You are on page 1of 8

Contoh Soalan Esei B & K (I)

1. Sebelum seseorang guru dapat memberi bimbingan, dia perlu mempunyai maklumat mengenai muridnya. Huriakan dua jenis teknik bukan ujian yang guru boleh gunakan untuk mengumpul maklumat murid? 2. Huraikan tiga kemahiran yang harus ada pada seorang kaunselor untuk mengendalikan sesi kaunseling dengan bersesan. 3. Falsafah Pendidikan Negara menegaskan bahawa sistem persekolahan memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang harmoni dan seimbang. (a) Huraikan empat unsur penting yang berkaitan dengan potensi individu. (b) Terangkan empat contoh iklim sekolah yang dapat menyumbangkan ke arah melahirkan insan yang harmoni dan seimbang. 4. Guru bimbangan dan kaunseling mempunyai personaliti yang sesuai demi untuk member keyakinan kepada muridnya. Huraikan lima kualiti yang harus dimiliki oleh seseorang guru bimbingan dan kaunseling. 5. Peranan guru bimbingan sangat penting di sekolah. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan bimbingan? (b) Terangkan EMPAT peranan utama guru bimbingan di sekolah. 6. Dalam perkhidmatan bimbingan, pendekatan kajian kanak-kanak perlu diketahui oleh guru untuk memudahkannya mengumpul maklumat tentang muridnya. Nyatakan EMPAT pendekatan tersebut dan huraikan DUA daripadanya. 7. Huraikan cara-cara guru bimbingan mengumpul maklumat murid. 8. Huraikan LIMA masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid yang perlu diberi perhatian oleh kaunselor. 9. Apakah yang dimuksudkan dengan kaunseling? 10. Huraikan perkhidmatan-perkhidmatan bimbingan yang terdapat di sekolah. 11. Jelaskan prinsip-prinsip utama perkhidmatan bimbingan.

Contoh Jawapan Ringkas Sebelum seseorang guru dapat memberi bimbingan, dia perlu mempunyai maklumat mengenai muridnya. Dua jenis teknik bukan ujian yang boleh digunakan untuk mengumpul maklumat ialah: i. Pemerhatian Dalam teknik ini, maklumat boleh didapati dengan cara "ikut serta" atau "tidak ikut serta". Pemerhatian perlu juga dibuat dalam situasi semula jadi tanpa kesedaran seorang yang dikaji. ii. Temubual Pembimbing bersemuka dengan subjek dan bersoal jawab dalam suasana yang mesra iii. Rekod Anekdot Rekod anekdot adalah satu bentuk laporan yang mengandungi catatan tepat dan secara terperinci mengenai seseorang murid yuang sedang diperhatikan oleh guru bimbingan. iv. Autobiografi Guru mendapatkan riwayat hidup yang ditulis oleh murid sendiri v. Kad Kumulatif

Catatan-catatan mengenai peristiwa-peristiwa dan kes-kes tertentu Huraikan tiga kemahiran yang harus ada pada seorang kaunselor untuk mengendalikan sesi kaunseling dengan bersesan. Tiga kemahiran yang harus ada pada seorang kaunselor ialah i. Tingkah laku memberi perhatian Kaunselor perlu menjaga cara duduknya (posture), perawakanmuda, pertemuan mata supaya klien dapat menerima kaunselor. ii. Kemahiran mendengar Kaunselor perlu memberi tumpuan pendengaran secara aktif dan cuba memahami perasaan atau masalah klien. iii. Kemahiran temubual Seorang kaunselor boleh membantu kliennya supaya menyatakan isi hatinya. Ia berkeupayaan menggalakkan klien bercerita di samping berkeupayaan mencungkil maklumat daripada klien. iv. Kemahiran penjelasan Seorang kaunselor perlu menggunakan soalan terbuka untuk menggalakkan seorang klien terus bercakap.

