dan penari.

Manakala, hemisfera kiri pula berfungsi untuk mengawal bahagian kanan


anggota badan serta mengawal proses pembelajaran bahasa, matematik, pemikiran
logik, analitik, linear dan hafalan. Otak kanan pula adalah lebih kepada
pembelajaran bersifat akademik dan objektif. Ia juga berfungsi untuk membolehkan
individu memproses maklumat secara menganalisis, membanding beza, membuat
ramalan serta mengkategori. Gaya pemikiran otak kiri adalah lebih kepada logik,
rasional, analitik, objektif, angka, berturutan dan spesifik. Ciri-ciri individu ini yang
cenderung kepada otak kiri dapat dilihat pada seorang pakar bahasa, ahli sains, ahli
matematik atau guru.

Sesungguhnya, Teori Hoka Hoki ini sangat penting dalam pembelajaran Seni
Dalam Pendidikan kerana ia boleh menjadi medium kepada individu untuk
mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif dan tidak tertumpu hanya kepada
satu fungsi otak sahaja. Hal ini kerana guru di Malaysia juga kebanyakannya lebih
menumpukan kepada pembelajaran fakta sahaja, dan kurang menekankan
perkembangan kreativiti dan estetika (Rajendran, 2011). Oleh itu, pembelajaran
Seni Dalam Pendidikan ini sangat penting untuk diterapkan di sekolah-sekolah
kerana aktiviti pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ini telah mengintegrasikan
kedua-dua fungsi otak secara harmoni dan menyeronokkan. Justeru, aktiviti-aktiviti
yang dilaksanakan dalam pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ini perlu
diaplikasikan bagi membentuk pemikiran kritis dan kreatif kerana ia merangkumi
elemen seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam pembelajaran Seni Dalam


Pendidikan sewaktu interaksi kuliah adalah seperti membuat boneka jari dan
bercerita, membuat kraf mobail, membentuk corak dan rekaan, membuat binaan
dan aktiviti nyanyian diikuti dengan alat perkusi dan pergerakan kreatif. Aktiviti
yang telah dilaksanakan ini nyata dapat merangsang pemikiran otak kanan dan
otak kiri semasa dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh, aktivit membentuk

7
dan membina model telah merangsang perkembangan otak kiri yang mana
pembinaan model tersebut memerlukan ketelitian dan spesifik dalam menghasilkan
model sebuah rumah. Selain itu, aktiviti mencipta lirik lagu mengikut irama sedia
ada serta aktiviti menyanyi juga turut merangsang perkembangan otak kiri kerana
aktiviti ini telah melibatkan proses penghafalan lirik serta pembelajaran bahasa
Inggeris dalam nyanyian solo.

Terdapat juga beberapa aktiviti yang telah melibatkan peranan otak kanan
dalam proses pembelajaran Seni Dalam Pendidikan. Misalnya, aktiviti boneka jari,
aktiviti melukis bunga, persembahan nyanyian dan pergerakan kreatif
menggunakan alat perkusi, serta persembahan nyanyian solo. Melalui aktiviti yang
dilaksanakan ini, perkembangan otak kanan dapat dirangsang ke tahap optimum
dan menyeluruh kerana proses pembelajaran ini bersifat subjektif dan estetik.
Sebagai contoh, aktiviti membuat boneka jari memerlukan individu yang
mempunyai sifat visual yang tinggi untuk menghasilkan satu bahan kreatif
berdasarkan bahan yang sedia ada. Oleh itu, aktiviti Seni Dalam Pendidikan yang
menerapkan Teori Hoka Hoki dalam pembelajaran sangat penting bagi melahirkan
pelajar yang seimbang serta mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

TUGASAN 2 PERSEMBAHAN KUMPULAN

PERSEMBAHAN 1 BONEKA JARI

Nama ahli kumpulan : Nur Fatihah Binti Tuteh

Dg Nina Farinie Binti Ag Mahmud

Hii Sieng Ting

Tajuk : Boneka Jari Haiwan

Bahan yang digunakan : kain felt, jarum, benang, kertas warna, gunting, pita
pelekat, aksesori lain (mata, ekor, dan telinga boneka jari)

Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti:

1. Mencari maklumat di laman web berkaitan cara-cara membuat boneka jari.

8
2. Memilih tema untuk membuat boneka jari sama ada boneka jari yang
bertemakan haiwan, tumbuhan, manusia atau watak kartun.
3. Tema boneka jari yang telah dipilih ialah haiwan lembu, gajah, dan zirafah
(Rujuk Gambar 1)
4. Menyediakan bahan-bahan untuk membuat boneka jari.
5. Sebelum membuat boneka jari, lukiskan gambar haiwan (lembu, gajah dan
zirafah) pada kain felt ataupun kertas warna.
6. Guntingkan kain felt atau kertas warna mengikut garisan pada haiwan yang
telah dilukis.
7. Jahitkan tepi kain felt untuk mengukuhkan boneka jari tersebut.
8. Tambahkan hiasan pada boneka jari seperti mata, ekor dan telinga haiwan.
9. Setelah boneka jari siap dihasilkan, sebuah cerita pula akan direka dengan
menggunakan watak boneka jari yang dihasilkan.
10.Berbincang dalam kumpulan untuk mereka sebuah cerita.
11.Tajuk cerita yang telah dihasilkan ialah Zirafah yang Bongkak yang
bertemakan keangkuhan zirafah yang telah memandang rendah terhadap
kelemahan si gajah akhirnya telah memakan diri sendiri. (Rujuk Lampiran 1)
12.Melakonkan semula cerita yang telah direka dengan menggunakan boneka
jari sebagai watak dalam cerita tersebut (Rujuk Gambar 2).

