You are on page 1of 24

Peranan dan

Tanggungjawab Guru
Pend. Moral dalam
Merealisasikan
Wawasan 2020
Apa itu Wawasan 2020 ?

Wawasan 2020
visi negara kita yang
dikemukakan oleh
bekas Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dato
Seri Dr. Mahathir
Mohamad pada 28
Februari1991.

Malaysia mencapai taraf sebuah
negara perindustrian yang maju dan
masyarakat yang beretika.

Tujuan
Matlamat : menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang benar-benar maju dari
segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan
kebudayaan menjelang tahun 2020.



Intipati
Wawasan 2020
a) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang
mempunyai matlamat yang dikongsi bersama iaitu
Malaysia mesti menjadi negara yang aman,
berintegrasi di peringkat wilayah dan semua kaum hidup
dalam keharmonian.
b) Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa
bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada
dan dengan apa yang dicapai.
c) Mewujudkan dan membangunkan masyarakat
demokratik yang matang.
d) Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan
beretika sepenuhnya yang mempunyai warganegara
yang kukuh dalam nilai agama dan jiwa.
e) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur
dalam konteks rakyat Malaysia pelbagai kaum;bebas
mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama
tetapi setia peda negara..
f) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, yang
bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah
menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan.
g) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya
menyayang iaitu sistem sosial yang memberi keutamaan
kepada kepentingan masyarakat daripada diri sendiri.
h) Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang
ekonomi iaitu masyarakat yang melaksanakan
pengagihan kekayaan negara secara adil dan
saksama.
i) masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,
dinamik, giat dan kental.
Sistem
pendidikan
dalam mencapai
Wawasan 2020

Falsafah Pendidikan Kebangsaan
telah meletakkan pendidikan nilai
pada asas yang kukuh dalam
sistem pendidikan kebangsaan.

menjadikan Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral sebagai mata pelajaran
wajib adalah selaras dengan Wawasan
2020.
Penerapan
nilai-nilai murni
dibuat melalui
pendekatan
pendidikan nilai
merentasi
kurikulum.
- sentiasa sedar
bahawa teori dan ilmu
pengetahuan hanya
akan berfaedah kepada
muridnya apabila ia
diseimbangkan dengan
amalan.
- Latihan yang
mencukupi
diperlukan
memastikan sesuatu
praktis atau amalan
muridnya mencapai
tahap cemerlang.
- mengenal pasti ciri
atau potensi muridnya,
memotivasikan mereka
untuk mengembangkan
ciri atau potensi dan
secara beransur-ansur
menghapuskan ciri
negatif warisan keluarga
mereka.
-sedar bahawa
keluarga mereka
mempunyai
pengaruh yang
besar terhadap ciri
rohani, intelek,
emosi dan jasmani
setiap murid.
Peranan guru
Pendidikan
Moral dalam
merealisasikan
Wawasan
2020
Peranan guru
Menyampaikan
ilmu
(Muallim)
Menjayakan
proses
pendidikan/
tarbiyah
(Murabbi)
Mendidik adab
dan budi pekerti
(Muaddib)
Memperkembangkan
kemahiran
(Mudarris)
Melahirkan
pemimpin
generasi akan
datang
(Mursyid)
Menyampaikan ilmu (Muallim).

Ilmu pengetahuan yang benar dan diyakini akan
menjadikan seseorang individu itu berpegang teguh
dalam amalannya.

Guru berperanan untuk menyampaikan ilmu yang
berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses
melahirkan insan yang bermoral.


Guru harus menyampaikan isi kandungan
pendidikan dengan lebih berkesan tanpa
mengabaikan nilai-nilai murni dalam
menyampaikan apa juga disiplin ilmu.

Ini dapat mewujudkan masyarakat yang
bermoral dan beretika selain daripada berilmu.

Menjayakan proses pendidikan/tarbiyah
(Murabbi).

Proses ini adalah dari mendidik anak-anak tidak
tahu membaca kepada boleh membaca sehingga
menjadi pemimpin Negara.

Guru Murabbi adalah guru segala-galanya. Oleh
itu, guru seharusnya sentiasa peka kepada
perubahan.


Guru Murabbi sentiasa berpegang teguh dan
memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk
mengajar dan mendidik serta memberi teladan
kepada murid-muridnya.

