You are on page 1of 14

Tahukan Anda Muzik Malaysia ?

Thursday, August 05, 2010 Mohd Johari Rosli No comments

Muzik Muzik
Rencana utama: Muzik tradisional

Malaysia tradisional

Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia.

Muzik Malaysia banyak dipengaruhi bentuk muzik negara jirannya iaitu Indonesia dan Thailand, dan juga dipengaruhi oleh gaya muzik negara jauh seperti Portugis, Filipina dan China (Munan, 175). Kaum peribumi Semenanjung Tanah Melayu bermain dalam ensembel kecil digelar kertok, iaitu sebentuk muzik gamelan yang cepat dan berirama. Ghazal dari Tanah Arab amat laris di pasaran muzik Kuala Lumpur dan Johor, melahirkan bintang tekrenal seperti Kamariah Noor. Di Melaka, ronggeng merupakan jenis muzik tradisional yang paling laris dimainkan, dan didendangkan dengan alunan biola, gendang, akordion dan gong. Muzik dan tarian zapin dari Arab juga laris di seluruh Malaysia. Zapin lazimnya diserikan oleh gambus dan beberapa buah gendang. Dondang sayang pula perlahan dan bersungguh-sungguh dendangannya dengan campuran pengaruh dari China, India, Arab dan Portugal serta unsur tradisi.

Muz
Persada muzik pop Malaysia berkembang dari muzik asli tradisional yang dipopularkan pada pada 1920-an dan 1930-an oleh rombongan Bangsawan, yang sebenarnya merupakan sejenis opera Malaysia yang dipengaruhi opera India yang mula-mulanya dikenali sebagai Wayang Pasir (Parsi) yang dimulakan oleh orang Parsi kaya-raya yang menetap di India. Rombongan ini memainkan ceritera dari pelbagai golongan budaya seperti orang India, Barat, Islam, Cina, Indonesia dan Melayu. Muzik, tarian, lakonan berkostum yang digunakan dalam persembahan bergantung kepada ceritera yang disampaikan. Pemuzik-pemuzik dalam rombongan ini kebanyakannya orang Melayu tempatan, orang Filipina dan orang Goa yang berasal dari India. Antara lagu-lagu pop Melayu yang terawal ialah Tudung Periok yang dinyanyikan oleh Momo Latif yang merakamkan lagu itu pada tahun 1930. Pada 1950-an P.Ramlee menjadi penyanyi dan komposer Melayu paling popular dengan sebarian balada perlahan seperti Azizah, Dendang Perantau dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti yang amat diingati ramai.

Pop yeh-yeh
Pada 1960-an, pemuzik Pop yeh-yeh yang dipengaruhi muzik Barat menjadi tumpuan utama. Genre pop yeh-yeh amat popular di Malaysia, Singapura dan