Gambar 1: Boneka jari haiwan yang telah dihasilkan

9
Gambar 2: Lakonan semula cerita Zirafah Yang Bongkak
menggunakan boneka jari

PERSEMBAHAN 2 MOBAIL

Nama ahli kumpulan : Nur Fatihah Binti Tuteh

Dg Nina Farinie Binti Ag Mahmud

Saniati Binti Mohd Amin

Tajuk : Ikan Di Laut

Bahan yang digunakan : botol mineral, tali, gunting, warna air, kad bod, pisau
pemotong

Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti:

1. Sediakan bahan untuk membuat mobail.


2. Mencari maklumat tentang kraf mobail
3. Memilih tema dan tunjang bagi penghasilan mobail.
4. Memilih tema ikan (ikan nemo dan ikan jerung)
5. Warnakan botol mengikut warna ikan yang dipilih.

10
6. Gunting kad bod untuk membuat sirip dan ekor ikan.
7. Tebuk bahagian botol untuk mengikat tali dan mencantumkan sirip serta
ekor ikan.
8. Cantumkan sirip dan ekor pada bahagian botol yang ditebuk.
9. Gantungkan ketiga-tiga botol pada tali.
10. Setelah selesai, lagu dicipta berdasarkan mobail yang dihasilkan.
11. Lagu Ikan Di Laut dipersembahkan diikuti dengan pergerakan kreatif

Gambar 3: Mobail ikan yang telah dihasilkan

11
Gambar 4: Membuat persembahan nyanyian dan pergerakan berdasarkan
tema mobail yang dihasilkan

PERSEMBAHAN 3 MEMBENTUK DAN MEMBUAT MODEL

Tajuk: Rumah Idamanku

Nama ahli kumpulan : Nur Fatihah Binti Tuteh

Nurul Farizah Binti Mohd Jaafar

Senarai bahan yang digunakan :

Mounting board, papan polisterin, penutup botol, masking tape, gam air,
warna poster, klip kertas, kotak, kapas, putik kapas, kertas warna, gabus

Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti:

1. Ahli kumpulan memilih jenis binaan yang akan dihasilkan iaitu model Rumah Idamanku.
2. Melayari internet untuk membuat rujukan dan mencari maklumat mengenai jenis-jenis
model dan cara-cara pelaksanaannya.
3. Merangka struktur model yang ingin dihasilkan
4. Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan model.

12
5. Tapak model dibina terlebih dahulu dengan menggunakan mounting board dan papan
polistren.
6. Barang kelengkapan rumah dibina dengan menggunakan pelbagai bahan dan
diasingkan di dalam kotak
7. Dinding rumah dan pembahagian bilik dan sudut dalam rumah dibina dengan
menggunakan mounting board
8. Setelah semua kelengkapan untuk membuat model rumah telah siap dibina, warnakan
kesemua barang tersebut dengan menggunakan warna air.
9. Biarkan semua barang yang diwarna, kering terlebih dahulu.
10. Pasangkan dinding rumah dan pembahagia setiap bilik dan sudut.
11. Susun barang-barang kelengkapan rumah mengikut kesesuain tempat.
12. Potong putik kapas kepada dua bahagian
13. Cucuk putik kapas tersebut di sekeliling model rumah untuk dijadikan pagar.
14. Hasil model Rumah Idamanku di pamerkan bersama hasil binaan dari kumpulan yang
lain.

Gambar 5 : Model binaan rumah yang telah dihasilkan

13
Gambar 6 : Pameran model binaan rumah

PERSEMBAHAN 4 NYANYIAN DAN PERGERAKAN MENGGUNAKAN ALAT


PERKUSI

Nama ahli kumpulan : Nur Fatihah Binti Tuteh

Dg Siti Mariani Binti Abdol Sumar

Ronavelleria Robert

Tajuk lagu: Gerakkan Badanmu

Alat perkusi yang digunakan : kayu tik-tok, kastenet dan tamborin

Langkah-langkah pelaksanaan aktiviti:

1. Membuat pemilihan lagu orang dewasa yang bertajuk Rentak Laguku untuk diubahsuai

menjadi irama lagu kanak-kanak.


2. Mencipta lirik lagu yang baharu berdasarkan irama Rentak Laguku dan iramanya telah

diubahsuai mengikut irama lagu kanak-kanak iaitu Gerakkan badanmu


3. Memilih alat perkusi yang hendak digunakan untuk dipersembahkan bersama dengan lagu

yang telah diubahsuai. (Rujuk Gambar 7)


4. Alat perkusi yang dipilih ialah : kayu tik-tok, kastenet dan tamborin
5. Membuat latihan dengan memasukkan unsur muzik, pergerakan dan nyanyian

14
6. Mempersembahkan lagu dan pergerakan kreatif dengan menggunakan alat perkusi yang

telah dipilih (Rujuk Gambar 8)

Gambar 7 : Alat perkusi yang dipilih (kayu tik-tok, kastenet dan tamborin)

15
Gambar 8 : Mempersembahkan nyanyian dan pergerakan kreatif
menggunakan alat perkusi

TUGASAN 3 PENULISAN REFLEKSI

Refleksi Persembahan 1 : Boneka Jari

16
Gambar 9: Boneka jari lembu yang telah dihasilkan

Pada 9 Januari 2017, satu tugasan telah diberikan secara individu untuk
menghasilkan boneka jari berdasarkan watak haiwan, tumbuhan, manusia atau
kartun. Oleh itu, saya telah memilih untuk menghasilkan boneka jari berdasarkan
watak haiwan iaitu lembu menggunakan bahan-bahan seperti kain felt, jarum,
benang dan sticker. Sepanjang proses menghasilkan dan mempersembahkan
boneka jari ini, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya kenal pasti.

