You are on page 1of 5

Teater bangsawan merupakan 

satu pementasan teater tradisional yang menekankan gaya bahasa , cara


percakapan dan gerak laku yang digayakan .Teater ini lain dari teater moden yang lebih berbentuk
kepada realisme. Bangsawan ialah sebuah teater yang mendramakan kisah seorang wira atau
wirawati. Sejak teater bangsawan bertapak di Malaysia pada tahun 1880-an,wujudlah sesuatu kegiatan
teater yang kemudiannya menjadi sangat popular dan memonopoli kegiatan teater Malaysia selama
lebih 70 tahun.Bangsawan bermula di Pulau Pinang, lalu berkembang ke seluruh Malaysia hingga ke
Indonesia.
                
Asal mula bangsawan sebenarnya bukanlah dari Malaysia, sebaliknya bangsawan lahir
daripada pengkuburan sebuah teater bergerak dari India. Dalam tahun 1870-an, Pulau Pinang telah
meneriam pengaruh sebuah pementasan teater bergerak bernama Wayang Parsi atau Mendu.
Kumpulan ini melakonkan cerita-cerita dengan mengunakan Bahasa Hindi dan dilakonkan oleh
pelakon lelaki dan wanita yang didatangkan dari India . Wayang Parsi ini kemudian diambil alih oleh
tuan dari kalangan Jawi Pekan tempatan bernama Mohamed Pusi pada tahun 1884 dan diberikan
nama wayang Bangsawan. Nama kumpulan bangsawan pertama ialah Pusi Indera Bangsawan of
Penang  yang bergiat pada tahun 1885 dan menggunakan Bahasa Melayu. Kumpulan ini bergerak ke
seluruh tanah air hingga ke Sumatera. Di Kuala Lumpur, tapak Sungei Wang Plaza dahulunya
merupakan tempat bangsawan dipentaskan dan dikenali sebagai Happy World. Kumpulan-kumpulan
yang telah bergiat cergas sejak kumpulan pertama terlalu banyak jumlahnya. Kumpulan yang lebih
lama bergiat adalah seperti Nahar Bangsawan Malaysia Opera, Kinta Opera, Indera Bangsawan of
Penang, City Opera, Penisular Opera, Seri Permata Opera, Jaya Opera, Zanzibar Bangsawan, Dean
Union Opera, Gray Opera, Indera Permata of Selangor,Constantinople Opera, Rahman Opera,
Kencana Wati Opera, Bangsawan Jenaka Melayu dan Bolera Opera. Jadi , Apakah yang
menyebabkan teater bangsawan popular?
 
                Antara factor yang menyebabkan teater bangsawan ini popular ialah teater bangsawan
menpunyai sifat terpenting dalam drama-drama tradisional iaitu improvisasi. Improvisasi ialah cara
persembahan drama yang dilakukan tanpa berdasarkan kepada naskhah bertulis, sebaliknya hanya
berdasarkan kepada rangka dasar (tema dan plot dasar) sesebuah cerita sahaja. Pengembangan cerita
dari tema dan plot dasar itu, termasuk dialog dan lakonan adalah hasil kreativiti pelakon dan
pengarah. Sifat improvisasi ini menyebabkan drama-drama tradisional tidak pernah melahirkan
naskhah bertulis dan ia memang tidak memerlukan naskhah bertulis kerana konsep drama itu sendiri
bukanlah untuk dibaca, tetapi untuk ditonton dan didengar. Improvisasi dalam bangsawan
merangkumi semua aspek lakonan : mental , fizikal ,dan lisan.Aspek fizikal meliputi pergerakan ,
gerak isyarat , bisnes pentas ,gerak tari,mima,persilatan dan adegan lasak. Aspek lisan dari segi
pengucapan dialog,nyanyian ,bernasib ,berbalas pantun ,bersyair ,monolog,soliloki dan bisik-
kuat. Dari segi mental menjurus kepada setiap lakuan yang dicetuskan pada detik-detik itu sama ada
fizikal, lisan atau emotional. Segala lakuan improvisasi yang dihasilkan ini bertitik tolak daripada
scenario yang dibekalkan oleh pengarah. Para pelakon akan mengimprovisasi scenario dan watak
yang dipegangnya hingga ke akhir cerita. Dalam bangsawan , para pelakon bukan sahaja menjadi
pelakon malah juga menjadi penulis skrip yang dihasilkan bukan melalui tulisan tetapi perlakuan aksi
pada saat-saat itu. Jadi , para pelakon tidak perlu menghabiskan berjam-jam lamanya menghafal
dialog dan apabila masa tiba waktunya mereka akan menampilkan diri mereka di atas pentas lantas
mengimprovisasikannya berdasarkan watak , cerita dan adegan.Improvisasi berkaitan dengan
kecerdasan mental yang ada pada pelakon , jadi, para pelakon bangsawan harus peka dengan
penontonnya.
             Faktor seterusnya ialah cerita-cerita yang dipersembahkan didominasi oleh unsur-unsur
dongeng dan khayal, struktur plot cerita-cerita tersebut bersifat episodik.  Penggunaan puisi lama dan
bahasa berirama juga digunakan dalam bangsawan. Lakonannya dilakukan secara stylize (tidak
bersahaja) dan persembahannya dimulakan dengan upacara pembukaan yang agak ritualistik, dan
menggabungkan unsur-unsur muzik, nyanyi, tari (termasuk silat) dan jenaka. Walaupun dalam aspek-
aspek tersebut bangsawan masih meneruskan ciri-ciri teater tradisional dan kerana itu dapat
digolongkan sebagai satu daripada bentuk teater tradisional, tetapi dalam beberapa aspek yang lain ia
telah membawa beberapa pembaharuan yang penting dalam perkembangan drama Malaysia, hingga
tidak tepat lagi kalau hendak kita golongkan sebagai teater tradisional. Inilah keistimewaan yang
menjadikan teater bangsawan popular.  
                     
