You are on page 1of 10

HIMPUNAN SOALAN DAN JAWAPAN

Konsep media pengajaran: Suatu alat yang berupaya untuk


menyalurkan mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga
mendorong dan meransang pemikiran, perasaan, minat dan perhatian
penerima.
Fungsi media dalam PDP:
1. Pembantu
2. Pengganti
3. Pembelajaran berasaskan projek
4. Media dalam pendidikan khas.
5. Media dalam pendidikan jarak jauh.
6. Media dalam folio pembelajaran.
7. Media penyebar ilmu.
Langkah mengurangkan ancaman pembocoran rahsia dan penggodam:
1. Keselamatan fizikal: Komputer mestilah diletakkan di tempat yang mempunyai
kawalan fizikal yang selamat daripada pencerobohan.
2. Keselamatan dokumen elektronik: Perisian antivirus dan penapis perlu
sentiasa dikemaskini.
3. Tandatangan digital: Agensi kerajaan yang mengendalikan maklumat rahsia
rasmi mesti menggunakan tandatangan digital yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa perakuan tempatan yang ditauliahkan oleh kerajaan Malaysia.
4. Keselamatan pengendalian emel: Rahsia rasmi.
Langkah menghasilkan video korporat yang bermutu:
1. Tetapkan tujuan dan objektif.
2. Buat penyelidikan dan sediakan bahan.
3. Pilih bahan yang sesuai.
4. Menulis skrip.
5. Bersedia membuat penggambaran.
6. Sediakan bahan-bahan grafik.
7. Sediakan peralatan.
8. Memulakan penggambaran.
9. Menyunting.
10. Membuat rakaman audio.
11. Prebiu.

12. Menggunakan dalam pengajaran.


13. Penilaian.
Kepentingan peranan reka bentuk pengajaran:
1. Meningkatkan pencapaian pelajar.
2. PDP lebih teratur.
3. Objektif dan hasil pembelajaran mudah tercapai.
4. Membantu dalam proses membuat keputusan.
5. Pencapaian PDP menjadi standard dan selaras bagi kumpulan yang pelbagai.
6. Menjimatkan masa dan peruntukan.
Peringkat yang terdapat dalam model ADDIE:
1. Peringkat analisis:
Siapa kumpulan sasaran dan apa ciri-ciri mereka.
Apa hasil pembelajaran
Apa pilihan strategi pencapaian
Berapa tempoh perlaksanaan
2. Peringkat reka bentuk:
Tumpuan kepada objketif pembelajaran
Alat taksiran
Isi kandungan
3. Peringkat perkembangan: pemilihan dan penyatuan isi kandungan dan
teknologi.
4. Peringkat pelaksanaan.
Cadangan menghasilkan persembahan multimedia yang menarik:
1. Impak visual: pelbagai pilihan warna, corak latar belakang slaid.
2. Fokus penonton: penggunaan bullet.
3. Penyisipan grafik: menyisip grafik, imej pengimbas dan clip art.
4. Kemudahan slaid: reka bentuk dan reka letak.
5. Impak audio: penggunaan latar belakang muzik.
Kepentingan dua aplikasi teknologi dalam pengajaran dan
pembelajaran:
1. Perancangan pengajaran yang sistematik dan praktikal.
2. Strategi penyampaian guru sesuai dengan gaya pembelajaran murid.

3. Media yang mesra pengguna.


4. Penggunaan media mengikut cara yang betul.
5. Teknik penyampaian yang menyeronokkan.
Peranan reka bentuk pengajaran dalam meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik:
1. Reka bentuk pengajaran adalah satu proses sistematik untuk menentukan ciriciri dan keperluan murid yang terlibat dalam sesuatu sesi pembelajaran untuk
memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai dan murid-murid
memperoleh pengetahuan, kemahiran atau sikap yang diinginkan.
2. Peranannya:
1. Memilih media yang sesuai dengan kandungan pelajaran yang disampaikan.
2. Memastikan tatacara penilaian sesuai dengan kandungan serta objektif
pembelajaran.
3. Memilih dan mengatur aktiviti yang sesuai dengan kompetensi murid.
4. Menetapkan objektif pembelajaran mengikut kompetensi murid.
5. Memastikan prosedur pengajaran betul dan sistematik.
Berdasarkan dua contoh spesifik bahan 2D, ianya dapat digunakan
sebagai alat bantu mengajar dalam bilik darjah melalui cara-cara yang
berikut:
1. Peta: Mengajar subjek Geografi dan Sejarah.
2. Carta: Menunjukkan hubungan abstrak dari segi hieraki, kronologi, pengelasan
dan proses.
3. Bahan cetak: Bahan sokongan aktiviti membaca.
4. Graf: Membantu pelajar memahami sesuatu taburan data dengan mudah.
5. Grafik: Mewakili objek sebenar seperti manusia, haiwan dan benda yang boleh
digunakan untuk menyampaikan mesej dengan lebih berkesan.
Cara menghasilkan satu bahan grafik untuk mengajar satu tajuk
spesifik:
1. Keberkesanan grafik bergantung kepada reka bentuknya iaitu ia disusun
mengikut prinsip reka letak yang betul.
2. Prinsip kontras:
-. Mempunyai kontras yang jelas
- Dua item yang tidak serupa perlu mempunyai perbezaan ketara seperti warna
putih dan hitam.
- Penggunaan saiz fon dalam teks.
3. Prinsip keseimbangan.