Brunei pada 1960an. Pop Yeh-yeh menakluki persada muzik Melayu dari 1965 hingga 1971. Muzik dan fesyen ala The Beatles dan kumpulan muzik rock and roll British yang lain pada 1960-an mencetuskan pengaruh kuat terhadap kumpulan pop yeh-yeh yang juga secara amnya dipengaruhi industri muzik Melayu ketika itu. Sebenarnya, istulah "pop yeh-yeh" dipetik daripada sebaris lagu Beatles popular berjudul She Loves You ("she loves you, yeah-yeah-yeah".) Lagu pop yeh-yeh tempatan pertama merupakan lagu Suzanna yang dinyanyikan oleh M Osman pada tahun 1964. Sewaktu kemuncak kegilaan pop yeh-yeh, kebanyakan kumpulan muzik genre ini mencuba sedaya upaya untuk meniru gaya rupa, gubahan muzik dan persembahan The Beatles. Biasanya kumpulan ini dirujuk sebagai "kumpulan gitar rancak" atau singkatannya "kugiran" terdiri daripada empat orang ahli yang menyanyi sambil memainkan empat alatan mzuik yang asas (dua buag gitar elektrik, sebuah bes elektrik dan satu set dram). Kebanyakan kumpulan tersebut dibentuk di Singapura dan di Malaysia. Negeri Johor dan Singapura dijadikan pusat kegiatan bagi kumpulan-kumpulan ini. Kebanyakan rakaman muzik mereka dilakukan di Singapura seperti di Studio EMI lama di MacDonald's House di Orchard Road serta banyak lagi studio kecil milik persendirian. Perkataan "kugiran" julung kalinya disiarkan di Radio Singapura dalam rancangan carta mingguan "Lagu Pujaan Minggu Ini" yang diacarakan oleh DJ Melayu pertama M.I.A. (Mohd Ismail Abdullah). Adalah difahamkan bahawa singkatan "Ku-Gi-Ran" merupakan cadangan seorang pegawai sari kata bernama Daud Abdul Rahman. "Kugiran" teridri daripada lima atau enam orang anggota termasuk seorang penyanyi utama, seorang pemain gitar utama, seorang pemain bes, seorang pemain gitar berirama, seorang pemain organ (atau keyboard) dan seorang pemain dram. Pembentukan dan perkembangan kugiran ini mendorong penubuhan dan kewujudan pelbagai syarikat rakaman di Singapura pada 1960-an dan kebanyakan lagu-lagu ini dirakam dalam bentuk piring hitam dan laris dijual dalam komersial. Sebilangan penyanyi yang mencipta nama ketika zaman itu termasuk M. Osman, A. Ramlie, Jeffrydin, Adnan Othman, Halim Yatim "Jandaku", Afidah Es, J. Kamisah, Siti Zaiton, J. Sham, A. Rahman Onn, Hasnah Haron, J. Kamisah, Fatimah M. Amin, Asmah Atan, Orkid Abdullah, A. Remie, Zam Zam, Salim I, Kassim Selamat, M. Rahmat, A. Karim Jais, M. Ishak, Hussien Ismail, Jaafor O, A. Halim, Azizah Mohamed, S. Jibeng dan L. Ramlee. Kumpulan rock dan pop yang turut masyhur ketika itu termasuk kumpulan The Rhythm Boys, The Siglap Five, The Hooks yang diketuai A. Romzi (dengan lagu hitnya Dendang Remaja), The Siglap Boys, Les Kafilas, The Cliffters yang menampilkan Rikieno Bajuri, Impian Bateks yang menampilkan Rudyn Al-Haj dengan lagu popularnya Naik Kereta Ku dan persembahan a capellanya seperti Oh Posmen, Gadis Sekolah etc, The Swallows yang terkenal dengan La Aube, Angkutangkut Bilis etc yang dinyanyikan vokalis mereka Kassim Selamat. Lagu La Aube pernah laris di Jerman. Zaman kegemilangan pop yeh-yeh berakhir pada tahun 1971. Sejak itu, pusat industri muzik Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Ramai komposer, penggubah, epnulis lirik, penyanyi, dan penerbit mula berpijak bukan sahaja di Kuala Lumpur bahkan juga di kota lain seperti Johor Bahru dan Ipoh bagi mencari peluang dalam industri muzik Melayu yang kian berubah.

Perubahan

citarasa

muzik

D.J. Dave, Hail Amir dan Uji Rashid memperkenalkan muzik berpengaruh Hindustan pada 1970-an. Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, pasaran bagi rakaman dan artis tempatan and artiste amat besar permintaanya, maka terikatlah kumpulan dan pemuzik yang sering bermain dalam kelab dan pab kepada kontrak rakaman. ketika inilah masanya apabila artis, kumpulan dan ahli perniagaan bukan berkaum Melayu menjelajahi industri muzik Melayu. Kumpualn-kumpulan seperti Alleycats, Discovery, Carefree dan Chendrawasih menerajui pemondenan muzik pop Malaysia; manakala penyanyi solo seperti Sudirman dan Sharifah Aini membantu industri mencapai kegemilangan. Sebelum pertengahan 1980-an munculnya satu lagi genre muzik, iaitu slow rock, heavy metal, hard rock dan blues. Kumpulan masyhur dari Barat seperti Scorpions, Led Zeppelin, Deep Purple, Def Leppard antara pengaruh bagi kugiran rock Malaysia. M. Nasir dan JS Kevin memainkan peranan penting dalam membentuk muzik rock di Malaysia sebgai penggubah dan penerbit selama hampir sedekad. Beliau menerbitkan hasil kumpulan rock tempatan seperti Search dan Wings lalu memacu mereka kepada tahap kemuncak muzik rock Malaysia. Gejala cetak rompak dalam bentuk menyalin kaset dan cakera padat menjadi meluas dan sukar terkawal ketika itu kerana jualan bahan-bahan ini meningkat dengan dorongan kejayaan ekonomi negara. Sekitar akhir 1980-an dan awal 1990an, R&B dan muzik pop menjadi tumpuan pemuda di kota. Muzik ini berunsur kosmopolitan dan ditujukan kepada gologan profesional danberpendidikan. Penyanyi pujaan ramai seperti Sheila Majid serta penerbit terkemuka seperti Mac Chew dan Jenny Chin yang dipengaruhi R&B, fusion dan jazz mencapai impian mereka dan menyediakan haluan baru untuk ramai lagi artis R&B Malaysia akan datang. Pada pertengahan 1990-an, kumpulan KRU, sebuah kumpulan vokal yang terdiri daripada tiga orang adik-beradik membangunkan rap dan hip-hop Melayu.

