You are on page 1of 13

Abstrak

Daripada Journal of Malayan/Malaysian Branch Royal Asiatic Society, saya telah

memilih Sistem Kangchu untuk mengkaji dan mengkritik apa yang telah berlaku di

Johor pada ketika itu khususnya dalam bidang ekonomi.Sistem Kangchu ini merupakan

antara sistem pertanian yang unik di negara ini dan telah diperkenalkan di Johor

semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar.Semasa pemerintahan baginda,

penanaman gambir dan lada hitam telah diusahakan secara besar-besaran melalui

Sistem Kangchu dan pada tahun 1860-an, dianggarkan Johor mempunyai 1200 ladang

lada hitam dan gambir.

Sistem Kangchu merupakan institusi yang terdapat dalam kegiatan perkebunan

lada hitam dan gambir.Kangchu bermaksud Tuan Sungai dikatakan antara institusi

lama sebelum pengasasan Johor1.Sistem ini telah diperkenalkan oleh Temenggung

Daeng Ibrahim pada 9 Oktober 18442 ekoran daripada baginda telah mengeluarkan

Surat Sungai yang pertama kepada seorang pekebun Cina bernama Lau Lib

Keng.Dengan ini, bermulalah penghijrahan orang-orang Cina dari Singapura ke Johor

dan bermulalah penanaman gambir dan lada hitam secara komersial di Tanah Melayu.

Surat Sungai yang pertama ini menyatakan bahawa Temenggung Seri Maharaja

member surat tanda keterangan kepada orang Cina yang hendak berkebun dalam

tanah Johor.Antara isi kandungan surat tersebut ialah Tuan Sungai mesti menjelaskan

bahawa Tuan Sungai haruslah membayar cukai kepada Temenggung. Jika dijelaskan

dalam tempoh tiga tahun, Tuan Sungai tersebut akan dikenakan hukuman yang

1
Trocki, The Origin of The Kangchu System, hlm.32
2
Trocki, The Origin of The Kangchu System, hlm.146
berat.Selain itu, tuan sungai haruslah mematuhi beberapa lagi peraturan-peraturan

lain.Peraturan-peraturan ini terkandung dalam beberapa surat dokumen seperti Surat

Jual Beli, Surat Pajak dan Surat Tauliah.Doukumen yang paling penting ialah Surat

Tauliah yang menggariskan 17 undang-undang mengenai kuasa dan tanggungjawab

tiap-tiap Tuan Sungai3.Mulai dari Surat Sungai yang pertama pada 1844 hingga tahun-

tahun 1860-an , penanaman gambir dan lada hitam telah berkembang ke seluruh negeri

Johor.Pada tahun 1862, sebanyak 37 Surat Sungai telah dikeluarkan oleh Kerajaan

Johor.Dengan itu, Johor telah menjadi sebuah kawasan yang terkemuka di Nusantara

mendahului Singapura dan Kepulauan Riau.

Perkembangan yang pesat ini adalah disebakan oleh pengeluaran gambir dan

lada hitam di Singapura dan Kepulauan Riau telah merosot dengan teruknya.Dan,

pemerintahan Inggeris di Singapura mula mengenakan cukai tanah yang tinggi dan

kerana kekurangan tanah di Riau.Permintaan gambir juga telah meningkat di Eropah.

Oleh itu, Temenggung Daeng Ibrahim berusaha menarik ramai pekebun Cina

dari Singapura ini kerana pada asalnya mereka merupakan pekerja kebun milik orang

Melayu di Riau dan Bugis yang telah berhijrah ke Singapura menurut Tuhfat Al-

Nafis4.Sekudai menjadi tempat tumpuan perkebunan lada hitam dan gambir ini selain

kawasan Sungai Melayu, Danga dan Tebrau menjelang tahun 1845.

Dalam sistem ini, setiap ladang dikenali sebagai kangkar.Kangkar merupakan

sebuah lading yang mempunyai kebun-kebun kecil di dalamnya yang diawasi oleh

3
Carolyn Wong Moi Leng, Sistem Kangcu di Johor 1844-1917
4
Tuhfat Al Nafis,Raja Ali Haji,p 189
Kangchu atau Tuan Sungai5 yang terletak di kawasan tebing sungai.Surat Sungai

diperlukan sebelum sesebuah kangkar dibuka.Saiz bagi setiap kangkar ini ialah sekitar

2500 ekar hingga 20000 ekar dan setiap kangkar ini pula dibahagikan kepada beberapa

kawasan kecil antara 50 ekar hingga 250 ekar6.Setiap kawasan kecil ini akan

diusahakan oleh 3 hingga 10 orang buruh yang dibawa masuk dari negeri China.