4. Prinsip mudah.
5. Prinsip kumpulan item yang berkaitan.
6. Prinsip penekalan.
Kesesuaian penggunaan bahan audio sebagai media utama dalam
pengajaran:
1. Terdiri daripada bahan seperti lakonan, temu bual, simulasi, dokumentari dan
diskusi yang boleh disimpan dalam bentuk digital atau analog.
2. Dapat merangsang proses pengajaran dan pembelajaran murid iaitu ia
menguji kemahiran mendengar murid.
3. Rakaman sesi temubual bersama pakar sebagai sumber maklumat utama
untuk sesuatu projek.
4. Rakaman pembacaan teks untuk mengajar sebutan dan intonasi yang betul.
5. Rakaman perbualan untuk pembelajaran bahasa asing.
Cara mengaplikasikan satu aplikasi Web 2.0 dalam proses pengajaran
dan pembelajaran:
1. Facebook:
1. Perkongsian bahan pembelajaran berbentuk multimedia.
2. Ruang forum dijadikan tempat berbincang.
2. Wikipedia: Alat untuk melaksanakan tugasan kolaboratif, mengirim tugasan
dan portal untuk memuat naik bahan pelajaran.
3. Twitter: Menghantar berita ringkas, pesanan, makluman tentang tarikh
penghantaran tugasan.
4. Youtube: Memuat turun video yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Peranan guru dalam memastikan murid mematuhi etika internet
semasa memperoleh maklumat diruang siber:
1. Mengadakan kempen kesedaran tentang jenayah siber dan etika dalam
menggunakan ICT.
2. Menghukum murid untuk hasil kerja ciplak.
3. Memantau penggunaan internet dalam kalangan pelajar semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan etika internet dipatuhi semasa
menggunakan internet.
4. Kawalan secara luaran melalui penguatkuasaan etika dan peraturan yang
berkaitan dengan penggunaan komputer.
Lima kelebihan penggunaan model reka bentuk pengajaran:
1. Penggunaan reka bentuk pengajaran (RP) membolehkan guru menghasilkan
pengajaran yang berkesan.

2. RP yang berkesan membolehkan pelajar memperolehi kemahiran,


pengetahuan dan sikap yang diharapkan.
3. RP yang terancang membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan
perasaan hormat pelajar kepada pengajar.
4. RP dapat meningkatkan pencapaian pelajar.
5. RP menjadikan bilik darjah lebih teratur.
Lima kesan positif kepada guru dalam pengintergrasian Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran:
1. Meningkatkan mutu dan memperlbagaikan penyampaian dalam pengajaran
dan pembelajaran.
2. Memperkenalkan pembelajaran secara kontekstual yang lebih berfokus
kepada kepada masalah sebenar.
3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
4. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam pengajaran.
5. Menyediakan peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang
pelbagai kompetensi.
Jenis-jenis shot gambar yang anda perlukan bagi menyediakan laporan
bergambar tentang kejohanan olahraga tahunan sekolah:
1. Ketibaan tetamu kehormat (VIP): Wide angle/ long shot.
2. Ucapan VIP: Medium shot.
3. Acara padang: Close up/ medium shot.
4. Penyampaian hadiah: Medium/ long shot.
5. Acara penutup: Long/ medium shot.
Jenis pergerakan kamera video yang sesuai bagi merakam setiap situasi
berikut:
1. Aksi seekor monyet memanjat pokok kelapa: Tilting/ tilt up.
2. Aksi seorang penari balet sedang menari ke kanan dan ke kiri pentas: Panning.
Elemen-elemen yang perlu dimasukkan semasa proses penyuntingan untuk
menjadikan klip video itu lebih menarik:
1. Teks: Menulis tajuk video atau penerangan setiap babak.
2. Kesan khas: Meningkatkan kualiti dan kreativiti video.
3. Transisi: Pergerakan slaid dari babak ke babak lain.
4. Muzik/ lagu latar.
5. Suara latar: Naratif yang menceritakan latar belakang.

