You are on page 1of 1

TAN SWEE AUN

31, TAMAN SERI KULIM,


09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN.
___________________________________________________________________
KETUA JABATAN,
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR,
IPG KAMPUS PULAU PINANG,
BUKIT COOMBE,
11700 GELUGOR,
PULAU PINANG. 11 JUN 2017

Tuan,
Kebenaran Untuk Membawa Kenderaan ke IPG Kampus Pulau Pinang
Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa saya Tan Swee Aun,
waris kepada Tan Yong Jie yang merupakan pelajar guru PISMP Ambilan Jun 2015
Sejarah (Semester 1 Tahun 3) di IPG Kampus Pulau Pinang.

2. Tujuan surat ini adalah untuk memberi kebenaran kepada anak saya untuk
menggunakan kereta pada semester ini atas sebab praktikum. Kereta tersebut didaftar
atas nama saya dan nombor plat kereta ialah PGT 3227.

3. Diharapkan agar pihak tuan akan menerima surat kebenaran ini dan
meluluskan permohonan anak saya untuk pelekat kenderaan.

Pertimbangan daripada pihak tuan amat dihargai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

________________
(TAN SWEE AUN)

You might also like