You are on page 1of 32

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN

BLOK PENDIDIKAN

PENDIDIKAN DENGAN SAINS SOSIAL (HT 17)


Nama ahli kumpulan

: Nur Amieza Abdul Wahab

BT 12110131

: Siti Norhanam BT ABD Aziz

BT 12110176

: Tiong Jing Jing


Kursus

BT 12110185

: TH30303- Sejarah Asia Tenggara: Era Kolonialisme dan

Imperialisme
Kumpulan

: 5 - Sepanyol di Filipina

Tajuk

: Penguasaan Sepanyol telah menyebabkan kebangkitan antipenguasaan Sepanyol oleh golongan aristokrat, pemimpinpemimpin tempatan serta melibatkan golongan agama dan
tentera sepanjang abad ke-16 sehingga abad ke-19. Namun,
penentangan-penentangan

yang

dijalankan

gagal

memperoleh kejayaan dan mengembalikan hak rakyat Filipina


yang ditindas oleh Sepanyol. Bincangkan.
Pensyarah

:Dr. Rosy Talin

1.0.

Pengenalan

Kedatangan

Sepanyol

di

Filipina

yang

bertujuan

untuk

meluaskan

kuasa

imperialisme telah mencetuskan penentangan dan gerakan nasionalisme dalam


kalangan rakyat Filipina. Sebelum kami menceritakan tentang keadaan sebelum dan
selepas kedatangan Sepanyol di Filipina, kami akan mengulas serba sedikit
mengenai konsep imperialisme dan nasionalisme.
a) Definisi imperialisme
Menurut kepada Walter (2008) dalam artikel Colonialism and Imperialism,
imperialisme didefinisikan sebagai satu proses politik yang membawa kepada
penguasaan sama ada dalam perkembangan ekonomi ataupun politik rasmi di
sesuatu kawasan. Menurut kepada Latif (2001), imperialisme boleh ditakrifkan
sebagai

fahaman

meluaskan

atau

kecenderungan

penguasaannya

terhadap

sesebuah

masyarakat

masyarakat
atau

negara

atau

negara

yang

lain.

Imperialisme akan wujud atas faktor ekonomi, politik, kebanggaan bangsa, agama,
kekuatan tentera dan persaingan dengan kuasa lain. Berdasarkan kepada Wesseling
(2001) dalam artikel Imperialism, History of , imperialisme merupakan kekuasan
yang terbesar di dunia kerana negara Eropah akan meluaskan kekuasaan mereka
hampir ke seluruh dunia pada abad ke-20. Dalam konteks ini, imperialisme
merupakan sesuatu dasar yang dijalankan oleh kuasa barat Sepanyol untuk
meluaskan kekuasaan mereka di Filipina sama ada dalam segi politik, ekonomi dan
sosial demi mencapai matlamat mereka. Kolonialisme merupakan dasar melalui
kegiatan imperialisme (Latif, 2001).
b) Definisi nasionalisme
Menurut Nikolov (2008), nasionalisme merupakan satu konsep yang agak moden di
mana ia hanya muncul sejak abad ke-18 dan abad ke-19 dan terdiri daripada
pelbagai bangsa dan negara yang ingin mempertahankan negara mereka. Dalam
konsep

nasionalisme,

Kaplan

(2009)

menjelaskan

bahawa

nasionalisme

merupakan satu ideologi di mana penduduk yang tinggal di sesuatu ruang, wilayah
atau mana-mana tempat akan menganggap tempat tersebut merupakan matlamat
nasionalis

mereka.

Berdasarkan

kepada

Busteed

(2009)

pula,

nasionalisme

bermaksud negara sebagai satu kumpulan manusia yang menduduki di wilayah


mereka sendiri dalam satu jangka masa yang panjang dan mereka mempunyai
2

sejarah dan ciri-ciri kebudayaan yang tersendiri. Mereka akan membina naratif yang
tersendiri dengan menekankan budaya bersejarah wilayah dan mengaplikasikannya
dalam hegemoni kebudayaan. Justeru itu, boleh disimpulkan bahawa nasionalisme
merupakan semangat cintakan negara dalam kalangan penduduk tertentu di mana
mereka ingin memelihara adat resam, kebudayaan dan menjamin status ekonomi,
dan politik supaya tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur barat ataupun ingin
membebaskan diri daripada penguasaan kuasa barat.
2.0.

Sebelum kedatangan Sepanyol ke Filipina

Sebelum Filipina dikuasai oleh Sepanyol, beberapa wilayah Filipina seperti jajahan
takluk Brunei sehingga ke Pulau Borneo, Palawan, Suluk, Balayan, Mindoro, Bonbon,
Balabak, Balambangan, Bangi, Mantanai dan Luzon telah dikuasai oleh kerajaan
Brunei (Zaide, 1949). Sultan Bolkiah suka belayar dan menundukkan seluruh Pulau
Borneo termasuk Manila dan Suluk melalui perkahwinan baginda dengan puteri dari
Manila sehingga membuat penempatan di Mamburoa, Lubang, dan Balayan (Kurais,
1977). Kisah penaklukan sultan Bolkiah terhadap Pulau Luzon dan Suluk turut
berlaku melalui perkahwinan baginda dengan anak Datu Gamban dan Puteri Laila
Menchanai yang merupakan puteri Sultan Suluk (Pigafetta, 1969).
I)

Politik

Terdapat golongan pemerintah seperti datu di setiap kawasan. Golongan datu


akan dipilih dalam kalangan yang tua dan berpengalaman. Golongan datu adalah
golongan yang berkuasa dan menjalan tugas pemerintahan dan pentadbiran,
menguasai tanah serta kemasyarakatan dalam barangay (kawasan/kampung).
Datu-datu akan merangka, membentuk dan mengaplikasikan peraturan di barangay
dengan bantuan orang tua di Filipina untuk menjamin keamanan di Filipina dan
sesiapa yang melanggar peraturan akan dikenakan hukuman (Zaide, 1949). Selain
itu, golongan bangsawan yang dikenali sebagai Maharlika juga membantu datu
dalam menjalankan kuasa politik dan kemasyarakatan. Golongan datu dan
maharlika atau golongan bangsawan akan menguasai sumber hasil dan tanah.
Rakyat yang tidak mempunyai tanah perlu menyewa atau membayar cukai kepada
mereka. Golongan diperintah pula terdiri daripada golongan petani. Mereka
adalah hamba-hamba yang telah dibebaskan dan berperanan untuk mengerjakan

tanah-tanah untuk menghasilkan tanaman makanan bagi keperluan barangay.


Mereka juga perlu memberi khidmat sukarela kepada pembesar.
II)

Ekonomi

Sebelum penguasaan Sepanyol, sumber ekonomi penduduk lebih tertumpu kepada


aktiviti pertanian. Sebahagian besar masyarakat Filipina adalah petani. Mereka
banyak menjalankan sistem ekonomi sara diri bagi menampung kehidupan
seharian mereka seperti pertanian padi. Pada ketika itu, Filipina hanya menjalankan
aktiviti pertanian dengan mengamalkan dua kaedah penanaman, iaitu pembajakan
tanah tinggi, yang dikenali sebagai sistem kaingin, di mana tanah tanaman
tersebut dipenuhi dengan kayu (Zaide, 1949). Kaedah penanaman kedua iaitu
penanaman tanah rendah, di mana ladang telah digarap dengan cara membajak
kayu dan penyikat yang ditarik oleh kerbau (Zaide, 1949). Pada ketika itu,
penduduk Filipina mempunyai sistem pemilikan tanah secara awam atau secara
swasta (Zaide, 1949). Namun, secara amnya, pemilikan tanah yang diusahakan
oleh para petani adalah milik golongan pemerintah iaitu datu.
Selain daripada pertanian, penduduk tempatan juga menjalankan aktiviti
penternakan seperti ayam, kambing dan kerbau. Bidang perikanan dan industri
pembinaan kapal merupakan major industry di Filipina pada ketika itu (Zaide,
1949).
Perdagangan dalam negeri dijalankan dengan menggunakan sistem
barter iaitu penduduk yang tinggal di pinggir pantai akan menangkap ikan dan
menukarkan hasil tangkapan ikan dengan penduduk di pedalaman yang bercucuk
tanam. Hal ini menunjukkan bahawa sebelum kedatangan kuasa barat ke Filipina
sudah wujud sistem pemerintaan serta sistem ekonomi sara diri dan komersial
walaupun secara kecil-kecilan dalam penduduk tempatan di Filipina. Selain itu,
perdagangan turut dijalankan di wilayah Filipina dengan menggunakan sistem
barter.

Orang

Filipina

akan

menggunakan

kaedah

sistem

barter

dengan

menawarkan hasil-hasil tanaman mereka untuk ditukarkan dengan barang-barang


dari negeri asing (Zaide, 1949). Masyarakat Filipina juga menjalankan perdagangan
dalam negeri di mana perdagangan dijalankan antara barangay-barangay atau
pulau dengan pulau. Hal ini dapat dibuktikan apabila Limasawa Legazpi berada di
Cebu, beliau telah melihat beberapa saudagar Luzon berniaga dengan orang-orang
Cebu, (Zaide, 1949).
4

III)

Sosial

Kerajaan Brunei dapat mengukuhkan kekuatan dan pengaruh politik mereka serta
dapat menyebarkan syiar Islam di dalam kalangan penduduk tempatan. Agama
Islam telah menjadi agama kedua terbesar di Filipina sedangkan agama yang
mendominasikan di Filipina ialah agama Katolik dan minoriti Muslim di Filipina
dikenali sebagai Moro (Zaide, 1949). Zaide (1949) membuktikan bahawa negara
Filipina merupakan sebuah negara Islam sebelum kedatangan Sepanyol. Pada masa
tersebut, Brunei telah dikenali sebagai pusat penyebaran Islam yang terkenal di
sebelah timur Laut Cina Selatan.
Semasa beberapa wilayah Filipina berada di bawah pengaruh kerajaan
Brunei, aspek pentadbiran, ekonomi dan sosial di Filipina juga banyak dipengaruhi
oleh agama Islam. Sebelum kedatangan Sepanyol, Islam sudah berkembang di
beberapa kepulauan, khususnya Sulu di Filipina Selatan iaitu pada akhir abad ke-13.
Jelasnya di sini bahawa kedatangan agama Islam jauh lebih awal dari kolonial Barat
iaitu sepanyol. Penyebaran Islam juga berkembang pesat hingga awal abad ke 16 di
Filipina di mana agama Islam telah tersebar ke Kepulauan Mindanao, Kepulauan
Visayas hingga ke Pulau Luzon (Zaide, 1949).
3.0.

