You are on page 1of 2

Tarian kuda kepang

Tarian Kuda Kepang merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian ini ialah tarian warisan
budaya Jawa dengan pengaruh Islam. Ciri Jawa itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam
jelas pada jalan cerita itu semasa ditarikan iaitu mengisahkan peperperangan Rasulallah dan para
sahabat. Dikatakan bahawa tarian ini diperkenalkan oleh pendakwah Islam sebagai cara menarik
penduduk setempat agar datang beramai-ramai menyaksikan persembahan mereka. Pendakwah
akan menyampaikan dakwah mereka sebelum atau selepas persembahan.
Tarian Kuda kepang amat digemari oleh penduduk Johor, terutamanya dari berketurunan Jawa. Kuda
kepang ini biasanya dibuat dari anyaman yang dibentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Ia diperbuat
daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik.
Lazimnya terdapat 10 hingga 15 orang penari bagi setiap kumpulan penari kuda kepang yang
biasanya akan mempunyai seorang ketua. Pada peringkat awalnya, semua gerak geri penari adalah
atas arahan dayang yang menggunakan tali untuk mengawal permainan. Tarian ini biasanya
dipertunjukkan di majlis-majlis keramaian untuk memeriahkan lagi suasana seperti sewaktu
menyambut orang-orang kenamaan, meraikan majlis perkahwinan dan di hari-hari perayaan. Pada
masa dahulu terdapat banyak pantang larang bagi mereka yang menonton persembahan kuda
kepang seperti tidak mencaci penarinya atau akan menimpa musibah.

Tarian sumazau

Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di
seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan
pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap
bulan Mei.
Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petanipetani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini
hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.
Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap
kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak
bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian
tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang
berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong
Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.
Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama
kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah
lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerakgerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama
lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang.
Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan, namun tujuan
asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa
dilakukan pada selepas menuai padi.
Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian
serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari
perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit
syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba
hitam serta menyendang daun silad kering.

You might also like