You are on page 1of 11

SENI BINA MALAYSIA Pengenalan Seni bina di sekeliling Malaysia hari ini mempamerkan bayangan hampir setiap seni

bina dan gaya dari agama-agama serta budaya-budaya utama di Asia. Selain mengekalkan seni bina warisan, Malaysia memandang ke hadapan dan mencipta warisan menaranya di dunia.

Pertumbuhan seni bina adalah hasil daripada pengaruh sejarah kurun lalu ke atas negara. Ia bermula daripada tempat tinggal kuno bumiputera kepada HinduIndia dan juga pengaruh Arab-Muslim diikuti dengan ketibaan kaum Cina daripada bahagian Asia. Seterusnya rentetan masa penjajahan Eropah daripada Portugis, Belanda dan akhirnya Inggeris tetapi mendapat campur tangan pandangan daripada penduduk tempatan secara keseluruhannya; diakhiri dengan kemerdekaan namun visi rakyat Malaysia masih lagi berasakan semangat.

Rumah Tradisional Melayu

Rumah Tradisional Melayu

Reka bentuk tersebut memaparkan kebijaksanaan dalam penggunaan dan keluasan ruang mengikut keperluan semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan. Rumah tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah ini diperbuat daripada kayu dan bertiang. Dinding diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan rumbia/nipah atau kayu. Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah. Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima. Seni bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minangkabau, Siam, Cina dan Barat. Pada peringkat awal, rumah Melayu tradisional berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat. Bentuk ini kemudiannya berubah mengikut arus perubahan zaman.

Ciri-ciri Rumah Melayu

1) Bumbung Rumah tradisional Melayu terdiri dari bumbung tetap, tetapi berubah kepada bentuk limas atau dipanggil Bumbung Belanda selepas kedatangan penjajah. Bumbung
2

sentiasa condong untuk kesesuaian cuaca panas tropika. Di sepanjang tepian hujung bumbung, dipasang cucur atap atau papan cantik berukir melambangkan kehalusan seni masyarakat Melayu.

2) Anjung Anjung merupakan tempat berehat dan berbincang bagi kaum lelaki. Wanita kebiasaannya di dalam dan lelaki di luar sesuai dengan sifat lelaki sebagai pelindung rumah. Ini menunjukkan masyarakat Melayu amat mementingkan adat dan tatatertib masyarakat, sehingga mereka dipandang tinggi kerana kaya dengan kehalusan budi pekerti. Tambahan, ini bertujuan mengelakkan fitnah, di mana tetamu lelaki hanya dipelawa naik hingga ke anjung sahaja.

3) Ruang Utama/Rumah Ibu Ruang utama ini dipanggil rumah ibu sempena menghormati peranan ibu sebagai pengelola rumah dan penyeri keluarga. Sesuai dengan nama ini, fungsinya adalah sebagai tempat berkumpul ahli keluarga untuk beristirehat dan bersantai bersamasama.
3

4) Bilik Bilik merupakan ruang rahsia tuan rumah dan ahli keluarga. Kebiasaannya anak lelaki dan perempuan akan diasingkan. Ini melambangkan masyarakat Melayu mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

5) Dapur Dibatasi dinding antara ruang utama dengan dapur. Dapur sebagai tempat memasak dan tempat khas untuk tetamu perempuan, menandakan peranan perempuan di belakang lelaki.

6) Ukiran Seni ukir banyak didapati di tangga, dinding beranda dan papan cucur atap. Ini membuktikan masyarakat Melayu kaya dengan seni tersendiri. Ukiran yang dibuat bukan sahaja sebagai seni perhiasaan, malah menggalakkan pengaliran udara dan cahaya masuk untuk menceriakan rumah.

Faktor-faktor yang Menentukan Bentuk Seni Bina Iklim dan Cuaca Alam Persekitaran Kebudayaan dan adat resam

Jenis-jenis Rumah Tradisional Rumah Berlepeh Terengganu Rumah Bumbung Panjang


5

Rumah Bujang Rumah Tiang Dua Belas Rumah Minangkabau Rumah Bumbung Perak Rumah Melayu Melaka

Rumah Bumbung Panjang Johor

Rumah Bumbung Panjang Kedah

Rumah Bumbung Panjang Kelantan

Rumah Panjang Melaka

Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan

Rumah Bumbung Panjang Perak

Rumah Bumbung Panjang Perlis


8

Rumah Bumbung Panjang Pulau Pinang

Rumah Panjang Sarawak


9

Muzium Seni Bina Malaysia merupakan sebuah muzium yang terletak di Melaka. Ia mempunyai koleksi seni bina seluruh pelosok dunia dan terletak dalam bangunan bersejarah yang bewarna merah.

10

Taman Mini Malaysia & Mini ASEAN

11

You might also like