Antara kekuatan yang saya telah kenal pasti dalam aktiviti ini ialah saya
dapat menyiapkan boneka jari saya pada masa yang singkat dan mudah dengan
bantuan internet. Sebelum membuat boneka jari, terlebih dahulu saya mencari
maklumat tentang cara-cara membuat boneka jari yang pelbagai warna, jenis dan
watak. Hasil daripada pencarian maklumat tersebut, maka saya dapat
menghasilkan boneka jari menggunakan idea yang terdapat di internet. Hal ini
sangat membantu saya dalam memperoleh idea untuk membuat boneka jari yang
sesuai dengan tahap umur kanak-kanak. Oleh itu, saya dapat menyiapkan boneka
jari saya dengan mudah dan cepat.

Seterusnya, saya menghasilkan boneka jari saya dengan menggunakan


material yang terpakai, tahan, tidak mudah terkoyak dan kukuh. Antara bahan yang
saya gunakan untuk membuat boneka jari ialah kain felt, benang, dan sticker. Saya
menggunakan kain felt sebagai badan lembu, lalu menjahit kain tersebut mengikut
saiz jari saya. Seterusnya, saya menampal sticker di atas kain felt bagi
menampakkan warna dan ciri-ciri seekor lembu. Hasil boneka jari yang saya telah
siapkan ini boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak prasekolah kerana ia mudah
untuk dilakukan serta memberi makna kepada kanak-kanak agar mereka lebih
mudah memahami sesuatu konsep berdasarkan objek yang konkrit.

Kekuatan yang seterusnya ialah saya dapat mengaitkan boneka jari yang
telah dihasilkan dengan membina sebuah cerita kanak-kanak berdasarkan boneka
jari tersebut. Saya dan ahli kumpulan telah bekerjasama dalam membina sebuah

17
cerita kanak-kanak yang mudah difahami dan mempunyai moral dan pengajaran
dalam cerita tersebut. Tajuk cerita yang kemi telah hasilkan adalah Zirafah Yang
Bongkak. Melalui cerita tersebut, kami mudah untuk menggunakan boneka jari
sebagai watak-watak yang terdapat dalam cerita tersebut.

Sepanjang melakukan aktiviti ini, terdapat juga kelemahan yang telah


dikenalpasti iaitu saya tidak menggunakan teknik bercerita dengan betul. Semasa
bercerita, saya hanya menggunakan intonasi suara yang mendatar sahaja ketika
menceritakan semula cerita yang telah kami reka. Saya juga telah menyelitkan
bahasa pasar ketika bercerita kepada rakan-rakan. Hal ini menyebabkan cerita
tersebut kurang menarik kerana kurang variasi dalam intonasi suara dan bahasa
pasar yang digunakan juga kurang sesuai untuk kanak-kanak prasekolah dalam
perkembangan bahasa mereka. Oleh itu, teknik bercerita yang betul sangat penting
dalam menyampaikan cerita kepada kanak-kanak prasekolah.

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam melakukan aktiviti


boneka jari ini adalah dengan mempelbagaikan warna, watak dan saiz boneka jari
agar lebih menarik dan sesuai untuk tahap umur kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-
kanak mudah tertarik dengan objek-objek yang menarik dan cantik kerana mereka
mempunyai imaginasi yang tinggi serta mereka akan lebih mudah memahami
sesuatu konsep dalam kehidupan mereka melalui objek konkrit. Manakala, cerita
yang dihasilkan berdasarkan watak-watak boneka jari juga perlu menggunakan
gaya bahasa yang sesuai, mudah difahami, mempunyai pelbagai nilai dan moral
serta menggunakan intonasi suara yang berbeza ketika menceritakan semula cerita
tersebut. Hal ini kerana teknik penceritaan yang betul dalam menyampaikan
sesebuah cerita sangat penting dalam aktiviti bercerita bagi menarik tumpuan dan
fokus kanak-kanak terhadap cerita yang hendak disampaikan.

Refleksi Persembahan 2 : Mobail

18
Gambar 10: Mobail ikan yang telah dihasilkan

Pada 19 Jan 2017, kelas PAKK, PML dan PJ telah bergabung untuk melaksanakan
satu aktiviti yang berkaitan dengan Irama, Ruang dan Warna yang terdapat dalam
silibus Seni Dalam Pendidikan. Dalam interaksi kuliah tersebut, kami telah diberi
tugasan untuk menghasilkan aktiviti lam interaksi kuliah tersebut, kami telah diberi
tugasan untuk menghasilkan aktiviti ang berkaitan dengankonsep irama, ruang dan
warna. Aktiviti yang diminta untuk dihasilkan adalah kraf mobail dengan memilih
tema dan motif yang sesuai, mencipta lirik lagu berdasarkan tema, lalu
mempersembahkan mobail tersebut diikuti dengan nyanyian dan pergerakan. Oleh
itu, kumpulan saya telah memilih tema hidupan laut dan mencipta sebuah lagu
pendek yang bertajuk Ikan di Laut. Antara bahan-bahan asas yang diperlukan
dalam penghasilan mobail ini adalah botol, tali, gunting dan warna air. Dalam
melakukan aktiviti ini, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang saya
dapati.