Semasa dan selepas kedatangan Sepanyol ke Filipina

Pada awal kedatangan Sepanyol ke Filipina, Ferdinand Magellan telah sampai di


Brunei. Namun, Sepanyol tidak berani untuk berbuat apa-apa kerana pada ketika
itu, kerajaan Brunei merupakan sebuah kuasa yang kuat dan hebat. Justeru itu,
Sepanyol pun mengalihkan perhatian mereka ke pulau Luzon untuk bertapak.
Seorang pelaut Portugis iaitu Ferinand de Magelhaens telah mendarat di Filipina
pada tahun 1521 dan beliau merupakan orang Eropah pertama yang mengaku
Filipina merupakan hak milik Sepanyol (Zaide & Zaide, 2004).
Sepanyol ingin menakluk Filipina atas tiga tujuan utama iaitu menguasai
perdagangan rempah ratus, mengadakan hubungan perdagangan dengan China
dan Jepun serta mengkristiankan Filipina. Namun begitu, Sepamyol hanya berjaya
mengkristiankan Filipina sahaja. Kedatangan Sepanyol di rantau ini dilihat sebagai
satu misi keagamaan untuk menyebarkan ajaran Kristian lebih daripada tujuan
untuk menguasai ekonomi. Hal ini demikian kerana Filipina tidak menghasilkan
rempah ratus dan kepulauan Maluku yang merupakan kawasan rempah ratus telah
5

dikuasai oleh Portugis. Justeru itu, untuk mencapai matlamat dalam aspek ekonomi,
pihak Sepanyol telah mengadakan perdagangan dengan China dan Jepun sehingga
berjaya menarik pedagang-pedagang Asia ke Manila sehingga Manila berkembang
menjadi pusat perdagangan transit.
Selepas penyebaran agama kristian, kita dapat lihat bahawa gereja Katolik
memainkan peranan yang besar dalam ekspedisi mereka. Dalam usaha untuk
menyebarkan

ajaran

Kristian,

Sepanyol

telah

melihat Brunei

sebagai

batu

penghalang yang paling besar. Hal ini disebabkan Brunei merupakan sebuah
kerajaan Islam yang juga bersifat agama dakwah seperti agama kristian yang cuba
disebarkan oleh pihak Sepanyol. Sepanyol berpendapat Islam adalah sama seperti
barah yang merebak dan merbahaya serta perlu dihapuskan segera. Arcilla (1991)
menyatakan bahawa pembukaan penempatan oleh Miquel Lopez de Legaspi di
Manila pada tahun 1565 telah menandakan bermulanya era penguasaan Sepanyol
di Filipina. Kisah penguasan Sepanyol di Filipina bermula apabila angkatan Sepanyol
yang diketuai oleh Miquel Lopez de Legazpi telah berlayar ke pulau-pulau di Filipina
melalui lautan Pasifik dan tiba di pulau Cebu pada 13 Febuari 1565.
Pada awalnya, mereka tidak dapat mendarat di Cebu kerana mendapat
tentangan pahlawan Islam Cebu. Mereka meneruskan perjalanan ke Mindanao dan
mendapat tentangan dari pahlawan Islam di sana juga. Pada tahun 1565, mereka
berpatah balik ke Cebu dan menyerang Cebu semula sebelum mereka bergerak ke
Luzon. Pada tahun 1570, Legazpi telah cuba menduduki Manila yang diperintah oleh
Raja Sulaiman yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan Brunei
tetapi tidak berjaya. Walaubagaimanapun, Sepanyol datang lagi pada tahun 1571
dan meyerang Manila sehingga menimbulkan penentangan antara pihak Sepanyol
dengan Raja Sulaiman sehingga baginda mati syahid pada 3 Jun 1571. Secara tidak
langsung, Legazpi berjaya menduduki Manila dan mengistiharkan Manila sebagai
pusat pemerintahan kerajaan Sepanyol di Timur. Menurut Arcilla (1991), pembukaan
penempatan oleh Miquel Lopez de Legaspi pada tahun 1565 di Manila telah
menandakan bermulanya era penguasaan Sepanyol di Filipina. Seperti di Manila,
wilayah-wilayah Islam di Filipina telah dihapuskan dan dikuasai secara sepenuhnya
oleh Sepanyol.
Kedatangan

Sepanyol

telah

membawa

banyak

perubahan

dengan

memperkenalkan pelbagai sistem di Filipina dalam aspek ekonomi, politik mahupun


sosial sehingga membawa kepada penentangan masyarakat tempatan Filipina.
6

Menurut kepada Zaide (1949), The first and most outstanding aim of Spanish
colonization was to spread Christianity (gospel). The desire for economic wealth
was the second aim of Spanish colonization (gold). The third aim of Spanish
colonisation was the aspiration for political grandeur (glory).
Untuk mencapai matlamat, pihak pentadbir Sepanyol telah memperkenalkan
dasar Hispanisasi bagi membolehkan mereka bertapak lama di Filipina. Dasar
Hispanisasi ini ialah salah satu langkah untuk mengesepanyolkan Filipina dan proses
ini banyak dilaksanakan di kawasan penguasaan Sepanyol yang lain seperti Mexico
dan Peru untuk memudahkan pengawalan Sepanyol terhadap tanah jajahan dan
menyeragamkan daripada aspek politik, ekonomi mahupun sosial. Di samping itu,
pihak Sepanyol mahu melenyapkan stuktur pentadbiran tradisional, ekonomi dan
sosial di Filipina. Walaupun dasar hispanisasi ini berjaya dilaksanakan oleh pihak
Sepanyol, namun ia membawa penindasan dan ketidakadilan terhadap masyarakat
Filipina.
Kerajaan Sepanyol telah menjalankan pelbagai sistem bagi menghalang
penduduk tempatan bersatu dan bergerak secara menyeluruh dan bersepadu.
Penentangan yang berlaku sepanjang abad ke-18 adalah bersifat regionalistik
sahaja dan bukan diklasifikasikan sebagai nasionalisme kerana konsep motherland
masih belum wujud dalam diri penduduk Filipina ketika itu.
I.
Politik
a) Penguasaan Sepanyol di Filipina
Kedatangan Sepanyol telah membawa banyak perubahan dari segi politik.
Antaranya ialah struktur politik tradisional dihapuskan oleh pihak Sepanyol dan
hanya unit paling kecil sahaja yang masih lagi dikekalkan iaitu jawatan datu atau
ketua tempatan yang mentadbir barangay. Barangay adalah unit kerajaan awal
masyarakat Filipina yang memiliki ciri-ciri sosial, politik dan ekonomi tersendiri.
Setiap barangay adalah bebas dengan mempunyai seorang ketua bergelar datu.
Sistem ini tidak mempunyai kerajaan pusat. Asas-asas kekeluargaan yang
diutamakan dalam sesebuah Barangay menyebabkan populasi kepulauan telah
dibahagikan kepada beberapa komuniti kecil yang terasing. Menurut Corpus (1989),
jawatan yang masih dikekalkan merupakan unit pentadbiran yang terkecil dan
terdiri daripada 45 sehingga 50 buah keluarga. Dengan kuasa yang dimiliki oleh

pihak pentadbir Sepanyol, mereka telah melakukan penindasan, penyelewengan


dan ketidakadilan terhadap rakyat Filipina.
Menurut Phelan (1959), dalam organisasi pentadbiran Sepanyol di Filipina,
penduduk Filipina berkuasa dalam pentadbiran kerajaan tempatan. Namun,
kerajaan Sepanyol tidak mengikut polisi tersebut malahan penduduk Filipina telah
dilayan seperti hamba di negara sendiri kerana pihak Sepanyol menguasai
sepenuhnya dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran. Amalan rasuah turut
berleluasa dalam pentadbiran dan penduduk Filipina menjadi mangsa terhadap
kuasa gabenor yang tidak terkawal ini.
Justeru itu, pada tahun 1587, sekumpulan datu Filipina membentuk kongsi gelap
di Tondo. Menurut kepada Salita (2013), Tondo merupakan salah satu daripada
enam belas buah daerah di Manila, Filipina. Pemberontakan Tondo 1584
merupakan rancangan yang dijalankan oleh golongan kerabat bangsawan terhadap
kuasa barat Sepanyol dan diketuai oleh

Magat Salamat diikuti oleh anak

saudaranya iaitu Agustin de Legazpi dan sepupunya, Martin pangan. Golongan datu
ingin mendapat kembali kebebasan dan kekuasaan yang mereka ada sebelum ini
melalui pemberontakan Tondo (Zaide, 1949).
b) Dasar pecah dan perintah
Pihak Sepanyol turut melaksanakan dasar pecah dan perintah dalam pentadbiran
Filipina (Agoncillo, 1972). Antara salah satu cara pelaksanaan dasar pecah dan
perintah ialah penggunaan sistem passport bagi setiap wilayah-wilayah Filipina.
Setiap wilayah ini akan diberikan passport yang berbeza dan melalui penggunaan
pasport ini telah meningkatkan lagi semangat kedaerahan dalam penduduk Filipina.
Keadaan ini secara tidak langsung telah memberi kesempatan kepada pihak
Sepanyol kerana mereka tidak perlu menggunakan askar-askar Sepanyol bagi
menentang penduduk tempatan serta mereka dapat menjimatkan perbelajaan
mereka terhadap penentangan tersebut. Dasar yang dilaksanakan oleh pihak
Sepanyol ini telah menyebabkan orang Filipina menentang sesama sendiri di
wilayah-wilayah Filipina. Hal ini kerana mereka tidak melihat diri mereka sebagai
satu bangsa Filipina tetapi semangat setia kepada daerah yang menebal dalam diri
mereka. Menurut Agoncillo (1972), dasar pecah dan perintah ini telah melambatkan
perkembangaan nasionalisme dalam kalangan penduduk Filipina. Pihak Sepanyol

telah berjaya melaksanakan dasar ini kerana penduduk tempatan ini bergaduh dan
menentang sesama sendiri.
Dahagi Tagalog merupakan suatu gerakan yang dijalankan oleh suku kaum
Tagalog di Filipina supaya dapat menuntut hak yang sama rata dengan penduduk
Sepanyol. Menurut kepada Das (2011), Tagalog merupakan bahasa Austronesia
seperti bahasa Filipina yang lain dan merupakan bahasa pertama yang digunakan
oleh

populasi

penduduk

Filipina.