Ini telah mewujudkan negara Malaysia bersatu
yang mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama setelah setiap guru melaksanakan
tugas mereka dengan sedaya-upaya.
Memperkembangkan kemahiran (Mudarris).

Guru-guru berperanan untuk memperkembangkan
kemahiran dalaman dan luaran murid-muridnya.
- Kemahiran sikap peribadi (personal attributes),
melibatkan berpegang teguh kepada etika kerja,
kemahiran menghormati iaitu menghormati
pelanggan dan orang-orang lain serta
persekitarannya.
- Contohnya guru perlu mempunyai kemahiran
menghormati murid dan tidak menyentuh perasaan
secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata
kesat dan menghina mereka.

- Kemahiran penampilan diri (interpersonal) pula
berkaitan kemahiran berkomunikasi seseorang
guru dalam menyesuaikan diri dalam apa jua
keadaan.

- Kemahiran luaran melibatkan kemahiran
komunikasi guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran untuk menarik minat murid-murid
beliau.
Mendidik adab dan budi pekerti (Muaddib).

Selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, guru berperanan untuk
mengembangkan potensi insan yang berakhlak
mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani,
emosi dan jasmani (JERI).

Guru muaddib adalah guru yang
menganjarkan adab dan budi pekerti.

Dalam hal ini, guru berusaha memastikan adab
dan budi pekertinya adalah di tahap yang
cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan
model kepada murid-murid dan masyarakat
sekelilingnya.

Ini telah mewujudkan masyarakat liberal dan
bertolak ansur dalam konteks rakyat Malaysia
pelbagai kaum serta masyarakat penyayang
yang memberi keutamaan kepada kepentingan
masyarakat daripada diri sendiri.


Melahirkan pemimpin generasi akan datang
(Mursyid).
Guru adalah pemimpin bahkan juga kepada
pemimpin yang sedia ada.
Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan
yang berat dan ini adalah peranan dan tugas yang
terletak di bahu guru.
Ini akan mewujudkan sebuah masyarakat yang
berjiwa bebas, tenteram dan maju melalui tugas
guru yang berperanan membentuk modal insan
masa depan.


- Contohnya, guru seharusnya mempunyai
kemahiran menggunakan pendekatan, strategi,
kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dan
mahir melayari internet untuk mendapatkan
sumber maklumat terkini selaras dengan misi
untuk mewujudkan sumber pendidikan bertaraf
dunia dan seterusnya mencapai misi nasional.

Ini telah mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi malah menjadi penyumbang kepada
tamadun saintifik dan teknologi masa depan.


Kualiti
peribadi
guru

-sifat zuhud dan
bekerja untuk
mencari keredaan
Allah S.W.T.
-mempunyai kebersihan
peribadi daripada segala
kejelekan sama ada dari
segi percakapan, tindakan
atau perasaan.
-perlu memiliki budi
pekerti yang bebas
daripada perasaan
dengki, tamak, pemarah
-menguasai mata
pelajaran yang
diajar.

- perlu ada kemampuan untuk
menilai kecenderungan dan
kegemaran murid.

-mempunyai sifat
amanah dalam
menjalankan tugas
dan terhadap ilmu.
Peranan sekolah
dalam
merealisasikan
Wawasan 2020
Pembentukan
sekolah
penyayang
Pembentukan
masyarakat
yang adil
Pembentukan
pemimpin yang
berkaliber
Pembentukan
masyarakat
yang adil
Pembentukan
mayarakat yang
bersatu dan
matlamat
berkongsi bersama
Pembentukan
masyarakat
yang saintifik
dan progresif
Aktiviti
Sebagai seorang bakal guru, apakah
aktiviti yang boleh anda lakukan
untuk merealisasikan Wawasan
2020?
Bincangkan dalam kumpulan.
Rumusan
Bagi mencapai sembilan cabaran
Wawasan 2020, negara memerlukan
generasi guru yang benar-benar
berwibawa kerana keberkesanan peranan
guru pada masa ini akan mempengaruhi
kualiti manusia yang akan mewarisi
negara ini pada tahun 2020.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
Ling Huong Yen Ling Suk Hong
Lau Sin Yi Chaw Jia Wei

You might also like