Pengaruh agama Islam

Pada 1991, album bertemakan alam sekitar yang dirakamkan Zainal Abidin dikeluarkan, merangkumi lagu gubahan Mukhlis Nor dan penerbitan oleh Roslan Aziz. Album ini disambut hangat oleh orang awam dan persada muzik antarabangsa terutamanya di benua Asia. Sekitar waktu ini muzik pop nasyid iaitu sebentuk pop bertemakan agama Islam yang merangkumi kumpulan vokal dan diserikan muzik paluan. Muzik ini yang dibangunkan oleh Raihan, Rabbani NowSeeHeart dan Brothers ini juga disambut hangat oleh penduduk luar bandar dan golongan yang kuat pegangan agamanya. Pada tahun 1996 seorang gadis sekolah bernama Siti Nurhaliza dari pekan Temerloh, Pahang menghasilkan album yang diterbit oleh Adnan Abu Hassan. Album pop Melayu ini amat berjaya di dalam pasaran. Beliau memasukkan pelbagai genre muzik seperti pop Melayu, R&B dan muzik tradisi Melayu dalam album-album beliau yang seterusnya yang turut mencapai kejayaan besar. Penyanyi ini menjadi sensasi di negara.

1990-an sehingga kini

Menjelang akhir 1990-an dengan kewujudan kemudahan Internet, muat turun MP3 menjadi cara yang temudah dan termurah untuk memperoleh hasil rakaman. Cakera padat cetak rompak juga didapati di pasar malam dengan harga kira-kira satu suku daripada harga cakera padat asli, hasil daripada pengedar sah dan syarikat rakaman utama tidak mampu menyaingi pencetak rompak ini. Pasaran muzik makin merosot dengan kehadiran pemain MP3 dan telefon bimbit dengan ciri-ciri yang serupa. Ketika awal 2000-an, kemunculan bentuk hiburan yang baru iaitu rancangan realiti mampu mengembalikan minat orang awam terhadap hiburan muzik. Rancangan seperti Akademi Fantasia dan Malaysian Idol membolehkan orang awam memilih bintang pujaan mereka dengan menghantar SMS. Yang menarik orang awam adalah penglibatan mereka dalam membentuk selebriti dan bahawa mereka boleh memilih sesiapa sahaja yang mereka inginkan dan bukannya membiarkan syarikat rakaman membentuk artis. Kajian menunjukan bahawa berbanding dekad-dekad lalu banyak bentuk hiburan yang lain seperti DVD, televisyen berbayar, program radio yang makin bertambah bilangannya serta perubahan dalam gaya hidup telah mempengaruhi minat orang awam terhadap pemuzik tempatan. Namun, ini masih tidak menggambarkan litar muzik live yang aktif di mana para penghibur menggubah dan mempersembahkan karya sendiri.

Pertumbuhan komersialisasi dan penempatan produk yang menggunakan pemuzik dan artis popular banyak menenggelami kehadiran persada muzik independent (atau bawah tanah) lalu memberikan "persepsi yang tersimpang" mengenai apa yang dibentukkan sebagai industri tempatan. Hasil rancangan realiti seperti Vincent Chong, Jaclyn Victor, Daniel Lee Chee Hun dan Mawi mampu menjual bilangan CD yang lebih berbanding artis bukan hasil rancangan ini. Kepelbagaian ini mempersonifikasikan barisan muzik popular yang meluas di Malaysia dan ketidaktentuan citarasa pengguna Malaysia terhadap keluaran budaya popular.

Bagi memahami stratifikasi sosial dari sudut ketidaksamaan (inequality), stratifikasi sosial wujud dari satu generasi ke generasi yang lain. Kebanyakan ibubapa, mewariskan kedudukan sosial mereka kepada anak-anak mereka. Kadangkala, berlakunya juga Mobiliti Sosial (Social Mobility) yang mana seseorang akan bertambah maju atau bertambah mundur. Stratifikasi Sosial sebenarnya wujud dalam semua masyarakat. Cuma ketidaksamaan (Inequality) antara mereka berbeza dari segi bentuk masyarakat, gender, umur, dll. Orang yang mempunyai Kuasa, Status serta kedudukan Ekonomi yang kukuh mungkin mempunyai pengaruh yang kuat dalam masyarakat. Terdapat juga sistem lain yang terdapat seperti Perhambaan (Slavery), Kasta (Caste) dan Kelas (Class)
Orang yang mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh sudah pastinya akan menyokong kewujudan Stratifikasi Sosial manakala orang miskin mahukan sistem ini mengalami perubahan

Ahli-ahli Sosiologi telah mengenalpasti beberapa Pembahagian Sosial (Social Division) yang terdapat dalam masyarakat iaitu: Gender, Sex, Ethnik, Usia dan Orang Kurang Upaya (OKU)

Buka encore Pergi ke windows Click pada Pallete Tick pada graphic Pilih ikon T pada graphic Text box akan keluar Taip dalam text box itu Drag ke tempat yang sesuai

