You are on page 1of 5

Meninjau beberapa literature mengenai Penilaian Berasaskan Sekolah

DEFINISI PBS
Kini, Negara kita banyak mengalami transformasi dalam bidang pendidkan.
Bidang pendidikan ini adalah satu bidang yang amat penting untuk meningkatkan taraf
kemajuan Negara kita. Dari segi itu, Negara kita telah memperkenalkan satu sistem
pendidikan SPPK. SPPK ini bermakasud Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaa
adalah satu sistem yang kini digunakan dalam bidang pendidikan. Transformasi ini
adalah daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan
kepada yang lebih holistik.
Pentaksiran adalah satu komponen yang penting dalam era pendidikan. Ini
kerana ia memberi maklumat atau data mengenai perkembangan murid kepada guru,
ibu bapa dan murid itu sendiri. Hasil daripada pentaksiran, ia membantu guru untuk
menilai kaedah kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
PBS adalah satu pentaksiran yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik atau keseluruhan
yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor
(jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR).
Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Disember, 2010 telah bersetuju
supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi
pendidikan. Pelaksanaan PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi

persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.
Justeru, pada tahun 2016 semua murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR
yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya
dalam bentuk PBS.
PBS dapat dibahagikan kepada dua bidang iaitu;

PBS

Akademik

Bukan akademik

PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan


pentaksiran formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran
berlangsung) dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran)
yang berasaskan sekolah . Dalam bidang akademik terdapat lagi dua komponen iaitu
Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah. Begitu juga, dalam bidang bukan
akademik juga terdapat dua komponen iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Pkisometrik.
KOMPONEN PBS
PBS melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian
akademik dan bukan akademik yang terangkumi menerusi 4 komponen pentaksiran
seperti berikut:

Kom
pone
n
PBS
P e n ta k s ir a n A k tiv iti
J a s m a n i, S u k a n d a n
K o k u rik u lu m

P e n t a k s ira
n
P s ik o m e t ri
k

P e nta k s
ira n
P u sat

P e nta k s
ira n
p u sat

Rajah 1: Komponen komponen PBS


Melalui
murid

adalah

empat
lebih

komponen PBS pengumpulan maklumat tentang kebolehan


komprehensif

melalui

profil,

pencapaian

(achievement),

perkembangan (development) dan penglibatan (involvement) dan mampu memberi


gambaran lebih tepat tentang potensi dan prestasi murid.

Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran Sekolah dirancang, dibina, ditadbir, direkod dan dilaporkan oleh guru.
Guru di sekolah akan menjalankan pentaksiran secara berterusan semasa proses

pengajaran dan pembelajaran.


Pentaksiran Sekolah (PS) akan melaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif
dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran formatif dijalankan dengan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran sumatif mentafsir tajuk atau

dilaksanakan pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahun.


Pentaksiran Sekolah memberikan penekanan kepada pentaksiran sebagai
pembelajaran (assessment as learning), pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of
learning).

Pelaksanaan Pentaksiran Sekolahmenggunakan pelbagai instrumen untuk


melihat perkembangan (growth) pembelajaran murid serta pencapaian
prestasi seseorang murid.
Contohnya, Kuiz, lakonan, lisan, latihan bertulis boleh digunakan untuk melihat
perkembangan pembelajaran murid .
Ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun
boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai pencapaian murid
dalam pembelajaran.

Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Pusat (PP) mentadbir pentaksiran, mentaksir dan memberi skor
terhadap respons (jawapan, pendapat) murid berdasarkan instrumen dan
panduan penskoran yang setara yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)


(PAJSK) dilaksanakan di peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan
melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani
dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum.

Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Psikometrik dilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk
mengukur kebolehan semulajadi

murid, kemahiran berfikir, kemahiran

menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.


Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.
OBJEKTIF PBS
mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi individu.
memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi individu.
membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu.
KEPENTINGAN PBS
Kini dalam era pendidikan ini PBS amat memainkan peranan penting. PBS memainkan
peranan

dalam

berkepentingan.

kalangan

seorang

murid,

guru,

ibu

bapa

dan

pihak

yang

MURID
Mengenali diri dan potensi untuk diperkembangakan.
Tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai maklum balas guru.
Terlibat dalam pelbagai aktiviti pentaksiran yang lebih bermakna.
Berupaya memperlengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan pada masa kini dan hadapan.

GURU

Mengenali diri dan potensi murid.


Memberi fokus terhadap pembelajaran murid.
Mendapat maklum balas tentang kaedah pengajaran pembelajaran.

IBU BAPA

Tahu apa yang telah dikuasai oleh anak.


Dapat mengenali diri dan potensi anak untuk digilap.

PIHAK BERKEPENTINGAN
Tahu matlamat kurikulum dan kualiti murid yang telah melalui sistem pendidikan
negara.
Mendapat modal insan yang holistik merangkumi kemahiran kebolehkerjayaan.

You might also like