Kerajaan

Sepanyol

telah

mempergunakan

masyarakat Filipina untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat Filipina. ... Lamakelamaan, identiti dan semangat nasional muncul dan kemunculan ini banyak juga
dibantu oleh perubahan persekitaran sosioekonomi dan politik dalam kawasan dan
di luar kawasan Filipina, (Latif, 2010). Latif (2010) menyatakan bahawa kesedaran
yang wujud dalam kalangan orang Filipina menjadi punca penentangan pelbagai
kelompok dan daerah. Namun, pemberontakan ini telah gagal kerana tiada
pemimpin yang berkaliber untuk mengetuai kegiatan pemberontakan ini. Penduduk
di setiap daerah juga tidak bersatu pada ketika itu. Selain itu, kekurangan
rancangan atau persiapan yang strategi dan rapi turut membawa kepada kegagalan
penuntutan hak (Yusoff, 2009).
II.
Ekonomi
a) Sistem pemilikan tanah
Selepas kedatangan Sepanyol, terdapat banyak tanah penduduk Filipina telah
dijadikan hak milik kerajaan Sepanyol dan menurut Phelan (1959), penduduk
tempatan akan dikenakan syarat seperti mereka perlu mendapatkan kebenaran
daripada Sepanyol untuk mengusahakan tanah setelah membuat bayaran. Para
petani pula perlu berhutang dengan pihak Sepanyol atau golongan agama kerana
kebanyakan tanah telah dikuasai dan diambil oleh pihak Sepanyol. Mereka perlu
mendapatkan kebenaran untuk mengusahakan tanah dan sekiranya mereka tidak
dapat membayar sewaan tanah, maka mereka terpaksa menyerahkan tanah kepada
pihak pentadir Sepanyol. Pihak Sepanyol banyak mengaut keuntungan bagi
memenuhi matlamat persendirian mereka di Filipina malahan penduduk Filipina
tidak diberikan keutamaan dalam bidang ekonomi.
Walaupun kedatangan Sepanyol ke Filipina banyak memberikan perubahan
dari segi pertanian, pengangkutan dan perhubungan namun penduduk tempatan
masih lagi menderita dan tertekan dengan pentadbiran penguasaan Sepanyol.
9

Untuk menentang Sepanyol, sekumpulan petani-petani Filipina telah menjalankan


Pemberontakan Petani Leyte 1621. Tujuan pemberontakan ini dijalankan adalah
untuk menuntut hak mereka dalam bidang ekonomi dan kebebasan supaya tidak
ditindas atau dikuasai oleh Filipina.
b) Pengenalan pelbagai sistem
Selain itu, kerajaan Sepanyol turut memperkenalkan sistem ufti yang dikenali
sebagai Encomienda. Sistem pencukaian ini memberikan banyak beban kepada
penduduk Filipina. Rakyat perlu membayar cukai yang tinggi sebanyak satu hingga
sembilan peso kepada kerajaan Sepanyol dan cukai ini akan dianggap sebagai ufti
kepada pemerintah Sepanyol di Filipina. Selain itu, seseorang anak juga perlu
membayar cukai untuk bapanya yang telah meninggal dunia. Sebelum kedatangan
kuasa barat,

rakyat filipina adalah dikecualikan untuk membayar cukai tersebut.

Begitu juga dalam sistem kerah dan perhambaan. Walaupun ekonomi perhambaan
tidak wujud, namun sistem yang diamalkan oleh kebanyakan kerajaan sebelum
abad-19 telah menyaksikan idea perhambaan itu wujud tetapi dikenali sebagai
sistem kerah. Sistem kerah ini dilakukan oleh masyarakat tempatan atas dasar
paksaan dari pemerintah atasan. Sekiranya mereka gagal melaksanakan sistem
kerah, mereka terpaksa berhadapan dengan hukuman yang berat. Contohnya, datu
dan tuan tanah bebas mempunyai hamba abdi untuk mengerjakan tanah mereka
dan berkhidmat di rumah mereka. Terdapat hamba abdi yang bertumpu pada tanah
dan daripada hasil tanaman mereka dibayar kepada tuan mereka.
Sistem polo turut diperkenalkan supaya buruh atau rakyat yang mengingkari
dan melanggar peraturan tersebut akan diberi tindakan yang tegas seperti
membinasakan kampong dan dipenjara. Sistem polo merupakan sistem kerahan
yang diambil dari model Mexico yang bermaksud repartimiento iaitu penduduk
tempatan wajib memberikan khidmat mereka sebagai buruh kepada pihak
pemerintah (Zaide, 1949). Mengikut sistem ini, lelaki yang berumur antara 18
sehingga 60 tahun perlu terlibat dalam pembayaran ini kecuali penghulu dan putera
sulung tetapi mereka akan dipaksa berkhidmat selama 40 hari setahun dengan
kerajaan Sepanyol.
Cukai cedula turut dijalankan dan dikenakan kepada penduduk Filipina yang
berumur 18 tahun ke atas. Secara rasionalnya, pihak Sepanyol memperkenalkan
cukai ini untuk mengumpulkan kekayaan kerana di Filipina tidak mempunyai
10

sumber galian seperti emas. Menurut Costa (1965), terdapat kanak-kanak yang
berumur 12 tahun dikehendaki membayar cukai cedula. Hal ini telah menyebabkan
kemarahan orang Filipina kerana cukai yang pelbagai ini memberikan penderitaan
dan ketidakpuasan hati terhadap penduduk Filipina.
Atas pengenalan pelbagai jenis cukai, sekumpulan datu Filipina telah
membentuk kongsi gelap di Tondo dengan tujuan untuk mendapat kembali
kebebasan dan kekuasaan yang mereka ada sebelum ini melalui Pemberontakan
Tondo 1587 (Zaide, 1949). Selain daripada menuntut hak golongan datu dalam
bidang pentadbiran, Pemberontakan Tondo juga bertujuan untuk menuntut kembali
kebebasan atau hak penduduk Filipina yang telah ditindas oleh Sepanyol. Menurut
kepada Zaide (1949), encomenderos bukan menjadi penjaga atau pelindung rakyat
Filipina, tetapi penindas.
Pemberontakan Cavite juga dijalankan pada 1872 dan diketuai oleh Sarjan
Lamadrid di gudang senjata Cavite. Tikkanen (2013) menjelaskan Cavite
merupakan sebuah kota yang berada di Selatan Luzon, Filipina. Cavite menduduki
semenanjung di pantai Selatan Manila yang terletak di timur laut. Pada tahun 1872,
kota ini dijadikan tapak Cavite Dahagi yang merupakan pemberontakan singkat
terhadap kekuasaan Sepanyol (Tikkanen, 2013). Pemberontakan Cavite lebih
bersifat nasionalisme. Gerakan penentangan Sepanyol ini dijalankan kerana
pemerintahan Sepanyol telah memaksa penduduk Filipina membayar ufti yang
sebenarnya dikecualikan pada sebelum itu (Yussof, 2009). Gabenor baru di Filipina
memulihkan ciri-ciri autokrasi dan pertuanan mutlak Sepanyol terhadap rakyat
Filipina. Perubahan ini mencetuskan pemberontakan Cavite pada tahun 1872 yang
dijalankan oleh 200 orang askar Filipina dengan matlamat melancarkan satu
kebangkitan umum,(Latif, 2010)
Namun, pemberontakan Cavite telah mengalami kegagalan pada akhirnya
kerana anggota tentera Filipina tidak mempunyai alat senjata yang canggih.
Kesannya, dalam pemberontakan tersebut, terdapat lebih kurang 40 yang terkorban
dan tiga orang paderi Filipina iaitu Jose Burgos, Mariano Gomez dan Jancita Zamora
telah dibunuh atas tuduhan bersuhabat dan melibatkan diri (Yusoff, 2009).
c) Memperkenalkan perdagangan Galleon

11

Pihak

Sepanyol

telah

memperkenalkan

perdagangan

Galleon.