Falsafah Pendidikan Negara menegaskan bahawa sistem persekolahan memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang harmoni dan seimbang. (a) Huraikan empat unsur penting yang berkaitan dengan potensi individu. (b) Terangkan empat contoh iklim sekolah yang dapat menyumbangkan ke arah melahirkan insan yang harmoni dan seimbang. (a) Unsur-unsur penting yang berkatian dengan potensi individu: (i) Intelek - unsur ini merangkumi hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran daya pemikiran yang lojik, analitis, kreatif dan inovatif ilmu yang bermanfaat (ii) Rohani - unsur ini merangkumi keyakinan kepada Tuhan kepercayaan beragama penerapan/penghayatan nilai-nilai murni berbakti dan berkorban berbudi pekerti mulia (iii) Emosi - unsur ini merangkumi kemantapan emosi berperasaan tenang menghadapi masalah (iv) Jasmani - unsur ini merangkumi kecergasan fizikal, kebersihan dan kesihatan diri penamfaatan anggota tenaga fizikal (v) Sosial - unsur ini merangkumi

toleransi sifat terbuka bekerjasama berinteraksi (b) Contoh-contoh Iklim Sekolah Yang Positif (i) Iklim yang terbuka memberi kebebasan kepada pelajar menjelajahi dan meneroka

interaksi yang sihat antara pelajar. Pelajar bebas memberi pendapat dan menghormati pendapat orang lain. (ii) Iklim yang mesra mewujudkan suasana yang memudahkan persahabatan murid berasa

tenteram, ramah, adil, berinisiatif dan berjenaka. (iii) Iklim yang memberi galakan pelajar-pelajar menyedari harapan guru dan guru besar serta

berusaha untuk mencapainya. (iv) Iklim yang tidak mengancam menggalakkan pelajar-pelajar menyedari harapan guru dan

guru besar serta berusaha untuk mencapainya. (v) Iklim yang tidak menghukum memupuk perkembangan sosio emosi yang sihat bagi

pelajar. Pelajar rela menerima danmengikut peraturan. (vi) Kepimpinan yang demokratik di kalangan guru besar dan guru-guru dapat menjadi

contoh kepada murid-murid memupuk perkembangan sifat-sifat sosial yang positif serta kestabilan emosi pelajar.

Guru bimbangan dan kaunseling mempunyai personaliti yang sesuai demi untuk member keyakinan kepada muridnya. Huraikan lima kualiti yang harus dimiliki oleh seseorang guru bimbingan dan kaunseling. Antara kualiti-kualiti guru bimbingan dan kaunseling ialah i. mudah didekati mudah mesra dan dapat menunjukkan keyakinan serta mudah dipercayai oleh klien ii. iii. iv. peramah menepati masa beramah, jujur dan ikhlas menyakinkan klien bahawa ia seorang yang boleh dipercayai dan tiada niat buruk di sebalik setiap pertolongan v. berempati menjiwai atau cuba merasai apa yang dirasai oleh klien pada masa itu. Dia melakukannya dengan eletakkan dirinya di tempat klien dan cuba merasai masalah klien vi. vii. viii. ix. berdisiplin kendiri sistematik mudah senyum hormat dan menerima tanpa syarat tidak membuat penghakiman atau penilaian terhadap klien dan menghormati pandangan klien x. kerahsiaan - dapat menyimpan rahsia

Peranan guru bimbingan sangat penting di sekolah. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan bimbingan? (b) Terangkan EMPAT peranan utama guru bimbingan di sekolah. (a) Maksud bimbingan i. Suatu proses menolong individu-individu untuk memahami diri mereka dan dunia mereka. ii. Bimbingan ialah bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau normal yang sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian. iii. Bimbingan ialah sebarang bantuan atau pertolongan yang diberikan kepada pelajar dengan betul. (b) Peranan utama guru bimbinagn di sekolah i. kerjaya melanjutkan pelajaran peribadi dan tindkah laku penyalahgunaan dadah ii. sebagai pakar rujuk kepada guru biasa, murid dan ibu pada mengenai: kerjaya pelajaran sosial peribadi iii. mengadakan kaunseling individu atau kelompok mengenai: kerjaya peribadi sebagai penghubung dengan guru lain, murid, ibu bapa dan masyarakat dari segi

sosial iv. merancang dan mengembangkan aktiviti-aktiviti dalam program bimbingan melalui: kelab bimbingan dan kaunling v. membuat penilaian murid dengan menggunakan pelbagai cara dan teknik vi. merujukkan masalah kepada sumber-sumber khusus seperti : dadah : PEMADAM jenayah : Polis

You might also like