Antara kekuatan saya telah kenal pasti dalam aktiviti penghasilan mobail ini
ialah saya dapat bekerjasama dalam kumpulan dengan baik walaupun bilangan ahli
kumpulan kami adalah seramai 3 orang sahaja. Namun, saya dapat berkomunikasi
sesama ahli kumpulan dengan baik dengan memberikan pendapat dan idea
berkenaan kraf mobail. Saya juga telah menggunakan kemudahan internet untuk
mencari maklumat tentang mobail dan cara-cara menghasilkannya dengan baik. Di
samping saya dapat melibatkan diri secara aktif dalam kumpulan, saya juga berjaya
dalam menghasilkan kraf mobail yang bermotifkan ikan dalam masa yang
ditetapkan hasil daripada gabungan idea dan pendapat sesama ahli kumpulan.

19
Kekuatan saya yang seterusnya ialah saya dapat menyediakan bahan yang
pelbagai selain daripada bahan asas yang diminta. Contohnya, kain felt, kertas
warna, riben, pemotong, mounting board dan sebagainya. hal ini bertujuan untuk
mengelakkan penghasilan kraf mobail tersebut dihasilkan dengan baik dan
sempurna. Malah, dengan bahan yang pelbagai juga, kami dapat mengembangkan
kreativiti selain dapat menghasilkan mobail yang menarik.

Bukan itu sahaja, saya juga berhasil mencipta 4 baris lagu dengan hasil
kerjasama dan idea daripada ahli kumpulan saya dalam masa yang singkat. Kami
telah mencipta lagu Ikan di Laut dengan mengubahsuai lirik tetapi masih
mengekalkan irama lagu yang asal iaitu Bintang di Langit. Di samping itu, kumpulan
saya juga dapat menghasilkan satu pergerakan yang kreatif semasa
mempersembahkan mobail tersebut dengan iringan lagu yang telah dicipta. Hal ini
menunjukkan bahawa kami juga telah memenuhi konsep irama dalam aktiviti ini
dengan mencipta lagu sendiri.

Seterusnya, saya juga dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh


pensyarah semasa kami membentangkan hasil mobail ikan dengan baik. Hal ini
menunjukkan bahawa saya dapat memahami tentang konsep penghasilan mobail
dan bagaimana menghasilkan mobail dengan dengan cara-cara yang betul serta
dapat mengaitkannya dengan konsep irama, ruang dan warna.

Semasa melakukan aktiviti menghasilkan mobail ini juga, terdapat beberapa


kelemahan yang saya kenal pasti. Kelemahan saya dalam aktiviti ini ialah
kekurangan bahan asas yang diminta oleh pensyarah seperti botol, tali dan gunting.
Saya hanya membawa satu gunting dan dua botol kecil sahaja. Manakala, ahli lain
dalam kumpulan saya cuma membawa satu botol besar dan satu batang berus
warna. Pensyarah juga ada menegur bahawa botol yang kami bawa kurang
mencukupi untuk menghasilkan mobail yang baik. Malah, bahan seperti gunting dan
berus warna juga terhad sehingga menyebabkan kami terpaksa bergilir-gilir
menggunakannya dan meminjam daripada kumpulan lain. Hal ini telah
menyebabkan banyak masa yang terbuang kerana terpaksa menunggu rakan yang
lain selesai menggunakannya.

Seterusnya, kelemahan yang saya dapati ialah saya terlalu teliti dan realistik
dalam pemilihan warna. Semasa mewarnakan botol tersebut untuk menghasilkan

20
motif ikan nemo, saya menggunakan warna oren dan putih untuk melambangkan
ikan nemo tersebut. Seterusnya, warna hitam, kelabu dan putih juga telah dipilih
untuk melambangkan ikan jerung. Ini menunjukkan bahawa saya bersifat realistik
dalam penggunaan warna. Walhal, seorang kanak-kanak mampu menggambarkan
ikan-ikan tersebut dengan pelbagai warna dan corak. Contohnya, mereka mungkin
menggambarkan warna ikan nemo lebih berwarna-warni daripada warna ikan yang
sebenar kerana mereka memiliki imaginasi yang sangat tinggi.

Melalui kelemahan yang saya telah kenal pasti, terdapat beberapa


penambahbaikan yang saya boleh lakukan dalam aktiviti ini iaitu bersiap sedia
dengan lebih awal dalam menyediakan bahan yang lengkap sebelum melaksanakan
aktiviti ini. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan saya daripada menunggu giliran
untuk menggunakan peralatan seperti gunting dan berus warna daripada kumpulan
yang lain serta dapat mampu untuk menyelesaikan aktiviti ini tanpa banyak
membuang masa.

Selain itu, saya perlu lebih banyak mengkaji dan mempelajari tentang cara
menghasilkan sesuatu kraf yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti ini. Ini
dapat membantu saya untuk menghasilkan mobail yang lebih menarik serta dapat
memenuhi ciri-ciri irama, ruang dan warna yang diperlukan dan sesuai untuk
diaplikasikan pada kanak-kanak di sekolah kelak.