Galleon

bermaksud kapal-kapal besar yang digunakan bagi menjalankan perdagangan


antara Mexico dengan Filipina (Zaide, 1949). Tindakan ini merupakan salah satu
cara pihak Sepanyol menambahkan pendapatan pentadbiran Sepanyol. Penduduk
Filipina perlu terlibat dalam aktiviti memotong kayu dan membina kapal-kapal untuk
perdagangan tersebut. Selain itu, perdagangan ini telah dikuasai oleh golongan
pentadbir dan golongan agama. Bagi menambahkan kekayaan mereka sendiri,
pelbagai cara telah dilakukan termasuklah menindas penduduk tempatan. Apabila
sepanyol menguasai Filipina, mereka akan memperolehi keuntungan yang banyak
melalui aktiviti perdagangan entreport. Hal ini kerana, Filipina dapat dijadikan
sebagai tempat pengumpulan barang dagangan dari China, Jepun, Kemboja, Siam
dan sebagainya sebelum dihantar ke Eropah dengan harga yang lumayan. Menurut
Zaide (1949), segala hasil-hasil sutera dan rempah-ratus kepulaun Melayu dan
China akan dikumpulkan terlebih dahulu sebelum dikirimkan ke Acapulco, Mexico.
Dalam

perdagangan

Galleon

iaitu

penggunaan

kapal-kapal

besar

untuk

menjalankan perdagangan antara Mexico dengan Filipina, pihak Sepanyol telah


mengerahkan penduduk Filipina sebagai buruh untuk menambahkan pendapatan
pentadbiran Sepanyol di Filipina.
Penduduk

tempatan

telah

menentang

penindasan

Sepanyol

dengan

menjalankan Pemberontakan Novales 1823. Pemberontakan ini adalah bertujuan


untuk mendapat balik maruah dan harga diri penduduk Filipina supaya mereka akan
mendapat layanan yang sama rata dari Sepanyol. Menurut kepada Gines (2014),
Novales merupakan kawasan pembandaran yang terletak di Huesca, Aragon,
Sepanyol. Ternyata layanan yang diterima antara penduduk Filipina dengan
Sepanyol adalah berbeza sama ada dari segi layanan, gaji dan peluang kenaikan
pangkat. Layanan yang diberi terhadap penduduk Filipina adalah buruk di mana
mereka telah dikerah sebagai buruh paksaan untuk bekerja dalam masa yang
panjang dengan gaji yang sangat rendah. Gaji mereka lebih rendah berbanding
dengan pekerja Sepanyol padahal rakyat Filipina menjalankan kerja yang lebih
banyak. Selain itu, mereka juga disekat dalam peluang kenaikan pangkat oleh pihak
Sepanyol. Rakyat Sepanyol yang akan menguasai jawatan yang tinggi seperti
pemungut cukai padahal kebanyakkan penduduk Filipina hanya berperanan sebagai
buruh.

12

d) Campur tangan dalam aktiviti tradisional penduduk Filipina


Aktiviti pembuatan arak Casi merupakan kegiatan traditional yang
dijalankan oleh penduduk tempatan sejak awal lagi dan ia akan membawa rezeki
yang agak lumayan kepada penduduk Filipina.

Pihak Sepanyol yang tidak dapat

melibatkan diri dalam kegiatan pembuatan casi telah menimbulkan perasaan tidak
puas hati dalam kalangan Sepanyol. Justeru itu, kerajaan Sepanyol pun bertindak
balas dengan mengambil alih industri pembuatan arak penduduk Filipina. Tindakan
ini telah menyebabkan kebanyakkan rakyat Filipina yang bekerja di industri
pembuatan casi kehilangan pekerjaan mereka. Selain itu, selepas Sepanyol
mengambil alih industri pembuatan arak di Filipina, rakyat Filipina juga perlu
membeli arak dengan harga yang lebih tinggi daripada kerajaan Sepanyol. Keadaan
ini menyebabkan kemarahan penduduk Filipina apabila penghasilan Casi telah
disekat oleh Sepanyol (Zaide, 1949).
Perasaan kebencian rakyat Filipina terhadap Sepanyol menjadi semakin
mendalam apabila pihak Sepanyol juga campur tangan terhadap adat resam dan
amalan

kebudayaan

yang

diamalkan

secara

turun-temurun

oleh

penduduk

tempatan. Rakyat Filipina pun membangun untuk memberontak dan menentang


kedatangan pihak SepanyoL maka tercetuslah Pemberontakan Basi 1807 yang
juga dikenali sebagai pemberontakan Casi 1807.
III.
Sosial
a) Diskriminasi oleh golongan paderi Sepanyol
Kedatangan Sepanyol di Filipina pada tahun 1565 untuk mendirikan koloni dan
mengkristiankan penduduk Filipina telah menghalang penyebaran Islam ke utara
Filipina dari Kalimantan dan ke Selatan Filipina dari arah Luzon dan kepulauan
Visayan. Golongan paderi banyak melakukan penyelewengan dan turut terlibat
dalam pentadbiran negara seperti dalam bidang perdagangan dan Obras Pias yang
merupakan sebuah institusi kebajikan dan institusi pinjaman kewangan. Mereka
turut mengenakan cukai yang tinggi kepada peminjam dan sekiranya penduduk
tidak dapat membayar pinjaman tersebut, semua harta mereka akan dirampas.
Golongan paderi turut terlibat dalam sistem pemilikan tanah serta menjadi
pemilik-pemilik estet di Filipina dan menggunakan tipu helah bagi merampas tanah
13

penduduk tempatan (Cusher, 1976).

Penglibatan golongan para paderi dalam

aktiviti mengumpul harta telah melanggar prinsip keagamaan iaitu golongan tidak
lagi bertumpu kepada aspek keagamaan semata-mata malahan lebih bertumpu
kepada mengumpulkan kekayaan dalam aspek ekonomi sehingga menimbulkan
penentangan daripada penduduk tempatan Filipina.
Selain itu, dalam institusi gereja turut berlaku ketidakadilan dan hal ini dapat
dilihat dari penguasaan paderi Sepanyol mentadbir kariah memandangkan bilangan
golongan paderi tempatan pada ketika itu adalah sikit. Namun, pada pertengahan
abad ke-18, golongan paderi tempatan telah meningkat dan mereka mendesak
serta mengadakan sekularisasi. Sekularisasi ini merupakan proses penyerahan
pentadbiran gereja oleh paderi-paderi Sepanyol kepada paderi-paderi tempatan
yang digelar sebagai paderi sekular. Menurut Corpus (1989), golongan paderi
Sepanyol tidak mahu menyerahkan kariah dengan alasan bahawa paderi tempatan
masih belum terlatih.
Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan munculnya kebangkitan
Tayabas 1840-1841 antara golongan paderi tempatan terhadap paderi-paderi
Sepanyol. Menurut kepada Young (2013), Tayabas merupakan sebuah bandar di
Filipina yang terletak berdekatan dengan Sibuyan Sea Luzon, Filipina. Apolinario de
la

Cruz

yang

merupakan

pemimpin

dalam

pemberontakan

ini

telah

memperjuangkan persamaan hak rakyat Filipina dalam hierarki supaya mereka


dapat menjawat jawatan paderi di gereja (Yusoff, 2009). Mereka ingin menentang
paderi Sepanyol atas dasar diskriminasi yang diamalkan oleh pihak Sepanyol.
Menurut kepada Palafox (2013), Apolinario de la Cruz telah menubuhkan Cofradia
de San Jose yang bermatlamat untuk memperjuangkan kepentingan agama
penduduk rakyat Filipina. Namun, pertubuhan Cofradia de San Jose telah diharam
oleh Sepanyol yang ingin menyebarkan agama Kristian. Sepanyol pun bertindak
untuk menghapuskan pertubuhan ini apabila peranannya semakin mengugat
kedudukan Sepanyol di Filipina khasnya di kawasan Tayabas. Berdasarkan Lee
(1971), pertubuhan Cofradia de San seolah-olah tidak berjaya mencapai matlamat
pertubuhannya.
4.0.

Sebab-sebab kegagalan penentangan rakyat Filipina

14

a) Corak perjuangan tidak bersepadu dan mementingkan kepentingan


sendiri
Kebanyakan pemberontakan dan penentangan rakyat tempatan Filipina pada
peringkat pertama yang berlangsung sepanjang abad ke-16 sehingga abad ke-18
adalah bersifat kedaerahan dan kumpulan. Oleh itu, tidak wujud kesedaran nasional
iaitu meliputi semangat seluruh rakyat Filipina. Sebagai contoh, Pemberontakan
Petani Leyte pada tahun 1621 berlaku akibat pemberontakan petani yang tidak
berpuas hati dengan tindakan kuasa Barat Sepanyol menindas golongan petani dan
monopoli dalam ekonomi pertanian Filipina. Berdasarkan pemberontakan rakyat
tempatan ini, jelasnya kita dapat mengkaji sejauhmanakah pemberontakan dan
penentangan yang dilakukan rakyat Filipina sebenarnya mahu memperjuangkan
kemerdekaan atau mahu puaskan kehendak sebelah pihak sahaja. Hal ini kerana
jelasnya

kita dapat lihat bagaimana pemberontakan dan penentangan awal

terhadap dasar yang dijalankan oleh pihak sepanyol dalam ekonomi sebenarnya
telah menjadi punca utama pemberontakan yang berlaku seperti pemberontakan
Basi dan pemberontakan Petani Leyte yang lebih kepada perjuangkan hak ekonomi
yang ditindas oleh pihak sepanyol telah menjadi punca pemberontakan. Jadi di sini
tidak

hairanlah

kalau

pemberontakan

ini

gagal

kerana

dalam

matlamat

pemberontakan ini bukannya mahu perjuangkan pembebasan negara Filipina dari


kuasa barat Sepanyol tapi bersifat setempat dan kelompok memperjuangkan hak
individu atau kumpulan tertentu.
Manakala

pada

tahap

kedua

nasionalisme,

barulah

kita

dapat

lihat

bagaimana perjuangan ini barulah bersifat mahu menuntut pembebasan Filipina


dari Sepanyol melalui perjuangan Jose Rizal yang menubuhkan Liga Filipina, dan
gerakan propaganda manakala pergerakan Katipunan oleh Andres Bonifacio dan
Emilio Aguinaldo. Namun begitu, kegagalan yang dapat kita lihat pula ialah
berpunca

daripada

ketiadaan

perancangan

teratur

yang

dilakukan

untuk

mendapatkan pembebasan Filipina ditambah pula dengan konflik pemimpin


mempengaruhi kejayaan penentangan dilakukan.
Berdasarkan dapatan maklumat dari buku-buku ilmiah, jelasnya dilihat
kawasan daerah wilayah Filipina Utara telah dapat dikuasai oleh pihak kuasa barat
Sepanyol berbanding dengan daerah wilayah Filipina Selatan seperti Kesultnan Sulu,
Maguindanao

dan

lain-lain.

Sejauh

manakah

kebenaran

ini?