Kebanyakan tanaman gambir dan lada hitam telah dijalnkan secara bersekali

dalam sesebuah kangkar kerana ramai pekebun Cina ingin mengambil keuntungan

yang lebih cepat.Ini kerana penanaman lada hitam mengambil masa yang la iaitu 3

tahun manakala gambir memerlukan 4 bulan sahaja.Kombinasi tanaman ini dikenali

sebagai Gambir Lada dalam pentadbiran dan undang-undangnya.

Kewujudan pekerja perusahaan gambir dalam kalangan orang Cina di Riau

Dalam menyelidiki asal usul dan penggunaan Sistem Kangchu ini, terdapat

perkaitannya dengan Riau apabila penduduk Riau mula dilihat campur tangan dalam

menewaskan Putera Sumatera iaitu Raja Kechil dengan menjadikan Sultan Sulaiman

sebagai raja.Pada tahun 1740, Yang Dipertuan Muda Bugis yang kedua, Daeng Celak

telah mengarahkan penubuhan lading gambir di Riau yang dimiliki oleh orang Melayu

dan Bugis tetapi diusahakan oleh orang Cina7.Orang-orang China ini mula berhijrah ke

Johor pada zaman pemerintahan Temenggung Ibrahim (1825-1862) bagi membuka

ladang gambir dan lada hitam.Penghijrahan beramai-ramai mula dilihat pada

pertengahan abad ke-19 untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang

lada hitam.Para pekerja Cina ini telah dikerah melakukan kerja penanaman serta

5
Carolyn Wong Moi Leng, Sistem Kangcu di Johor 1844-191
6
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Kangcu
7
Munir Ali, p 97
memanfaatkan penggunaan gambir.Ini menyebabkan Tanah Melayu mula diduduki oleh

orang-orang Cina apabila mereka mula membina penempatan masing-masing. Pada

tahun 1784, terdapat sebanyak 10,000 petempatan orang cina di Pulau Bentan. 8 Ini

disebabkan oleh perdagangan gambir yang semakin berkembang. Pada waktu itu,

perdagangan, pertanian dan petani-petani China dilihat mempunyai kebergantungan

antara satu sama lain.

Kemudian, pelbagai perubahan telah dilakukan oleh Daeng Celak dalam

perusahaan lada hitam sehingga akhirnya perniagaan lada hitam mula berkembang

meluas bersama penanaman gambir di Riau seterusnya menjadikan penanaman

gambir sebagai salah satu sumber ekonomi yang terpenting pada abad ke-

18.Keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan gambir telah menjadikan Riau

sebagai suatu kawasan entrepot yang terkenal dan maju pada masa itu9.Gambir turut

menjadi salah satu produk terpenting dalam perdagangan Bugis-China apabila gambir

dijadikan satu bekalan yang dapat menjamin makanan di Riau10.

Kebebasan pendudukan Orang Cina di Riau

Bermula tahun 1784, orang Melayu dan Bugis mula meninggalkan Riau dan

orang-orang Cina mula menduduki Riau sepenuhnya., Yamtuan Muda Bugis yang

kelima iaitu Raja Haji dibunuh semasa mengepung Melaka.Setelah itu, Belanda telah

menawan Riau dan menghalau Bugis.Orang Belanda menandatangani persetiaan

dengan Sultan orang Melayu yang tinggal.Pada tahun 1787 pula, orang Melayu telah

bekerjasama dengan lanun untuk menentang Belanda kerana perasaan tidak berpuas

8
Chin Ting Ta Ching Hui Tien Shih Li ,1898 Edition
9
Tuhfat Al-Nafis
10
Chin Ting Ta Ching Hui Tien Shih Li ,1898 Edition
hati dengan persetiaan dengan Sultan dan orang Melayu yang tinggal.di situ namun

mereka telah melarikan diri akhirnya.Golongan Cina sahaja yang masih tinggal kerana

mereka bersembunyi di ladang gambir.Admiral Jacob van Braam telah mengetuai orang