Selain itu, saya juga boleh melakukan penambahbaikan dengan membuat


pilihan warna yang tepat, sesuai dan menarik perhatian kanak-kanak dalam
menghasilkan mobail ini. Saya boleh menggunakan warna yang lebih variasi
terhadap motif yang dipilih. Ini bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak dapat
meluaskan imaginasi mereka dengan lebih kreatif lagi dalam pembelajaran mereka.

21
Refleksi Persembahan 3 Membentuk dan membuat binaan (Model rumah)

Gambar 5 : Model binaan rumah yang telah dihasilkan

Pada 25 Januari 2017, kelas PAKK mendapat tugasan untuk memilih sama ada
hendak menghasilkan corak dan rekaan mahupun membentuk dan membuat
binaan. Oleh itu, saya dan ahli kumpulan saya iaitu Nurul Farizah telah memilih
untuk membuat binaan menggunakan teknik model. Model yang kami hasilkan
adalah model sebuah rumah yang bertajuk Rumah Idamanku. Setelah model ini
dihasilkan, kami diminta untuk mempamerkan hasil kerja ini di hadapan pensyarah
dan rakan-rakan di Gimnasium IPG Kampus Tawau. Oleh itu, berdasarkan model
binaan yang telah kami hasilkan, maka terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan
yang saya kenal pasti.

Antara kekuatan yang saya dapati sepanjang proses penghasilan model ini
adalah saya dan ahli kumpulan saya dapat membuat perancangan yang teliti

22
tentang ruang-ruang dan peralatan asas yang perlu ada dalam sesebuah rumah.
Model rumah yang telah dihasilkan sangat terperinci kerana ia mempunyai ruang
seperti ruang tamu, bilik tidur, tandas, dapur, ruang makan serta ruang untuk
menjemur pakaian yang diletakkan di belakang rumah. Dalam pengajaran
pendidikan awal kanak-kanak, ia boleh membantu kanak-kanak untuk mengenal
ruang-ruang rumah serta boleh mendidik kanak-kanak untuk melahirkan rasa
tanggungjawab terhadap kebersihan dan kekemasan di rumah. Dalam masa yang
sama, mereka juga boleh menambah perbendaharaan kata berdasarkan objek-objek
yang terdapat di sekeliling rumah. Contohnya, meja, kerusi, katil dan sebagainya.

Seterusnya, model yang telah dihasilkan juga menunjukkan kumpulan saya


mempunyai kecerdasan ruang kerana terdapat keseimbangan antara bahagian kiri
dan kanan rumah. Kami juga menggunakan bahan terpakai untuk menghasilkan
objek yang terdapat di dalam rumah seperti mangkuk tandas, katil, televisyen,
ampaian dan lain-lain. Model yang telah dihasilkan ini menunjukkan kreativiti dan
inovasi dalam membuat binaan rumah menggunakan bahan terpakai. Oleh itu,
kreativiti dan inovasi ini kami boleh terapkan kepada kanak-kanak untuk
menghasilkan sesuatu projek dengan menggunakan bahan terpakai dan membantu
menjimatkan kos.

Kekuatan yang seterusnya pula adalah kami mempunyai kemahiran motor


halus yang sangat tinggi dalam menghasilkan model rumah ini. Aktiviti yang
melibatkan penggunaan motor halus dalam menghasilkan projek ini adalah seperti
menggunting, menampal, membentuk dan mencorak objek-objek kecil yang
terdapat di dalam binaan model rumah tersebut. Kami juga menggunakan warna
yang pelbagai dalam penghasilan model rumah ini. Misalnya, dinding berwarna biru
yang mewakili bilik tidur lelaki dan warna merah jambu pula mewakili bilik
perempuan. Penggunaan warna yang pelbagai ini juga dapat menarik perhatian
kanak-kanak dan mereka akan rasa teruja untuk belajar sambil bermain. Malah,
aktiviti membuat model ini dapat menggalakkan pemahaman kanak-kanak
disamping dapat menggalakkan kreativiti mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang telah dikenal


pasti semasa proses penghasilan model binaan rumah ini. Antara kelemahan yang
telah dikenal pasti ialah model rumah yang kami telah hasilkan adalah kurang

23
sesuai dengan tahap umur kanak-kanak yang berumur 4-5 tahun. Hal ini kerana
mereka belum mantap dalam menilai ruang-ruang yang ada serta mengenal pasti
ruang dan peralatan didalam rumah tersebut. Model yang telah dihasilkan ini terlalu
kompleks untuk mereka fahami pada peringkat umur mereka. Mereka masih belum
dapat memahami konsep dan fungsi ruangan yang terlalu banyak di dalam model
rumah tersebut.

Melalui kelemahan yang telah dikenal pasti, terdapat penambahbaikan yang


boleh dilakukan iaitu membuat binaan model rumah yang sesuai dengan tahap
umur kanak-kanak prasekolah. Model tersebut seharusnya memfokuskan untuk satu
ruangan sahaja. Misalnya, ruang bilik tidur. Ruang ini boleh dipelbagaikan lagi
dengan meletakkan objek-objek yang terdapat dalam bilik tidur seperti katil, almari,
bantal dan sebagainya. Kanak-kanak juga dapat memahami dengan lebih mudah
melalui objek-objek yang konkrit sekaligus dapat menambah perbendaharaan kata
mereka berkenaan objek yang terdapat di dalam sebuah bilik tidur. Seterusnya,
pemilihan warna yang sesuai juga perlu untuk merangsang kreativiti dan menarik
perhatian kanak-kanak untuk fokus tentang apa yang ingin dipelajari.

