You are on page 1of 8

ISI KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Isu-Isu Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah 2

2.1 Buli 2

2.2 Bersikap Kurang Ajar 2-3

2.3 Bermain Di Dalam Kelas 3

3.0 Punca-Punca Masalah Tingkah Laku Pelajar di dalam 3-4


Kelas
4.0 Implikasi Kepada Pembelajaran dan Pengajaran Di Dalam 4-5
Bilik Darjah
5.0 Cara Mengatasi Masalah Tingkah Laku Pelajar 5-6

6.0 Penutup 6

Rujukan 7-8

1
1.0 Pengenalan
Setiap sekolah semestinya akan menghadapi masalah tingkah laku pelajar sama
ada di dalam kelas atau di luar kelas. Hal ini demikian kerana, Chong Sin Woon (2017)
menyatakan di dalam Noor Mohamad Shakil Hameed (2017) bahawa statistik pelajar
yang terlibat dengan tingkah laku bermasalah di sekolah pada tahun 2016. adalah
seramai 111, 895 orang murid yang terdiri dari 16, 849 murid sekolah rendah dan 95,
046 murid sekolah menengah. Masalah tingkah laku yang berlaku dalam kalangan
pelajar ini terutamanya di dalam kelas memberi impak yang negatif kepada
pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Oleh itu, guru perlu mengenal pasti isu,
punca dan lagnkah mengatasi masalah tingkah laku pelajar yang berlaku di dalam
kelas.m

2.0 Isu-Isu Tingkah Laku Bermasalah Dalam Bilik Darjah


Pada bahagian ini, penulis akan membincangkan mengenai 3 isu tingkah laku
bermasalah yang berlaku di dalam bilik darjah. Sumber ini telah diperolehi daripada
beberapa sumber yang relevan dan berautoriti. Isu yang dikenalpasti ialah:

2.1 Buli
Isu yang seringkali berlaku di semua sekolah adalah berkenaan isu buli. Mohd
Azam Shah (2018) menyatakan bahawa statistik kes buli yang dilaporkan pada
tahun 2015 adalah sebanyak 3, 011 dan jumlah tersebut meningkat pada tahun
2016 iaitu sebanyak 3, 488. Pada tahun 2017, ia menurun sebanyak 2, 795.
Terdapat satu kes buli yang berlaku di dalam kelas iaitu di sebuah sekolah di Kuala
Terengganu. Isu ini telah dinyatakan di dalam akhbar Utusan Online pada 23 Jun
2019. Menurut Radhuan Hussain (2019), seorang pelajar lelaki telah menumbuk,
membelasah dan menerajang seorang pelajar di dalam kelas. Pelajar tersebut juga
menghentak kepala mangsa tersebut beberapa kali. Pelajar tersebut adalah pelajar
tingkatan 2 dan 4. Tingkah laku buli ini adalah tingkah laku destruktif iaitu tingkah
laku yang boleh membahayakan dirinya dan juga orang lain.

2.2 Bersikap Kurang Ajar


Selain itu, isu pelajar yang bersikap kurang ajar iaitu bersikap biadap
merupakan salah satu masalah tingkah laku pelajar di dalam kelas. Antara salah
satu isu murid yang bersikap kurang ajar kepada guru ialah kes yang berlaku di
Skudai, Johor Bahru. Zulhisham Isahak (2019) menyatakan di dalam akhbar Utusan
Online bahawa seorang pelajar perempuan memanggil guru Bahasa Melayu

2
dengan gelaran pondan semasa gurunya sedang mengajar di dalam kelas. Hal ini
telah menyebabkan guru tersebut mengambil tindakan dengan merotan pelajar
berkenaan akibat daripada perbuatan biadapnya itu.