                        Faktor seterusnya ialah bangsawan menggunakan tirai penutup hadapan pentas yang
tidak pernah digunakan oleh teater-teater sebelum ini. Teater-teater tradisional mempersembahkan
cerita-cerita mereka tanpa berhenti untuk suatu persembahan. Sebuah cerita selalunya memerlukan
lebih dari satu persembahan. Persembahan tanpa berhenti begini dapat dilakukan kerana teater-teater
tradisional tidak menggambarkan latar ruang cerita-cerita mereka secara visual, tempat berlakunya
cerita juga tidak digambarkan pada pentas, sebaliknya digambarkan melalui dialog dan aksi pelakon
bangsawan. Teater ini memerlukan tirai hadapan untuk melindungi kerja-kerja persiapan dan
penukaran setting pentas. Tirai ini juga berfungsi membahagikan cerita kepada babak-babak, di mana
di antara babak-babak itu diadakan pula acara selingan yang dipanggil extra-turn, berupa nyanyian,
tarian, dan kadang-kadang lawak jenaka. Latar tempat dalam bangsawan digambarkan terutamanya
dengan tirai pemandangan - tirai yang dilukis dengan gambar-gambar tertentu sesuai dengan
kehendak cerita - yang digantung menutupi dinding belakang pentas, dan apabila perlu (tidak selalu)
gambaran itu dilengkapkan lagi dengan perabot-perabot yang lain, seperti singgahsana raja dan
sebagainya. Gambaran latar tempat atau setting pentas ini merupakan satu daripada ciri-ciri penting
teater bangsawan. Lebih natural dan indah pemandangan setting tirainya boleh menyebabkan
kumpulan bangsawan itu lebih diminati dan terkenal.
             Selain itu , satu perkara yang dipanggil “tasmat" yang agak perlu diberi perhatian telah
menjadikan bangsawan popular. Tasmat ialah suatu macam keajaiban yang diperlihatkan, melalui
kemahiran-kemahiran teknikal secara sebenar di atas pentas; misalnya orang menjelma, rumah
terbakar, orang terbang dan seumpamanya. Perkara-perkara tasmat ini berkait dengan setting, tidak
ditunjukkan secara stailais ataupun simbolik, sebaliknya cuba ditunjukkan secepat mungkin. Apa yang
dimaksudkan dengan sebenar di sini ialah tasmat sebegitu rupa agar penonton akan dapat melihat
perkara-perkara itu adalah benar-benar berlaku. Bangsawan bukanlah drama realisme, tetapi dramatis-
dramatis bangsawan sekurang-kurangnya dalam dua aspek tadi berbeza dengan dramatis-dramatis
tradisional di mana telah mencuba menggunakan sedikit unsur realisme dalam bangsawan.
                 Teater bangsawan popular kerana persembahannya berbeza daripada teater-teater
tradisional yang lain. Teater tradisional mempunyai batasan cerita tertentu iaitu mementaskan cerita
dari sumber tertentu sahaja. Misalnya, makyong mempunyai dua belas cerita asal: tiga cerita dari
kumpulan Anak Raja Gondang, enam cerita dari kumpulan Dewa Tujuh, cerita Raja Muda La Leng,
Raja Muda Lembek, dan Anak Raja Tangkai Hati. Cerita-cerita asal wayang kulit pula adalah cerita-
cerita yang bersumberkan epik Hindu iaitu cerita Ramayana, atau yang dikenali dalam kesusasteraan
Melayu sebagai Hikayat Seri Rama. Cerita-cerita selain daripada itu yang dimainkan dalam wayang
kulit adalah dari pengaruh-pengaruh yang datang kermudian. Bangsawan mempunyai sumber cerita
yang tidak terbatas. Sama ada cerita-cerita itu datang dari dongeng, cerita rakyat, sejarah, Hindu,
Timur Tengah, Jawa, Bali, China, Eropah - asalkan cerita-cerita itu dijangka akan mendapat sambutan
dari penonton. Yang menentukan repertoire atau perbendaharaan cerita-cerita bangsawan ialah
penonton, kerana ukuran mutu teater bangsawan, berbeza dari teater-teater tradisional, ditentukan oleh
bilangan penonton yang datang menonton, sesuai dengan sifatnya sebagai seni komersial-
profesional.  Bangsawan lahir dengan sifat dan fungsi hiburan dan terus berkembang menjadi bentuk
hiburan popular di samping menjadi seni komersial dan profesional. Kalau ada sedikit-sedikit upacara