24
Refleksi Persembahan 4 Nyanyian solo

Gambar 12: Persembahan nyanyian solo Fall For You

Pada 6 Februari 2017 iaitu bersamaan dengan hari Isnin, kumpulan PAKK dan PML
telah diberi tugasan untuk mempersembahan satu aktiviti iaitu persembahan
nyanyian solo dengan iringan alat muzik seperti gitar. Lagu yang dipilih adalah
bebas dan bertemakan lagu orang dewasa. Aktiviti ini telah diberikan untuk
dilaksanakan pada 9 Februari 2017 (Khamis) bertempat di Makmal Pemulihan IPG

25
Kampus Tawau. Sebelum mempersembahkan nyanyian tersebut, saya telah memilih
lagu Fall For You yang pernah dipopularkan olah penyanyi Secondhand Serenade
untuk dipersembahkan secara solo dengan menggunakan iringan alat muzik gitar.
Dalam melakukan aktiviti nyanyian solo ini, terdapat beberapa kekuatan dan
kelemahan yang telah dikenal pasti.

Antara kekuatan yang saya dapati sepanjang melaksanakan persembahan ini


ialah keberanian diri untuk mencuba sesuatu yang belum pernah dilakukan.
Sebelum ini, saya mengakui bahawa saya belum pernah mempunyai pengalaman
untuk membuat persembahan nyanyian solo di hadapan orang ramai. Walau
bagaimanapun, dengan adanya keyakinan dalam diri, maka saya berani untuk
mencuba dan berusaha untuk melakukan persembahan nyanyian solo di hadapan
pensyarah dan juga rakan-rakan dengan sebaik mungkin.

Seterusnya, saya juga mendapati bahawa pemilihan lagu yang saya lakukan
juga adalah sesuai dengan vokal suara saya yang rendah. Hal ini kerana lagu yang
dipilih adalah bersifat sentimental dan tidak memerlukan not suara yang tinggi
untuk dinyanyikan. Malah, lagu yang saya pilih juga adalah lagu Bahasa Inggeris
yang mana ia membantu saya untuk meningkatkan perbendaharaan kata selain
dapat meningkatkan keyakinan untuk mencuba menyanyikan lagu dengan sebutan
yang betul dan boleh difahami oleh orang lain.

Kekuatan lain yang saya dapati semasa melakukan persembahan nyanyian


solo ini ialah saya dapat bekerjasama dengan baik dengan pemain gitar iaitu Dg
Nina Farinie dalam menyesuaikan irama lagu dengan iringan bunyi gitar dalam
nyanyian tersebut. Hasilnya, lagu yang dinyanyikan menjadi harmoni dan menarik.
Bukan itu sahaja, rakan-rakan yang lain turut memberi kerjasama dan bantuan
kepada saya dalam membuat pemilihan lagu dengan tepat dan juga semasa
menjalani latihan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu


diperbaiki dalam persembahan nyanyian solo ini. Antara kelemahan tersebut ialah
saya kurang berkeyakinan untuk menyanyi di hadapan. Hal ini menyebabkan saya
tidak mempunyai kontak mata dengan audiens iaitu pensyarah dan rakan-rakan.
Selain itu, saya juga berasa gementar dan malu semasa berada di hadapan audiens
sebelum memulakan persembahan. Hal ini juga telah menyebabkan saya terlupa

26
serangkap lirik sehingga menjadikan lagu tersebut dinyanyikan dalam masa yang
singkat. Oleh itu, saya perlu berusaha untuk lebih yakin membuat persembahan di
hadapan dan memperbaiki kelemahan tersebut sekiranya diberi peluang pada masa
yang akan datang.

Melalui kelemahan yang telah dikenalpasti, terdapat beberapa


penambahbaikan yang boleh dilakukan iaitu membuat latihan dengan lebih kerap
agar persembahan yang dilakukan akan menjadi lebih baik daripada persembahan
seterusnya. Hal ini kerana melalui pengulangan dan latihan secara kerap, maka
persembahan yang ingin dipersembahkan akan menjadi lebih baik. Latihan juga
boleh dilakukan dengan bimbingan dan bantuan daripada rakan yang lebih arif
tentang nyanyian agar pemilihan lagu dan gaya persembahan dapat dilakukan
dengan lebih tepat dan menarik.

Bukan itu sahaja, saya juga perlu meningkatkan keyakinan untuk berhadapan
dengan audiens agar perasaan gementar tidak terlalu menguasai diri sehingga
menyebabkan berlakunya kecacatan pada persembahan. Saya juga perlu
membiasakan diri untuk berkomunikasi di hadapan orang ramai agar tidak mudah
berasa kekok untuk membuat persembahan di hadapan umum. Malah, sifat berani
dan semangat dalam diri untuk melawan perasaan gemuruh perlu ditanam dan
dipertingkatkan agar mudah untuk melakukan persembahan dengan lancar dan
berasa seronok. Oleh itu, melalui kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti,
maka cadangan penambahbaikan ini perlu dipraktikkan agar kelemahan tersebut
dapat diatasi.