Apakah

yang

menyebabkan daerah wilayah Filipina Selatan ini tidak dapat diceroboh oleh pihak
15

kuasa barat Sepanyol? Menurut Cesar(1989), berbeza dengan masyarakat di


wilayah Filipina Utara, masyarakat di daerah wilayah Filipina selatan seperti Sulu,
Maguindanao dan Buayan mempunyai kesatuan politik yang lebih baik. Hal ini
kerana agama Islam yang telah berkembang di Mindanao telah membentuk sistem
sosial dan politik yang lebih maju dan kukuh berbanding daripada daerah wilayah
Filipina Utara. Sistem sosial dan politik yang kukuh ini membangkitkan kesedaran
kepada masayarakat wilayah Filipina Selatan untuk bersatu menentang pihak kuasa
barat Sepanyol kerana menganggap pencerobohan pihak Sepanyol ini diartikan
sebagai

penyerangan

yang

dilakukan

terhadap

agama

Islam

yang

harus

dipertahankan.

b) Perbezaan status dan kelas


The various classes and strata become even more defined in the course of
political struggle, when revolution and counterrevolution intensify and unfold the
irreconcilable conflict between the exploiters and the exploited Guerrero,(1970).
Berdasarkan pernyataan ini jelasnya menunjukkan bahawa hierarki rakyat Filipina
terdiri daripada golongan pelbagai peringkat kelas dan status yang tersendiri
daripada kelas tuan tanah, kelas burgois, kelas kaum tani, kelas proletariat dan lainlain. Oleh itu perjuangan mempunyai matlamat masing-masing dan tidak bersatu.
Persoalannya

bagaimanakah

kemunculan

pelbagai

status

dan

kelas

sosial

masyarakat Filipina ini telah menjadi punca kelemahan dan kegagalan dalam
pemberontakan serta penentangan terhadap kuasa Barat Sepanyol?. Kemunculan
pelbagai status dan kelas menyebabkan kesatuan rakyat Filipina untuk menentang
pihak kuasa Barat Sepanyol telah lambat tercapai kerana perjuangan lebih bersifat
setempat dan berkelompok mengikut kumpulan kelas dan status masing-masing
terhadap Sepanyol. Hal ini juga turut dinyatakan dalam Philippine Society and
Revolusion : Class analysis of Philippine society determines the strategy and
tactics of the Philippine Revolution, Guerrero, (1970).
Perbezaan
pemberontakan
penentangan

kelas
yang

yang

juga
dapat

dijalankan

menyebabkan
mempengaruhi
untuk

perbezaan
kejayaan

menentang

strategi

dan

pemberontakan

Sepanyol.

taktik
dan

Kebanyakan

penentangan dan perjuangan dilakukan adalah untuk mengembalikan kebebasan


16

kumpulan atau suku kaum yang tertindas oleh tindakan tidak adil Sepanyol sama
ada dalam aspek agama, sosiobudaya, pentadbiran dan ekonomi tempatan.
Kemunculan kelas menengah yang pintar atau golongan ilustrado yang terdiri
daripada peranakan kacukan ataupun mestizo Cina-Filipina dan Sepanyol-Filipina
adalah golongan yang terlibat dalam kegiatan perniagaan, gereja, pentadbiran dan
pendidikan telah melahirkan ramai cendikiawan seperti Jose Rizal, Marcelor de Pilar,
dan Graciano Lopez yang peka dengan idea-idea baru penyebaran fahaman Liberal
telah

membantu

mengembangkan

idea

nasionalisme

Filipina

yang

sangat

membantu membangkitkan semangat nasionalisme dalam penentangan secara


radikal peringkat kedua menentang penguasaan Sepanyol membawa matlamat
pembebasan Filipina secara keseluruhan.
c) Kelemahan dari segi pensenjataan
.. Kelemahan orang Timur dari segi senjata yang tidak setanding dengan
kemajuan senjata orang Barat, telah membawa kepada penguasaan kuasa Barat
Sepanyol di Filipina malah di negara-negara Asia yang lain (Latif, 2001). Menurut
penyataan Latif (2001), selain daripada sikap tidak bersatu padu rakyat Filipina
untuk menentang kuasa Sepanyol, kelemahan dari segi pensenjataan juga telah
menyebabkan

penentangan

rakyat

tempatan

Filipina

gagal

dalam

setiap

pemberontakan dan penentangan yang berlaku sepanjang penguasaan kuasa Barat.


Orang tempatan Filipina masih lagi menggunakan senjata tradisional sedangkan
kuasa barat menggunakan senapang yang mampu menembak pada jarak yang
dekat. Namun begitu timbul juga persoalan sejauh manakah faktor senjata menjadi
kelemahan pemberontakan menentang Sepanyol?. Sebenarnya ada kebenaran
pada peringkat awal bahawa faktor senjata menjadi kelemahan pemberontakan
menentang Sepanyol dimana perjuangan bercorak setempat dan kelompok tertentu
sebenarnya

tiada

perancangan

dan

strategi

yang

kukuh

bagi

menjayakan

pemberontakan yang dilakukan sedangkan pemberontakan tahap radikal yang


meliputi

semangat

penentangan

mahu

menjatuhkan

kuasa

sepanyol

yang

menguasai sepanyol dijalankan dengan lebih teratur walaupun terdapat kelemahan


tertentu.
Pada

tahap

awal

pemberontakan

golongan

penduduk

tempatan

menggunakan senjata tradisional jadi sememangnya tidak mampu melawan kuasa


asepanyol yang mennggunakan senapang panjang yang mampu menembak dari
17

jarak jauh. Manakala tahap kedua menurut Aishah, (2010) bahawa penentangan
dilakukan oleh pemimpin dari golongan cendikiawan iaitu Emilio Aguinaldo dimana
beliau telah mendapatkan bantuan senjata api dari Amerika Syarikat bagi
membantu menjayakan strategi dan taktik untuk menentang pihak sepanyol.
Sebenarnya jika dapat lihat di sini bukan sahaja faktor senjata api yang
mempengaruhi kejayaan pemberontakan tetapi taktik dan strategi yang dirancang
dan dijalankan oleh pemimpin gerakan pemberontak. Sedia maklum bahawa
pmimpin gerakan berstatus kelas tinggi lebih bijak atur strategi mengambil contoh
tindakan Emilio berkomplot dengan pihak Amerika iaitu menerima bantuan dari luar
berbanding dengan pemberontakan pada peringkat awal.
d) Perbezaan agama
Menurut Wan Abdul Rahman Latif,2001 sebahagian besar daripada penduduk di
utara dan tengah Filipina terdiri daripada orang beragama

Kristian, manakala di

Selatan Filipina dan kebanyakan penduduknya adalah beragama Islam.

Di

Kepulauan Mindanao yang terletak di bahagian Selatan Filipina menjadi sebahagian


besar penganut Islam yang merupakan agama terbesar kedua yang dianuti oleh
rakyat Filipina selain daripada agama Kristian iaitu mengikut kiraan jumlah
penduduk pada tahun 1975 terdapat kira-kira 3 juta orang Islam berada di seluruh
Filipina menurut Aishah,(2010). Pembahagian dua kepulauan besar yang meliputi
wilayah Filipina iaitu Luzon dan Mindanao kepada dua kelompok besar agama inilah
yang telah menjadi punca penghalang untuk membentuk kesatuan rakyat tempat
Filipina untuk menentang pihak kuasa barat Sepanyol. Jelaslah di sini bahawa
ketidaksepaduan dalam sebarang pergerakan pemberontakan bagi menentang
pihak Sepanyol sebenarnya banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman rakyat Filipina
itu sendiri yang tidak mahu bersatu dan memperjuangkan matlamat memperoleh
matlamat yang sama iaitu mencapai kemerdekaan Filipina dari pihak Sepanyol.
e) Tindakan kerajaan Sepanyol memperalatkan masyarakat Filipina untuk
menentang orang-orang Filipina yang lain
Filipina merupakan sebuah negara yang paling banyak berlakunya pemberontakan
rakyat tempatan terhadap kuasa imperialisme Barat. Namun begitu penentangan
rakyat tempatan ini sering mengalami kegagalan. Jadi
kegagalan

pemberontakan

dan

penentangan
18

apakah punca sebenar

rakyat

tempatan

Filipina?.

Mengapakah kuasa barat Sepanyol begitu kuat atau sebenarnya Filipina yang
lemah? Sebenarnya faktor kegagalan yang paling utama adalah berpunca daripada
perbezaan matlamat, strategi dan perancangan pemberontakan yang dijalankan.
Matlamat berbeza, strategi diaturkan mengikut kelas dan status, rasa curiga
terhadap kelompok tertentu, perbezaan agama telah menyebabkan tiada kesatuan
rakyat bagi bersatu menentang dan melakukan pemberontakan yang boleh
menggugat kedudukan kuasa sepanyol di Filipina kerana pemberontakan dan
penentangan Filipina ini begitu mudah sahaja dipatahkan oleh pihak Sepanyol.
Menurut Zaide,(1949), Instead of helping each other in a common cause, they
sided with their opperessors in suppressing the revolt of their blood-brothers. Thus
the Pampangans aided the Spaniards in putting down the Tagalog uprising, and
when the Pampangans themselves rose in rebelliion, the Tagalogs retaliated by
helping the Spaniards.
.. malah tindakan pihak Sepanyol menggunakan sesuatu kumpulan orang
Filipina bagi menamatkan sesuatu kebangkitan kumpulan orang Filipina yang
lain telah menyukarkan kesuburan perasaan kekitaan seluruh orang Filipina,
( Latif, 2001)
Menurut dua penyataan ini telah menjelaskan punca sebenarnya bagaimana setiap
penentangan yang dijalankan rakyat tempatan Filipina pada peringkat pertama
sehinggalah peringkat kedua sering menemui kegagalan. Helah yang telah
digunakan ini berjaya menggagalkan kesatuan rakyat Filipina menentang Sepanyol.
f)