RUJUKAN Amin Sweeney.(1994). Malay Word Music: A Celebration of Oral Creativity. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Curt Sachs.(1940). The History of Musical Insruments. New York: W.W. Norton & Co. Inc. Margaret Park Redfield.(1962). The Folk Society: Human Nature and The Study of Society. Peny: Chicago Press. Mohd. Ghouse Nasuruddin.(1994). Tarian Melayu.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Taib Osman (1984). Bunga Rampai: Aspects of Malay Culture. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Robert Redfield (1959). Peasant Society and Culture. Chicago &London: University of Chicago Press. William P.Malm.(1967). Music Cultures of the Pacific, the Near East, and Asia. New Jersey: Prentice-Hall, Inc

Penutup

Budaya dan hiburan masyarakat pribumi di Malaysiamerupakan hasil daripada gabungan muzik dan budaya serumpun Kepulauan Melayu. Pengaruh yang dibawa oleh pendatang-pendatang asing, terhadap budaya dan hiburan masyarakat peribumi di Malaysia khasnnya telah memikat hati masyarakat pribumi ketika itu. Masyarakat Melayu mendapati bahawa kelembutan budaya yang dibawa oleh Islam adalah sesuai dengan peradaban orang-orang Melayu yang penuh dengan ciri-ciri ketimuran. Perubahan amalan budaya yang berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan agama adalah lambang ketamadunan sesuatu kaum. Semakin maju sesuatu kaum itu maka, semakin realistik tindakannya dalam menentukan nilai yang perlu dipatuhi dan

diikuti agar amalan yang baik menjadi budaya yang sihat di dalam sesebuah masyarakat.

Pendahuluan Pertumbuhan tamadun manusia adalah bersifat evolusi, kompleks dan tidak seragam. Ini bererti tamadun manusia boleh diklasifikasikan dalam beberapa tahap tertentu yang selalunya didasarkan pada tahap teknologi yang digunakan oleh manusia pada sesuatu tahap itu. Perkembangan dari tahap pertama kepada tahap kedua bererti meningkatnya tamadun manusia. Ukuran kemajuan tamadun manusia didasarkan pada jenis perlatan yang digunakannya. Peralatan yang dibuat daripada besi dikatakan lebih maju daripada peralatan yang diperbuat daripada batu. Konsep ini telah diterima pakai untuk semua bidang termasuklah budaya dan hiburan sesebuah masyarakat yang bertamadun Kemampuan manusia menyesuaikan diri dengan perubahan alam sekeliling banyak bergantung pada wujudnya satu sistem kehidupan yang bersistem atau yang juga dikenali sebagai budaya. Budaya boleh ditakrifkan sebagai satu pola cara-cara dan kaedah sesuatu golongan atau masyarakat berusaha memenuhi keperluan asasi mereka. Budaya juga boleh diertikan sebagai tahap pencapaian atau kemajuan hidup manusia itu sendiri.

Hiburan biasanya dirujuk kepada dunia muzik sama ada berbentuk muzik instrumental ataupun muzik vokal yang mengiringi tarian dan seni lakon. Muzik di dunia ini digambarkan dengan berbagaibagai istilah termasuk kata sifat seperti moden, kontemporari, rakyat, kesenian, klasik, pop atau popular, sinkretik, transnsional, acculturated, bandaran dan lain-lain

Di negeri-negeri di Malaysia terdapat banyak bentuk muzik yang mencerminkan ciri-ciri asli dan juga pengaruh luar yang telah diserap ke dalam masyarakat. Mengikut ahli antropologis Redfield, perkembangan tradisi budaya dan hiburan berkembang pada dua peringkat iaitu di bandar dan di desa. Peribumi boleh dirujuk kepada kumpulan-kumpulan etnik yang natif kepada sesuatu wilayah yang dituntut dan dipertahankan. Di Malaysia, undang-undang telah memperuntukkan bahawa masyarakat peribumi adalah terbahagi kepada dua kategori iaitu bumiputeradan Orang Asli. Setiap suku kaum peribumi mempunyai budaya yang berbeza dan hiburannya yang tersendiri berdasarkan kemajuan dan pembangunan yang dicapai oleh sesuatu kaum itu

Golongan yang diklasifikasikan sebagai bumiputera termasuklah Orang Melayu di Semenanjung, Orang Melayu di Sarawak (Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Melanau, Murut) dan Orang Melayu di Sabah (Kadazan, Dusun, Bajau) serta penduduk natif lain di Sarawak danSabah. Orang Asli pula terdiri daripada tiga etnik utama iaitu kaum Negrito, Senoi dan Melayu Asli