2.3 Bermain Di Dalam Kelas


Seterusnya, contoh lain perbuatan tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjah
ialah bermain di dalam kelas. Antara perbuatan pelajar bermain di dalam kelas ialah
seperti berlari dan melompat di atas meja. Sebagai contoh isu bermain di dalam
kelas ialah seperti isu yang berlaku di sebuah sekolah agama di Melaka. Isu ini
adalah isu berkaitan pelajar yang bermain di dalam kelas sehingga menyebabkan
termometer pecah yang mendatangkan bahaya kepada dirinya dan juga rakan yang
lain. Isu ini telah dilaporkan di dalam Berita Harian Online pada tarikh 26 Jun 2019.
Hilmie Hussin (2019) menyatakan bahawa beberapa orang murid bermain di dalam
bilik darjah mereka semasa kelas Sains. Pada waktu tersebut, guru tidak berada di
dalam kelas tersebut. Pelajar ini bermain sehingga menyebabkan termometer jatuh
dan pecah di atas lantai kelas. Hal ini telah menyebabkan 6 pelajar mual serta
pening dan terpaksa dihantar ke klinik.

3.0 Punca-Punca Masalah Tingkah Laku Pelajar di dalam Kelas

Terdapat dua punca berlakunya buli iaitu punca seseorang itu membuli serta punca
seseorang itu dibuli. Azizi & Rosnah (2005) menyatakan bahawa antara salah satu
punca seseorang itu membuli orang lain kerana kebiasaan orang yang membuli itu
umurnya lebih tua daripada orang yang dibuli. Oleh hal demikian, mereka ingin
menunjukkan bahawa diri mereka lebih hebat dan kuat daripada pelajar lain. Selain itu,
di dalam Model Akibat Logikal Dreikurs, antara punca masalah tingkah laku pelajar ialah
bertujuan untuk membalas dendam. Hal ini telah disokong oleh Mahadi Khalid (2007)
kerana beliau menyatakan bahawa berkemungkinan pembuli membuli orang lain
kerana mereka pernah dibuli sebelum ini. Oleh itu, mereka membuli orang lain supaya
mereka dapat melepaskan dendam mereka kepada orang lain. Seterusnya, Mohd Amin
(2018) menyatakan bahawa seseorang menjadi mangsa buli kerana usia mereka lebih
muda daripada pembuli. Di samping itu, mangsa buli adalah orang yang lemah,
pendiam serta mereka tidak mempunyai kawan di dalam kelas.

3
Terdapat beberapa punca pelajar bersikap kurang ajar atau biadap terhadap orang
lain. Nur Bazla (2010) menyatakan bahawa punca seseorang itu bersikap biadap
adalah disebabkan oleh faktor keluarga. Aznan,Mohd Zuri, Salizawati & Zainuddin
(2010) juga menyatakan bahawa sikap atau tingkah laku kanak-kanak adalah bermula
daripada didikan keluarga. Sekiranya perkataan-perkataan yang kesat seringkali
digunakan di rumah, maka pelajar juga akan menggunakan perkataan tersebut di dalam
kelas. Hal ini demikian kerana, pembentukan dan tingkah laku kanak-kanak
kebanyakannya bergantung kepada apa yang diperolehi daripada keluarga. Di samping
itu, faktor rakan sebaya juga merupakan salah satu punca biadap. Kanak-kanak sangat
terpengaruh dengan apa yang mereka dengar dan lihat daripada persekitaran mereka.
Sekiranya perkataan kesat ini digunakan sebagai bahasa perbualan, maka ia akan
menjadi satu kebiasaan. Oleh itu, mereka juga akan berani bercakap kurang ajar
dengan guru.
Antara punca pelajar bermain semasa di dalam kelas adalah kerana kanak-kanak
sangat aktif dan mereka sangat gemar bermain. Ramlah (2011) menyatakan bahawa
bermain merupakan aktiviti semulajadi kanak-kanak. Oleh hal demikian, mereka akan
sentiasa mencari peluang dan masa untuk bermain tidak kira di mana mereka berada.
Di samping itu juga, punca pelajar bermain adalah kerana ketiadaan guru di dalam
kelas. Ketiadaan guru di dalam kelas boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar. Hal
ini akan menyebabkan mereka lebih berani untuk melakukan apa sahaja aktiviti di
dalam kelas yang terlintas di fikiran mereka seperti berlari di atas meja. Selain itu, murid
mungkin bosan dengan kaedah pengajaran guru yang sentiasa mengulang kaedah
yang sama. Oleh itu, mereka akan hilang fokus dan bermain di dalam kelas seperti
mengganggu kawan, berlari di dalam kelas dan membuat bising.

