You are on page 1of 9

JENIS-JENIS SUMBER DAN PEMBINAAN SUMBER

TAJUK 6
PENDIDIKAN MORAL

Bahan sumber ialah bahan-bahan yang dijadikan sumber pengajaran dan pembelajaran.
Umumnya bahan sumber dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sumber bahan
atau alat, sumber manusia dan sumber kewangan. Sumber bahan terbahagi kepada dua
bahagian iaitu sumber elektronik dan bahan cetak. Bahan elektronik terdiri daripada
semua bahan/alat pandang dengar seperti radio, televisyen, filem video, filem slaid,
komputer, perisian komputer, cakera padat, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan
sebagainya. Dengan perkembangan dunia hari ini, boleh dikatakan Komputer dapat
mengambil peranan yang dimainkan oleh sumber-sumber elektronik lain.

Sumber bahan cetak terdiri daripada carta-carta, gambar-gambar rajah, gambar-gambar


buku-buku Pendidikan Moral, majalah, kad-kad, modul dan sebagainya. Buku-buku
skrap dan tugasan-tugasan murid yang baik juga boleh dijadikan contoh dan bahan
sumber untuk Pendidikan Moral. Model dan bahan maujud juga boleh dijadikan sumber
pembelajaran.

Sumber manusia tidak banyak terlibat dalam proses pengajaran. Selain daripada
tenaga dan kemahiran guru atau pembantu makmal elektronik/bilik sumber, murid-murid
sendiri adalah sumber penting dalam pelaksanaan Pendidiikan Moral.

Sumber kewangan pula biasanya di bawah pihak pentadbir sekolah. Guru Pendidikan
Moral hanya perlu memohon peruntukan untuk membeli bahan-bahan sumber melalui
Panitia Pendidikan Moral.

4.1 Pengurusan, Penyediaan dan Penggunaan

Sebahagian bahan sumber tidak memerlukan kewangan yang banyak dan boleh
disediakan sendiri oleh guru-guru Pendidikan Moral. Ada juga Pusat Kegiatan Guru
daerah mengadakan bengkel menyediakan bahan-bahan sumber pengajaran secara
bersama. Murid-murid juga boleh diminta membuat bahan-bahan sumber melalui
tugasan dan projek. Terpulanglah kepada kreativiti guru dan panitia mata pelajaran untuk
menyediakan bahan sumber yang boleh digunakan untuk pengajaran pembelajaran mereka.
Anda tentu biasa dengan bilik sumber sekolah. Walaupun cara pengurusan dan
pengendaliannya mungkin berbeza tetapi fungsinya adalah sama. Bahan-bahan sumber
biasanya diletakkan di bilik sumber sekolah, diatur/disimpan mengikut mata
pelajaran. Guru-guru boleh mengeluarkannya apabila diperlukan. Kadang kala bahan
sumber diletakkan di satu sudut diperpustakaan kerana kekurangan bilik. Namun guru-guru
tetap diberi kebenaran untuk menggunakannya dengan membuat catatan supaya bahan-
bahan itu tidak hilang dan dapat dikesan. Bahan-bahan ini mesti dipulangkan selepas
menggunakannya.

Bagi penggunaan alat-alat elektronik, biasanya murid-murid akan dibawa ke bilik yang
dikhaskan apabila perlu menggunakannya. Untuk menggunakan bilik ini, perlu dibuat
tempahan terlebih dahulu kerana biasanya banyak kelas yang akan menggunakan bilik ini
pada satu-satu masa. Oleh itu penjadualan biasanya dibuat oleh guru yang
dipertanggungjawabkan supaya tidak menimbulkan masalah. Guru-guru perlu mengetahui
cara-cara menggunakan bahan-bahan sumber elektronik supaya pengajaran tidak
tergganggu. Jika tidak, guru terpaksa meminta bantuan pembantu bilik sumber ( jika ada )
atau pelajar-pelajar yang tahu. Selepas penggunaan, bahan/alat elektronik mestilah
dikembalikan seperti kedudukan asalnya. Langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil.

Ciri-ciri Bahan Sumber

Sama ada bahan elektronik atau bahan cetak, ia hendaklah sesuai dengan tajuk dan nilai
yang diajar.

 Bentuk, warna dan saiznya sesuai.