Refleksi Persembahan 5
Persembahan nyanyian dan pergerakan kreatif menggunakan alat perkusi

27
Gambar 13 : Persembahan nyanyian dan pergerakan kreatif
menggunakan alat perkusi - kastenet

Pada 2 Mac 2017 iaitu bersamaan dengan hari Khamis, kumpulan PAKK dan PML
telah diberikan tugasan untuk melakukan persembahan nyanyian dan pergerakan
kreatif menggunakan alat perkusi. Sebelum melaksanakan persembahan ini, kami
telah diminta untuk memilih satu lagu moden dan mengubahsuai lirik lagu tersebut
menjadi irama lagu kanak-kanak berdasarkan irama yang sedia ada. Oleh itu,
kumpulan saya telah memilih lagu moden yang bertajuk Rentak Laguku yang
dipopularkan oleh penyanyi asal iaitu Bunkface. Lagu ini dipilih dan liriknya dicipta
menjadi lirik yang baharu, manakala iramanya pula telah diubahsuai menjadi irama
lagu kanak-kanak yang bertajuk Gerakkan Badanmu.

Setelah lirik lagu dicipta mengikut irama lagu tersebut, kami diminta untuk
memilih alat perkusi yang sesuai untuk dipersembahkan bersama dengan lagu
Gerakkan Badanmu. Kumpulan saya telah memilih alat perkusi yang terdiri
daripada kayu tik-tok, kastanet dan juga kerincing. Seterusnya, kumpulan saya akan
mempersembahkan lagu Gerakkan Badanmu dengan iringan alat muzik perkusi
sambil melakukan pergerakan kreatif yang berkaitan dengan lagu yang telah
diubahsuai. Dalam melaksanakan aktiviti ini, terdapat beberapa kekuatan dan
kelemahan yang dapat saya kenal pasti.

Antara kekuatan yang telah dikenal pasti dalam melaksanakan aktiviti ini
ialah saya berhasil untuk mencipta lirik lagu dalam masa yang singkat. Malah,

28
pemilihan lagu juga adalah rancak dan menarik. Lagu yang kami telah pilih ialah
Rentak Laguku dan telah diubahsuai liriknya sehingga menghasilkan lagu yang
baharu iaitu Gerakkan Badanmu. Lagu ini merupakan lagu yang rancak dan sangat
menarik untuk dipersembahkan kerana ia sangat seronok, menghiburkan dan
mudah dihafal. Oleh itu, penciptaan lirik lagu yang mudah diingat dan diikuti ini
juga sangat sesuai jika dipersembahkan dan diaplikasikan kepada kanak-kanak
prasekolah kerana lagu ini rancak, mudah untuk dihafal dan lirik yang berulang-
ulang.

Seterusnya, kumpulan saya juga telah menggunakan alat perkusi yang


pelbagai dan sesuai dengan rentak lagu yang telah dihasilkan. Saya telah memilih
kastanet, manakala ahli kumpulan saya yang lain telah memilih alat perkusi kayu
tik-tok dan kerincing. Melalui pemilihan alat perkusi yang pelbagai ini, maka
persembahan lagu akan menjadi menarik kerana terdapat penggabungjalinan
antara alat perkusi dan irama lagu yang telah dihasilkan.

Kekuatan lain yang saya dapati dalam melaksanakan persembahan ini adalah
kerjasama yang kuat antara ahli kumpulan. Kerjasama ini dapat dilihat melalui kata
sepakat yang dihasilkan bermula daripada proses pemilihan lagu, pengubahsuaian
irama, penciptaan lirik yang baharu, pemilihan alat perkusi, pergerakan kreatif
sehinggalah kepada persembahan. Saya dapat bekerjasama dalam ahli kumpulan
dengan baik dan boleh bertoleransi antara satu sama lain. Selain itu, saya juga
dapat mempersembahkan nyanyian dan pergerakan kreatif tersebut dengan yakin,
ceria dan bersemangat sesama ahli kumpulan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan yang dikenalpasti


dalam merancang aktiviti persembahan nyanyian dan pergerakan kreatif ini.
Antaranya ialah kumpulan saya kurang kreatif dalam menghasilkan pergerakan
dalam persembahan tersebut. Hal ini dapat dilihat kerana pergerakan yang kami
lakukan hanya pergerakan setempat sahaja. Kami tidak menggunakan ruang yang
sedia ada untuk bergerak dengan lebih bebas sambil membuat persembahan.
Perkara ini juga adalah disebabkan oleh perasaan gemuruh yang hadir dalam diri.
Walaupun kumpulan saya telah membuat latihan pergerakan dengan baik, tetapi
ianya tidak berjalan dengan lancar semasa mempersembahkannya dek kerana

29
perasaan gementar semasa membuat persembahan. Oleh itu, pergerakan kreatif
tersebut kurang diaplikasikan dalam persembahan yang telah dirancang.

Justeru, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan


persembahan yang ingin dilaksanakan dapat berjalan seperti yang dirancang.
Penambahbaikan ini boleh dilakukan dengan menerapkan lebih banyak pergerakan
bagi menghasilkan persembahan yang kreatif dan menarik. Pergerakan tersebut
boleh dipelbagaikan dan tidak hanya bersifat setempat sahaja. Pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor perlu digabungkan agar persembahan ini lebih
menarik dan menyeronokkan. Selain itu, pemilihan lagu yang telah diubahsuai juga
perlu bersesuaian dengan tahap kanak-kanak kerana lagu kanak-kanak akan
memudahkan murid untuk mengikuti aktiviti tersebut dengan mudah. Malah,
mereka juga akan mudah untuk menggunakan alat perkusi kerana ia sudah
disesuaikan dengan penghasilan lagu yang baharu tersebut.