4.0 Implikasi Kepada Pembelajaran dan Pengajaran Di Dalam Bilik Darjah


Masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar seperti buli, bersikap kurang ajar dan
bermain di dalam kelas mendatangkan banyak kesan kepada pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas iaitu:

Buli memberi impak yang negatif kepada mangsa buli. Hal ini demikian kerana,
Amin & Azad & Norsayyidatina & Wan & Musa (2017) menyatakan bahawa mangsa
buli akan menjadi murung, takut dan tidak suka untuk ke sekolah kerana takut dibuli
oleh rakannya. Di samping itu, pelajar-pelajar lain yang berada di dalam kelas tersebut
juga akan berasa takut berada di dalam kelas. Hal ini demikian kerana, mereka juga
takut menjadi salah seorang mangsa buli kepada pembuli tersebut. Apabila pelajar

4
takut berada di kelas, maka mereka semua tidak akan dapat menumpukan perhatian
kepada pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas.

Seterusnya, Ummi Kalsom (2014) menyatakan bahawa sikap kurang ajar pelajar
terhadap guru akan menyebabkan tekanan emosi terhadap guru. Apabila emosi guru
terganggu semasa berada di dalam kelas, maka guru tidak dapat melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuh hati. Tambahan pula, apabila guru
tidak bersemangat untuk mengajar, maka murid juga tidak akan bersemangat untuk
belajar. Di samping itu, perbuatan pelajar-pelajar yang memanggil guru-guru mereka
dengan panggilan yang tidak sopan juga boleh menjatuhkan air muka guru tersebut di
hadapan rakan-rakan yang lain. Hal ini akan mempengaruhi pelajar lain untuk bersikap
kurang ajar dengan guru tersebut.

Selain itu, bermain di dalam bilik darjah sangat membahayakan diri dan juga
membahayakan rakan-rakan yang lain. Nor Liza (2015) menyatakan bahawa bahaya
yang mungkin berlaku di dalam kelas ialah seperti ditusuk oleh benda yang tajam
semasa berlari seperti gunting serta tersadung meja atau kerusi. Hal ini demikian
kerana, suasana kelas yang sempit dan mempunyai ruangan yang kecil serta dipenuhi
dengan kerusi dan meja tidak sesuai untuk pelajar berlari di dalam kelas. Bermain dan
berlari di dalam kelas juga akan menyebabkan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan
sekiranya berlaku sebarang kecederaan kepada pelajar ketika berada di dalam kelas.

5.0 Cara Mengatasi Masalah Tingkah Laku Pelajar


Menurut Junainor, Salleh, Suliadi & Mohd Kasturi (2016) , antara langkah mengatasi
gejala buli yang berlaku di sekolah terutamanya di dalam kelas ialah dengan
menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh membina sahsiah pelajar seperti memberikan
semangat dan motivasi kepada mangsa buli supaya berani dan tidak takut untuk
datang ke sekolah. Di samping itu, Mahadi Khalid (2007) menyatakan bahawa guru
juga boleh menggunakan pendekatan kemanusiaan iaitu guru biasa akan membawa
pembuli bertemu dengan guru yang lebih berautoriti seperti guru disiplin dan kaunselor.
Pendekatan ini dilakukan secara tertutup dan berhemah supaya pelajar lebih bersikap
terbuka dan bercerita tentang masalah mereka serta memberitahu guru mengapa
mereka membuli orang lain. Setelah pelajar menceritakan masalahnya, maka guru
perlu memotivasikan pelajar tersebut seperti memberi nasihat serta menyedarkan
mereka bahawa tindakan tersebut merupakan satu perbuatan yang salah.

