You are on page 1of 4

LAPORAN AJK QUARTER MASTER

AJK QUARTER MASTER : LAU WEE MENG

TUJUAN/ KERJA UTAMA AJK INI : Meminjam alat peralatan perkhemahan


semasa kem perkhemahan unit
beruniform IPGKPP tahun 2017

AKTIVITI
SEBELUM PERKHEMAHAN : i) Memberi perhatian kepada alat-
peralatan kem dan perkara lain yang
telah dibincangkan dalam setiap
perjumpaan.
ii) Meminjamkan alat-peralatan
perkhemahan dari pihak unit stor
IPGKPP.

SEMASA PERKHEMAHAN :i) Memastikan alat-peralatan digunakan


dengan baik.
ii) Memberikan bantuan terhadap segala
urusan dalam kem.
SELEPAS PERKHEMAHAN : Memulangkan segala alat peralatan kem
dalam unit stor IPGKPP.

Sebelum perkhemahan, saya telah dilantik sebagai AJK quarter master


untuk melancarkan pengurusan. Oleh itu, saya memastikan senarai peralatan
yang diperlukan oleh persatuan KRS untuk tujuan aktiviti perkhemahan yang
dijalankan. Saya telah mendapatkan senarai semak peralatan yang ingin
dibawa untuk mengelakkan sebarang keciciran. Senarai semak ini turut
diperlukan sebagai rujukan di akhir aktiviti perkhemahan untuk memeriksa
jumlah alatan yang dipulangkan. Selain itu, saya juga memeriksakan keadaan
peralatan agar berada dalam keadaan baik sebelum dibawa ke tapak
perkhemahan.
Tetapi, malangnya selepas tiba ke tapak perkhemahan, saya telah
mendapati bahawa pencakar persatuan KRS saya telah hilang. Saya tidak
melaksanakan tugas saya untuk menjaga dan mengendalikan peralatan yang
berada di bawah jagaannya. Semasa perkhemahan, saya bertanggungjawab
menyediakan peralatan khemah serta menyelenggara semua alatan yang telah
dibawa agar tidak rosak. Selain itu, saya juga menjelaskan tapak gajet
perkhemahan persatuan kami kepada pemeriksa pagi kem. Saya juga perlu
memberikan bantuan kepada ahli kem untuk mendirikan gajet kem. Semasa
masakan rimba, saya juga memastikan makanan dan kawasan memasak yang
disediakan juga bersih agar tidak bau busuk dan mengundang lalat.

Selepas perkhemahan, saya telah bertanggungjawab memastikan


semua alat-peralatn dipulangkan semula. Pencakar yang hilang saya telah
menggantikan pencakar yang baru dengan membelikannya di TESCO DIY.
Kesemua peralatan yang dipulangkan ini akan dirujuk berdasarkan senarai
semak yang buat semasa pengagihan alatan sebelum perkhemahan dijalankan.
Selepas itu, saya menulikan laporan ajk untuk dokumentasi kertas kerja
Perkhemahan Unit Beruniform IPGKPP tahun 2017.
REFLEKSI AJK QUARTER MASTER

AJK SETIAUSAHA : LAU WEE MENG


KELEBIHAN SAYA/KAMI : i) Dapat memastikan pengurusan peminjaman dan
pemulangan alat-peralatan dijalankan dengan
menetap masa dan baik.
ii) Sudi memberi bantuan kepada ajk lain
KELEMAHAN SAYA/KAMI : Tidak menjaga alat-peralatan dengan baik sehingga
berlaku kehilangan pencakar.
CARA UNTUK PENAMBAHBAIKAN: Membawa alat-peralatan bersama dengan
kenderaan yang diikuti.

Saya mempunyai pengalaman sebagai quarter master dalam persatuan


lain dan semasa di sekolah menengah. Oleh itu, ia tidak menjadi masalah
kepada saya untuk memikul tanggungjawab sebagai quarter master dalam kem
perkhemahan tersebut.

Kelebihan saya dalam kem ini adalah oleh sebab terdapat pengalaman
sebagai quarter master, saya dapat memastikan pengurusan untuk meminjam
dan memulangkan alat-peralatan dapat diuruskan dengan baik. Selain itu, alat
peralatan yang dipulang adalah dalam keadaan yang baik. Sebagai
quartermaster, saya juga memberikan bantuan kepada ajk lain seperti ajk
masakan rimba, ajk perkhemahan dan ajk keselamatan.

Tetapi, malangnya telah berlaku kehilangan pencakar. Hal ini kerana


penumpang di atas bas yang membawa alat peralatan adalah ahli puteri islam
dan saya terpaksa menaiki van. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak
kerana alat peralatan KRS yang terdapat di bas telah bercampur dengan
peralatan persatuan lain. Oleh itu, saya akan bersifat lebih cermat lain kali
dengan membawa alat-peralatan bersama dengan kenderaan yang dinaiki
atau meminta orang tertentu untuk menjaga alat peralatan tertentu.

Secara kesimpulannya, saya mengucapkan terima kasih kepada


pensyarah iaitu Encik Faizul dan semua ahli KRS percaya kebolehan saya dan
melantik saya sebagai quartermaster. Saya berjanji saya akan menguruskan
segala urusan perkhemahan dengan lebih bagus dan tidak berlaku sebarang
keciciran.

You might also like