SEJARAH PERKEMBANGAN BUDAYA DAN HIBURAN Pergerakan manusia dari benua Asia ke kepulauan Pasifik membawa Melayu Proto ke Semenanjung Malaysia dalam kurun 3000 Sebelum Masihi (SM). Mereka diikuti oleh Melayu Deutro dalam kurun 300 SM yang bergerak ke kawasan pergunungan dan hutan. Mereka meneroka lembah dan dataran yang lebih subur. Orang Asia Tenggara umumnya dan Melayu serta orang Indonesia khasnya berasal daripada Melayu-Proto dan MelayuDeutro[1]. Keturunan Melayu Proto dan Melayu-Deutro mencipta berbagai-bagai jenis permainan dan ritual untuk memberikan makna kepada kehidupan mereka. Mereka percaya bahawa sungai, pokok, bukit, gunung dan hutan mempunyai semangat dan untuk menentukan keharmonian dan keseimbangan semangat ini dengan penduduk serta ritual-ritual tertentu turut diadakan

Berdasarkan kepercayaan inilah maka budaya masyarakat peribumi dibentuk dan pada kebiasaannya kebanyakanhiburan yang diwujudkan adalah lebih bertujuan untuk upacara-upacara ritual yang bersangkut paut dengan roh dan semangat bagi mendapat perlindungan dan mengelak daripada ditimpa kecelakaan. Kepercayaan ini masih lagi dipegang kuat oleh sebilangan etnik pribumi di Malaysiaseperti persembahan wayang kulit di mana dalang menyaji jampi serapah dan makanan kepada semangat kampung untuk mendapat restu dan perlindungan ketika persembahan dijalankan. Proses modenisasi yang pesat dan penggunaan teknologi canggih ketika ini tidak mampu melenyapkan sesetengah kepercayaan kuno dalam kehidupan masyarakat pribumi.

Interaksi kebudayaan antara negara-negara dunia Melayu lama seperti Malaysia, Indonesia, sebahagian Thai, Kampuchea dan Filifina serta dari Timur Tengah, India dan China telah memberi kesan ke atas perkembangan budaya dan muzik masyarakat pribumi ketika itu. Interaksi ini telah mewujudkan kepelbagaian bentuk muzik di Malaysiasehingga kehari ini walaupu telah mengalami pelbagai pengaruh daripada pelbagai kuasa. Budaya dan hiburan berasaskan kepercayaan animesma dan ritual masyarakat pribumi begitu ketara dengan kedatangan pengaruh Hindu melalui pedagang-pedagang India yang berniaga di kawasan ini beberapa kurun sebelum masihi. Walaupun bentuk ritual ini tidak dapat dipastikan dengan jelas, namun ia boleh dianggap sebagi permulaan dan asas bentuk-bentuk teater yang wujud ketika ini. Pengaruh Hindu amat ketara dalam persembahan wayang kulit terutamanya kisah-kisah yang menceritakan mengenai epik Ramayana dan Mahabrata dan dalam upacara wayang kulit yang antara lain merujuk kepada dewa-dewa Hindu. Alat-alat muzik seperti gendang dan serunai juga mempunyai kaitan dengan alat-alat muzik Hindu.

Pengaruh hindu menjadi lebih penting dengan penubuhan kerajaan Hindu Funan (1627 T.M) yang terletak di Delta Mekong dan cawangan-cawangannya di Langkasuka dan Kedah di Semenanjung Malaysia serta di negara-negara lain oleh pelakonpelakon bangsawan. Kerajaan Funan digantikan dengan kerajaan Sriwujaya yang terletak diPalembang, Sumatera Selatan. Selepas kejatuhan Sriwijaya, muncul

kerajaan Hindu Majapahit dalam tahun 1929 yang berkuasa selama satu kurun dan selepas itu ia digantikan pula oleh kerajaan Melaka yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia.
Keempat-empat kerajaan dan jajahan (Funan, Sriwijaya, Majapajit dan Melaka) merangkumi kawasan yang sekaranag ini membentuk kepulauan Indonesia, Malaysia, negara Thai, Filipina dan sebahagian daripada negara Indocina yang pada keseluruhannya dianggap sebagai satu kawasan kebudayaan iaitu Hindu Melayu Lama. Pada zaman kegemilangan tiap-tiap kerajaan ini, berlaku kegiatan-kegiatan perdagangan dan pertukaran budaya di antara mereka. Oleh itu tidaklah menghairankan apabila terdapat persamaan dalam seni teater di negeri-negeri di rantau ini.