Pecah amanah / rasuah

Punca kegagalan dalam pentadbiran dan politik. Amalan pecah amanah dan rasuah
sering menjadi isu utama dalam kegagalan pentadbiran dan politik di sesebuah
negara. Semasa penguasaan kuasa Imperialisme Barat di negara-negara Asia,
masalah ini bukan sahaja tertumpu kepada golongan Sepanyol sahaja yang cuba
mengambil kesempatan untuk mengaut lebih keuntungan tetapi juga dilakukan oleh
penduduk tempatan yang memiliki status dan kelas sosial yang tersendiri
mempunyai pelbagai kepentingan dalam bidang tertentu. Hal ini juga menyebabkan
kesatuan rakyat di Filipina sukar untuk dicapai bagi menentang penguasaan
Sepanyol di Filipina malah diakui sendiri oleh beberapa pakar pengkaji sejarah
tempatan di dalam karya mereka antaranya :
19

Mean while the missionary friars were operating in their own interests in
the rest of the country. Philipine Village chiefs who agreed to become Christian
became exemp from tax and their authority was deemed hereditary provided they
saw to it that the rest of their village paid tribute and provided corvee labour.
Menurut Mason (2005), ini menjelaskan bagaimana tindakan seorang ketua
kampung iaitu terdiri daripada penduduk tempatan Filipina yang pentingkan diri dan
pecah amanah dalam tanggungjawabnya sanggup berkomplot dengan pihak
Sepanyol bagi melepaskan diri dan keluarga dalam kerahan kerja.
Persoalannya

disini

adakah

taktik

kotor

Sepanyol

berkesan

gagalkan

penentangan dan pemberontakan melalui helah dan memperalatkan rakyat


tempatan Filipina atau rakyat Filipina itu sendiri yang sanggup belot kepada negara
sendiri?. Sebenarnya ada kebenarannya bahawa kegagalan pemberontakan berlaku
disebabkan pemimpin atau rakyat tempatan Filipina sendiri yang terpengaruh
dengan taktik kotor sepanyol yang menawarkan hadiah, dan bantuan kemudian
bertindak mengusai sesuatu kelompok atau tempat. Buktinya, apabila pihak
Sepanyol

berjaya

mengalahkan

pemberontakan

sultan

telah

dipaksa

untuk

mengadakan perjanjian damai dengan pemerintah kolonial di Manila manakala


golongan Datu secara sukarelanya telah menyerah dan menerima perlindungan
Sepanyol. Malah ketika itu juga sering terdapat konflik antara pemerintah iaitu
sultan dengan golongan datu. Konflik ini disudahi dengan meminta bantuan
daripada pihak sepanyol. Buktinya, seorang Datu Muslim bernama Datu Uttu telah
bertindak menyediakan perahu-perahu yang dapat digunakan oleh askar sepanyol
bagi

menyerang

kelompok-kelompok

Muslim

yang

tindak

tunduk

kepada

penguasaan Datu tersebut. Hal ini juga dapat menjawab persoalan sejauh mana
konflik pemimpin penyebab sepanyol ambil kesempatan pecahkan kesatuan rakyat
dan menceroboh wilayah-wilayah kekuasaan Filipina.
5.0. Penilaian
Sejauhmanakah faktor ekonomi mendorong kedatangan Sepanyol ke Filipina? Bukan
disebabkan agama?. Sepanyol ke Filipina dengan harapan yang besar bahawa dapat
menguasai sumber rempah yang mendapat permintaan yang tinggi di Eropah.
Namun begitu, bekalan sumber rempah tidak dapat dipenuhi oleh Filipina. Hal ini
menyebabkan pihak Sepanyol telah mengubah tumpuan beralih kepada sektor
perlombongan emas dan mineral lain di Filipina.
20

Sama juga masalah yang ditempuhi oleh pihak Sepanyol kerana wilayah
Filipina yang menjalankan kegiatan perlombongan sudah hampir kehabisan sumber.
Pihak Sepanyol tidak berputus asa dan mengalihkan tumpuan penerokaan ekonomi
mereka terhadap sektor pertanian di Filipina. Sektor pertanian Filipina tidak mampu
untuk mendatangkan hasil yang lumayan kepada pihak Sepanyol seperti yang
diharapkan. Hal ini kerana pihak sepanyol memerlukan sumber ekonomi yang dapat
menampung perbelanjaan pentadbiran Sepanyol di Filipina yang telah menelan
perbelanjaan yang besar. Menurut (Zaide, 1949), It is estimated that from 1572 to
1810 Spain spent about P400,000,000 to uphold her sovereignty in the Philipines.
Tambahan pula, pihak Sepanyol terpaksa menghadapi pelbagai masalah
pemberontakan daripada rakyat tempatan Filipina yang bangkit memberontak
menentang campur tangan pihak Sepanyol dalam pelbagai aspek termasuklah
politik, ekonomi dan sosial. Pemberontakan rakyat tempatan ini telah menelan
perbelanjaan yang besar untuk persediaan senjata dan tentera telah menambah
lagi beban masalah hutang kepada pihak Sepanyol. Rasuah dan tidak amanah yang
berleluasa dalam kalangan pegawai Sepanyol dan golongan agama menyebabkan
hasil ekonomi yang diterima oleh dalam perbendaharaan pihak Sepanyol di Filipina
sering tidak mencukupi.
Hal ini dikaitkan dengan sikap pegawai Sepanyol serta golongan agama yang
menyalahgunakan kuasa mereka mengaut lebih banyak keuntungan untuk diri
sendiri. Pelbagai masalah yang telah timbul ini menyebabkan pihak Sepanyol telah
berputus asa terhadap Filipina dan bersedia mahu melepaskan Filipina sebagai
koloni Sepanyol. Namun begitu tindakan ini telah dihalang oleh seorang Paderi
Fernando Moraga yang merayu kepada Raja Philip III agar Filipina tidak dilepaskan
dari koloni Sepanyol demi untuk kepentingan agama Kristian. Jelaslah di sini telah
menunjukkan bagaimana perubahan matlamat tujuan pihak Sepanyol ke Filipina
yang pada mulanya lebih tertumpu kepada ekonomi kemudian beralih kepada
agama dan tugas mahu mentamadunkan rakyat tempatan Filipina.
Sebenarnya

matlamat

mentamadunkan

penduduk

tempatan

Filipina

sememangnya tidak relevan kerana berdasarkan kajian yang dibuat, sebelum


kedatangan pihak Sepanyol lagi rakyat tempatan Filipina sudah pun terlibat dalam
pelbagai aktiviti ekonomi berasaskan industri tempatan membuat kapal, pertanian,
perikanan, penternakan, menenun, membuat arak, malah telah pun terlibat dalam

21

kegiatan perdagangan dengan pedagang asing dari China, Melaka, Jepun, Jawa,
Siam dan sebagainya.
Menurut catatan sumber dari China, juga terdapat sudah rekod pelayaran
orang Filipina yang belayar ke China untuk tujuan perdagangan yakni sebelum
kedatangan pihak Sepanyol lagi. Oleh itu jelaslah di sini bahawa tindakan pihak
Sepanyol yang mahu menggalas beban mentamadunkan rakyat tempatan Filipina
tidak relevan berdasarkan bukti yang telah kami kumpul.
Manakala dari segi faktor kegagalan pemberontakan yang dilakukan rakyat
tempatan Filipina sememangnya telah berjaya kami kaitkan dengan faktor pelbagai
kegagalan seperti kelemahan senjata, kelemahan kepimpinan, helah pihak Sepanyol
menggunakan rakyat tempatan Filipina sendiri untuk menjatuhkan pemberontakan
menjadi punca kepada kegagalan, dan sebagainya. Walaupun kami telah berjaya
mengumpul

maklumat

mengenai

wujudnya

industri

tempatan

membuat

perlengkapan senjata yang banyak digunakan rakyat tempatan sebagai tujuan


pemberontakan namun begitu jenis senjata yang dibina ialah bersifat tradisional
sahaja ialah lebih kepada penciptaan seperti parang, pelbagai jenis saiz pedang dan
lain-lain alat yang digunakan untuk mempertahankan diri ini sememangnya tidak
akan mampu menandingi kelengkapan senjata pihak tentera Sepanyol.
Walaupun penguasaan imperialisme kuasa kolonialisme Sepanyol telah
berjaya membentuk satu kepulauan besar Filipina sebagai sebuah negara yang jelas
dari segi agama, politik, ekonomi dan juga setiap aspek sosial yang lain. Namun
begitu peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan oleh rakyat
tempatan Filipina sebenarnya tidak seperti layanan dan peluang yang dinikmati
oleh pedagang asing di Manila. Jelasnya rakayt Filipina telah ditambah pula dengan
beban cukai oleh pihak Sepanyol.

6.0.

