You are on page 1of 6

Nazam Kasih Ayah dan Ibu Nazam Rukun Islam

Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama yang telah wujud lebih 100 tahun yang lalu. Menurut sejarah, Nazam dikatakan berasal dari Parsi dan pada abad ke 16, nazam dibawa ke Asia Tenggara melalui pedagang dan alim ulamak. NAZAM adalah bentuk puisi yang digubah oleh ulama, mengikut kaedah dan cara puisi Arab. Nazam yang seakan-akan menyerupai nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara perseorangan atau berkumpulan secara sponton oleh kaum wanita ketika menganyam tikar, membuat ketupat, menidurkan anak dan sebagainya. Tema berkaitan dengan keagamaan, pendidikan dan keilmuan.

Kebanyakan lirik atau senikatanya berbentuk puisi lama mengandungi pelbagai nasihat dan tunjur ajar biasanya berkaitan dengan ilmu tauhid, fardhu ain, sifat rasul, Sifat 20 dan sebagainya. Nazam mempunyai fungsi komunikasi yang ingin menyampaikan informasi dan pendidikan seperti ajaran agama Islam dan peristiwa peristiwa agama yang penting (Mutiara Sastera Melayu 2003:375). Sebagai media komunikasi, nazam digunakan untuk tujuan mendidik dan menyampai ajaran agama Islam dalam bentuk komunikasi lisan kepada anak-anak yang baru belajar agama Islam atau kerap didendangkan kepada anak-anak yang ingin tidur. Sekarang fungsi nazam telah berkurangan tetapi nazam telah digunakan di majlis-majlis perasmian kerajaan negeri dengan mereka cipta nazam berkaitan tema majlis yang diadakan (Abdul Latiff Abu Bakar 2005).

Kumpulan yang mendendangkan nazam ini biasanya terdiri daripada 5 hingga 8 orang. Kebiasaannya terdiri daripada dua baris rangkap dengan jumlah perkataan dan suku kata yang tidak tetap. Rima: aa atau ab, cb, db dan seterusnya.

Dari contoh di atas yang di karang oleh Tuan Guru Haji Mustapa dari Kuala Linggi, dapat dilihat nazam dicipta oleh alim ulama yang mempunyai ilmu yang mendalam mengenai agama. Cara penyampaian bergantung kepada tajuk atau mesej yang hendak disampaikan.

Di Melaka, Hajah Ramlah bte Haji Baba merupakan peminat nazam sehingga sekarang. Beliau merupakan ketua kepada Suara Srikandi Melaka yang memimpin Kumpulan Nazam Sri Kandi Tanjung Kling. Beliau yang berasal dari Tanjung Kling, Melaka telah melibatkan diri dan menghidupkan semula nazam ini hampir 10 tahun lalu. Beliau merupakan wanita tunggal yang masih mengingati nazam yang hampir pupus. Menurut beliau, puisi-puisi lama yang didendangkan itu asli daripada nenek moyang turun temurun dan ia tidak diubah suai serta di tulis dengan tulisan jawi.

You might also like