 Tulisan terang dan gambar-gambar yang menarik.
 Membantu menambah keberkesanan pengajaran.
 Memudahkan guru menyampaikan konsep dengan jelas.
 Sesuaikan dengan tahap umur pelajar.
 Pastikan bahan audio yang hendak digunakan itu berfungsi

4.2 Jenis-jenis Sumber

Seperti mana mata pelajaran lain, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral akan
lebih berkesan dan menyeronokkan jika pelbagai bahan bantu mengajar digunakan oleh
guru. Antara bahan-bahan bantu mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral yang boleh
digunakan adalah seperti berikut:
1. Bahan bercetak seperti gambar, gambar bersiri, carta, komik, kad-kad situasi, skrip
lakonan, cerita, lagu, surat khabar, dan poster.
2. Bahan-bahan permainan untuk menerapkan nilai dalam bentuk kad atau papan
seperti permainan ular dan tangga, teka teki, dan silang kata.
3. Bahan-bahan maujud seperti bendera, pakaian, model dan sebagainya.
4. Bahan rakaman seperti cerita dan lagu.
5. Bahan pandang dengar seperti video, CD-Rom, filem dan sebagainya.
6. Alat-alat tayangan seperti slaid, komputer, projektor LCD, projektor lutsinar dan
sebagainya.

Bahan-bahan ini boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar Pendidikan Moral mengikut
kesesuaian kandungan akademik yang diajar guru. Bahan-bahan ini perlulah disimpan di
tempat khas bahan sumber atau di pusat sumber supaya senang diperolehi oleh guru dan
murid. Jika semua guru bekerjasama menghasil, menyimpan dan menggunakan bahan
bantu mengajar dengan baik, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral akan menjadi
lebih berkesan. Bahan-bahan sumber Pendidikan Moral adalah penting kerana:

1. Daya penarik kepada pelajar


2. Dapat mengelakkan kebosanan pelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dan menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif dan berkesan
3. Mendorong pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti lanjutan hasil daripada pendedahan
kepada suatu alat bantu mengajar.
4. Dapat memupuk pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif
5. Menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran
6. Menggalakkan pemindahan pembelajaran kerana konsep-konsep dan teori-teori dalam
Pendidikan Moral dapat diperjelaskan dengan lebih terperinci dan berksan

Latihan
Cuba uji kefahaman anda dengan menjawab soalan soalan berikut.

Aktiviti 1

1. Fikirkan beberapa bahan sumber yang sesuai untuk tajuk-tajuk berikut

Nilai berkaitan diri dan keluarga

Contoh:
 Tajuk : Keluarga saya Bahan : Buku skrap
 Tajuk____________________________Bahan _________________

 Tajuk____________________________Bahan ________________________

Nilai berkaitan diri dan Alam Sekitar

 Tajuk____________________________Bahan __________________

 Tajuk____________________________Bahan __________________

 Tajuk____________________________Bahan __________________

1. Senaraikan ciri bahan sumber yang baik.

_______________________________________________________

________________________________________________________

3. Seorang guru menggunakan carta untuk mengajar. Saiznya kecil, tulisannya kecil
dan warnanya malap. Beri komen anda.

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

_______________________________________________________

Aktiviti 3

Senaraikan bahan mengajar yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan


pembelajaran Pendidikan Moral.

Aktiviti 4

Berpandukan jadual di bawah:

Teknik Bahan yang boleh Kelebihan menggunakan


digunakan bahan ini
1.Kuiz pendidikan Papan kuiz yang kreatif/ papan Guru dapat menyoal dalam
moral skor masa yang dirancang.
Wujudkan persaingan sihat

2.
3.

4.

5.

1. Senaraikan teknik yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan


Moral.
2. Untuk setiap teknik senaraikan bahan bantu mengajar yang anda boleh gunakan.
3. Nyatakan kebaikan atau kelebihan menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
tersebut berbanding bahan-bahan lain.

Rumusan

1. Bahan sumber ialah bahan-bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran sama ada
ia berupa bahan cetak atau bahan elektronik.

2. Bahan-bahan sumber boleh diperolehi dengan pelbagai cara, sama ada dibuat atau
dibeli.

3. Pelbagai bahan sumber elektronik seperti radio kaset dan sebagainya yang satu masa
dulu amat berguna boleh digantikan dengan penggunaan komputer dan ICT.

4. Guru-guru perlu mengetahui tentang pengurusan bahan sumber di sekolah.

5. Guru-guru perlu mengetahui tentang cara penggunaan bahan-bahan sumber sama


ada bahan cetak atau bahan elektronik.

