You are on page 1of 4

Perbandingan antara Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR)

dengan Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR)



Konsep bersepadu dalam KBSR merujuk kepada unsur pengetahuan, kemahiran dan
nilai digabungkan dalam kurikulum supaya dapat mencapai kesepaduan dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Konsep ini merangkumi aspek teori dan amali serta nilai murni
bagi melahirkan insan yang seimbang. Penekanan utama KBSR ialah kemahiran asas 3M iaitu,
membaca, menulis dan mengira.Selain itu, penyerapan nilai-nilai murni juga dilakukan secara
menyeluruh melalui semua mata pelajaran yang terdapat dalam kurikulum KBSR.
Walau bagaimanapun, trasfomasi kurikulum telah dilakuka nuntuk memperkukuhkan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dengan mengenalkan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). KSSR merupakan transformasi pendidikan yang melakukan satu
bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan
perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,
bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Persamaaan terhadap KBSR dan KSSR adalah daripada aspek kandungan, peruntukan
masa dan pengurusan kurikulum. Daripada aspek kandungan terhadap KBSR dan KSSR
selalu berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran. Selain itu, aspek terhadap
peruntukan masa bahawa KBSR dan KSSR juga selalu berlaku perubahan masa terhadap
beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Di samping itu, dari
aspek pengurusan kurikulum. Semua perubahan dalam aspek-aspek seperti organisasi,
pedagogi, bentuk, bahan, kaedah pentaksiran dan lian-lain, menyebabkan berlaku perubahan
kepada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat atas KBSR dan KSSR.




























KBSR dan KSSR adalah berbeza dari segi matlamat, stuktur, organisasi kurikulum,
reka bentuk kurikulum, bahankurikulum, elemen dan fokus. Dari sudut matlamat, KBSR
adalah bermatlamat untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang
dan bersepadu.Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi
melahirkan insan yang seimbang, hamonis dan berakhlak mulia. Manakala, matlamat KSSR
adalah untuk memastikan anak bangasa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai.
Reka bentuk kurikulum KBSR adalah bersifat linear. Kurikulum KBSR adalah
dibentuk berasaskan tiga bidang, iaitu komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta
perkembangan diri individu. Manakala, reka bentuk kurikulum KSSR adalahbersifat modular.
Kurikulum KSSR adalah dibentuk berasaskan enam tunjang utama, iaitu komunikasi,
kerohanian, sikap dan nilai kemanusiaan, perkembangan fizikal dan estetika serta sains dan
teknologi ketrampilan diri.
Selain itu, elemen KBSR adalah berfoku skepada 3M, iaitu membaca, menulis dan
mengira dengan merangkumi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Elemen KSSR
adalah berfokuskepada 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul denganberunsur
kreativiti dan inovasi keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Tambahan pula, organisasi kurikulum KBSR dan KSSR dibahagikan kepada dua
tahap, iaitu tahap I (Tahun 1, 2 dan 3 ) dan tahap II ( Tahun 4,5 dan 6). Kurikulum KBSR pada
tahap I dan tahap II adalah sama iaitu, mata pelajaran teras, wajib dan tambahan. Sementara
itu, kurikulum KSSR pada tahap I adalah terdiri daripada modul teras tema, modul elektif dan
modul teras asas. Pada tahap II, kurikulum KSSR adalah terdiri daripada mata pelajaran teras
dan elektif.



























Disamping itu, sukatan pelajaran merupakan bahan kurikulum KBSR. Manakala,
dokumen kurikulum dan buku teks merupakan bahan kurikulum KSSR.Dokumen kurikulum
terdiri daripada standard kandungan yang merupakan satu penyataan spesifik tentang perkara
yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard pembelajaran merupakan satu penetapan
kriteria dan pencapaian yang boleh diiukur bagi setiap standard kandungan.Buku Teks
merupakan bahan berpendekatan modular.
Fokuskurikulum KBSR dan KSSR juga adalah berbeza.Kurikulum KBSR focus
kepada 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira mengikut tahap. Fokus kurikulum pada tahap
1 ialah penguasaan kemahiran asas berbahasa, operasi asas mengira serta memahami nilai dan
norma masyarkat. Fokus kurikulum pada tahun 2 ialah pengukuhan kemahiran asas berbahasa,
menghayati dan mengamalkan nilai-nilai moral, kemahiran belajar dan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif. Kurikulum KSSR adalah berfokus kepada 4M, iaitu membaca,
mengira, menulis dan menaakul mengikut tahap persekolahan. Kurikulum pada tahap sekolah
rendah adalah berfokus ke pada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif dan
sasiah kanak-kanak. Kurikulum ini merupakan satu persediaan kepada kanak-kanak prasekolah
untuk melanjutkan pelajaran mereka di sekolah rendah dengan pendedahan kemahiran 3M dan
menaakul. Manakala, Kurikulum sekolah rendah tahap 1 dan 2 adalah berfokus pada
penguasaan kemahiran 3M danmenaakul, kemahiran asas Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif serta sikap dan
nilai.
Struktur kurikulum KBSR adalah terdiri daripada 3 bidang iaitu, komunikasi, manusia dan
alam kelilingnya dan perkembangan diri individu. Tiga bidang tersebut juga dibahagikan
kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen tersebut
termasuklah, kemahiranasas, manusiadenganpersekitaran, kesenian dan kesihatan, kerohanian
nilai dan sikap serta kemahiran hidup dan kokurikulum.Manakala, stukturkurikulum KSSR
adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang.Terdapat 6 bidang dalam stuktur
kurikulum KSSR iaitu, sains dan teknologi, komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai,
kemanusiaan, keterampilan diri serta perkembangan fizikal dan estetika.



























Secara ringkasnya, KBSR dibentuk dengan bermatlamat untuk mencapai objektif
falsafah Pendidikan Kebangasaan yang mementingkan perkembangkan potensi murid secara
menyeluruh dari segi jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosial. KSSR dibentuk selepas
trasformasi kurikulum dengan melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi,
peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah untuk
memperkukuhkan KBSR. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen yang
menyeluruh dari pada semua pihak termasuklah guru, pengurus kurikulum dan ibubapa. Oleh
itu, guru-guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan kurikulums upaya
proses pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan secara berkesan.

You might also like