Kesimpulan

22

Sememangnya matlamat kedatangan kuasa barat asing Sepanyol ke Filipina untuk


mendominasi hasil ekonomi Filipina tidak dapat dicapai sepenuhnya. Hal ini
menyebabkan pihak Sepanyol di Filipina lebih kreatif dalam usaha dan merancang
helah agar setiap hasil ekonomi di Filipina dapat dibangunkan seperti pengenalan
beberapa jenis tanaman baru. Malah, sistem yang sedia ada dan ada juga sistem
baru telah diwujudkan merupakan taktik bagi pihak Sepanyol mengerah setiap sen
wang rakyat tempatan contohnya seperti pengenalan cukai yang jelasnya telah
menindas penduduk tempatan.
Keadaan geografi Filipina yang terpisah menyebabkan kesatuan bagi
memperjuangkan matlamat yang sama iaitu pembebasan Filipina dari pihak
Sepanyol pada peringkat awalnya sukar diwujudkan kerana faktor ini ditambah lagi
dengan faktor lain seperti perbezaan agama, perbezaan status kelas masyarakat
telah menjadi jurang kepada penyatuan. Walaupun pada akhirnya, setiap rakyat
temptan Filipina telah bersatu dalam konsep motherland yang telah mengukuhkan
ikatan dan kesatuan rakyat Filipina ini hal ini kerana kehadiran imperialis Barat telah
meninggalkan pelbagai kesan negatif terhadap rakyat tempatan.
Rata-rata rakyat hidup dalam keadaan tertekan dan menderita dari segi
politik, ekonomi, dan sosial. Perasaan benci rakyat Filipina juga berpunca daripada
sikap imperialis yang lebih mengutamakan golongan kapitalis Barat serta mereka
mengaut segala hasil ekonomi dan dibawa pulang ke negara asal. Penyelewengan
dan penindasan Sepanyol telah membangkitkan kemarahan dan rasa tidak puas
hati penduduk tempatan terhadap Sepanyol menjadi pencetus penentangan rakyat
tempatan golongan aristokrat, pemimpin-pemimpin tempatan, golongan agama,
tentera.
Pentingnya kesatuan masyarakat dalam sesebuah negara bagi mencapai
sesuatu matlamat. Perjuangan dan pemberontakan di Filipina yang banyak kali
tercetus

menggambarkan

reaksi

daripada

rakyat

tempatan

yang

menolak

penguasaan Sepanyol seharusnya direnungkan dan diambil pengajaran kerana apa


yang kita dapat simpulkan di sini ialah jika rakyat Filipina tidak kira etnik, dan
agama dan fahaman bersatu dari awal lagi mungkin pembebasan negara dari
Sepanyol dan kemerdekaan dapat dikecapai oleh rakyat Filipina dari awal serta

23

mungkin juga rakyat Filipina tidak

perlu kehilangan pejuang kemerdekaan

kebangsaan seperti Jose Rizal.


7.0.

Rujukan

Agoncillo. T. A. (1974). Filipino Nationalism 1872-1970, Quezon City: R.P. Garcia


PublishingCo.
Ahmed, F. B. (2005). The Dilemma of Corruption in Southeast Asia. Kuala Lumpur:
University Of Malaya Press.
Aishah, S. (2010). Nasionalisme Moro Sebagai Identitas Perjuangan Bangsa Moro
Dalam

Konflik

Filipina.

http://repository.uinjkt.ac.id/dspace/bitstream/123456789/1918/1/90295-SITI
%20AISYAH-FAH.pdf, 6- 77.
Arcilla, J. S. (1991). Jose Rizal and the Emergency of the Philippine Nation. Quezon
City: Office of Research and Publications. 31-35
Busteed,

M.

A.

(2009).

Nationalism,

Historical

Geography

of.

International

Encyclopedia of Human Geography. 225-260. Doi: 10.1016/B978-0080449104 00374-6


Cesar, S. (1989). Dalam Dinimika Islam Filipina. Jakarta: LP3ES.
Corpus, O. D. (1989). The Roots of the Filipino Nation. Quezon City: Aklahi
Foundation. vol.II. 4.
Costa, H. (1965). Readings in Philippine History. Manila: Bookmark. 224-248.
Cushner, N. P. (1976). Landed Estates in the Colonial Philippines. New Haven: Yale
University Southeast Asia Studies.
Das, D. (2011). Tagalog Language.

Encyclopedia Britannica. Diakses pada 1

November

daripada:

http://global.britannica.com/EBchecked/topic/580260/Tagalog-language
Gines, J. V. (2014). Spain. Encyclopedia Britannica. Diakses pada 1 November 2014
daripada: http://global.britannica.com/EBchecked/topic/557573/Spain

24

Guerrero, A. (1970). Philippine Society And Revolution. Mimeograph: Revolutionary


School Of Mao Tsetung Thought.
Kaplan, D. H. (2009). Nationalism. International Encyclopedia of Human Geography.
248-254. Doi: 10.1016/B978-009044910-4.00791-4
Kurais, M. (1979). The History of Tawi-Tawi and Its People. Bonggao: Department of
Research, Sulu College of Techonology and Oceanography State University.
24-32.
Latif, W. A. A. (2001). Imperialisme Barat dan Kesedaran Kebangsaan Masyarakat
Tempatan. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. 285-393.
Lee, D. C. (1971). Some Reflections About the Cofradia De San Jose as a Philippine
Religious

Uprising.

Diakses

pada

18

September

2014

http://asj.upd.edu.ph/mediabox/archive/ASJ-09-02-1971/lee

daripada
reflections

%20cofradia%20de%20san%20jose%20philippine%20religious
%20uprising.pdf
Mason, C. (2005). A Short History Of Asia Second Edition. New York: Palgrave
Macmillan.
Nikolov, S. E. (2008). Nationalism and Warfare. Encyclopedia of Violene, Peace, &
Conflict. 2. Doi: 10.1016/B978-012373985-8 00207-5
Palafox, Q. A. J. (2013). 193RD Birth Anniversary of Apolinario De La Cruz: Leader of
The Cofradia De San Jose. Diakses pada 18 September 2014 daripada:
http://nhcp.gov.ph/193rd-birth-anniversary-of-apolinario-dela-cruz-leader-ofthe-cofradia-de-san-jose/
Phelan, J. L. (1959). The Hispanization of the Philippine; Spanish Airms and Filipino
Responders 1565-1700. Madison: University of Wisconsin Press. 121.
Pigafetta, A. (1969). First Vogaye Around the World. Manila : Filipiniana Book Guild.
55-61.
Salita, D. C. (2013). Manila. Encyclopedia Britannica. Diakses pada 1 November
2014 daripada: http://global.britannica.com/EBchecked/topic/599078/Tondo
25

Tikkanen, A. (2013). Cavite. Encyclopedia Britannica. Diakses pada 1 November


daripada: http://global.britannica.com/EBchecked/topic/100726/Cavite
Walter, D. (2008). Colonialism and Imperialism. Encyclopedia of Violence, Peace &
Conflict. 2. 340-349. Doi:10.1016/B978-012373985.8 00030-1
Wesseling, H. (2001). Imperialism, History of. International Encyclopedia of The
Social & Behavioral Sciences. 7226-7232. Doi: 10.1016/B0-09-0430767/02684-X
Young, G. (2013). Lucena. Encyclopedia Britannica. Diakses pada 1 November
daripada: http://www.britannica.com/EBchecked/topic/350541/Lucena
Yusoff, N. (2009). Imperialisme Kuasa-kuasa Barat di Asia. Sejarah Asia Tenggara,
Asia Selatan & Asia Timur 1800-1963. Selangor Darul Ehsan, Malaysia:
Federal. 38-64.
Yusoff, N. (2009). Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara. Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan & Asia Timur 1800-1963. Selangor Darul Ehsan,
Malaysia: Federal. 228-339.
Zaide, G. F. & Zaide, S. M. (2004). Sejarah Filipina dan Pemerintah. All-Nations
Publishing Company. 6. 4-7
Zaide, G. F. (1949). Christianility and the Spanish Missionaries. Philippine Political
and Cultural History: The Philippines Since Pre-Spanish Times. 1. Manila:
Philippine Education Company. 183-204.
Zaide, G. F. (1949). Pre-Spanish Filipino Civilisation (Concluded). Philippine Political
and Cultural History: The Philippines Since Pre-Spanish Times. 1. Manila:
Philippine Education Company. 66-83.
Zaide, G. F. (1949). Pre-Spanish Filipino Civilisation. Philippine Political and Cultural
History: The Philippines Since Pre-Spanish Times. 1. Manila: Philippine
Education Company. 48-65.
Zaide, G. F. (1949). Revolt Against Spain. Philippine Political and Cultural History:
The Philippines Since Pre-Spanish Times. 1. Manila: Philippine Education
Company. 343-368.
26

Zaide, G. F. (1949). Spanish Colonization. Philippine Political and Cultural History:


The Philippines Since Pre-Spanish Times. 1. Manila: Philippine Education
Company. 158-182.
Zaide, G. F. (1949). The Dawn Of Philippine History. Philippine Political and Cultural
History: The Philippines Since Pre-Spanish Times. 1. Manila: Philippine
Education Company. 343-368.

Soalan dari setiap kumpulan pada 31 Oktober 2014


Kumpulan 1
Apakah yang dimaksudkan dengan moving figure yang dinyatakan,
berikan lebih penjelasan.
Dalam konteks ini, Jose Rizal merupakan moving figure kepada penduduk Filipina
maksudnya penduduk Filipina amat menghormati Jose Rizal dan menganggap Jose
Rizal sebagai idol walaupun Jose Rizal merupakan bangsawan liberal Sepanyol.
Jose

Rizal telah dihormati oleh rakyat Filipina bukan semata-mata kerana beliau

merupakan revolusioner nasionalis tetapi beliau juga menyuarakan rasa tidak puas
hati rakyat Filipina. Dalam kata lain, dia juga menolong rakyat Filipina untuk
menentang Sepanyol. Seperti apa yang dikatakan oleh Beri (1994), beliau mengakui
sumbangan Sepanyol dalam pembangunan Filipina, tetapi tindakan Sepanyol
dianggap sebagai diskriminasi dan menghalang pembangunan dan kemajuan tanah
air Filipina.
Kenapa Jose Rizal tidak mahu membina Liga Filipina di Filipina tetapi perlu
menubuhkan Liga Filipina di Hong Kong?
Untuk mengelakkan pihak Sepanyol daripada menyekat penubuhan Liga Filipina
pada permulaan penubuhannya. Kalau Jose Rizal terus membina Liga Filipina di
Filipina, penubuhan ini akan terus disekat oleh Sepanyol.
Kumpulan 2- /
Kumpulan 3
27

Bagaimana Sepanyol dapat mengumpulkan kekayaan sedangkan berlaku


banyak penyelewengan dan rasuah dalam kalangan Sepanyol itu sendiri?
Boleh kerana kebanyakan pihak sepanyol yang dapat mengumpulkan kekayaan
seperti gabenor yang merupakan jawatan yang tertinggi dalam pemerintahan
filipina. Rasuah juga berlaku dalam kalangan pemerintah apabila pembantu di
bawah jawatan Gabenor Jeneral membantu Gabenor Jeneral. Buktinya, Gabenor
Jeneral Velario Weyler telah pulang ke Sepanyol dengan wang yang lumayan iaitu
sebanyak P3,000,000 setelah tamat perkhidmatannya di Filipina.