6. Guru-guru juga perlu mengetahui tentang ciri-ciri bahan sumber yang baik.

Penggunaan multimedia dalam bidang pengajaran dan pembelajaran

Multimedia sudah lama digunakan dalam bidang pendidikan sebelum pengenalan komputer
peribadi di sekolah. Multimedia boleh didefinisikan sebagai gabungan di antara visual, audio,
grafik dan maklumat tektual dengan menggunakan teknologi unggul. Penggunaan
multimedia dalam pendidikan merupakan satu keperluan dalam era teknologi
maklumat.Multimedia merupakan rangsangan kepada perubahan dalam proses pengajaran
berbanding dengan kaedah pengajaran tradisi.Multimedia merujuk kepada bahan-bahan
bantu mengajar audio-visual seperti pita radio, televisyen, projektor slaid dan projektor filem.

Perkembangan yang pesat pada masa kini dalam bidang terknologi komputer dari segi
kelajuan pemprosesan data, ruang penyimpanan data, peranti sisian seperti pemacu CD-
ROM, pengimbas, dan kamera digital telah membolehkan guru dan pelajar menghasilkan
sendiri multimedia CD-ROM dengan menggunakan alat-alat sesuai.

Selain itu ia juga dapat melayan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar
dengan elemen-elemen yang terdapat dalam multimedia. Di samping itu multimedia mampu
memudahkan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme. Seseorang pelajar boleh
mencapai kepada maklumat yang dikehendaki dan belajar memilih untuk belajar sama ada
melalui teks, gambar, audio atau video mengikut gaya pembelajaran sendiri. Bagi pelajar
yang kurang cekap dalam pembelajaran, golongan tersebut boleh mengulangi perkara yang
sudah dilalui sehingga dapat memahami perkara yang dipelajari.

Multimedia merupakan satu gabungan teks, grafik, audio, video dan animasi. Dengan
gabungan elemen-elemen ini dalam sesuatu pengajaran, guru boleh mewujudkan satu
suasana pembelajaran yang penuh dengan persembahan audiovisual yang bukan sahaja
dapat menarik minat pelajar serta merangsangkan deria.

Multimedia interaktif juga menggalakkan pembelajaran koperatif dan interaksi antara pelajar.
Mereka berpeluang membentuk kumpulan kecil untuk berbincang dan memahami sesuatu
topik, menyelesai masalah dan membuat keputusan. Menurut konstruktivisme, pelajar
adalah bertanggungjawb atas pembelajaran

Kepentingan Pengaplikasian multimedia dalam pendidikan


• memudahkan guru meyampaikan pelbagai maklumat dengan pelbagai pendekatan.
• memberi manfaat kepada murid di mana murid boleh menerima, memproses,
mengingat, menyimpan dan melahirkan semula segala yang telah dipelajari.
• murid juga perlu dieri kebebasan untuk belajar mengikut perkembangan diri mereka
masing-masing dengan melibatkan pancaindera semasa proses pembelajaran
berlangsung.
• Membuat pengajaran tersusun
• Memperkayakan pengalaman
• Memberi maklumat
• Pengajaran lebih bersifat individu
• Pembelajaran menjadi lebih dekat
• Pendidikan boleh disebarkan
• Pembelajaran lebih menarik

Jenis-jenis multi media

a. Hypermedia
b. CD-ROM
c. Gabungan kamera video, perakam video dan perakam pita
d. Cakera video atau laser
e. Alat pengimbas grafik

Multimedia Dalam Internet

Perkhidmatan mel elektronik yang berbentuk teks dan grafik akan ditingkatkan lagi dengan
keupayaan untuk menghantar gambar-gambar video dan bunyi melalui talian komunikasi.
Gambar-gambar video dan bunyi ini boleh dihantar secara langsung seperti sidang video
atau disimpan dalam storan dan dimuatkan ke komputer apabila diperlukan oleh pengguna.
Konsep sidang video kini digunakan dalam program pendidikan jarak jauh. Oleh itu, pelajar
hanya perlu menghadiri stesen tempat diadakan sidang video tersebut tanpa perlu berdepan
dengan guru atau pensyarah secara fizikal. Ini mungkin dapat membantu masalah
kekurangan guru pakar dan tenaga profesyenal. Satu sesi bersama pensyarah yang
dijemput khas boleh diadakan dan boleh diikuti oleh ramai pelajar dari lokasi yang
berasingan. Untuk tujuan ini, terminal atau komputer yang digunakan mesti dilengkapi
dengan kamera digital dan mikrofon untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi pelajar
dengan tenaga pengajar.