5
Seterusnya, Chin, Low & Vivian (2005) menyatakan bahawa langkah utama
mengatasi masalah kurang ajar atau biadap ini adalah melalu peranan dan didikan ibu
bapa. Ibu bapa perlu menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anak mereka
seperti tidak menggunakan perkataan-perkataan kesat semasa di hadapan anak-anak.
Ibu bapa perlu menegur kesalahan anak mereka serta merta supaya mereka akan lebih
mendapat kesedaran daripada kesilapan yang mereka lakukan. Selain itu, guru juga
perlu belajar mengawal emosi di hadapan pelajar. Mohd Khairuddin (2017)
menyatakan bahawa guru yang mempuyai kecerdasan emosi yang tinggi akan dapat
menjalankan pengajaran dengan berkesan kerana mereka mampu mengurus emosi
sendiri dan juga emosi orang lain. Oleh itu, dalam mewujudkan pembelajaran dan
pengajaran yang berkesan, guru perlu menguruskan emosi dengan bijak dan terkawal.

Selain itu, cara untuk mengatasi masalah pelajar bermain di dalam kelas ialah guru
perlu memperbanyakkan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti
kaedah belajar sambil bermain, bercerita, simulasi dan pembelajaran berasaskan
projek. Hal ini demikian kerana, setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza antara satu sama lain. Selain itu, sekiranya guru mempunyai urusan di luar
kelas, maka guru perlu memberikan tugasan kepada murid-murid supaya mereka tidak
membuat bising dan berlari di dalam kelas. Di samping itu, Abdul Rashid & Hasmah
(2013) menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik amat
penting kerana ia dapat membantu guru supaya dapat merancang aktiviti yang
meyeronokkan. Oleh itu, guru perlu memperbanyakkan bahan bantu mengajar supaya
murid lebih tertarik dan fokus kepada pengajaran guru. Apabila murid tertarik untuk
belajar, maka mereka tidak akan berlari di dalam kelas, mengganggu rakan, serta
membuat kerja lain selain yang disuruh.

6.0 Penutup
Penulis telah menjelaskan secara terperinci mengenai isu-isu masalah tingkah laku
pelajar yang berlaku di dalam kelas iaitu isu buli, pelajar yang bersikap kurang ajar dan
bermain di dalam kelas. Oleh hal demikian, bagi mengatasi masalah-masalah tersebut
berlaku di dalam kelas, guru perlu menyoal selidik pelajar untuk mengenal pasti punca
mereka melakukan perbuatan tersebut. Di samping itu, semua pihak terutamanya ibu
bapa perlu mengambil peranan masing-masing dalam membentuk peribadi dan disiplin
anak-anak. Kesimpulannya, guru perlu bersifat penyayang tetapi tegas dalam mendidik
dan membetulkan kesilapan pelajar.