Pada permulaan kerajaan Melaka (1402-1403), seni teaterMalaysia dan Indonesia bercorak Hindu. Kedatangan agama Islam ke rantau ini, terutama di Indonesia dan Malaysia, unsur-unsur Hindu mula dihakis. Pedagang Arab dan orang India Muslim telah berdagang dengan kerajaan Sriwijaya semenjak kurun ke-13 dan dalam masa yang sama, Perlak dan Pasai di Sumatera Utara telah di Islamkan. Di sinilah agama Islam di bawa ke Melaka. Raja Melaka telah mengahwini puteri pasai lalu memeluk Islam dan menukarkan namanya kepada Megat Iskandar Shah (1414). Dari Melaka Islam tersebar ke seluruh Semenanjung dan dalam jangka masa 50 tahun, Melaka kukuh sebagi tempat penyebaran agama Islam

Semasa Islam mula bertapak di dunia Melayu lama, seninya berunsur Hindu dan animisme. Selepas Islam mula tersebar, ciri-ciri Islam telah diterapkan ke dalam persembahan-persembahan hiburan seperti seni teater di mana ayat-ayat Quran diserapkan ke dalam jampi serapah yang dilakukan pada permulaan pementasan dan legenda-legenda Islam ditambah dalam kumpulan cerita yang dipersembahkan

Di samping kejayaan mengatasi unsur-unsur animisme dan Hindu dalam teater tradisi, Islam juga memperkenalkan bentuk-bentuk nyanyian yang mengagungkan Allah, Nabi Muhammad (s.a.w) dan para sahabat. Hari ini persembahan ini dikenali sebagi hadrah, rodat, dabus dan dikir rebana. Kesemuanya berbentuk nyanyian berkumpulan yang diiringi rebana dan gong

Selain daripada pengaruh Hindu dan Islam, Malaysia juga dipengaruhi oleh negara jirannya iaitu Indonesia dan Thai.Pendatang Indonesia, orang Jawa, Minangkabau, Acheh, Bugis dan Sumatera membawa bersama-sama mereka beberapa bentuk tradisi yang sekarang wujud di MalaysiaPendatang ini berkelompok di bahagian dalam semenanjung iaitu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Di Batu Pahat, Johor, orang orang Jawa dan Minang sangat terkenal dengan hiburan berbentuk seni lakon iaitu Wayang Kulit Jawa (Wayang Purwa) yang mempunyai perbezaan daripada wayang kulit yang terdapat di Kelantan dan di Kedah. Bentuk-bentuk persembahan lain yang berasal dari Jawa ialah ketoprak (dramatari), kuda kepang dan angklung.

Di Terengganu dan Pahang terdapat dua jenis permainan yang berasal dari Indonesia. Joget gamelan dibawa oleh orang Bugis dari Kepulauan Riau. Tarian ini mempersembahkan cerita-cerita Jawa Kuno, seperti Raden Galoh Cendera Kirana dan Raden Inu Kertapati. Rodat pula dibawa masuk dari Acheh, Sumatera melalui Sambas Borneo ke Terengganu[

Di samping pengaruh Indonesia di Selatan, Malaysia juga di pengaruhi di bahagian utara oleh negeri Thai. Selepas kejatuhan kerajaan Sriwijaya pada tahun 1403, negara Thai menakluk keseluruhan Semenjung Malaysia dan memaksa sultan-sultan Melayu menghantar bunga emas tiga tahun sekali sebagai tanda penaklukan. Pada masa kerajaan Melaka, pengaruh Thai terhad di sekitar Utara SemenanjungMalaysia. Walaupun mereka menawan negeri Kedah pada tahun 1921 dan cuba menakluk Perak dan Selangor pada tahun 1822, rancangan mereka dihalang oleh pihak British yang menghantar beberapa buah kapal perang ke muara Sungai Terang

Sepanjang kurun ke-19, negara Thai mencuba dengan sedaya upaya menegaskan kedaulatannya ke atas Kedah, Kelantan, Perak, Pahang dan terengganu. Pada tahun 1842, umpamanya negara Thai memulangkan takhta kerajaan Sultan Kedah dengan syarat meneruskan penghantaran bunga emas. Tetapi dalam tahun 1860an negara Thai memberhentikan usaha memperluaskan jajahannya serta menghentikan rancanagan menakluk negeri Thai memulangkan Kedah , Perlis, Kelantan dan terengganu kepada British

Selama lebih daripada 500 tahun negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia telah berulang kali dipengaruhi oleh politik dan kebudayaan Thai. Maka tidak hairanlah jika bentuk-bentuk teater tradisi di utara mempamerkan unsur-unsur Thai seperti dalam wayang kulit Siam yang terdapat di Perlis, Kedah, Kelantan dan di sebahagian terengganu. Bentuk patung hampir serupa dengan patung wayang Nang Talung, sementara dua jenis gendang, geduk dan gedombak memang sama dengan alat-alat yang digunakan oleh kumpulan muzik nang talung. Jampi serapah Tuk Mahasiko (watak mistik dalam wayang kulit) juga dilafazkan dalam bahasa Thai

Sebuah lagi teater tradisional Thai, yang telah meresapi ruang budaya Malaysia ialah menora (manohara), dramatari yang mempersembahkan cerita-cerita Jataka Buddha. Bentuk ini popular di sini. Apabila negara Thai menakluk bahagian utara semenanjung, kumpulan menora yang terdapat di sempadan pada masa itu, mempamerkan percantuman unsur-unsur Thai dan melayu dan persembahan mereka

Makyung merupakan satu lagi teater tradisi yang membuktikan wujudnya pengaruh Thai. Berasal dari kawasan yang sama dengan menora, perkembangan makyung lebih giat di Malaysia daripada di negara Thai sendiri. Pengaruh Thai dapat dilihat dengan jelas melalui pergerakan jari, kedudukan kaki dan penggunaan alat-alat muzik seperti geduk dan gedombak.