Belanda berdepan dengan Belanda dengan meminta bantuan Belanda memandangkan

orang Melayu dan Bugis telah meninggalkan Riau.Beliau telah melantik seorang

Residen di Riau manakala orang-orang Cina kembali bekerja di ladang.Admiral Jacob

Van Braam turut berjanji akan menghantar kapal-kapal daripada Jawa Riau untuk

berdagang gambir di Riau.Beliau kekal di Riau sehinggalah tahun 1795 apabila British

mengambil alih Melaka.Terdapat juga sebilangan orang Melayu yang masih lagi berada

berhampiran Riau iaitu Engku Muda dan para pengikutnya.Pada tahun 1795, Sultan

telah membenarkan beliau tinggal di Riau namun keselamatannya tidak tejamin.Tahun

1804, orang Melayu dan Bugis mula mengalami perselisihan faham antara satu sama

lain sehingga tahun 181811.Tahun 1819, apabila Singapura diasaskan, Sistem Kangchu

diwujudkan.Menurut P.J Begbie , pengusahaan gambir di Riau yang dimulakan oleh

pedagang Belanda telah menjadi perniagaan orang Cina secara keseluruhannya

bermula tahun 1818 hingga 182512.Pada tahun 1825, sebanyak 13 000 penempatan

orang Cina di lima kawasan sungai yang berbeza.Pada masa yang sama, penggunaan

perkataan Kang dan chukangtelah mula digunakan untuk merujuk kepada

penempatan di muara sungai di mana terdapatnya ladang-ladang yang masih

dikekalkan.Kang menduduki hierarki yang paling bawah dalam struktur penguasaan

orang Cina yang berpusat di Riau.Terdapat dua komuniti orang Cina iaitu Hokkien yang

dipanggil Amoy dan Teowchow yang dipanggil Canton.

11
Ibid p,272-273
12
BegbieP.J,The Malayan Penisular.Kuala Lumpur,1067 p 315
Pada masa yang sama, setiap kampong diketuai oleh seorang kapitan

dan semua orang Cina sama ada Hokkien ataupun Teowchow dikuasai oleh

Teowchow.Sistem ini digunakan dalam jangka masa yang agak lama.Kapitan ini dilantik

oleh orang Bugis dan ia dianggap sebagai warisan daripada adat masyarakat Melayu

yang menggantikan orang asing kepada ketua dalam kalangan mereka sendiri.Namun,

penempatan orang Cina di Riau diantara tahun 1787 hinggan 1819 berterusan

sehinggalah ada yang menganggap mereka telah berjaya mencapai apa yang tidak

pernah mereka miliki sebelum ini.Ini merupakan antara tahap perkembangan dalam

Sistem Kangchu.

Singapura dan perdagangan gambir

Perusahaan gambir oleh orang Cina telah mula berkembang sebelum

kedatangan British di Singapura lagi.Perdagangan ini telah diperkenalkan oleh

Temenggung Daeng Ibrahim.Tanaman ini berkembang sebagai perusahaan pekebun-

pekebun kecil dalam kalangan orang-orang Cina dan terus berkembang pesat sehingga

ke kawasan seberang Selat Johor.Di Singapura pula, perusahaan gambir ini telah

menghasilkan pulangan yang besar kepada Singapura buat tempoh yang lama selama

beberapa tahun.Antara tahun 1819 hingga tahun 1821, semakin ramai orang Cina dari

Riau mula berhijrah ke Singapura.

Antara April 1820 ke April 1821, import gambir dari Riau dan Lingga ke
Singapura berjumlah 10790 pikul 13.Perusahaan ini berkembang menjadi perdagangan
antarabangsa melalui pelabuhan Singapura.Selepas tahun 1835, Singapura telah
menjadi pusat penghasilan gambir yang utama.Ini kerana sebanyak 10 milibelt tanah di
antara Bandar Singapura dan Bukit Timah telah diperuntukkan bagi mengusahakan

13
Cowan, 1950,p.112
tanaman gambir.Namun begitu, hanya 3317 orang Cina sahaja yang berada di
Singapura berbanding seramai 13000 di Riau14.Pada tahun 1834, orang Cina ke
Singapura semakin bertambah kepada 10767 orang.Tempoh antara tahun 1819 hingga
1835 boleh dikatakan sebagai satu perubahan daripada pasaran gambir kepada
pengasasan entrepot baru kepada Singapura.