6
RUJUKAN

Abdul Rashid & Hasmah (2013) Pelaksanaan Pembelajaran Menyeronokkan Dalam


Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.
Jilid 3 (2). http://journalarticle.ukm.my/6749/1/49-63_Rasid.UPM.pdf
Amin, Azad, Norsayyidatina, Wan, Musa (2017).Mangsa buli dan kesan buli. Journal of
Islamic Social Sciences and Humanities.11, 109–124.
Azizi & Rosnah (2005). Punca Berlakunya Gejala Gengsterisme Di Kalangan Remaja
Beberapa Buah Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri. Diakses pada Julai 10,
2019 dari http://eprints.utm.my/id/eprint/1483/1/FAKTOR-jurnal1.pdf
Aznan,Mohd Zuri, Salizawati & Zainuddin (2010)Kanak-kanak Bermasalah Tingkah Laku.
Pendidikan Khas. 21DP. Jilid 10, Bil 2/2010. Diakses pada Julai 10, 2019 dari
https://www.researchgate.net/publication/291997651_Kanak-
kanak_Bermasalah_Tingkahlaku
Chin, Low & Vivian (2005) Isu-Isu Masalah Disiplin Pelajar : Pendekatan Dan
Penyelesaian. Diakses pada Julai 10, 2019 dari
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/Kertaspenuh/Ke
rtas%2018.pdf
Hilmie Hussin (Jun 26, 2019) Termometer pecah. Enam Murid Dirawat Di Klinik
Kesihatan. BH Online. Diakses pada Ogos 17, 2019 dari
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/06/578359/termometer-pecah-enam-
murid-dirawat-di-klinik-kesihatan
Junainor, Salleh, Suliadi & Mohd Kasturi (2016) Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah
Luar Bandar: Kajian Kes Di Kawasan Felda Utara Kedah-Perlis, Malaysia (Bully
Among Rural Primary School Students: A Case Study Of North Kedah-Perlis Felda
Territory, Malaysia). Jurnal Psikologi Malaysia 30 (1) 113-125. Diakses pada Julai
10, 2019 dari http://journalarticle.ukm.my/10087/1/180-779-1-PB.pdf
Mahadi Khalid. (2007). Tingkah Laku Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama di Sarawak. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut
Perguruan Batu Lintang Tahun 2007, (2000), 1–11. Diakses pada Julai 10, 2019
dari Mohd Amin (2018, Mac 16) Cemburu punca buli. Berita Harian. Diakses pada
Julai 10, 2019 dari
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/03/400351/cemburu-punca-
bulihttp://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/Edpsychology/m
ahadiIPBLfp.pdf
Mohd Amin (2018, Mac 16) Cemburu punca buli. Berita Harian. Diakses pada Julai 10,
2019 dari https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/03/400351/cemburu-punca-
buli
Mohd Azam Shah (2018) Kementerian Pendidikan Perlu Kekang Gejala Buli. Diakses
pada Ogos 17, 2019 dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/443429/kementerian-
pendidikan-perlu-kekang-gejala-buli
Mohd Khairuddin (2017) Kecerdasan Emosi dan Komitmen Guru Terhadap Organisasi.
Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial. (1), 44–54. Diakses pada Julai 10, 2019 dari
https://www.researchgate.net/publication/321604246_Kecerdasan_Emosi_dan_Kom
itmen_Guru_Terhadap_Organisasi

7
Noor Mohamad Shakil Hameed (Julai 12, 2017) Tangani Masalah Disiplin Secara
Bersepadu. Utusan Online. Diakses pada Ogos 17, 2019 dari
https://www.utusan.com.my/rencana/utama/tangani-masalah-disiplin-secara-
bersepadu-1.501603
Nor Liza (2015) Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran. Diakses pada Julai 10, 2019
dari
https://www.academia.edu/26975202/KEBERSIHAN_DAN_KESELAMATAN_PERS
EKITARAN
Nur Bazla (2010) Tingkah Laku Bermasalah. Diakses pada Julai 10, 2019 dari
https://www.academia.edu/4385268/tingkahlaku_bermasalah
Radhuan Hussain (Jun 23, 2019) Kes buli di SMK Guntong Dalam Perhatian Polis.Utusan
Online. Diakses pada Ogos 17, 2019 dari
https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/kes-buli-di-smk-guntong-dalam-
perhatian-polis-1.922829
Ramlah (2011) Faedah Bermain Dalam Perkembangan Kanak-Kanak Prasekolah (4-6
Tahun). Diakses pada Julai 10, 2019 dari
https://www.researchgate.net/publication/303897656_FAEDAH_BERMAIN_DALAM
_PERKEMBANGAN_KANAK-KANAK_PRASEKOLAH_4-6_TAHUN
Ummi Kalsom (2014) Faktor-Faktor Yang Mmempengaruhi Tekanan Kerja Dalam
Kalangan Guru Sekolah Menengah Daerah Hulu Terengganu, Terengganu Darul
Iman. Diakses pada Ogos 17, 2019 dari
http://etd.uum.edu.my/5102/2/s811124_abstract.pdf
Zulhisham Ishak (Jun 25, 2019) Digelar Pondan, Guru Rotan Pelajar. Utusan Online.
Diakses pada Ogos 17, 2019 dari https://m.utusan.com.my/berita/wilayah/digelar-
pondan-guru-rotan-pelajar-1.923946

You might also like