Pengaruh penting yang terakhir ke atas budaya dan hiburan tradisi rantau ini ialah dari Barat. Orangoarang barat atelah memperkenalkan kebudayaan mereka termasuklah tarian dan muzik. Orang

Portugis membawa masuk biola dan gitar sementara orang Inggeris mempopularkan alat-alat muziak Barat yang lain seperti piano, trumpet, seksafon dan alat-alat muzik orkestra yang lain. Sehingga kini muzik di Malaysiamasih lagi berpandukan teori-teori dan gaya penciptaan muzik Barat.

Selain daripada pengaruh awal Hindu, Arab dan akhirnya penjajah barat ke atas seni tradisi Asia tenggara, dua pengaruh utama ke atas seni teater tradisi Malayu datang dari dua arah dari utara iaitu Thai dan dari Selatan iaituIndonesia. Para cendikiawan telah merumuskan bahawa seni tradisi Malaysia adalah berbentuk derivative. Tetapi kita harus sedar bahawa bentuk-bentuk yang serupa seperti wayang kulit, gendang keling dan sebagainya berkemungkinan telah muncul dan berkembang di Malaysia. Oleh itu janganlah kita mengetepikan kemungkinan perkembanagn serentak bentuk-bentuk seni tradisi yang sama di kawasan-kawasan yang berlainan.

Jenis muzik Di negeri-negeri di Malaysia terdapat banyak bentuk muzik yang mencerminkan ciri-ciri asli dan juga pengaruh luar yang telah diserap ke dalam masyarakat[3]. Pada umumnya kita boleh menentukan muzik sebagai muzik klasik (biasanya di Asia Tenggara muzik ini dihubungkaitkan dengan budaya di Istana), muzik rakyat, muzik seni dan muzik popular. Tetapi kegunaan istilah-istilah ini sebenarnya bergantung kepada keadaan sosial, ekonomi, politik dan jenis budaya di mana seni muzik diperkembangkan.

Teori budaya yang mengistilahkan budaya rakyat dan budaya istana sebagai dua jenis budaya tertentu telah digunakan oleh ahli antropilogois dengan menonjolkan ciri-ciri tertentu. Budaya rakyat biasanya dibezakan daripada budaya istana atau budaya klasik. Istilah lain juga memperbezakan kedua-dua jenis budaya ini dalam peradaban, misalnya istilah tradisi kesil (budaya rakyat) dan tradisi besar (budaya istana)[4]. Dalam hampir semua tamadun di dunia ini kedua-dua tradisi ini wujud serentak.

Menurur Redfield, tradisi besar berkembang melaluipenulisan yang diajar secara sedar dan sistematik di sekolah-sekolah, masjid atau rumah berhala, dan istana[5]. Tradisi besar biasanya terdapat di kalangan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar. Komunikasi secara bertulis dan juga kegunaan teknologi semasa di antara anggota-anggota dalam masyarakat lebih diutamakan. Oleh sebab itu kesedaraan teori dan sejarah diketahui dengan jelas.Tradisi ini menonjolkan ciri-ciri kehalusan dan profesional dalam masyarakat bandar atau istana yang mengutamakan kepentingan institusi sosial dan kerajaan. Masyarakat bandar ini boleh mengalami perubahan secara pantas yang mementingkan daya cipta individu

Tradisi kecil diperturunkan secara lisan di kampung-kampung dan kawasan desa secara bersahaja. Tradisi kecil yang berhubungkait dengan budaya rakyat didokong oleh masyarakat yang biasanya tinggal di kawasan desa. Komunikasi secara lisan di antara anggota-anggota dalam masyarakat lebih diutamakan walaupun sistem bertulis boleh wujud. Oleh itu kesedaran sejarah kurang jelas kerana tradisinya diperturunkan secara lisan sahaja. Perhubungan dan perlakuan anggota-anggota budaya rakyat dikawal oleh undang-undang yang dipersetujui bersama oleh mereka. Tambahan pula,

masyarakat dalam tradisi kecil mengalami perubahan secara perlahan-lahan sahaja dalam masa yang panjang. Bekerjasama, berusaha dan bertindak secara komunal merupakan satu lagi ciri khas dalam tradisi kecil dan budaya rakyat.