yang ritualistik di dalamnya, itu lebih merupakan faktor luaran yang diwarisi dari kepercayaan lama.
Bangsawan mendapatkan kemasyhuran kerana mereka sentiasa berusaha untuk memenuhi kepuasan
selera penonton dan penontonlah yang membiayai kehidupannya. Dapatlah dikatakan bahawa fungsi
hiburan bangsawan lebih terbuka dibandingkan dengan teater tradisional. Isi dan bentuknya sentiasa
terbuka kepada perubahan, asalkan perubahan itu menjaminkan penonton yang lebih ramai. Ini
bermakna audien terlibat secara langsung dalam menentukan bentuk dan isi bangsawan. Kerana sifat
yang flexible inilah maka bangsawan dalam konteks zamannya telah menjadi satu persembahan yang
berjaya menghapuskan perbezaan kelas masyarakat yang meminatinya. Penonton bangsawan terdiri
dari seluruh lapisan masyarakat, dari golongan atasan hingga golongan bawah.
                   Kemunculan bangsawan sebagai satu bentuk teater atau seni hiburan yang bebas dari
naungan pemerintah dan mendapat sambutan yang begitu hebat dari seluruh lapisan masyarakat
hingga berjaya menjadi suatu macam perusahaan yang menguntungkan adalah merupakan suatu
fenomena baru dalam kehidupan kebudayaan Melayu. Bangsawan tersebar ke seluruh pelusuk negara
dengan menggunakan bahasa Melayu standard yang dapat difahami oleh penonton-penonton dari
semua daerah, menjadi-kannya teater Melayu pertama bertaraf nasional. Sambutan hebat yang
diberikan masyarakat kepada pertunjukan-pertunjukan bangsawan telah menggerakkan orang-orang
kaya dan pengusaha-pengusaha untuk menjadikannya suatu perusahaan bagi mencari untung.
Bangsawan menjadi seni teater Melayu yang pertama bersifat dan berfungsi komersial. Ini melibatkan
pula bangsawan ke dalam satu sistem organisasi moden. Keperluan modal yang besar untuk
mengadakan keperluan¬keperluan pementasan, membayar gaji para pelakon dan pekerja,
perbelanjaan bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk membuat pertunjukan, pengurusan
membuat pertunjukan, pengurusan ahli-ahli kumpulan, dan sebagainya, memerlukan satu sistem
pengurusan yang cekap. Penglibatan bangsawan ke dalam satu organisasi yang bergerak luas, malah
hingga ke luar negeri, dan bertujuan komersial, adalah suatu perkara baru dalam sejarah
perkembangan kesenian Melayu.
                     Salah satu factor yang menjadikan teater bangsawan popular ialah seni suara dan
bahasanya. Pelakon-pelakon tidak menggunakan mikrofon dalam pementasan .Oleh itu ,suara mereka
harus dilantangkan sekuat mungkin supaya didengari penonton tetapi lantangan itu tidaklah sampai ke
tahap jerit. Kebanyakan cerita bangsawan berkisar di kawasan istana dan golongan atasan
.Jadi,pelakon-pelakon menggunakan bahasa istana yang bernunga dan penuh beradat . bahasa-bahasa
yang sedemikian menyababkan pengucapan menjadi tidak realistic ,seolah-olah macam diadakan
,tetapi mencerminkan cirri-ciri konversionalDalam teater bangsawan, Bahasa Melayu Riau dan bukan
Bahasa Baku digunakan . Penggunaan bahasa Melayu Riau lebih halus dan lembut dapat
menampakkan cirri-ciri kebangsawannannya .Ketika di dalam adengan yang sedih ,wira dan wirawati
akan menggunakan dua cara pengucapan yang berbeza tetapi serentak .Adengan ini dinamakan
“bernasib” di mana mereka menyanyi di dalam emosi sedih dan masa yang sama mereka saling
berdialog. Bahasa-bahasa puitis ialah satu kemestian di dalam bangsawan. Syair,gurindam,pantun
,seloka merupakan amalan di dalam bangsawan .
                   Teater bangsawan menjadi popular kerana seni geraknya yang unit. Pergerakan dan suaea
hamper sama cirinya. Pergerakanya “stylized” , cara bergerak yang menarik dan cara lakonan yang
“highly elevated “ atau dilampaukan dan melebihi sepatutnya .Keperihalan ini mungkin disebabkan