Filipina kurang sumber tapi bagaimana pihak Sepanyol boleh mengumpul


kekayaan?
Disebabkan filipina kurang sumber dari segi sumber emas dan perak, pihak
sepanyol terpaksa mencari alternatif lain seperti memperkenalkan pelbagai cukai
seperti cukai encominda dan cukai cedula. Selain itu, tanah-tanah penduduk
tempatan diambiloleh sepanyol dan bagi mengusahakan tanah tersebut setelah
membuat bayaran kepada pihak sepanyol.
Kumpulan 4
Bagaimana Filipina boleh jatuh kepada Miguel Lopez sedangkan sebelum
ini oleh Brunei?
Sebelum filipina dikuasai oleh sepanyol, beberapa wilayah di Filipina telah dikuasai
oleh kerajaan Brunei seperti pulau Luzon, suluk, Mindanao. Kisah penaklukan sultan
Bolkiah terhadap Pulau Luzon dan Suluk juga melalui perkahwinan baginda denagn
anak Datu Gamban dan Puteri Laila Menchanai yang merupakan puteri Sultan
Suluk. Dengan ini, secara tidak langsung kerajaan Brunei dapat mengukuhkan
kekuatan dan pengaruh politik mereka serta dapat menyebarkan syiar Islam di
dalam kalangan penduduk tempatan. Namun setelah pulau Luzon ditemui oleh
Ferdinand, pihak sepanyol ingin meluaskan pengaruhnya. Namun penguasaan
sepanyol di filipina bermula setelah Miquel Lopez datang mendarat ke Cebu,
Minadanao, Luzon dan akhir sekali Manila.
Jelaskan lebih lanjut konsep Mother Land?

28

Konsep motherland ini merupakan konsep yang diutarakan oleh Jose Rizal bagi
menyatukan rakyat filipina yang sebelum ini tidak bersatu dan mereka menentang
sesama sendiri. Dengan adanya konsep motherland ini, rakyat filpina akan bersatu
antara satu sama lain.
Pemberontakan lebih berfokus kepada Utara Filipina, bagaimana dengan
Selatan Filipina?
Ada juga pemberontakan yang berlaku di Selatan Filipina pada ketika itu cuma
pemberontakan yang berlaku di Selatan Filipina tidak sehebat Utara Selatan. Ia
cuma bersifat tempatan sahaja. Pada ketika itu, Utara Filipina menentang atas
faktor ekonomi, politik dan sosial padahal Selatan Filipina memberontak atas sebab
agama sahaja. Sepanyol mahu membawa masuk agama kristian ke Filipina tetapi
gagal kerana agama Islam memainkan peranan yang penting di kawasan tersebut.
Bagaimana dengan penentangan Islam Moro di Mindanao?
Agama Islam di Filipina merupakan agama terbesar yang kedua. sedangkan agama
yang mendominasi atau mayoritas di Filipina adalah agama Katolik. Minoritas
Muslim di Filipina dikenal dengan sebutan Muslim Moro (sebutan orang-orang
Islam), komunitas Muslim Moro tersebut tinggal di kepulauan Mindanao dan
Kepulauan Sulu. Pada tahun 1975 jumlah orang Islam di Filipina sebanyak 3 juta
orang Islam atau 7% dari seluruh jumlah penduduk negara tersebut adalah
42.070.600. Filipina selatan kebanyakkannya beragama Islam terletak di kepulauan
Mindanao dan kepulauan Sulu. Di kepulauan Mindanao terdapat kelompok terbesar
yang penduduknya beragama Islam yang dinamakan kelompok orang Maguindanao
yang tinggal di Cotabato Setelah itu berdirilah kesultanan-kesultanan Islam yang
mempunyai pemerintahan dan kedaulatan, di antaranya Kesultanan Sulu dan
Kesultanan Mindanao. Dilihat dari segi kronologi sejarah perjuangan masyarakat
Moro dapat dibagi menjadi 3 peringkat iaitu yag pertama Moro berperang melawan
penguasa Spanyol pada tahun 1521-1898 selama 377 tahun, pada abad ke-16.
Kedua ialah Moro berusaha membebaskan diri dari penguasa Amerika selama 47
tahun yang dimulai pada tahun 1898-1946. Ketiga Moro melawan pemerintah
Filipina pada tahun 1970-sekarang.

Kedatangan orang-orang Spanyol di Filipina

pada abad-16 bertujuan untuk mendirikan daerah jajahan dan Kristian terhadap
orang-orang Islam, terutama pada orang-orang pribumi yang berada di Filipina.
29

Ketika orang-orang Spanyol berhasil memasukkan orang-orang peribumi ke dalam


agamanya, kaum peribumi dijadikan sekutu sebagai prajurit atau pelempar tombak
dalam

pertempuran,

untuk

menyerang

perkampungan-perkampungan

dan

bentengbenteng Islam. Sejarah peperangan yang panjang antara orang-orang


Spanyol dan Islam dinamakanPerang Moro.
Kumpulan 6
Pengenalan

dasar

pecah

perintah,

sistem

pemilikan

tanah

dan

perdagangan Galleon adakah membuktikan bahawa memang sumber


ekonomi tidak digunakan langsung dalam faktor ekonomi?
Tidak boleh cakap bahawa sumber ekonomi di Filipina langsung tidak digunakan
oleh Sepanyol. Sebab pada ketika itu, ekonomi filipina memang sudah berkembang
sebelum kedatangan Sepanyol dimana orang tempatan Filipina sudah pun terlibat
dalam pelbagai industri yang semakin berkembang seperti perdagangan, perikanan,
pertanian, membuat kapal, menenun, dan perlombongan. Namun, disebabkan hasil
yang Sepanyol dapat dari ekonomi tradisional penduduk Filipina adalah sikit, jadi
Sepanyol pun mengambil alternative dengan mengenakan pelbagai jenis cukai atas
dasar terhadap penduduk Filipina untuk mengaut keuntungan.
Kumpulan 5- Pembentang
Kumpulan 6 - /
Kumpulan 7
Apa yang dimaksudkan dengan hubungan Cina dan Jepun? Apa yang
dimaksudkan dengan tentang hubungan Cina dan Jepun? Adakah Sepanyol
mahu jalin hubungan perdagangan dengan China ekonomi atau politik?
Tujuan mereka ingin menjalinkan hubungan perdagangan dengan China dan Jepun
ialah dari segi ekonomi. Hal ini kerana di filipina tidak mempunyai sumber galian
seperti emas dan perak. Oleh itu, pihak sepanyol menjadikan Manila sebagai
perdagangan transit dan berjaya menarik ramai pedagang

dari Asia seperti

Kemboja, China, Siam dan sebagainya. Oleh itu apabila mereka menjainkan
hubungan perdagagang dengan China dan Jepun, mereka akan memperolehi
barang dagangan seperti tembikar dan sutera.

30

Kumpulan 8
Apakah kaitan dasar hispanasi dengan aspek agama?
Dasar Hisapanisasi ini dibuat oleh pihak sepanyol di kawasan jajahannya seperti
filipina, mecixo dan peru. Tujuan dasar ini dijalankan untuk menyeramkan sistem
pentadbiran (politik), ekonomi dan sosial. Dasar ini merupakan salah satu langkah
untuk mengespanyolkan filipina atau mirip kepada sepanyol. Dari aspek agama,
dasar Hispanisasi dibuat dalam menyebarkan agama Kristian terhadap penduduk
tempatan di filipina. Selain itu, pihak sepanyol beranggapan bahawa agama
sebelum ini iaitu agama Islam ialah agama yang kejam dan lama dan tidak sesuai
dijalankan.
Kumpulan 9
Bagaimanakah penentuan cukai cedula murah atau mahal?
cukai cedula dijalankan dan dikenakan kepada penduduk Filipina yang berumur 18
tahun ke atas. Menurut Haracio de la Costa (1965) menyatakan bahawa terdapat
kanak-kanak yang berumur 12 tahun dikehendaki membayar cukai cedula. Cukai ini
mempunyai harga iaitu dari 25 dollar sehingga 50sen. Bagi penduduk yang
mempunyai cedula yang kurang dari 3 dollar perlu berkerja sebagai buruh paksa
selam 15 hari dan penduduk yang mempunyai cedula mahal hanya perlu bekerja
separuh hari sahaja. Hal ini telah menyebabkan kemarahan orang Filipina kerana
cukai yang pelbagai ini memberikan penderitaan dan ketidakpuasan hati terhadap
penduduk Filipina.
Apakah yang dimaksudkan dengan Sepanyol guna orang Filipina untuk
mengatasi gerakan Filipina orang lain. Contoh?
Sepanyol telah memperalatkan perpaduan dalam kalangan rakyat Filipina untuk
menyukarkan semangat kesatuan dalam kalangan penduduk. Contohnya, Sepanyol
telah memperkenalkan dasar pecah dan perintah. Dalam dasar ini, sepanyol telah
memperkenalkan pasport atau pas. Setiap rakyat filipina yang ingin melawat ke
daerah lain di Filipina perlu menunjukkan pas kepada pengawal yang berkerja.
Keadaan ini telah melahirkan semangat kedaerahan dalam kalangan rakyat Filipina.
Kumpulan 10

31

Kenapa konsep Motherland yang dibawa oleh Jose Rizal dan Parti
Katipunan berbeza?
Motherland yang diperkenalkan oleh Jose Rizal dalam perjuangan nasionalisme di
Filipina. Tetapi Jose Rizal menjadikan Sepanyol sebagai motherland kerana beliau
ingin menjadikan Filipina setaraf dengan Sepanyol. Konsep motherland ini berbeza
dengan Parti Katipinan pula kerana parti ini menjadikan Filipina sebagai motherland
bukan lagi Sepanyol. Mereka mahu bebas daripada cengkaman Sepanyol. Jadi,
kosep motherland yang diperkenalkan oleh kedua-dua pemangkin nasionalisme
adalah berbeza.

32

You might also like