Kedua-dua jenis ini slaing bergantung dan sentiasa mempengaruhi di antara satu sama lain. Dengan cara itu, sistem penulisan yang biasanya terdapat dalam tradisi besarboleh wujud dalam satu-satu kebudayaan yang tertentu yang mengekalkan banyak ciri budaya rakyat. Justeru itu ia dijeniskan sebagai budaya

rakyat. Para antropologis berpendapat bahawa budaya rakyat juga telah lama berhubung dengan budaya istana yang menjadi pusat pemikiran dan perkembangan institusi sosial, ekonomi dan politik sejak beratus-ratus tahun. Muzik boleh dikategorikan kepada beberapa jenis muzik seperti muzik kontemporari seni dan popular, muzik sinkretik, muzik klasik, dan muzik rakyat.

Kebanyakan orang asli di semenanjung lebih terkenal dengan muzik sewang. Muziknya dihasilkan daripada sepasang buluh (panjang dan pendek) yang diketuk pada sebatang kayu secara bersilih ganti yang dipanggil lecentau. Bangsi merupakan alat tiupan yang dimainkan dengan menggunakan hidung. Boleh dikatakan muzik sewang di klangan orang asli hampir sama peralatan muzik yang digunakan, cuma terdapat sedikit perbezaan sama ada corak iramanya ataupun cara persembahnnya sahaja berbeza daripada setiap kaum

Pada masa kini, kedua-dua kesenian istana dan rakyat diMalaysia dikenali sebagai kesenian tradisonal. Walaupun kesenian klasik dan rakyat telah lama berkembang di kalangan masyarakat yang pelbagai kaum, sejarah perkembangan muzik tersebut berbeza walaupun mempunyai beberapa ciri yang sama

Ciri perbezaan ini dapat dilihat daripada tempat perkembangannya. Teater, muzik dan tarian klasik hanya terdapat di daerah- daerah tertentu. Umpanaya wayang kulitSiam, makyong, menora dan tarinai dipersembahkan di negeri-negeri utara Semenanjung

manakala tumbuk kalang dan caklempong terhad kepada Negeri Sembilan. Muzik ensembel gong besar terdapat di Sabah dan Sarawaksahaja. Persembahan teater, muzik dan tarian diadakan bukan sahaja bukan untuk hiburan rakyat semata, tetapi berfungsi ritual terutama di zaman lampau.Kesenian rakyat mempunyai perkaitan rapat dengan upacara agama. Misalnya wayang kulit, tarian sumazau dan tarian serta muzik mengarang dipersembahkan sebagai kesyukuran kepada semnagat padi selepas musim menuai, sedangkan pementasan makyong, main puteri dan lagu ritual dengan iringan hentakan tiub buluh biasanya diadakan untuk menyembuhkan penyakit
Persembahan teater juga dipersembahkan sebagai tanda kesyukuran dan permintaan kuasa luar biasa yang boleh membawa kemusnahan kepada tanaman dan kemalangan kepada manusia. Oleh itu, upacara buka panggung diadakan permulaan setiap persembahan. Ketika ini kebanyakan kesenian tradisional seperti wayang kulit, tumbuk kalang dan ensembel gong besar hanya dipersembahkan untuk hiburan sahaja dan tidak lagi mempunyai fungsi ritual. Persembahan juga berfungsi sosial. Rakyat dapat bergaul secara informal pada waktu persembahan wayang kulit, makyong, mek mulung dan lain-lain. Mereka duduk atau berdiri di sekeliling pentas yang dipanggil teater in the round. Mereka bercakap sambil makan semasa menonton pementasan. Di Sarawak persembahan diadakan di ruai rumah panjang. Orang kampung bercampur gaul semasa mendengar bunyi antan dan lesung, muzik gong dan muzik buluh. Persembahan memajukan kerukunan masyarakat

Cerita diturunkan dari satu generasi ke generasi lain secara lisan. Cerita-cerita wayang kulit berasaskan epik Hindu seperti Ramayana dan Mahabrata serta lagenda tempatan manakala ceritacerita makyong dan mek mulung pula berdasarkan cerita rakyat melayu. Percintaan romantis, kelucuan, peperangan, khayalan dan kemenagan kebaikan atas kejahatan merupakan unsur-unsur penting dalam sesebuah cerita Persembahan juga berfungsi sosial. Rakyat dapat bergaul secara informal pada waktu persembahan wayang kulit, makyong, mek mulung dan lain-lain. Mereka duduk atau berdiri di sekeliling pentas yang dipanggil teater in the round. Mereka bercakap sambil makan semasa menonton pementasan. Di Sarawak persembahan diadakan di ruai rumah panjang. Orang kampung bercampur gaul semasa mendengar bunyi antan dan lesung, muzik gong dan muzik buluh. Persembahan memajukan kerukunan masyarakat. Dalam zaman ini banyak karya karya yang dihasilkan aalah berasaskan idiom Barat. Namun demikian, unsur-unsur muzik tradisonal juga turut diselitkan agar ia dapat diterima dengan budaya dan norma masyarakat Malaysia.

You might also like