Cara yang boleh mengurangkan risiko kebocoran maklumat peribadi


murid secara atas talian:
1. Nombor pengenalan dan kata laluan tidak disebarluaskan kepada pihak ketiga.
2. Logout dan clear cache setiap kali selesai menggunakan sistem.
3. Menggunakan anti-virus berlesen.
4. Menghadkan penggunaan authorized user.
5. Sistem keselamatan mempunyai firewall dan virtual private network yang
mencukupi.
Pengertian hak eksklusif:
1. Mengeluarkan semula karya dalam apa-apa bentuk bahan.
2. Menyampaikan karya kepada awam.
3. Menujuk, menayang atau memainkan karya kepada awam.
4. Mengedar salinan kepada awam samada dengan cara menjual atau meminda
milik.
5. Menyewa kepada awam secara komersial.
Satu model reka bentuk yang sesuai bagi mereka bentuk bahan bantu
mengajar yang berkesan untuk digunakan dalam bilik darjah:
1. Model ASSURE:
1. Dikenali sebagai model tumpuan bilik darjah kerana membantu guru membuat
perancangan yang sistematik sebelum pengajaran di jalankan.
2. Langkah yang terdapat dalam model assure adalah panduan merancang
penggunaan media dalam pengajaran guru.
3. Model ini menekankan penglibatan murid secara aktif.
4. Model ini juga menekankan perancangan penggunaan media dalam
persekitaran bilik darjah yang sebenar.
2. Model ADDIE:
1. Model ADDIE iaitu analisis, reka bentuk, pembinaan, perlaksanaan dan
penilaian.
2 Model ini dikenali sebagai model generik iaitu model asas bagi model-model
reka bentuk pengajaran.
Kelebihan aplikasi pemprosesan perkataan dalam pengajaran dan
pembelajaran:
1. Menjimat masa dan lebih efisyen dalam penyediaan bahan pengajaran.
2. Mudah untuk menyunting.
3. Bahan pengajaran lebih kemas, menarik dan tersusun.

4. Perkongsian maklumat iaitu guru dapat berkongsi rancangan pengajaran


harian dan bahan bacaan.
5. Penyedian nota edaran.
6. Lebih mudah menulis.
Cara elemen-elemen multimedia memberi impak positif kepada
pengajaran dan pembelajaran:
1. Teks: Pelbagai jenis font, saiz dan warna.
2. Grafik: Jelas dan bermakna.
3. Audio: Boleh integrasikan sebagai muzik latar, suara atau arahan bacaan teks.
4. Video: Menunjukkan situasi sebenar kepada pelajar.
5. Animasi: Pergerakan sesuatu objek supaya dapat bergerak dan kelihatan
hidup.
Sebab penggunaan klip video dalam pengajaran dan pembelajaran:
1. Berupaya membawa masuk peristiwa yang berbahaya dan sukar dibayangkan
ke dalam bilik darjah seperti letusan gunung berapi.
2. Mampu merakam imej secara dekat dan jauh. Contohnya melihat serangga
secara terperinci melalui lensa mikro.
3. Boleh mempercepat dan melambatkan sesuatu pergerakan objek.
3 cara jenayah siber boleh berlaku:
1. Pencurian identiti.
2. Cyber stalking: Mengganggu seseorang melalui mesej yang dipaparkan di
laman sesawang, emel atau khidmat pesanan ringkas yang menyinggung
perasaan.
3. Pembulian siber.
Cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah siber:
1. Menggunakan kata laluan yang unik dan kompleks untuk setiap akaun.
2. Memasang dan menyenggara program anti-virus untuk menapis trafik keluar
dan masuk.
3. Selalu membuat salinan bagi data kritikal dalam komputer anda.
4. Memasang kemaskini perisian sebaik sahaja dibekalkan.
5. Jangan membuka atau memuat turun fail daripada sumber yang meragukan.
6. Jangan membiarkan komputer anda bersambung ke internet apabila tidak
digunakan.
Cara mengatasi gejala plagiat/ ciplak/ cetak rompak oleh pengguna
internet:

1. Memastikan setiap pengguna harus meminta kebenaran daripada tuan punya


yang dihakciptakan.
2. Mengenakan tindakan undang-undang terhadap pesalah di bawah Akta Hak
Cipta 1987.
3. Memberikan kesedaran terhadap kesan terhadap bahan berhakcipta dan
pembangunan sesebuah negara.
Kelebihan penggunaan perisian hamparan elektronik seperti Microsoft
Excel dalam penyediaan rumusan markah peperiksaan murid
berbanding cara konvensional:
1. Cara konvensional:
1. Penyediaan lambat kerana tidak menggunakan formula.
2. Pengiraan tidak secara automatik.
3. Pembinaan graf secara manual.
4. Perubahan markah dan gred dibuat secara manual.
2. Microsoft Excel:
1. Penyediaan cepat kerana menggunakan formula.
2. Menggunakan formula yang tersedia dan secara automatik.
3. Menghasilkan carta yang menarik dan mudah.
4. Perubahan markah dan gred dibuat secara automatik.
Rasional gejala ciplak berlaku secara berleluasa dalam bidang
pendidikan pada hari ini:
1. Kekangan bajet dalam kalangan sekolah untuk membeli lesen perisian asli
yang mahal.
2. Pendidik lebih peka kepada faedah pelajar berbanding hak cipta terpelihara.
3. Penguatkuasaan undang-undang yang longgar.
4. Pembekal kekurangan tenaga untuk memantau penggunaan bahan oleh
pembelinya.
5. Hukuman tidak menakutkan pihak yang terlibat.
6. Jangkauan internet dan kemudahan mengakses laman web tertentu bagi
mendapatkan perisian ciplak.
Empat langkah keselamatan dalam penggunaan emel:
1. Pastikan mesej adalah ringkas dan pendek.
2. Pastikan alamat emel yang hendak dihantar adalah betul.
3. Jangan menyebarkan sesuatu yang bersifat sensitif dan menghasut.
4. Pengguna harus bijak menganalisis dan menaksir informasi yang diterima.

5. Berhati-hati dengan penggunaan perkataan kerana terdapat kemungkinan


tafsiran penerima adalah berlainan kerana mereka tidak dapat melihat mimik
muka dan perasaan penghantar.
6. Menyedian satu kaedah penilaian alternatif yang lebih tepat dan bermakna
selain dari peperiksaan.
Ciri-ciri media interaktif yang menarik:
1. Antara muka: Media interaktif mengandungi antara muka yang mengandungi
reka bentuk/ gambar yang mengaitkan media dengan tajuk atau subjek.
2. Menu dan submenu: Media interaktif dilengkapi menu utama dan terdapat
submenu yang disusun mengikut cita rasa pengarang.
3. Butang/ ikon navigasi.
4. Animasi: Terdapat unsur animasi seperti imej dalam format .gif yang
menunjukkan gerakan yang kadangkala berkait dengan tajuk.
5. Audio: Biasanya digunakan sebagai respons/ tindak balas kepada pilihan
pengguna seperti muzik, kesan bunyi atau suara yang memberi penerangan.
6. Pautan kepada laman sesawang dan fail lain.

Ciri-ciri baik pada pakej multimedia interaktif:


1. Menarik: Merangkumi semua unsur multimedia seperti teks yang berlainan,
warna, audio, klip video, animasi dan sebagainya.
2. Interaktif:
1. Membenarkan penggunannya berinteraksi dengan perisian tersebut.
2. Pengguna dapat memilih jawapan yang dirasakan betul, mengisi tempat
kosong, meyemak jawapan yang dipilih dan mendapat respons daripada
perisian.
3. Mudah lentur: Pengguna dapat keluar daripada perisian atau mana-mana
bahagian pada bila-bila masa dan dapat mengikuti mana-mana modul mengikut
kehendak pengguna tanpat terikat dengan prosedur yang telah diberikan.
4. Tidak bias.
5. Merangsang pemikiran aras tinggi dan naluri ingin tahu.
Cara media interaktif dapat membantu meningkatkan keberkesanan
proses pembelajaran murid:
1. Membantu guru mengukuhkan sesi pengajaran.
2. Memudahkan guru menyediakan alat bantu mengajar.
3. Murid-murid dapat menggunakan perisian aplikasi untuk membuat tugasan
atau latihan.
4. Fleksibel serta memudahkan tugasan dan latihan dihantar.

5. Minat, motivasi dan keyakinan diri pelajar dapat ditingkatkan.

You might also like