Satu kaedah lagi ialah unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik ini disimpan dalam storan.
Apabila ada permintaan, maka perisian tersebut akan dihantar melalui saluran komunikasi
ke komputer pelajar. Aplikasi ini dipanggil pembelajaran atas permintaan. Ia membolehkan
pelajar menentukan masa dan kekerapan capaian bersesuaian dengan keperluannya.
Pelajar tidak perlu umpamanya menunggu masa siaran yang ditetapkan seperti dalam
Televisyen dan Radio Pendidikan

Dengan kemajuan telekomunikasi juga membolehkan satu projek berkumpulan dilakukan


dengan lebih cekap dan produktif. Perbincangan mengenai bahan projek boleh dilakukan
melalui telefon video dan telesidang. Malahan bahan projek boleh diteliti oleh setiap ahli
projek pada skrin komputer masing-masing dan perubahan boleh dilakukan di skrin
disaksikan oleh semua ahli. Konsep ini boleh digunakan untuk membantu melincinkan
pengurusan pendidikan.

Melalui internet, pelajar boleh mendapat pendidikan global sebab ia adalah sebagai gedung
maklumat di mana maklumat interaktif dapat diperoleh dengan cepat dan mudah.

Cabaran Multimedia Masa Hadapan

Respons kepada sahutan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad
untuk pemindahan teknologi maklumat yang efektif, Limkokwing Integrated Group, Microsoft
(M) Sdn. Bhd. dan Digital Equipment berganding bahu mendirikan sebuah pusat yang
dipanggil ‘Advanced Multimedia Centre’ (AMC). Pada mulanya, pusat ini akan diletakkan di
Institut Limkokwing, dan akan ditukar ke dalam lingkungan Koridor Raya Multimedia (
Multimedia Super Corridor ) apabila infrastrukturnya sudah siap. Pusat ini adalah pusat
latihan multimedia lanjutan yang terunggul sekali di Malaysia. Limkokwing Group akan
memberi kemahiran-kemahiran kreatif, sementara Microsoft akan memberi kemahiran dalam
perisiannya dan Digital akan memberi kemahiran dalam teknologinya.

AMC telah menerima pengambilan pertama pada April 1997. Pelajar-pelajar AMC akan
mengikuti kursus dengan teknologi yang terkini yang terdapat di mana-mana tempat di dunia
ini. Objektif latihan ini adalah untuk menghasilkan sumber manusia yang berilmu teknologi
dan berkemahiran tinggi dalam multimedia.

Membicarakan mengenai usaha Koridor Raya Multimedia, pastinya antara aplikasi yang
diberikan perhatian ialah inisiatif sekolah bestari. Sekolah bestari adalah salah satu flagship
dalam projek Koridor Raya Multimedia. Fasa pertama sekolah bestari akan mula beroperasi
dalam tahun 1999. Usaha pemanjangan ke seluruh negara pastinya akan bergantung
kepada faktor sejauh manakah ia berkesan dalam usaha pembelajaran dan juga
perlaksanaan sistem pendidikan negara.

Kemajuan teknologi akan masuk dalam kurikulum sekolah dan proses ini akan meluaskan
skop pendidikan dalam kemahiran-kemahiran tambahan yang perlu ada bagi individu dan
kejayaan nasional dalam abad ke 21. Untuk memudahkan pembelajaran, semua sekolah
bestari akan dilengkapkan dengan optik fiber, komputer dan kemudahan multimedia.
Bersama-sama dengan rancangan memajukan sekolah bestari dan menghubungkan semua
sekolah ke internet dalam awal abad ke 21, negara Malaysia berharap menghasilkan
sumber manusia yang cukup untuk keperluan industri teknologi maklumat (IT). Menurut
Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, 85 buah sekolah bestari dijangka
siap dibina dalam tahun 1999. Pada tahun 2010, projek sekolah bestari ini akan
dikembangkan ke semua sekolah rendah dan sekolah menengah.

Menurut laporan kajian yang dilakukan oleh Kumpulan Juruperunding OmniTech,


penggunaan peralatan multimedia untuk latihan mendapat sambutan hebat daripada
organisasi korporat dan dijangka menjadi medium utama dalam pembelajaran menjelang
tahun 2000. Bukti menunjukkan bahawa penggunaan masa yang diperuntukkan untuk
latihan ialah 37% berbanding dengan 16% jika menggunakan multimedia interaktif.
Pengarah kajian, John A. Faier, berkata bahawa penggunaan peralatan multimedia dalam
latihan akan menggantikan kaedah pembelajaran secara tradisional yang mewajibkan
pelatih perlu berada di bilik latihan. Dengan itu, produktiviti pekerja dapat ditingkatkan.

Jadi, penggunaan multimedia amat perlu dan mencabar dalam sistem pendidikan akan
datang. (http://michael001.tripod.com/mm1.html)

You might also like