Penanaman gambir di Singapura 1835-1844

Orang Eropah tidak terlalu member perhatian kepada penanaman gambir

sehingga tahun 1835 kerana sekatan tariff yang dikenakan oleh

Barat.Walaubagaimanapun, apabila satu daripada cukai import ke Britain telah

dihapuskan pada tahun itu, perdagagangan gambir mula berkembang.Berdasarkan

statistic Newbold pada tahun 1836, sebanyak 39,624 pikul stok gambir Singapura,

terdapat sebanyak 19624 pikul gambir yang diimport manakala sebanyak 37306 telah

dieksport ke pelbagai Negara seperti Great Britain, Calcutta, Siam dan banyak

lagi.Lama-kelamaan pengusahaan gambir semakin berkembang sehingga tahun 1890,

gambir masih lagi merupakan kegiatan ekonomi yang terpenting di Singapura.Apabila

orang Eropah membangkitkan perhatiannya terhadap gambir, terdapat beberapa artikel

lagi telah diterbitkan bagi memberitahu cara-cara untuk meningkatkan saiz purata dan

produktiviti. Astrigensi daun gambir telah merosot dengan cepat selepas dipungut dan

daunnya akan nertukar menjadi coklat dan tidak boleh digunakan lagi dalam masa 24

jam15.Ini bermakna penuaian dan pemprosesan hendaklah dilakukan dalam masa yang

sama.Daun hendaklah diletakkan ke dalam periuk sebaik sahaja ianya dikutip.

Teknologi ini telah digunakan di di Riau dan Singapura pada tahun 1835. Bentuk muka

bumi dan struktur tanah di Singapura adalah sama seperti di Bentan. Oleh itu, tiada

14
Buckley, Charles B. An Anecdotal Hostory of Old Tiime Singapore. p 158
15
Jackson,p 10
halangan yang timbul untuk orang Eropah untuk membuka ladang gambir di Singapura

kerana mereka mempunyai buruh dan peralatan yang mencukupi untuk memulakan

penanaman.

Pada masa itu, populasi orang Cina di Singapura adalah mencukupi untuk

menampung tenaga kerja di ladang gambir.16 Ketua yang membuka ladang gambir

ialah pedagang-pedagang yang sama yang memulakannya di Riau. Antaranya ialah

Seah Eu Chin yang mendapat hak ke atas tanah di daerah Tanglin di Singapura. 17

Perusahaan Gambir di Johor 1844-1862

Penanaman gambir di Johor bermula sebelum bulan Mac 184618.Surat Sungai

yang dikeluarkan untuk Sungai Sekudai pada 9 Oktober 1844.Mulai dari Surat Sungai

yang pertama pada tahun 1844 sehinggalah tahun-tahun 1860-an, penanaman gambir

dan lada hitam telah berkembang pesat di negeri Johor.Dalam tahun 1862, sebanyak

37 Surat Sungai telah dikeluarkan oleh kerajaan Johor.Oleh itu, Johor telah menjadi

pusat perdagangan lada hitam dan gambir yang terbesar mengatasi Kepulauan Riau

dan Singapura yang disebabkan oleh tiga factor iaitu pengeluaran gambir dan lada

hitam di Singapura dan Kepulauan Riau telah merosot,Faktor kedua ialah pemerintahan

Inggeris di Singapura mula mengenakan cukai tanah yang tinggi dan kerana

kekurangan tanah di pulau yang kecil itu.Ketiganya, permintaan untuk gambir telah

meningkat di Eropah.

16
Song, p 23
17
Ibid pp 90-91
18
Coope,1936, p 247
Sistem pengurusan orang Cina ini telah menyelamatkan Johor dari huru-hara

dan membolehkan Johor menjadi pengeluar gambir dan lada hitam terbaik di dunia.

