You are on page 1of 1

Kulintangan

Kulintangan ialah alat muzik tradisional yang mempunyai set gong bertombol yang
merupakan golongan kelas idiofon. Kulintangan ialah alat muzik tradisional pelbagai kaum
dalam masyarakat Sabah. Alat muzik kulintangan digunakan oleh suku kaum Bajau, Filipina,
Kadazan, Brunei, Iranun, suku kaum Makiam dan sebagainya (Adsone Matthew: 2019).
Kulintangan biasanya mempunyai tujuh hingga sembilan biji gong yang diletakkan atas bingkai
kulintangan tersebut. Bilangan gong kecil yang digunakan biasanya mengikut suku kaum
tertentu. Hal yang demikian kerana, terdapat suku kaum yang menggunakan bilangan gong
kecil yang berbeza pada bingkai kulintangan tersebut. Sebagai contoh, suku kaum yang tinggal
di kawasan pantai barat menggunakan tujuh hingga sembilan biji gong kecil manakala pantai
timur menggunakan lima hingga tujuh atau lebih biji gong kecil (Adsone Matthew: 2019).
Terdapat juga masyarakat yang menggunakan lapan hingga 12 biji bilangan gong kecil. Oleh
itu, bilangan gong kecil yang diletakkan di bingkai kulintangan tersebut ialah tujuh hingga ke 12
biji mengikut kesesuaian. Bingkai yang digunakan pada kulintangan tersebut biasanya
menggunakan bingkai buluh. Bingkai kulintangan juga boleh menggunakan bingkai yang sangat
rendah yang hanya beberapa inchi sahaja daripada lantai tetapi boleh juga digunakan bingkai
yang tinggi. Saiz gong yang digunakan ialah lapan inchi dalam diameter (Frame: 1976).

Kulintangan biasanya digunakan dalam majlis perkahwinan, sambutan perayaan tradisi


dan sebagainya. Sebagai contoh, majlis perkahwinan suku kaum Bajau dan Iranun. Menurut
kajian Pugh-Kitingan (2016) suku kaum Makiang memainkan alat muzik kulintangan pada
majlis perkahwinan dan sambutan perayaan menuai. Terdapat juga suku kaum yang
memainkan alat muzik kulintangan semasa persembahan silat dan tarian titikas. Alat muzik ini
biasanya dimainkan diriingi dengan tarian tradisi. Sebagai contoh tarian igal limbayan dan igal
lellang (Mohd Anis: 2019). Tarian igal tersebut biasa dipersembahkan oleh lelaki dan
perempuan semasa sesuatu sambutan sebagai contoh majlis perkahwinan. Alat muzik
kulintangan biasanya dimainkan oleh perempuan walaupun sekali-sekala terdapat lelaki yang
memainkannya (Frame: 1976). Alat muzik ini tidak dihadkan mana-mana jantina yang
memainkannya. Kedua-dua jantina samada lelaki atau perempuan boleh memainkan alat muzik
ini. alat muzik ini biasanya dimainkan mengikut keselesaan penggunanya samada ingin berdiri
ataupun duduk. Disebabkan itulah alat muzik ini mempunyai bingkai yang tinggi dan rendah.

You might also like