30
TUGASAN 4 KIT PERSEMBAHAN

1. Kit Pembelajaran Seni Dalam Pendidikan

31
2. Bahan untuk Elemen Seni Visual
Bahan untuk membuat boneka jari
Bahan untuk membuat kaedah capan

Bahan: Warna air, palet, kain felt, kertas A4, pita pelekat, gunting, kertas
warna

32
3. Bahan untuk Elemen Seni Muzik dan Pergerakan : Cakera Padat

Tajuk klip video lagu: Finger Family Songs Wild Animals

33
4. MANUAL PENGGUNAAN

Tajuk : Kit Pembelajaran Seni Dalam Pendidikan

Standard Kandungan :

KE 1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik

Standard Pembelajaran :

KE 1.3.1 Melakukan pergerakan berdasarkan lirik lagu

Bahan kit pembelajaran:

Cakera padat (CD)


Boneka jari haiwan
Pelekat bergambar haiwan
Kertas A4
Warna air

Langkah penggunaan:

1. Pasangkan CD untuk menonton klip video lagu yang bertajuk Finger Family
Songs Wild Animals
2. Menonton klip video tersebut sambil menyanyi dan membuat pergerakan
berdasarkan video yang ditayangkan.
3. Masukkan boneka jari haiwan pada jari-jari bagi mewakili setiap haiwan yang
disebut. Contohnya, pada lirik lagu:
Cheetah finger (2x), where are you? (masukkan boneka jari cheetah pada
ibu jari)
4. Ulang langkah tersebut sehinggalah boneka jari tersebut dimasukkan ke jari
yang terakhir iaitu jari kelingking.
5. Selepas menonton klip video, sediakan bahan untuk membuat capan.
6. Bancuhkan warna air.
7. Sapu warna air pada tangan.

34
8. Capkan tapak tangan pada kertas A4.
9. Tampal pelekat haiwan pada cap jari-jari yang telah dihasilkan
10.Pamerkan hasil kerja tersebut di dalam bilik darjah.

RUJUKAN
Berk, L.E. (2009). Child development (8th ed). Pearson Education: Allyn & Bacon.
Choong, L.K. (2012). Murid dan alam belajar (2nd ed). Selangor: Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.

Faridah Nazir, Nik Dzulkefli Ibrahim, Samsir Alam Arshad, Azulhaimi Ahmad, Noraini
Mohd, Hartini Kana, dan Sunizah Ali. (2015). Seni dalam pendidikan. Petaling
Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Isabel, R.T. & Raines, S.C. (2003). Creativiiy and the arts with young children. USA:
Thomson Learning Inc.

Lew, M.M., Norliza Jaafar, & Norulazilah Md Nordin. (2015). Perkembangan kanak-
kanak. Selangor: Pelangi Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2011). Psikologi Pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P.Y., & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2017). Murid dan
pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Open University Malaysia. (2007). HBEF1403 Seni dalam pendidikan. Kuala Lumpur:
UNITEM Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Teori Kecerdasan Pelbagai. Kuala Lumpur:


Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran secara konstruktivisme.


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Putri Zabariah, Bustam Kamri, & Raja Hamizah. (2008). Tadika berkualiti. Kuala
Lumpur : PTS
Rajendran, N.S. (2011). Kaitan teori otak dan kemahiran berfikir. Dimuat turun pada
1 April 2017 dilaman web: http://hebatfikir.blogspot.my/2011/12/kaitan-teori-
otak-dan-kemahiran.html

35
LAMPIRAN 1

TEKS CERITA PENDEK

TAJUK CERITA: ZIRAFAH YANG BONGKAK

ZIRAFAH YANG BONGKAK


Pada suatu ketika dahulu, terdapat tiga jenis haiwan yang tinggal di Hutan Hujan
Tropika. Ketiga-tiga jenis haiwan ini ialah Gajah, Zirafah dan Lembu. Zirafah dan
Lembu merupakan kawan baik. Mereka selalu bermain bersama-sama. Manakala
Gajah selalu dipinggirkan oleh Zirafah dan Lembu. Mereka tidak mahu berkawan
dengan Gajah dan selalu mengejek Gajah seperti ia berbadan besar, gemuk, berat
dan susah bergerak.

Pada suatu hari, Zirafah dan Lembu bermain bersama-sama. Tiba-tiba, lembu
dihempap oleh sebuah kaya batang. Zirafah ingin membantu Lembu untuk
mengalihkan kaya batang tersebut. Tetapi ia tidak ada tenaga yang kuat untuk
mengalihkan kaya batang yang menghempap Lembu.

Zirafah cuba memikirkan akal untuk membantu Lembu. Tiba-tiba, Zirafah


terfikir mungkin Gajah dapat menolong Lembu mengalihkan kayu batang tersebut.
Oleh itu, Zirafah pergi meminta bantuan daripada Gajah dan nenceritakan apa yang
telah berlaku kepada Gajah. Gajah bersetuju dan ia menggunakan belalainya untuk
mengambil alihkan kaya batang tersebut.

Zirafah dan Lembu berterima kasih kepada Gajah. Mereka meminta maaf
juga dan berjanji mereka tidak akan mengejek-ejek Gajah lagi. Pada akhlir cerita,
Gajah, Zirafah dan Lembu telah menjadi kawan baik buat selama-lamanya.

36
Pengajaran: Setiap individu akan kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Kita todak
seharusnya memandang rendah terhadap seseorang individu
manakala kita sepatutnya menghargai kekuatan dan kelemahannya.

37

You might also like