You are on page 1of 5

3.

4 JENIS-JENIS LAKONAN DALAM TEATER

Terdapat jenis-jenis lakonan dalam sesebuah teater bagi mewarnai gaya penghasilan teater dan menarik minat penonton. ARTISTIK Artistik ialah gerak - geri seni yang baik pada percakapan , mahupun pada gerak lakon. Misalnya dalam sebuah drama purbawara, tajuk cerita cinta dan senikata cerita cinta ini dibuat dalam bentuk pantun. Untuk menyesuaikan senikata yang menyelitkan unsur sastera seperti berpantun ini, maka pengarah terpaksa mengarahkan pelakon pelakonnya supaya melakukan adegan yang sengaja diada adakan bagi menampakkan unsur artistik tersebut dalam lakonan teater.

REALISTIK Realistik ialah gerak - geri biasa yang berlawanan daripada gerak-geri artistik.

Contohnya, sebagaimana kelakuan dan percakapan dalm sehari hari, lakonan yang dilakonkan di atas pentas sama dengan realistic . Hubungan jenis lakonan artistik dengan realistik boleh diibaratkan antara orang berjalan dengan orang menari. Orang berjalan itu disebut realistik dan orang menari itu disebut artistik.

12

WATAK PARADOKS Watak paradoks ertinya melakonkan banyak watak dalam sesebuah lakonan..

Misalnya dalam adegan atau babak pertama pelakon itu berlakon sebagai seorang lanun yang ganas, kemudian dalam adegan atau babak kedua beliau diminta memainkan watak lain seperti menyamar menjadi peminta sedekah dan dalam adegan atau babak ketiga dia menjadi lanun semula. Dalam sesebuah teater, watak paradoks juga boleh digunakan bagi mewarnai seni lakonan teater tersebut.

PENGUCAPAN Pengucapan dalam drama ialah apabila pelakon melafazkan dialog secara

lansung dari atas pentas. Pengucapan itu hendaklah terang, jelas dan dapat didengar oleh semua penonton walaupun ribuan jumlahnya. Di negara barat dan negara maju, suara pentas adalah menjadi syarat mutlak bagi seseorang pelakon, kerana suara pelakon tersebut dikehendaki secara lansung sampai ke telinga penonton tanpa dibantu oleh alat pembesar suara. Bagi suara yang dibantu dengan pembesar suara,ia dianggap suatu cara yang lama yang sudah lapuk ketinggalan zaman. Bukti daripada sejarah perkembangan seni drama di dunia menunjukkan bahawa pelakon tanpa pembesar suara itu sebenarnya adalah penggunaan cara yang lama dalam zaman bangsawan sejak dahulu lagi. Kesulitan utama bagi seseorang yang ingin menceburi dalam dunia pementasan ialah tidak semua orang memiliki suara pentas iaitu suara yang tidak menggunakan
13

pembesar suara. Malah kebanyakkan pelakon memiliki suara sederhana. Akibatnya banyak drama yang dipersembahkan gagal kerana tidak dapat memenuhi syarat syarat kesempurnaan pementasan drama. Di tanah air, syarat kesempurnaan sering menjadi syarat penting dalam pementasan drama. Sebab sebab yang lain mungkin mereka tidak tahu serta tidak menyedari hal tersebut. Oleh kerana tidak mengetahui dan tidak menyedarnya,i maka hal yang demikian selalu berlaku iaitu para pengarah atau jawatankuasa membuat pemilihan pelakon tidak berdasarkan kriteria calon pelakon seperti suara pentas tetapi mengutamakan paras rupa yang kacak, lawa, tampan menarik dan lain lain lagi walaupun suaranya kurang bagus. Oleh sebab itu, banyak pelakon yang kurang mahir dan berbakat. Seseoarang pelakon harus pandai bermain dengan vokal semasa pementasan teater seperti : - Menaikkan dan menurunkan volume suara. - Meninggikan dan merendahkan frekwensi nada bicara. - Mengatur atau mengolah tempo pengucapan. - Mengatur atau mengolah warna dan texture suara.

14

Berikut ini catatan-catatan yang dibuat oleh Frans Marajinen dari Institut des Arts Spectaculaires (INSAS) di Brussell selama kursus yang diadakan oleh Jerzy Grotowsky dan sahabatnya, Ryszard Cieslak, pada tahun 1966. Dengan membandingkan latihan-latihan tahun 1959-1962, memang ada perubahan yang dapat dicatat yakni dalam orientasi dan objek latihan yang merupakan hasil kerja beberapa tahun sebelumnya. Dalam pengantarnya, Grotowsky menjelaskan bahwa hubungan antar penonton dan actor adalah penting. Dengan dasar pemikiran ini, dia memulai pelajaranya dengan semboyan: Inti teater adalah actor, perbuatan-perbuatannya, dan apa yang dapat ia capai. Skema pelajarannya dan pelbagai macam latihan adalah didasari atas pengalaman secara metodik menuju kepada teknik-teknik pelakon dan kehadirannya secara fisik di atas panggung.

Imaginasi

Imajinasi adalah suatu cara bagi seorang pelakon untuk mendekati pemikiran dan perasaan watak yang akan dimainkan sehingga dia dapat menempatkan dirinya dalam situasi watak yang bakal dilakonkan oleh seseorang pelakon tersebut. Cara ini merupakan proses imaginasi dimana pelakon melakukan identifikasi dengan watak yang dilakonkannya. Sebelum melakukan watak tersebut, semua pelakon perlu

berimaginasi terlebih dahulu bagi menggambarkan watak tersebut merupakan watak yang realiti dan ketika pelakon berada di atas pentas, mereka dapat menonjolkan sesuatu watak tersebut secara realiti dan bagi menarik minat penonton untuk terus menonton teater tersebut.
15

16

You might also like