Dalam sistem perladangan, cara ini juga membuktikan adanya unsur 'usaha-sama'

antara pembesar Melayu dan pelabur modal Cina. Manakala surat sungai dikeluarkan

kepada Sungai Tebrau kepada Kapitan Tan Kee Soon. Pada Jun 1845, empat sungai

yang mejadi kawasan petempatan orang Cina ialah Sungai Sekudai yang mempunyai

20 ladang, Sungai Melayu-12 ladang, Sungai Tebrau-3 ladang dan Sungai Danga-15

ladang.19 Diikuti dengan 5 lagi sungai yang dibuka. Petempatan yang baru dibuka ini

telah menyebabkan seramai 4000 orang petani yang berpindah daripada Singapura

iaitu masyarakat Ngee Heng. Mereka berada di bawah pengawasan Kapitan Tan Kee

Soon iaitu Kangchu daripada Tebrau. Beliau ialah pengasas kepada komuniti

Teowchew di Johor dan merupakan ketua kongsi gelap. Surat sungai pada 1859

mengatakan beliau mempunyai rakan kongsi iaitu anak angkatnya, Tan Cheng Hung

yang membolehkannya menjadi Kapitan dan Kangcu20. Pada tahun 1873, surat sungai

mengatakan ada Kapitan baru yang dilantik sejak 1869. Pada waktu ini, Tebrau mula

menolak kepentingan pembangunan di Johor Baharu. Bagi kerajaan Johor, Kangcu

adalah pemegang konsesi utama yang memainkan peranan mengutip cukai. Walaupun

terdapat Kapitan di Johor, pusat pentadbiran masih lagi di Singapura iaitu di Teluk

Belanga sehingga tahun 1960. Pembaratan ekonomi yang dimulakan oleh

Temenggung Ibrahim telah melahirkan sebuah sistem pengurusan tenaga kerja dalam

kegiatan ekonomi tani yang berperanan besar dalam mengangkat ekonomi Johor.

19
Buckley , Singapore Free Press, ,p 431
Penutup

Surat Sungai merupakan suatu asas kepada pembentukan Sistem Kangchu

yang dapat dibahgikan kepada tiga tahap.Tahap pertama dapat dilihat kewujudan

pengusaha perusahaan gambir dalam kalangan orang Cina di Riau.Keadaan ini

bermula dengan Daeng Celak yang mengarahkan penubuhan ladang gambir di Riau

yang dimiliki oleh orang Melayu untuk diusahakan oleh orang Cina.Ini menyebabkan

penghijrahan beramai-ramai orang Cina untuk bekerja di ladang-ladang gambir.Tahap

kedua pembentukan system Kangchu ini ialah kebebasan kependudukan orang Cina di

Riau.Sistem ini seterusnya berjalan lancar apabila Singapura mula meneruskan

perdagangan gambir yang dilihat semakin berkembang di Riau. Kemerosotan dan

masalah kenaikan harga gambir di Singapura telah mendorong penanaman gambir di

Johor. Pada tahun 1840-an, gambir dan lada hitam merupakan tanaman eksport

utama negeri Johor sehingga tahun 1910, malah membolehkan Sultan Johor

memperolehi pendapatan yang lumayan hasil daripada eksport lada

hitam.Kesimpulannya, dalam Sistem Kangchu dapat dilihat adanya unsur kerjasama

antara pembesar Melayu dengan pelabur modal Cina.Ini tidak langsung menunjukkan

Sistem Kangchu mampu mengembangkan perdagangan lada hitam dan gambir

sehinggalah menjadikan Johor antara pusat perdagangan yang terkenal di Asia.


Rujukan dan bibliografi :-

Bartley, The Population Of Singapore In 1819( 1933),P 177

Begbiep.J,The Malayan Penisular.Kuala Lumpur,1067 P 315

Carolyn Wong Moi Leng, Sistem Kangcu di Johor, 1844-1917

Chin Ting Ta Ching Hui Tsein Shih Li, Taiwan 1898 Edition

Coope,A.E, The Kangchu System in Johore, 1936

M.A Fawzi Mohd Basri, Sistem Kangcu dalam Sejarah Johor,1844-1917

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Kangcu

http://ms.wikipedia.org/wiki/Raja_Temenggung_Tun_Daeng_Ibrahim

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_place_names_of_Kangchu_system_origin

http://museumvolunteersmalaysia.files.wordpress.com/2009/10/gambier-3mins-ang-swee-hong.pdf
HSM 3023
MALAYSIA ABAD KE - 19

TUGASAN INDIVIDU :
KAJIAN JURNAL : THE ORIGINS OF THE
KANGCHU SYSTEM 1740-1860

NAMA : MASTURA BINTI AZIZ


NO. MATRIK : D20101038657
KUMPULAN KULIAH : A
NAMA PENSYARAH : PROF ADNAN BIN NAWANG

You might also like