penonton yang ramai dan jauh di belakang. Cara yang “stylized” dan berlebihan akan menguatkan
maksud aksi .Walaupun pergerakannya lampau tetapi masih natural dan selesa. Pergerakan yang
dilaksanakan tidak ditentukan oleh motivasi tetapi lebih tertumpu kepada pattern pergerakan dengan
ruang yang ada. Pelakon-pelakon akan cuba memposisikan tubuh mereka secara depan penuh kepada
penonton,pertalian aksi di kalangan watak sukar dicapai. Rata-rata posisi tubuh pelakon ialah depan
penuh atau profil. Pergerakan besar mungkin terbatas kalau system tatacahaya yang serba kekurangan.
Sumber tatacahaya ialah lampu “gasoline”.Ruang lakon akan menjadi kecil disebabkan penggunaan
lampu yang sebegitu . Jadi , keterbatasan ini menyebabkan tumpuan lebih kepada pengucapan dan
bahasa .Fokus fizikal kepada bahagian tubuh badan,muka, tangan dan lengan.Pergerakan adalah
lambat dan tidak drastic kerana kebanyakan cerita berkisar di dalam istana .
                     Teater bangsawan menjadi popular kerana muzik yang digunakan bukan hanya melalui
alat muzik, juga melalui rima bunyi, cara bunyi – bunyian diorkestrasikan untuk menjadikan bunyian
drama itu dipaparkan menjadi jeritan, tangisan, hentakan, bunyi percakapan, dan bunyi hujan. Muzik
juga digunakan sebagai isyarat kepada pelakon bagi aksi keluar atau masuk pentas, atau isyarat
kepada penonton bagi kesan dramatik, misalnya watak jatuh pengsan, terperanjat, berduka mahupun
bersedih. Muzik dalam Bangsawan diselaraskan mengikut jalan cerita sama ada muzik Melayu asli
atau barat. alat – alat muzik juga dipengaruhi oleh jalan cerita, misalnya Melayu asli menggunakan
seruling, kompang, dan gendang, manakala barat menggunakan klarinet, piano, dan saksofon.
                   Teater bangsawan menjadi popular kerana teater ini berjaya melayan impian dan khayalan
penonton secara lebih luas dan nyata. Bangsawan telah menggarap sensasi asas manusia berhubung
dengan pembebasan desakan seksual melalui gambaran-gambaran percintaan bebas, hubungan bebas
lelaki perempuan, kostum yang mendedah aurat dan tarian-tarian serta lagu-¬lagu yang sensasional.
Melalui bangsawan, penonton dapat melepaskan keinginan untuk menjadi hero atau heroin dalam
kehidupan mereka dengan mengidentifikasikan diri mereka dengan bintang-bintang pelakon pujaan.
             Selain itu, teater bangsawan telah menjadi popular kerana terdapat pihak-pihak tertentu yang
berusaha untuk mengembangkannya dan membuat pemuliharaan terhadap teater bangsawan .
Contohnya , Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengadakan Program Semarak
Bangsawan sebagai suatu usaha untuk memartabatkan pementasan bangsawan di negara ini. Program
ini diadakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Program ini juga
merupakan langkah pemuliharaan seni teater bangsawan. Tindakan yang dilakukan oleh JKKN amat
wajar dalam usaha menempatkan semula bangsawan dalam kalangan khayalak terutama generasi
muda. Bangsawan sebagai teater tradisional dan warisan seni Melayu yang harus sentiasa disuburkan
dan berakar kukuh dalam masyarakat.
                Kesimpulannya, teater bangsawan adalah teater pelbagai atau ragaman kerana terkandung
berbagai resepi. Ada ciri-ciri tradisional dan moden dari segi lakonan, nyanyian, tarian ,lawak
jenaka,pantun,syair ,bernasib dan adegan-adegan fizikal yang mengkagumkan. Penonton tidak akan
kecewa kerana cirri-ciri semua ini dapat memenuhi slot yang diminatinya.Setiap kumpulan
bangsawan memerlukan ramai artis dengan pengkhususan masing-masing untuk menghidangkan
setiap elemen ini.Setiap kumpulan bangsawan mengandungi berpuluh orang anggota dan berbelas lori
untuk membawa peralatannya.Oleh itu,setiap kumpulan yang mengadakan persembahan mereka di
sesebuah tempat memakan masa berbulan-bulan lamanya.

You might also like